PROSEDUR NORMA BAHARU COVID-19 DI NIOSHextranet.niosh.com.my/.../05/Prosedur-Norma-Baharu... ·...
Transcript of PROSEDUR NORMA BAHARU COVID-19 DI NIOSHextranet.niosh.com.my/.../05/Prosedur-Norma-Baharu... ·...
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH
Prosedur Norma Baharu COVID-19 di NIOSH
No. Dokumen Muka Surat
NIOSH/05/POSH/COVID/01 1/12
PROSEDUR NORMA BAHARU COVID-19 DI NIOSH NIOSH MALAYSIA
PROSEDUR
NORMA BAHARU COVID-19 DI NIOSH
NIOSH- ISO 45001
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH
Prosedur Norma Baharu COVID-19 di NIOSH
No. Dokumen Muka Surat
NIOSH/05/POSH/COVID/01 2/12
PROSEDUR NORMA BAHARU COVID-19 DI NIOSH NIOSH MALAYSIA
1.0 OBJEKTIF
1.1 Untuk memastikan kakitangan dan pihak berkepentingan mematuhi
perundangan yang berkaitan dengan norma baharu COVID-19
1.2 Untuk mencegah jangkitan virus ini akhirnya dapat menghentikan penyebaran
jangkitan virus tersebut.
1.3 Untuk membudayakan norma baharu supaya pandemik COVID-19 tidak
tersebar dengan mudah dan dapat dihentikan.
2.0 SKOP
2.1 Prosedur ini adalah untuk pematuhan perundangan berkaitan COVID-19 serta
langkah – langkah norma baharu COVID-19 di tempat kerja khususnya untuk
kakitangan, peserta kursus, pelawat dan lain – lain lagi sekiranya mereka bekerja
atau menjalankan aktiviti atau berurusan dengan NIOSH.
3.0 RUJUKAN
3.1 COVID19: Social Distancing Guidelines for Workplaces, Homes and Individuals,
Guidelines for COVID-19 Management, Ministry of Health Malaysia. No.5/2020 (24
Mac 2020)
3.2 COVID19: Management Guidelines for Workplaces, Guidelines for COVID-19
Management, Ministry of Health Malaysia. No.5/2020 (24 Mac 2020)
3.3 Getting Your Workplace Ready for COVID-19, World Health Organization, 19 Mac
2020.
3.4 ISO 45001: Clause 8.1 Operational planning and control
4.0 DEFINISI
4.1 COVID-19
4.1.1 Penyakit Koronavirus 2019 adalah strain baru coronavirus yang sebelum ini
tidak pernah dikenalpasti. Berdasarkan maklumat terkini, COVID-19
berjangkit dari individu ke individu melalui titisan pernafasan atau
sentuhan. Gejala yang diterima jika individu itu terkena jangkitan
coronavirus adalah seperti demam, batuk dan sukar bernafas.
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH
Prosedur Norma Baharu COVID-19 di NIOSH
No. Dokumen Muka Surat
NIOSH/05/POSH/COVID/01 3/12
PROSEDUR NORMA BAHARU COVID-19 DI NIOSH NIOSH MALAYSIA
4.2 Kontraktor
4.2.1 Terdiri daripada kontraktor dalaman dan luaran. Kontraktor dalaman
terdiri daripada pengawal keselamatan, penyedia makanan di cafeteria,
panel pembersihan bangunan dan landskap. Kontraktor luaran pula
terdiri daripada vendor, pembekal dan mana-mana kontraktor yang
datang jika diperlukan.
5.0 SINGKATAN
5.1 KKM – Kementerian Kesihatan Malaysia
5.2 ADFD – Administrative and Facilities Division
5.3 COVID – Coronavirus Disease
5.4 NIOSH – National Institute of Occupational Safety and Health
5.5 NEFT – NIOSH Emergency First Response Team
5.6 PPE – Personal Protective Equipment
6.0 TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN
6.1 Majikan
6.1.1 Menyediakan tempat untuk mencuci tangan atau hand-sanitizer untuk
kakitangan, pelawat dan orang awam. Pastikan hand-sanitizer sentiasa
diisi semula.
6.1.2 Menyediakan alat perlindung pernafasan yang sesuai kepada
kakitangan pada setiap hari bekerja
6.1.3 Menyediakan kemudahan tong sampah khas untuk membuang alat
perlindungan pernafasan dan tisu yang telah digunakan.
6.1.4 Memastikan penjarakan sosial di kalangan kakitangan, pelawat dan
orang awam sentiasa dipraktikkan
6.1.5 Mengarahkan kakitangan untuk mendapatkan rawatan dan berada di
rumah masing-masing jika mereka tidak sihat atau bergejala
6.1.6 Melakukan rutin pembersihan tempat kerja secara berkala, termasuk
membersihkan kotoran pada permukaan tempat kerja (contohnya
meja), peralatan dan objek-objek lain (contohnya telefon, papan
kekunci, tombol pintu)
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH
Prosedur Norma Baharu COVID-19 di NIOSH
No. Dokumen Muka Surat
NIOSH/05/POSH/COVID/01 4/12
PROSEDUR NORMA BAHARU COVID-19 DI NIOSH NIOSH MALAYSIA
6.1.6 Memastikan penyelia memantau serta mengenalpasti kakitangan dan
pelawat yang tidak sihat/ bergejala di tempat kerja.
6.1.7 Memastikan keperluan untuk mendapatkan perisytiharan kesihatan /
sejarah perjalanan dari kakitangan, pelawat dan kontraktor sebelum
memasuki premis kerja.
6.1.8 Menangguhkan mesyuarat atau aktiviti yang memerlukan perkumpulan
yang ramai
6.1.9 Menggalakkan penggunaan kaedah alternatif dalam berkomunikasi
(misalnya mesyuarat dalam talian)
6.2 Kakitangan
6.2.1 Mengamalkan etika kebersihan dan kawalan jangkitan yang betul
6.2.2 Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya
20 saat. Jika tiada sabun dan air, cuci tangan dengan menggunakan
hand sanitizer (yang mengandungi alkohol sekurang-kurangnya 60%
kepekatan)
6.2.3 Elakkan menyentuh hidung dan mulut dengan tangan yang tidak dicuci
6.2.4 Elakkan kontak rapat dengan orang yang tidak sihat/ bergejala
6.2.5 Mengamalkan etika batuk dengan betul
6.2.6 Mengamalkan penjarakan sosial dikalangan kakitangan
6.2.7 Mengamalkan etika menyapa tanpa bersalaman
6.2.8 Elakkan menggunakan telefon, meja dan peralatan yang digunakan
oleh kakitangan lain
6.2.9 Sekiranya kakitangan mengalami gelaja, hendaklah melapor kepada
penyelia dengan segera. Pakai alat pelindung pernafasan, elakkan
kontak rapat dengan kakitangan lain dan dapatkan rawatan segera.
7.0 PERINCIAN PROSEDUR
7.1 Mengenal Pasti dan Mengasingkan Orang yang Bergejala/ Sakit
7.1.1 Mana-mana kakitangan atau pihak berkepentingan digalakkan
memantau sendiri tanda- tanda gejala COVID-19.
7.1.2 Sekiranya kakitangan atau pihak berkepentingan tidak sihat/ bergejala
perlu melaporkan diri kepada pihak yang berkaitan.
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH
Prosedur Norma Baharu COVID-19 di NIOSH
No. Dokumen Muka Surat
NIOSH/05/POSH/COVID/01 5/12
PROSEDUR NORMA BAHARU COVID-19 DI NIOSH NIOSH MALAYSIA
7.1.3 Melaksanakan pengasingan segera sekiranya kakitangan atau pihak
berkepentingan bergejala/ sakit segera (contoh: ruangan yang
ditetapkan / ruang pengasingan), langkah-langkah untuk mengehadkan
penyebaran jangkitan (contoh: menyediakan alat perlindungan
pernafasan) dan penghantaran segera ke kemudahan kesihatan jika
terdapat orang yang bergejala/sakit di tempat kerja.
7.1.4 Melindungi kakitangan lain yang mempunyai kontak rapat (dalam jarak 1
meter) dengan orang yang tidak sihat/ bergejala dengan langkah yang
sesuai (kawalan kejuruteraan, kawalan pentadbiran, amalan kerja yang
selamat, PPE)
7.2 Komunikasi Mengenai Dasar, Perlindungan dan Kelonggaran di Tempat Kerja
7.2.1 Memaklumkan dan menggalakkan mana-mana kontraktor, pelawat atau
pelanggan untuk berada di rumah jika sakit/ bergejala, sebelum
memasuki tempat kerja anda
7.2.2 Sentiasa peka dan mengambil maklum kebimbangan kakitangan
berkaitan gaji, cuti, keselamatan dan isu-isu lain yang mungkin timbul
semasa wabak itu.
7.2.3 Memantau cuti sakit dan ketidakhadiran kakitangan
7.2.4 Memantau sebarang masalah kesihatan psikososial di kalangan
kakitangan. Lakukan penilaian kesihatan mental dan jalankan langkah-
langkah yang sesuai untuk membendungnya.
7.2.5 Menyemak semula keperluan perjalanan ke luar negara (Dapatkan
nasihat daripada pihak berkuasa dan elakkan perjalanan yang tidak
penting).
7.3 Mempraktikkan Jarak Sosial di Tempat Kerja
7.3.1 Kawasan dalam pejabat
7.3.1.1 Elakkan menghampiri ruang kerja kakitangan lain. Sekiranya perlu
berurusan pastikan jarak sosial 1 meter.
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH
Prosedur Norma Baharu COVID-19 di NIOSH
No. Dokumen Muka Surat
NIOSH/05/POSH/COVID/01 6/12
PROSEDUR NORMA BAHARU COVID-19 DI NIOSH NIOSH MALAYSIA
7.3.2 Dalam kenderaan
7.3.2.1 hanya 2 orang sahaja boleh menggunakan kenderaan yang
sama pada satu-satu masa atau 50% penumpang sahaja.
7.3.3 Kafetaria
7.3.3.1 Elakkan makan secara berkumpulan dan sebaiknya
menggunakan perkakas makanan sendiri seperti pinggan, sudu
dan botol air. Jangan berkongsi makanan atau bekas makanan.
7.3.3.2 Sila duduk di kawasan-kawasan yang telah ditanda mengikut
lakaran yang telah disediakan
7.3.3.3 Sila beratur mengikut tanda penjarakan sosial yang telah
ditetapkan.
7.3.3.4 Proses nyahkuman (disinfection) akan dijalankan 3 kali sehari.
7.3.4 Mesyuarat
7.3.4.1 Susun atur kedudukan semasa mesyuarat dan memastikan
pengudaraan yang baik di dalam bilik mesyuarat. Elakkan
mesyuarat sekiranya melibatkan lebih daripada 10 orang.
Jalankan mesyuarat melalui persidangan video atau secara
maya.
7.3.4.2 Proses nyahkuman (disinfection) akan dijalankan setiap kali
penggunaan.
7.3.5 Dalam lif
7.3.5.1 Menandakan lantai lif untuk menentukan bilangan penumpang
yang dibenarkan menggunakan lif pada satu-satu masa. Di
Bangunan Utama, hanya terdapat 1 lif sahaja. Berdasarkan
keluasan lif tersebut, hanya 2 orang sahaja dibenarkan
menggunakan lif pada masa yang sama. Gunakan alternatif lain
untuk menekan butang lif samada menggunakan pen atau siku.
Jika menggunakan tangan, segera cuci menggunakan sabun
atau pensanitasi yang sesuai.
7.3.5.2 Papan tanda arahan akan disediakan di setiap kawasan lif
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH
Prosedur Norma Baharu COVID-19 di NIOSH
No. Dokumen Muka Surat
NIOSH/05/POSH/COVID/01 7/12
PROSEDUR NORMA BAHARU COVID-19 DI NIOSH NIOSH MALAYSIA
7.3.5.3 Proses nyahkuman (disinfection) akan dijalankan setiap 2 jam.
7.3.6 Tandas
7.3.6.1 Penggunaa hanya dibenarkan 2 orang sahaja dalam 1 masa
7.3.6.2 Papan tanda arahan akan disediakan di setiap kawasan tandas.
7.3.6.3 Proses nyahkuman (disinfection) akan dijalankan setiap 2 jam.
7.3.7 Surau
7.3.7.1 Papan tanda pemberitahuan had jemaah dan penjarakan sosial
akan diletakkan di kawasan surau.
7.3.7.2 Proses nyahkuman (disinfection) akan dijalankan 3 kali sehari.
7.3.8 Bilik Latihan/ Dewan/ Perpustakaan
7.3.8.1 Patuhi penjarakan sosial mengikut penanda jarak yang telah
disediakan.
7.3.8.2 Hadkan jumlah orang yang berada di dalam bilik latihan/ dewan/
perpustakaan tidak melebihi 10 orang.
7.3.8.3 Elakkan berjabat tangan dengan sesiapa atau melakukan
sentuhan fizikal.
7.3.8.4 Proses nyahkuman (disinfection) akan dijalankan setiap kali
penggunaan.
7.4 Pemeriksaan Saringan Suhu Badan Setiap Hari
7.4.1 Mematuhi prosedur pemeriksaan suhu badan seperti yang diarahkan
oleh pihak pengurusan NIOSH.
7.4.2 Semua kakitangan/ peserta kursus/ kontraktor/ pelawat dan lain-lain
yang ingin masuk ke dalam premis NIOSH perlu dijalankan saringan
kesihatan terlebih dahulu bagi memastikan suhu badan yang normal
untuk menjalankan tugas atau aktiviti.
7.4.3 Pemeriksaan saringan kesihatan suhu badan akan dijalankan oleh
Pengawal Keselamatan Pondok Pengawal 1 dan 2 setiap kali masuk ke
premis. Aktiviti ini akan dipantau oleh Ahli NEFT.
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH
Prosedur Norma Baharu COVID-19 di NIOSH
No. Dokumen Muka Surat
NIOSH/05/POSH/COVID/01 8/12
PROSEDUR NORMA BAHARU COVID-19 DI NIOSH NIOSH MALAYSIA
7.4.4 Sekiranya kakitangan/ peserta kursus/ kontraktor/ pelawat dan lain-lain
menunjukkan tanda-tanda tidak sihat, sila dapatkan pemeriksaan doktor
segera.
7.4.5 Setiap individu yang masuk ke dalam premis digalakkan memakai alat
perlindungan pernafasan bagi mengelakkan penyebaran virus tersebut.
7.4.6 Kakitangan/ peserta kursus/ kontraktor/ pelawat dan lain-lain tidak
dibenarkan memasuki premis Sekiranya bacaan suhu badan melebihi
37.5◦c / 100◦F.
7.5 Operasi Latihan/ Peperiksaan
7.5.1 Peserta kursus yang hadir mestilah menjalankan saringan kesihatan
terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik latihan.
7.5.2 Petugas-petugas yang menjalankan saringan kesihatan mesti memakai
alat perlindungan pernafasan atau kelengkapan yang berkaitan semasa
menjalankan saringan kesihatan.
7.5.3 Sekiranya peserta kursus berada di dalam premis NIOSH, mereka perlu
mematuhi dan mengamalkan penjarakan sosial di kawasan – kawasan
awam di NIOSH seperti di bilik latihan, dalam lif, surau, dewan makan,
kafe, tandas, kaunter pendaftaran, lobbi, tangga kecemasan, laluan
jambatan menara NIOSH dan sebagainya.
7.5.4 Setiap kelas yang menjalankan kursus hanya boleh dihadkan jumlah
peserta kursus seramai 10 orang sahaja.
7.5.5 Bungkusan makanan akan diserahkan kepada peserta kursus semasa sesi
rehat. Mereka perlu makan di dalam kelas di meja masing –masing bagi
mengelakkan penyebaran virus.
7.5.6 Proses nyahkuman (disinfection) akan dijalankan selepas setiap kursus
berakhir.
7.5.7 Pendaftaran dan pembayaran kursus perlu dilaksanakan di dalam kelas.
7.6 Operasi Kenderaan NIOSH
7.6.1 Setiap permohonan kenderaan di dalam sistem online perlu menyatakan
nama dan bilangan penumpang
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH
Prosedur Norma Baharu COVID-19 di NIOSH
No. Dokumen Muka Surat
NIOSH/05/POSH/COVID/01 9/12
PROSEDUR NORMA BAHARU COVID-19 DI NIOSH NIOSH MALAYSIA
7.6.2 Hanya 2 orang penumpang atau 50% dari kapasiti penumpang
kenderaan.
7.6.3 Pemandu dan penumpang perlu duduk secara bersilang mengikut
penjarakan sosial mengikut lakaran yang telah disediakan.
7.6.4 Pemandu dan penumpang disarankan memakai alat perlindungan
pernafasan semasa di dalam kenderaan.
7.6.5 Hand Sanitizer akan disediakan di setiap kenderaan NIOSH.
7.6.6 Proses nyahkuman akan dijalankan oleh pihak ADFD selesai sahaja
kenderaan NIOSH digunakan oleh kakitangan.
7.7 Persediaan Apabila Melakukan Tugasan Luar
7.7.1 Pastikan anda dalam keadaan yang sihat.
7.7.2 Lakukan perjalanan tugasan luar dengan memastikan jarak sosial di
dalam kenderaan.
7.7.3 Memastikan peralatan perlindungan diri (PPE) yang diperlukan cukup dan
tersedia sebelum menjalankan tugasan.
7.7.4 Jangan berkongsi atau bertukar-tukar PPE dengan orang lain dan
pastikan PPE dibersihkan mengikut prosedur yang ditetapkan sebelum
mengembalikannya ke stor simpanan PPE.
7.7.5 Sekiranya berada di tempat awam, elakkan menghampiri tempat orang
ramai.
7.7.6 Jika perlu, gunakan alat perlindungan pernafasan untuk mengelakkan
terdedah kepada risiko jangkitan.
7.8 Menjalankan Lawatan Tapak di Premis Pelanggan
7.8.1 Bawa bersama hand sanitizer untuk memastikan kebersihan tangan
setiap masa
7.8.2 Terhadkan bilangan kumpulan kepada maksimum tiga orang sahaja
setiap lawatan
7.8.3 Pastikan pelanggan mempunyai polisi / prosedur langkah kawalan
pencegahan wabak
7.8.4 Pastikan peralatan saintifik dinyahkuman sebelum dan selepas digunakan
7.8.5 Praktikkan perjarakan sosial sepanjang sesi lawatan
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH
Prosedur Norma Baharu COVID-19 di NIOSH
No. Dokumen Muka Surat
NIOSH/05/POSH/COVID/01 10/12
PROSEDUR NORMA BAHARU COVID-19 DI NIOSH NIOSH MALAYSIA
7.8.6 Terhadkan masa yang sesuai dengan keperluan penilaian sahaja
7.8.7 Kenalpasti kontak rapat disepanjang sesi lawatan (digalakkan untuk
mengambil rekodkan nama dan jawatan mereka)
7.9 Penerimaan Sampel bagi Perkhidmatan Teknikal
7.9.1 Kakitangan bertanggungjawab hendaklah memastikan kebersihan
sebarang sampel yang kebiasaannya diterima dalam bentuk bungkusan.
Lakukan sanitasi terlebih dahulu sebelum dan selepas membuka
bungkusan tersebut.
7.9.2 Sekiranya ada keperluan untuk kakitangan sendiri mendapatkan sampel,
pastikan proses tersebut dijalankan mengikut prosedur dan langkah
kawalan yang ditetapkan.
7.10 Rekodkan Pergerakan
6.10.1 Sekiranya perlu keluar daripada pejabat, rekodkan pergerakan dan
kontak anda untuk rujukan.
6.10.2 Sekiranya menerima kunjungan pihak luar, pastikan mereka mendapat
maklumat yang jelas tentang pelaksanaan garis panduan kebiasaan
baharu aktiviti perundingan pasca pandemik ini.
6.10.3 Tentu dan hadkan kawasan yang terlibat dalam kunjungan atau lawatan
tersebut bagi mengelakkan mereka berada di kawasan yang tidak perlu.
7.11 Perjalanan Ke Luar Negara untuk Tempat Kerja
7.11.1 Pastikan kakitangan yang ke Luar Negara memperoleh panduan terkini
mengenai perjalanan dari KKM.
7.11.2 NIOSH harus menilai faedah dan risiko yang berkaitan dengan pelan
perjalanan yang akan datang
7.11.3 Menyediakan hand-sanitizer di dalam botol kecil bagi memudahkan
kakitangan mencuci tangan semasa di luar negara.
7.11.4 Sentiasa memakai topeng muka berlitup apabila berada di Luar Negara.
7.11.5 Elakkan tempat yang sesak dan kotak rapat dengan orang yang
bergejala/ sakit
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH
Prosedur Norma Baharu COVID-19 di NIOSH
No. Dokumen Muka Surat
NIOSH/05/POSH/COVID/01 11/12
PROSEDUR NORMA BAHARU COVID-19 DI NIOSH NIOSH MALAYSIA
7.11.6 Elakkan melawat ladang haiwan, pasar, rumah penyembelihan haiwan,
menjual atau menyentuh apa-apa haiwan
7.11.7 Elakkan makan daging mentah atau kurang masak
7.11.8 Dapatkan rawatan perubatan segera jika mengalami gejala/ sakit
7.11.9 Setelah pulang dan ingin kembali bekerja, kakitangan tersebut perlu
melakukan kuarantin di rumah seperti yang dinasihatkan oleh KKM.
7.11.10 Segera dapatkan rawatan perubatan jika anda mengalami gejala
jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk atau kesukaran
bernafas dalam masa 14 hari selepas pulang dari perjalanan.
7.12 Menjalankan Mesyuarat
7.12.1 Galakkan kakitangan mengendalikan mesyuarat dalaman secara maya
(virtual meeting)
7.12.1 Sekiranya ingin menjalankan mesyuarat di bilik mesyuarat, mestilah
menghadkan jumlah ahli mesyuarat hanya 10 orang sahaja.
7.12.2 Pastikan susunan ahli mesyuarat mematuhi penjarakan sosial seperti yang
telah dilakarkan dalam bilik mesyuarat.
7.12.3 Setiap ahli mesyuarat digalakkan memakai pelitup muka semasa
mesyuarat dijalankan dan gunakan hand sanitizer jika diperlukan di
dalam bilik mesyuarat.
7.12.4 Elakkkan bersalaman atau body contact dengan ahli – ahli mesyuarat
yang hadir
7.12.5 Simpan butiran semua ahli mesyuarat sekiranya terdapat keperluan untuk
menghubungi mereka. Rekod perlu disimpan selama sekurang-kurangnya
satu bulan dari tarikh mesyuarat.
7.13 Pengurusan Hostel NIOSH
7.13.1 Patuhi penjarakan sosial jika berada di kaunter hostel semasa melakukan
pendaftaran bilik (Check-in/ Check-out).
7.13.2 Setiap bilik hanya dibenarkan untuk menginap hanya seorang sahaja.
7.13.3 Sila gunakan hand-sanitizer yang telah disediakan
7.13.4 Proses pembersihan dan nyahkuman (disinfection) akan dijalankan
sekiranya terdapat bilik yang digunakan semasa menginap
NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH
Prosedur Norma Baharu COVID-19 di NIOSH
No. Dokumen Muka Surat
NIOSH/05/POSH/COVID/01 12/12
PROSEDUR NORMA BAHARU COVID-19 DI NIOSH NIOSH MALAYSIA
8.0 KOMPETENSI DAN LATIHAN
8.1 Taklimat keselamatan disediakankepada kakitangan/ peserta kursus/ kontraktor/
pelawat dan lain-lain
9.0 REKOD KUALITI
9.1 Rekod kehadiran
9.2 Rekod proses nyahkuman (disinfection)
10.0 SEMAKAN SEMULA
10.1 Prosedur ini akan disemak semula sekiranya diperlukan.
11.0 LAMPIRAN
11.1 Borang kehadiran