PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNA FASILITI DAN … · Jabatan sukan, kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK)...
Transcript of PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNA FASILITI DAN … · Jabatan sukan, kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK)...
PROSEDUR KESELAMATAN PENGGUNA
FASILITI DAN PERALATAN
POLITEKNIK KOTA KINABALU
JABATAN SUKAN KOKURIKULUM & KEBUDAYAAN
2013
Disediakan Oleh:
Md syadiqin Bin Awg Adi @ Jumaat Ketua Kursus Kokurikulum Politeknik Kota Kinabalu
Edisi Kedua
Pendahuluan
Jawatankuasa Keselamatan Politeknik Kota Kinabalu (PKK) telah
mencadangkan agar prosedur penggunaan fasiliti dan peralatan PKK
diperketatkan dan diperhalusi bagi menjaga harta benda kerajaan amnya dan
PKK khususnya. Penjagaan harta benda tersebut termasuk banggunan,
padang, gelanggang dan peralatan-peralatan yang berada didalam kawasan
PKK. Prosedur ini diwujudkan bagi membantu dan sebagai panduan kepada
kakitangan PKK untuk mengawal pengguna yang menggunakan fasiliti dan
peralatan samada pelajar, kakitangan mahupun pengguna luar agar dapat
dipantau dengan lebih sistemetik.
Merujuk perbincangan pada Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan
Politeknik Kota Kinabalu (PKK), pada 20 JUN 2013, Jabatan sukan,
Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) telah membentangkan beberapa kaedah
pemantauan dan perlaksanaan bagi menjaga kemudahan dan peralatan yang
ada di PKK ini. Setelah dibincangkan dan dipertimbangkan, jawatankuasa
bersetuju menyenaraikan kemudahan mahupun peralatan umum dibawah
seliaan JSKK agar diwujudkan prosedur khas untuk hebahan kepada semua
pengguna iaitu satu garis panduan khusus dan rujukan umum yang boleh
diguna pakai di PKK.
Prosedur Keselamatan Pengguna Fasiliti dan Peralatan Politeknik
Kota Kinabalu dikeluarkan berdasarkan keperluan semasa merujuk kepada
pekeliling-pekeliling sedia ada dan dimurnikan mengikut kesesuaian di PKK.
Bagaimanapun, buku prosedur ini hanya panduan umum dan sebarang
pertindihan maklumat perlu dirujuk kepada pekeliling asal dan sebarang
permasalahan penggunaan juga perlu merujuk kepada keputusan pihak
pengurusan PKK.
Isi Kandungan
Perkara Muka Surat
1.0 Pengenalan 1
2.0 Perlaksanaan Dan Pemantauan 1
2.1 Aktiviti Pelajar 2.2 Aktiviti Kakitangan
2.3 Aktiviti Pengguna Luar
3.0 Fasiliti Politeknik Kota Kinabalu 3
3.1 Fasiliti Umum
3.2 Fasiliti Sukan
4.0 Peralatan Politeknik Kota Kinabalu 5
4.1 Peralatan Umum
4.2 Peralatan Khusus
5.0 Kadar Sewaan Dan Bayaran Fasiliti 6
6.0 Prosedur Asas Urusan Penggunaan Fasiliti dan 7
Peralatan PKK
8.1 Sebelum Aktiviti 8.2 Semasa Aktiviti
8.3 Selepas Aktiviti
8.4 Langkah-Langkah Umum Urusan Penggunaan Fasiliti Dan Peralatan PKK
7.0 Carta Alir Urusan Penggunaan Fasiliti PKK 10
8.0 Carta Alir Urusan Pinjaman Peralatan PKK 11
9.0 Prosedur Keselamatan Pengguna Fasiliti dan 12 Peralatan PKK
9.1 Keselamatan dan Tanggungjawab Pelajar
9.2 Keselamatan dan Tanggungjawab Kakitangan PKK
9.3 Keselamatan dan Tanggungjawab
Pengguna Luar
10.0 Maklumat Asas Keselamatan Pengguna Fasiliti dan 13
Peralatan PKK
11.0 Rumusan 14
Rujukan 15
Lampiran 16
1.0 Pengenalan
Prosedur Keselamatan Pengguna Fasiliti dan Peralatan Politeknik Kota
Kinabalu ini adalah bagi mengemaskini sistem keselamatan pengguna luar
dan dalaman. Keperluan mengemaskini sistem keselamatan ini adalah amat
penting agar penggunaan fasiliti PKK dapat dipantau dengan sistematik.
Prosedur ini menerangkan kepada proses-proses yang perlu diikuti
sebelum, semasa dan selepas menggunakan fasiliti PKK. Proses sebelum
termasuk urusan permohonan, semakan tarikh dan pembayaran. Proses
semasa pula adalah pemantauan daripada pihak keselamatan dan penyelia
PKK. Manakala proses terakhir iaitu selepas penggunaan adalah pemeriksaan
kerosakan peralatan, kemudahan dan kebersihan.
Jabatan sukan, kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) diberi
tanggungjawab untuk menjaga fasiliti umum termasuk dewan, padang,
gelangang, jeti dan sebahagian peralatan umum dibawah jagaan JSKK. Antara
matlamat utama penjagaan fasiliti PKK adalah untuk memastikan keadaan
fasiliti dapat dipantau dan direkod seterusnya memudahkan penyenggaraan
dan baikpulih dilakukan.
2.0 Perlaksanaan Dan Pemantauan
Perlaksanaan dibahagikan kepada tiga (3) iaitu aktiviti pelajar,
kakitangan dan pengguna luar yang mana merujuk kepada pengguna asas
kemudahan dan peralatan umum di PKK. Manakala kaedah pemantauan
dikategorikan kepada lima (5) iaitu penggunaan padang, gelanggang (indoor),
gelanggang (outdoor), jeti dan penggunaan peralatan.
1
2.1 Aktiviti Pelajar
a. Penggunaan padang: Setiap hari pagi dan petang. Penggunaan
pada waktu malam tidak dibenarkan melainkan dengan
kebenaran. Aktiviti tidak dibenarkan semasa dalam senggaraan
padang, selepas hujan lebat bagi menjaga permukaan tanah
dan rumput dan semasa musim tengkujuh.
b. Penggunaan gelanggang (outdoor): Setiap hari pagi dan petang.
Penggunaan pada waktu malam tidak dibenarkan melainkan
dengan kebenaran. Aktiviti tidak dibenarkan semasa dalam
senggaraan gelanggang dan semasa musim tengkujuh.
c. Penggunaan gelanggang (indoor): Setiap hari pagi dan petang
atau berjadual. Penggunaan pada waktu malam tidak
dibenarkan
d. melainkan dengan kebenaran. Aktiviti tidak dibenarkan semasa
dalam senggaraan.
e. Penggunaan peralatan: Pelajar dibenarkan meminjam peralatan
aktiviti kokurikulum sahaja dengan sokongan pensyarah,
penasihat, jurulatih, pengurus pasukan dan kakitangan
bertugas. Penggunaan peralatan lain atas nama individu
pelajar tidak dibenarkan.
2.2 Aktiviti Kakitangan
a. Penggunaan padang: Setiap hari pagi dan petang dengan
merujuk jadual penggunaan. Penggunaan pada waktu malam
tidak dibenarkan melainkan dengan kebenaran. Aktiviti tidak
dibenarkan semasa dalam senggaraan padang, selepas hujan
lebat bagi menjaga permukaan tanah dan rumput dan semasa
musim tengkujuh.
2
b. Penggunaan gelanggang (outdoor): Setiap hari pagi dan petang.
Penggunaan pada waktu malam tidak dibenarkan melainkan
dengan kebenaran. Aktiviti tidak dibenarkan semasa dalam
senggaraan gelanggang dan semasa musim tengkujuh.
c. Penggunaan gelanggang (indoor): Setiap hari pagi dan petang
atau berjadual. Penggunaan pada waktu malam adalah
merujuk jadual penggunaan. Aktiviti tidak dibenarkan semasa
dalam senggaraan.
d. Penggunaan peralatan: Kakitangan tidak dibenarkan
meminjam atau membawa keluar sebarang peralatan daripada
kawasan PKK melainkan dengan kebenaran pengarah.
2.3 Aktiviti Pengguna Luar
Bagi setiap pengguna luar samada daripada jabatan kerajaan,
swasta atau individu perlu membuat tempahan awal. Semua
penggunaan padang, gelanggang dan peralatan perlu mendapat
kelulusan daripada pengarah dengan permohonan rasmi.
Pertindihan tarikh atau masa dengan sebarang aktiviti dalaman
PKK tidak akan dipertimbangkan dan ketidak sesuaian aktiviti
juga menyebabkan permohonan ditolak.
3.0 Fasiliti Politeknik Kota Kinabalu
3.1 Fasiliti Umum
Fasiliti Umum dibahagikan kepada dua (2) bahagian merujuk
kepada penjagaan iaitu Fasiliti Umum dan Fasiliti Jabatan seperti
senarai berikut:-
3
1. Dewan Rafflesia (Umum)
2. Dewan Serbaguna (Umum)
3. Dewan Kuliah Utama (Umum)
4. Dewan Kuliah Jabatan (Jabatan)
5. Makmal (Jabatan)
6. Bilik Kuliah (Jabatan)
JSKK hanya menjaga Fasiliti Umum sahaja. Kebiasaannya
pengguna luar hanya boleh menggunakan Fasiliti Umum dan Fasiliti
Jabatan tidak dibenarkan. Penggunaan Fasiliti Jabatan, hanya untuk
aktiviti jabatan iaitu aktiviti pengajaran dan pengajaran (P&P) atau
aktiviti kokurikulum kecuali aktiviti rasmi yang diluluskan oleh
pengarah atas perbincangan dengan ketua jabatan.
Rajah 1: Fasiliti Dewan Rafflesia
3.2 Fasiliti Sukan
Semua Fasiliti Sukan dibawah jagaan JSKK. Bagi kakitangan PKK,
sebarang tempahan, makluman dan penggunaan adalah merujuk terus
kepada JSKK. Manakala bagi penggunaan pelajar, sebarang tempahan
memerlukan sokongan kakitangan yang bertugas seterusnya boleh
4
merujuk terus kepada JSKK. Bagi pengguna luar, perlu membuat
permohonan rasmi kepada pengarah PKK terlebih dahulu. Senarai
Fasiliti Sukan PKK adalah seperti berikut:-
1. Padang Bola Sepak
2. Padang Ragbi
3. Padang Hoki
4. Gelanggang Bola Tampar (indoor/outdoor)
5. Gelanggang Tenis
6. Gelanggang Bola Keranjang
7. Gelanggang Bola Jaring
8. Gelanggang Sepak Takraw (indoor/outdoor)
9. Gelanggang Badminton
10. Gelanggang Squash
11. Gelanggang Petanque
12. Jeti (Sukan Air – Kayak)
Penggunaan banggunan Jeti PKK adalah dibawah jagaan JSKK,
sebarang aktiviti dalaman mahu luar, perlu berurusan dengan
pengurusan JSKK. Sebagai makluman, bangunan jeti adalah diluar
kawasan PKK, oleh yang demikian penggunaannya amat terhad dan
perlu pemantauan yang lebih cekap.
4.0 Peralatan Politeknik Kota Kinabalu
4.1 Peralatan Umum
Peralatan Umum merujuk kepada peralatan yang sering
digunakan untuk aktiviti kokurikulum dan aktiviti rasmi. Antara
Peralatan Umum tersebut adalah:-
5
1. Kerusi Banquet
2. Kerusi Pelastik
3. Meja Peperiksaan
4. Lain-lain Peralatan
Semua peralatan yang tersebut di atas dipantau dan diuruskan
sepenuhnya oleh JSKK kecuali kerusi dan meja yang berada di bilik
kuliah dan makmal jabatan induk. Peminjamanan lain-lain peralatan
merujuk kepada peralatan-peralatan pejabat dan sukan yang dipohon
secara rasmi.
Bagi aktiviti dalaman, tempahan, makluman dan penggunaan
adalah merujuk terus kepada JSKK. Manakala pengguna luar perlu
membuat permohonan rasmi kepada pengarah PKK.
4.2 Peralatan Khusus
Peralatan Khusus pula ialah perlatan-peralatan sukan,
kokurikulum dan peralatan bengkel di jabatan. Bagi penggunaan aktiviti
dalaman perlu dengan kebenaran jabatan masing-masing. Manakala
penggunaan untuk pengguna luar tidak dibenarkan sama sekali. Bagi
kakitangan PKK yang menggunakan peralatan seterusnya membawa
keluar dari kawasan PKK perlu mendapat kelulusan pengarah. Sebarang
kehilangan dan keosakan adalah tanggungjawab peminjam.
5.0 Kadar Sewaan Dan Bayaran Fasiliti
Kadar sewaan dan bayaran kepada pengguna adalah merujuk pekeliling
dan arahan daripada pihak pengurusan tertinggi. Penyewaan fasiliti dan
peralatan hanya diberikan kepada pengguna luar sama ada jabatan kerajaan
6
atau pun swasta dan urusan kakitangan (individu). Kadar sewaan dan
bayaran fasiliti PKK seperti yang disenaraikan pada Jadual 1.
Jadual 1: Kadar Sewaan dan Bayaran Fasiliti
BIL KEMUDAHAN KADAR BAYARAN CATATAN
1
Dewan Rafflesia
1200 Orang (Sehari:8.00pg – 4.00ptg)
RM150/jam
RM250/jam
RM500-
1000/sehari
Jabatan Kerajaan (Air-cond.) Jabatan Swasta (Air-cond.)
Tanpa Penghawa Dingin
2 Dewan Serbaguna RM500-1000/sehari
500 Orang
3 Dewan Kuliah Utama RM800/sehari 280 Orang (Air-cond.)
4 Gelanggang Badminton RM10/jam/Gelng
RM15/jam/Gelng
6 Gelanggang (7 pg – 6 ptg)
6 Gelanggang (7 – 10 mlm)
5 Gelanggang Bola Tampar RM15/jam/Gelng 2 Gelanggang
6 Gelanggang Bola
Keranjang RM10/jam/Gelng 2 Gelanggang
7 Gelanggang Bola Jaring RM10/jam/Gelng 2 Gelanggang
8 Gelanggang Sepak Takraw RM10/jam/Gelng 2 Gelanggang
9 Gelanggang Tenis RM10/jam/Gelng
RM15/jam/Gelng
2 Gelanggang (7 pg – 6 ptg)
2 Gelanggang (7 – 10 mlm)
10 Gelanggang Squash RM15/jam/Gelng 2 Gelanggang (7 pg – 6 ptg)
11 Gelanggang Petanque RM10/jam/Gelng
RM15/jam/Gelng
4 Gelanggang (7 pg – 6 ptg)
4 Gelanggang (7 – 10 mlm)
12 Padang Bola Sepak RM100/sehari RM30/perlawanan
13 Padang Ragbi RM100/sehari
RM30/perlawanan
14 Padang Hoki RM50/sehari
15 Kayak RM15/sebuah/hari
16 Meja Ping-pong RM5/jam/meja
17 Kerusi Banquet RM5/sebuah
18 Lain-Lain Merujuk budi bicara pihak pengurusan PKK Catatan: Gelng – Gelanggang Kemaskini Jan 2014
Fasiliti dan peralatan yang disewa juga amat terhad dan PKK hanya
menyenaraikan fasiliti dan peralatan yang sesuai untuk disewakan kepada
pengguna luar. Fasiliti dan peralatan yang tidak tersenarai adalah bergantung
kepada budi bicara pihak pengurusan PKK. Berikut adalah kadar bayaran
mengikut senarai fasiliti dan peralatan.
7
6.0 Prosedur Asas Urusan Penggunaan Fasiliti dan Peralatan PKK
Berikut adalah asas urusan penggunaan fasiliti dan peralatan PKK yang
mana dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas
aktivti dilaksanakan.
6.1 Sebelum Aktiviti
1. Penerimaan Surat arahan perlaksanaan apa–apa aktiviti sukan
daripada Kementerian / Penerimaan Permohonan daripada institusi
luar untuk menjalankan aktiviti sukan
2. Penetapan tempahan tarikh untuk aktiviti pada mana – mana fasiliti
yang diperlukan (mengelakkan pelanggaran penggunaan pada tarikh
yang sama)(7 hari sebelum tarikh penggunaan)
3. Penubuhan AJK pelaksana (jika berkaitan)
4. Sekiranya melibatkan hal sewaan, JSKK perlu memastikan kadar
sewaan telah dibayar sebelum aktiviti
6.2 Semasa Aktiviti
1. Makluman kepada pihak keselamatan mengenai aktiviti yang akan
dijalankan
2. Makluman kepada pihak keselamatan berkenaan senarai institusi /
individu luar yang akan memasuki kawasan politeknik sempena
aktiviti yang berjalan
3. Memastikan aktiviti yang berjalan hanya menggunakan fasiliti yang
ditetapkan dan tidak mengganggu fasiliti lain
4. Pihak JSKK akan memastikan sekiranya aktiviti yang melibatkan
institusi luar berjalan, aktiviti tersebut tidak akan mengganggu P&P
pelajar Politeknik
8
5. JSKK perlu memastikan pengguna fasiliti mengenakan pakaian dan
aksesori sukan yang bersesuai dengan aktiviti bagi mengelakkan
kecederaan. (sebarang kecederaan adalah di bawah tanggungjawab
pengguna sendiri)
6.3 Selepas Aktiviti
1. Sekiranya penggunaan fasiliti adalah daripada institusi luar, JSKK
perlu memastikan keadaan fasiliti dalam keadaan yang baik selepas
berkakhirnya satu – satu aktiviti.
2. Makluman kepada pihak keselamatan mengenai aktiviti yang telah
berakhir.
3. Memastikan pihak keselamatan maklum bahawa selepas tarikh
tersebut tidak ada lagi urusan keluar masuk daripada institusi luar.
6.4 Langkah-Langkah Umum Urusan Penggunaan Fasiliti Dan
Peralatan PKK
Antara langkah-langkah umum dalam urusan penggunaan
fasiliti dan peralatan PKK adalah seperti berikut:-
1. PENGGUNA: Membuat Permohonan
2. PIHAK PKK: Menyokong / Melulus
3. PIHAK PKK: Memberi Maklum Balas
4. PIHAK PKK: Makluman Kepada Pihak Keselamatan
5. PIHAK KESELAMATAN: Mengambil Tindakan
6. PENGGUNA: Melaksanakan Aktiviti
7. PIHAK KESELAMATAN: Membuat Pemantauan
8. PIHAK PKK: Memeriksa dan Membuat Laporan
9
7.0 Carta Alir Urusan Penggunaan Fasiliti PKK
Wakil Pegawai Luar Surat Rasmi (Pengguna Luar) Pengurus Pasukan / Penasihat Surat permohonan / sewaan / Isi Borang Wakil Individu penggunaan (Serah kepada Penyelia Logistik & Infrastruktur) Tidak
Lengkap Pengarah / Ketua Jabatan / Kelulusan / Kebenaran / Sokongan Dokumen Pegawai JSKK
Ada / Lengkap
Penggunaan Sewaan / Dalaman Pengguna Luar Isi Borang Keselamatan/ Penyelia Logistik & Infrastruktur Semak Penggunaan /
Aktiviti Dalaman
Digunakan / Penyelia Logistik & Tiada Ada Aktiviti Infrastruktur LULUS Aktiviti Dalaman TIDAK / Tidak TIDAK Digunakan Makluman / surat LULUS Gagal balas Penyelia Logistik & Infrastruktur / Proses Unit Kewangan Pembayaran Penyelia Logistik & Infrastruktur Rekod / Makluman Pengawal Keselamatan
Proses Penggunaan/ Sewaan/ Pemantauan
Keselamatan Periksa Kebersihan/
Penyelia Logistik & Infrastruktur Kemudahan dalam keadaan baik.
Rajah 1: Carta Alir Urusan Penggunaan Fasiliti PKK
Mula
Tamat
10
8.0 Carta Alir Urusan Pinjaman Peralatan PKK
Wakil Pegawai Luar / Surat Rasmi (Pengguna Luar) Pengurus Pasukan / Penasihat Surat permohonan / Isi Borang pinjaman Wakil Individu (serah kepada Penyelia Logistik)
Pengarah / Ketua Jabatan / TIDAK Kelulusan / Kebenaran. Pegawai JSKK LULUS
Penyelia Logistik & Infrastruktur Mengeluarkan dan Merekod peralatan
keluar. Proses Peminjaman. Wakil Pegawai Luar / Pengurus Pasukan / Penasihat Proses Pemulangan Wakil Individu. Merekod peralatan masuk Penyelia Logistik & Infrastruktur Memeriksa Peralatan. Penyelia Logistik & Infrastruktur Keadaan Rosak Baik Wakil Pegawai Luar / Makluman / Pengurus Pasukan / Penasihat Buat Laporan Wakil Individu Kerosakan Penyelia Logistik & Infrastruktur Rekod dan Laporan pada yang terlibat
Rajah 2: Carta Alir Urusan Pinjaman Peralatan PKK
Mula
Tamat
11
9.0 Prosedur Keselamatan Pengguna Fasiliti dan Peralatan PKK
Prosedur Keselamatan Pengguna dibahagikan kepada tiga (3) kategori
iaitu tanggungjawab pelajar, kakitangan PKK dan pengguna luar. Ketiga-tiga
pengguna ini mempunyai prosedur penggunaan fasiliti dan peralatan yang
berbeza.
9.1 Keselamatan dan Tanggungjawab Pelajar
Prosedur keselamatan dan tanggungjawab pelajar di PKK adalah
tertakluk kepada peraturan keselamatan dalaman dan akta 174 yang
sedang berkuatkuasa. Pelajar yang menggunakan fasiliti dan peralatan
PKK adalah dibawah pemantauan kakitangan PKK. Keselamatan dan
kebenaran keluar masuk pelajar daripada kawasan PKK adalah antara
jam 5.00 pagi hingga 11.00 malam sahaja termasuk pelajar yang
menduduki asrama (kamsis). Bagi urusan penggunaan kemudahan dan
peralatan pelajar juga perlu merujuk peraturan yang digunapakai
mengikut jabatan dan unit di PKK.
9.2 Keselamatan dan Tanggungjawab Kakitangan PKK
Prosedur keselamatan kakitangan PKK adalah tertakluk kepada
peraturan dan tanggungjawab penjawat awam dan undang-undang
kerajaan terhadap penjagaan harta benda kerajaan. Tindakan tatatertib
dan tindakan undang-undang akan dikenakan mengikut laporan
pengurusan PKK, pihak awam dan pihak polis.
12
9.3 Keselamatan dan Tanggungjawab Pengguna Luar
Prosedur keselamatan pengguna luar termasuk komuniti
kakitangan PKK juga tertakluk kepada peraturan undang-undang
kerajaan. Tindakan undang-undang akan dikenakan mengikut laporan
pihak keselamatan pengurusan PKK, pihak awam dan pihak polis. Bagi
pengguna luar yang menggunakan fasiliti dan peralatan PKK, kaedah
pemantauan keluar masuk telah diperketatkan dan diperhalusi agar
dapat dikawal dengan lebih baik.
10.0 Maklumat Asas Keselamatan Pengguna Fasiliti dan Peralatan PKK
Maklumat asas keselamatan pengguna amat penting bagi
memudahkan urusan. Oleh yang demikian, beberapa maklumat asas
perlu dinyatakan dalam setiap urusan penggunaan (kandungan borang)
antaranya:-
1. Nama Aktiviti
2. Tujuan
3. Tarikh
4. Masa
5. Nama dan Nombor Telefon Pemohon
6. Anggaran Bilangan Pengguna
7. Fasiliti yang digunakan
8. Peralatan yang digunakan
9. Pegawai Bertugas (Pihak PKK)
10. Laporan Pihak Keselamatan
11. Komen dan Cadangan
Borang lengkap yang diguna pakai bagi penggunaan fasiliti,
peralatan serta keselamatan boleh dirujuk di bahagian Lampiran.
13
11.0 Rumusan
Keselamatan penjagaan harta benda awam mahupun harta benda
kerajaan adalah amat penting terutamanya tanggungjawab kepada penjawat
awam. Berapa peraturan dan pekeliling telah dikeluarkan agar
perlaksanaannya dapat dipatuhi dengan lebih sempurna. Oleh yang demikian,
prosedur ini dikeluarkan adalah diatas pemurnian perlaksanaan pemantauan
keselamatan dan asas dasar peringatan bersama bagi memudah cara
pengurusan di Politeknik Kota Kinabalu.
14
Rujukan
Prosedur Kerja Jabatan Sukan, Kokurikulum Dan Kebudayaan (2012), Edisi
Kedua, Politeknik Kota Kinabalu.
Buku Garis Panduan Organisasi (2012), Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Politeknik Kota Kinabalu: 91 m/s
Wahadhir Bin Hamdan (2012), Lampiran Garis Panduan Penggunaan Dewan
Rafflesia, Dewan Serbaguna Dan Dewan Kuliah Utama: Politeknik Kota Kinabalu.
Programmes Hand Book, Politeknik Kota Kinabalu (2012), Politeknik Kota
Kinabalu.
Maimunah Sapri dan Maizan Baba (2008), Penyumberan Luar dan Pengurusan
Fasiliti: Universiti Teknologi Malaysia.
Yuhainis Abdul Talib, Nor Aini Salleh & Noraini Johari (2007), Perbandingan Corak
Pengurusan Fasiliti Kediaman Bertingkat Oleh Institusi Kerajaan Dan Swasta: Universiti
Teknologi Mara.
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2004, Penjenisan Kod Bagi Hasil
Perbelanjaan: Kementerian Kewangan.
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 1995, Panduan Am
Mengenai Perolehan Kerajaan
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 1997, Garis Panduan
Mengenai Penyelarasa Penggunaan Dan Perolehan Kemudahan Dan Peralatan
Teknologi Baru Di Agensi Kerajaan
15