Proposal Kajian Tindakan - Komen 16mac
-
Upload
farrah-hayati -
Category
Documents
-
view
315 -
download
7
description
Transcript of Proposal Kajian Tindakan - Komen 16mac
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBILANG DAN MENYUSUN NOMBOR 1 HINGGA 5 DALAM
TERTIB MENURUN MENGGUNAKAN ‘BEADSTICK’
Oleh:NOORFARRAH HAYATI BT RAMADZAN
PISMP PENDIDIKAN KHAS 1 (SEM7)
REFLEKSI P&P YANG LALU• Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang lalu, saya telah
mendapati pelaksanaan pengajaran bagi mata pelajaran Matematik di
Sekolah Kebangsaan Kebun Pinang telah berjalan dengan baik. Saya telah
mengajar murid-murid tentang pelbagai kemahiran dan aktiviti berhubung
dengan mata pelajaran ini. Oleh kerana murid-murid adalah dalam
kalangan murid-murid berkeperluan khas, maka cara untuk saya mengajar
dan bahan yang digunakan adalah berlainan dengan mengajar kanak-
kanak normal. Malah segala aktiviti dan bahan yang saya sediakan
kebanyakannya diambil daripada rujukan atau sumber cara pengajaran
murid prasekolah. Saya mengambil sumber ini kerana bagi saya cara
pengajaran murid prasekolah sesuai dilaksanakan kepada murid-murid
khas yang tidak boleh terlalu menerima pengajaran terlalu formal.
• Masalah membilang dalam tertib menurun merupakan salah satu masalah
yang berlaku kepada semua murid yang pernah saya ajar semasa
berpraktikum termasuk di Sekolah Kebangsaan Sik dan Sekolah
Kebangsaan Taman Awana.
• Masalah ini telah dilihat sewaktu ujian di mana mereka menulis jawapan
dalam tertib menaik. Masalah ini terus berlarutan sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran juga, mereka tidak dapat memahami konsep
urutan menurun dengan konkrit kerana mereka tidak dapat memahami
membilang nombor secara 5, 4, 3, 2, 1 itu adalah tertib menurun.
• Membilang secara menaik dan menurun ini adalah salah satu daripada
kemahiran yang harus dikuasai oleh murid kerana tanpa kebolehan
menguasai membilang ini, murid tidak mampu mempelajari tajuk dan
kemahiran yang lebih tinggi seperti operasi tambah, tolak dan sebagainya.
• Tertib menurun perlu diajar kepada murid setelah mereka menguasai
pengiraan nombor dalam tertib menaik.
• Untuk mempelajari konsep menurun juga, murid haruslah menguasai
tentang konsep banyak dan sedikit, memahami makna nombor dan
mengenal simbol angka serta nilai angka terlebih dahulu (Briggs & Davis,
2008)
• Sewaktu saya mengajar tertib menurun menggunakan penggunaan
tangga, apa yang saya dapati ialah murid tidak mampu mengkaitkan
aktiviti penurunan tangga dengan pengiraan nombor yang mereka
lakukan. Malah mereka masih tetap tidak boleh menyebut nombor secara
menurun walaupun dengan bantuan daripada kad nombor.
• Malah apabila saya menyebut nombor dan meminta murid menyambung,
murid tergagap-gagap dan sering tersasul membilang dalam tertib menaik.
• Pada pemerhatian saya, tertib menurun ini tidak terlalu ditekankan oleh
guru tentang penguasaannya terhadap murid-murid khas. Ini adalah
kerana membilang dalam tertib menurun yang memerlukan murid untuk
berfikir secara abstrak. Malah membilang nombor dua arah iaitu menaik
dan menurun juga adalah tahap yang paling tinggi dalam model
perkembangan tahap-tahap dalam membilang(Fuson et. al, 1982).
• Namun begitu, penguasaan membilang dalam urutan menurun ini juga
penting kerana ia berguna dalam kehidupan seharian murid seperti
menuruni tangga atau lif. Malah ia juga diguna pakai dalam proses
pengajaran dan pembelajaran iaitu operasi tolak contohnya, murid keliru
dengan beza nilai 3 dan 5, kanak-kanak yang menghafal kemungkinan
besar akan melakukan penolakan “3-5” sedangkan kanak-kanak yang
memahami konsep penolakan memahami bahawa nilai kecil tidak dapat
menolak nilai yang besar. Terdapat juga murid yang keliru dengan konsep
tukar tertib iatu ‘ 5 + 2 = 2 + 5 ‘ dianggap ‘ 5 – 2 ‘ juga dalam ‘ 2 – 5 ‘.
PENGUMPULAN DATA AWAL
Pemerhatian
Ujian diagnostik
Perbincangan dengan
guru
PEMERHATIANPengamatan secara teliti terhadap situasi sebenar dengan tidak
menggunakan sebarang instrumen atau menyemak ketepatan
fenomena yang berlaku.
Menentukan kumpulan sasaran
Melaksanakan pemerhatian sewaktu
melakukan aktiviti terhadap kumpulan
sasaran
Anand (2002) : jenis-jenis pemerhatian
BUTIR PEMERHATIAN•3 orang responden (2 lelaki dan seorang perempuan)•Murid kelas Bestari
Kumpulan sasaran
•Sewaktu proses p&p matematik•Bilik darjah
Tempat dan waktu
•Tingkah laku murid sewaktu membuat aktiviti•Masalah yang dihadapi oleh murid sewaktu melakukan aktiviti
Perkara yang diperhatikan
DAPATAN DARI PEMERHATIANAKTIVITI CATATAN
Proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah
Murid tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan arahan guru
Murid terganggu dengan persekitaran luar seperti orang yang lalu lalang
Aktiviti luar bilik darjah: Menyebut nombor Naik dan turun tangga sambil menyebut
nombor melalui kad nombor Menaik dan menurun anak tangga yang
disebut oleh guru
Murid boleh menyebut dan mengenal simbol nombor
Seorang daripada 2 orang yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat menyebut nombor ‘4’ selepas menyebut nombor 5 tetapi boleh menyebut nombor 3, 2 dan 1
Murid boleh menaiki dan menurun tangga yang disebut oleh guru dengan bantuan kad nombor dan bimbingan guru
Aktiviti dalam bilik darjah: Menyebut nombor 1-5 Menampal stiker pada kad nombor
mengikut nilai Menyusun kad mengikut bilangan yang
lebih banyak ke sedikit Menampal kad nombor pada carta tangga
Murid boleh menampal stiker mengikut nilai nombor
Murid boleh menyusun kad mengikut tertib bilangan yang lebih banyak ke sedikit
Murid boleh menampal kad nombor pada carta tangga dengan bimbingan daripada guru
Aktiviti Membuat Lembaran kerja
Murid membuat lembaran dengan betul kerana ingat akan tertib yang telah diajar dan dibilang sebelum membuat latihan tetapi mereka tidak boleh menampal kad pada carta tangga tanpa bimbingan guru
UJIAN DIAGNOSTIKProsedur yang dilaksanakan semasa melaksanakan ujian diagnostik ialah:
Mendapat jadual mengajar
individu
Menyediakan soalan diagnostik bagi
murid-murid yang diajar mengikut mata
pelajaran
Melaksanakan ujian
diagnostik
Menyemak jawapan murid dalam kertas
ujian
Mengisi borang skor yang disediakan
DAPATAN DARI UJIAN DIAGNOSTIKKEMAHIRAN YANG DIUJI SKOR CATATAN
Mengelaskan objek berdasarkan warna 5/5 -
Mengelaskan objek berdasarkan saiz 3/3 -
Mengelaskan objek berdasarkan bilangan 3/3 -
Memilih nombor berdasarkan bilangan 5/5 -
Memadankan nombor berdasarkan bilangan objek
5/5 -
Tertib menaik 3/3 -
Tertib menurun 0/2Murid menulis dalam tertib
menaik
Operasi tambah 5/5
Dengan menggunakan pembilang
*murid lambat dalam mengira dan menambah serta kurang tumpuan
BORANG SKOR BAGI RESPONDEN 1
KEMAHIRAN YANG DIUJI SKOR CATATAN
Mengelaskan objek berdasarkan warna 5/5 -
Mengelaskan objek berdasarkan saiz 3/3 -
Mengelaskan objek berdasarkan bilangan 3/3 -
Memilih nombor berdasarkan bilangan 5/5 -
Memadankan nombor berdasarkan bilangan objek
5/5 -
Tertib menaik 3/3 -
Tertib menurun 0/2Murid menulis dalam tertib
menaik
Operasi tambah 5/5
Dengan menggunakan pembilang*murid lambat dan sentiasa perlukan arahan daripada guru untuk membuat
tugasan
BORANG SKOR BAGI RESPONDEN 2
KEMAHIRAN YANG DIUJI SKOR CATATAN
Mengelaskan objek berdasarkan warna 5/5 -
Mengelaskan objek berdasarkan saiz 3/3 -
Mengelaskan objek berdasarkan bilangan 3/3 -
Memilih nombor berdasarkan bilangan 5/5 -
Memadankan nombor berdasarkan bilangan objek
5/5 -
Tertib menaik 3/3 -
Tertib menurun 0/2Murid menulis dalam tertib
menaik
Operasi tambah 5/5
Dengan menggunakan pembilang
*boleh buat tanpa bimbingan cuma perlukan lebih banyak latihan
pengukuhan
BORANG SKOR BAGI RESPONDEN 3
TEMUBUAL DENGAN GURU• Prosedur yang dilaksanakan semasa menjalankan sesi temubual
dengan guru ialah:
Kenalpasti murid dan masalah
Merangka temubual
Menjalankan temubual
Mencatat isi penting daripada temubual
Menganalisis data
(Noriah, Zuria, & Siti Rahayah, 2004)
DAPATAN DARI PERBINCANGANSOALAN JAWAPAN
Adakah cikgu rasa tajuk tertib menurun sesuai dilaksanakan terhadap responden?
Boleh je kalau nak cuba sebab mana tau kot-kot depa bole.
Bagaimanakah tahap penguasaan murid-murid dalam konsep nombor ataupun pengiraan nombor bulat?
Depa dah kenal nombor dan boleh kira ikut turutan. Tapi dalam naik la. Sebab kalau turun tu dia lebih tinggi arasnya.
Tertib menurun merupakan tajuk di bawah konsep nombor. Sepatutnya jika murid tidak boleh menguasai tajuk tu mereka tidak boleh ke tajuk yang seterusnyakan?
Ya. Memang pun tapi kalau depa tak boleh nak faham tajuk tu, kita kena jugak teruskan ikut silibus kalau tak sampai bila pun tak habis silibus.
Adakah mereka mampu untuk menerima dan memahami pengajaran tentang tertib menurun?
Tak tau nak kata. Cuba dulu sebab budak-budak ni kadang-kadang cepat faham tapi ada masa ajar-ajar pun tak faham-faham.
Jadi kesimpulannya sekarang, memang murid-murid ni bermasalah dalam pengiraan nombor dalam tertib menurunlah?
Memang depa tak boleh nak kira dalam tertib menurun. Kalau bagi soalan pun depa tulis dalam tertib menaik. Try la ajar satu-satu. Naik dulu lepas tu baru turun sebab kalau tak nanti depa keliru pulak.
* masalah membilang nombor dalam tertib menurun sememangnya wujud terhadap responden.
FOKUS KAJIAN
Huraian fokus
kajian•Dalam penyelidikan tindakan ini, saya menumpukan perhatian kepada kemahiran membilang
nombor dalam tertib menurun. Nani Menon dan Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah (2003)
mengatakan bahawa membilang adalah proses yang melibatkan hubungan satu dengan lain
atau padanan set. Kanak-kanak di peringkat awal biasanya membilang dalam bentuk hafalan
tanpa kefahaman. Contohnya dengan nyanyian lagu.
Huraian fokus
kajian•Berdasarkan pengumpulan data awal (pemerhatian, ujian diagnostik, dan temubual)
saya mendapati 3 orang murid saya masih gagal menguasai kemahiran membilang
dan menyusun nombor 1 hingga 5 dalam tertib menurun.
•Mengikut pendekatan numerasi secara pembelajaran masteri dalam Model Numerasi,
murid yang belum menguasai sesuatu kemahiran perlu diajar semula untuk
memperbetulkan ketidakfahaman dengan menggunakan strategi yang berbeza (KPM,
2010).
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010)
KEBOLEHTADBIRAN• Masalah membilang dan menyusun nombor 1 hingga 5 mengikut tertib
menurun dalam kalangan murid boleh diperbaiki dengan menggunakan
‘beadstick’ kerana ia memerlukan penglibatan murid sendiri untuk
melakukan aktiviti.
• Guru menggunakan cara pengumpulan data yang bersesuaian dengan
masalah yang dikaji.
• Responden dapat menumpukan perhatian yang lebih kerana proses
pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti dilakukan di dalam kelas.
• Guru menyediakan bahan serta persekitaran yang kondusif untuk
melakukan aktiviti.
• Kekangan yang mungkin dihadapi : murid tidak dapat memahami konsep
menurun dengan konkrit.
KEPENTINGANKeperluan
Murid boleh membezakan nombor yang lebih besar dan
nombor yang lebih kecil
Murid memahami konsep ‘tolak’ dan ‘tambah’ dengan membezakan nombor kecil
boleh ditambah dengan nombor besar tetapi tidak
dalam operasi tolak.
Murid guna dalam kehidupan seharian contohnya naik dan
turun lif atau tangga
• Gangguan sewaktu mengajar tentang operasi• Pengetahuan atau ilmu murid tentang nombor bulat tidak lengkap apabila tidak
menguasai dan memahami tajuk membilang secara tertib menurun.
Keseriusan
Tindakan/
intervensi•Masalah yang dihadapi oleh responden ialah membilang dan menyusun nombor dalam tertib menurun.
•Murid menggunakan ‘beadstick’ untuk memahami konsep banyak ke sedikit.
•Murid membilang manik berdasarkan nombor yang dilekatkan pada kayu lidi.
•Murid menyusun stick mengikut tertib menurun.
•Penggunaan ‘beadstick’ bertepatan dengan objektif untuk meningkatkan kemahiran membilang serta
menyusun nombor 1 hingga 5 dalam tertib menurun kerana beadstick melibatkan perlakuan
membilang manik pada stick serta boleh disusun di atas plastesin dengan mengikut urutan menurun.
•Murid lebih mudah memahami konsep menurun apabila melakukan sendiri aktiviti serta penggunaan
bahan maujud. (pengalaman langsung)
BEADSTICK
Plastesin
54
32
1
manik
Kayu lidi
Pelekat
nombor
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
OBJEKTIF
• Meningkatkan kemahiran
membilang nombor 1 hingga
5 mengikut tertib menurun
dengan menggunakan
‘beadstick’.
• Meningkatkan kemahiran
menyusun ‘beadstick’ bagi
nombor 1 hingga 5 mengikut
tertib menurun dengan betul.
SOALAN
• Adakah penggunaan ‘beadstick
dapat meningkatkan kemahiran
membilang nombor mengikut
tertib menurun dengan betul?
• Adakah murid dapat
menyusun ‘beadstick’ bagi
nombor 1 hingga 5 mengikut
tertib menurun dengan betul?
KUMPULAN SASARAN
RESPONDEN 1
•Prestasi akademik:
•Operasi tambah dalam
lingkungan 10
•Ciri unik:
•Slow learner
•Kurang tumpuan
•Lambat dalam
membuat kerja
RESPONDEN 2
•Prestasi akademik:
•Operasi tambah dalam
lingkungan 10
•Ciri unik:
•Slow learner
•Lambat dalam membuat
kerja
•Kurang memahami arahan
yang diberikan oleh guru
RESPONDEN 3
•Prestasi akademik:
•Operasi tambah dalam
lingkungan 20
•Ciri unik:
•Slow learner
•Hiperaktif
•Kurang tumpuan
•Suka bermain di dalam
kelas
Bilangan : 3 orang
Jantina : 2 orang lelaki dan seorang perempuan
Kelas : Bestari
PERANCANGAN TINDAKAN
• Memperkenalkan konsep menurun melalui penggunaan ‘beadstick’
Langkah 1
RASIONAL
Murid dapat mengetahui bahawa aktiviti yang
akan dilakukan adalah berkaitan dengan banyak ke sedikit
Murid melihat nombor dan memasukkan manik ke
dalam stick sambil membilang satu persatu
manik mengikut nilai nombor.
Murid menyusun ‘beadstick’ mengikut
tertib menurun dengan perkaitan banyak ke
sedikit
LANGKAH 1
1. Guru menyusun stick dalam bentuk
seperti di rajah sebelah.
2. Guru bertanya murid cara penyusunan
‘beadstick’.
Stick daripada panjang ke pendek
Manik daripada banyak ke sedikit
3. Guru meminta murid menggerakkan
tangan dari kiri ke kanan di atas
‘beadstick’.
4. Guru bertanya bagaimana cara
menggerakkan tangan mengikut
ketinggian stick : condong ke bawah.
5. Guru kaitkan aktiviti dengan tajuk
‘TERTIB MENURUN’.Plastesin
LANGKAH 2
1. Guru meminta murid membuat
‘beadstick’ dengan menggunakan
bahan seperti:
• Batang lidi
• Manik
• Plastesin
• Pelekat nombor
2. Murid memasukkan manik ke dalam
kayu lidi mengikut nombor yang dilekat
pada stick.
3. Murid diminta untuk membilang setiap
manik yang dimasukkan ke dalam stick.
54
3
21
Pencapaian OBJEKTIF 1: Meningkatkan kemahiran membilang nombor 1 hingga 5 mengikut tertib menurun dengan menggunakan ‘beadstick’.
LANGKAH 3
1. Setelah siap membilang dan memasukkan
manik ke dalam stick, guru meminta murid
menyusun ‘beadstick’ di atas plastesin
mengikut tertib menurun ataupun banyak
ke sedikit.
2. Murid menyusun ‘beadstick’ dan guru
pantau aktiviti yang dilakukan oleh murid.
3. Guru berbincang tentang penyusunan yang
telah dilakukan.
4. Guru perbetulkan kesilapan murid jika ada.
5. Guru meminta murid menyebut nombor
mengikut tertib menurun yang telah
disusun.
54
3
21
Plastesin
Pencapaian OBJEKTIF 2: Meningkatkan kemahiran menyusun ‘beadstick’ bagi nombor 1 hingga 5 mengikut tertib menurun dengan betul
CARA MENGUMPUL DATA
PEMERHATIAN
UJIAN
TEMUBUAL BERSAMA
GURU
CARA MENGANALISIS DATA
PEMERHATIAN
•Pemerhatian Tidak Berstruktur
•Analisis:
•Peristiwa demi peristiwa
ditulis secara terperinci dan
catatan dibuat sebagai
nota/rumusan
TEMUBUAL•Tidak Berstruktur
•Analisis:
•Dijalankan secara tidak formal
dengan menggunakan soalan
terbuka.
•Cara ini dapat meneroka idea
atau perasaan responden.
PERBANDINGAN SKOR UJIAN SEBELUM DAN SELEPAS PENILAIAN
Bil Nama Murid Sebelum Selepas
1 Responden 1 0 -
2 Responden 2 0 -
3 Responden 3 0 -
SEBELUM SELEPAS0
1
2
3
4
PERATUSAN SEBELUM DAN SELEPAS
RES 1 RES 2 RES 3 * contoh
JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKANMINGGU TINDAKAN
Minggu 1 dan 2 • Membuat ujian diagnostik
Mengenalpasti masalah
Mengenalpasti murid / subjek
• Menjalankan proses p&p
Melaksanakan pemerhatian
• Menemubual guru pembimbing
• Mengenalpasti responden
Minggu 3 dan 4 • Merancang intervensi
• Berbincang dengan penyelia tentang intervensi
• Menulis draf proposal 1
Minggu 5, 6 • Baiki intervensi
• Merangka slide proposal
Minggu 7, 8 dan 9 • Membuat slide proposal
• Menyemak slide proposal bersama penyelia
• Perbentangan slide proposal
Minggu 10, 11 dan 12 • Melaksanakan intervensi
• Ujian untuk mengesan pencapaian murid
• Merekod dan menganallisis data
CARTA GANTT
• Rujuk lampiran
KOS KAJIAN
PERKARA KUANTITI HARGA
Manik 1 paket RM 4.00
Plastesin 1 paket RM 2.00
Pelekat 1 paket RM 1.00
Jumlah RM 7.00
RUJUKANIvan, B. (1996). Matematik Tindakan; Permainan Bantu Anak Anda Bergembira dengan
Matematik. Petaling Jaya, Selangor: Flo Enterprise Sdn. Bhd.
Briggs, M. & Davis, S. (2008). Creative Teaching; Mathematics in the Early Years and Primary Classroom. Madison Ave, New York: Routledge taylor & Francis Group.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Model Numerasi Tahap 1. Dicapai pada Mac 14, 2013, daripada http://www.slideshare.net/mrssilentreader70/modul-numerasi.
Nani Menon & Rohani Abdullah (2003). Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah. Bentong, Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Noriah, Zuria, & Siti Rahayah (2004). Universiti Kebangsaan Malaysia. Dicapai pada Mac 13, 2013, daripada http://www.slideshare.net/misyuyu/kaedah-kutipan-data.
Anand, S. (2002). Dicapai pada Mac 13, 2013, daripada http://www.slideshare.net/sifatpgsr/data-dan-instrument.