Proposal kajian tindakan
-
Upload
murshidyzila -
Category
Education
-
view
32.603 -
download
9
Transcript of Proposal kajian tindakan
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
KPR 4063
KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN
KUMPULAN B
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
TAJUK : TAHAP PENGUASAAN MURID TERHADAP SUBJEK AL-QURAN DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH AGAMA RAKYAT
TAMAN CEMPAKA
( FOKUS MURID DARJAH TIGA ISHAK )
DISEDIAKAN UNTUK:
PROF. MADYA DR. ABD. LATIF BIN HAJI GAPOR
DISEDIAKAN OLEH:
BIL NAMA AHLI NO MATRIK
1. ZAIMAT RUZIANA ERMY BINTI MAT TAIB L20111006500
2. NORLIZA BINTI SAFFIEE L20111006509
3. MUHAMMAD KHAIR AZHAR BIN KAMARUDIN
L20111006697
4. AHMAD FAUZUL AZIM BIN MOHAMMAD L20111006699
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
ABSTRAK i
SENARAI JADUAL ii
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1 - 2
1.2 Latar belakang kajian 2
1.3 Pernyataan masalah 2
1.4 Objektif 3
1.5 Tujuan kajian 3
1.6 Soalan kajian 3
1.7 Kepentingan Kajian 4 - 5
1.8 Batasan kajian 5
1.9 Definisi konsep 5 - 6
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 7 - 8
2.2 Kajian yang berkaitan 8 - 9
2.3 Kesimpulan 9
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 9
3.2 Kaedah kajian 9 - 10
3.3 Kaedah analisis data 10
3.4 Tempat kajian 10
3.5 Populasi dan tempat kajian 10 - 11
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 11
4.2 Dapatan temubual 11 - 13
4.3 Dapatan soal selidik : bahagian A 13 - 16
4.4 Dapatan soal selidik : bahagian B 16 – 17
4.5 Dapatan ujian Pra 17 – 18
4.6 Dapatan ujian Pos 18 - 20
BAB 5 PERBINCANGAN
5.1 Perbincangan masalah 20
5.2 Punca masalah 21 - 22
5.3 Cadangan 22 - 23
5.4 Kesimpulan 23
RUJUKAN
LAMPIRAN
TAHAP PENGUASAAN MURID TERHADAP SUBJEK AL-QURAN DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH AGAMA RAKYAT TAMAN CEMPAKA
( FOKUS MURID DARJAH TIGA ISHAK )
Bab 1
1.1 Pendahuluan
Al-Quran adalah satu elemen yang penting di dalam kehidupan umat Islam. Penerapan
nilai-nilai Al-Quran adalah amat penting di dalam diri masyarakat Islam. Matlamat pendidikan
Al-Quran adalah untuk membina masyarakat yang bertaqwa, masyarakat yang adil berasaskan
kasih sayang, belas kasihan, persaudaraan dan masyarakat yang bertolak ansur,
bertanggungjawab, berfikiran bebas, demokrasi, tidak zalim, tidak sombong dan masyarakat
yang berjalan mengikut garis panduan Al-Quran (Ahmad Mohd. Salleh, 1997). Matlamat
pendidikan Al-Quran ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.
Membaca Al-Quran dituntut kerana di antara hikmat Al-Quran diturunkan adalah untuk dibaca,
‘ditadabbur’, dihayati dan diamalkan. Al-Quran adalah setinggi-tinggi anugerah yang Allah
kurniakan kepada hambaNya. Ia adalah satu mukjizat abadi yang membuktikan kebenaran dan
kekuatan pengaruhnya. Ia tetap menjadi perlembagaan abadi sepanjang zaman sesuai untuk
mengatur hal-hal kehidupan manusia pada semua masa dan tempat. Isi kandungannya yang
mencukupi semua aspek kehidupan manusia adalah panduan dan pegangan insan dalam
menjalani kehidupan dunia yang menjadi jambatan ke akhirat.
Membaca Al-Quran dengan betul dari segi tajwid dan makhrajnya supaya tidak
terpesong pengertiannya adalah menjadi tuntutan agama ke atas orang Islam kerana membaca
Al-Quran dapat membentuk akidah dan akhlak individu. Membaca Al-Quran juga menjadi suatu
ibadah yang diberi pahala sehinggakan setiap huruf yang dibaca akan diberi sepuluh kebaikan
oleh Allah kepada pembacanya, jika dibaca dengan sebutan yang betul dan mengikut kaedah
bacaan dan mengikut tajwid. Pahala membaca Al-Quran bukan sahaja diberi kepada mereka
yang membacanya tetapi juga diberi kepada pendengarnya. Sebaliknya, kegagalan membaca
Al-Quran dengan baik dan sempurna membawa kesan yang buruk terhadap individu muslim.
Antara kesan buruk akibat tidak mempelajari cara atau kaedah membaca Al-Quran dan tafsir
ialah:
1. Tidak sah solat dan tidak sempurna ibadah-ibadah yang lain
yang melibatkan bacaan Al-Quran.
2. Menjadi malas dan tidak berminat untuk mengerjakan ibadah
kepada Allah.
3. Tidak memahami akan hukum-hukum yang diterangkan
dalam Al-Quran.
4. Hidup tidak mempunyai matlamat yang jelas.
Oleh sebab itu, subjek Al-Quran telah diajar di peringkat sekolah rendah lagi bagi mendedahkan
para murid tentang kepentingan Al-Quran.
1.2 Latar belakang kajian
Subjek Pendidikan Islam di Sekolah Agama Rakyat Taman Cempaka, Ipoh Perak
merupakan mata pelajaran asas yang wajib dipelajari oleh muridnya. Sukatan pelajaran
merangkumi asas-asas Fardhu Ain, asuhan tilawah Al- Quran, Ulum Syariah, Akhlak Islamiyah
dan mata pelajaran jawi. Kajian yang dilakukan memfokuskan tahap penguasaan Al-Quran
dalam kalangan murid darjah Tiga Ishak. Kajian ini dilakukan sebagai kajian tindakan bagi
mengetahui permasalahan murid dalam mengenal huruf hijaiyyah, menulis dan menguasai
pembacaan Al-Quran. Kajian ini juga mengambil kira aspek faktor murid, faktor keluarga dan
juga faktor sekolah. Responden yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada 21 orang murid
darjah Tiga Ishak iaitu 10 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan. Diharapkan kajian
ini dapat menyelesaikan persoalan tentang penguasaan murid terhadap subjek Al-Quran dalam
kalangan murid darjah Tiga Ishak Sekolah Agama Rakyat Taman Cempaka.
1.3 Penyataan masalah
Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti masalah utama yang melibatkan kelemahan murid
darjah Tiga Ishak dalam menguasai subjek Al- Quran. Ia berfokus kepada:
1.3.1 Mengkaji tahap keupayaan pembacaan Al-Quran dalam kalangan murid Darjah
Tiga Ishak secara keseluruhan.
1.3.2 Mengkaji tahap penguasaan murid dalam mengenal huruf hijaiyyah, menulis dan
membaca Al-Quran.
1.3.3 Penyelidik juga mengkaji masalah utama penyebab kegagalan murid dalam
menguasai subjek Al-Quran.
1.4 Objektif kajian
Kajian terhadap tahap penguasaan Al-Quran dalam kalangan murid darjah Tiga Ishak
dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut:
1.4.1 Mengenal pasti tahap sebenar secara keseluruhan murid di dalam kelas Tiga
Ishak.
1.4.2 Mengenal pasti tahap penguasaan sebenar murid dalam mengenal huruf
hijaiyyah, menulis, dan membaca Al-Quran.
1.4.3 Mengenal pasti punca-punca murid lemah dalam penguasaan Al-Quran.
1.5 Tujuan kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui masalah sebenar murid dalam
subjek Al-Quran, mengenal pasti prestasi dan tahap penguasaan bacaan Al-Quran murid
secara lebih dekat, dan mengenal pasti masalah dan kerumitan yang dihadapi oleh murid-murid
darjah Tiga Ishak. Melalui pendedahan dan maklumat yang diperolehi, pihak sekolah dapat
memahami keadaan sebenar yang berlaku di sekolah dan secara tidak langsung dapat
membantu bahagian pentadbiran sekolah dalam merancang dan mengemaskini pelbagai
keperluan dan kemudahan kepada murid. Kajian ini juga boleh membantu pihak sekolah
melakukan gerak gempur untuk meningkatkan minat membaca al-Quran. Seterusnya guru-guru
yang berkaitan diberikan latihan-latihan dan kemahiran dari semasa ke semasa agar dapar
menjalankan tugas mereka dengan lebih yakin dan sempurna. Bagi murid-murid pula, kajian ini
dapat membantu mereka mengenal pasti faktor-faktor pendorong atau perangsang serta
penghalang pencapaian mereka dalam aspek bacaaan Al-Quran, seterusnya berusaha
memperbaiki diri dan membuat latihan serta aktiviti yang dapat meningkatkan prestasi bacaan
mereka dari semasa ke semasa.
1.6 Soalan kajian
1. Apakah tahap keseluruhan murid di dalam Tiga Ishak terhadap subjek Al-Quran?
2. Sejauh manakah tahap penguasaan murid dalam mengenal huruf hijaiyyah, menulis,
dan membaca Al-Quran?
3. Apakah punca yang menyebabkan murid lemah dalam subjek Al-Quran?
1.7 Kepentingan kajian
Kajian ini penting untuk membantu pihak-pihak yang berkenaan seperti murid-murid,
guru, pihak universiti, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), ibu bapa, masyarakat dan
sekolah bagi mengetahui sejauh mana tahap penguasaan murid terhadap subjek Al-Quran.
Hasil kajian ini juga penting kepada pihak universiti terutamanya Fakulti Pendidikan supaya
dapat melatih dan menyediakan guru-guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan,
personaliti dan membuat persediaan dalam melaksanakan tugas dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P).
Selain itu, kajian ini juga berguna kepada pihak KPM dalam mencari dan memilih bakal-
bakal guru yang memenuhi segala aspek pengajaran sebagai seorang pendidik yang
berwibawa dalam mendidik anak bangsa dan negara. Selain itu, pihak KPM juga boleh
menggunakan hasil dapatan kajian ini dalam merangka program serta langkah-langkah bagi
menangani masalah murid yang lemah dan kurang mahir dalam penguasaan subjek Al-Quran.
Selain KPM, Kajian ini juga penting kepada pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi
dan kemajuan murid serta menaikkan nama sekolah sekiranya terdapat guru-guru yang
memenuhi kriteria sebagai seorang pendidik. Bagi guru-guru dalam jurusan pendidikan Agama
Islam terutamanya, kajian ini penting kepada mereka bagi memperbaiki kelemahan dan
kekurangan dalam pengajaran supaya bertepatan dan bersesuaian dengan gaya pembelajaran
murid. Secara tidak langsung kajian ini dapat membantu mereka dalam meningkatkan prestasi
kendiri dan memperbaiki kelemahan murid serta dapat menaikkan nama dan prestasi sekolah
itu sendiri.
Hasil dapatan kajian ini juga dapat membantu murid dalam mengetahui gaya
pembelajaran yang bersesuaian dengan mereka untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah ketika
proses P&P berlangsung. Selain itu, mereka juga dapat mengetahui kaedah pengajaran guru
yang paling sesuai supaya dapat meningkatkan prestasi mereka dalam subjek Al-Quran.
Ibu bapa adalah orang yang paling rapat dan dekat dengan anak-anak . Segala
perlakuan dan perbuatan yang dilakukan akan dicontohi oleh anak-anak. Sebagai ‘role model’
kepada anak-anak, ibu bapa boleh mengaplikasikan hasil dapatan kajian ini dalam mendidik
anak-anak mereka di rumah dengan lebih efektif.
Di samping itu, kajian ini juga penting kepada masyarakat supaya mereka dapat
melahirkan dan mendidik anak bangsa supaya sikap budaya ilmu dan penerapan nilai-nilai
murni dapat dibentuk bersesuaian dengan matlamat pendidikan di Malaysia iaitu melahirkan
masyarakat yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
(JERI) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
1.8 Batasan kajian
Oleh kerana jumlah populasi yang sangat besar iaitu seramai 150 orang, pengkaji hanya
mengambil 21 orang murid sahaja sebagai responden. Untuk mendapatkan sampel di dalam
kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah persampelan secara rawak. Sampel yang kecil atau
tidak meliputi keseluruhan populasi membataskan hasil kejadian untuk digenerasikan ke situasi
lain. Dengan lain perkataan hasil kajian berkenaan hanya benar untuk situasi sampel
berkenaan sahaja.
Selain itu, masalah untuk mendapatkan sampel yang memuaskan juga dihadapi oleh
pengkaji kerana responden yang terlibat kurang berminat untuk mengisi borang kaji selidik dan
kebarangkalian untuk mendapatkan jawapan yang sahih itu sukar (kebarangkalian responden
menjawab dengan jujur atau tidak soalan kaji selidik).
Seterusnya, kekangan masa juga turut mempengaruhi batasan kajian. Ini kerana masa
yang diperuntukan amat terhad dan menyebabkan pengkaji tidak dapat membuat pemerhatian
dan menemubual guru dalam jangka masa yang lama.Di samping itu, pengkaji menghadapi
beberapa masalah dari segi kos di mana pengkaji terpaksa pulang ke kampung untuk
mengedarkan borang kaji selidik di sekolah tersebut. Kos yang tinggi diperlukan dalam
menjalankan kajian ini.
1.9 Definisi konsep
Bahagian ini akan mengupas secara terperinci maksud tajuk kajian ini agar pembaca
mendapat gambaran yang jelas mengenainya. Kajian bertajuk :
“TAHAP PENGUASAAN MURID TERHADAP SUBJEK AL-QURAN DALAM KALANGAN
MURID SEKOLAH AGAMA RAKYAT TAMAN CEMPAKA”
Perkataan tahap membawa maksud peringkat atau tingkat (Kamus Dewan, 2005:
1569). Maksud tahap dalam kajian ini adalah ukuran pada tingkat penguasaan murid dalam
subjek Al-Quran.
Maksud penguasaan pula menurut Kamus Dewan (1989:663,664), penguasaan
membawa maksud perihal menguasai atau menguasakan. Apabila dirujuk kepada kata akar
bagi perkataan ini iaitu kuasa, ia membawa maksud daya atau kemampuan (untuk melakukan
atau mengerjakan sesuatu). Maka, perkataan penguasaan yang digunakan di sini ialah untuk
menunjukkan perihal kemampuan untuk menguasai ilmu Al-Quran yang dipelajari oleh murid
tersebut.
Sampel utama dalam kajian ini ialah murid darjah tiga yang merupakan responden
kepada pengkaji. Maksud murid berdasarkan Kamus Dewan (1989), murid didefinisikan
sebagai orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya). Murid
yang dimaksudkan di dalam kajian ini ialah murid-murid dari Sekolah Rendah Agama Rakyat
Taman Cempaka.
Makna Al-Quran ialah bacaan, manakala maksudnya ialah kitab suci yang diwahyukan
oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril. Ia mengandungi berbagai-bagai
pengajaran, hukum-hakam, perundangan dan peraturan lengkap sebagai panduan umat Islam
dan keselamatan sejagat. Para ulama pula mentafsir Al-Quran dalam berbagai kitab ‘ulumul
qur’an, ditinjau dari segi bahasa bahawa Al-Quran merupakan bentuk mashdar dari kata qoro’a
– yaqro’uu – qiroo’atan – wa qor’an – wa qur’aanan. Kata qoro’a bererti menghimpun dan
menyatukan. Al-Quran pada hakikatnya merupakan himpunan huruf-huruf dan kata-kata yang
menjadi satu ayat, himpunan ayat-ayat menjadi surat, himpunan surat menjadi mushaf Al-
Quran. Di samping itu, para ulama mengatakan bahawa Al-Quran dengan akar kata qoro’a,
bermakna tilawah: membaca. Kedua-dua makna apabila disatukan akan menjadi “Al-Quran”
iaitu merupakan himpunan huruf-huruf dan kata-kata yang dapat dibaca. (Ustaz Anshar,2000).
Sekolah Rendah Agama Rakyat (SAR) merupakan sekolah persendirian yang
menawarkan pendidikan formal dan sepenuh masa di peringkat sekolah rendah dan menengah
dalam bidang agama Islam. Kebanyakan SAR tertakluk di bawah Enakmen Negeri dan perlu
berdaftar dengan jabatan Agama Islam Negeri. Namun begitu, masih banyak lagi SAR yang
tidak berdaftar dan tidak termasuk di bawah mana-mana kategori sekolah-sekolah di Malaysia.
SAR lazimnya diasaskan oleh tokoh-tokoh agama dan mengamalkan sistem pembelajaran
tradisional, serta menggunakan kurikulum pembelajarannya yang tersendiri.
BAB 2: TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang Syumul sifatnya, yang ditanzilkan oleh
Tuhan maha pencipta yang sangat mengetahui akan kehendak serta keperluan manusia.
Dengan demikian Allah turunkan Al-Quran sebagai kitab panduan bagi manusia yang
merangkumi semua perkara yang berkaitan dengan kehidupan mereka. Ini termasuklah hal-hal
yang berkaitan dengan hubungan antara sesama manusia, manusia dengan Allah dan manusia
dengan alam sekitar. Demikian juga ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia seperti
pendidikan, falsafah, hukum, perundangan, tauhid, perubatan, pertanian, sains, geografi,
sejarah, pentadbiran, politik, sosial dan lain-lain, semuanya ada disentuh di dalam Al-Quran.
1. Sabda Rasulullah s.a.w :
“ Sebaik-baik di kalangan kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya”
(Riwayat al-Bukhari)
2. Sabda Rasulullah s.a.w :
“ Orang yang mahir dengan Al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi berbakti.
Dan orang yang membacanya dalam keadaan sulit (susah) dan merangkak-rangkak
maka baginya dua pahala (kebajikan)”
(Riwayat Muslim)
3. Sabda Rasulullah s.a.w :
"Sesiapa yang mengajarkan anaknya Al-Quran dengan melihat, maka diampunkan
baginya dosanya yang lalu dan yang akan datang dan sesiapa yang mengajarnya
dengan hafalan maka setiap anaknya itu membaca satu ayat, Allah menaikkan ayahnya
satu darjat hingga akhir ayat yang diamalkannya."
(Hadis riwayat At Tabrani).
Dari keterangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa betapa pentingnya ilmu Al-Quran
dalam kehidupan manusia. Oleh itu, kajian ini akan memfokuskan berkaitan dengan tahap
penguasaan murid terhadap subjek Al-Quran. Justeru kajian ini akan mengetengahkan hasil
berkaitan perkara yang dibincangkan dengan permasalahan kepada mengenal huruf hijaiyyah,
menulis dan membaca Al-Quran. Sebelum memilih tajuk ini untuk diketengahkan sebagai kajian
tindakan, pengkaji telah menjalankan tinjauan literatur berkaitan tajuk yang telah dipilih. Namun,
hasil tinjauan yang dilakukan, didapati tidak banyak kajian berkaitan dengan tahap penguasaan
murid terhadap subjek Al-Quran secara terperinci.
2.2 Kajian yang berkaitan
2.2.1 Nik Rusila Bt Yaakob. 2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan
Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Kertas kerja dalam jurnal pendidik dan
pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Penulis mendapati kajian ini secara terperinci menghuraikan dengan tepat berkaitan
dengan penguasaan jawi di kalangan pelajar dan hubungannya dengan minat dan
pencapaian pelajar. Namun begitu, kertas kerja ini didasarkan kepada pengkajian
terhadap beberapa buah sekolah menengah yang sudah tentunya agak berlainan
dengan situasi dan keadaan yang berlaku di sekolah rendah. Namun begitu, kajian ini
menjadi rujukan penulis sebagai kajian awal yang dirujuk bagi menentukan hala tuju
kajian yang akan dilakukan oleh penulis.
2.2.2 Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di dua buah sekolah perintis di
Terengganu. Tesis Sarjana Pendidikan Universiti Malaya.
Kajian ini berkaitan dengan perlaksanaan keseluruhan j-QAF di Terengganu. Kajian ini
melibatkan modul-modul yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Modul ini menghuraikan keberkesanan aktiviti pemulihan jawi yang dilaksanakan oleh
guru j-QAF yang melibatkan modul mengenal dan membaca huruf tunggal jawi. Ini
kerana, pada masa tersebut j-QAF baru diperkenalkan dan hanya bermula di tahun satu.
2.2.3 Mohd Yakub @ Zulkifli bin haji Mohd Yusoff dan Saidin bin Mohd. 2008. Keupayaan
Bacaan Al-Quran di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat: Kajian di beberapa buah
sekolah menengah terpilih di Negeri Terengganu.
Kajian ini berkaitan kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran membaca Al-Quran.
Kajian ini berfokuskan kepada ketidakupayaan pelajar dalam menguasai tahap
kemahiran membaca Al-Quran yang bertepatan dengan kaedah tajwid, makhraj, sifat
dan fasahah yang baik. Masalah inilah yang sebenarnya dihadapi oleh pelajar baik di
sekolah, kolej, atau institusi-institusi pengajian. Dapatan kajian ini dapat dirumuskan
seperti berikut:
1. Pelajar kurang lancar membaca Al-Quran
2. Pelajar kurang menghayati hukum-hukum tajwid
3. Pelajar lemah atau sukar menyebut makhraj huruf
4. Pelajar lemah tulisan jawi
2.3 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, tiada kajian yang dilakukan khusus bagi menangani masalah murid
berkaitan mengenal huruf hijaiyyah, menulis dan membaca Al-Quran. Justeru, penulis
berpandangan bahawa tajuk yang diutarakan oleh penulis adalah relevan dan memenuhi
kriteria sebagai sebuah kajian baru bagi memantapkan lagi subjek Al-Quran.
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Metodologi merupakan aspek penting bagi melakukan penyelidikan kajian. Ia bertujuan
memastikan kaedah pengumpulan data yang digunakan bersesuaian dengan matlamat dan
objektif kajian yang hendak dicapai. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan dan
menjelaskan kaedah-kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan data yang dikehendaki
bagi menganalisis kajian yang dijalankan.
3.2 Kaedah kajian
Kaedah ialah perancangan yang menentukan cara penyelidikan dijalankan untuk
menemukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang telah ditetapkan. Kaedah ini
melibatkan beberapa aspek penyelidikan seperti permasalahan, strategi dan perkaitan sebab
dan akibat. Ianya juga melibatkan penetapan unit analisis, populasi, persampelan, variabel,
cara pengukuran, pengumpulan dan penganalisisan data (Sulaiman Masri, 2003:25). Menurut
Mohd Majid Konting, 1990 kaedah penyelidikan merujuk kepada bagaimana penyelidik
mendapatkan maklumat bagi mencapai sesuatu matlamat penyelidikan.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu
penggunaan borang soal selidik, kaedah temubual terhadap guru kelas dan melakukan ujian
pra dan pos ke atas murid darjah Tiga Ishak. Izham (2000), menyatakan bahawa kebanyakkan
penyelidikan boleh dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik kerana responden
boleh mengambil masa yang sesuai untuk menjawab soal selidik yang diterima dan ini akan
memberikan maklumat yang lebih baik kepada penyelidik. Soal selidik adalah alat formal yang
digunakan bagi memperolehi maklumat secara langsung daripada responden mengenai
sesuatu perkara yang dikaji oleh seseorang penyelidik. Temubual pula lebih sesuai digunakan
bagi mendapatkan maklumat lanjut sekiranya jawapan yang diterima dalam borang soal selidik
kurang jelas. Ujian Pra diberikan kepada murid darjah Tiga Ishak adalah untuk mengesan
sejauhmana kefahaman dan tahap penguasaan mereka terhadap subjek Al-Quran manakala
ujian pos dijalankan bertujuan untuk melihat pencapaian murid terhadap subjek Al-Quran
setelah pelbagai kaedah digunakan untuk melihat peningkatan murid. Penyelidik juga
menggunakan maklumat dari sumber lain seperti daripada buku rujukan, jurnal dan kajian-
kajian lepas dari sumber internet.
3.3 Kaedah analisis data
Kesemua data yang diperolehi daripada responden melalui edaran borang soal selidik
dan ujian pra dan pos dikemaskini dan ditunjukkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan
penganalisian. Bagi maklumat seperti latar belakang responden boleh dikategorikan sebagai
pembolehubah nominal yang dianalisis menggunakan nilai peratusan mudah untuk
menerangkan hubungan di antara satu sama lain.
Proses penganalisisan data bagi soal selidik yang dijalankan adalah bertujuan untuk
menentukan kekerapan dan peratusan bagi setiap item yang dikemukakan. Proses tersebut
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A adalah latar belakang responden dan
Bahagian B berkenaan dengan faktor penguasaan Al-Quran. Bahagian A mengandungi empat
item iaitu jantina, minat, tempat mula mempelajari Al-Quran dan kekerapan membaca Al-Quran
di rumah. Bahagian B pula mengandungi item-item soalan yang dibina berpandukan kepada
persoalan kajian yang berkaitan dengan tajuk kajian.
3.4 Tempat kajian
Kajian ini dilakukan terhadap murid darjah Tiga Ishak Sekolah Agama Rakyat Taman
Cempaka iaitu di Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
3.5 Populasi dan persampelan
Dalam kajian ini, populasi kajian melibatkan semua murid Sekolah Agama Rakyat
Taman Cempaka iaitu seramai 150 orang pelajar. 21 orang murid darjah Tiga Ishak dipilih
sebagai sampel kajian yang terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 11 orang murid
perempuan.
BAB 4: DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Pengkaji mengumpul data dalam bentuk temubual guru kelas, mengedarkan borang
soal selidik dan memberi ujian pra dan pos kepada murid-murid darjah Tiga Ishak. Data-data ini
dianalisis berdasarkan kaedah kualitatif dan kuantitatif di mana temubual dianalisis dalam
bentuk kualitatif manakala soal selidik dan ujian pra dan pos pula dianalisis dalam bentuk
kuantitatif.
4.2 Dapatan temubual
Pengkaji telah menemubual seorang guru kelas Tiga Ishak yang bernama Puan Patimah.
Pelbagai soalan telah ditujukan kepada guru tersebut bagi mendapatkan jawapan dalam
menjalankan proposal kajian tindakan ini. Antara soalan yang ditujukan kepada guru tersebut
ialah:-
i. Apakah tahap keupayaan pembacaan Al-Quran dalam kalangan murid darjah Tiga
Ishak secara keseluruhan?
ii. Sejauh mana tahap penguasaan murid dalam mengenal huruf hijaiyyah, menulis, dan
membaca Al-Quran?
iii. Apakah masalah utama penyebab kegagalan murid dalam menguasai subjek Al-
Quran?
4.2.1 Soalan pertama yang telah pengkaji tujukan kepada guru tersebut ialah apakah
tahap keupayaan bacaan Al-Quran dalam kalangan murid dajah Tiga Ishak secara
keseluruhannya?
Berdasarkan temubual yang telah dijalankan, di dapati tahap bacaan Al-Quran dalam
kalangan murid yang dikaji tidaklah berada pada tahap yang terlalu lemah. Walau
bagaimanapun, kelemahan dan ketidakupayaan sebilangan murid untuk membaca Al-Quran
dengan baik dan lancar sebenarnya memang wujud. Menurut guru tersebut, terdapat 5 orang
murid yang begitu lemah dalam subjek Al-Quran yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan
3 orang murid perempuan. Kelima-lima orang murid ini lemah dalam mengenal huruf hijaiyyah,
menulis dan membaca Al-Quran. Manakala hanya 3 orang murid sahaja yang menunjukkan
prestasi yang tinggi dalam subjek ini dan selebihnya iaitu seramai 13 orang murid menunjukkan
tahap yang sederhana dalam subjek Al-Quran.
4.2.2 Soalan seterusnya ialah sejauh mana tahap penguasaan murid dalam mengenal
huruf hijaiyyah, menulis dan membaca Al-Quran?
Menurut guru kelas darjah Tiga Ishak, kebanyakan murid-muridnya tidak tahu membaca
kerana mereka tidak mengenal huruf-huruf hijaiyyah dengan tepat. Kebanyakan murid-murid
mempunyai sikap negatif terhadap penulisan huruf-huruf hijaiyyah seperti susah untuk
dipelajari. Murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis ini akan
semakin ketinggalan dalam subjek Al-Quran. Walau bagaimanapun, murid-muridnya
mempunyai sikap yang rajin dan mendengar arahan apabila disuruh untuk menyalin semula
huruf-huruf hijaiyyah yang terdapat di papan hitam. Melalui pemerhatian guru tersebut, murid-
murid juga lebih suka atau gemar mendengar guru membaca Al-Quran dan kemudian mereka
akan mengikut atau mengulang semula setiap baris ayat Al-Quran yang dibaca oleh guru
tersebut. Keadaan ini menyebabkan murid-muridnya cepat menghafal dan mengingat bacaan
Al-Quran berbanding dengan menulis dan membaca. Tambahan pula, pembacaan Al-Quran itu
dilakukan dengan kaedah menyanyi menyebabkan murid-murid suka dan mudah untuk
mengingatinya.
4.2.3 Apakah masalah utama penyebab kegagalan murid dalam menguasai subjek Al-
Quran?
Menurut guru tersebut, murid gagal dalam menguasai subjek Al-Quran ini disebabkan
oleh sikap murid itu sendiri dalam menguasai subjek ini. Mereka mempunyai ciri-ciri seperti
tidak berminat dalam subjek Al-Quran, tidak memberi tumpuan di dalam kelas semasa
pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) berlangsung, mereka tidak mempraktikan pembacaan Al-
Quran ini di rumah dan tidak mempunyai motivasi untuk belajar. Kebanyakan murid suka
bermain dan bersembang di dalam kelas dan keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat
memberi tumpuan sepenuhnya terhadap P&P di dalam kelas. Selain itu, mereka juga tidak
faham dengan subjek ini menyebabkan kebanyakan mereka kurang berminat dengan apa yang
diajar di dalam kelas.
Selain itu, faktor guru juga merupakan salah satu punca masalah murid dalam
menguasai subjek Al-Quran ini. Hal ini demikian kerana, di sekolah ini hanya terdapat
sebilangan kecil guru yang mahir dalam mengajar subjek Al-Quran. Kekurangan guru di sekolah
turut mempengaruhi masalah ini. Selain itu, kekurangan bahan bantuan mengajar juga
menyebabkan murid kurang berminat dengan subjek Al-Quran. Keadaan ini menyebabkan
kebanyakan guru di sekolah ini menggunakan kaedah tradisional atau lama dalam P&P.
Faktor seterusnya ialah peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Terdapat
sesetengah ibu bapa tidak mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka terutama
dalam subjek Al-Quran. Hal ini demikian kerana ibu bapa terlalu sibuk dan tidak mempunyai
masa untuk mengajar anak-anak mereka di rumah. Oleh sebab itu, anak-anak mereka tidak
didedahkan dengan bacaan Al-Quran di rumah. Secara tidak langsung, menyebabkan anak-
anak mereka lemah dalam subjek Al-Quran.
4.3 Dapatan Soal selidik : Bahagian A
`Jadual 4.3.1: Jantina
JANTINA BILANGAN
lelaki 10
perempuan 11
JUMLAH 21
48%52%
bilangan
lelaki perempuan
Jadual 4.3.1 dan carta pai menunjukkan taburan responden kajian berdasarkan jantina.
Secara keseluruhannya, sebanyak 21 responden telah terpilih untuk menjawab soal selidik
yang dikemukakan. Jadual menunjukkan responden terdiri daripada murid lelaki dan juga murid
perempuan. Sebanyak 10 orang murid lelaki atau meliputi sebanyak 48% terlibat dalam
menjayakan kajian ini. Manakala murid perempuan yang terlibat terdiri daripada 11 orang atau
52%. Ini menunjukkan responden perempuan lebih ramai terlibat berbanding responden lelaki
dalam kajian ini.
Jadual 4.3.2: Minat murid terhadap subjek Al-Quran.
ITEM bilanganminat 3
kurang minat 13
tidak minat 5
JUMLAH 21
14%
62%
24%
bilanganminat kurang minat tidak minat
Jadual 4.3.2 dan carta pai menunjukkan tahap minat responden terhadap subjek Al-
Quran. Apa yang dapat dilihat di sini ialah sebanyak 13 orang iaitu 62% daripada keseluruhan
responden menyatakan dengan bahawa mereka sememangnya kurang berminat untuk
mempelajari subjek Al-Quran. Sebanyak 5 orang responden atau 24% daripada keseluruhan
responden pula menyatakan bahawa mereka sememangnya tidak meminati dengan subjek Al-
Quran. Manakala hanya 3 orang responden iaitu meliputi 14% responden menyatakan bahawa
mereka meminati subjek Al-Quran. Hasil yang didapati bahawa sebahagian besar daripada
responden sememangnya kurang berminat terhadap subjek Al-Quran.
Jadual 4.3.3: tempat bermulanya murid mempelajari Al-Quran
TEMPAT BILANGAN PERATUS
rumah 5 23.8
sekolah tadika 10 47.6
Sekolah rendah (KAFA) 6 28.6
JUMLAH 21 100%
rumah sekolah tadika sekolah rendah
(KAFA)
0123456789
10
5
10
6
.
Jadual 4.3.3 dan carta bar menunjukkan tempat di mana murid-murid mula mempelajari
Al-Quran. Kebanyakan murid-murid darjah Tiga Ishak mula mendapat pendidikan awal Al-
Quran di sekolah tadika dengan jumlah sebanyak 10 orang murid atau 47.6%. Seterusnya
sebanyak 6 oarang murid atau 28.6% mula mendapat pendidikan Al-Quran di sekolah rendah
(KAFA) dan diikuti di rumah sebanyak 5 orang murid atau 23.8%.
Jadual 4.3.4: kekerapan murid membaca Al-Quran di rumah.
ITEM BILANGAN PERATUS
setiap hari 1 4.8
seminggu sekali 11 52.4
seminggu 3 kali 2 9.5
tidak pernah 7 33.3
JUMLAH 21 100%
setiap hari seminggu sekali seminggu 3 kali tidak pernah0
2
4
6
8
10
12
kekerapan membaca Al-Quran
Jadual 4.3.4 dan carta bar menunjukkan kekerapan murid darjah Tiga Ishak dalam
membaca Al-Quran di rumah. Kebanyakan murid darjah Tiga Ishak membaca Al-Quran di
rumah hanya seminggu sekali dengan jumlah 11 orang murid atau 52.4%. Seterusnya adalah
tidak pernah membaca Al-Quran di rumah dengan jumlah sebanyak 7 orang murid atau 33.3%.
ini diikuti dengan 2 orang murid atau 9.5% membaca Al-Quran di rumah sebanyak seminggu 3
kali. Akhir sekali ialah setiap hari yang membaca Al-Quran di rumah hanya seorang murid
sahaja dengan 4.8%.
4.4 Dapatan soal selidik - Bahagian B
Jadual 4.4.1 : Murid menyukai guru Al-Quran
ITEM SUKA KEKERAPAN PERATUSya 18 85.7
tidak 3 14.3JUMLAH 21 100 %
Jadual 4.4.1 menunjukkan kekerapan dan peratus murid darjah Tiga Ishak terhadap
guru yang mengajar mereka dalam subjek Al-Quran. Sebanyak 18 orang murid atau 85.7%
menyukai guru mereka dalam mengajar subjek Al-Quran. Manakala hanya 3 orang murid atau
14.3% tidak menyukai guru mereka.
Jadual 4.4.2: Kefahaman murid terhadap cara guru mengajar Al-Quran.
ITEM KEKERAPAN PERATUSya 8 38
tidak 13 62JUMLAH 21 100 %
Jadual 4.4.2 menunjukkan kekerapan dan peratus murid darjah Tiga Ishak terhadap
kefahaman mereka dengan cara guru mengajar dalam subjek Al-Quran. Sebanyak 13 orang
murid atau 62% tidak faham dengan cara guru mereka mengajar dalam subjek Al-Quran.
Manakala hanya 8 orang murid atau 38% faham dengan cara guru mengajar dalam subjek Al-
Quran.
Jadual 4.4.3: Kefahaman murid terhadap membaca Al-Quran, menulis dan menghafal
Al-Quran
ITEM MEMBACA MENULISMENGENAL HURUF
ya 10 10 15tidak 11 11 6
JUMLAH 21 21 21
Jadual 4.4.3 menunjukkan kekerapan dan peratus murid darjah Tiga Ishak terhadap
bacaan Al-Quran, menulis dan mengenal huruf hijaiyyah. Sebanyak 15 orang murid dapat
mengenal huruf hijaiyyah dengan baik. Manakala hanya 6 orang murid tidak dapat mengenal
huruf hijaiyyah dengan baik dan tepat. Bagi membaca dan menulis masing-masing dengan
jumlah yang sama iaitu sebanyak 10 orang murid tahu membaca Al-Quran dan menulis huruf
hijaiyyah manakala 11 orang murid tidak tahu membaca Al-Quran dan menulis huruf hijaiyyah.
4.5 Dapatan Ujian Pra
Ujian pra diberikan kepada murid darjah Tiga Ishak untuk mengesan sejauhmana
kefahaman dan tahap penguasaan mereka terhadap subjek Al-Quran. Ujian pra ini
mengandungi tiga soalan yang berkaitan dengan subjek Al-Quran iaitu soalan mengenai
kemahiran mengenal dan menyebut huruf hijaiyyah, menulis, dan membaca surah Al-
Maidah ayat 5. Masa yang diberikan untuk menjawab ujian pra ini ialah 25 minit.
Rajah 4.5.1 : Kefahaman murid dalam menjawab ujian pra
77%
23%boleh jawab tidak boleh jawab
Rajah 4.5.1 menunjukkan seramai 16 orang murid iaitu 77% daripada 21 orang murid
darjah Tiga Ishak yang mampu menjawab ujian pra yang diedarkan oleh pengkaji dan 5 orang
iaitu 23% lagi tidak mampu menjawab ke semua soalan tersebut. Kelima-lima murid tersebut
masing-masing memiliki markah serendah 39/100 ke bawah.
4.6 Dapatan Ujian Pos
Untuk menilai keberkesanan tindakan yang di ambil, satu ujian pos diberikan kepada lima
orang murid yang lemah dalam subjek Al-Quran dengan kebenaran guru kelas Tiga Ishak.
Langkah dan soalan yang sama dengan ujian Pra sebelum ini diberikan kepada lima orang
murid yang lemah dalam subjek Al-Quran ini. Kaedah ini bertujuan untuk menilai peningkatan
dalam pengetahuan sedia ada murid-murid berkaitan subjek Al-Quran. Seterusnya pengkaji
melakukan analisis untuk melihat perubahan dalam peningkatan pengetahuan murid berkaitan
kemahiran tersebut sebelum dan selepas tindakan dijalankan.
Ujian pos ini diberikan selepas tiga minggu di mana kelima-lima murid yang lemah ini
diberi latihan yang berterusan bagi meningkatkan prestasi mereka dalam subjek ini. Lima orang
murid yang lemah diminta supaya menulis satu huruf sambil menyebutkannya sebanyak dua
muka surat di dalam buku latihan yang telah disediakan pada setiap jam pertama kelas iaitu
pada jam 3.00pm hingga 4.00pm setiap hari. Selepas menyiapkan latihan, baharulah murid
tersebut dibenarkan duduk bersama-sama dengan murid lain di dalam kelas bagi meneruskan
pembelajaran mereka dan membuat tugasan baru dalam subjek Al-Quran. Kaedah ini telah
mendatangkan kesan yang positif ke atas lima orang murid yang lemah dalam subjek Al-Quran.
Rajah 4.6.1: Perbandingan ujian pra dan pos bagi lima orang murid.
Nama Markah ujian pra
Gred Markah ujian pos
Gred
Hana 31 D 72 BAisyah 23 D 66 BFakrul 37 D 80 ASaiful 28 D 69 BFatih 20 D 50 C
Hana Aisyah Fakrul Saiful Fatih0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
31
23
37
28
20
7266
80
69
50
Markah ujian praMarkah ujian pos
Skema pemarkahan :
A. 80 – 100
B. 66 – 79
C. 40 – 65
D. 0 – 39
Rajah 4.6.1 menunjukkan perbandingan ujian pra dan pos bagi lima murid yang lemah dalam
subjek Al-Quran iaitu terdiri daripada Hana, Aisyah, Fakrul, Saiful dan Fatih. Berdasarkan pada
rajah tersebut didapati terdapat lonjakan perubahan kecemerlangan ke atas kelima-lima murid
yang lemah dalam subjek Al-Quran ini. Kelima murid ini telah mendapat markah yang tinggi
dan lulus dalam ujian pos ini berbanding markah ujian pra di mana kesemuanya mendapat
markah yang rendah dan gagal dalam ujian ini. Dalam ujian pos ini, Fakrul telah mendapat
markah yang tinggi iaitu 80 markah dengan gred A. Manakala Hana, Aisyah dan Saiful masing-
masing mendapat gerd B dalam ujian pos ini dengan markah 72, 66, dan 69. Fatih pula
mendapat gred C dengan 50 markah. Oleh itu, latihan berterusan perlu diberikan kepada Fatih
bagi meningkatkan lagi markahnya dalam ujian yang seterusnya.
BAB 5: PERBINCANGAN
5.1 Perbincangan masalah
Pengkaji telah mengenal pasti masalah sebenar murid darjah Tiga Ishak dalam subjek Al-Quran
iaitu mereka mempunyai masalah dalam 3M (mengenal huruf hijaiyyah, menulis dan
membaca).
1. Murid-murid tidak dapat mengenal huruf-huruf hijaiyyah dengan baik. Ini kerana
kurangnya pendedahan dari awal pendidikan kanak-kanak terhadap bahan bacaan dan
penulisan jawi yang menyebabkan mereka tidak dapat membezakan di antara tulisan
jawi dengan tulisan Arab.
2. Murid-murid juga tidak dapat menguasai penulisan dalam huruf hijaiyyah. Ini disebabkan
oleh, kurangnya pendedahan maklumat berkenaan dengan bahan ilmiah dalam huruf
hijaiyyah. Terdapat juga segelintir daripada mereka kurang berminat untuk membuat
latihan menulis. Oleh sebab itu, mereka lemah dan tidak dapat membiasakan diri dalam
menguasai penulisan ini dengan baik.
3. Murid-murid darjah Tiga Ishak yang tidak dapat membaca Al-Quran dengan baik kerana
kerana mereka tidak mengenal huruf-huruf Al-Quran (hijaiyyah) dengan betul. Walau
bagaimanapun, mereka dapat mempelajarinya dan menghafal Al-Quran melalui
pendengaran bacaan Al-Quran oleh guru. Murid-murid ini kemudiannya akan mengikut
atau mengulang semula setiap baris ayat Al-Quran yang dibaca oleh guru tersebut.
Keadaan ini menyebabkan murid-muridnya cepat menghafal dan mengingat bacaan Al-
Quran. Selain itu, murid-murid ini juga dapat mempelajari teknik membaca dan
menghafal Al-Quran melalui bahan-bahan berbentuk audio, visual dan audio visual yang
bercorakkan nyanyian ataupun hiburan. Kaedah ini dapat membantu murid-murid
membaca dan menghafal ayat atau surah dengan lebih efektif walaupun pada
hakikatnya mereka tidak mengenal huruf-huruf Al-Quran.
5.2 Punca-punca yang menyebabkan murid tidak dapat menguasai subjek Al-Quran :
1. Murid tidak dapat pendidikan awal Al-Quran oleh ibu bapa atau penjaga di rumah.
Di sebabkan kejahilan dan sikap tidak minat ibu bapa atau penjaga terhadap ilmu Al-
Quran ini menyebabkan anak-anak dibiarkan begitu sahaja di dalam kejahilan tanpa
didedahkan secara khusus terhadap pembelajaran Al-Quran ini.
Selain itu, kesibukan ibu bapa dalam urusan duniawi tanpa sepadan untuk meluangkan
masa dengan anak-anak juga merupakan antara faktor penyebab kegagalan mereka dalam
menguasai ilmu Al-Quran. Anak-anak dibiarkan dengan urusan sendiri sehinggakan mereka
tidak diberi penekanan terhadap ilmu-ilmu Al-Quran secara formal seperti menghantar anak-
anak ke sekolah agama rakyat atau melalui pengajian bertalaqqi bersama guru yang mahir ilmu
Al-Quran. Anak-anak ini juga tidak didedahkan dengan penggunaan video cakera padat Al-
Quran, buku-buku jawi dan sebagainya di rumah bagi mendalami ilmu agama dan Al-Quran.
Terdapat juga ibu bapa yang hanya mementingkan pembelajaran akademik semata-mata
tanpa mengendahkan pengajian Al-Quran ini. Mereka lebih sanggup membelanjakan wang
mereka beratus ribu ringgit untuk membiayai perbelanjaan kelas tambahan anak-anak mereka
berbanding dengan kelas pengajian Al-Quran dan fardu ain. Secara tidak langsung
menyebabkan anak-anak lemah dalam subjek Al-Quran.
2. Suasana dan budaya membaca Al-Quran tidak berlaku dalam masyarakat.
Anak-anak zaman sekarang tidak didedahkan secara langsung terhadap suasana ilmu Al-
Quran oleh ibu bapa atau masyarakat sama ada melalui aktiviti tadarus Al-Quran secara
beramai-beramai, kelas pengajian Al-Quran dan program-program ilmiah berkaitan celik Al-
Quran. Masyarakat setempat juga kurang berperanan dalam memikul tanggungjawab ini bagi
memastikan anak-anak setempat diberi pengetahuan yang mengimbangi pendidikan akademik
dan pendidikan agama.
3. Media massa (media elektronik & media cetak) kurang mendedahkan program-program
ilmiah yang berteraskan jawi dan Al-Quran.
Media massa adalah salah satu saluran terbaik bagi menyampaikan rancangan berbentuk
ilmiah berteraskan jawi dan Al-Quran. Pada pandangan pengkaji, media massa tidak
berperanan dengan baik dalam menyalurkan program-program ilmiah yang berteraskan Al-
Quran berbanding program-program hiburan kepada masyarakat. Mereka hanya lebih mencari
keuntungan dari mendidik manusia berpengetahuan luas dalam segenap bidang ilmu tanpa ada
diskriminasi terhadap ilmu pengetahuan itu sendiri. Media cetak juga tidak banyak berperanan
untuk membuat penambahbaikan dan memperkembangkan lagi tulisan jawi di dalam akhbar-
akhbar dan majalah.
4. Kekurangan tenaga pengajar yang mahir dalam bidang Al-Quran.
Di sesetengah penempatan juga berlaku kekurangan tenaga pengajar yang mahir
menyebabkan masyarakat tidak berpeluang menimba ilmu pengetahuan agama khususnya ilmu
Al-Quran dan jawi. Tenaga pengajar yang ada tidak mencukupi untuk menampung anggota
masyarakat yang ramai bagi memastikan ilmu itu dapat disebar secara meluas dan praktikal.
5.3 Cadangan dalam mengembalikan masyarakat celik Al-Quran.
1. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam menghidupkan suasana
membaca Al-Quran sejak dari perut ibu mengandung lagi dan di dalam rumah
dengan memutarkan bacaan-bacaan Al-Quran dan mendidik anak dengan memberi
pendedahan secara formal atau tidak formal sama ada melalui pendekatan video
interaktif atau mengamalkan bacaan tadarus Al-Quran bersama dengan ahli
keluarga dan jiran tetangga.
2. Program-program yang telah disiarkan melalui stesen televisyen yang tertentu
seperti tilawah interaktif, akademi Al-Quran, imam muda, mari bertarannum, mari
mengaji dan sebagainya perlu diteruskan dan di perbanyakan lagi program
seumpamanya dengan diberi pemurnian yang bersesuaian dengan kehendak
masyarakat sekarang supaya ia lebih dekat di hati dan mesra penonton.
3. Kelas pengajian fardu ain dan tenaga pengajar perlu di perbanyakan oleh pihak
yang bertanggungjawab. Kelas fardu ain ini juga merupakan tempat untuk pelajar-
pelajar menimba ilmu agama selain ilmu akademik yang telah mereka pelajari di
sekolah rendah membantu membentuk peribadi yang baik. Tenaga pengajar mahir
yang sedikit akan membebankan mereka dalam membantu pembentukan generasi
celik Al-Quran secara praktikal.
4. Perisian-perisian komputer yang berteraskan Al-Quran perlu di perbanyakan dan di
sebar luaskan. Ini membolehkan para pelajar dapat menimba ilmu melalui perisian-
perisian yang lebih praktikal dan menarik minat remaja untuk mendekati dengan
lebih dekat lagi terhadap ilmu Al-Quran.
5. Tenaga pengajar mahir juga perlu mempelbagaikan kaedah pengajian berteraskan
teknik-teknik mudah mengenal Al-Quran sebagai alat bantu mengajar. Contohnya,
kaedah qiraati atau iqra’ dan kaedah al-Baghdadi (kaedah lama) yang perlu
dikekalkan dan diberi pemurnian. Kaedah-kaedah ini merupakan satu pendekatan
yang praktikal dan lebih mudah bagi pelajar-pelajar untuk menguasai subjek Al-
Quran dengan baik.
6. Masyarakat juga perlu memainkan peranan dengan menyuburkan kembali aktiviti-
aktiviti kerohanian yang mencorakkan warga dan ahli masyarakat terdedah kepada
majlis-majlis ilmu khususnya dalam pengajian Al-Quran sebagai contohnya
menganjurkan program tadarus Al-Quran secara berkala dan secara berterusan.
Selain itu, pertandingan menghafal Al-Quran dengan menghafal surah-surah lazim
perlu didedahkan sejak awal kanak-kanak lagi agar mereka dapat mencambah dan
membenihkan minat mereka terhadap ilmu Al-Quran ini.
5.4 KESIMPULAN
Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan terhadap subjek Al-Quran. Pencapaian
murid semakin baik dengan adanya latih tubi, alat bantu belajar (ABM), kaedah
pengajaran dan aktiviti-aktiviti yang menarik dijalankan di dalam kelas. Selain itu,
kaedah ini juga telah berjaya menarik minat murid darjah Tiga Ishak dalam subjek Al-
Quran dan berjaya meningkatkan motivasi murid di samping mengembirakan murid
dalam proses pembelajaran. Kaedah yang dijalankan dengan kerjasama guru kelas
secara tidak langsung, memberi impak yang positif kepada proses pembelajaran murid.
SOAL SELIDIK
BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN
1. Jantina Lelaki ( ) Perempuan ( )
2. Adakah anda minat dengan subjek Al-Qur’an?
a. Minat ( )
b. Kurang minat ( )
c. Tidak minat ( )
3. Anda mula mempelajari Al-Quran di:-a. Rumah ( )b. Sekolah tadika ( )c. Sekolah rendah (KAFA) ( )
4. Berapa kali anda membaca Al-Quran di rumahSetiap hari ( ) Seminggu 1 kali ( )
Seminggu 3 kali ( ) Tidak pernah ( )
BAHAGIAN B: FAKTOR PENGUASAAN AL-QURAN
1. Adakah anda suka Ustaz / Ustazah yang mengajar anda disekolah? : Ya Tidak
2. Adakah anda faham dengan cara ustaz / ustazah mengajar anda ? : Ya Tidak
3. Adakah anda tahu membaca Al-Quran? Ya Tidak
4. Adakah anda pandai menulis jawi? Ya Tidak
5. Adakah anda mengenal huruf hijaiyyah? Ya Tidak
UJIAN PRA DAN UJIAN POS
A) Sebutkan huruf-huruf dibawah.
ي ء ال ه ش س ب ل ا ت ن
ض ص ث ق ف غ ع خ ح ج د
ة ر و ذ ظ ز
B) Sila tulis huruf yang diminta.
1. Jim :__________ 6. Kaf :_________
2. Ha :__________ 7. Lam :__________
3. Ra’ :__________ 8. Mim :__________
4. Lam alif :_________ 9. Nun :_________
5. Hamzah :__________ 10. Wau :_________
C) Sila baca potongan ayat di bawah.
ا.
Jadual kelas Sekolah Rendah Agama Rakyat Taman Cempaka.
Isnin 3.00pm-4.00pm
4.00pm-4.15pm
4.15pm-4.45pm
4.45pm-5.15pm
5.15pm-6.00pm
Darjah 1 Al-Quran R Sirah Bahasa Arab S
Darjah 2 Al-Quran E Bahasa Arab Akidah O
Darjah 3 Al-Quran H Fekah Sirah L
Darjah 4 Al-Quran A Akhlak Fekah A
Darjah 5 Al-Quran T Akidah Akhlak T
Selasa 3.00pm-4.00pm
4.00pm-4.15pm
4.15pm-4.45pm
4.45pm-5.15pm
5.15pm-6.00pm
Darjah 1 Al-Quran R Akidah Akhlak S
Darjah 2 Al-Quran E Sirah Fekah O
Darjah 3 Al-Quran H Akhlak Bahasa Arab L
Darjah 4 Al-Quran A Bahasa Arab Akidah A
Darjah 5 Al-Quran T Fekah Sirah T
Rabu 3.00pm-4.00pm
4.00pm-4.15pm
4.15pm-4.45pm
4.45pm-5.15pm
5.15pm-6.00pm
Darjah 1 Al-Quran R Fekah Akhlak S
Darjah 2 Al-Quran E Akhak Fekah O
Darjah 3 Al-Quran H Akidah Bahasa Arab L
Darjah 4 Al-Quran A Sirah Akidah A
Darjah 5 Al-Quran T Bahasa Arab Sirah T
Khamis 3.00pm-4.00pm
4.00pm-4.15pm
4.15pm-4.45pm
4.45pm-5.15pm
5.15pm-6.00pm
Darjah 1 Al-Quran R Akhlak Akidah S
Darjah 2 Al-Quran E Fekah Sirah O
Darjah 3 Al-Quran H Bahasa Arab Akhlak L
Darjah 4 Al-Quran A Akidah Bahasa Arab A
Darjah 5 Al-Quran T Sirah Fekah T
Jumaat 3.00pm-4.00pm
4.00pm-4.15pm
4.15pm-4.45pm
4.45pm-5.15pm
5.15pm-6.00pm
Darjah 1 Al-Quran R Bahasa Arab Akidah S
Darjah 2 Al-Quran E Akidah Sirah O
Darjah 3 Al-Quran H Sirah Akhlak L
Darjah 4 Al-Quran A Fekah Bahasa Arab A
Darjah 5 Al-Quran T Akhlak Fekah T
JADUAL ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL ITEM JUMLAH1 Kos perjalanan (pergi dan balik) Rm 74.00 x 2 RM 148.002 Percetakan soal selidik RM 2.203 Percetakan proposal RM 8.00
JUMLAH RM 158.20
JADUAL KERJA
BIL PERKARA TARIKH1 Mesyuarat Jawatankuasa 05.8.20112 Penulisan kertas cadangan 12.8.20112 Mesyuarat perancangan 19.8.20114 Mesyuarat pembinaan ujian pra/pos 22.8.20115 Pelaksanaan data ujian pra 26.8.20116 Memproses data ujian pra 09.9.20117 Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian 16.9.20118 Analisis data ujian pra, dan pemerhatian 23.9.2011
GAMBAR MURID SEKOLAH AGAMA RAKYAT TAMAN CEMPAKA
RUJUKAN
Amir Hasan Dawi. 2009. Sekolah dan Masyarakat. Tanjong Malim: Quantum Book
Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di dua buah sekolah perintis di Terengganu.
Tesis Sarjana Pendidikan Universiti Malaya di capai dari
http://pemulihantulisanjawi.blogspot.com/2011/05/kajian-tulisan-jawi.html
Mohd Yakub @ Zulkifli bin haji Mohd Yusoff dan Saidin bin Mohd. 2008. Keupayaan Bacaan Al-
Quran di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat: Kajian di beberapa buah sekolah
Menengah terpilih di Negeri Terengganu.
Mohd Aderi Che Noh. Amalan Pengajaran Tilawah Al-Quran: Satu Tinjauan Terhadap Persepsi
Guru di Sekolah Menengah Harian. Di capai dari
http://journalarticle.ukm.my/765/1/5_0.pdf
Mohd Alwi Yusoff. et al. Keberkesanan Iqra’ Sebagai Kaedah Pembelajaran Membaca Al
Quran.
Di capai dari
http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2003/ahmadKUIMkk.pdf
Mohd Abbas Bin Abdul Latiff & Farihatun Nadia Binti Yaacob. Persepsi Pelajar Terhadap
Program Membudayakan Al-Quran dalam Meningkatkan Tahap Keupayaan Pembacaan
Al-Quran Mengikut Hukum Tajwid. Satu kajian di SMK Dato Bentara Luar. Di capai dari
http://eprints.utm.my/10434/1/PERSEPSI_PELAJAR_TERHADAP_PROGRAM_MEMBU
DAYAKAN.pdf