Proposal Kajian Oum
-
Upload
drama-king -
Category
Documents
-
view
745 -
download
13
Transcript of Proposal Kajian Oum
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
PENGUASAAN SIFIR MELALUI AKTIVITI NYANYIAN DI KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2 DAN 3
ROSIDA BINTI OTHMAN
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASAOPEN UNIVERSITY MALAYSIA
DISEMBER 2010
1
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
PENGUASAAN SIFIR MELALUI AKTIVITI NYANYIAN DI KALANGAN MURID-MURID TAHUN 2 DAN 3
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi dan menguji keberkesanan penggunaan aktiviti
nyanyian di dalam pembelajaran sifir. Aktiviti nyanyian yang difokuskan bermaksud
penggunaan kaedah improvisasi lirik, di mana lirik sesebuah lagu yang sedia ada digantikan
dengan sifir. Selain itu, faktor jantina juga turut di ambil kira di mana penyelidik ingin
melihat sama ada wujud perbezaan di kalangan responden lelaki dan perempuan dari segi
penguasaan sifir setelah pembelajaran melalui nyanyian didedahkan. Kajian dijalankan di
sebuah sekolah di daerah Kerian, Perak dan melibatkan 100 orang responden yang terdiri
daripada murid tahun dua dan tiga yang dipilih daripada kalangan murid yang lebih kurang
sama penguasaan sifirnya. Instrumen kajian adalah sifir berirama, ujian diagnostik dan soal
selidik. Kajian dijalankan berpandukan kepada tiga teori utama iaitu Teori Behaviourisme,
Teori Kecerdasan Pelbagai yang menekankan kecerdasan muzikdan kecerdasan Logik
Matematik serta Prinsip Premack yang mengaitkan perkara yang tidak diminati dengan
perkara yang diminati.
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah nyanyian dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bagi Kumpulan Eksperiman (E1). Manakala murid kumpulan kawalan
(K1) pula akan menggunakan kaedah tradisional. Ini bagi melihat pencapaian, minat dan
motivasi murid terhadap sifir.
Pencapaian murid dinilai dengan mengadakan ujian dan borang soal selidik untuk
mengukur sikap. Hasil kajian diperolehi daripada analisis deskriptif, min, sisihan piawai dan
ujian –t.
2
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Di sekolah rendah matlamat pengajaran Matematik adalah untuk membina dan
mengembangkan pelajar dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Manakala
pengajaran Matematik sekolah menengah adalah bermatlamatkan aplikasi yang lebih
mendalam melibatkan proses penaakulan, komunikasi dan penyelesaian masalah. Menurut
Nik Aziz Nik Pa (1992), kedua-dua matlamat ini dapat digunakan dalam penyelesaian
masalah harian secara berkesan dan penuh bertanggungjawab yang seterusnya membuka
mata dan minda pelajar untuk lebih menghargai kepentingan dan keindahan Matematik. Ilmu
Matematik dapat membantu pelajar mengendalikan urusan harian secara berdisiplin sesuai
dengan kehendak masyarakat dan negara yang maju serta dapat membantu mereka
melanjutkan pelajaran.
Namun, untuk memastikan penguasaan ilmu Matematik dikuasai sepenuhnya
oleh pelajar, ia perlu bermula dari asas Matematik iaitu jadual sifir. Seawal bermulanya
persekolahan, pelajar telah didedahkan dengan aturan sifir. Sekiranya kemahiran ini tidak
dikuasai, seseorang pelajar akan mengalami masalah untuk memahami konsep Matematik
yang seterusnya kerana hampir keseluruhan ilmu Matematik adalah berpaksikan sifir.
3
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
1.1 Latar Belakang Masalah
Sebahagian daripada tanggungjawab seorang pendidik ialah membantu murid-murid untuk
meningkatkan minat dan kecederungan mereka terhadap pelajaran. Minat dan kecenderungan
ini akan menggalakkan mereka membina jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah dengan
menggunakan idea dan hipotesis yang telah dibina ( Mohd Fadzli, 2001 ) .
Penguasaan sifir di kalangan pelajar dilihat sebagai aspek yang perlu diberi
perhatian. Sekiranya situasi ini dipandang enteng, maka akan bertambah jumlah pelajar yang
keciciran dalam bidang Matematik. Bidang Matematik tidak seharusnya menjadi satu perkara
yang membosankan, sukar dan sesuai untuk pelajar yang pintar sahaja. Pada dasarnya adalah
penting bagi seseorang murid itu menguasai sifir melalui konsep asas kemahiran itu. Namun
pada peringkat usia seawal lapan tahun, tidak semua murid dapat menguasai sifir melalui
konsep asas sifir melainkan mereka diajar menggunakan kaedah hafalan.
Kaedah konvensional yang digunakan hari ini iaitu hafalan biasa yang
kebanyakannya digunakan oleh guru-guru dilihat sebagai situasi yang lazim dilalui oleh
pelajar. Oleh kerana itu, ia menjadi satu perkara yang kurang menarik, membosankan dan
tidak merangsang keinginan pelajar untuk bersungguh-sungguh menguasai sifir. Kaedah ini
juga hanya sesuai bagi sesetengah pelajar dan tidak praktikal bagi pelajar yang mempunyai
masalah lemah daya ingatan. Mereka akan merasakan mengingati dan menguasai sifir adalah
perkara yang sangat sukar.
Berdasarkan kecerdasan muzik yang dikupas dalam Teori Kecerdasan Pelbagai,
elemen ini dipilih kerana pengaruhnya yang besar kepada golongan pelajar. Melihat
senario hari ini di mana muzik menjadi hiburan utama kepada muda-mudi khasnya
golongan remaja dan pelajar, penyelidik berminat untuk mengaplikasikannya ke dalam
suasana yang lebih positif dan berguna untuk tujuan meningkatkan penguasaan sifir.
Sehubungan itu, penyelidikan ini memilih aktiviti nyanyian sebagai alat mengindahkan
matematik dan difokuskan dalam penguasaan sifir.
4
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
Penggunaan aktiviti nyanyian bertujuan untuk mengubah suasana pembelajaran agar
menarik dan pelajar boleh belajar sambil berhibur. Sememangnya fitrah manusia suka kepada
hiburan dan tidak salah rasanya apabila kita menggunakan hiburan untuk tujuan pembelajaran
selagi konsep dan tujuan utamanya tidak menyimpang dari objektif utama pendidikan. Dalam
kebanyakan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik di dalam dan luar negara,
didapati wujud perbezaan yang ketara antara pencapaian pelajarlelaki dan perempuan dalam
Matematik. Umpamanya kajian yang dijalankan oleh Berinderjeet (1991) di Singapura
mendapati pencapaian pelajar lelaki jauh lebih baikberbanding pelajar perempuan. Kerana
itu, faktor jantina turut diambil kira dalam kajian ini bagi melihat sama ada wujud perbezaan
dari segi prestasi penguasaan sifir dan persepsi penggunaan aktiviti nyanyian antara pelajar
lelaki dan perempuan yang dipilih sebagai responden.
Menyentuh penggunaan aktiviti nyanyian sebagai alat untuk mengukuhkan
penguasaan sifir di kalangan pelajar, Daud Mohd Noor (1982) menyatakan penggunaan
muzik boleh diimplementasikan ke dalam pembelajaran secara berkesan jika ianya dirancang
lebih awal dan dilaksanakan secara teratur dan bersistem. Di antara contoh Pendekatan
Pengajaran Bersistem ialah:
i- Persediaan guru sebelum memulakan pengajaran. Persediaan ini adalah
melibatkan konsep kendiri guru iaitu keyakinan guru untuk menyampaikan
maklumat secara teratur dan terperinci.
ii- Persediaan kelas dan bahan bantu yang digunakan guru untuk proses
pengajaran dan pembelajaran dapat berfungsi sebagai penghubung antara
maklumat yang ingin disampaikan guru kepada pelajarnya.
iii- Persediaan pelajar sendiri iaitu suasana yang dapat mencipta mereka untuk
melalui proses pembelajaran tanpa ada perasaan ‘menolak’.
iv- Penggunaan bahan dan aktiviti yang maksimum dan berkesan dalam
menyampaikan objektif pengajaran dan pembelajaran.
v- Penilaian oleh guru dan pelajar sebagai kayu ukur kejayaan proses pengajaran dan
pembelajaran. Dapatan penilaian boleh digunakan untuk memperbaiki proses
pengajaran dan pembelajaran akan datang.
5
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
Namun sebaliknya menurut pendapat Yudariah (2002), penguasaan sifir di kalangan pelajar
sekolah kebangsaan adalah sangat lemah kerana guru Matematik mengajar sifir dengan
menggunakan kaedah hafalan melalui muzik semata-mata. Pelajar terlebih dahulu terpaksa
belajar lagu kemudian diikuti oleh sifir. Pendapat ini mungkin benar seandainya guru
Matematik hanya memaksa pelajar menghafal lagu sifir tanpa diikuti dengan penerangan
pemahaman konsep sifir. Justeru, kajian ini turut meninjau sama ada pendapat ini benar atau
sebaliknya dan mencari alternative membendung kelemahan ini. Muzik mampu memberikan
kesan yang mendalam kepada pelajar memandangkan elemen ini menyentuh mengenai
keseronokan dan kegembiraan. Maka penggunaan aktiviti nyanyian adalah amat disarankan
sebagai alternatif menjadikan
kaedah pengajaran tidak mendatar dan membosankan pelajar (Noraini Idris, 2001a).
Walau apapun bentuk rancangan yang digunakan, keberkesanan adalah terletak pada
pengeksploitasian bahan bantu mengajar dengan sebaiknya oleh guru.
1.2 Pernyataan Masalah
Walaupun pelbagai teknik dan kaedah pengajaran telah diaplikasikan dalam pengajaran
harian di sekolah-sekolah sebagai memenuhi kehendak kurikulum, namun ada segelintir
pelajar yang tidak dapat menerima kaedah konvensional itu. Secara fizikalnya mereka
kelihatan sama seperti pelajar-pelajar yang lain tetapi dari segi penerimaan ilmu, golongan ini
mempunyai sedikit kelemahan. Mereka sering merasa terpinggir dan menganggap proses
pembelajaran merupakan satu perkara yang membosankan dan tidak mendatangkan apa-apa
makna kerana mereka tidak dapatmemahami dan menerima kehendak sebenar objektif
pembelajaran. (Ang Huat Bin,1999a).
Sehubungan itu, pelbagai rancangan kurikulum telah digubal dan dijalankan
untuk memberi peluang yang sama kepada setiap pelajar bagi mendapat kemahiran dan
pengetahuan serta menghayati nilai yang diperlukan. Setiap pelajar diberi galakan dan
bimbingan yang seluas-luasnya untuk menguasai kemahiran asas dengan kukuh.
Peluang juga disediakan untuk membolehkan mereka mengembangkan bakat dan minat
6
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
serta daya kreatif dalam bidang tertentu. (Ramlah Jantan, 2002). Oleh kerana kaedah
konvensional didapati kurang berkesan kepada pelajar yang lemah, maka satu kaedah telah
dipilih oleh penyelidik bagi membantu pelajar yang tidak dapat menguasai sifir. Rangsangan
muzik dipilih untuk merangsang pembelajaran agar pelajar dapat menguasai sifir dengan
baik.
Pengajaran dan pembelajaran sifir hendaklah merupakan suatu pengalaman yang
seronok dan mencabar bagi semua murid. Untuk tujuan ini penggunaan pelbagai teknik
pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti berkumpulan, permainan dan amali serta latihan
yang berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan dan pengalaman pelajar perlu
diambil kira. Perhatian juga perlu diberi kepada daya dan gaya pembelajaran yang berbeza di
kalangan pelajar (Mok Song Sang, 2003a).
1.3 Objektif
Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk :
i. Mengkaji sama ada penggunaan kaedah nyanyian dapat meningkatkan prestasi
pelajar dalam menguasai sifir.
ii. Menguji sama ada wujud perbezaan prestasi penguasaan sifir antara pelajar lelaki
dan perempuan sebagai membuat kesahan dapatan di atas.
iii. Meninjau persepsi penggunaan kaedah nyanyian antara pelajar lelaki dan
perempuan bagi melihat sama ada wujud perbezaan atau tidak antara keduanya.
iv. Menentukan sama ada terdapat korelasi antara prestasi penguasaan sifir pelajar
dan persepsi terhadap penggunaan rangsangan muzik dalam pembelajaran mereka.
1.4 Persoalan Kajian
Dalam mengumpulkan maklumat dan data bagi memenuhi kehendak objektif kajian,
pelbagai persoalan akan diambil kira. Antaranya :
7
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
i- Adakah terdapat perbezaan antara kaedah konvensional dengan penggunaan
kaedah nyanyian terhadap peningkatan prestasi pelajar dalam menguasai sifir?
ii- Adakah terdapat perbezaan prestasi penguasaan sifir antara pelajar lelaki dan
perempuan setelah didedahkan penggunaan aktiviti nyanyian?
iii- Apakah terdapat perbezaan persepsi penggunaan aktiviti nyanyian antara pelajar
lelaki dan perempuan setelah didedahkan penggunaan aktiviti nyanyian dalam
pembelajaran sifir?
iv- Apakah wujud hubungan yang signifikan antara prestasi penguasaan sifir pelajar
dengan persepsi terhadap penggunaan aktiviti nyanyian?
1.5 Batasan Kajian
Kajian ini terbatas kepada murid-murid tahun dua dan tiga yang terdiri daripada 100 orang
murid iaitu 50 murid lelaki dan 50 murid perempuan. Kajian ini akan dijalankan di salah
sebuah sekolah di kawasan Parit Buntar, Perak dan 4 orang guru yang terlibat ialah guru yang
mengajar Matematik di sekolah berkenaan. Pencapaian murid adalah tertumpu kepada empat
kelas sahaja dan oleh itu kajian tidak dapat digeneralisasikan kepada semua kelas tahun dua
dan tiga. Terdapat 3 kelas tahun dua dan 3 kelas tahun tiga. Kajian ini hanya difokuskan
untuk tajuk sifir bagi subjek Matematik Tahun Dua dan Tiga mengikut sukatan masing-
masing.
8
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
“Plato seorang ahli falsafah Yunan dan ahli falsadah China, Mencius berpendapat: Muzik
membentuk jiwa dan budi, muzik yang indah menjamin masyarakat yang teratur dan muzik
yang buruk pula membahayakan negara.”
(Yusnor Ef., Perkembangan Muzik Melayu Singapura 50-an Hingga 90-an, 1991)
Menggunakan muzik sebagai salah satu kaedah untuk mengajar sudah lama di
praktikkan oleh ramai guru. Namun demikian, mungkin tidak ramai yang sedar tentang
keberkesanan muzik sebagai salah satu agen penghantar maklumat atau ilmu. Ini adalah
kerana muzik sering dirujuk sebagai bahan hiburan semata. Sebenarnya, irama-irama tertentu
dapat menimbulkan berbagai-bagai kesan dan perasaan yang berbeza di kalangan manusia
secara umum. Kesan positif yang timbul dengan rangsangan muzik dapat disusurkan kepada
pembelajaran sebagai pedagogi pendidikan yang berkesan.
Daya pendengaran setiap manusia secara umum mencetuskan pemikiran yang
berbeza apabila mendengar irama-irama tertentu. Pada dasarnya, tanggapan dan pemikiran ini
berubah-ubah dengan bantuan visual. Sebagai contoh, muzik rock mungkin dianggap sebagai
jenis muzik yang agresif dan ganas. Irama lagu RnB dan balada pula sering dikaitkan dengan
lagu-lagu berunsur cinta dan sebagainya. Tanggapan ini tidak lahir begitu sahaja. Jelasnya,
bahan-bahan media banyak mempengaruhi kaitan muzik dengan ciri-ciri yang telah
diketengahkan. Namun sebenarnya, muzik adalah cabang seni yang penuh misteri dan
mempunyai ciri-ciri positif jika diteliti dengan lebih terperinci.
Satu kajian pakar di Universiti Cina Hong Kong mengesahkan keberkesanan muzik
9
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
sebagai agen untuk memperkukuhkan ingatan dan penghafalan sesuatu perkara. Chan (2003)
menyatakan bahawa kanak-kanak yang telah mempunyai latar belakang latihan muzik
mengingati dan dapat menghafal lebih banyak perkataan daripada mereka yang tidak berlatih
muzik. Kajian Chan pada tahun 1995 pula mendapati bahawa seorang pemuzik mempunyai
pembangunan planum temporale sebelah kiri yang lebih, iaitu bahagian minda yang
memproses kebolehan linguistik.
Namun demikian, tidak semua pelajar di dalam sesebuah kelas mempunyai bakat
dan resepsi yang sama terhadap muzik. Dalam hal ini, penggunaan irama dan muzik dapat
diolah untuk menyesuaikan dengan kehendak para pelajar. Sebagai contoh, para pelajar dapat
dibimbing tentang kaitan sesuatu pelajaran dengan jenis muzik tertentu. Bagi pelajar
peringkat rendah, ini jelas berkesan dengan adanya lagu-lagu seperti ABC yang diajarkan
sejak kecil lagi. Irama lagu ABC yang sama seperti irama lagu Twinkle Twinkle Little Stars
mencetuskan perasaan yang dikenali (sense of familiarity) oleh kanak-kanak.
Bagi pelajar peringkat atasan pula, pembelajaran sesuatu perkara dapat dikukuhkan
dengan adanya kaitan muzik. Sebagai contoh, pembelajaran sastera seperti sajak, drama atau
cerpen dapat dikaitkan dengan muzik yang sesuai untuk menggambarkan latar, iaitu masa dan
tempat. Para pelajar harus dijelaskan terlebih dahulu tentang kaitannya dengan bidang
sinematografi dan perfileman. Setelah dijelaskan tentang konsep yang seumpama itu maka
lebih senang dan jelas lagi bagi mereka memahami konsep pembelajaran melalui
pengalaman. Ini adalah kerana para pelajar sendiri mengalami kesan muzik itu terhadap diri
mereka secara real dan fizikal. Kesan yang berbeza-beza terhadap setiap individu inilah yang
akan mencetuskan minda untuk mengingat dan mengaitkan sesuatu irama itu dengan
peristiwa di dalam bahan teks yang dikaji.
Snyder (2001) pula menerangkan dalam Music and Memory bahawa komponen
kecil muzik, iaitu bunyi adalah elemen kolektif yang disimpan di dalam minda seseorang.
Bunyi-bunyi ini disusun di dalam akal sebagai ingatan yang wujud melalui pengalaman.
Peristiwa-peristiwa baru akan mencetuskan ingatan jangka panjang (long-term memory) ini
dan dirujuk sebagai kategori konseptual (conceptual categories). Setiap individu mempunyai
10
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa lampau yang akan dikaitkan dengan pengalaman
baru ini secara bawah sedar.
Justeru itu, satu kajian mengenai penguasaan sifir melalui salah satu aktiviti muzik
iaitu nyanyian perlu dijalankan supaya masalah lemah sifir tidak lagi menjadi punca
kemerosotan pencapaian Matematik di kalangan murid-murid tahap satu di sekolah rendah.
2.2 Nyanyian
Nyanyian merujuk kepada aktiviti membunyikan suara dalam bentuk tertentu yang bertujuan
menghasilkan nada dan melodi yang disenangi. Ia merupakan salah satu aktiviti manusia
yang bertujuan untuk mengembirakan hati. Nyanyian boleh dilakukan dengan bantuan alat
muzik atau hanya dengan secara bertepuk tangan dan sebagainya. Nyanyian memerlukan
daya kreativiti manusia dan dianggap sebagai salah satu cabang seni.
Menyanyi merupakan cara mudah untuk melahirkan perasaan. Secara tidak
langsung, aktiviti nyanyian memenuhi keperluan untuk menyalurkan perasaan dan fikiran.
Sejak zaman dahulu lagi, menyanyi menjadi medium untuk melahirkan perasaan dan
berkongsi pengalaman seseorang. Lagu adalah komunikator yang hebat terutama bagi kanak-
kanak (Phillips, 1990).
Nyanyian adalah antara hiburan yang dapat menghiburkan jiwa dan menenangkan
hati serta mengenakkan jiwa. Hal ini dibolehkan oleh Islam selama ia tidak dicampuri cakap
kotor, cabul dan yang kiranya dapat mengarah kepada perbuatan dosa. Tidak salah juga jika
disertai dengan muzik yang tidak membangkitkan nafsu. Bahkan disunatkan dalam situasi
gembira, untuk melahirkan perasaan riang dan menghibur hati seperti pada hari raya,
perkahwinan dan sebagainya.
Snyder (2001) pula menerangkan dalam Music and Memory bahawa komponen
kecil muzik, iaitu bunyi adalah elemen kolektif yang disimpan di dalam minda seseorang.
Bunyi-bunyi ini disusun di dalam akal sebagai ingatan yang wujud melalui pengalaman.
Peristiwa-peristiwa baru akan mencetuskan ingatan jangka panjang (long-term memory) ini
dan dirujuk sebagai kategori konseptual (conceptual categories). Setiap individu mempunyai
11
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa lampau yang akan dikaitkan dengan pengalaman
baru ini secara bawah sedar.
2.3 Sifir
Sifir adalah singkatan bagi sifir darab merupakan satu kemahiran asas matematik yang wajib
dikuasai.Sifir memainkan peranan penting dalam matematik. Jika gagal mengusai sifir
dengan baik, maka seseorang murid itu sukar untuk mendapat kecemerlangan dalam
matematik. Dan juga jika tidak menguasai sifir maka kemahiran membahagi juga pasti gagal
dikuasai.
2.3.1 Menghafal Sifir
Menurut kajian, jika anak-anak kita belajar 10 perkara hari ini, mereka akan lupa 9
daripadanya dalam masa hanya 2 hari. Kadangkala anak-anak faham dan boleh buat latihan
bersama kita, tetapi di dalam peperiksaan mereka lupa semuanya dan gagal untuk Skor A.
Menurut kajian Psikologi, nombor adalah antara fakta yang paling susah dihafal. (Patutlah
anak-anak kita begitu sukar untuk menghafal fakta dalam bentuk nombor seperti sifir ).
Tahap kecerdasan dan kebijaksanaan anak-anak kita selalunya diukur dengan melihat sejauh
mana mereka boleh ingat apa yang telah dipelajari. Semakin tinggi kebolehan mereka
menghafal, mereka kelihatan semakin bijak dan cerdas. Anak-anak mudah putus-asa dan
lemah semangat jika mereka asyik lupa apa yang telah dipelajari. Akibatnya mereka
menyangka bahawa mereka itu bodoh. Mudah belajar dan menghafal adalah satu teknik yang
boleh dipelajari dan dikuasai.
Namun begitu kaedah konvensional yang digunakan hari ini iaitu hafalan biasa yang
kebanyakannya digunakan oleh guru-guru dilihat sebagai situasi yang lazim dilalui oleh
pelajar. Oleh kerana itu, ia menjadi satu perkara yang kurang menarik, membosankan dan
tidak merangsang keinginan pelajar untuk bersungguh-sungguh menguasai sifir. Kaedah ini
12
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
juga hanya sesuai bagi sesetengah pelajar dan tidak praktikal bagi pelajaryang mempunyai
masalah lemah daya ingatan. Mereka akan merasakan mengingati dan
menguasai sifir adalah perkara yang sangat sukar. Dengan mengimprovisasikan lirik lagu
kepada sifir, murid-murid akan melagukan sifir tersebut. Ini akan menarik minat mereka
untuk menghafal sifir dan seterusnya mengingati dan menanamkan di dalam minda mereka
sifir tersebut sebagaimana mereka begitu mudah menghafal lirik-lirik lagu yang mereka
gemari.
13
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pendahuluan
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penguasaan sifir melalui aktiviti nyanyian di kalangan
murid-murid tahun dua dan tiga yang terdiri daripada 100 orang murid iaitu 50 orang murid
lelaki dan 50 orang lagi murid perempuan dari salah sebuah sekolah rendah di kawasan Parit
Buntar, Perak dan 4 orang guru perempuan yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di
sekolah berkenaan.
Pelbagai kaedah menguasai sifir seringkali kita dengar. Setiap guru mempunyai
pendekatan mereka sendiri untuk memahirkan penguasaan sifir di kalangan murid-murid.
Ada yang menggunakan kaedah pemahaman konsep, petak sifir, tukar ganti pembahagian dan
yang paling popular adalah teknik hafalan. Sejak berzaman dahulu kaedah hafalan telah
menjadi satu teknik yang sering digunakan oleh murid-murid untuk menguasai sifir. Ternyata
teknik ini adalah yang paling berkesan dan mempercepatkan aktiviti pengiraan seharian.
Namun menghafal sifir bukanlah sesuatu yang mudah bagi murid-murid seawal usia 8 tahun.
Kaedah konvensional yang digunakan hari ini iaitu hafalan biasa yang
kebanyakannya digunakan oleh guru-guru dilihat sebagai situasi yang lazim dilalui oleh
pelajar. Oleh kerana itu, ia menjadi satu perkara yang kurang menarik, membosankan dan
tidak merangsang keinginan pelajar untuk bersungguh-sungguh menguasai sifir. Kaedah ini
juga hanya sesuai bagi sesetengah pelajar dan tidak praktikal bagi pelajar yang mempunyai
masalah lemah daya ingatan. Mereka akan merasakan mengingati dan menguasai sifir adalah
perkara yang sangat sukar.
14
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________ Berdasarkan kecerdasan muzik yang dikupas
dalam Teori Kecerdasan Pelbagai, elemen ini dipilih kerana pengaruhnya yang besar kepada
golongan pelajar. Melihat senario hari ini di mana muzik menjadi hiburan utama kepada
muda-mudi khasnya golongan
Remaja dan pelajar, penyelidik berminat untuk mengaplikasikannya ke dalam suasana yang
lebih positif dan berguna untuk tujuan meningkatkan penguasaan sifir. Sehubungan itu,
penyelidikan ini memilih aktiviti nyanyian sebagai alat mengindahkan matematik dan
difokuskan dalam penguasaan sifir.
Penggunaan aktiviti nyanyian bertujuan untuk mengubah suasana pembelajaran agar
menarik dan pelajar boleh belajar sambil berhibur. Sememangnya fitrah manusia suka
kepada hiburan dan tidak salah rasanya apabila kita menggunakan hiburan untuk tujuan
pembelajaran selagi konsep dan tujuan utamanya tidak menyimpang dari objektif utama
pendidikan.
Kaedah nyanyian dimaksudkan di dalam penyelidikan ini ialah murid-murid akan
menghafal sifir melalui nyanyian. Guru akan memilih beberapa buah lagu yang mudah,
menarik dan sering menjadi siulan murid-murid. Daripada lagu-lagu ini, guru akan mengubah
liriknya kepada sifir 2 hingga 5. Jadi, murid-murid akan menyanyikan sifir tersebut
seterusnya mereka akan cepat mengingati sifir sebagaimana mereka cepat mengingati lirik
lagu yang sebenar.
3.2 Rekabentuk Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah eksperimental dengan reka bentuk instrument maklum balas
“Prestest-Posttest, Eksperiment Group-Control Group” yang diberikan kepada murid dan
guru. Sampel adalah terdiri daripada seramai 100 orang murid daripada empat buah kelas.
Kumpulan murid ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan Kawalan (K1) dan
Kumpulan Eksperimen (E1) mengikut kelas sedia ada. Pencapaian murid-murid bagi
keempat-empat kelas ini adalah seimbang dalam penguasaan sifir. Kedua-dua kumpulan
15
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
murid ini terdiri daripada murid-murid yang sedia ada di dalam kelas masing-masing
mengikut pembahagian yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Bilangan sebenar murid bagi
Kelas Kawalan ialah 50 orang, iaitu 25 orang murid lelaki dan 25 orang murid perempuan.
Sementara bilangan murid bagi Kelas Eksperimen pula juga 50 orang, iaitu 25 orang murid
lelaki dan 25 orang murid perempuan.
Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Data yang
dikumpul dan dianalisis dalam dua bahagian iaitu analisis statistik deskriptif dan analisa
statistik infrensi. Data-data yang diperolehi ini akan dianalisis dengan menggunakan ‘Statistic
Package for Social Science’ 12 ( SPSS 12 ). Ujian-t digunakan untuk sampel dipilih. Borang
soal selidik diedarkan untuk mendapatkan maklum balas responden dari Kumpulan
Eksperimen ( E1 ). Kedua-dua kumpulan akan menjalani Ujian Pra untuk mengukur
pencapaian mereka sebelum kaedah Koperatif dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Data yang diperolehi daripada ujian ini akan dianalisis untuk
mendapatkan maklumat pencapaian murid dari kedua-dua kumpulan.
Berdasarkan maklumat dari data yang telah dianalisis, pengkaji akan merancang dan
merekabentuk set rancangan mengajar dengan menggunakan kaedah nyanyian untuk
Kumpulan Eksperimen dan kaedah konvensional bagi Kumpulan Kawalan. Selepas sesi
pengajaran selama lima minggu, Kumpulan Eksperimen akan diberikan borang soalselidik
untuk mengetahui tentang persepsi mereka terhadap kaedah koperatif yang telah dijalankan.
Selepas sesi pengajaran juga, kedua-dua kumpulan akan diberikan ujian pos untuk mengukur
pencapaian murid dan melihat keberkesanan antara pengajaran menggunakan kaedah
nyanyian dan secara konvensional.
3.3 Sampel Kajian
Sampel kajian terdiri daripada 100 orang murid daripada 4 buah kelas iaitu 50 orang
murid lelaki dan 50 orang lagi murid perempuan dari salah sebuah sekolah rendah di kawasan
Parit Buntar, Perak dan 4 orang guru perempuan yang mengajar matapelajaran Bahasa
Melayu di sekolah berkenaan Murid-murid Tahun Empat dan Tahun Lima ini dipilih kerana
16
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
memandangkan mereka tidak terlibat dengan kelas peperiksaan peringkat kebangsaan pada
tahun kajian dijalankan. Maklumat taburan persampelan responden adalah seperti berikut :
Taburan Persampelan Murid Tahun Mengikut Jantina
KUMPULAN KELAS LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
EKSPERIMEN
(Kaedah Koperatif)
25 orang 25 orang 50 orang
KAWALAN
(Kaedah Tradisional)
25 orang 25 orang 50 orang
JUMLAH 50 responden 50 responden 100 responden
3.4 Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, instrument kajian terdiri daripada boring maklumat murid, dua set
kertas ujian, iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos, satu set soal selidik guru dan satu set soal selidik
murid yang bertujuan untuk meninjau minat dan motivasi pelajar serta guru terhadap kaedah
nyanyian dalam penguasaan sifir.
3.4.1 Borang Maklumat Murid
Borang ini mengandungi maklumat tentang latar belakang sampel kajian.
Maklumat yang dikehendaki meliputi nama, jantina dang red dalam ujian dan
pertengahan tahun untuk subjek Penulisan Bahasa Melayu ( LAMPIRAN A ).
Kegunaan Borang Maklumat Murid ini adalah untuk menentukan tahap pencapaian
murid dalam penguasaan sifir dan perbezaan jantina.
3.4.2 Ujian Pra
Ujian Pra ( LAMPIRAN B ) akan diberikan kepada semua murid daripada
kedua-dua kumpulan iaitu Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan Kawalan. Ujian Pra
17
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
adalah menepati Sukatan Pelajaran Matematik ( KBSR ). Ujian ini mengandungi 30
item soalan yang berbentuk subjektif. Soalan-soalan yang digubal adalah berdasarkan
topik-topik yang murid-murid telah pelajari sebelumnya. Data atau maklumat berkaitan
yang diperolehi daripada Ujian Pra ini akan digunakan sebagai perbandingan dengan
data yang akan diperolehi daripada Ujian Pos. Pengkaji akan menggubal soalan bagi
Ujian Pra berpandukan buku-buku rujukan.
3.4.3 Ujian Pos
Ujian Pos ( LAMPIRAN C ) adalah ujian yang akan dijalankan kepada murid-
murid dari kedua-dua kumpulan selepas sesi pengajaran selama lima minggu selesai
dijalankan kepada mereka. Ujian Pos merupakan ujian yang akan dijalankan untuk
mengukur pencapaian murid dari kedua-dua buah kumpulan selepas sesi pengajaran
selama lima minggu bagi kedua-dua buah kumpulan. Ujian pos yang telah digubal
menepati dan mengikut Sukatan Pelajaran Matematik ( KBSR ) Tahun Dua dan Tahun
Tiga. Sebanyak 1 set Ujian Pos akan digubal dan ditadbir oleh pengkaji. Ujian Pos
mengandungi 30 item soalan aneka pilihan. Data dan maklumat yang diperolehi
daripada Ujian Pos ini akan dianalisis oleh pengkaji umtuk membuat perbandingan
dengan Ujian Pra. Ia bertujuan untuk melihat sejauh manakah keberkesanan kaedah
kajian yang dijalankan ke atas murid-murid berkenaan.
3.4.4 Borang Soal Selidik Guru
Borang soal selidik guru atau sesi temuramah guru ( LAMPIRAN D ) adalah
borang yang akan disediakan oleh pengkaji untuk mengesan tentang kefahaman guru
dan peranan mereka dalam menggunakan kaedah koperatif serta fungsinya kepada
peningkatan pencapaian murid. Sebanyak 14 item soalan dikemukakan dalam boring
soal selidik guru ini yang berbentuk subjektif. Maklum balas daripada soal selidik ini
akan diguna pakai oleh pengkaji untuk membuat kesimpulan. Kaedah analisis
deskriptif akan digunakan oleh pengkaji dalam bahagian ini.
3.4.5 Borang Soal Selidik Murid
Borang Soal Selidik Murid ( LAMPIRAN E ) adalah boring yang akan
diberikan hanya kepada Kumpulan Eksperimen. Sebanyak 13 item soalan telah digubal
18
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
dalam soal selidik murid yang antara lain berkaitan dengan minat, motivasi dan
persepsi murid terhadap matapelajaran Penulisan Bahasa Melayu. Data daripada
Borang Soal Selidik Murid ini akan dianalisis oleh pengkaji menggunakan perisian
SPSS 12 untuk membuat perbandingan dan tahap minat serta motivasi murid daripada
kedua-dua kumpulan iaitu Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Eksperimen terhadap
Kaedah Koperatif dan matapelajaran Penulisan Bahasa Melayu.
3.5 Prosedur Pengumpulan Data
Bagi memudahkan perjalanan kajian, penyelidik perlu mendapatkan kebenaran dan sokongan
secara bertulis daripadapihak fakulti university, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia,
pihak Jabatan Pendidikan Negeri, pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak sekolah yang
terlibat. Hal ini adalah penting untuk mengelak berlakunya sebarang masalah ketika kajian ini
dijalankan. Penyelidik perlu mentapkan tarikh dan masa yang sesuai dengan persetujuan
pihak sekolah dan guru-guru yang terlibat.
Sebelum set soal selidik diedarkan, pihak responden yang dipilih akan diberi
penerangan secara jelas tentang maksud dan tujuan kajian dijalankan. Responden akan
diyakinkan tentang kerahsiaan segala maklumat yang diperoleh dalam soal selidik. Set soal
selidik yang mengandungi 18 pernyataan item akan diedarkan kepada responden yang dipilih
secara rawak mudah dengan bantuan guru kelas dan guru matapelajaran Matematik.
Responden akan diberi masa selama 30 minit untuk menjawab pertanyaan item yang terdapat
dalam soal selidik yang telah diedarkan secara serentak.
Pengumpulan data daripada Borang Soal Selidik, Ujian Pra dan Ujian Pos akan
dijalankan oleh pengkaji. Terdapat satu set boring soal selidik, dan dua ujian yang akan
dijalankan. Pengkaji menyediakan set kertas ujian pra dan ujian pos dengan penyeliaan Guru
Ketua Panitia bertujuan memastikan item-item soalan yang telah digubal menepati kehendak
sukatan dan tidak mengelirukan sampel kajian. Markah daripada ujian pra dan ujian pos akan
dikumpul dan dianalisa oleh pengkaji menggunakan perisian SPSS 12. Pengkaji
menggunakan kaedah kumpulan dan eksperimen dalam proses penyampaian pengajaran dan
pembelajaran kepada Kumpulam Eksperimen.
19
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
Setelah menyelesaikan sesi pengajaran selama 10 jam, responden akan menjalani
ujian pos. Murid-murid diminta menjawab kesemua item soalan dalam ujian pos. Kemudian,
pengkaji akan mendapatkan maklum balas tentang minat, motivasi, persepsi serta Kaedah
Koperatif dengan melengkapkan Borang Soal Selidik Murid yang telah pengkaji sediakan.
Kesemua Borang Soal Selidik Murid akan dikumpul dan dianalisa oleh pengkaji. Bagi
Kumpulan Kawalan, guru akan menjalankan pengajaran secara tradisional dan kumpulan ini
juga akan diberikan Ujian Pos.
3.6 Prosedur Analisis Data
Penganalisisan data dalam kajian ini menggunakan perisian computer “Statitiscal Package
for Social Sciences” ( SPSS 11.0 for windows ). Data yang diperoleh dianalisis dalam bentuk
frekuensi, peratus dan min. Data ditunjukkan dalam bentuk graf dan jadual. Analisis data
merangkumi aspek demografi responden dan skor pilihan jawapan oleh murid untuk setiap
item. Min digunakan untuk menilai persepsi murid lelaki dan perempuan sama ada positif
atau negatif terhadap sejauh manakah keberkesanan Kaedah nyanyian dalam penguasaan
sifir di kalangan murid tahun dua dan tiga di sekolah rendah. Semua item akan dikumpulkan
untuk mencari min dan min tersebut akan menentukan nilai persepsi murid sama ada positif
atau negatif.
Analisis tidak dilakukan berdasarkan item demi item tetapi berdasarkan min bagi
setiap pernyataan. Untuk menentukan nilai pernyataan persepsi positif atau negatif, nilai min
skala likert digunakan mengikut skor 5 ( sangat setuju ), 4 ( setuju ), 3 ( tidak pasti ), 2 ( tidak
setuju ) dan 1 ( sangat tidak setuju ) di mana nilai minnya adalah 3. Nilai 3-5 menunjukkan
persepsi positif manakala nilai di bawah 3 menunjukkan persepsi negatif. Untuk lebih mudah
dan jelas hasil keseluruhan skor yang dipilih oleh murid bagi setiap pernyataan item ia akan
ditukarkan ke dalam bentuk frekuensi dan peratus.
20
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
KESIMPULAN
"Music can create a more convincing atmosphere of time and place. Film music is
overwhelmingly coloristic in its intention and effect. This is always true when a composer is
attempting to create an atmosphere of time and place."
(Roy A. Prendergast, The Aesthetics of Film Music, 1992)
Kesimpulannya, muzik adalah komponen dalam pembelajaran yang berkesan jika disesuaikan
dengan struktur pembelajaran tidak mengira mata pelajaran apa sekalipun. Penggunaan
muzik sebagai pedagogi yang berkesan tergantung pada guru untuk melibatkan para pelajar
mendalami ilmu yang ingin disampaikan. Muzik itu sendiri adalah pengalaman dan seperti
lazimnya, ilmu dan maklumat yang disalurkan kepada setiap individu melalui pengalaman
akan tertanam di dalam minda dan perasaan. Hal inilah yang menjadikan ilmu dan maklumat
yang disampaikan tadi bertapak kukuh di dalam minda serta hati seseorang pelajar.
21
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
RUJUKAN
Bob Snyder, 2001. Music and Memory: An Introduction. Amerika Syarikat: The Mit Press
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur, Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Roy M. Prendergast, 1992. Film Music: A Neglected Art – Second Edition. New York,
Amerika Syarikat: W. W. Norton & Company.
http://www.reversespins.com/effectsofmusic.html
http://www.abc.net.au/science/news/stories/s911523.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Music_and_the_brain
22
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
SOAL SELIDIK MURID(BAHAGIAN DEMOGRAFI)
Maklumat Murid
1. Jantina : Lelaki ( )
Perempuan ( )
2. Kelas :
3. Gred dalam Ujian Topik Sifir :
Ujian 1 :__________________________
Ujian 2 :__________________________
Diharapkan agar murid-murid dapat menjawab dengan segala kehendak soalan
dengan jujur dan benar. Maklumat ini adalah dirahsiakan dan hanya digunakan
untuk kajian sahaja. Kerjasama murid-murid adalah amat dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.
23
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
MAKLUM BALAS MURID
Jawab semua soalan. Sila beri maklum balas secara jujur dan ikhlas. Kerjasama anda amat
dihargai. Bagi setiap pernyataan di bawah, bulatkan angka yang anda rasa paling sesuai
berdasarkan petunjuk berikut :
Skor Item :
5 - SS
4 - S
3 - TP
2 - TS
1 - STS
Petunjuk :
SOALAN SKOR ITEM
1. Saya sangat berminat dan ingin mahir dalam Matematik. 1 2 3 4 5
2. Saya benar-benar ingin menguasai sifir. 1 2 3 4 5
3. Saya sukakan muzik dan nyanyian. 1 2 3 4 5
24
SS - sangat setuju
S - setuju
TP - tidak pasti
TS - tidak setuju
STS - sangat tidak setuju
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
4. Saya suka belajar sambil menyanyi dan mendengar muzik. 1 2 3 4 5
5. Saya dapat menghafal senikata lagu dengan cepat dan betul. 1 2 3 4 5
6. Nyanyian dapat membantu saya menghafal sifir. 1 2 3 4 5
7. Pada waktu belajar topik sifir saya lebih suka cikgu ajar dalam
teknik nyanyian.
1 2 3 4 5
8. Saya bosan/sukar menghafal sifir secara biasa/konvensional. 1 2 3 4 5
9. Saya tidak suka menghafal sifir dalam teknik nyanyian. 1 2 3 4 5
10. Teknik nyanyian lebih cepat membantu saya menghafal sifir. 1 2 3 4 5
11. Melalui teknik nyanyian saya dapat mengingat sifir dengan
lebih baik.
1 2 3 4 5
12. Saya rasa nyanyian membuat saya leka dan tidak fokus
kepada apa yang akan dipelajari.
1 2 3 4 5
13. Saya tidak tahu menyanyi dan saya rasa sifir dalam bentuk
nyanyian tidak dapat membantu saya.
1 2 3 4 5
14. Perasaan saya amat ceria apabila belajar sifir melalui teknik
nyanyian.
1 2 3 4 5
15. Saya tidak suka belajar sifir secara hafalan. 1 2 3 4 5
16. Saya lebih memahami sifir secara konsep dan gambar. 1 2 3 4 5
17. Saya sukakan ‘Siti Sifir’. 1 2 3 4 5
18. Saya rasa belajar sifir dalam bentuk nyanyian membuang
masa.
1 2 3 4 5
25
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
19. Saya rasa sekolah perlu menyediakan CD nyanyian sifir. 1 2 3 4 5
20. Saya suka Matematik bila saya mahir menguasai sifir. 1 2 3 4 5
26
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
SESI TEMUBUAL GURU
Maklumat Guru
1. Matapelajaran yang diajar :
2. Jantina :
3. Opsyen :
4. Pengalaman sebagai guru :______________ tahun.
5. Pengalaman mengajar Matematik : _____________________tahun
6. Mata pelajaran lain yang pernah diajar : _________________________________
_____________________________________________________________________
7. Tugas-tugas khas ( yang utama )
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
27
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
SOALAN TEMUBUAL
1. Adakah cikgu meminati muzik dan nyanyian?
_______________________________________________________________________________
2. Pada pendapat cikgu, apakah faedah muzik dan nyanyian selain daripada sebagai hiburan.
________________________________________________________________________________
3. Berdasarkan pengalaman cikgu, sejauh manakah aktiviti nyanyian berkesan dalam pengajaran dan
pembelajaran?
________________________________________________________________________________
4. Apakah masalah-masalah yang sering dihadapi oleh cikgu ketika mengajar murid-murid tentang
sifir.
________________________________________________________________________________
5. Apakah kaedah yang digunakan oleh cikgu ketika mengajar sifir kepada murid-murid?
________________________________________________________________________________
6. Bagaimanakah keberkesanan daripada kaedah yang cikgu gunakan?
_______________________________________________________________________________
7. Pernakah cikgu menggunakan teknik nyanyian untuk menghafal sifir?
_______________________________________________________________________________
8. Jika ya, bagaimanakah tentang kekerapannya?
________________________________________________________________________________
9. Bagaimana pula cikgu merancang aktiviti untuk menjalankan pengajaran menggunakan teknik ini?
________________________________________________________________________________
10. Adakah masa mencukupi?
_______________________________________________________________________________
11. Sejauh manakah aktiviti nyanyian sifir ini mempengaruhi pencapaian murid?
_______________________________________________________________________________
28
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
12. Bagaimana cikgu menangani murid-murid yang tidak dapat menguasai sifir dengan teknik
nyanyian ini?
_______________________________________________________________________________
13. Pandangan cikgu, adakah hasil aktiviti nyanyian sifir ini mempengaruhi minat murid terhadap
sifir?
_______________________________________________________________________________
14. Adakah terdapat hubungkait di antara minat murid terhadap sifir dengan minat mereka terhadap
aktiviti nyanyian?
______________________________________________________________________________
15. Bagaimana situasi bilik darjah ketika cikgu menjalankan pengajaran sifir menggunakan aktiviti
nyanyian?
______________________________________________________________________________
16. Bagaimanakah perasaan cikgu?
______________________________________________________________________________
17. Bagaimanakah perbezaan pencapaian murid jika dibandingkan dengan penggunaan teknik
konvensional?
18. Adakah cikgu merasakan lebih selesa dengan teknik ini?
_______________________________________________________________________________
19. Adakah cikgu mendapat sepenuh kerjasama daripada panitia Muzik serta guru-gurunya di dalam
mendapatkan maklumat dan bahan yang diperlukan?
_______________________________________________________________________________
20. Adakah sekolah turut membantu cikgu dari segi penyediaan bahan bantu seperti CD, buku dan
sebagainya?
_______________________________________________________________________________
29
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
UJIAN PRA : Ujian ini mengandungi 30 soalan subjektif. Murid dikehendaki menjawab semua soalan dengan menulis jawapan di ruang yang disediakan.
1. Lengkapkan :
a) 2 x 4 = ___
b) 4 x 5 = ___
c) 7 x 3 = ___
d) 6 x 6 = ___
e) 7 x 2 = ___
2. Lengkapkan angka yang tertinggal.
a) ___ x 5 = 15
b) ___ x 2 = 18
c) ___ x 4 = 24
d) ___ x 3 = 21
e) ___ x 6 = 18
2. Lengkapkan angka yang tertinggal.
a) 8 x ___ = 40
b) 4 x ___ = 16
c) 9 x ___ = 36
d) 7 x ___ = 35
e) 3 x ___ = 12
3. Cari hasil darab dan lengkapkan angka yang
tertinggal.
a) 5 x 5 = ___
b) 7 x 4 = ___
c) ___ x 3 = 9
d) ___ x 5 = 45
e) 6 x ___ = 12
f) 8 x ___ = 32
g) 9 x 3 = ___
h) 7 x 2 = ___
i) ___ x 5 = 10
j) ___ x 3 = 6
4. Darabkan.
a) 4 x 5 = ___
5 x 4 = ___
b) 3 x 4 = ___
4 x 3 = ___
c) 5 x 3 = ___
3 x 5 = ___
d) 2 x 3 = ___
3 x 2 = ___
e) 4 x 2 = ___
2 x 4 = ___
30
ROSIDA BINTI OTHMAN 710309-02-5000002
__________________________________________________________________________________
ISI KANDUNGAN
Muka surat
1. Abstrak 12. Bab 1 – Pendahuluan 2 - 33. Pernyataan Masalah 3 4. Latar belakang Masalah 4 - 65. Objektif 6
Persoalan Kajian 6 - 76. Batasan Kajian 77. Bab 2 - Tinjauan Literature – Pengenalan 8 - 108. Nyanyian 10 - 119. Sifir 11
Menghafal Sifir 11 - 1210. Bab 3 – Metodologi – Pendahuluan 13 - 1411. Rekabentuk Kajian 14 - 1512. Sampel Kajian 15 - 16 13. Instrument Kajian 16 - 1814. Prosedur Pengumpulan Data 18 - 1915. Prosedur Analisis Data 19 16. Kesimpulan 2017. Rujukan 21
31