PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA PNM: KE ARAH ... filePerkembangan pesat teknologi maklumat dan...
Transcript of PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA PNM: KE ARAH ... filePerkembangan pesat teknologi maklumat dan...
Seminar Kepustakawanan
Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan 2015
PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA PNM:
KE ARAH MELESTARIKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
KATRUN NADA HAJI HASHIM
TIMBALAN PENGARAH
BAHAGIAN GERAKAN LITERASI MAKLUMAT
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
232, JALAN TUN RAZAK
50572 KUALA LUMPUR
ABSTRAK
Kemahiran Literasi Maklumat dan Media penting di dalam menyokong pembelajaran
sepanjang hayat dan selaras dengan usaha kerajaan untuk mencapai status negara maju dan
masyarakat berilmu. Program Literasi Maklumat dan Media (LMM) Perpustakaan Negara
Malaysia (PNM) merupakan produk dalam melestarikan pembelajaran sepanjang hayat
untuk mewujudkan masyarakat bermaklumat. PNM memperkenalkan program ini sebagai
panduan kepada pengguna di Malaysia. Modul pengajaran LMM merangkumi 3 tahap iaitu
asas, pertengahan dan lanjutan. Setiap tahap merangkumi 6 modul kemahiran iaitu Modul 1:
Mengenal pasti keperluan maklumat; Modul 2: Pencarian maklumat berkesan; Modul 3:
Penilaian maklumat; Modul 4: Etika penggunaan maklumat; Modul 5 Etika penggunaan
maklumat dan Modul 6: Penyebaran maklumat. LMM digunakan mulai tahun 2010
menerusi projek rintis di 3 buah sekolah sekitar Lembah Kelang. Pada tahun 2011, ia
dikembangkan kepada 10 buah sekolah melalui program Outreach: Bengkel Pencarian
Maklumat dan Pempakejan Maklumat. Sehingga Mei 2015, program LMM telah
dimanfaatkan oleh 500 organisasi dengan hampir 10,928 peserta iaitu murid tadika, pelajar,
guru-guru sekolah rendah dan menengah, pesara dan orang awam. Keberkesanan program
ini diperolehi menerusi borang kaji selidik LMM untuk menilai kefahaman sebelum dan
selepas LMM. LMM memberi impak positif kepada peserta dalam memberi nilai tambah
kepada pengetahuan dan kompetensi dalam melaksanakan tugasan. Program LMM
membantu pengguna memiliki skil kemahiran pencarian maklumat dan memanfaatkan
penggunaan teknolog terkini dalam menyokong dan melestari pembelajaran sepanjang
hayat.
KATAKUNCI
Literasi Maklumat, Literasi Maklumat dan media, Pembelajaran Sepanjang Hayat,
perkongsian maklumat, skil kemahiran
Seminar Kepustakawanan
Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2013
PENGENALAN
Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mengubah corak
perkhidmatan maklumat yang disediakan oleh perpustakaan. Perubahan ini turut
dipengaruhi oleh perubahan trend masyarakat terhadap maklumat yang semakin rencam dan
kritikal. Kepesatan ICT di Malaysia serta kemunculan internet telah membuatkan dunia
semakin mengecil di mana komunikasi, interaksi dan perhubungan tiada batasannya. Kini,
pada abad ke-21, kita berganjak ke era digital. Perkembangan perubahan ini menyebabkan
timbulnya fenomena moden seperti ekonomi berasaskan pengetahuan (k-economy),
globalisasi, liberalisasi dan urbanisasi. Fenomena perubahan ini, menuntut institusi
perpustakaan melakukan perubahan secara holistik.
Perpustakaan merupakan komponen yang amat penting dalam perancangan jangka panjang
program pendidikan, literasi, penyediaan maklumat dan kebudayaan negara. Perpustakaan
yang mempunyai sumber ilmu yang terkini dalam pelbagai bidang perkara akan dapat
membantu menyediakan ilmu pengetahuan dan maklumat yang lebih berkesan kepada
masyarakat. Sehubungan itu, agenda negara untuk mewujudkan masyarakat berilmu
(knowledge society) menerusi pembudayaan amalan membaca dapat direalisasikan secara
menyeluruh kepada masyarakat.
Melalui Program Transformasi Kerajaan Pelan Hala Tuju 2.0: memangkin transformasi ke
arah masa depan yang lebih cemerlang, NKRA memastikan pendidikan berkualiti. Laporan
Awal Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-20205
memastikan program saringan literasi dan numerasi (LINUS 2.0), Trends in International
Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student
Assessment (PISA) adalah usaha yang dimantapkan dan dilaksanakan untuk
mentransformasi sistem pendidikan Negara.
Pendidikan sepanjang hayat atau pembelajaran sepanjang umur bermaksud aktiviti
pelajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sepanjang hayat. Pembelajaran sepanjang
hayat dianggap bermanfaat kerana ia membantu membaiki kehidupan seseorang menerusi
Seminar Kepustakawanan
Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan 2015
peningkatan kemahiran kerja, sahsiah diri dan juga penambahan ilmu pengetahuan.
Pembelajaran sepanjang hayat merangkumi program meningkatkan pengetahuan,
kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional atau
secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di sekolah.
LITERASI MAKLUMAT
Literasi maklumat merupakan kemahiran mencari, mengurus dan menggunakan maklumat
sama ada secara atas talian mahupun secara konvensional melalui bahan bacaan bercetak
seperti buku, majalah, kamus dan sebagainya. Kemahiran literasi maklumat adalah penting
dalam usaha melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan luas terutamanya dalam era
maklumat tanpa sempadan. Ini juga selari dengan tujuan untuk mendidik masyarakat
mencari maklumat yang tepat, berkualiti dan sahih melalui kaedah pencarian yang berkesan.
Doyle (2002), mentakrifkan “Literasi Maklumat sebagai satu kebolehan untuk mengakses,
menilai dan menggunakan maklumat dari pelbagai sumber”. UNESCO (2004) mentakrif
literasi maklumat iaitu “information literacy is a set of abilities to recognize what and when
information is needed, locate and select critically the information, use ethically and
communicate it effectively”.
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) adalah jabatan kerajaan di bawah Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. PNM berperanan sebagai pusat kecemerlangan
sumber maklumat negara menerusi perkhidmatan perpustakaan dan maklumat bagi
memenuhi keperluan masyarakat serta menyokong kelestarian pembelajaran sepanjang
hayat ke arah membentuk masyarakat bermaklumat dan berilmu. PNM berdiri teguh
sebagai wadah maklumat, pendidikan dan penyelidikan yang dinamik dan sentiasa berubah
mengikut peredaran teknologi maklumat dan komunikasi. PNM mempunyai peranan yang
penting di dalam mewujudkan masyarakat berilmu, mengamalkan budaya membaca dan
menyokong pembelajaran sepanjang hayat.
Seminar Kepustakawanan
Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2013
AKTA PERPUSTAKAAN NEGARA 1972 (AKTA 80) (MENGANDUNGI SEGALA
PINDAAN HINGGA 1 JANUARI 2006 1 JANUARI 2006) (AKTA 80)
Fungsi PNM seperti yang tertakluk dalam Akta berkaitan LMM iaitu:
(c) Memperoleh dan menyelenggara suatu koleksi sumber perpustakaan yang lengkap di
peringkat kebangsaan yang mencerminkan warisan intelektual, kesusasteraan dan
kebudayaan negara di peringkat kebangsaan yang mencerminkan pengetahuan dan
kebijaksanaan manusia yang terkumpul
(e) Menyediakan perkhidmatan rujukan, maklumat, perujukan, reprografi dan
peminjaman
(g) Menggalakkan dan menyelaraskan perkembangan dan penggunaan sumber
perpustakaan di negara ini
(m) menggalakkan dan memudahkan penanaman sifat gemar membaca
PELAN STRATEGIK PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA 2014-2018
5 Teras Perkhidmatan menjadi tunjang kepada pelan strategi PNM iaitu:
i. Pembangunan perpustakaan dan profesion kepustakawanan bagi penyediaan sistem
penyampaian perkhidmatan perpustakaan berkualiti
ii. Pemantapan pemeliharaan khazanah intelek negara bagi penjanaan ilmu
iii. Penyampaian perkhidmatan perpustakaan dan maklumat bagi menyokong
pembelajaran sepanjang hayat
iv. Penyampaian perkhidmatan perpustakaan digital bagi dan kebolehcapaian maklumat
v. Pemupukan budaya membaca bagi membentuk masyarakat berilmu pengetahuan
Menerusi Teras Perkhidmatan 3: penyampaian perkhidmatan perpustakaan dan maklumat
bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat telah melahirkan objektif seperti yang
berikut:
i. Memperkasakan penyampaian perkhidmatan perpustakaan menerusi agenda
transformasi perpustakaan digital
Seminar Kepustakawanan
Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan 2015
ii. Meningkatkan kadar literasi maklumat masyarakat Malaysia menerusi program
literasi maklumat yang bersepadu
iii. Meningkatkan penggunaan koleksi perpustakaan menerusi program promosi
perkhidmatan secara bersepadu dan menyeluruh
Program tindakan yang dilaksanakan ialah pelaksanaan program literasi maklumat dan
media dan menyediakan Agenda Literasi Maklumat Negara.
AGENDA TRANSFORMASI PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
5 teras strategik agenda transformasi PNM seperti berikut:
Teras 1: Mendaya Upaya Bakat – meningkatkan kompetensi prestasi, produktiviti dan
daya inovasi penjawat awam
Teras 2: Merekayasa Organisasi – meningkatkan keupayaan dan memberi nafas baharu
kepada organisasi
Teras 3: Merakyatkan Penyampaian Perkhidmatan – Meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam
Teras 4: Merangkum dan sepunya – Memperluas jaringan kerja dan kolaborasi strategic
dalam dan luar negara
Teras 5: Membudaya nilai – Membudayakan patriotism, nilai-nilai murni, etos dan
integriti
BAHAGIAN GERAKAN LITERASI MAKLUMAT
Pemantapan semula struktur organisasi PNM berdasarkan waran perjawatan Bil. E49/2014,
Unit Literasi Maklumat dan Media telah dipindahkan dari bahagian Pakar Maklumat kepada
Bahagian Gerakan Literasi Maklumat (BGLM). Terdapat 4 unit di bawah BGLM iaitu Unit
Pengurusan Program, Unit Galakan Membaca, Unit LMM dan Unit Pembudayaan Tulisan
Jawi.
Seminar Kepustakawanan
Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2013
FUNGSI UNIT LMM, BGLM
Menguruskan hal ehwal berkaitan literasi maklumat dan media PNM iaitu
i. Perancangan dan pelaksanaan program literasi maklumat
ii. Keurusetiaan Jawatankuasa penyediaan modul literasi maklumat
iii. Pemantauan dan penilaian keberkesanan program literasi maklumat
PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA PNM
Program LMM yang dimulakan pada tahun 2010 dikenali sebagai Program Outreach:
Bengkel Pencarian dan Pempakejan Maklumat. Program ini memilih tiga buah sekolah di
sekitar Kuala Lumpur sebagai program rintis literasi maklumat dan media seperti di jadual
1.
BIL TARIKH KUMPULAN SASARAN / TEMPAT BIL.
PESERTA
1. 30 April 2010 Sek. Men. Keb. Bandar Baru Sentul,
Kuala Lumpur
40
2. 27 Mei 2010 Sek. Men. Keb. Puteri Wilayah, Kuala
Lumpur
30
3. 2 Jun 2010 Sek. Men. Keb. Puteri Ampang, Kuala
Lumpur
40
JUMLAH : 110
JADUAL 1: PROGRAM RINTIS LMM
Seminar Kepustakawanan
Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan 2015
Modul LMM PNM adalah seperti di jadual 2 dan perincian kandungan Modul LMM seperti
di lampiran 1.
JADUAL 2: MODUL LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
TAHAP KANDUNGAN MODUL KUMPULAN SASARAN
ASAS
Modul 1:
Mengenalpasti Keperluan Maklumat
Modul 2:
Pencarian Maklumat Berkesan
Modul 3:
Penilaian Maklumat
Modul 4:
Pengurusan Maklumat
Modul 5:
Etika Penggunaan Maklumat
Modul 6:
Penyebaran Maklumat
Kanak-kanak di bawah 12
tahun, pelajar sekolah
rendah, orang awam-
komuniti luar bandar
PERTENGAHAN
Modul 1:
Mengenalpasti Keperluan Maklumat
Modul 2:
Pencarian Maklumat Berkesan
Modul 3:
Penilaian Maklumat
Modul 4:
Pengurusan Maklumat
Modul 5:
Etika Penggunaan Maklumat
Modul 6:
Penyebaran Maklumat
Pelajar sekolah menengah,
pelajar kolej/ Politeknik,
Institut Latihan,
Kakitangan Perpustakaan
(lantikan baru)
LANJUTAN
Modul 1:
Mengenalpasti Keperluan Maklumat
Modul 2:
Pencarian Maklumat Berkesan
Modul 3:
Penilaian Maklumat
Modul 4:
Pengurusan Maklumat
Modul 5:
Etika Penggunaan Maklumat
Modul 6:
Penyebaran Maklumat
Golongan profesional, dan
penuntut Institut Pengajian
Tinggi
Seminar Kepustakawanan
Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2013
OBJEKTIF LMM
1. Memperkenalkan modul LMM untuk digunapakai oleh semua sektor perpustakaan
2. Memperkenalkan sektor perpustakaan selaku peneraju dalam kemahiran literasi
maklumat
3. Memupuk kesedaran literasi maklumat seawal usia pembelajaran hingga tahap
tertinggi bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat
4. Menguasai 6 kemahiran asas LMM iaitu (i) mengenalpasti keperluan maklumat; (ii)
mencari maklumat yang diperlukan; (iii) menilai maklumat yang telah diperolehi;
(iv) mengorganisasi maklumat: (v) etika semasa menggunakan maklumat dan (vi)
menyebarkan maklumat secara cekap dan efektif
TENAGA PENGAJAR
Seramai 18 pustakawan telah dilantik sebagai kumpulan tenaga pengajar pada 5 April 2011.
Tenaga pengajar yang telah dilantik akan mengajar LMM secara berjadual berdasarkan
permohonan yang diterima dan mengikut kumpulan sasaran.
Kumpulan ini diberi tanggungjawab untuk membuat modul kumpulan tahap asas,
pertengahan dan lanjutan. Pada 1 Julai 2011, draf modul pertama telah disediakan. Selepas
penambaikan, pada 9 Ogos 2011, modul LMM PNM telah dibentangkan kepada pengurusan
PNM. Modul ini didokumenkan sebagai modul pengendalian Kem Literasi Maklumat.
Majlis Pelancaran modul LMM PNM telah dilaksanakan pada 2 Disember 2011.
Jadual 3 merujuk kepada statistik LMM mulai tahun 2010 hingga 5 November 2015 iaitu
156 sesi dilaksanakan dan 10,928 peserta terlibat. Jadual 4 merujuk kumpulan sasaran yang
menyertai LMM PNM.
Seminar Kepustakawanan
Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan 2015
BIL TAHUN JUMLAH SESI JUMLAH PESERTA
1.
2010
3
110
2.
2011
10
446
3.
2012
39
3,199
4.
2013
33
1,695
5.
2014
41
2,195
6.
2015
Sehingga 5/11
30
3,283
JUMLAH:
156
10,928
JADUAL 3: STATISTIK JUMLAH SESI DAN PESERTA TERLIBAT
TAHUN KANAK
-
KANAK
REMAJA PENDIDIK K/TGN
KERAJAAN
K/TGN
PPTAKAAN
KOMUNITI
AWAM
NGO
2010 - 3 (110) - - - - -
2011 - 10 (446) - - - - -
2012 2 (244) 30 (1,878) - 5 (164) - - -
2013 2 (65) 8 (528) 4 (188) 3 (143) 9 (732) - 1 (44)
2014 4 (94) 10 (781) 8 (481) 4 (121) 13 (380) 2 (140) -
2015 6 (650) 6 (740) 9 (459) 5 (1,046) 5 (293) 3 (210) -
JUMLAH 14
program
1,053
peserta
64
program
4,388
peserta
21
program
1,128
peserta
12
program
1,474
peserta
27
program
1,405
peserta
5
program
350
peserta
1
program
44
peserta
JADUAL 4: TABURAN PENYERTAAN PROGRAM LITERASI MAKLUMAT DAN
MEDIAPERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (2010 – 2015)
Seminar Kepustakawanan
Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2013
Borang penilaian akan diberi kepada peserta bagi mengetahui maklumbalas pemahaman
sebelum dan selepas LMM. Borang LMM yang digunakan seperti di lampiran 2. Sebanyak
7,703 peserta telah memberikan penilaian program LLM berdasarkan Jadual 4.
BIL MODUL SEBELUM
(%)
SELEPAS
(%)
BEZA
(%)
1 Kemahiran mengenalpasti keperluan
maklumat 60 85.6 25.6
2 Kemahiran mencari maklumat 60.6 85.2 24.6
3 Kemahiran menilai maklumat 59.2 85.2 26
4 Kemahiran mengurus maklumat 59.6 85.7 26.1
5 Etika penyebaran maklumat 60.4 85.8 25.4
6 Penyebaran maklumat 60.7 86.3 25.6
JADUAL 4: ANALISIS PENILAIAN PROGRAM LMM (2010 – 2015)
MASA DEPAN
PNM akan meneruskan usaha ke arah melestarikan pembelajaran sepanjang hayat dengan
perancangan pemantapan LMM seperti yang berikut:
1. Agenda Literasi Maklumat Negara
Agenda ini sebagai satu platform kerangka rancangan Agenda Literasi Maklumat Negara
yang boleh diguna pakai di peringkat kebangsaan untuk melahirkan masyarakat
bermaklumat hasil kemantapan dan pemahaman program literasi maklumat dan media PNM.
2. Bengkel Pemantapan Modul Literasi Maklumat PNM
Bengkel ini dirangka untuk mengemaskini, memantap dan menilai semula kandungan modul
LMM untuk tahap asas, pertengahan dan lanjutan sebagai panduan mengajar bagi kumpulan
LMM PNM iaitu (i) menilai semula kaedah pencarian maklumat yang berkesan berdasarkan
kepada kepelbagaian sumber yang ada dan digunakan pada hari ini; (ii) menilai semula
sasaran dan keperluan daripada pelbagai bidang seperti Perubatan dan Kesihatan,
Seminar Kepustakawanan
Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan 2015
Pendidikan, Pertahanan dan Ketenteraan dan Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan;
(iii) Sumbang saran bagi pengumpulan maklumat awal Agenda Literasi Maklumat
Kebangsaan (National Information Literacy Agenda).
KESIMPULAN
PNM bertanggungjawab untuk menyediakan program dan aktiviti Kempen Galakan
Membaca termasuk program LMM bagi mengalakkan masyarakat berbudaya membaca dan
melestarikan pembelajaran sepanjang hayat. Sokongan daripada pelbagai pihak menjadi
sumber penting dalam menyediakan LMM yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat
bermaklumat.
Seminar Kepustakawanan
Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2013
RUJUKAN
Crawford, John C. (2013). Information Literacy and Lifelong Learning: policy issues, the
workplace, health and public libraries. Cambridge: Chandos Publishing.
Digital literacies for learning. (2006). London: Facet Publishing.
Grassian, Esther S. (2004). Learning to lead and manage information literacy instruction.
New York: Neal-Schuman Publishers.
Information Literacy Beyond Library 2.0. (2012). London: Facet Publishing.
Information Literacy Meets Library 2.0. (2008).London: Facet Publishing.
Information Literacy: Infiltrating the agenda, challenging minds. (2011). Cambridge:
Chandos Publishing.
Information Literacy Instruction Handbook. (2008). Chicago: American Library
Association.
Information Literacy: International perspectives. (2008). Munchen: K.G. Saur.
Lanning, Scott. (2012). Santa Barbara, California: Libraries Unlimited
Lau, Jesus. Guidelines on Information Literacy for Lifelong Learning. Reviewed July 29,
2006. http://www.ifla.org//VII/s42/index htm Publications
Modul Literasi Maklumat Guru. (2005). Skudai: Pusat Sumber Pendidikan Negeri Johor.
Norhayati Razali. (2015). Kemahiran Literasi Maklumat Untuk Guru Perpustakaan dan
Media. Kuala Lumpur: Norhayati Razali.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas
Menengah). (2013). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pelan Strategik Perpustakaan Negara Malaysia 2014-2018. (2014). Kuala Lumpur:
Perpustakaan Negara Malaysia.
Pusat Sumber dan Kemahiran Maklumat: Kajian Berasaskan Sekolah. (2007). Jitra: Institut
Perguruan Darulaman.
Rethinking Information Literacy: a practical framework for supporting learning. (2013).
London: Facet Publishing.
The Road To Information Literacy: librarians as facilitators of learning. (2012). Berlin: De
Gruyter Saur.
Seminar Kepustakawanan
Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan 2015
Subramaniam, M., Ahn, J., Waugh, A., Taylor, N.G., Druin, A., Flieschmann, K.R. and
Walsh, G. (2015) The role of school librarians in enhancing science learning. Journal
of Librarianship and Information Science, 47 (1), 2-16.
The Teaching Library: approaches to assessing information literacy instruction. (2007). New
York: Routledge.
Yazid Ibrahim (2015). Information literacy for sustainable advancement: Malaysia
Experience. Kertas kerja dibentangkan di Consal XVI, 11-13 Jun 2015, Bangkok,
Thailand.
Yazid Ibrahim. (2012). Kajian literasi maklumat di kalangan pengguna Perpustakaan Negara
Malaysia, Sekitar Perpustakaan, 4, 1-44.
Seminar Kepustakawanan
Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2013
LAMPIRAN 1
PERINCIAN KANDUNGAN MODUL LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
KANDUNGAN
MODUL OBJEKTIF / HASIL PENGAJARAN ISI KANDUNGAN
Pengenalan
Literasi
Maklumat
Objektif:-
1. Meningkatkan kefahaman mengenai
maklumat
2. Mengenalpasti konsep literasi maklumat
Hasil Pengajaran:-
Mengetahui perkaitan antara maklumat dan
literasi maklumat
1. Apa itu Maklumat
2. Literasi Maklumat
3. Kepentingan Literasi Maklumat
4. Modul LMM yang dibangunkan oleh
PNM
Modul 1:
Mengenalpasti
Keperluan
Maklumat
Objektif:-
1. Mengenalpasti format bahan maklumat
2. Mengenalpasti sumber maklumat
3. Mengetahui langkah merancang
penyelidikan
Hasil Pengajaran:-
Menyedari dan memahami kepentingan
maklumat serta mengetahui sumber-sumber
maklumat yang boleh didapati di
persekitaran
1. Pengenalan
2. Format bahan maklumat
(bercetak/bukan bercetak/manusia)
3. Sumber maklumat
(Primer/Sekunder/Tertier)
4. Merancang tugasan/penyelidikan
(5W 1H)
5. Latihan
Modul 2:
Pencarian
Maklumat
Berkesan
Objektif:-
3. Mengenalpasti sumber rujukan dan
kegunaannya
4. Mengenalpasti kaedah pencarian
maklumat melalui internet
Hasil Pengajaran:-
Mengetahui penggunaan sumber rujukan
dan kaedah pencarian maklumat melalui
internet.
1. Pengenalan
2. Sumber Rujukan dan Kegunaan
3. Kaedah Pencarian Maklumat melalui
Internet/OPAC/Pangkalan Data
3.1 Kata kunci
3.2 Operasi Boolean
3.3 Gabungan kata kunci dan
Boolean
3.4 Pemangkasan
3.5 Teknik SKILL
4. Latihan
Modul 3:
Penilaian
Maklumat
Objektif:-
1. Meningkatkan kemahiran menilai
maklumat bercetak
2. Meningkatkan kemahiran menilai
maklumat dari Internet
Hasil Pengajaran:-
Mengetahui kemahiran menilai maklumat
bercetak dan maklumat dari Internet dengan
1. Pengenalan
2. Penilaian Maklumat Bercetak
2.1 Kerelevenan topik
2.2 Pengarang
2.3 Ketepatan maklumat
2.4 Saksama
2.5 Nilai semasa
2.6 Lengkap dan jelas
2.7 Kaedah penerbitan
Seminar Kepustakawanan
Memperkasakan Perpustakaan Melalui Inisiatif Berasaskan Keberhasilan 2015
KANDUNGAN
MODUL OBJEKTIF / HASIL PENGAJARAN ISI KANDUNGAN
baik 2.8 Sumber maklumat
3. Penilaian Maklumat bukan Bercetak
3.1 Ketepatan dokumen web
3.2 Penanggungjawab (Authority)
3.3 Objektiviti laman web
3.4 Kekinian laman web
3.5 Liputan
Modul 4:
Pengurusan
Maklumat
Objektif:-
1. Mengenalpasti kaedah pengurusan
maklumat
2. Membantu memudahkan penyimpanan
maklumat yang telah digunakan atau
diperlolehi
3. Membantu mengumpul maklumat yang
telah digunakan atau diperlolehi
Hasil Pengajaran:-
Mengetahui kaedah pengurusan maklumat
iaitu menyimpanan dan mengumpul
maklumat yang telah digunakan atau
diperolehi
1. Pengenalan
2. Kaedah Pengurusan Maklumat
2.1 Menyimpan maklumat yang
diperolehi
2.2 Mengumpulkan maklumat dari
pelbagai sumber
3. Latihan
Modul 5:
Etika
Penggunaan
Maklumat
Objektif:-
1. Mengenalpasti etika penggunaan
maklumat
Hasil Pengajaran:-
Mendapat pendedahan mengenai etika
penggunaan maklumat secara menyeluruh
1. Pengenalan
2. Akta Hakcipta (Pindaan) Akta
A1139 2002
3. Plagiat
4. Petikan/Sedutan (Citation)
5. Maklumat Peribadi
6. Penggunaan Bahasa
7. Latihan
Modul 6:
Penyebaran
Maklumat
Objektif:-
1. Mengenalpasti medium yang boleh
digunakan untuk menyebarkan maklumat
2. Menyebarkan maklumat dengan cara
yang betul
3. Memahami kepentingan menyebarkan
maklumat
Hasil Pengajaran:-
Mengetahui kepentingan menyebar
maklumat melalui medium tertentu dengan
cara yang betul.
1. Pengenalan
2. Bercetak
3. Tidak bercetak
4. Internet
5. Latihan
Seminar Kepustakawanan
Inovasi Kepustakawanan Ke Arah Kecemerlangan Kesarjanaan 2013
LAMPIRAN 2
BORANG PENILAIAN PROGRAM
BIL
.
AKTIVITI
SEBELUM SELEPAS
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
1.
KANDUNGAN PROGRAM
Maklumat dan Literasi Maklumat
Modul 1: Kemahiran mengenalpasti keperluan
maklumat
Modul 2: Kemahiran melakukan pencarian
maklumat
Modul 3: Kemahiran menilai maklumat
Modul 4: Kemahiran mengurus maklumat
Modul 5: Etika penggunaan maklumat
Modul 6: Penyebaran maklumat
Soalan Latihan (Diisi selepas sesi)
2.
PENCERAMAH (Diisi selepas sesi) 1 2 3 4 5
Keupayaan Berinteraksi dengan Peserta
Pengendalian Sesi Latihan
ULASAN DAN CADANGAN LAIN
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.