Program Galus Bm 2012

46
JKD Bahasa Inggeris, Batu Pahat telah menganjurkan Kem Galus PMR bahasa Inggeris dengan di bantu kelola oleh SMK Dato' Bentara Luar. Kem ini diadakan selaras dengan Dasar MBMMBI disamping menarik minat calon PMR terhadap Bahasa Inggeris. Peserta berpeluang berinteraksi dengan peserta dari beberapa sekolah yang mengambil bahagian. Diharap Kem Galus ini dapat meningkatkan prestasi PMR nanti PPT/Peperiksaan Percubaan? % pelajar Lulus & ?% pelajar APMR, SPM dan STPMii. Mendedahkan dan membiasakan pelajar menjawab soalan sebenar iii. Membantu pelajar memahamikehendak soalan Kem Matematik adalah salah satu program khidmat masyarakat Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) yang melibatkan pelajar “galus” (antara gagal dan lulus bagi subjek matematik) dari sekolah-sekolah rendah di kawasan desa di seluruh Malaysia. Objektif utama program ini ialah untuk mencetus kesedaran akan peranan matematik dalam kehidupan seharian, membentuk daya keyakinan dan motivasi matematik di kalangan pelajar desa, merangsang daya pemikiran dan kebolehan matematik pelajar desa dan mempertingkatkan penghayatan matematik pelajar desa. Program ini mengandungi pelbagai pengisian termasuk ceramah motivasi. Ia juga menyediakan suatu wadah yang memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti matematik yang menyeronokkan. Kem Kecemerlangan Matematik ini telah memberikan pengalaman berharga kepada fasilitator dan peserta kem. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan di sepanjang kem tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah sesi suai kenal, ceramah matematik, “rekreasi matematik”, “burumatik” (ala “treasure hunt”), aktiviti pentas, miniolimpiad dan “rekacipta matematik”. Peserta Kem ini terdiri daripada 192 orang pelajar Tahun 4 dan 5 dari tujuh buah sekolah rendah di kawasan desa dalam daerah Pekan Nenas. Pelajar-pelajar ini telah dibahagikan kepada 20 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 9-10 orang. Setiap kumpulan dikawal selia oleh dua orang fasilitator kem dan setiap aktiviti dikendalikan oleh AJK dari bahagian masing-masing. Kumpulan-kumpulan kecil tersebut telah dibahagikan mengikut keputusan markah matematik pelajar, iaitu dalam satu kumpulan terdiri daripada pelajar yang tahapnya lebih baik hingga ke tahap lemah, dan dari

Transcript of Program Galus Bm 2012

Page 1: Program Galus Bm 2012

JKD Bahasa Inggeris, Batu Pahat telah menganjurkan Kem Galus PMR bahasa Inggeris dengan di bantu kelola oleh SMK Dato' Bentara Luar. Kem ini diadakan selaras dengan Dasar MBMMBI disamping menarik minat calon PMR terhadap Bahasa Inggeris. Peserta berpeluang berinteraksi dengan peserta dari beberapa sekolah yang mengambil bahagian. Diharap Kem Galus ini dapat meningkatkan prestasi PMR nanti

PPT/Peperiksaan Percubaan? % pelajar Lulus & ?% pelajar APMR, SPM dan STPMii. Mendedahkan dan membiasakan pelajar menjawab soalan sebenar iii. Membantu pelajar memahamikehendak soalan

Kem Matematik adalah salah satu program khidmat masyarakat Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) yang melibatkan pelajar “galus” (antara gagal dan lulus bagi subjek matematik) dari sekolah-sekolah rendah di kawasan desa di seluruh Malaysia.

Objektif utama program ini ialah untuk mencetus kesedaran akan peranan matematik dalam kehidupan seharian, membentuk daya keyakinan dan motivasi matematik di kalangan pelajar desa, merangsang daya pemikiran dan kebolehan matematik pelajar desa dan mempertingkatkan penghayatan matematik pelajar desa. Program ini mengandungi pelbagai pengisian termasuk ceramah motivasi. Ia juga menyediakan suatu wadah yang memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti matematik yang menyeronokkan.

Kem Kecemerlangan Matematik ini telah memberikan pengalaman berharga kepada fasilitator dan peserta kem. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan di sepanjang kem tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah sesi suai kenal, ceramah matematik, “rekreasi matematik”, “burumatik” (ala “treasure hunt”), aktiviti pentas, miniolimpiad dan “rekacipta matematik”.

Peserta Kem ini terdiri daripada 192 orang pelajar Tahun 4 dan 5 dari tujuh buah sekolah rendah di kawasan desa dalam daerah Pekan Nenas. Pelajar-pelajar ini telah dibahagikan kepada 20 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 9-10 orang. Setiap kumpulan dikawal selia oleh dua orang fasilitator kem dan setiap aktiviti dikendalikan oleh AJK dari bahagian masing-masing.

Kumpulan-kumpulan kecil tersebut telah dibahagikan mengikut keputusan markah matematik pelajar, iaitu dalam satu kumpulan terdiri daripada pelajar yang tahapnya lebih baik hingga ke tahap lemah, dan dari sekolah yang berbeza. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berasaskan kerjasama dalam kumpulan. Selain daripada menarik minat peserta terhadap matematik, program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam diri peserta.

Dalam sesi “rekreasi matematik”, pelajar dilatih untuk membiasakan diri dengan nombor, bentuk geometri (tangram) dan sebagainya. Kemahiran yang perlu digunakan adalah kemahiran Penyelesaian Masalah (Kaedah Cuba Jaya). Bagi aktiviti burumatik pula berunsurkan “treasure hunt” tetapi melibatkan teka-teki dan soalan-soalan matematik. Selain itu, persembahan pentas turut diadakan bagi menarik minat pelajar. Pelajar-pelajar dari dua kumpulan digabungkan untuk membuat persembahan dalam bentuk nyanyian, sajak atau pantun berteraskan matematik. Di samping itu, terdapat aktiviti miniolimpiad yang merupakan pertandingan berbentuk kuiz matematik. Soalan-soalan terdiri daripada soalan yang mudah, sederhana dan sukar agar dapat menjana minda pelajar untuk lebih meminati subjek matematik.

Satu sesi ceramah bertajuk “Cemerlang Matematik” telah diadakan. Ceramah ini dikendalikan oleh Dr

Page 2: Program Galus Bm 2012

Johari bin Surif, dari Jabatan Pendidikan Sains dan Matematik, Fakulti Pendidikan, UTMJB. Ceramah ini telah memperlihatkan kepada para pelajar bahawa kehidupan seharian mereka dikelilingi dengan unsur-unsur matematik. Contoh-contoh yang melibatkan sukatan, ukuran, anggaran dan sebagainya telah digunakan. Ceramah amat menarik kerana telah diselitkan dengan animasi dan persembahan multi-media.

Di samping itu, aktiviti rekacipta telah diadakan dengan menggunakan barangan terpakai dan bahan-bahan yang disediakan. Setiap kumpulan dilengkapi dengan beberapa objek asas matematik. Seterusnya berdasarkan kreativiti masing-masing, setiap kumpulan diminta menghasilkan objek tertentu berdasarkan objek asas yang disediakan itu.

Perasmian dan penutup majlis Kem Kecemerlangan Matematik telah disempurnakan oleh wakil YBhg Dato’ Hj Jefridin Bin Hj Atan, Pegawai Khas kepada Tun Abdullah bin Ahmad Badawi. Penyampaian hadiah kepada pemenang keseluruhan pertandingan aktiviti-aktiviti matematik dan penyampaian sijil kepada fasilitator dan murid-murid juga diadakan pada sesi penutup. Majlis penutup telah diakhiri dengan nyanyian lagu “Gemuruh” (nyanyian asal oleh Faizal Tahir) bersama-sama.

Pihak perasmi dan pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Pontian amat berterima kasih di atas penganjuran kem yang amat baik ini dan mengharapkan yang kem atau aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Saya sebagai Penyelaras Kem ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas penglibatan staf dan pelajar di Jabatan Matematik sebelum dan semasa kem ini berlangsung. Juga kepada Jabatan Matematik, UTM dan pihak PERSAMA yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menyelaraskan kem ini.

TEMA SPM 2010 (N)

1. Cara-cara membahagiakan ibu bapa2. Cara-cara membantu OKU, anak-anak istimewa, permata pintar (anak cerdas).3. Cara- mengurangkan kadar kemalangan jalan raya4. Peranan pengawas memantapkan disiplin sekolah5. Peranan ibu bapa mewujudkan budaya ilmu dalam kalangan anak-anak6. Cara-cara mengembangkan seni mempertahankan diri7. Faedah mengadakan lawatan ke luar negara8. Karangan berdasarkan cogan kata, "Budi Bahasa Budaya Kita"9. Cara-cara menghargai jasa guru10. Majlis perpisahan pengetua/ guru11. Cara mengembangkan produk buatan Malaysia ke luar negara12. Cara-cara meningkatkan kemudahan pengangkutan awam di Malaysia13. Usaha melahirkan individu penyayang14. Faedah membaca karya sastera15. Majlis Anugerah Sasterawan negara/ temu bual dengan sasterawan negara16. Langkah mengatasi masalah tanah runtuh/ bencana alam17. Cara-cara memupuk perpaduan melalui lagu dan karya kreatif18. Kepentingan mengamalkan pemakanan seimbang

Page 3: Program Galus Bm 2012

19. Karangan peribahasa, "Di mana ada kemahuan di situ ada jalan"20. Jiran sepakat membawa berkat21. Ciri-ciri/kriteria untuk menjadi penulis yang berjaya22. Strategi mengatasi kemerosotan mutu sukan.

Tema dan tugasan karangan di atas adalah berdasarkan kajian mengikut tema dalam buku teks dan koleksi soalan SPM antara tahun 2001 hingga 2010. Ditegaskan bahawa ini bukan merupakan soalan ramalan bahkan pelajar perlu menguasai pelbagai tajuk lain yang disenaraikan dalam buku teks. Isu-isu semasa dalam negara antara tahun 2007-2009 harus dikuasai dengan mantap. SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM.

Tugasan : Ciri-ciri penulis berjaya.

Perenggan pengenalan :

1. Buku bersiri karangan penulis bernama J.K.Rowling iaitu Harry Potter dijual di 200 buah negara dan diterjemahkan ke dalam 69 bahasa. Kerjaya penulisan buku ini menjadikan Rowling seorang jutawan dalam masa yang singkat.

2. Buku yang berbentuk epik yang ditulis oleh penulis tersohor biasanya dibawa ke layar perak untuk difilemkan menyebabkan ketokohan seorang lagenda di suatu negara dikenali di seluruh dunia.

3. Menjadi penulis terkenal bukan satu perkara mudah bahkan mengambil masa kerana pelbagai kemahiran perlu digabungjalin secara bersepadu.

4. Penulis yang tidak berilmu akan menyebarkan pembohongan dalam bentuk karya pisican dan fitnah yang akan merosakkan pemikiran masyarakat.

5. Seorang penulis sentiasa berdepan dengan pelbagai risiko seperti disaman mahupun diugut dengan ugutan jenayah kerana membongkarkan suatu kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.

PENDAHULUAN                 Karangan  ialah  sejenis  gerak  kerja  yang  penting  dalam bidang  penulisan  dan  diuji  pada peringkat Peperiksaan Sijil  Pelajaran Malaysia menerusi mata pelajaran Bahasa Melayu kertas 1 (kod kertas: 1103/1).  Mengarang   ialah satu kemahiran yang perlu dipelajari serta dilatih kerana kemahiran ini penting dimiliki oleh setiap pelajar.       Karangan terhasil daripada kebijaksanaan dan keterampilan menggubah atau menyusun kata-kata   untuk   dijadikan   rangkai   kata   dan   seterusnya   untuk   dijadikan   ayat.   Aktiviti  mengarang  memerlukan kemahiran menyampaikan idea, fakta dan yang seumpamanya yang terdapat dalam pemikiran manusia melalui alat komunikasi yang dinamakan bahasa.

Mengarang  merupakan   suatu   kemahiran   yang   perlu   dikuasai  melalui   proses   penulisan   yang   juga memerlukan seseorang itu berlatih menyusun serta mengilah buah fikiran dan idea agar terjalin dengan kemas, lancar, dan berkesinambungan.  Kemahiran ini amat berkait rapat dengan kemahiran mendengar, bertutur dan membaca. Mengarang juga merupakan suatu proses yang bersistem dan berterusan.   Beberapa tahap mesti 

Page 4: Program Galus Bm 2012

dilalui   sebelum   sesuatu   hasil   penulisan   dihasilkan.   Mengarang   juga   bukan   sahaja  merupakan   kebolehan semulajadi, bahkan perlu dipelajari dan perlu ada latihan yang sistematik sifatnya.  ASAS-ASAS MENGARANG YANG DIPERLUKAN

1.    Menganalisis soalan

1.1.  Pilih tajuk yang benar-benar anda fahami  yang  bersesuaian dengan         pengetahuan dan pemahaman anda tentangnya.  Anda mestilah benar-benar         memahami pilihan itu dari segi format atau bentuk, isi dan laras bahasanya.       1.2.  Carilah kunci utama sesuatu soalan yang biasanya terletak pada perkataan                   tertentu.       1.3.  Kunci utama pada soalan yang biasa digunakan ialah bincangkan,                   sejauhmanakah, berikan pendapat, tulislah gambaran, gambarkan keadaan, dan                lain-lain lagi.

1.4.      Sesudah memahami kunci utama soalan, pastikan anda memahami jumlah         elemen yang terkandung dalam soalan itu.  Kadang-kadang terdapat dua elemen            atau perkara yang perlu ditulis dalam sesebuah karangan.

2.    Merangka karangan.          2.1.  Rangka karangan ialah garis kasar bagi menulis karangan yang sebenar.       2.2.  Rangka karangan seharusnya mengandungi:                (a)  pendahuluan                (b)  isi-isi /idea                (c)   penutup/kesimpulan       2.3.  Rangka karangan hendaklah ringkas.        2.4.  Anda boleh menulis dalam bentuk ‘point’ atau peta minda.

3.    Menulis pendahuluan.

       3.1.  Tujuan utama bahagian ini adalah untuk menarik minat dan tumpuan pembaca         terhadap tema penulisan.

4.    Mengembangkan idea:

4.1.         Karangan yang baik mestilah dapat dikembangkan ideanya dengan sempurna.

5.              Penutup/kesimpulan.

5.1.         Kesimpulan merupakan tempat bagi penulis untuk merumuskan semua isi yang telah dikemukakan.5.2.         Pada bahagian ini, penulis boleh memberikan sedikit cadangan.5.3.         Bahagian ini perlu ditulis dalam satu perenggan sahaja.

Page 5: Program Galus Bm 2012

Contoh Pendahuluan Jenis Definisi

Soalan:

Amalan membaca seharusnya bermula di rumah.

Anda bersetuju dengan pendapat di atas.

Huraikan pendapat anda itu.

Membaca  sering didefinisikan sebagai  memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.  Di samping  itu,  membaca juga meliputi pengucapan apa-apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda, dan lain-lain lagi secara lisan, sama ada dengan kuat atau sebaliknya. Di Malaysia, membaca belum lagi dianggap menjadi amalan dalam kehidupan sebahagian besar rakyat negara ini.  Bagi golongan pelajar, membaca hanya menjadi rutin bagi tujuan mentelaah, manakala bagi golongan yang sudah melepasi dunia pelajar, mereka hanya membaca bahan bacaan ringan, bukan bahan ilmiah yang menambahkan ilmu. Justeru, membaca wajar dijadikan amalan dan perlu dibentuk sejak kecil kerana  “kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.  Sesuai dengan peribahasa tersebut, maka amalan membaca seharusnya bermula di rumah.

Contoh Pendahuluan Jenis Peribahasa

Soalan:

Peribahasa   ”jiran  sepakat  membawa berkat”   sangat tepat digunakan   sebelum ini oleh masyarakat di kawasan luar bandar dalam tradisi bermasyarakat.  Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar pula, budaya ini semakin pupus sekiranya tiada usaha untuk terus memupuknya.

Huraikan     pendapat    anda   tentang  usaha-usaha  memupuk  semangat kejiranan dalam  kalangan masyarakat.

                ’Jiran sepakat membawa berkat’.  Ungkapan indah ini mengandungi maksud yang amat mendalam.  Hidup bermasyarakat pada era globalisasi ini sering meletakkan konsep kejiranan bukan di sisi paling utama.  Senario ini menyebabkan kedapatan jiran yang tidak mengetahui bahawa tetangga mereka sedang mengalami masalah, malah  musibah sekalipun.  Ada antara mereka yang kehairanan serta terkejut apabila dimaklumkan bahawa jiran sebelah rumah sudah berulat setelah menjadi mangsa pembunuhan oleh penjenayah.  Seandainya hidup sesama jiran mengamalkan konsep pemuafakan, sudah barang pasti pelbagai faedah diperoleh.  Hal ini tentu menggenapi maksud peribahasa yang terungkap di awal perenggan ini.

TEMA                    :               PENGANGKUTAN AWAMTUGASAN            :               Faedah-faedah pengangkutan awamFORMAT              :               Tiada

Isi-isi penting :

Memudahkan urusan seharianDapat mengelakkan kesesakan lalu lintasMengurangkan pencemaranMewujudkan peluang pekerjaanMembantu menjanakan  pendapatan negara

Page 6: Program Galus Bm 2012

CONTOH KARANGAN GALUS

Pengangkutan awam merupakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Sebagai contoh bas, kereta api, teksi, dan kapal terbang. Kemudahan itu disediakan di kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Kemudahan tersebut boleh digunakan oleh semua orang. Pelancong juga boleh menggunakan pengangkutan awam untuk menuju ke sesuatu tempat. Terdapat banyak kepentingan pengangkutan awam.

Pengangkutan awam penting bagi memudahkan urusan seharian masyarakat. Murid-murid  menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke sekolah. Orang ramai pula menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke pasar. Pengangkutan awam juga digunakan untuk pergi ke tempat kerja. Orang ramai menggunakan pengangkutan awam kerana tambangnya murah.

Selain itu, pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Keadaan ini berlaku terutamanya di kawasan bandar. Hal ini adalah kerana orang ramai kurang menggunakan kenderaan persendirian. Kesannya, jumlah kenderaan yang ada di jalan raya akan  berkurangan. Hal ini juga dapat menjimatkan masa untuk menuju ke sesuatu tempat. Oleh itu, kesesakan jalan raya dapat dikurangkan.

Di samping itu, pengangkutan awam dapat mengurangkan masalah pencemaran udara. Hal ini adalah kerana asap kenderaan kurang dilepaskan ke udara. Udara yang tercemar dapat menjejaskan kesihatan.Di dalam asap yang tercemar itu terdapat berbagai-bagai jenis gas beracun. Kesihatan yang terjejas akan menganggu aktiviti harian seseorang. Oleh itu, pencemaran udara boleh dikurangkan melalui penggunaan pengangkutan awam.

Seterusnya, pengangkutan awam dapat mewujudkan peluang pekerjaan. Hal ini adalah kerana pemandu diperlukan bagi mengendalikan kenderaan awam tersebut. Contohnya seperti pemandu bas. Begitu juga dengan kereta api yang memberikan peluang pekerjaan  di setesen-setesen kereta api yang ada. Peluang pekerjaan ini mengurangkankan kadar pengangguran. Oleh itu, orang ramai boleh mencari sumber pendapatan.

Pengangkutan awam juga dapat menjanakan pendapatan negara. Hal ini kerana pengangkutan awam juga turut digunakan oleh pelancong. Kos hidup masyarakat boleh ditingkatkan. Hal ini demikian kerana perbelanjaan untuk petrol telah dikurangkan. Kadar pengangguran juga boleh dikurangkan. Pendapatan negara boleh dijanakan melalui pengangkutan awam.Kesimpulannya, terdapat berbagai-bagai kepentingan pengangkutan awam. Oleh itu,  semua pihak hendaklah memanfaatkan penggunaan pengangkutan awam yang disediakan dengan sebaik mungkin. Semoga dengan cara yang demikian kehidupan kita akan menjadi lebih sejahtera.

TEMA                    :               ORANG KURANG UPAYA

Page 7: Program Galus Bm 2012

TUGASAN            :               PERANAN PELBAGAI PIHAK UNTUK MEMBANTU ORANG KURANG UPAYAFORMAT              :               TIADA

ISI-ISI PENTING                 :

Ibu bapa mendidik anak-anak supaya tidak menghina Orang Kurang Upaya (OKU)Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan pendidikan dan memberikan kemahiranPihak swasta menjaga kebajikan OKUMedia massa menyampaikan maklumat tentang OKUSetiap individu menunjukkan nilai murni

CONTOH KARANGAN GALUS :

 Orang Kurang upaya merupakan orang yang kurang bernasib baik. Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna seperti kita. Mereka perlu dibantu untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Terdapat pelbagai pihak yang perlu memainkan peranan  untuk membantu Orang Kurang Upaya (OKU).

Antara peranan untuk membantu OKU ialah ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak mereka supaya tidak menghina OKU. Hal ini demikian kerana OKU juga mempunyai perasaan seperti kita. Sebagai contoh, anak-anak diajar supaya tidak mentertawakan golongan tersebut. Tegasnya, ibu bapa perlu mendidik anak-anak supaya menghormati OKU.

Selain itu, pihak kerajaan boleh menyediakan pelbagai peluang pendidikan dan memberikan kemahiran kepada golongan ini. Hal ini demikian kerana .pendidikan dan kemahiran sangat penting demi masa depan mereka. Langkah pihak kerajaan mewujudkan Kelas Pendidikan Khas patut dipuji..Jelaslah bahawa, pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam membantu OKU.Di samping itu, pihak swasta juga hendaklah turut sama membantu golongan ini menjalani kehidupan yang lebih baik.  Mereka tidak seharusnya bersikap lepas tangan. Sebagai contoh, pengusaha pusat beli-belah perlu menyediakan kemudahan untuk golongan ini seperti lorong khas, tandas dan tempat letak kenderaan. Oleh itu, pihak swasta perlu menunjukkan tanggungjawab mereka terhadap golongan yang kurang bernasib baik ini.

Seterusnya, pihak media massa boleh memainkan peranan mereka dengan menyebarkan maklumat tentang OKU. Setiap maklumat  mestilah disampaikan dan disebarkan kepada orang ramai. Kempen  Masyarakat Penyayang yang dilancarkan oleh pihak kerajaan perlulah disampaikan melalui saluran media massa. Kesannya, orang ramai akan mendapat maklumat tentang OKU. Jelaslah, nasib OKU akan terbela dengan adanya peranan media massa.

Akhir sekali, setiap individu perlu menunjukkan nilai-nilai murni. Hal ini demikan kerana setiap individu mempunyai tangungjawab masing-masing. Sebagai contoh, mereka perlu

Page 8: Program Galus Bm 2012

membantu golongan ini semasa melintas jalan, menaiki bas atau ketika OKU memerlukan bantuan. Pendek kata, setiap individu hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni bagi membantu golongan ini.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh  bahawa pelbagai pihak perlu memainkan peranan untuk membantu OKU. Setiap pihak perlu berganding bahu, bak kata peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

TEMA                    :               KELUARGA BAHAGIATUGASAN            :               PERANAN ANAK-ANAK UNTUK MEMBAHAGIAKAN IBU BAPAFORMAT              :               TIADA

ISI-ISI PENTINGMenghormati ibu bapaMendengar nasihatBelajar bersungguh-sungguhMembantu ibu bapa melakukan kerja-kerja rumahMendoakan kesejahteraan ibu bapa

CONTOH KARANGAN GALUS                Setiap orang  di dunia ini ada ibu bapa. Ibu bapa merupakan orang yang penting dalam kehidupan anak-anak. Tanpa ibu bapa, anak-anak tidak akan lahir ke dunia.  Mereka juga tidak dapat melihat keindahan alam ini. Terdapat pelbagai peranan yang perlu dimainkan oleh anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa.         Salah satu peranan anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa adalah dengan menghormati ibu bapa mereka.  Hal ini demikian kerana ibu bapalah orang yang membesarkan kita sejak kecil.  Anak-anak perlu berbudi bahasa apabila bercakap dengan ibu bapa mereka. Sebagai contoh, anak-anak  tidak meninggikan suara apabila bercakap dengan ibu bapa. Tegasnya, ibu bapa perlu dihormati oleh anak-anak demi membahagiakan mereka.             Selain itu, anak-anak perlu mendengar nasihat ibu bapa mereka. Hal ini demikian kerana tujuan mereka adalah untuk kebaikan anak-anak. Anak-anak mestilah mematuhi segala pesanan yang diberikan oleh orang tua mereka. Sebagai contoh,,jika ibu bapa menasihati kita supaya berbuat baik kepada orang lain, kita perlulah mentaatinya. Jelaslah bahawa, anak-anak dapat membahagiakan ibu bapa apabila mendengar nasihat mereka.

Di samping itu, peranan anak-anak bagi membahagiakan ibu bapa adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Ibu bapa akan berasa gembira apabila anak-anak mereka berjaya. Anak-anak perlu rajin membaca dan membuat ulang kaji setiap hari.  Sebagai contoh, anak-anak menyelesaikan kerja rumah yang diberikan oleh guru tanpa dipaksa. Oleh itu, anak-anak perlu belajar bersungguh-sungguh demi membahagiakan ibu bapa mereka.

Seterusnya, anak-anak hendaklah membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja di rumah. Jika  anak-anak membantu ibu bapa, segala tugas dapat dilakukan dengan mudah. Anak-

Page 9: Program Galus Bm 2012

anak  membantu ibu bapa mengemas rumah, memasak, menjaga adik, menyiram pokok bunga dan kerja-kerja rumah yang lain. Kesannya, rumah akan bersih dan ceria. Jelaslah, ibu bapa akan bahagia apabila anak-anak membantu mereka.        Akhir sekali, anak-anak mestilah mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka.  Hal ini demikan kerana ibu bapa akan mendapat kebaikan daripada doa yang dipohon. Sebagai contoh, ibu bapa akan dilindungi Tuhan daripada keburukan seperti ditimpa sakit atau sebarang masalah lain. Pendek kata, anak-anak dapat membahagiakan ibu bapa dengan mendoakan kesejahteraan mereka.      Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan oleh anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa mereka. Anak-anak tidak seharusnya melupakan jasa ibu bapa mereka seperti kacang lupakan kulit  Anak-anak perlu ingat bahawa syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.  

TEMA                    :               KARYA SASTERA / KOMSASTUGASAN            :               FAEDAH MEMBACA KARYA SASTERAFOTMAT              :               TIADA

ISI-ISI PENTING                 :

Menambahkan ilmu pengetahuanMemupuk nilai-nilai urniMemberikan kesedaran/dapat dijadikan teladanMeningkatkan kemahiran berbahasaMeningkatkan semangat cinta akan negara

CONTOH KARANGAN GALUS                Membaca merupakan amalan yang mulia.  Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa membaca jambatan ilmu.  Membaca karya sastera perlu dipupuk dalam kalangan pelajar. Antara contoh karya sastera ialah novel, puisi, cerpen dan prosa tradisional.  Oleh itu, terdapat banyak faedah membaca karya sastera.

Faedah pertama membaca karya sastera ialah dapat menambahkan ilmu pengetahuan.  Dengan membaca karya sastera, pelajar dapat mengetahui perkara-perkara baharu.  Secara tidak langsung, mereka dapat membuka minda dan meluaskan pengetahuan.  Mereka tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung.    Jelaslah bahawa membaca karya sastera meningkatkan ilmu pengetahuan.

Seterusnya, membaca karya sastera dapat memupuk nilai-nilai murni.  Banyak nilai murni yang terkandung dalam sesebuah karya novel.  Antara nilai murni yang terdapat dalam karya sastera ialah nilai kasih sayang, tolong-menolong dan hormat-menghormati.  Sebagai contoh, dalam novel Di Hadapan Pulau,  Aziz  menghormati orang yang lebih tua daripadanya.  Tegasnya, nilai-nilai murni dapat dipupuk sekiranya pelajar membaca karya sastera.

Page 10: Program Galus Bm 2012

Selain itu, membaca karya sastera dapat memberi kesedaran kepada pembaca.  Hal ini adalah kerana pengarang banyak memasukkan unsur  pengajaran dalam karya sastera.  Sebagai contoh, dalam cerpen Menatap Wajahnya, Muliati seorang pelajar yang gigih berusaha walaupun dia cacat.  Jadi, pembaca dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa yang berlaku. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, yang baik jadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.  Oleh itu, membaca karya sastera akan menimbulkan kesedaran kepada pelajar.

Di samping itu, membaca karya sastera dapat meningkatkan penguasaan berbahasa.  Karya sastera banyak menggunakan bahasa yang menarik.  Pemilihan kata yang indah dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran menulis pelajar dan dapat memberikan impak positif kepada pelajar.  Sesungguhnya, karya sastera dapat meluaskan kosa kata dan kemahiran berbahasa pelajar pelajar.

Faedah terakhir, membaca karya sastera meningkatkan semangat cinta akan negara.  Melalui novel Putera Gunung Tahan, Ratu Bongsu mempunyai semangat cinta akan negara dengan mempertahankan puncak Gunung Tahan.  Kesannya, semangat cinta akan negara dapat dipupuk dalam jiwa pelajar.   Jelaslah, semangat cinta akan negara dapat ditingkatkan melalui  karya sastera.

Kesimpulannya, memang tidak dapat dinafikan bahawa karya sastera penting dalam kehidupan masyarakat.  Oleh itu,semua pihak perlulah bekerjasama memupuk minat membaca karya sastera dalam kalangan pelajar.  Kerjasama yang erat umpama aur dengan tebing dapat membantu pelajar menghayati karya sastera dengan baik.   Karya sastera sebenarnya dapat melahirkan modal insan yang  cemerlang, gemilang dan terbilang.

[369 patah kata]

TEMA                    :               SEMANGAT KEJIRANANTUGASAN            :               COGAN KATA ” JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT ”FORMAT              :               TIADA

ISI-ISI PENTING :

Memupuk hubungan baik antara jiranMemupuk nilai kerjasamaMembantu jiran yang menghadapi kesusahanMenjamin keselamatan masyarakatMengenali adat budaya kaum yang lain

CONTOH KARANGAN GALUS :

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita. Jiran sangat penting kerana

Page 11: Program Galus Bm 2012

mereka menjadi sahabat dan orang yang rapat dengan kita. Mereka akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan. Oleh itu, jiran sepakat membawa berkat perlu diamalkan oleh masyarakat hari ini.

Jiran penting untuk memupuk hubungan baik antara jiran. Hubungan baik dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti ini, mereka dapat berkenalan dan bertanya khabar antara satu sama lain. Kesannya, hubungan sesama jiran semakin erat. Kerjasama yang erat ini bertepatan dengan peribahasa seperti aur dengan tebing. Jelaslah, kerjasama penting untuk memupuk hubungan yang baik antara jiran.                Selain itu, jiran juga dapat memupuk nilai kerjasama sesama jiran. Nilai kerjasama ini penting untuk melahirkan masyarakat yang sepakat. Setiap individu akan membantu jiran mereka semasa mengadakan majlis seperti kenduri-kendara. Aktiviti akan menjadi mudah kerana muafakat membawa berkat.  Oleh itu, nilai kerjasama penting dalam amalan kejiranan.

Di samping itu, jiran yang baik akan membantu orang lain yang menghadapikesusahan. Mereka akan menziarahi jiran yang sakit. Mereka juga akan memberi bantuan wang ringgit untuk meringankan beban jiran. Mereka dapat menyelesaikan banyak masalah. Sesungguhnya, amalan baik ini seperti kata pepatah, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

Seterusnya, jiran juga dapat menjamin keselamatan masyarakat. Jiran akan bersama-sama menjaga kawasan kediaman daripada kejadian pecah rumah. Mereka boleh membuat rondaan pada waktu malam bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Selain itu, mereka akan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis. Jelaslah, jiran dapat menjamin keselamatan masyarakat setempat.

Akhirnya, jiran dapat mengenali adat dan budaya kaum yang lain. Pada musim perayaan, kita dapat mengenali pakaian tradisional kaum yang lain seperti sari, baju kurung dan lain-lain. Mereka juga boleh menikmati pelbagai jenis makanan tradisi. Selain itu, adat resam sesuatu kaum dapat diketahui oleh jiran yang berlainan kaum. Oleh itu, kita perlu mengenali adat dan budaya jiran.

Kesimpulannya, jiran sepakat membawa berkat penting dalam masyarakat. Semua pihak hendaklah mengamalkan semangat kejiranan. Amalan ini perlu diteruskan demi memelihara keamanan dan keharmonian masyarakat.  

 (355 patah perkataan)

TEMA                    :               SENI MEMPERTAHANKAN DIRITUGASAN            :               FAEDAH-FAEDAH MEMPELAJARI SENI MEMPERTAHANKAN DIRIFORMAT              :               TIADA

ISI-ISI PENTING                 :

Membina disiplin diri

Page 12: Program Galus Bm 2012

Menyihatkan tubuh badan/ kecerdasan mindaMempertahankan diri daripada ancamanMemupuk nilai murniMembentuk hubungan baik dengan orang lain    

Sejak kebelakangan ini, kegiatan jenayah yang semakin memuncak seperti kes ragut, rogol, rompak dan bunuh di negara kita mendorong rakyat Malaysia untuk mempelajari seni mempertahankan diri terutamanya dalam kalangan  golongan remaja. Hal ini menyebabkan pusat seni mempertahankan diri semakin banyak ditubuhkan  di negara kita bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Seni mempertahankan diri dapat membentuk disiplin diri. Disiplin yang terbentuk ini akan menjadikan remaja lebih rasional iaitu dapat menilai sesuatu perkara dengan lebih baik dan menerima perkara-perkara yang baik sahaja.  Hal in seterusnya dapat mengelakkan diri mereka daripada terjebak ke  dalam lembah kehinaan.  Selain itu, akidah yang baik juga terbentuk daripada disiplin diri yang kukuh.  Jelasnya, perkara-perkara yang tidak bermoral tidak mungkin dilakukan oleh remaja yang menguasai seni mempetahankan diri.

Selain itu, seni mempertahankan diri mampu melindungi seseorang daripada sebarang ancaman. Hal ini amat penting terutamanya kepada  golongan remaja perempuan  yang terdedah kepada pelbagai ancaman yang melanda.  Sebagai contoh silat bagi orang Melayu, wushu bagi orang Cina, silamban bagi orang India dan sebagainya.  Justeru, remaja perempuan patut menyediakan payung sebelum hujan dengan menguasai kemahiran ini. Sesungguhnya seni mempertahankan diri merupakan satu perlindungan daripada sebarang ancaman.

Di samping itu, seni mempertahankan diri juga menyihatkan tubuh badan individu.  Seni mempertahankan diri ini melibatkan aktiviti senaman yang banyak. Badan seseorang yang mempelajari seni ini akan menjadi cergas, kuat dan bertenaga. Contohnya,dalam seni silat, mereka akan membuat aktiviti memanaskan badan, berlatih menggunakan peralatan dan bersenam. Selain itu, seni mempertahankan diri juga akan mencerdaskan minda..Jelaslah, seni memepertahankan diri boleh menyihatkan badan dan mencerdaskan minda seseorang kerana badan cergas minda cerdas.

Tambahan lagi, seni mempertahankan diri juga akan membentuk hubungan baik antara seseorang remaja dengan orang lain. Mereka dapat berjumpa dan berkenalan dengan rakan-rakan yang berlainan  bangsa. Di samping itu, mereka dapat mengenali budaya bangsa mereka.  Hal ini membentuk kerjasama dan hubungan yang erat antara kaum. Oleh itu, hubungan baik antara satu sama lain dapat dijalin seperti aur dengan tebing.     Kesimpulannya, terdapat pelbagai kebaikan mempelajari seni mempertahankan diri. Oleh itu setiap individu harus mempelajari seni mempertahankan diri.  Oleh itu, seni mempertahankan diri perlulah dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.

TEMA                    :               BELI BARANGAN BUATAN TEMPATAN

Page 13: Program Galus Bm 2012

TUGASAN            :               KEPENTINGAN MEMBELI BARANGAN BUATAN TEMPATANFORMAT              :               TIADA

ISI-ISI PENTING :

menjimatkan perbelanjaanIndustri tempatan semakin berkembangPeluang pekerjaan dalam bidang industri tempatan semakin berkembang.Imej negara dapat ditingkatkanPengaliran mata wang keluar negara dapat dikurangkan

CONTOH KARANGAN GALUS      .

Kempen 'Beli Barangan Malaysia' bertujuan  menggalakkan rakyat membeli barangan tempatan.  Rakyat perlu menyokong kempen tersebut. Kini, sudah tiba masanya rakyat mengubah sikap dan menerima barangan tempatan. Rakyat perlu menjadi pengguna yang bijak. Terdapat pelbagai kepentingan dalam menggunakan barangan tempatan.Kita dapat menjimatkan perbelanjaan jika kita membeli barangan tempatan. Harga barangan tempatan lebih murah berbanding barangan import. Sebagai contoh harga motosikal buatan tempatan, iaitu Kriss lebih murah berbanding motosikal import. Oleh itu, dengan membeli barangan buatan tempatan, kita  dapat menjimatkan perbelanjaan untuk membeli barangan lain. Dalam hal ini, kita dapat menabung untuk masa depan, bak kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Industri tempatan semakin berkembang. Banyak industri desa muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Sebagai contoh, industri batik, kraf tangan, songket dan tembikar. Industri ini dapat membantu rakyat hidup selesa. Dengan cara itu,  industri tempatan dapat terus berkembang maju.

Peluang pekerjaan dalam bidang industri tempatan semakin berkembang. Rakyat mendapat peluang pekerjaan dan pengangguran dapat dikurangkan. Masalah sosial dapat dikurangkan. Rakyat dapat menikmati hidup yang lebih selesa. Oleh itu, rakyat dapat membantu perkembangan industri tempatan.

Imej negara dapat ditingkatkan. Negara dapat mengeluarkan  barangan yang bermutu. Mutu barangan buatan tempatan sama dengan mutu barangan import.  Sebagai contoh barangan daripada kulit, seperti kasut, beg, dan dompet. Barangan ini menjadi buah tangan pelancong yang datang ke negara kita.  Malaysia dikenali dalam kalangan pelancong kerana menghasilkan pelbagai barangan yang berkualiti.

Pengaliran mata wang keluar negara dapat dikurangkan. Wang tersebut dapat digunakan untuk membantu rakyat. Sebagai contoh, kerajaan dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat seperti jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan. Rakyat dapat hidup dengan lebih sejahtera. Oleh itu, ekonomi negara menjadi lebih stabil.

Kesimpulannya, industri barangan tempatan memberi banyak kebaikan kepada pelbagai pihak. Kita perlu bekerjasama untuk memajukan industri barangan tempatan. Kita bertanggungjawab untuk memastikan Malaysia duduk sama rendah berdiri sama tinggi

Page 14: Program Galus Bm 2012

dengan negara-negara maju. Belilah barangan buatan Malaysia kerana barang buatan Malaysia kebanggaan kita bersama.

TEMA                    :               BELI BARANGAN BUATAN MALAYSIATUGASAN            :               USAHA-USAHA MENGGALAKKAN PEMBELIAN BARANG BUATAN TEMPATANFORMAT              :               TIADA

ISI-ISI PENTING :

Membeli dan menggunakan barangan tempatanibu bapa juga berperanan menggalakkan ahli keluarga membeli barangan buatan Malaysiaguru  boleh menerangkan kebaikan pembelian barangan buatan MalaysiaMedia massa sama ada media elektronik atau media cetak perlu menyiarkan iklan-iklan berkaitan barangan buatan Malaysiakerajaan sepatutnya mengadakan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia secara berterusan

CONTOH KARANGAN GALUS.

Slogan Belilah Barang Buatan Malaysia merupakan slogan yang sering kita dengar sama ada di televisyen atau di radio. Barang buatan Malaysia ialah barang yang dihasilkan di dalam negara. Antara barang buatan Malaysia ialah kereta Proton Saga, barangan tembikar, batik lukis dan perabot rotan. Banyak kilang yang didirikan untuk menghasilkan barangan tempatan. Pelbagai usaha yang boleh dilakukan untuk menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia.                Kita membeli barangan buatan Malaysia dan menggunakannya. Barangan buatan Malaysia berkualiti dan setanding dengan barangan import. Kita harus berbangga dengan barangan buatan Malaysia, contohnya kereta nasional Myvi, dan kasut Bata. Kita perlu menggunakan barang buatan Malaysia dalam kehidupan seharian. Oleh itu sebagai rakyat Malaysia kita perlu berbangga dan menyokong barangan keluaran Malaysia.

Selain itu, ibu bapa juga berperanan menggalakkan ahli keluarga membeli barangan buatan Malaysia. Ibu bapa perlu menjadi contoh kepada anak-anak dengan menggunakan barangan buatan Malaysia di rumah, contohnya perabot, pakaian, makanan dan barangan elektrik. Kesannya, anak-anak akan mengikuti jejak langkah ibu bapa, bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh itu, ibu bapa perlu menunjukkan teladan kepada anak-anak.

Guru-guru di sekolah juga seharusnya memupuk perasaan cinta akan negara. Guru-guru  boleh menerangkan kebaikan pembelian barangan buatan Malaysia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan

Page 15: Program Galus Bm 2012

kemahiran hidup. Guru juga boleh menjadi teladan kepada pelajar dengan menggunakan barangan buatan Malaysia seperti kereta nasional, bak kata peribahasa kepimpinan melalui teladan. Oleh hal yang demikian, guru adalah suri teladan kepada pelajar.

Media massa sama ada media elektronik atau media cetak perlu menyiarkan iklan-iklan berkaitan barangan buatan Malaysia. Media massa boleh menjadikan iklan barangan buatan Malaysia sebagai selingan semasa menayangkan sesuatu rancangan.  Sebagai contoh iklan-iklan yang kreatif ini mampu menarik minat rakyat untuk membeli barangan buatan Malaysia. Rakyat akan dapat maklumat terkini berkaitan barangan buatan Malaysia.  Hal ini jelas menunjukkan bahawa media massa bertanggungjawab menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia.

Akhir sekali, kerajaan sepatutnya mengadakan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia secara berterusan. Hal ini dapat menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia dan seterusnya memupuk perasaan cinta akan negara, bak kata peribahasa tak kenal maka tak cinta. Sehubungan dengan itu, kerajaan boleh mengadakan promosi barangan buatan Malaysia melalui Karnival Barangan Tempatan. Oleh itu, kerajaan memainkan peranan penting dalam menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia demi Kerana Mu Malaysia.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh pelbagai usaha boleh dilakukan untuk meningkatkan penggunaan barangan tempatan dalam kalangan rakyat Malaysia. Semua pihak memainkan peranan dalam menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan barangan buatan Malaysia. Marilah kita menyokong barangan buatan Malaysia kerana produk kita kebanggaan kita.

TEMA                    :               KEMALANGAN JALAN RAYATUGASAN            :               USAHA-USAHA UNTUK MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN                                                                DI JALAN RAYA.FORMAT              :               TIADA

ISI-ISI PENTING :

Pengguna perlu mematuhi peraturan jalan raya.Ibu bapa menjadi contoh kepada anak-anak ketika berada di jalan raya.Sekolah memperkenalkan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya.Media massa menyiarkan  dokumentari berkaitan kemalangan jalan raya untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya.Kerajaan  menjalankan kempen-kempen secara berterusan.

CONTOH KARANGAN GALUS.                Kemalangan jalan raya sering berlaku di negara kita. Setiap hari, kita boleh membaca berita berkaitan kemalangan di  surat khabar. Kebanyakan kemalangan jalan raya berlaku pada musim perayaan. Banyak nyawa yang telah terkorban dalam kemalangan tersebut. Terdapat pelbagai usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya..

Page 16: Program Galus Bm 2012

Antara usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ialah pemandu mesti memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik. Mereka perlu sentiasa menghantar kenderaan masing-masing untuk diservis. Kenderaan yang baik boleh menjamin keselamatan pemandu dan penumpang ketika di jalan raya. Sebaliknya, kenderaan yang tidak diservis boleh mengakibatkan kenderaan tidak dapat dikawal semasa berlaku kecemasan. Sebagai contoh, kenderaan yang rosak breknya tidak dapat diberhentikan dengan selamat..Oleh itu,keadaan kenderaan yang baik dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Selain itu,ibu bapa juga boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Ibu bapa boleh menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Mereka perlu mematuhi peraturan jalan raya seperti memakai topi keledar ketika menunggang motosikal. Ibu bapa juga perlu memandu kenderaan mengikut had laju yang ditetapkan. .Dengan itu,anak-anak akan mencontohi amalan yang baik itu. Oleh hal yang demikian, ibu bapa sememangnya berperanan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Sekolah juga mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita. Sekolah boleh melaksanakan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya. Para pelajar akan diberi pendedahan tentang  hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya sejak kecil lagi kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seterusnya, mereka akan menggunakan ilmu yang dipelajari di sekolah dan menjadi pengguna jalan raya yang berhemah. Oleh itu, pendidikan di sekolah boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Di samping itu,media massa juga boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Media massa seperti televisyen boleh menyiarkan dokumentari berkaitan kemalangan jalan raya. Penonton akan menjadikan peristiwa kemalangan yang ditonton sebagai pengajaran. Dengan itu,mereka tidak akan melakukan kesalahan-kesalahan jalan raya seperti memandu dengan laju dan menggunakan  telefon ketika memandu. Tindakan ini dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita.

Seterusnya, kerajaan boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ialah dengan mengadakan pelbagai kempen keselamatan jalan raya secara berterusan.. Antara kempen yang telah diadakan ialah Kempen Berhati-hati di Jalan Raya. Kempen ini sangat penting untuk mengubah sikap pemandu agar lebih berhati-hati di jalan raya. Kempen ini boleh dijalankan di sekolah dan disiarkan melalui televisyen. Oleh itu,melalui kempen yang berterusan yang dijalankan oleh kerajaan  dapat mengurangkan kemalangan jalan raya.

Kesimpulannya,kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Kadar kemalangan  jalan raya boleh dielakkan dengan wujudnya kerjasama daripada pelbagai pihak. Setiap pihak bertanggungjawab melaksanakan usaha-usaha tersebut dengan bersungguh-sungguh. Dengan ini, kemalangan sifar dapat dijadikan kenyataan. Hal ini bertepatan dengan slogan,Pandu Cermat Jiwa Selamat.

Page 17: Program Galus Bm 2012

TEMA                    :               USAHA MENGEMBANGKAN BAKAT SEBAGAI PENULISTUGASAN            :               CIRI-CIRI PENULIS BERJAYAFORMAT              :               TIADA

ISI-ISI PENTING :

rajin membacamempunyai minat yang mendalamberpengetahuan luastabah / tidak mudah putus asaberwawasan / bermotivasi tinggiPenutup

CONTOH KARANGAN GALUS.

Pada masa ini kerjaya sebagai penulis semakin diminati.  Kerjaya ini meliputi bidang  seperti kewartawanan, novelis dan  penyajak. Bidang ini menjanjikan pulangan yang lumayan kepada sesiapa yang menceburinya. Sebagai contoh tokoh penulis yang berjaya di Malaysia ialah A.Samad Said, Shahnon Ahmad dan Nisa Haron. Seseorang itu memerlukan pelbagai ciri positif untuk menjadi  penulis yang berjaya.

Ciri pertama yang perlu ada  ialah seseorang itu perlu rajin membaca. Dengan membaca, kita akan mendapat banyak pengetahuan yang berguna. Pengetahuan  tentang ekonomi, masyarakat ,pertanian, sukan dan antarabangsa dapat membantu kita untuk menulis bahan yang berkualiti. Hal ini demikian, kerana membaca jambatan ilmu. Sesungguhnya, hasil penulisan yang diolah daripada bahan bacaan  bermutu dapat menjadikan seseorang, penulis yang berjaya.pada masa hadapan.

Selain itu, minat yang mendalam juga merupakan ciri yang perlu ada untuk menjadi penulis berjaya.  Apabila kita berminat dalam  sesuatu bidang maka  kita akan suka melakukannya secara bersungguh-sungguh.  Minat yang mendalam juga akan mendorong kita untuk terus mendalami bidang tersebut tanpa unsur paksaan. Oleh yang demikian, kita akan terus mengasah bakat sedia ada dalam menghasilkan pelbagai karya.  Jelaslah bahawa minat yang mendalam penting untuk kita menjadi penulis yang berjaya.

Berpengetahauan  luas juga menjadi ciri penting untuk kita menjadi penulis yang berjaya.  Pengetahuan dapat diperoleh dengan melakukan pemerhatian, perbincangan dan menimba pengalaman orang lain.  Pengetahuan juga boleh dipelajari daripada orang yang pakar dalam bidang tertentu.  Sebagai contohnya, kita boleh mengikuti kursus , seminar atau perbengkelan yang berkaitan dengan aspek penulisan.  Oleh itu, kita dapat menggunakan pelbagai pengetahuan yang diperoleh untuk  menjadi penulis yang berjaya.

Di samping itu,  seseorang itu juga haruslah memiliki sifat tabah untuk menjadi penulis yang berjaya.  Perkara ini penting kerana kejayaan tidak boleh dicapai dalam masa yang singkat.  Kejayaan juga memerlukan usaha yang berterusan tanpa sifat jemu dan tidak mudah berputus asa.  Pelbagai dugaan dan cubaan akan ditempuh sebelum kita mencapai

Page 18: Program Galus Bm 2012

kejayaan. Nyatalah, bahawa jika kita ingin menjadi  penulis yang berjaya, maka sifat tabah dan tidak mengenal putus asa perlu ada.

Seterusnya, motivasi diri juga amat penting untuk kita menjadi penulis berjaya.  Motivasi  penting untuk mendorong dan menggerakkan kita untuk melakukan sesuatu perkara.  Motivasi boleh dibahagikan kepada motivasi dalaman dan motivasi luaran.  Akan tetapi motivasi dalaman yang paling penting untuk mendorong kita melakukan sesuatu.  Dengan motivasi yang tinggi  kita akan mampu menjadi penulis yang berjaya.                Kesimpulannya, pelbagai sifat  dan sikap positif perlu ada dalam diri kita untuk menjadi  penulis berjaya. Ciri-ciri ini dimiliki secara semula jadi atau dipelajari dari semasa ke semasa.  Belakang parang kalau diasah lagikan tajam. Oleh itu,bakat dan minat  dalam bidang penulisan perlu disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk menjadi penulis yang berjaya.

TEMA                    :               PERPADUAN KAUMTUGASAN            :               KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN KAUMFORMAT              :               TIADA

ISI-ISI PENTING

dapat hidup dalam keadaan harmonidapat menyelesaikan masalahdapat mengekalkan keamanan negaradapat meningkatkan eknomi negaradapat menjaga nama baik negara

CONTOH KARANGAN GALUS

Perpaduan kaum berkaitan dengan cogan kata bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Perpaduan kaum membolehkan masyarakat hidup secara bersatu hati. Pergaduhan antara kaum memberikan banyak kesan kepada negara. Banyak usaha perlu dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum di negara kita. Pelbagai kepentingan dapat diperoleh melalui perpaduan kaum dalam masyarakat.

Perpaduan kaum menyebabkan masyarakat hidup dalam keadaan yang harmoni. Keadaan yang harmoni membolehkan masyarakat bergerak secara bebas di negara ini. Hal ini demikian kerana masyarakat tidak berasa takut dan tidak terikat dengan mana-mana undang-undang darurat. Sebagai contoh rusuhan kaum 13 Mei 1969 menyebabkan negara menjadi tidak aman. Oleh itu, semua pihak perlu menjaga keharmonian negara.

Selain itu, perpaduan kaum dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang berlaku. Masalah yang berlaku lebih mudah diatasi melalui usaha dan idea pelbagai pihak. Orang Melayu, Cina dan India yang tinggal di sesuatu kawasan perlu bermesyuarat untuk membuat sesuatu keputusan. Sebagai contoh mereka bergotong- royong untuk mengatasi masalah nyamuk aedes. Tanpa masalah yang dihadapi, negara menjadi semakin maju.

Page 19: Program Galus Bm 2012

Keamanan negara juga dapat dikekalkan melalui perpaduan kaum. Keamanan negara penting bagi membolehkan negara maju dalam pelbagai bidang. Masyarakat pelbagai kaum perlulah memisahkan perbezaan politik ketika menghadapi masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, kita perlulah bersatu hati mengatasi masalah kemasukan pendatang tanpa izin ke negara kita. Keamanan negara dapat memastikan kemerdekaan negara terus terpelihara.

Perpaduan kaum juga, membantu meningkatkan ekonomi negara. Kemajuan ekonomi negara dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada penduduk. Dengan adanya  perpaduan kaum penduduk dapat bekerja dan menambah pendapatan diri, keluarga dan negara. Sebagai contoh, semua kaum bekerjasama dalam bidang perniagaan yang memberikan banyak keuntungan. Kemajuan ekonomi negara membolekan negara kita terus maju.                 Seterusnya, perpaduan kaum dapat menjaga nama baik negara. Nama baik negara penting bagi memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Masyarakat perlu bekerjasama dan tidak menimbulkan masalah kepada negara. Sebagai contoh, pertunjukan budaya pelbagai kaum dan aktiviti rumah terbuka merupakan aktiviti yang baik. Nama baik atau imej negara perlu dipelihara oleh generasi muda.

Kesimpulannya, perpaduan kaum mendatangkan pelbagai kebaikan kepada masyarakat dan negara. Kita perlulah bersikap bagai aur dengan tebing untuk menjaga perpaduan kaum. Semua pihak perlulah menyokong segala usaha yang dilakukan kerajaan untuk mengekalkan perpaduan kaum. Sesungguhnya, tanpa perpaduan kaum, negara akan musnah.

TEMA                    :               PERPADUAN KAUMTUGASAN            :               USAHA-USAHA MEMUPUK PERPADUAN KAUMFORMAT              :               TIADA

ISI-ISI PENTING :

Peranan ibu bapaPeranan sekolahPeranan masyarakatPeranan media massaPeranan kerajaan

CONTOH KARANGAN GALUS

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Cogan kata ini menggambarkan kepentingan perpaduan kaum di Malaysia. Hal ini kerana negara kita mempunyai rakyat yang berbilang kaum iaitu kaum Melayu, Cina, India, Iban , Kadazan dan lain-lain lagi. Mereka mengamalkan cara hidup  yang berbeza-beza antara satu dengan yang lain . Oleh sebab itu pelbagai usaha perlu dilakukan bagi mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia.

Ibu bapa ialah orang yang berperanan penting memupuk perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia. Mereka perlulah menjadi suri teladan kepada anak-anak agar nilai

Page 20: Program Galus Bm 2012

perpaduan dapat dipupuk sejak kecil lagi. Hal ini kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai contoh ibu bapa perlulah berbaik-baik dengan jiran yang berlainan kaum dan agama. Mereka juga boleh mengajar anak-anak agar menghormati kaum dan agama orang lain.  JIka hal ini dilakukan oleh ibu bapa kepada anak-anak tidak mustahil perpaduan kaum akan dapat diwujudkan di Malaysia.

Pihak sekolah juga dapat membantu mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia.  Melalui pendidikan di sekolah, guru-guru dapat menerapkan nilai-nilai perpaduan. Sebagai contoh, mata pelajaran Pendidikan Islam, Pengetahuan Moral, Pendidikan Sivik  dan Kewarganegaraan, murid-murid dapat diajar nilai-nilai menghormati kaum lain. Di samping itu, aktiviti kokurikulum seperti sukan, persatuan dan permainan dapat dilakukan  bagi menyemai nilai perpaduan dalam kalangan pelajar. Jelaslah aktiviti pendidikan dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu.

Nilai perpaduan juga dapat disemai melalui aktiviti kemasyarakatan. Masyarakat yang tinggal di kawasan kampung dan taman-taman perumahan perlu mengadakan pelbagai aktiviti yang memupuk perpaduan. Antaranya ialah aktiviti  bergotong royong membersihkan kawasan kediaman, hari keluarga dan menyambut perayaan secara bersama-sama. Dengan cara ini mereka dapat bekerjasama dan mengenali antara satu dengan lain. Apabila aktiviti ini diamalkan sudah pasti mereka akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni.  Hal ini kerana muafakat membawa berkat.

Di samping itu, media massa  turut membantu dalam usaha memupuk perpaduan kaum. Media massa seperti televisyen, radio, surat khabar  dan majalah ialah alat yang penting pada masa ini. Media massa ini perlu menyiarkan rancangan  dan iklan yang menggambarkan perpaduan kaum.  Jika rancangan dan iklan tersebut disiarkan berulang kali, sudah pasti nilai perpaduan dapat diterapkan. Hal ini kerana masyarakat akan mudah mengikuti teladan yang dipaparkan di media massa tersebut.  Sesungguhnya, media massa memainkan peranan yang penting bagi memupuk perpaduan.

Usaha memupuk perpaduan kaum oleh  pihak kerajaan perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Melalui konsep Satu Malaysia setiap kaum perlu menghormati kaum yang lain. Selain itu, kempen-kempen perpaduan hendaklah dilancarkan di seluruh negara. Aktviti Bulan Kemerdekaan . Bulan Bahasa dan Rukun Tetangga yang dijalankan oleh pihak kerajaan amat penting dalam membentuk perpaduan rakyat.  Justeru, kerajaan perlukan  bersungguh-sungguh dalam memupuk perpaduan dan janganlah bersikap hangat-hangat tahi ayam.

Sudah terang lagi bersuluh, sekiranya tiada langkah-langkah dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum, tidak mustahil masyarakat  Malaysia akan berpecah belah. Jika hal ini dibiarkan, sudah tentu generasi akan datang tidak akan  hidup dengan aman. Apabila keadaan ini terjadi, usahlah kita sesalkan kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak ada gunanya.

TEMA                    :               PENDIDIKAN/ ILMU PENGETAHUANTUGASAN            :               KEPENTINGAN MENCARI ILMU PENGETAHUAN.

Page 21: Program Galus Bm 2012

FORMAT              :               TIADA

ISI-ISI PENTING

Ilmu pengetahuan dapat meluaskan kosa kata seseorangIlmu pengetahuan dapat menjamin masa  hadapan seseorangSeseorang akan mengetahui pelbagai bidang ilmuSeseorang  mampu menyelesaikan masalahIlmu pengetahuan mampu melahirkan insan bermoralSeseorang tidak mudah terlibat dalam gejala sosial

CONTOH KARANGAN GALUS

Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China merupakan ungkapan yang  amat sinonim dengan kepentingan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan merupakan  sesuatu maklumat yang diperoleh melalui pelbagai sumber.  Antara sumber untuk memperoleh pelbagai jenis ilmu pengetahuan ialah daripada media cetak dan media elektronik.  Ilmu pengetahuan mempunyai pelbagai kepentingan kepada semua anggota masyarakat.

Antara kepentingan memiliki ilmu pengetahuan ialah seseorang boleh meluaskan  kosa kata.  Hal ini demikian kerana  kosa kata seseorang boleh bertambah jika mereka banyak membaca.  Bahan bacaan yang boleh membantu untuk meluaskan kosa kata ialah seperti majalah, akhbar,novel,dan  cerpen.  Jelaslah bahawa penguasaan kosa kata yang luas merupakan kepentingan ilmu  yang harus dimanfaatkan oleh seseorang.

Selain itu, kepentingan ilmu pengetahuan juga boleh menjamin masa hadapan  yang cemerlang.   Jika seseorang  berusaha bersungguh-sungguh,   mereka akan  memperoleh ilmu yang dipelajari kerana usaha tangga kejayaan .  Sebagai contoh, mereka boleh menimba ilmu pengetahuan daripada guru yang mengajar mata pelajaran sejarah di sekolah.  Menerusi mata pelajaran ini mereka dapat mengetahui sejarah kejayaan seseorang tokoh.  Secara tidak langsung mereka akan menjadikan tokoh tersebut sebagai idola dalam  usaha mencapai cita-cita.

Kepentingan ilmu pengetahuan lain yang boleh dimanfaatkan ialah seseorang dapat mengetahui ilmu dalam pelbagai bidang yang dipelajari.  Hal ini demikian kerana mereka boleh mendapat ilmu dalam  pelbagai bidang  melalui mata pelajaran yang dipelajari di sekolah seperti sains, matematik, perdagangan, ekonomi dan sastera.  Ilmu yang diperoleh boleh diamalkan dalam kehidupan seharian mereka.  Sudah terang lagi bersuluh seseorang akan berjaya jika mereka boleh menguasai ilmu pelbagai bidang yang dipelajari.

Seterusnya, seseorang juga mampu menyelesaikan masalah jika mereka memiliki ilmu pengetahuan yang berguna.  Dalam menjalani kehidupan seharian kita akan mengalami pelbagai masalah.  Cara yang paling baik untuk mengatasi masalah dengan berkesan,mereka harus memiliki ilmu pengetahuan kerana ilmu pelita hidup.  Contohnya, jika seseorang pelajar   mempunyai ilmu agama yang  tinggi, mereka akan dapat

Page 22: Program Galus Bm 2012

menyelesaikan masalah tanpa tindakan  yang terburu-buru.  Oleh itu kemahiran menyelesaikan masalah dengan berkesan boleh dikuasai jika kita mempunyai ilmu pengetahuan.

Dengan memiliki ilmu pengetahuan, kita juga boleh menjadi insan yang memiliki sahsiah terpuji.  Hal ini demikian kerana kita akan mendapat panduan yang baik melalui ilmu pengetahuan yang dimiliki.  Sebagai contoh, seseorang yang berilmu akan dapat memanfaatkan nilai-nilai murni yang dipelajari dalam kehidupan seharian.  Antara  nilai murni yang boleh diamalkan ialah saling menghormati, bertanggungjawab, bertimbang rasa dan menghargai.   Sesungguhnya, kita akan menjadi insan yang berakhlak mulia jika kita berilmu pengetahuan.

Kesimpulannya, setiap anggota masyarakat perlu menuntut  ilmu pengetahuan bagi memastikan  modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dilahirkan.  Hasrat ini perlu direalisasikan  agar rakyat  dapat menyumbang ke arah kemajuan negara menjelang tahun 2020.

TEMA                    :               MEMUPUK BUDAYA ILMU MELALUI AMALAN MEMBACATUGASAN            :               PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA DALAM                                                                KALANGAN ANAK-ANAKFORMAT              :               TIADA

ISI-ISI PENTING :

Ibu bapa sebagai suri teladanIbu bapa membeli bahan bacaan secara tetapIbu bapa membawa anak-anak ke pesta buku, Ibu bapa memberi galakan kepada anak-anak dengan menghadiahkan bukuIbu bapa menyediakan perpustakaan mini

CONTOH KARANGAN GALUS

Dewasa ini amalan membaca amat kurang dalam kalangan masyarakat Malaysia.  Kajian menunjukkan  purata  rakyat Malaysia hanya membaca  dua buah buku setahun. Amalan membaca amat penting dalam melahirkan rakyat Malaysia yang cemerlang selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju, bak kata pepatah Cina bacalah sehingga tua, belajarlah sehingga akhir hayat. Oleh sebab itu, ibu bapa memainkan peranan penting memupuk amalan membaca dalam diri anak-anak.

Page 23: Program Galus Bm 2012

Memang tidak dapat dinafikan, ibu bapa memainkan peranan sebagai suri teladan untuk menarik minat anak-anak membaca buku.  Ibu bapa perlu membaca buku bersama-sama anak-anak semasa berada di rumah, seperti pepatah melayu, melentur buluh biarlah dari rebung. Anak-anak akan lebih mudah untuk mengikut apa-apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Aktiviti membaca boleh dilakukan pada hari cuti sewaktu semua ahli keluarga berehat di rumah.

Sebagai ibu bapa, mereka hendaklah membeli bahan bacaan secara tetap setiap bulan.  Secara tidak langsung anak-anak akan tertarik untuk membaca buku yang baru dibeli oleh ibu bapa mereka.  Oleh itu,  anak-anak dapat menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Misalnya ibu bapa boleh membeli buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka serta majalah Dewan Siswa.

Keluarga bahagia akan dapat dibentuk jika ibu bapa selalu bersama-sama anak-anak ke pesta buku.  Anak-anak dapat memilih sendiri buku-buku yang mereka minat. Hal tersebut secara tidak langsung dapat.memupuk minat membaca dalam diri anak-anak. . Sebagai contoh ibu bapa boleh membawa anak-anak ke Pameran Buku Antarabangsa kerana di pameran buku tersebut terdapat pelbagai pilihan buku.

Ibu bapa boleh memberikan hadiah berupa buku sebagai ganjaran kepada anak-anak yang berjaya dalam  pelbagai bidang.  Hadiah tersebut dapat memotivasikan  diri  anak-anak.  Mereka akan belajar lebih bersungguh-sungguh, bak kata peribahasa Melayu membaca jambatan ilmu.  Misalnya ibu bapa membelikan buku cerita  atau buku motivasi sempena hari lahir anak-anak.

Amalan membaca boleh dipupuk kepada anak-anak dengan menyediakan perpustakaan mini di rumah.  Masa lapang anak-anak terisi dengan aktiviti membaca tanpa mereka perlu keluar rumah.  Perpustakaan mini boleh disediakan  oleh ibu bapa tanpa modal yang banyak.  Buku-buku yang dibeli setiap bulan dapat disimpan dalam perpustakaan mini tersebut. Pembacaan buku yang berulang  kali dapat menguatkan minda seperti peribahasa Melayu bangsa membaca bangsa berjaya.

Kesimpulannya, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak. Hal in adalah untuk melahirkan generasi yang cemerlang.   Amalan membaca amat penting dalam hidup kita. Marilah kita membaca kerana membaca adalah jambatan ilmu.

TEMA                    :               KELESTARIAN ALAM SEKITARTUGASAN            :               PUNCA-PUNCA KEJADIAN TANAH RUNTUHFORMAT              :               TIADA

ISI-ISI PENTING :

Aktiviti pembangunan / ekonomi  di lereng-lereng bukitPenebangan pokok / hutan yang tidak terkawalAliran air bawah tanah.Kerja-kerja penarahan bukit.

Page 24: Program Galus Bm 2012

Faktor semula jadi seperti gempa bumi dan hujan lebat yang berterusan.

CONTOH KARANGAN GALUS

Belakangan ini, isu berkaitan kejadian tanah runtuh pernah menggemparkan negara kita. Kejadian tanah runtuh bermaksud kawasan tanah di lereng bukit dan  gunung jatuh atau menggelongsor. Tanah runtuh mengakibatkan kemusnahan dan mengancam keselamatan. Kejadian tanah runtuh misalnya pernah berlaku di Bukit Antarabangsa yang telah mengorbankan nyawa penduduk di situ. Terdapat pelbagai punca berlakunya kejadian tanah runtuh di negara ini.

Kejadian tanah runtuh berpunca daripada aktiviti pembangunan yang dilaksanakan di lereng-lereng bukit. Aktiviti pembangunan tersebut seperti mendirikan rumah kediaman atau kegiatan pertanian. Aktiviti ini menyebabkan pokok-pokok di lereng bukit ditebang dan tumbuhan tutup bumi dibersihkan. Kesannya, air hujan akan mengalir dengan deras di kawasan lereng bukit tersebut. Keadaan ini akan menyebabkan tanah dengan mudah dibawa oleh arus air yang mengalir deras dan mengakibatkan kejadian tanah runtuh berlaku.

Kejadian tanah runtuh juga berlaku apabila pokok-pokok hutan ditebang dengan tidak terkawal. Perbuatan ini dilakukan oleh syarikat-syarikat pembalakan terutama yang dijalankan oleh pembalak haram. Penebangan yang tidak terkawal menyebabkan berlakunya tanah runtuh semasa hujan turun dengan lebat. Kejadian tanah runtuh telah menyebabkan sebuah perkampungan orang asli di Kuala Dipang, Perak musnah. Kerakusan manusia untuk mendapat kekayaan telah mengakibatkan penderitaan kepada manusia yang lain.

Seterusnya, kegiatan ekonomi juga boleh mengakibatkan kejadian tanah runtuh. Sebagai contoh semasa masyarakat menjalankan kegiatan melombong pasir khususnya di kawasan sungai. Pasir-pasir sungai dikaut dengan banyaknya untuk mendapatkan keuntungan yang berganda. Apabila pasir sungai dikorek tanpa kawalan, aliran air sungai akan menjadi lebih deras. Aliran air yang deras menyebabkan tebing sungai runtuh. Kesannya, rumah-rumah yang dibina berhampiran tebing-tebing sungai terdedah kepada bahaya tanah runtuh.

Selain kesan daripada aktiviti manusia, tanah runtuh juga berlaku disebabkan oleh aliran air bawah tanah. Hujan lebat yang menakung air bawah tanah akan membentuk aliran menyebabkan struktur tanah menjadi longgar. Struktur tanah yang  longgar akan memudahkan tanah runtuh dengan sendirinya. Perkara ini biasanya berlaku di kawasan-kawasan yang bercerun. Kita selalu terbaca berita tentang tanah runtuh di kawasan-kawasan lebuh raya yang diakibatkan kewujudan aliran air bawah tanah.

Kejadian tanah runtuh yang lebih besar terjadi akibat kejadian gempa bumi. Walaupun Malaysia tidak mengalami kejadian gempa bumi, negara jiran seperti Indonesia telah mendapat akibatnya. Gempa bumi akan mengakibatkan gegaran di muka bumi. Gegaran ini menyebabkan struktur bumi menjadi lemah. Gegaran yang kuat, walaupun dalam

Page 25: Program Galus Bm 2012

masa yang singkat telah menyebabkan kejadian tanah runtuh yang besar. Gempa bumi telah mengakibatkan pelbagai kemusnahan .

Kesimpulannya, kejadian tanah runtuh telah mengakibatkan banyak kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa. Oleh itu, kita perlu bersiap sedia untuk mengatasi masalah ini.  Pihak berkuasa perlu mengawal kegiatan-kegiatan manusia yang boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh. Pihak yang melakukan kegiatan yang memungkinkan berlakunya tanah runtuh perlu diambil tindakan yang tegas supaya tidak mengulangi perbuatan mereka. Sebaik-baiknya kita hendaklah mencegah kegiatan ini kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubat.

TEMA                    :               MENGHARGAI WARGA TUATUGASAN            :               CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUAFORMAT              :               TIADA

ISI-ISI PENTING :

Peranan keluarga – menyayangi warga tuaPeranan masyarakat – mengambil berat warga tuaPeranan media massa – memaparkan kisah hidup/penderitaan warga tuaPeranan guru – mengingatkan pelajar menghormati warga tuaPeranan kerajaan – menyediakan kemudahan kesihatan untuk warga tua

CONTOH KARANGAN GALUS                                                                                                                              Warga tua merupakan golongan yang paling berjasa kepada negara. Mereka telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak. Namun, pada hari ini warga tua sering diabaikan ibarat peribahasa melukut di tepi gantang dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat.

Keluarga perlu menyayangi warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibu melahirkan kita dan bapa pula mencari rezeki untuk membesarkan kita. Pengorbanan mereka perlu dibalas dengan sebaik-baiknya. Sebagai anak kita perlu menjaga ibu bapa kita ketika mereka tua dan tidak menghantar mereka ke rumah orang tua-tua.

Di sekolah,guru boleh menasihatkan pelajar agar menghormati warga tua. Warga tua  yang terdiri daripada ibu bapa kita perlu disayangi dan dihormati. Anak-anak perlu bertutur dengan sopan apabila berhubung dengan ibu bapa mereka kerana syurga teletak di telapak kaki ibu.

Kerajaan juga perlu menghargai warga tua. Kerajaan boleh menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga tua. Sebagai contoh, warga tua akan mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan ataupun kadar bayaran rendah di hospital atau klinik swasta.

Media massa seperti surat khabar dan televisyen boleh menyiarkan cerita-cerita berkaitan penderitaan hidup warga tua. Hal ini menyedarkan kita tentang pentingnya warga tua dalam hidup kita. Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan warga tua..      

Page 26: Program Galus Bm 2012

Pihak swasta  perlu   membantu warga tua. Mereka boleh mengutip derma untuk mengurangkan beban warga tua manakala kunjungan ke rumah orang tua-tua dapat mengeratkan hubungan .Warga tua akan berasa diri mereka dihargai dan disayangi.

Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa  dan pengorbanan warga tua. Kita tidak boleh mengabaikan warga tua kerana merekalah yang melahirkan kita dan membesarkan kita

TEMA                    :               AMALAN PEMAKANAN SEIMBANGTUGASAN            :               KEPENTINGAN AMALAN PEMAKANAN SEIMBANGFORMAT              :               TIADA

ISI-ISI PENTING :Menjadikan pembesaran manusia lebih sempurna daripada aspek fizikalMenggelakkan perkembangan mental seseorang itu tergangguMemberi vitamina yang cukup kepada badan seseorangMampu mengawal kadar obesitiMengelakkan penyakit

CONTOH KARANGAN GALUS                                                            

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut berperanan menggalakkan pengambilan makanan seimbang dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, makanan seimbang mendatangkan banyak kebaikan.

Kepentingan pemakanan seimbang yang utama ialah sikap ini menjadikan pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Bagi membina tubuh badan yang kuat kita memerlukan zat yang mencukupi. Antara zat yang diperlukan oleh tubuh badan ialah protein, karbohidrat dan kalsium.Fizikal yang kuat  membolehkan seseorang manusia itu  menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang amat penting untuk tumbesaran  fizikal manusia.

Selain itu, pemakanan yang seimbang boleh mengelakkan perkembangan mental seseorang itu terganggu. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas.Keadaan ini juga menyebabkan kita  mudah berasa letih.  Hal  ini juga menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan pemikiran manusia lebih stabil dan berdaya tahan bersesuaian dengan cogan kata badan sihat otak cerdas.

Di samping itu, pemakanan seimbang juga dapat  memberi vitamin yang cukup kepada badan seseorang. Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih sihat dan cergas. Sebagai contoh, vitamin c amat diperlukan untuk kesihatan kulit. Antara pemakanan seimbang yang terdapat dalam piramid makanan ialah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Oleh itu, keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan manusia lebih sihat.

Pengambilan makanan seimbang juga dapat mengelakkan seseorang daripada dijangkiti penyakit. Dengan cara ini,seseorang itu tidak mudah dijangkiti penyakit.Penyakit seperti

Page 27: Program Galus Bm 2012

kencing manis dan darah tinggi dapat dielakkan.Hal ini bersesuaian dengan peribahasa mencegah lebih baik daripada mengubati. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan sihat sejahtera .

Malahan, pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar obesiti (kegemukan) dalam kalangan masyarakat . Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup berkhasiat. Pengawalan pemakanan sebegini menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

Sudah terang lagi bersuluh,makanan seimbang amat penting kepada setiap orang. Oleh itu,  kita perlu mengambil makanan yang seimbang agar kesihatan kita terjamin. Jika kita  masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahan.

TEMA                    :               MASYARAKAT PENYAYANGTUGASAN            :               PERANAN IBU BAPA MEWUJUDKAN MASYARAKAT PENYAYANGFORMAT              :               TIADA

ISI-ISI PENTING :

Ibu bapa perlu memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anakIbu bapa perlu memberikan didikan agama kepada anak-anakIbu bapa perlu menyediakan semua keperluan atau kemudahan kepada anak-anakIbu bapa menjadi contoh teladan yang baikIbu bapa mengadakan aktiviti kekeluargaan

CONTOH KARANGAN GALUSPada alaf baru ini, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan masyarakat penyayang. Dalam hal ini, media cetak mahupun media elektronik turut berperanan penting untuk menyedarkan masyarakat. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membentuk masyarakat penyayang.Sehubungan dengan itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka  seperti menatang minyak yang penuh.Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana ibu bapa lebih mementingkan pekerjaan dan kekayaan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak mereka. Sebagai contoh, mereka boleh makan dan menonton bersama-sama anak-anak. Jelaslah aktiviti ini dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga.Selain  itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak semenjak kecil lagi, bak kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah ibu bapa yang mengabaikan  didikan agama. Mereka beranggapan didikan agama tidak penting dalam kehidupan seharian. Oleh itu,

Page 28: Program Galus Bm 2012

ibu bapa sewajarnya menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Misalnya, menggalakkan anak-anak menghadiri kelas agama supaya anak-anak akan menjadi insan yang berakhlak mulia. Jelaslah, hasrat ibu bapa dalam melahirkan masyarakat penyayang akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.    Malahan, ibu bapa haruslah memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.Sebagai contoh,ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah untuk mendapat pendidikan yang sempurna. Ringkasnya, sikap ibu bapa yang sebegini mampu melahirkan generasi muda yang bersifat penyayang .Tegasnya, pendidikan yang sempurna membolehkan anak-anak membezakan antara perkara yang baik dan buruk dalam kehidupan mereka.Di samping itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak, bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai buruk dan tidak menunjukkan teladan. Hal ini demikian, ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak sejak kecil lagi. Umpamanya, ibu bapa boleh membawa anak-anak melawat ke rumah anak yatim atau ke rumah orang tua-tua. Ringkasnya, ibu bapa wajar menunjukkan contoh teladan yang baik agar dapat melahirkan masyarakat yang penyayang.     Seterusnya, ibu bapa juga boleh mengadakan aktiviti kekeluargaan dalam melahirkan masyarakat yang penyayang. Antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti mengadakan Hari Keluarga dan membawa anak-anak mereka menziarahi datuk, nenek atau saudara mara di kampung untuk mengeratkan hubungan  kekeluargaan. Secara tidak langsung, aktiviti ini mampu membentuk masyarakat yang penyayang.Sudah terang lagi bersuluh, peranan ibu bapa amat penting dalam melahirkan masyarakat penyayang. Namun, semua pihak turut bertanggungjawab dalam mewujudkan budaya masyarakat penyayang.

TEMA                    :               MEMANTAPKAN DISIPLIN DI SEKOLAHTUGASAN            :               CARA BADAN PENGAWAS MEMBANTU MENINGKATKAN DISIPLIN PELAJAR DI SEKOLAHFORMAT              :               TIADA

ISI-ISI PENTING :

Menjadi suri teladan kepada pelajar lainBerperanan sebagai ”mata dan teliga” kepada pihak sekolahMenjadi pembimbing rakan sebaya berkesanBersikap tegas ketika menjalankan tugasPenonjolan imej seorang pelajar yang baik

CONTOH KARANGAN GALUS.

Disiplin sangat penting kepada setiap pelajar. Pelajar yang berdisiplin akan berjaya dan menjadi insan yang cemerlang. Bagi meningkatkan disiplin pelajar, badan pengawas memainkan peranan yang penting di sekolah.

Pengawas akan menjadi suri teladan kepada pelajar-pelajar lain di sekolahnya. Mereka haruslah sentiasa mematuhi peraturan ketika datang ke sekolah atau menyertai aktiviti kokurikulum. Mereka juga perlu rajin belajar dan gigih menyertai pelbagai aktiviti di sekolah. Jelaslah bahawa pengawas akan sentiasa diperhatikan sama ada dari segi tingkah laku dan pencapaian akademik.

Page 29: Program Galus Bm 2012

Pengawas juga berperanan sebagai mata dan telinga kepada pihak sekolah dalam menguruskan masalah disiplin. Mereka perlu bertanggungjawab untuk menyalurkan pelbagai maklumat salah laku pelajar. Maklumat yang diperoleh perlulah dilaporkan dengan segera jika melibatkan kes disiplin yang serius. Mereka juga boleh menyampaikan cadangan-cadangan bernas daripada pelajar demi kebaikan sekolah. Jelaslah bahawa pengawas boleh menjadi pembantu yang cekap kepada pihak sekolah untuk menguruskan masalah disiplin.

Pengawas juga dapat menjadi pembimbing rakan sebaya yang berkesan untuk mengatasi masalah disiplin di sekolah. Pengawas boleh menasihati rakan-rakan mereka yang mempunyai masalah disiplin supaya tidak mengulangi salah laku mereka. Sebagai rakan sebaya yang berpengaruh, pengawas tersebut amat mudah menarik perhatian rakan-rakan yang bermasalah agar menjadi pelajar yang mematuhi peraturan dan disiplin sekolah. Jelaslah seorang pengawas juga menjadi pembimbing rakan sebaya yang berkesan.

Pengawas yang dilantik juga perlu bersikap tegas. Ketegasan pengawas ketika menjalankan tugas tanpa pilih kasih akan membuka mata pelajar Mereka perlu tegas menjalankan tugas penguatkuasaan undang-undang sekolah menyebabkan pelajar berasa gerun untuk berhadapan dengan mereka. Hal ini secara tidak langsung akan mengurangkan kes pelanggaran masalah disiplin secara terbuka Jelaslah ketegasan dan keberanian pengawas dalam menjalankan tugas akan mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

Pengawas juga berperanan untuk menonjolkan imej yang baik kepada pelajar-pelajar di sekolahnya.  Mereka harus berbudi bahasa dan mengawal emosi agar tidak mencetuskan pergaduhan dengan pelajar lain. Mereka juga perlu bersifat simpati dan memahami masalah pelajar. Keikhlasan mereka membantu rakan yang teraniaya menjadikan kes-kes salah laku ini ditangani dengan berkesan dari masa ke masa. Imej yang baik sebagai pengawas akan membantu mengurangkan masalah disiplin sekolah dalam jangka masa panjang.

Kesimpulannya, pengawas mampu melaksanakan peranan yang diberikan untuk mengurangkan masalah disiplin di sekolah. Mereka perlu dilatih dari masa ke masa agar mempunyai pengetahuan tentang batas tugas dan kuasa yang diberikan. Dalam jangka masa panjang, pengawas dapat membantu mewujudkan iklim sekolah yang sejahtera serta selamat kepada pelajar.

TEMA                    :               HUBUNGAN KEKELUARGAAN YANG AKRABTUGASAN            :               USAHA-USAHA UNTUK MEMANTAPKAN HUBUNGAN                                                                 KEKELUARGAANFORMAT              :               TIADA

ISI-ISI PENTING :Memberitahu ibu bapa sebelum keluar dari rumahIbu bapa menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga

Page 30: Program Galus Bm 2012

Peranan masyarakatPeranan media massaPeranan kerajaan melalui dasar tertentu

CONTOH KARANGAN GALUS

Hubungan kekeluargaan sangat penting.  Hubungan ini penting bagi melahirkan keluarga bahagia. Hal ini sekali gus dapat menangani gejala sosial. Pelbagai  usaha perlu diambil untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.

Antara usahanya ialah anak-anak perlu memberitahu  ibu bapa sebelum keluar rumah.  Hal ini demikan supaya anak –anak mendapat keizinan daripada ibu bapa sebelum keluar rumah terutama dalam menuntut ilmu. Hal ini memudahkan ibu bapa mengetahui apa-apa yang dilakukan oleh anak-anak dan dengan siapa mereka berkawan. Oleh yang demikian anak-anak perlu memberitahu ibu bapa sebelum mereka keluar dari rumah.

                Selain itu, ibu bapa hendaklah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin keluarga.  Mereka hendaklah sentiasa berbincang bersama anak-anak jika ada sebarang masalah.  Sebagai contoh, jika akan-anak berhadapan dengan masalah pelajaran, mereka perlu berbincang bersama-sama bagi mengatasinya. Amalan makan bersama-sama dengan ahli keluarga juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Tegasnya, ibu bapa perlu menjalankan tangunggjawab mereka dalam merapatkan hubungan kekeluargaan.

Masyarakat turut memainkan peranan penting dalam merapatkan hubungan kekeluargaan.  Antaranya, adalah dengan mengadakan hari keluarga dan temasya sukan. Hal ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan menjalinkan kerjasama antara ahli keluarga semasa pertandingan. Dengan ini, jelaslah bahawa masyarakat penting dalam usaha merapatkan hubungan kekeluargaan.

Di samping itu, peranan media massa juga penting untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.  Hal ini boleh dilakukan melalui iklan di televisyen dan surat khabar.  Sebagai contoh, terdapat iklan yang menggalakkan ahli keluarga berhubung melalui telefon bimbit.  Terdapat juga  iklan yang mempengaruhi orang ramai supaya  balik ke kampung pada hari-hari perayaan.  Oleh itu jelaslah bahawa media massa memainkan peranan penting  untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.

Kerajaan pula telah memperkenalkan  dasar bahawa setiap hari sabtu sebagai cuti umum.  Hal ini bertujuan agar ibu bapa dapat meluangkan masa bersama-sama dengan ahli keluarga.  Langkah ini akan menjadikan hubungan kekeluargaan lebih erat.  Sebagai contoh, ibu bapa membawa ahli keluarga pergi melancong ke tempat yang menarik di negara ini. Hal ini bertepatan dengan Kempen Cuti-Cuti Malaysia.

Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu bekerjasama dalam merapatkan hubungan kekeluargaan . Usaha ini penting kerana hubungan kekeluargaan yang baik  dapat 

Page 31: Program Galus Bm 2012

mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan keluarga. Seterusnya, mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan  melahirkan rakyat yang penyayang.

TEMA                    :               PERMAINAN TRADISIONALTUGASAN            :               CARA-CARA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONALFORMAT              :               TIADA

ISI-ISI PENTING :Individu mencari maklumat berkaitan permainan tradisionalIbu bapa beri sokongan kepada anak-anakPeranan pihak sekolah yang menubuhkan kelab permainan tradisionalPeranan kerajaan melalui media massaPeranan pihak swasta

CONTOH KARANGAN GALUS

Permainan tradisional ialah permainan yang dimainkan oleh masyarakat dahulu pada masa lapang.  Antara permainan tradisional yang mendapat sambutan masyarakat ialah layang-layang, congkak dan batu seremban.  Namun demikian, permainan tradisional semakin dilupakan oleh generasi muda.   Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mempopularkan permainan tradisional ini.

Antara cara mempopularkan permainan tradisional ini ialah kita perlu mencari maklumat tentang  permainan tradisional tersebut.  Setelah maklumat diperoleh , kita perlu mencuba permainan tersebut dengan ahli keluarga.  Kita juga boleh mengambil bahagian dalam pertandingan permainan tradisional yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. Sebagai contoh pertandingan permainan congkak.  Dengan ini, jelaslah bahawa generasi muda perlu mempopularkan permainan tradisional negara kita.

Ibu bapa pula, perlu memberi sokongan  kepada anak-anak dengan cara membelikan peralatan permainan tradisional.  Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak menyaksikan pertandingan permainan tradisional ini.  Selain itu, ibu bapa boleh membawa anak-anak melawat ke muzium dan galeri seni untuk melihat dengan lebih dekat peralatan permainan tradisional ini di samping memahami cara-cara permainan ini dimainkan.  Usaha-usaha yang dilakukan oleh ibu bapa ini dapat mempopularkan permainan tradisional.

Pihak sekolah juga boleh menubuhkan kelab permainan tradisional.  Dengan tertubuhnya kelab permainan tradisional ini, ahli-ahli kelab dapat menganjurkan pertandingan.  Sekolah juga boleh menghantar ahli-ahli kelab mengikuti kursus permainan tradisional bagi menarik minat pelajar melibatkan diri dalam permainan ini.  Peserta yang mengikuti kursus hendaklah diberi sijil penyertaan  dan penghargaan. Hal ini  jelas menunjukkan bahawa pihak sekolah berperanan penting untuk mempopularkan permainan tradisional.

Kerajaan perlu mempromosikan permainan tradisional melalui televisyen dan surat khabar.  Usaha ini boleh dilakukan melalui kempen yang berterusan.  Sebagai contoh,

Page 32: Program Galus Bm 2012

kerajaan mengadakan karnival pertandingan tradisional seperti Pesta Layang-layang yang diadakan di Pasir Gudang, Johor setiap tahun. Melalui Kementerian Belia dan Sukan kerajaan boleh mengadakan kursus permainan tradisional ini  untuk golongan belia.  Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala sosial dalam kalangan remaja.  Usaha kerajaan ini dapat menarik kedatangan pelancong asing ke negara kita sekali gus dapat mempopularkan permainan tradisional ini.

 Sementara pihak swasta pula boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional ini.  Pihak swasta boleh menjadi penaja bagi pertandingan yang dianjurkan  dengan menyediakan hadiah yang lumayan.  Sebagai contoh, penganjur menyediakan hadiah berbentuk tiket pelancongan ke luar negara kepada para pemenang. Hal ini dapat menarik  penyertaan pelbagai lapisan masyarakat untuk menyertainya.  Pendek kata, jelaslah bahawa pihak swasta juga memainkan peranan  penting dalam mempopularkan permainan tradisional negara ini.

Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu bekerjasama dalam mempopularkan permainan tradisional ini .  Usaha yang berterusan penting  supaya generasi akan datang dapat mengenali dan meminati permainan tradisional. Kesannya, permainan tradisional ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Page 33: Program Galus Bm 2012