Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · Daripada berjalan yang membawa rugi....
Transcript of Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · Daripada berjalan yang membawa rugi....
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest
Tahap SM4
Puisi (Gurindam & Sajak)
Nama : _____________________________
Puisi Tradisional
Gurindam – “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)”
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah tiil yang tidak senonoh.
Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
(Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)
Maksud:
Rangkap 1: Apabila seseorang itu berjaya menjaga penglihatannya dengan
baik, maka tidak akan timbul pelbagai keinginan yang dapat merosakkannya.
Rangkap 2: Apabila seseorang berjaya menjaga pendengarannya dengan baik,
berita-berita yang tidak elok dapat dihindarinya.
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 1
Rangkap 3: Apabila seseorang berjaya mengawal pertuturannya, banyak
kebaikan akan diperolehinya.
Rangkap 4: Apabila seseorang berjaya mengawal anggota tangannya, perkara
yang berat dan ringan akan dapat diselesaikannya.
Rangkap 5: Sekiranya seseorang gagal mengawal nafsu makan, maka banyak
perkara yang memudaratkan akan timbul.
Rangkap 6: Perlunya kebijaksanaan mengawal nafsu syahwatnya supaya
semangat mereka tidak mudah luntur.
Rangkap 7: Perlunya mengawal pergerakan kaki agar tidak pergi ke tempat-
tempat yang boleh membawa kepada kerosakan.
Tema
Gurindam ini bertemakan nasihat kepada murid agar memelihara anggota diri
dan berbudi pekerti mulia. Penjagaan anggota diri mampu menghindarkan diri
daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan buruk.
Persoalan
1. Kepentingan menjaga pancaindera, iaitu penglihatan, pendengaran, dan
pertuturan dalam kehidupan sehari-hari.
2. Kepentingan rnenjaga nafsu makan dan nafsu syahwat.
3. Kepentingan mengawal anggota badan terutarna tangan dan kaki.
Bentuk Gurindam
1. "Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga )" ini terdiri daripada tujuh
rangkap.
2. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu dua baris
serangkap.
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 2
3. Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara dua hingga
tujuh patah kata dalam sebaris,
4. Bilangan suku kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara sembilan
hingga sebelas suku kata sebaris.
5. Rima akhir gurindam ialah aa.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
1. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis.
Contohnya:
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
2. Penggunaan bahasa kiasan. Contohnya:
Apabila perut sudah penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.
3. Penggunaan inversi. Contohnya:
(a) Nescaya dapat daripadanya faedah.
Sepatutnya: Nescaya dapat faedah daripadanya.
(b) Khabar yang jahat tiadalah damping.
Sepatutnya: tidak berdamping dengan khabar yang jahat.
4. Unsur bunyi:
(a) asonansi (perulangan bunyi vokal), Contohnya:
Daripada segala berat dan ringan,
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal a sebanyak lapan kali.
(b) aliterasi (perulangan bunyi konsonan). Contohnya:
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan d sebanyak dua
kali.
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 3
(c) jeda (pemberhentian suara sekejap di tengah baris). Contobnya:
Apabila perut /sudah penuh,
Keluarlab fiil /yang tidak senonoh.
Nilai
1. Nilai berhati-hati. Contohnya, kita dinasihati agar berhati-hati mengawal
pancaindera agar tidak membawa kepada kerosakan.
2. Nilai rasional. Contohnya, kita dinasihati agar tidak menurut kehendak nafsu
makan dan nafsu syahwat.
3. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, kita dinasihati agar berusaha mengawal
anggota tangan dan kaki.
Pengajaran
1. Kita hendaklah mengawal anggota pancaindera kerana banyak keburukan
yang akan berlaku sekiranya kita gagal mengawal pancaindera dengan baik.
2. Kita tidak boleh terlalu menurut kehendak nafsu kerana tindakan itu akan
menjerumuskan kita ke lembah kehinaan.
3. Kita hendaklah bijak mengawal anggota tubuh badan supaya kehidupan
menjadi lebih sejahtera.
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 4
Latihan
Baca gurindam di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Apakah maksud rangkap ketujuh "Gurindam Dua Belas"? [2 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
(ii) Pada pendapat anda, apakah yang harus dilakukan oleh seseorang agar
terhindar daripada melakukan kejahatan? [3 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
_________________________________________________________
(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 5
Puisi Moden
Sajak – “www.sibermerdeka.com.my”
Dalam kebun diriku
aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
hidup menentang senja dan malam.
Dalam parlimen diriku
aku bahas isu onak dan enak
untukku merdekakan warga fikirku
mengelak hidup dikotak-katikkan
Dalam laut diriku
ombak gelora menampar pantai aman
untuk menguji amal dan iman.
Dalam gergasi diriku
terpedaya jua oleh permainan si kancil
namun sempat sedar dan beringat lagi.
Dalam pentas diriku
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
menghayati skrip demi skrip
yang tak diduga klimaksnya.
Dalam dewan diriku
aku tak cemas lagi
oleh kata yang mengekang
aku tak lemas lagi
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 6
oleh kata yang menyerang.
Apabila sibermerdeka sampai
ke rumah cabaranku
aku panggil diriku bermesyuarah
menyokong, berkecuali atau menentang
aku ambil keputusan
waktu itu aku kenal batas diri
untuk tidak mengulangi kekalahan.
Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia
aku turun darinya menghadapi hidup nyata
peristiwa datang peristiwa pergi
bagai siang memanggil malam
dan siber merdeka terus berkaca
terus mengalirkan arus ingatan
elakkan dirimu menjadi sia-sia
hamparkan dirimu di persada Tuhan.
Abdul Ghaffar Ibrahim
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka
Rangkap 1: Penyajak telah membuat perancangan pada dirinya, iaitu untuk
keluar daripada kepompong kesusahan hidupnya. Dia perlu menghadapi
pelbagai cabaran yang mendatang.
Rangkap 2: Penyajak tidak mahu pemikirannya terkongkong sebaliknya akan
memikirkan perihal susah senang bagi mengelakkan dirinya daripada
dipermain-mainkan.
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 7
Rangkap 3: Banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuh oleh penyajak
dalam kehidupan. Kesemuanya itu untuk menguji keimanannya.
Rangkap 4: Dalam keadaan berhati-hati, penyajak terpedaya juga oleh tipu
muslihat yang begitu licik. Penyajak bernasib baik kerana cepat sedar akan tipu
muslihat tersebut.
Rangkap 5: Penyajak telah mempersiapkan dirinya jika berhadapan dengan
sesuatu masalah. Dia juga perlu berani menghadapi sesuatu yang tidak dijangka
akan terjadi dalam kehidupannya.
Rangkap 6: Penyajak tidak lagi berasa takut oleh halangan dan rintangan yang
memburuk-burukkannya.
Rangkap 7: Sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul, penyajak akan
mengambil pendekatan yang terbaik bagi menanganinya. Penyajak memiliki
pendirian tersendiri dan tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan
sebelum ini.
Rangkap 8: Banyak peristiwa pahit manis telah ditempuh oleh penyajak
sepanjang kehidupannya. Dalam usia yang sudah meningkat tua, penyajak
mengingatkan dirinya agar tidak lagi mempersia-siakan kehidupan sebaliknya
mengisi masa tersebut untuk menambahkan amal ibadat kepada Tuhan.
Tema
Tema sajak ini ialah ketabahan seorang insan untuk mendepani dugaan hidup.
Hal yang demikian kerana penyajak pernah terpedaya oleh tipu muslihat yang
licik tetapi sabar menghadapinya. Selain itu, penyajak juga tabah menghadapi
segala dugaan dalam hidup dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan yang
pernah dilakukannya.
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 8
Persoalan
1. Perlunya perancangan dan persediaan untuk mengharungi cabaran hidup.
2. Kehidupan ini penuh dengan tipu muslihat dan pancaroba.
3. Keinginan untuk tidak mengulangi kesilapan.
4. Keinsafan untuk membaiki sisa-sisa kehidupan.
5. Kekuatan diri dalam melawan musuh.
6. Keyakinan untuk menghadapi masa depan apabila memiliki pendirian yang
teguh.
7. Keinginan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.
Bentuk Sajak
1. Sajak ini berbentuk bebas.
2. Sajak ini terdiri daripada lapan rangkap.
3. Bilangan barisnya tidak sama; rangkap pertama ada empat baris, rangkap
kedua ada empat baris, rangkap ketiga ada tiga baris, rangkap keempat ada tiga
baris, rangkap kelima ada lima baris, rangkap keenam ada lima baris, rangkap
ketujuh ada tujuh baris, dan rangkap kelapan ada lapan baris.
4. Jumlah patah kata dan suku kata dalam setiap baris sajak ini juga tidak
sama. Misalnya, pada rangkap kelapan baris pertama ada lapan patah kata
dengan sembilan belas suku kata. Sebaliknya pada rangkap pertama baris
pertama ada tiga patah kata sahaja dengan tujuh suku kata.
5. Rima akhir rima sajak ini bebas; abac, abac, abb, abc, abbcd, abcbc,
abcdeae, aabcadad.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
l. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis.
Contohnya:
bagai siang memanggil malam - rangkap 8, baris 4
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 9
2. Anafora. Contohnya:
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
3. Metafora. Contohnya:
(a) kebun diriku
(b) parlimen diriku
(c) arus ingatan
(d) pangkalan usia
(e) warga fikirku
4. Sinkope. Contohnya:
yang tak diduga klimaksnya - rangkap 5, baris 5
5. Personifikasi. Contohnya:
(a) ombak gelora menampar pantai aman - rangkap 3, baris 2
(b) Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia - rangkap 8,
baris 8
6. Unsur bunyi:
(a) asonansi. (perulangan bunyi vokal). Contohnya:
i. aku tanam saujana rancangan
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal a sebanyak
sembilan kali.
ii. aku panggil diriku bermesyuarah
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal u sebanyak tiga
kali.
(b) aliterasi. (perulangan bunyi konsonan) Contohnya:
i. peristiwa datang peristiwa pergi
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan p sebanyak
dua kali.
ii. Dalam dewan diriku
rangkap 5, baris 2 dan 3
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 10
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan d sebanyak
tiga kali.
Nada
Sajak ini bemada melankolik. Nada melankolik sesuai dengan sajak tersebut
yang menggambarkan perasaan penyajak berusaha untuk menghadapi pelbagai
cabaran hidup yang akhirnya ingin menghambakan diri kepada Tuhan yang esa.
Nilai
1. Nilai rasional. Contohnya, penyajak mempunyai perancangan agar hidupnya
tidak susah lagi.
2. Nilai kebebasan. Contohnya, penyajak tidak mahu kehidupannya dipermain-
mainkan.
3. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, penyajak akan berhujah dengan dirinya
sebelum membuat sesuatu keputusan.
4. Nilai keinsafan. Contohnya, penyajak tidak akan mengulangi kesilapan yang
telah dilakukan sebelum ini.
5. Nilai berwaspada. Contohnya, penyajak sedar akan tipu daya dan akan lebih
berwaspada pada masa akan datang.
6. Nilai penghargaan. Contohnya, penyajak tidak mahu hidup ini dipersia-
siakan.
7. Nilai ketakwaan. Contohnya, penyajak akan menjadi insan yang taat kepada
Tuhan.
Pengajaran
1. Kita hendaklah rasional dalam mengambil sesuatu tindakan.
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 11
2. Kita perlulah berfikir semasak-masaknya sebelum mengambil sesuatu
keputusan.
3. Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini.
4. Kita perlulah berwaspada akan tipu muslihat pihak lawan.
5. Kita hendaklah menghargai umur yang diberikan oleh Tuhan.
6. Kita perlulah bertakwa kepada Tuhan.
Latihan
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Apakah maksud rangkap keempat sajak “www.sibermerdeka.com.my”?
[2 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk
mengurangkan masalah yang akan timbul pada kemudian hari? (KBAT)
[3 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 12
___________________________________________________________
___________________________________________________________
Sajak – “Gelanggang”
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari
hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.
Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
derni mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.
Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhwah
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 13
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.
Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.
Onn Malini
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Maksud:
Rangkap 1: Dengan kebijaksanaan nenek moyang kita kira-kira 50 tahun yang
lampau, negara ini telah berjaya dimerdekakan. Hal ini disebabkan adanya
persepakatan antara kaum di negara ini.
Rangkap 2: Usaha memerdekakan negara memerlukan pengorbanan yang
besar. Hal inilah yang telah dilakukan oleh nenek moyang kita sebelum ini.
Generasi kini perlulah bersama-sama mempertahankan kemakmuran dan
kedaulatan negara daripada ancaman luar yang ingin menggugat kestabilan
negara. Kedaulatan negara akan dapat dikekalkan seandainya setiap kaum
mengamalkan sikap bersatu padu dan bertoleransi.
Rangkap 3: Demi negara tercinta, rakyat hendaklah berani berjuang
mempertahankan maruah negara. Tidak ada sikap tolak ansur terhadap anasir-
anasir yang cuba menggugat keharmonian negara. Sekiranya ada pihak yang
cuba mengucar-ngacirkan negara, mereka perlu ditentang habis-habisan.
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 14
Rangkap 4: Rakyat diseru agar mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan
pertelingkahan sesama sendiri.
Rangkap 5: Setiap orang perlu memikul tanggungjawab bagi mempertahankan
kedaulatan negara. Perpaduan yang dipupuk itu akan menyebabkan negara kita
menjadi aman dan seterusnya dihormati oleh negara lain. Sewajarnya, kita
mencurahkan sepenuh ketaatan kepada negara tercinta ini sampai bila-bila.
Tema
Tema sajak ini ialah pentingnya mempertahankan kedaulatan tanah air kita
yang tercinta. Usaha dan perjuangan nenek moyang yang berusaha
memerdekakan dan mendaulatkan tanah air wajar dikenang. Oleh itu, kerjasama
dan perpaduan antara kaum perlulah dipererat.
Persoalan
1. Perlunya generasi kini menghargai usaha yang dilakukan oleh nenek
moyang terdahulu membangunkan negara.
2. Perpaduan dalam kalangan rakyat amat penting dalam sesebuah negara
agar dapat mewujudkan negara yang berdaulat.
3. Pertelingkahan dan permusuhan akan menghancurkan negara.
4. Semua rakyat di negara ini wajib mencurahkan sepenuh ketaatan dan
kasih sayang terhadap negara.
5. Usaha membangunkan negara memerlukan kerjasama daripada semua
pihak.
Bentuk Sajak
1. Sajak ini berbentuk bebas.
2. Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 15
3. Bilangan barisnya tidak sama, iaitu rangkap pertama ada lima baris,
rangkap kedua ada lapan baris, rangkap keriga ada tujuh haris, dan rangkap
keempat ada tujuh baris.
4. Jumlah patah kata dan suku kata dalam sajak ini juga tidak sama.
Misalnya, pada rangkap ketiga baris pertama ada lapan patah kata dengan dua
puluh satu suku kata. Sebaliknya pada rangkap kedua baris keempat ada satu
patah kata sahaja dengan tiga suku kata.
5. Rima akhirnya bebas; abccd, abacdadc, abcbcdb, abbcbbd.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
1. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis.
Contohnya:
(a) Hari ini pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
(b) dan air mata
2. Anafora. Contohnya:
kita pelihara
kita mempertahankan
3. Metafora. Contohnya:
gelanggang keramat.
4. Perlambangan atau imejan. Contohnya:
pewaris gelanggang
“Pewaris” bermaksud generasi kini. Dalam sajak ini, “pewaris
gelanggang” membawa maksud rakyat di negara ini.
5. Repetisi atau perulangan kata. Contohnya:
Kata gelanggang disebut sebanyak enam kali dalam sajak ini.
6. Unsur bunyi:
(a) asonansi. (perulangan bunyi vokal). Contohnya:
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.
rangkap 2,
baris 1 dan 2
rangkap 2, baris 5 dan 6
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 16
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal i sebanyak
lapan kali.
(b) aliterasi. (perulangan bunyi konsonan). Contohnya:
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan s sebanyak
dua kali.
Nada
Sajak ini bernada patriotisme. Nada patriotisme sesuai dengan sajak tersebut
yang menggambarkan perasaan cinta penyajak terhadap tanah air.
Nilai
1. Nilai cinta akan tanah air. Contohnya, nilai cinta akan negara perlulah
dipupuk dalam diri setiap warga negara.
2. Nilai penghargaan. Contohnya, jasa nenek moyang kita memerdekakan
negara ini perlu dihargai.
3. Nilai bersatu padu. Contohnya, kemerdekaan yang dikecap adalah hasil
perpaduan antara kaum di negara ini.
4. Nilai ketaatan. Contohnya, taat dan setia kepada negara tanpa berbelah bagi
merupakan cara untuk menunjukkan kesetiaan.
5. Nilai pengorbanan. Contohnya, pendekar sanggup berkorban demi negara
tercinta.
6. Nilai bertanggungjawab. Contohnya, semua rakyat di negara ini
bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara daripada ancaman anasir luar.
Pengajaran
1. Kita hendaklah memiliki perasaan cinta akan negara tanpa berbelah bagi.
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 17
2. Kita hendaklah menghargai jasa yang dicurahkan oleh nenek moyang kita
yang berusaha memerdekakan negara ini.
3. Untuk menjamin keharmonian negara dikekalkan, rakyat di negara ini
perlulah bersatu padu.
4. Kita perlulah bersedia untuk berkorban demi negara.
5. Setiap warganegara bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara daripada
ancaman anasir luar.
Latihan
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Nyatakan dua cara untuk mengekalkan perpaduan seperti yang
dinyatakan dalam sajak ini. [2 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
(ii) Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan sesebuah negara
dijajah? [3 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
(iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak ini. [4 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 18
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my