Program Bagi Masyarakat Orang Asli
-
Upload
personwithheart -
Category
Documents
-
view
287 -
download
2
Transcript of Program Bagi Masyarakat Orang Asli
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
1/55
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN,
22000 BESUT, TERENGGANU.
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (KKBI)
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
(PISMP) SEMESTER 3
NAMA PELAJAR :
NO KAD PENGENALAN :
KUMPULAN/UNIT : PISMP MATEMATIK SEMESTER 3
SUBJEK : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)
NAMA PENSYARAH : ENCIK
TARIKH HANTAR : 16 MAC 2013
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
2/55
Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya
Nama:
No k/p:
Tarikh hantar: 16 Mac 2013
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
3/55
ISI KANDUNGAN
1.0 Pendahuluan
Program dan rumusan
Masyarakat orang asli
Masyarakat pedalaman
Masyarakat indegeous (pribumi)
3.0 Refleksi
4.0 Bibliografi
Lampiran
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
4/55
BIODATA DIRI
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
5/55
Nama :
Alamat :
No Kad Pengenalan :
No Matrik :
Email :
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
6/55
1.0PENDAHULUAN
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
7/55
PENDAHULUAN
Pernyataan Menteri Pelajaran Malaysia Dato Seri Hishamuddin tentang pentingnya
kesamarataan dalam memberikan kemudahan pendidikan kepada semua rakyat
Malaysia menggambarkan pentingnya misi pembangunan modal insane yang
seimbang.Apa yang penting ialah kemajuan negara hendaklah disertai oleh
kemajuan dalam semua aspek termasuklah pendidikan di kalangan rakyat. Tanpa
mengira di mana mereka berada, kemajuan dan pembangunan perlulah dinikmati
dan dikuasai secara bersama.
Pendidikan merupakan suatu aspek yang sangat penting kepada
pembangunan negara.Ini kerana pendidikan merupakan penyalur kepada modal
insan negara. Kecemerlangan pendidikan akan menjamin kecemerlangan dalam
sesebuah negara. Justeru itu pembangunan pendidikan perlulah mengambil kira
semua aspek tanpa mengira di mana lokasi sesebuah sekolah berada.Satu
permasalahan yang sentiasa menjadi pokok perbincangan utama ialah
kecemerlangan pendidikan antara bandar dan luar bandar.Banyak kajian telah
dijalankan untuk melihat perbezaan pendidikan antara bandar dan luar bandar (lihat
Mohd Hisham, 2000; Siti Sara, 2000; Suryanti, 2000; Lim Geok Ping, 2003).Didapati
bahawa jurang pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar masih ketara
terutamanya daripada aspek kemudahan-kemudahan asas dan sumber pendidikan.
Ketidaksamaan peluang dalam pendidikan pula bermaksud sekatan hak
seseorang untuk mengembangkan potensinya. Konsep diskriminasi/ketidaksamaan
ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang
atau sekelompok terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi
perilaku pihak yang berpandangan negatif. Diskriminasi ialah perbuatan
membanding dan membezakan individu atau kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri
etnik semata-mata. Ketaksamaan telah berlaku sejak dahulu lagi (sistem feudal).
Rakyat bawahan atau marhain, golongan pembesar, dan golongan istana menerima
sistem pendidikan yang berbeza.Diteruskan lagi pada zaman penjajah.Golongan
pembesar mewariskan kecerdikan sebaliknya anak petani dan orang kampung terus
ketinggalan.
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
8/55
Tugasan ini akan membincangkan mengenai keberkesanan program yang
telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mewujudkan
kesamaan peluang pendidikan dalam kalangan pelajar di Negara ini. Fokus
perbincangan terhadap masyarakat orang asli, penduduk peribumi (indigenous) dan
masyarakat pedalaman.
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
9/55
2.0 PROGRAM BAGIMASYARAKAT ORANG
ASLI
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
10/55
Model K9 atasi keciciran Orang Asli
21 Jan 2013, 10:06 AM | Perspektif
Mukadimah
BAGI mengurangkan kadar keciciran murid Orang Asli, satu daripada tujuh PelanTransformasi Pendidikan Orang Asli (PTPOA) adalah memperluas Sekolah ModelKhas Komprehensif (K9) bagi menyedia peluang dan akses pendidikan lebihterancang kepada pelajar kaum itu.
Projek pertama K9 mula dipraktikkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Bedian,Baram, Sarawak khusus untuk komuniti kaum Penan.
Bermula sesi persekolahan 2013, Sekolah Kebangsaan (SK) Betau dekatSungai Koyan, Kuala Lipis, Pahang terpilih melaksanakan model khas K9tersebut.
Wartawan Utusan Malaysia, NORIZAN ABDUL MUHID membuat tinjauanmengenai pelaksanaan program K9 untuk murid Orang Asli di SK Betau, baru-baru ini.
PELAKSANAAN Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) merupakan sebahagiandaripada komitmen Kementerian Pelajaran dalam memperkasa pencapaian muridOrang Asli dengan tumpuan mengurangkan kadar keciciran golongan itu yangtamat sekolah rendah ke tingkatan satu sebanyak enam peratus setahun dalamtempoh lima tahun ini.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Betau, Hassim Othman berkata, menerusimodel itu, pelajar menghabiskan masa sembilan tahun di sekolah tersebut bagimengikuti pembelajaran bermula tahun satu hingga tingkatan tiga.
Menurutnya, asrama harian disediakan bagi memastikan pelajar Orang Asli yangtinggal jauh dari sekolah seperti Kampung Simoi, Kampung Kuala Sat dan KualaLanchang mudah untuk ke sekolah.
Buat permulaan, katanya, kira-kira 80 pelajar Orang Asli Semoi menjadi kumpulansulung tingkatan stu sekolah itu dan mereka dibahagikan kepada dua kelas.
Hal ini sebagai satu strategi Kementerian Pelajaran menyelesaikanpermasalahan selain merapatkan jurang pendidikan dalam kalangan masyarakatOrang Asli.
Projek khas K9 ini berupaya mengurangkan kadar keciciran murid Orang Asli diperingkat rendah dan menengah malah membantu meningkatkan kehadirangolongan itu ke sekolah, katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru -baru ini.
SK Betau merupakan salah sebuah daripada enam buah sekolah Orang Asli yang
http://www.adap.com.my/segmen.php?kategori=Perspektifhttp://www.adap.com.my/segmen.php?kategori=Perspektifhttp://www.adap.com.my/segmen.php?kategori=Perspektifhttp://www.adap.com.my/segmen.php?kategori=Perspektif -
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
11/55
terdapat dalam daerah Kuala Lipis, Pahang dan mempunyai kira-kira 600 murid,40 guru dan staf sokongan.
Penubuhan awal SK Betau diperkenalkan seorang guru Dayak dari Borneo danasalnya merupakan sekolah pondok menggunakan papan batu kepada pendudukyang mengikuti pembelajaran.
Guru-guru ketika itu dalam kalangan Orang Asli sendiri.
Selain itu menurut Hassim, sambutan pelajar Orang Asli yang mendaftar memasuki tingkatan satu pada hari pertama persekolahan amat baik walaupunada sebahagian daripada mereka agak lewat ke sekolah.
Pada peringkat permulaan, kita membuka hanya dua kelas tingkatan satu dibawah K9 ini.
Walaupun hanya dua kelas, sambutan pelajar yang hadir pada minggu pertamapersekolahan amat baik.
Hampir 100 peratus bilangan pelajar baharu Orang Asli yang mendaft ar dalamprogram taklimat ibu bapa K9 sebelum ini hadir memulakan persekolahanmenengah mereka, ujarnya.
Kata Hassim, bagi memudahkan proses pembelajaran peringkat menengahdilaksanakan di bawah program K9 di sekolah itu, beberapa tenaga pengajar darisekolah menengah berhampiran dihantar ke SK Betau termasuk dari KementerianPelajaran.
Antara pelajar Orang Asli yang meneruskan sesi persekolahan menengah di SKBetau menerusi projek K9 ini termasuklah dua bekas murid Tahun 6 sekolah ituyang turut memperoleh keputusan agak baik pada Ujian Pencapaian SekolahRendah (UPSR) lalu.
Pada peperiksaan itu, Sofea A/P Ghani, 13, mendapat 1A,3B dan 1C bagi subjekbahasa Inggeris .
Menurut Sofea, dia berasa bertuah kerana berpeluang mengikuti pembelajaran diperingkat menengah di sekolah yang sama malah terletak tidak jauh darikampungnya.
Katanya, walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana tinggal di asramasekolah, dia tetap merasa lega kerana ibu bapanya tidak perlu lagi mengeluhmengenai perbelanjaan hariannya untuk ke sekolah.
Program K9 ini sangat baik kerana amat memudahkan persekolahan anak Orang Asli yang tinggal jauh dari sekolah dan sangat wajar dimanfaatkan.
Oleh itu, tiada sebab lagi kenapa anak -anak Orang Asli sukar ke sekolah
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
12/55
disebabkan masalah pengangkutan atau rumah terletak jauh dalam kawasankampung, katanya.
Bagi gadis itu, nasib kaumnya boleh berubah lebih baik sekiranya merekaberusaha mengubah taraf kehidupan dan bijak merebut pelbagai peluangpembangunan yang disediakan kerajaan pada hari ini..
Manakala rakannya, Haslin Harun, 13, dia hampir putus asa untuk meneruskanpersekolahan kerana rungsing memikirkan cara untuk ke sekolah ekoranketiadaan pengangkutan.
Sekolah menengah hanya terdapat di Medang dan sekolah itu agak jauh darirumah manakala sekolah paling dekat hanya SK Betau.
Oleh sebab itu apabila K9 diperkenalkan, saya berpeluang menyambung
pembelajaran peringkat menengah di sekolah yang sama, jelasnya. Kata gadis bercita-cita menjadi guru itu, perlaksanaan program K9 turut memberipeluang kepada murid Orang Asli meningkatkan keyakinan diri kerana sudahbiasa dengan suasana persekitaran sekolah.
SEORANG guru SK Betau memulakan pengajaran kepada Orang Asli tingkatan
satu yang terlibat dalam program khas K9 bermula sesi persekolahan baharu awalJanuari lalu di sekolah tersebut di Kuala Lipis, Pahang.
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
13/55
Tahun Satu hingga Tingkatan 3 sekolah sama
Kementerian Pelajaran memperkenalkan satu konsep baru bagi membolehkan murid
mengikuti pembelajaran selama sembilan tahun dari Tahun Satu sehingga Tingkatan
Tiga di sekolah yang sama.
Konsep Sekolah Model Khas Komprehensif (K-9) itu bertujuan menangani kes
keciciran pelajar sewaktu transisi dari Tahun Enam ke Tingkatan Satu serta
memastikan kemudahan sekolah kurang murid (SKM) di digunakan secara
optimum.
Buat permulaan, Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar 2 Paloh Hinai, Pekan, Pahang,
dipilih bagi merintis pelaksanaan projek itu yang akan dilancarkan Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Sabtu ini.
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Khas, Dr Salbiah
Ismail, berkata asrama harian akan disediakan bagi memastikan pelajar yang tinggal
jauh dari sekolah dapat mengakses pendidikan secara berterusan.
Kira-kira 60 pelajar Tahun Enam di sekolah itu akan menjadi kumpulan sulung
memasuki Tingkatan Satu di sekolah sama, tahun depan.
Kemasukan ke sekolah itu tidak hanya terbatas kepada mereka, sebaliknya turut
terbuka kepada lulusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari sekolah
rendah lain, ka tanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Dr Salbiah berkata, konsep itu diperkenalkan hasil cadangan Timbalan Perdana
Menteri supaya sekolah model khas dibangunkan di SK Bandar 2 Paloh Hinai bagi
menempatkan pelajar Orang Asli di gugusan Chini dan kawasan lain sekitar Pekan
kerana sekolah terbabit masih berstatus SKM sejak dibuka pada 2001.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan menyuarakan saranan itu ketika merasmikan
penutupan program outreach pendidikan khas dan lawatan menangani isupendidikan anak Orang Asli di Pekan pada 23 September tahun lalu, sekali gus
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
14/55
mengarahkan Jabatan Pelajaran Pahang menyediakan kertas konsepnya.
Berdasarkan laporan mengenai perkembangan pendidikan pelajar Orang Asli di
Pekan, hanya antara 30 peratus sehingga 35 peratus murid Tahun Enam
menyambung pelajaran ke Tingkatan Satu. Selain itu, peratus kehadiran pelajar
amat rendah dan tidak konsisten, sekali gus menyumbang kepada keciciran dan
buta huruf tinggi di kalangan mereka.
Dr Salbiah berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Menangani Isu Pendidikan Murid
Orang Asli dan Penan pada 4 Julai lalu juga bersetuju melaksanakan konsep K-9 di
SK Long Bedian, Miri serta sebuah lagi sekolah yang akan dikenal pasti di kawasan
Kapit/Belaga, Sarawak.
Kementerian meluluskan peruntukan RM800,000 bagi mengubah suai serta menaik
taraf lapan bilik darjah kosong di SK Bandar 2 Paloh Hinai kepada blok asrama lelaki
dan perempuan, menaik taraf kantin dan bilik warden serta pembekalan perabot
asrama, dapur dan dewan makan.
Beliau berkata, SK Bandar 2 Paloh Hinai juga mempunyai pelbagai prasarana lain
serba lengkap dan amat merugikan sekiranya ia hanya digunakan 141 pelajar sedia
ada dari peringkat prasekolah sehingga Tahun Enam.
Justeru, inisiatif terbaru ini akan membolehkan semua kemudahan itu dimanfaatkan
secara optimum, sekali gus membantu usaha meningkatkan kecemerlangan pelajar,
lebih- lebih lagi golongan pribumi, katanya.
Dr Salbiah menjelaskan, kemudahan asrama disediakan bagi pelajar Orang Asli
yang tinggal jauh serta menghadapi masalah pengangkutan, antara lain dari
Runchang, Kota Perdana, Tanjung Kelapa dan Permatang Keledang, bagi
memastikan konsistensi kehadiran mereka ke sekolah.
Malah, dua bilik tetamu turut disediakan bagi membolehkan ibu bapa pelajar terbabit
bermalam selepas menghantar anak mereka ke sekolah kerana rata-rata merekamenghadapi masalah pengangkutan untuk pulang pada hari sama.
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
15/55
Asrama itu kini dihuni 64 pelajar Orang Asli yang memulakan pembelajaran di SK
Bandar 2 Paloh Hinai sejak 1 Ogos lalu, termasuk 24 pelajar cemerlang Tahun
Empat dipilih khas dari 12 sekolah sekitar Pekan.
Katanya, Najib juga akan melancarkan Program Bakti Pendidikan Eastmen untuk
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pelajar Orang Asli di
sekolah itu. Menerusi program itu, Eastmen Chemical (M) Sdn Bhd menyumbang
lima komputer dan menaja program tuisyen kepada 24 pelajar Orang Asli di sekolah
itu.
Oleh Syuhada Choo Abdullah (BH 060907)
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
16/55
2.0.1 RUMUSANMENGENAIROGRAM BAGI
ORANG ASLI
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
17/55
Program yang dijalankan oleh kerajaan mengenai program asrama harian
bagi orang asli. Program ini mempunyai banyak kelebihan apabila murid-murid dapat
tinggal di asrama serta ibu bapa juga dapat tinggal di asrama bagi menunggu anak-
anak mereka belajar. Hal ini dapat mempertingkatkan sahsiah diri kepada murid-
murid kerana ibu bapa mereka dapat melihat sendiri tingkah laku anak-anak mereka
semasa di sekolah.
Selain daripada itu, kemudahan yang disediakan di asrama yang
dipertingkatkan dapat meningkatkan lagi cara hidup orang asli supaya bersedia
dengan dunia luar. Kemudahan yang diberikan dapat mereka gunakan serta merasa
keselesaan bagi memupuk sifat serta semangat ingin belajar mereka.Kemudahan
yang disediakan seperti menyediakan asrama yang selesa bagi pelajar perempuandan lelaki, serta tempat tinggal bilik tamu bagi ibu bapa. Hal ini dapat menjimatkan
kos perjalanan daripada rumah ke sekolah. Para ibu atau bapa dapat memasak
bersama-sama rakan-rakan mereka semasa berada di tempat tinggal sementara itu
bilik tamu . Hal ini juga dapat mempertingkatkan silaturahim antara ibu bapa serta
guru.
Program ini juga mengurangkan kadar keciciran kepada murid-murid untuk
pergi ke sekolah yang memakan masa yang lama. Apabila kadar keciciran murid-
murid pergi ke sekolah menurun, maka proses pengajaran dan pembelajaran guru
dapat berjalan dengan lancar. Program ini juga memberikan murid-murid dari
kalangan masyarakat orang asli berasa seronok apabila mereka dapat berkumpul
beramai-ramain dan melakukan aktiviti bermanfaat bersama-sama. Makanan yang
disediakn di asrama juga mengikut pemakanan seimbang murid-murid. Hal ini dapat
meningkatkan kadar kesihatan di kalangan masyarakat orang asli ini. Makanan yang
berkhasiat serta secara berkonsisten diambil mengikut masa yang ditetapkan dapatmeberikan kecerdasaan kepada minda murid-murid.
Asrama harian yang diberikan kepada murid-murid ini juga adalah
pendedahan awal kepada murid-murid masyarakat orang asli hidup secara berdikari
apabila melanjutkan pembelajaran di asrama penuh ataupun di IPTA atau IPTS.
Kebiasaan mereka hidup di asrama juga mampu membuatkan mereka selesa
apabila bergaul dengan masyarakat bukan sahaja dari kalangan mereka.
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
18/55
Asrama yang disediakan dengan penyeliaan warden ini memberikan
kenyakinan kepada para ibu bapa mengenai keselamatan serta sahsiah anak-anak
mereka. Mereka juga dapat menanamkan kepercayaan kepada para guru untuk
mendidik anak-anak mereka.
Namun masih terdapat kekurangan pada program ini dari segi kos. Kos
pembinaan bagi kemudahan asrama menelan belanja yang banyak. Selain itu, kos
penyelenggaraan asrama juga memerlukan kos yang banyak. Kos-kos bagi
kebersihan dan keceriaan asrama juga memerlukan kos yang tinggi. Hal ini
menyukarkan ibu bapa dan murid-murid apabila berlaku kerosakan dan tidak
diselenggara dengan scepat mungkin memberikan risiko yang tinggi terutamanya
kepada murid-murid seperti luka, renjatan eletrik dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, masalah yang timbul juga adalah kurangnya guru yang
ingin menjadi warden terutamanya yang sudah berkahwin. Hal ini kerana,
kebiasaanya seseorang guru yang sudah berkehidupan berkeluarga lebih gemar
mereka tinggal di pecan atau bandar kerana kemudahan dari segi pakaian-pakaian
anak, pemakanan anak serta kemudahan untuk rawatan susulan bagi kanak-kanak.
Guru-guru yang ditempatkan di kawasan tersebut juga akan mengalami masalah
komunikasi serta masa yang amat terhad untuk melakukan penyesuaian diri untuk
mengadaptasi dengan komuniti masyarakat orang asli terutamanya.
Seterusnya, guru-guru di sini perlulah menyesuaikan diri dengan persekitaran
baru mereka dan mepelajari kehidupan mereka melalui perkongsian pandangan dan
pendapat dengan berkomunikasi yang lebih berkesan. Walaubagaimanapun,
komunikasi yang berlaku di sini tidaklah terlampau formal bahkan perlu lebih
memahami bahasa-bahasa daerah seperti suku kaum orang asli agar mereka dapat
mendalami Bahasa melayu untuk dijadikan bahasa pengantar bagi kegunaan harian
khususnya. Sebagai contohnya, pelajar yang kurang arif berkomunikasi setidaknya
dapat bercakap untuk berurusan dengan guru sewaktu proses pengajaran
dilaksanakan. Masalah berkomunikasi dan penyesuaian diri bermula setelah
kehadiran guru baru yang baru sahaja ditempatkan di sekolah.
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
19/55
Penambahbaikkan bagi program ini adalah memberikan latihan kepada
masyarakat orang asli supaya dapat menjadi warden asrama. Apabila hal ini
berlaku, mudah bagi warden dari masyarakat orang asli itu sendiri memahami
masalah yang dihadapi oleh murid-murid dan ibu bapa masyarakat orang asli itu.
Hubungan yang sudah terjalin baik mampu memberikan kerjasama antara warden
dengan ibu bapa. Kebanyakkan orang asli lebih percayakan daripada kalangan
masyarakat mereka sendiri mengenai sesuatu maklumat yang disampaikan. Warden
dari kalangan orang asli mudah melakukan sesuatu aktiviti dalam kalangan
masyarakt mereka kerana sudah mengetahui mengenai adat resam serta
kepercayaan yang masih mereka amalkan.
Orang Asli khususnya perlulah mengambil langkah-langkah yang bijak agar mereka dapat menjadi warden asrama yang berwibawa dalam melaksanakan
tanggungjawab terhadap pelajar. Sebagai contohnya, asrama yang disediakan juga
perlulah dipantau oleh warden-warden yang dilantik dan para warden juga perlu
berkomunikasi sesama pelajar orang asli terutamanya agar segala keperluan dan
kemudahan yang disediakan amatlah lengkap dan sistematik. Hal ini demikian
kerana, keperluan dan kebajikan pelajar hendaklah dipantau dan di ambil berat bagi
menempatkan pelajar-pelajar yang jauh dari rumah mereka agar membantu merekamenjadikan asrama ini sebagai tempat untuk belajar dan menimba ilmu selepas
waktu pesekolahan. Di samping itu, guru perlulah menyesuaikan diri dengan
menyelami kehidupan masyarakat atau komuniti pelajar sekolah orang asli supaya
guru-guru atau warden di situ dapat memahami dan menyesuaikan diri dengan
masyarakat di sana supaya budaya saling hormat-menghormati dapat diterap di
anatara satu sama lain.
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
20/55
2.1 PROGRAM BAGIMASYARAKAT
PENDALAMAN
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
21/55
PROGRAM JALUR LEBAR
Sumber :
http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2148%3Au
tusan-malaysia-28-oktober-2010-jalur-lebar-lepasi-sasaran-50-peratus-&catid=131%3Autusan-malaysia&Itemid=145&lang=bm
UTUSAN MALAYSIA : 28 OKTOBER 2010 : JALUR LEBAR LEPASI SASARAN 50
PERATUS
PUTRAJAYA 28 Okt. - Kadar penembusan jalur lebar mengikut isi rumah telah
melepasi sasaran 50 peratus seperti yang ditetapkan pada hujung tahun ini, kata
Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, sehingga pertengahan Oktober, kadar
penembusannya melepasi 53.5 peratus dan kerajaan optimis menjelang 2015
jumlahnya akan mencapai 75 peratus.
Pencapaian itu, kata beliau, adalah hasil kerjasama dan usaha pihak swasta dan
kerajaan termasuk pucuk pimpinan yang menitikberatkan penembusan jalur lebar
untuk semua golongan rakyat.
''Pelbagai inisiatif dan program telah dirancang dan giat dilaksanakan di bawah
Inisiatif Jalur Lebar (NBI) bagi memperluaskan liputan ke seluruh negara dengan
menggunakan pelbagai teknologi," kata.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Jalur Lebar di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. RaisYatim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Noor Mohamed Yakcop.
Muhyiddin berkata, sebanyak 3,100 projek Kampung WiFi akan dibangunkan
sehingga 2014 di seluruh negara dan setakat ini enam projek perintis telah
dilaksanakan
Selain itu, dalam usaha kerajaan merapatkan jurang digital antara bandar dan luar
bandar termasuk Sabah dan Sarawak, pengagihan satu juta komputer riba berserta
http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2148%3Autusan-malaysia-28-oktober-2010-jalur-lebar-lepasi-sasaran-50-peratus-&catid=131%3Autusan-malaysia&Itemid=145&lang=bmhttp://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2148%3Autusan-malaysia-28-oktober-2010-jalur-lebar-lepasi-sasaran-50-peratus-&catid=131%3Autusan-malaysia&Itemid=145&lang=bmhttp://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2148%3Autusan-malaysia-28-oktober-2010-jalur-lebar-lepasi-sasaran-50-peratus-&catid=131%3Autusan-malaysia&Itemid=145&lang=bmhttp://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2148%3Autusan-malaysia-28-oktober-2010-jalur-lebar-lepasi-sasaran-50-peratus-&catid=131%3Autusan-malaysia&Itemid=145&lang=bmhttp://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2148%3Autusan-malaysia-28-oktober-2010-jalur-lebar-lepasi-sasaran-50-peratus-&catid=131%3Autusan-malaysia&Itemid=145&lang=bmhttp://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2148%3Autusan-malaysia-28-oktober-2010-jalur-lebar-lepasi-sasaran-50-peratus-&catid=131%3Autusan-malaysia&Itemid=145&lang=bmhttp://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2148%3Autusan-malaysia-28-oktober-2010-jalur-lebar-lepasi-sasaran-50-peratus-&catid=131%3Autusan-malaysia&Itemid=145&lang=bm -
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
22/55
pakej langganan jalur lebar telah mula diagihkan kepada pelajar serta golongan
berpendapatan rendah di seluruh negara.
''Sejak Julai lepas lebih 100,000 komputer riba telah diagihkan manakala 300,000
lagi akan diberikan sebelum akhir tahun ini kepada mereka yang layak," katanya.
Bagi memastikan kadar penembusan jalur lebar terus meningkat, Program
Kesedaran dan Promosi Jalur Lebar kepada semua lapisan masyarakat secara
intensif akan terus dilaksanakan sehingga akhir tahun ini.
Pada masa sama, Briged Bertindak Jalur Lebar di Kementerian Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan akan terus memainkan peranan dalam mengatasi
sebarang isu berkaitan perkhidmatan jalur lebar.
Sejajar dengan usaha meningkatkan kualiti hidup semua lapisan masyarakat,
Muhyiddin berkata, Jawatankuasa Kabinet turut bersetuju mewujudkan satu eko-
sistem dinamik dan menyeluruh yang mampu menjana skala ekonomi dan perluasan
pasaran diterokai dengan lebih terperinci.
Ini termasuk mengiktiraf Rangkaian Sensor Tanpa Wayar (WSN) sebagai sumber
pertumbuhan baru yang mampu menjana aktiviti ekonomi dalam beberapa sektor seperti pertanian, elektronik, elektrik dan pengangkutan.
Jawatankuasa tersebut, kata beliau, turut memantau Kandungan Komunikasi dan
Infrastruktur (CCI) dari penjanaan kandungan kepada rangkaian, perkhidmatan dan
peralatan.
''Sebanyak 10 projek permulaan (EPP) telah dikenalpasti untuk mengembangkan
ekonomi di bawah CCI yang bakal menjana pendapatan lebih 43,000 pekerjaan dan
menyumbang lebih RM49.83 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (GNI).
''Kerajaan yakin sektor ini boleh berfungsi untuk mengubah cara hidup rakyat
daripada pelbagai segi termasuk dalam urusan perniagaan, pembelajaran,
pekerjaan, hiburan, perbankan dan membeli belah," katanya.
Menurutnya, setakat suku kedua 2010, pelanggan telefon selular telah melebihi 31
juta atau 108 peratus penembusan sekali gus menjadikannya penyumbang terbesar
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
23/55
melebihi 60 peratus kepada jumlah keseluruhan pendapatan industri komunikasi dan
multimedia di negara ini.
Terakhir dikemaskini ( Ahad, 31 Oktober 2010 15:14 )
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
24/55
2.1.1 RUMUSANMENGENAI
PROGRAM BAGIMASYARAKAT
PEDALAMAN
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
25/55
Program yang dijalankan oleh kerajaan ini banyak memberi manfaat antaranya
adalah penggunaan internet dalam kehidupan seharian, terutamanya bagi seorang
pelajar, sama ada di peringkat sekolah mahupun universiti, ialah kebanjiran ilmu
pengetahun, yang membolehkan pelajar mendapat apa sahaja maklumat yang
diingini dengan menggunakan enjin carian google,yahoo dan sebagainya tanpa
perlu bersusah untuk pergi ke perpustakaan dan dalam masa yang sama mampu
menjimatkan masa. Dengan menaip tajuk yang berkaitan, enjin carian ini akan
mencadangkan beberapa puluh laman sesawang yang membincangkan tajuk yang
berkaitan. Pelajar juga boleh memuat turun buku elektronik secara percuma ataupun
berbayar dilaman sesawang yang berkenaan dan boleh mendapatkan sampel
tugasan untuk dijadikan rujukan, maklumat kini hanya berada di hujung jari.
Tambahan pula, pelajar boleh menambah ilmu pengetahuan mengenai dunia luar
dan tidak hanya bergantung kepada silibus pelajaran di sekolah sahaja. Terbuktilah
internet mampu meberikan manfaat kepada golongan pelajar. Ibu bapa juga boleh
menggunakan manfaat ini untuk mecari tips menarik di internet seperti tips
keibubapaan, resepi masakan dan sebagainya untuk diaplikasikan di dalam
kehidupan. Semestinya untuk seorang guru internet sangat penting untuk mereka,
kerana boleh mengakses dan menyelitkan sedikit informasi tambahan yang menarik
dalam setiap topik pembelajaran untuk dikongsi bersama anak didik mereka semasa
mengajar dan dalam masa yang sama mampu menarik perhatian pelajar dan
mampu meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah dan tidak hanya bergantung
sumber yang ada dalam buku teks dan rujukan semata-mata. Dapat dirumuskan di
sini bahawa internet membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna untuk
dibaca dan diamalkan dalam kehidupan semasa.
Selain itu, antara kebaikan internet yang lain ialah mampu meningkatkan
penguasaan bahasa inggeris. Kita sudah sedia maklum bahawa bahasa inggeris,
yakni bahasa paling banyak digunakan di dunia, dan menjadi lingua franca di
zaman melinium ini. Sangatlah penting bagi seseorang yang ingin berjaya dalam
apa jua bidang untuk menguasai bahasa ini dengan sebaik mungkin kerana bahasa
ini secara tidak langsung dijadikan bahasa rasmi dalam pelbagai urusan yang
dijalankan samada di dalam negara mahupun luar negara, sesuai dengan kata-kata
seorang tokoh barat yang bermaksud untuk menjadi yang terbaik, an da mesti
menguasai apa yang terbaik yakni menguasai bahasa yang utama mampu
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
26/55
menjadikan kita lebih berjaya. Seperti sedia maklum, kebanyakan laman sesawang
di internet menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar dan
membolehkan si pembaca boleh belajar secara tidak langsung mengenai cara
penyusunan ayat,teknik mengarang dan dalam masa yang sama mampu menambah
perkataan-perkataan baru yang boleh digunakan. Untuk pengguna lama sesawang
sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya, kebanyakan pengkemaskinian
status banyak dibuat dalam bahasa inggeris dan pengguna boleh belajar sedikit
sebanyak tentang tatabahasa dan mampu memerikan keberanian kepada pengguna
untuk menggunakan bahasa inggeris dalam kehidupan seharian. Bagi pengguna
yang mempunyai blog, amat digalakkan untuk mengemas kini entri anda dalam
bahasa inggeris mampu untuk meningkatkan teknik penulisan anda sedikit sebanyak
kerana pengunjung yang membaca blog anda patinya akan menegur setiap
kesalahan membolehkan anda mendapat ilmu dan teknik penulisan yang betul untuk
masa yang akan datang, melalui internet, banyak perubahan dalam bahasa inggeris
yang dapat dilihat. Peningkatan ini boleh dibuktikan dengan peningkatan keputusan
gred purata bahasa inggeris keseluruhan bagi SPM 2011 dan kajian mendapati
ramai pelajar yang menulis jawapan dalam bahasa inggeris berbanding tahun-tahun
sebelumnya dalam subjek-subjek sains yang menyediakan ayat secara dwibahasa
untuk soalan dan jawapan. Dengan itu, internet antara medium terbaik untuk
meningkatkan penguasaan bahasa inggeris di kalangan pengguna.
Di samping itu, penggunaan internet juga mampu menjimatkan kos . sesuai untuk
pelajar, ibu bapa yang bertugas di luar negara, kini mereka mampu tersenyum lebar
kerana dengan menggunakan aplikasi berbual secara talian seperti skype, yahoo
messenger dan sebagainya, anda mampu untuk mebuat panggilan video, panggilan
suara dan berchatting dengan sanak saudara dengan percuma! Dengan ini,
pelajar, mahupum ibu bapa yang belajar mahupun bekerja di luar negara mampu
untuk berhubung dengan saudara mara ketika berada di perantauan tanpa perlu
bimbang soal bil telefon dan sebagainya kerana bil internet adalah tetap untuk setiap
bulan. Kos yang diperuntukkan untuk berhubung dengan keluarga mampu
dikurangkan secara lebih berkesan kerana meraka bukan saja boleh berjimat, tetapi
dalam masa yang sama mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan tidak
menjadikan jarak beribu batu sebagai alasan untuk tidak berhubung dengan ahli
keluarga sekerap yang boleh. Malah ada sahaja pelajar yang berkahwin di luar
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
27/55
negara mampu untuk membawa keluarga mereka untuk melihat majlis
perkahwinan mereka tanpa perlu mengeluarkan belanja untuk tiket penerbangan
serta penginapan kerana mereka boleh melihat perkahwinan anak mereka secara
langsung menggunakan skype, dan boleh berkongsi saat-saat gembira bersama
keluarga walau dimana jua anda berada. Sudah semestinya penjimatan seperti ini
sangat diperlukan oleh para pelajar mahupun pekerja kerana peningkatan taraf
hidup semakin mendesak dan dengan penjimatan ini mampu meredakan
kebimbangan mereka. Perkembangan teknologi perhubungan yang menggunakan
internet sebagai medium penggerak utama ternyata mampu membawa kebaikan
yang postif. Sesungguhnya, penggunan internet mampu membawa pengjimatan
kepada penggunanya.
Seterusnya, memudahkan urusan juga antara kebaikan penggunaan internet keatas
semua pihak. Jika dahulu, sering kali melihat ibu bapa kita ke bank untuk mebayar
bil-bil air, eletrik dan sebagainya, sekarang tidak lagi, dengan menggunakan internet
dan menggunakan khidmat perbankan melalui internet, anda boleh mengkakses
terus ke akaun bank anda dan boleh membuat pembayaran secara online, dengan
hanya berada di depan komputer, anda sudah mampu untuk menjelaskan segala
bayaran dan tidak lagi perlu bersusah payah beratur untuk mebayar bil bil dan lain-lain. Untuk bakal pelajar yang bakal bergelar pelajar universiti , sudah semestinya
mereka akan berpusu-pusu mengisi borang-borang biasiswa secara talian dengan
menggunakan aplikasi yang di bangunkan oleh kerajaan mahupun badan swasta,
untuk permohonan ke matirukulasi mahupun Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA)
, memerlukan pelajar untuk memperlengkapkan butiran peribadi mereka secara
talian dan di hantar terus ke unit kemasukan pelajar, dan pada masa yang sama,
pekerja tidak perlu lagi mengasingkan surat-surat butiran peribadi yang dahulunya
dipos kepada Kementerian Pelajaran Tinggi. Malah, kebanyakan maklumat mula
disebarkan melalui laman sesawang sosial facebook sahaja tentang pembatalan
kuliah, jemputan ke majlis-majlis tertentu tanpa melalui surat-surat jemputan lagi,
malah ada yang menggunakan facebook untuk menjemput untuk menghadiri majlis
perkahwinan mereka tanpa perlu pergi rumah ke rumah untuk menjemput datang ke
majlis mereka. Pendek kata, kebanyakan urusan permohonan kerja, semakan gaji
mula menggunakan internet sebagai medium penyemakan dan penyebaran
maklumat tertentu berikutan bilangan penggunaan internet semakin bertambah hari
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
28/55
demi hari bak cendawan tumbuh selepas hujan. Para usahawan juga dilihat semakin
giat mempromosikan produk mereka di facebook yang dilihat mampu memikat hati
pelanggan global sama ada dalam Malaysia mahupun luar negara. Dapat
dirumuskan disini bahawa penggunaan internet mampu untuk memudahkan banyak
urusan.
Kebaikkan daripada program ini juga ialah sebagai medium untuk rakyat bersuara,
yakni melalui laman-laman sesawang sosial seperti facebook untuk bersuara melalui
saluran yang betul seperti laman sesawang Perdana Menteri ataupun menghantar
aduan kepada stesyen-stesyen televisyen untuk menyalurkan maklumat yang
berkaitan atau aduan tentang sesuatu masalah yang sedang berlaku dan
memerlukan pemantauan pihak berkuasa. Jika aduan atau cadangan yangdilontarkan berasas, pihak-pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang
sewajarnya bagi menangani masalah yang sedang berlaku, cara ini mungkin akan
lebih berkesan kerana wakil-wakil rakyat mula menggunakan laman sesawang sosial
sebagai medium untuk mendekatkan diri dengan rakyat dan mendengar semua
keluhan dan aduan rakyat yang perlu diambil berat. Menggunakan laman sesawang
sosial pemimpin boleh berkongsi pendapat dan pelan tindakan yang yang
dirancangya serta boleh meminta pandangan rakyat sama ada sesuai untukdiserapkan dalam pentadbiran masing-masing. Dengan ini, pemimpin tidak lagi
hanya boleh mendengar aduan rakyat jika turun untuk melakukan khidmat
masyarakat, tetapi mampu untuk mengetahui banyak masalah yang berlaku hanya
dengan melalui laman sesawang. Melalui internet juga, individu yang tidak
mempunyai keberanian untuk bersuara secara berdepan dengan pemimpin juga
mampu untuk tampil membuat cadangan atau kritikan secara lebih sihat tanpa
melalui demonstrasi jalanan yang dianjurkan pihak tertentu untuk tampil bersuara.
Namu kerjasama dari pihak pemimpin juga amat diperlukan untuk menjayakan lagi
pendekatan ini supaya mampu meberikan peluang kepada rakyat untuk membuat
penambahbaikan dalam sistem-sistem tertentu untuk memperkasakan lagi corak
pentadibiran negara dalam proses untuk menjadi negara maju menjelang tahun
2020. Justeru, terbukti internet mampu untuk menjadi medium untuk rakyat bersuara
demi kemajuan negara bangsa tercinta.
Bukan itu sahaja pemberian notebook juga memberikan peluang kepada pelajar serta ahli keluarga pelajar di pedalaman untuk melayari internet. Notebook yang
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
29/55
diberikan juga mampu mengurangkan kos pembelanjaan dengan harga sebenar
notebook di pasaran mencecak RM1000.
Namun terdapat kekurangan terhadap program ini apabila murid-murid yang terlalu
diberikan pendedahan menggunakan internet tanpa pengawasan ibu bapa boleh
menyebabkan mereka melayari laman web yang tidak sepatutnya terjadi.
Kelemahan juga dapat dilihat apabila memberikan notebook kepada murid -murid
dan mereka serta ibu bapa mereka yang tidak tahu menggunakan notebook ini
akan menyebabkan program ini tidak dapat Berjaya seperti yang dirancangkan.
Bukan itu sahaja, kebanyakan minat murid-murid terutamanya sekolah rendah yang
lebih gemar bermain permainan computer menyebabkan mereka leka dan
menganggu masa mengulangkaji serta masa tidur mereka. Hal ini menyebabkanmurid tersebut pergi ke sekolah dalam keadaaan mengantuk. Kekurangan program
ini juga adalah apabila murid-murid bagi sekolah menengah lebih gemar mencari
kenalan yang bukannya untuk tujuan kebaikan bahkan sebaliknya. Jenayah-jenayah
internet dapat mempengaruhi di kalangan murid-murid ini bahkan ibu bapa mereka
juga jika tidak diberikan pendedahan apakah jenayah internet dan denda yang
dikenakan.
Masyarakat pedalaman yang kebiasaannya berlatar belakangkan sosioekonomi
seperti pembalak, mengutip sayuran dan mengutip herba. Pendapatan kasar mereka
dalam sebulan tidak menentu menyebabkan mereka sukar untuk melanggan
broadband serta membayar bil internet tiap -tiap bulan. penduduk luar bandar dan
pedalaman, capaian jalur lebar masih menjadi masalah. Ini disebabkan tiadanya
liputan dan infrastruktur yang bersesuaian. (petikan da ripada ulasan berita : Jalur
Lebar diperolehi daripada
http://www.rtm.gov.my/berita/index.php?option=com_content&view=article&id=1511:ulasan-berita--jalur-lebar&catid=44:2012-05-09-03-26-03 ). Hal ini menyebabkan
kesukaran bagi penduduk pendalaman bagi mengakses internet mereka bagi
mencari apa-apa maklumat yang benar.
Penambahbaikkan yang boleh dilakukan adalah dengan mengadakan
taklimat kepada penduduk pedalaman serta murid-murid mengenai bahayanya
jenayah siber. Selain itu, boleh diadakah taklimat serta kursus bagi ibu bapa untuk
mengetahui fungsi dan kegunaan internet serta notebook . Pendedahan ini mampu
http://www.rtm.gov.my/berita/index.php?option=com_content&view=article&id=1511:ulasan-berita--jalur-lebar&catid=44:2012-05-09-03-26-03http://www.rtm.gov.my/berita/index.php?option=com_content&view=article&id=1511:ulasan-berita--jalur-lebar&catid=44:2012-05-09-03-26-03http://www.rtm.gov.my/berita/index.php?option=com_content&view=article&id=1511:ulasan-berita--jalur-lebar&catid=44:2012-05-09-03-26-03http://www.rtm.gov.my/berita/index.php?option=com_content&view=article&id=1511:ulasan-berita--jalur-lebar&catid=44:2012-05-09-03-26-03http://www.rtm.gov.my/berita/index.php?option=com_content&view=article&id=1511:ulasan-berita--jalur-lebar&catid=44:2012-05-09-03-26-03 -
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
30/55
memberikan pengetahuan kepada ibu bapa dan mereka akan dapat mengetahui jika
berlaku salah penggunaan internet oleh anak-anak mereka. Ibu bapa juga perlu
diberikan pendedahan dengan menyekat laman web yang tidak sepatutunya dilayari
oleh anak-anak mereka. Ibu bapa ini perlulah diberikan pendedahan awal oleh
mana-mana wakil daripada program ini. Pendedahan awal ini mampu memberikan
ilmu pengetahuan kepada ibu bapa mengenai teknologi. Hal ini membuatkan ibu
bapa dapat memantau kegiataan anak-anak serta dapat mengajar anak-anak
mengenai maklumat yang diperolehi daripada internet.
Aspek kesihatan juga dikaitkan dengan penggunaan internet. Seseorang
yang menggunakan komputer akan duduk di hadapan skrin komputer untuk tempoh
masa yang lama. Ini akan membawa masalah kesihatan seperti penyakit mata, sakittulang belakang dan sebagainya.
Infrastruktur juga perlulah dipertingkatkan bagipenduduk pedalaman dapat
mengakses internet dengan kelajuan yang diingini bukanlah kelajuan yang perlahan
yang menyebabkan mereka berasa bosan dengan penggunaan digital ini.
Mempertingkatkan infrastruktur jalur lebar bagi kawasan pedalaman perlulah
dititikberatkan. Liputan internet juga perlulah dipertingkatkan bagi kegunaan
penduduk pedalaman di Malaysia. Kos bagi harga broadband perlulah kadarnya
diperendahkan bagi penduduk pedalaman mampu membayar bil internet mereka
setiap bulan. Walaupun kadar pembayaran diperendahkan kelajuan internet tersebut
masih lagi sama kelajuannya ataupun tinggi kelajuannya. Program ini bagi pendapat
saya adalah lebih banyak kebaikkan yang diperolehi jika murid-murid menggunakan
penggunaan onternet yang disediakan dengan sebaiknya.
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
31/55
2.2 PROGRAM BAGIPENDUDUK PRIBUMI
(INDIGENOUS)
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
32/55
Sumber : http://www.teo-education.com/teo/?p=5336
Pengenalan Program Linus dalam Tahun Satu
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS
BUNGAJAMBUL:BHA19471 dalam ruangan SMS dalam akhbar Berita Harian
bertarikh 25 Februari 2010 Pengenalan Program Linus dalam Tahun Satu hanya
akan menjadikan kurikulum tahun satu semakin bercelaru .
Kementerian Pelajaran Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan
tuan tentang pelaksanaan program Literasi dan Numerasi (LINUS) Tahun Satu.
Program LINUS merupakan salah satu daripada National Key Result Area
(NKRA s) Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui program ini, kementerian telahmenyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berupaya
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas mengikuti
pendidikan tiga tahun di peringkat rendah pada akhir tahun 2012.
Program ini dilaksanakan pada tahun 2010, melibatkan murid Tahun Satu di sekolah
rendah yang merupakan kohort pertama mengikuti program ini. Semua murid Tahun
Satu akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 pada awal tahun untuk menilai tahap
penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi mereka. Murid yang dikenal pasti
masih belum mencapai kemahiran asas literasi dan numerasi, akan diasingkan
daripada murid arus perdana (dalam kumpulan tidak melebihi 30 orang). Mereka
akan diajar insentif oleh guru LINUS (guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik
Tahap 1) serta dibantu oleh guru pemulihan khas LINUS dan dilaksanakan dalam
waktu Bahasa Malaysia dan waktu Matematik mengikut peruntukan waktu sedia
ada. Murid yang berjaya dipulihkan melalui program ini, akan meneruskan
pembelajaran di aliran perdana.
Pihak Kementerian Pelajaran telah merancang beberapa strategi untuk memastikan
program LINUS ini dilaksanakan dengan baik dan tidak membebankan pihak
sekolah. Antaranya memberi latihan khusus kepada guru LINUS dalam teknik
pemulihan dan bimbingan untuk membantu murid yang mempunyai masalah literasi
dan numerasi, menyediakan modul pengajaran dan pembelajaran asas literasi dan
numerasi yang sesuai dengan tahap kebolehan murid, penambahan guru pemulihan
khas, melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya asas membaca,
http://www.teo-education.com/teo/?p=5336http://www.teo-education.com/teo/?p=5336http://www.teo-education.com/teo/?p=5336http://www.teo-education.com/teo/?p=5336 -
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
33/55
menulis dan mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti, menjalankan
pemantauan, penyeliaan dan penilaian serta menempatkan fasilitator LINUS di
setiap Pejabat Pelajaran Daerah untuk membantu guru bagi memastikan program ini
berkesan dan mencapai matlamatnya.
Diharap penjelasan dan penerangan ini boleh mengatasi keraguan tuan tentang
pelaksanaan program ini.
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysi
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
34/55
2.2.1 RUMUSANMENGENAIPROGRAM BAGI
PENDUDUKPRIBUMI
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
35/55
Program LINUS yang dijalankan disekolah MEMASUKI tahun kedua
pelaksanaannya, Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang diperkenalkan
Kementerian Pelajaran (KPM) bagi meningkatkan kadar kemahiran membaca dan
mengira di kalangan murid tahap satu di sekolah rendah, menampakkan impak yang
memberangsangkan.
Berdasarkan dua saringan yang dijalankan iaitu pada Mac dan Jun lalu, murid Tahun
2 melepasi sasaran 95 peratus yang ditetapkan dengan kadar literasi mencatatkan
95 peratus, manakala numerasi berada pada kadar 97 peratus.
Murid Tahun 1 juga menunjukkan prestasi membanggakan dengan mencapai 83
peratus untuk literasi dan 90 peratus untuk numerasi.
LINUS adalah program yang dirangka sebagai sebahagian daripada Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan dalam Program Transformasi
Kerajaan (GTP) bagi menyediakan asas kukuh kemahiran literasi dan numerasi bagi
kanak-kanak di negara ini untuk tempoh tiga tahun pertama pendidikan rendah.
Literasi adalah kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayattunggal dan ayat majmuk mudah (dengan menggunakan kata hubung dan) serta
mengaplikasikan pengetahuan berkenaan dalam pembelajaran serta komunikasi
harian.
Numerasi pula adalah apa yang dikatakan sebagai kebolehan melakukan operasi
asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan
pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
Melalui program ini, setiap murid menjalani proses saringan tiga kali setahun bagi
mengenal pasti mereka yang menghadapi masalah membaca, menulis dan asas
pengiraan yang kemudian diletakkan di dalam kelas pemulihan khas untuk
meningkatkan prestasi mereka sementara yang mempunyai masalah pembelajaran
akan mengikuti program Pendidikan Khas.
Untuk itu, kerajaan melatih 15,500 guru LINUS untuk mengajar di kelas pemulihan
khas, manakala FasiLINUS (fasilitator yang memberikan sokongan profesional)
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
36/55
ditugaskan di semua sekolah untuk memantau, membantu dan memberi sokongan
kepada guru LINUS.
Objektif utama pengenalan program LINUS adalah untuk mengenal pasti pelajar
yang menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran berkenaan pada peringkat
awal dan memulihkan mereka sebelum tertinggal lebih jauh berbanding rakan
sebaya.
Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) LINUS berhasrat memastikan semua murid
menguasai kemahiran literasi dan numerasi apabila memasuki Tahun 3. Untuk tahun
2010 sasaran KPM adalah pencapaian sebanyak 90 peratus untuk murid Tahun 1
(kohort 1), 95 peratus pada tahun 2011 dan 100 peratus untuk murid-murid kohort 1
ini yang akan memasuki Tahun 3 pada 2012.
Bagi murid kohort 1 ini yang membabitkan kira-kira 450,000 di seluruh negara,
mereka menghadapi saringan tiga kali dan pada September 2010, sebanyak
380,440 atau 85 peratus lulus saringan asas literasi manakala 407,094 murid atau
91 peratus lulus saringan asas numerasi.
Proses saringan membabitkan dua bahagian iaitu lisan yang dijalankan secara
individu antara guru dan murid manakala ujian bertulis dijalankan secara serentak.
Saringan literasi dan numerasi juga dijalankan secara berasingan membabitkan guru
Bahasa Malaysia dan Matematik.
Pada tahun 2010, saringan dijalankan untuk semua murid kohort 1 dan tahun ini
diadakan untuk murid Tahun 1 (kohort 2) dan Tahun 2 (kohort 1). Program inimemberikan impak kepada murid dengan murid-murid dapat menguasai kemahiran
membaca,menulis, dan mengira pada tahap 1. Hal ini berbeza dengan program
KIA2M yang hanya menekankan kepada murid tahun 1. Program ini yang
menyediakan ujian saringan dapat menunjukkan peningkatan murid dari satu tahap
ke tahap yang lain mengikut modul yang telah ditetapkan.
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
37/55
Namun program ini terdapat kelemahan kerana program ini memerlukan guru benar-
benar focus terhadap sifar 0 membaca, menulis dan mengira apabila murid-murid
memasuki tahap 2. Permasalahan yang terjadi apabila tugas guru yang hanya bukan
sahaja terhadap pengajaran dan pembelajaran namun masalah pentadbiran juga
diberikan kepada guru
. Hal ini menyebabkan guru tidak mampu memberikan focus terhadap pengajaran
untuk mendidik murid-murid supaya dapat menbaca, menulis dan mengira. Guru-
guru yang sibuk dengan hal pentadbiran, hal fail-fail murid, kursus memberikan
gangguan terhadapa kelancaran program ini.
Program ini juga kurang dapat dilaksanakan di kawasa keluarga yang
sosioekonominya seperti nelayan, pesawah kerana murid-murid hadir ke sekolah
dengan cara yang tidak konsisten. Malahan sebahagian ibu bapa yang buta huruf
tidak mampu member tunjuk ajar kepada anak-anak mereka. Hal ini juga
membantutkan program ini. Masyarakat indigeous yang berpendapatan kuran dari
RM1500 ke bawah juga sibuk dengan kerja mencari wang sehingga kurang
memberikan tumpuan kepada perkembangan anak-anak mereka.
Penambahbaikkan bagi program ini adalah ibu bapa bagi masyarakat indigeousperlu diberikan taklimat mengenai apakah itu LINUS dan bagaimanakan program ini
dijalankan. Bukan itu sahaja, kerajaan juga perlulah memberikan guru pembantu
paling tidaknya seorang pembantu guru menwakili dua orang guru bagi membantu
guru menguruskan hal-hal fail-fail murid, serta urusan pentadbiran.
Guru juga perlulah diberikan elaun tambahan apabila guru melakukan aktiviti-aktivit
seperti melatih murid-murid pada sebelah petang serta menguruskan hal-hal
melibatkan pentadbiran. Hal ini bukan sahaja memberikan motivasi kepada gurumalahan guru juga tidak akan terasa terlalu terbeban dengan urusan-urusan
pentadbiran.
Program ini juga akan bertambah baik jika ibu bapa masyarakat ini berkerjasama
dengan guru dengan melakukan borang semakan. Borang semakan ini diberikan
kepada ibu bapa dan ibu bapa perlulah menyemak tugasan anak-anak mereka
secara berkala. Murid-murid juga akan dikenakan denda berupa wang ringgit jika
tidak hadir ke sekolah tanpa alas an yang kukuh.
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
38/55
3.0REFLEKSI
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
39/55
Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan Budaya dan Pembelajaran. Jutaan
terima kasih diucapkan kepada pensyarah saya atas bimbingan dan tunjuk ajar yang
diberikan. Ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya kerana memberikan
bantuan mengenai pemahaman melakukan tugasan ini.
Tugasan ini mengukuhkan pengetahuan saya mengenai ketidaksamarataan
pendidikan dikalangan masyarakat orang asli, penduduk peribumi dan masyarakat
pedalaman. Tugasan ini dapat melatih kemahiran kreatif dan kritis saya. Hal ini
disebabkan saya perlunya meliti program yang telah dijalankan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia bagi sesuatu masyarakat. Saya perlu menelaah banyak
maklumat untuk mendapatkan keesahan mengenai program yang benar-benar dijalankan bagi sesuatu masyarakat. Terdapat banyak program yang telah
dijalankan, namun saya memilih satu-satu program yang lebih menampakkan
keberkesanan program tersebut.
Namun saya juga menghadapi masalah dalam menyiapkan tugasan ini
kerana untuk meneliti maklumat mengenai program yang dijalankan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi satu-satu masyarakat adalah bukan mudah.
Hal ini disebabkan, maklumat-maklumat yang diperolehi secara umum bagi program
semua mayarakat iaitu orang asli, penduduk indigenous dan masyarakat
pedalaman. Saya juga menghadapi masalah apabila kebanyakan masa saya
diperlukan di sekolah bagi aktiviti-aktivi kurikulum dan kokurikulum melambatkan
proses dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.
Selain itu, antara kekangan yang terpaksa saya hadapi ialah saya terpaksa
menyelesaikan banyak kerja kursus dan aktiviti yang bertembung pada suatu masa
sehingga melemahkan semangat saya.Sebagai contoh selain saya terpaksa
menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberi, saya juga mempunyai beberapa
tanggungjawab di IPG KKB ini dalam satu-satu masa.Namun, sebagai bakal
seorang pendidik saya telah melihatnya sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi
dan berfikiran positif untuk menanganinya.
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
40/55
Bagaimanapun berkat tunjuk ajar pensyarah saya dalam membantu
menjelaskan segala kemusykilan dan masalah yang tidak difahami sedikit sebanyak
memudahkan lagi saya untuk bertindak dalam menjayakan kerja kursus ini dengan
jayanya.
Akhirnya saya berjaya juga menyiapkan tugasan ini pada tempoh yang
ditetapkan sebelum menghantar tugasan ini pada tarikh yang telah
ditetapkan.Pelbagai faedah serta pengalaman yang saya perolehi semasa menjalani
tugasan ini yang mana segala ilmu yang saya pelajari telah dapat saya praktikkan
semasa menyiapkan tugasan ini.Ini merupakan sebagai satu pendedahan awal
kepada diri saya agar lebih bersedia untuk menjadi seorang guru yang hebat satu
hari nanti. Harapan saya semoga pensyarah saya dapat menerima hasil tugasanyang saya berikan ini dengan sebaiknya.
Sekian, terima kasih.
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
41/55
4.0BIBLIOGRAFI
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
42/55
Buku:
1. Noriati A. Rashid, Boon Poon Ying, Sharifah Fakriah Syed Ahmad, Zuraidah
A. Majid, (2011). Budaya dan Pembelajaran. Selangor : Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
2. Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subkhi bin Miskon (2010), Budaya
dan Pembelajaran . Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Internet :
1. _____________________ @ http://www.moe.gov.my/?id=168&aid=731
dilayari pada 10 Mac 2013.
2. ____________________ (2010)
http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=214
8%3Autusan-malaysia-28-oktober-2010-jalur-lebar-lepasi-sasaran-50-
peratus-&catid=131%3Autusan-malaysia&Itemid=145&lang=bm dilayari pada
10 Mac 2010.
3. ____________________ (2012)
http://www.rtm.gov.my/berita/index.php?option=com_content&view=article&id
=1511:ulasan-berita--jalur-lebar&catid=44:2012-05-09-03-26-03 dilayari pada
11 Mac 2013.
4. ____________________ (2010) http://sktuaridtaud.forumotion.com/t215-
program-linus dilayari pada 12 Mac2013 .
5. _____________________ (2011) http://www.slideshare.net/sifatpgsr/topik-4-
ketidaksamaan-pdd-4 dilayari pada 13 Mac 2013.
http://www.moe.gov.my/?id=168&aid=731http://www.moe.gov.my/?id=168&aid=731http://www.moe.gov.my/?id=168&aid=731http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2148%3Autusan-malaysia-28-oktober-2010-jalur-lebar-lepasi-sasaran-50-peratus-&catid=131%3Autusan-malaysia&Itemid=145&lang=bmhttp://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2148%3Autusan-malaysia-28-oktober-2010-jalur-lebar-lepasi-sasaran-50-peratus-&catid=131%3Autusan-malaysia&Itemid=145&lang=bmhttp://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2148%3Autusan-malaysia-28-oktober-2010-jalur-lebar-lepasi-sasaran-50-peratus-&catid=131%3Autusan-malaysia&Itemid=145&lang=bmhttp://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2148%3Autusan-malaysia-28-oktober-2010-jalur-lebar-lepasi-sasaran-50-peratus-&catid=131%3Autusan-malaysia&Itemid=145&lang=bmhttp://www.rtm.gov.my/berita/index.php?option=com_content&view=article&id=1511:ulasan-berita--jalur-lebar&catid=44:2012-05-09-03-26-03http://www.rtm.gov.my/berita/index.php?option=com_content&view=article&id=1511:ulasan-berita--jalur-lebar&catid=44:2012-05-09-03-26-03http://www.rtm.gov.my/berita/index.php?option=com_content&view=article&id=1511:ulasan-berita--jalur-lebar&catid=44:2012-05-09-03-26-03http://sktuaridtaud.forumotion.com/t215-program-linus%20dilayari%20pada%2012%20Mac2013http://sktuaridtaud.forumotion.com/t215-program-linus%20dilayari%20pada%2012%20Mac2013http://sktuaridtaud.forumotion.com/t215-program-linus%20dilayari%20pada%2012%20Mac2013http://sktuaridtaud.forumotion.com/t215-program-linus%20dilayari%20pada%2012%20Mac2013http://www.slideshare.net/sifatpgsr/topik-4-ketidaksamaan-pdd-4http://www.slideshare.net/sifatpgsr/topik-4-ketidaksamaan-pdd-4http://www.slideshare.net/sifatpgsr/topik-4-ketidaksamaan-pdd-4http://www.slideshare.net/sifatpgsr/topik-4-ketidaksamaan-pdd-4http://www.slideshare.net/sifatpgsr/topik-4-ketidaksamaan-pdd-4http://www.slideshare.net/sifatpgsr/topik-4-ketidaksamaan-pdd-4http://sktuaridtaud.forumotion.com/t215-program-linus%20dilayari%20pada%2012%20Mac2013http://sktuaridtaud.forumotion.com/t215-program-linus%20dilayari%20pada%2012%20Mac2013http://www.rtm.gov.my/berita/index.php?option=com_content&view=article&id=1511:ulasan-berita--jalur-lebar&catid=44:2012-05-09-03-26-03http://www.rtm.gov.my/berita/index.php?option=com_content&view=article&id=1511:ulasan-berita--jalur-lebar&catid=44:2012-05-09-03-26-03http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2148%3Autusan-malaysia-28-oktober-2010-jalur-lebar-lepasi-sasaran-50-peratus-&catid=131%3Autusan-malaysia&Itemid=145&lang=bmhttp://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2148%3Autusan-malaysia-28-oktober-2010-jalur-lebar-lepasi-sasaran-50-peratus-&catid=131%3Autusan-malaysia&Itemid=145&lang=bmhttp://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2148%3Autusan-malaysia-28-oktober-2010-jalur-lebar-lepasi-sasaran-50-peratus-&catid=131%3Autusan-malaysia&Itemid=145&lang=bmhttp://www.moe.gov.my/?id=168&aid=731 -
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
43/55
LAMPIRAN
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
44/55
Sumber : http://jabatanmatematikipgkbm.blogspot.com/2011/01/apa-itu-linus.html
Apa Itu LINUS ?
LATAR BELAKANG
1. Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Mohd. Yass in telah
membentangkan Bidang Keberhasilan Utama [National Key Result Areas
(NKRA s)] Kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan Ogos 2009.
2. Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) telah diamanahkan untuk mengawas, melaksana danmenyelaras Ministry
Key Performance Indicator(NKPI) 3.2 KPM iaitu semua murid yang tiada masalah
pembelajaran berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira
selepas mengikuti pendidikan tiga tahun di peringkat rendah pada akhir tahun 2012.
3. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pula dipertanggungjawabkan untuk
menerajui projek ini dengan kerjasama semua bahagian dalam KPM. Sehubungan
dengan itu, satu program alternatif telah dirangka untuk murid Tahun 1, 2 dan 3
(Tahap I) yang belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Projek ini
dinamai Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang merupakan penambahbaikandaripada program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid
Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun 2006.
4. Murid berkeperluan khas yang meliputi murid bermasalah pembelajaran, masalah
pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, masalah kepelbagaian
deria, masalah fizikal, dan terencat akal, kurikulum yang khusus telah dibina.
RASIONAL
5. Asas literasi dan numerasi merupakan kemahiran yang diperlukan bagi
membolehkan murid berkomunikasi dan berinteraksi dalam kehidupan seharian
serta untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
6. Data KIA2M pada tahun 2008 menunjukkan sebanyak 54,000 murid Tahun 1
belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (literasi). Data PROTIM
tahun 2008 pula menunjukkan sebanyak 48,233 murid Tahun 4 belum menguasai
http://jabatanmatematikipgkbm.blogspot.com/2011/01/apa-itu-linus.htmlhttp://jabatanmatematikipgkbm.blogspot.com/2011/01/apa-itu-linus.htmlhttp://jabatanmatematikipgkbm.blogspot.com/2011/01/apa-itu-linus.htmlhttp://jabatanmatematikipgkbm.blogspot.com/2011/01/apa-itu-linus.html -
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
45/55
kemahiran asas membaca dan menulis (literasi) sementara sebanyak 117,000 murid
Tahun 4 belum menguasai kemahiran asas mengira (numerasi).
7. Data Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM
menunjukkan kadar keciciran murid sekolah rendah dan sekolah menengah
di Malaysia pada tahun 2008 adalah sebanyak 31,939.
8. KPM berpendapat satu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan untuk
mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi
perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan
berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan
kerjaya.
DEFINISI KONSEP
9. Definisi LINUS: LINUS ialah akronim bagi Literacy and Numeracy
Screening. LINUS merupakan program intervensi yang dirangka untuk
membolehkan murid memperoleh asas literasi (bahasa Malaysia) danasas numerasi
semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang belum menguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).
10. Definisi Literasi: Definisi lite rasi adalah keupayaan untuk membaca, menulis dan
memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk(dengan menggunakan kata
hubung), mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta
komunikasi harian.
MATLAMAT
11. Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap Isekolah
rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun
2012 kecuali murid berkeperluan khas.
OBJEKTIF
12. Objektif Program Literasi
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
46/55
Pada akhir Program Literasi murid berupaya:
i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup; dan
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang
mudah dengan menggunakan kata hubung dan .
13. Objektif Program Numerasi:
Pada akhir Program Numerasi murid berupaya:
i. Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000;
ii. membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000
bermula daripada sebarang nombor;
iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi; dan;
iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan
waktu, ukuran dan sukatan.
KUMPULAN SASARAN
14. Kumpulan sasaran ialah murid Tahap I yang berkeupayaan untuk menguasai
asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti
pendidikan di Sekolah Kebangsaan (Program Pendidikan Khas Integrasi; Masalah
Pembelajaran, Masalah Pendengaran dan Masalah Penglihatan) dan Sekolah
Rendah Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran),
Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM LINUS
15. Makmal NKRA bagi program LINUS telah mengemukakan enam strategi utama
LINUS iaitu:
i. melaksanakan saringan terhadap murid pada tahun 1, 2 dan 3;
ii. melaksanakan fokus intervensi bagi menyediakan program pemulihan dan
komprehensif;
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
47/55
iii. meningkatkan kemahiran pedagogi guru;
iv. melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya asas membaca, menulis
dan mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti;
v. menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian; dan
vi. mewujudkan jawatan fasiLINUS di Pejabat Pelajaran Daerah untuk membantu
guru memastikan murid berupaya membaca, menulis dan mengira.
16. Murid yang telah dikenal pasti masih belum menguasai kemahiran asas literasi
dan numerasi akan diajar secara intensif oleh guru LINUS dan guru pemulihan khas
LINUS. Murid yang mengikuti program ini akan menduduki Saringan 2 pada bulan
Jun dan Saringan 3 pada bulanSeptember (jika perlu).
17. Pemilihan Guru LINUS: Guru yang menjalankan program ini terdiri daripada guru
Bahasa Malaysia dan guru Matematik Tahap I dan dibantu oleh Guru Pemulihan
Khas.
18. Guru pemulihan khas ditempatkan di sekolah mengikut nisbah murid LINUS
tegar. Nisbah guru-murid bagi program ini adalah 1:15 supaya tumpuan sepenuhnya
dapat diberikan kepada murid berkenaan. Dicadangkan satu jam setiap hari guru
pemulihan memberi tumpuan kepada 4 atau 5 orang murid sahaja untuk literasi dan
satu jam lagi untuk numerasi.
19. Guru sedia ada (guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik) yang
melaksanakan program ini perlu diberi latihan khusus dalam teknik pemulihan dan
bimbingan untuk menangani murid yang mempunyai masalah literasi dan numerasi.
20. Jadual Waktu: Program LINUS dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia danwaktu Matematik mengikut peruntukan waktu yang sedia ada. Sebanyak 360 minit
seminggu diperuntukan bagi Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan dan 270 minit
seminggu di Sekolah Jenis Kebangsaan, manakala 210 minit seminggu bagi
Matematik.
21. Pihak sekolah boleh menggunakan budi bicara untuk menjalankan program ini
mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah.Namun, pihak sekolah
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
48/55
hendaklah memastikan perlaksanaan program ini berkesan dan mencapai
matlamatnya.
22. Kemudahan ICT: Kemudahan ICT yang terdiri daripada komputer dan LCD yang
sedia ada di sekolah perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN
23. Pemantauan dan penyeliaan dilaksanakan di sekolah terpilih iaitu 8 peratus
daripada jumlah keseluruhan sekolah rendah. Pegawai yang terlibat terdiri daripada
pegawai Bahagian KPM, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan pegawai
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Pemantauan ini akan diterajui oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).
24. Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Akademik di setiap sekolah perlu
menyelia Program LINUS dari semasa ke semasa.
25. Satu mekanisme sistem pelaporan untuk memantau kemajuan murid LINUS
diadakan. Status penguasaan murid perlu dilaporkan menggunakan sistem yang
dibangunkan oleh KPM setiap kali saringan dilaksanakan.
KANDUNGAN PROGRAM
26. Program LINUS menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalammenentukan
skop kandungan pengajaran dan pembelajaran.
27. Kandungan skop kurikulum literasi bermula dengan pengenalan abjad, suku
kata, perkataan, frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah seperti dalam
Lampiran 1.
28. Kandungan skop kurikulum numerasi merangkumi aspek nombor bermula dari
sifar hingga angka 1000, yang melibatkan operasi asas tambah, tolak, darab dan
bahagi, di samping mengaplikasikannya dalam pengiraan pengukuran seperti dalam
Lampiran 2.
BAHAN DAN INSTRUMEN LITERASI DAN NUMERASI
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
49/55
29. Murid yang mengikuti Program LINUS menggunakan modulpengajaran dan
pembelajaran asas literasi dan numerasi yang sesuai dengan tahap keupayaan
murid bagi memastikan kejayaan program ini.
30. Guru digalakkan menyedia dan menggunakan bahan pengajaran dan
pembelajaran mengikut kesesuaian murid dan kreativiti.
31. Instrumen saringan dibina dan diguna pakai untuk menentukan sama ada murid
telah menguasai asas literasi dan numerasi. Pembinaaan instrumen saringan
disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).
PELAPORAN
32. Pengumpulan data saringan dan analisis data dikendalikan oleh Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) sementara laporan pemantauan disediakan
oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).
PERJAWATAN
33. Jawatan fasiLINUS diwujudkan di PPD untuk membantu guru dalam pengajaran
dan pembelajaran Program LINUS di sekolah.
34. Jawatan Guru Pemulihan Khas akan ditambah di sekolah bagi melaksanakan
Program LINUS.
PENUTUP
35. Program ini menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysiauntuk
mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid yang berkeupayaan
kecuali murid berkeperluan khas pada peringkat awal persekolahan. Komitmen
semua pihak adalah diharap untuk memastikan program ini berjaya selaras dengan
sasaran NKRA.
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
50/55
JALUR LEBAR KEBANGSAAN
ABSTRAK
Sejak bermulanya revolusi teknologi maklumat di pertengahan tahun 90-an hingga
kini, perubahan dan pembaharuan teknologi berlaku begitu pantas dan menyeluruh
sehinggakan sukar untuk dituruti arus perkembangan yang kencang. Jika dahulu
Internet Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi dianggap sebagai satu bentuk kemewahan,
hari ini ia menjadi satu keperluan yang sangat penting. Di awal abad ke-21 ini ia
menjadi satu prasarana asas bagi memacu perindustrian dan pembangunan negara
kerana ia akan menyumbang kepada perkhidmatan berkualiti tinggi pada harga yang
kompetitif yang seterusnya membolehkan Malaysia bersaing di peringkat ekonomi
antarabangsa. Kesimpulannya, HSBB menjadi infrastruktur penting untuk kehidupan
harian dan perniagaan. Bagi kebanyakan negara membangun, capaian kepada
sambungan Internet berkelajuan tinggi kini menjadi salah satu daripada kemudahan
asas harian sama seperti kemudahan asas air dan elektrik.
PENGENALAN
Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) secara rasminya dilancarkan oleh Telekom
Malaysia (TM). Dengan kos keseluruhan mencecah RM11.3 billion, merupakan
sinar baru dalam evolusi internet Malaysia. Projek ini sebenarnya sudah bermula
pada 2008. Projek HSBB yang dilaksanakan secara rasmi dengan termeterainya
perjanjian antara kerajaan dan TM. Projek ini adalah sebahagian dari insiatif
berterusan oleh kerajaan demi kepentingan dan faedah rakyat Malaysia. Kejayaan
projek HSBB akan memberi kesan secara langsung kepada peningkatan aktiviti ICT
dan pertumbuhan ekonomi di negara kita. Hakikatnya, tidak dapat dinafikan lagi
bahawa HSBB boleh membawa manfaat yang besar, bukan sahaja kepada
pelanggan individu dan juga syarikat-syarikat perniagaan, tetapi juga kepada negara
secara keseluruhan nya. HSBB amat penting untuk pembangunan nasional keranaia memberi kesan secara langsung kepada peningkatan produktiviti, aktiviti ICT dan
pertumbuhan menyeluruh ekonomi di negara kita. Ia akan mengukuhkan lagi daya
saing kita berbanding negara-negara lain yang turut telah melaksanakan HSBB lebih
awal. Negara-negara ini telah mendahului kita dalam aspek prasarana ICT, dan kini
mereka telahpun menikmati manfaat daripada pelaburan mereka.
Selepas pelancaran oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, juga
telah melancarkan Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan dan Jalur Lebar BerkelajuanTinggi (HSBB). Inisiatif yang dimaksudkan termasuklah:
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
51/55
1. Pelaksanaan pusat jalur lebar komuniti atas nama PJK ke rumah. Satu jalur
lebar yang akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 615,000
orang di 246 lokasi membabitkan peruntukan RM60 juta.
2. Penubuhan pusat internet rakyat di 138 premis Jabatan Penerangan di
seluruh negara yang memberi liputan jalur lebar kepada 400,000 pengguna.
3. e-kiosk akan disediakan di pusat kemasyarakatan dan pejabat mukim di
1,100 mukim di seluruh negara yang membabitkan peruntukan sebanyak
RM4 juta.
4. Liputan selular awam diperluaskan dengan 873 menara telekomunikasi baru
akan dibina di seluruh negara termasuk 278 menara di Sabah dan 257
menara di Sarawak.
5. Peruntukan sejumlah RM1 bilion akan digunakan daripada dana khidmat
sejagat atau UPS dengan persetujuan penyedia perkhidmatan akan
digunakan untuk mengagih-agihkankan komputer riba atau notebook kepada
pelajar yang kurang mampu di seluruh negara.
6. Telekom Malaysia akan memperkenalkan pakej jalur lebar berserta netbook
dengan bayaran dikurangkan daripada RM50 kepada RM38 dan bagi
kawasan USP, jumlah ini dikurangkan lagi kepada RM20.
APA ITU JALUR LEBAR @ BROADBAND?
Jalur lebar (broadband)
Jalur Lebar adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi.
Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada
kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang
nyata adalah ADSL, di mana suara dan data berkongsi bahagian yang berlainan
dalam dawai kuprum ( suara dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala
data dikendalikan di atas 138 kHz).Kelebihan Jalur Lebar
Dengan menggunakan broadband, kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga
lima minit, semata-mata membuka e- mel apatah lagi hendak download bahan. Ia
membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas
sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem
berkeupayaan 56kbps. Dalam hal data eletronik pula, kesan yag sama boleh
diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistemsatelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
52/55
inovasi hasil sains dan teknologi.
Internet Jalur Lebar
Jalur lebar juga digunakan untuk merujuk kepada capaian Internet jalur lebar, di
mana sambungan untuk capaian adalah lebih tinggi berbanding modem telefon (56
kbit/s). Istilah jalur lebar digunakan bagi merujuk kepada sambungan 512 kbit/s atau
lebih tinggi, walaupun sesetengah Internet Service Provider (ISP) telah
mengiklankan perkhidmatan dengan lebar jalur (bandwidth) yang kurang kerana
tidak terdapat kadar bit (bitrate) yang ditakrifkan dalam industri komunikasi.
Multiplexing
Komunikasi boleh menggunakan beberapa saluran fizikal berlainan serentak; ini
adalah multiplexer capaian pelbagai (multiplexing for multiple access). Saluran
sedemikian boleh dibezakan setiap satunya melalui masa multiplexer
pembahagian masa (time division multiplexing) atau TDMA, dalam frekuensi
pembawa multiplexer pembahagian frekuensi (frequency division multiplexing)
atau FDMA, atau multiplexer pembahagian panjang gelombang (wavelength division
multiplexing) WDM, atau dalam kaedah capaian multiplexer pembahagian kod (code
division multiplexing) atau CDMA. Setiap saluran yang mengambil bahagian dalam
multiplexing exercise adalah dari segi takrifan merupakan jalur sempit (kerana tidak
menggunakan seluruh lebar jalur medium), manakala jika seluruh saluran dilihat
secara sekaligus dan digunakan untuk tujuan komunikasi yang sama, maka ia boleh
dipanggil sebagai jalur lebar.
Penerangan projek
Projek HSBB adalah untuk kawasan-kawasan yang mempunyai kepadatan
penduduk tinggi dan yang berimpak tinggi iaitu :
Saiz Projek HSBB: RM15.2 bilion untuk tempoh 10 tahun;
Pelaburan Kerajaan: RM 2.4 billion untuk tempoh 3 tahun di Zon 1Liputan Zone 1 kawasan-kawasan utama Lembah Klang, kawasan-kawasan
industri (meliputi semua negeri, termasuk Sabah & Sarawak) dan Iskandar
Malaysia.
Perlaksanaan BBGP untuk kawasan-kawasan Zon 1, 2 & 3
Perlaksanaan BBGP adalah melalui strategi sedia ada (facility-based
competition) yang ditawarkan pada masa ini oleh pemberi perkhidmatan
melalui teknologi wayar dan wayarles seperti ADSL, WiMax, WiFi dan HSDPA.
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
53/55
Perlaksanaan untuk sebahagian Zon 2 dan 3 adalah melalui program
Pemberi Perkhidmatan Sejagat (USP).
KELEBIHAN HSBB?
Apa yang menariknya, HSBB menggunakan talian gentian optik (fiber optic) yang
menggantikan kabel tembaga (copper cable). Malah, tidak seperti Streamyx, HSBB
dilengkapi dengan tambahan fungsi iaitu:
1. Internet Berkelajuan tinggi. Minimum kelajuan adalah 10Mbps. Jika Streamyx
buat masa sekarang maksimum adalah 4Mbps
2. IPTV menyalurkan rancangan televisyen melalui internet seperti Malaysia
History, Malaysian Football, Tourism dan Games. Melalui IPTV, kebanyakkan
saluran televisyen di dunia dapat kita tonton.
3. Video atas perkhidmatan (VoD)
KEPENTINGAN TEKNOLOGI JALUR LEBAR
Senario terkini jalur lebar diperingkat global
Perkhidmatan yang ditawarkan:
Hong Kong : mencapai kelajuan 1000 Mbps dengan purata kelajuan 100 MBps
Korea: mencapai kelajuan 1000 Mbps dengan purata kelajuan 25 Mbps
Singapura : mencapai kelajuan sehingga 1000 Mbps pada tahun 2015.
Sokongan Kerajaan
Korea: RM5.5 b un tuk rangkaian gentian optik, faedah pinjaman yang rendah,
RM3.7 b untuk rangkaian akhir
Japan: Rebat cukai korporat 6 hingga 18 %, 20 hingga 25% pengurangan
pada cukai perbelanjaan modal (CAPEX tax)
Singapura: Geran Kerajaan berjumlah SGD 1b (RM2.3 b) melalui bida
persaingan untuk memberikan Ultra wideband Network yang membolehkan
1000 MbpsKategori- kategori perlaksanaan jalur lebar:
Neutral Open access: Amsterdam, Sweden, UK
Kerjasama Kerajaan -Swasta: Korea & Japan
Diterajui oleh Industri/ Swasta: USA, France
Sumbangan kepada KDNK pada 2010:
50% penembusan penduduk di USA akan menyumbangsebanyak 4.0%
kepada KDNK15% penembusan penduduk di UK akan menyumbang sebanyak 0.6%
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
54/55
kepada KDNK
50% penembusan penduduk di New Zealand akan menyumbang sebanyak
0.9% kepada KDNK
Senario jalur lebar terkini di Malaysia
Kadar penembusan jalur lebar di Malaysia adalah rendah berbanding dengan
negara-negara lain; 18% bagi kadar isi rumah, 5.4% bagi kadar penduduk.
Kadar penembusan yang rendah adalah disebabkan kos infrastruktur yang
tinggi, kurangnya permintaan dan kesedaran terhadap faedah jalur lebar
Kadar penembusan komputer rendah dan kurang kemampuan untuk
melanggan jalur lebar
Kurangnya kandungan tempatan
Kategori - kategori jalur lebar
Jalur lebar untuk orang awam
dengan kelajuan sehingga 2 Mbps melalui teknologi wayar dan wayarles i.e.
ADSL, WiMax, WiFi and HSDPA.
Jalur lebar berkelajuan tinggi
bagi kawasan-kawasan terpilih/ditentukan untuk penggunaan melebihi 10
Mbps bagi kawasan-kawasan yang berimpak tinggi.
Sasaran jalur lebar kebangsaan
Penembusan jalur lebar bagi isi rumah sebanyak 50 peratus
pada tahun 2010
Kenapa Jalur Lebar dan HSBB?
Kesan nyata terhadap sumbangan KDNK Negara: Sumbangan Industri
Komunikasi dan Multimedia kepada KDNK sebanyak 6% dan KNK sebanyak
7.6%;
Meningkatkan daya saing negara dan pelaburan langsung asing (FDIs)Membolehkan ekonomi berasaskan ilmu (K-Ekonomi)
Mewujudkan peluang pekerjaan
Memberikan impak positif kepada sektor lain
Sumbangan KDNK dan kewujudan peluang pekerjaan
Dengan mencapai penembusan jalur lebar bagi isi rumah sebanyak 50 peratus pada
tahun 2010 akan membolehkan sumbangan ke atas KDNK Negara sebanyak 1
peratus pada tahun 2010. Pada masa yang sama, peluang pekerjaan sebanyak135,000 bakal diwujudkan.
-
7/28/2019 Program Bagi Masyarakat Orang Asli
55/55
PENUTUP
Jalur Lebar Kebangsaan yang menyediakan Inisiatif Jalur Lebar Negara dalam
pelancaran HSBB dan jalur lebar bagi orang awam (BBGP) bukan sahaja bertindak
bagi merapatkan jurang digital dan menambah baik kehidupan ramai orang, malah
juga membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta enterprise untuk
menjadi lebih berdaya saing dalam pasaran yang semakin global sifatnya.
Penggunaan HSBB akan menyediakan platform bagi aplikasi maju, jalur lebar tanpa
wayar mudah alih dan perkhidmatan rangkaian, seperti panggilan video tanpa wayar
kawasan luas dan data tanpa wayar jalur lebar. Perkhidmatan data dan jalur lebar
mudah alih bukan sahaja memberi manfaat kepada Malaysia dan ekonominya,
malah juga mendorong pemantauan cekap melalui pengawasan video rangkaian
digital.Tahun Sumbangan ke atas KDNK Negara Peluang pekerjaan baru
2010 RM6.68 bilion (0.98%) 135,000
2012 RM10.68 bilion (1.39%) 220,000
2017 RM13.59 bilion (1.32%) 281,000
2022 RM15.88 bilion (1.16%) 329,000
Sumber :
Kementerian Penerangan komunikasi dan kebudayaan
Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi - 2008
Akhbar Utusan Malaysia
Akhbar Berita Harian