Prinsip perakaunan kewangan
Transcript of Prinsip perakaunan kewangan
JTW1114Prinsip Perakaunan Kewangan
Pengurus Kursus: Shaiful Nizan
Murad @ Mansor
Tahniah & Syabas!
Nak dapat A? Latihan, latihan, latihan, latihan,
latihan…..latihan
Perancangan Akademik
simpankira vs perakaunan• Simpankira-cara merekod urusniaga
perniagaan dengan tepat & sistematik dalam pelbagai jenis akaun
Tujuan simpankira• rekod bukti sesuatu urusniaga• rekod, kelas & ringaskan urusniaga
dalam unit wang• simpan maklumat perniagaan (cth: aset,
liabiliti, ekuiti pemilik) untuk mengetahui kedudukan kewangan perniagaan
Tujuan Perakaunan
Tujuan perakaunan: Meliputi proses simpankira & penyediaan maklumat perakaunan untuk pihak yang berkepentingan membuat sesuatu keputusan yang berkaitan dengan operasi perniagaan
Beza simpankira vs p’akaun
Simpankira perakaunan Hanya melibatkan proses merekod semua urusniaga yang dapat dinilaikan dalam bentuk wang dengan cara yang tepat dan sisitematik berdasar akan sistem catatan bergu
Proses merekod, melapor dan mentafsir maklumat perakaunan untuk membantu pihak pengurusan membuat keputusan
Prinsip Perakaunan Diterima Umum
• Kos SejarahAset bukan semasa direkod berasas
akan kos dan tarikh aset tersebut dibeli
Kos tidak akan berubah walaupun berlaku susutnilai pada aset itu di pasaran
• Pemadanan Hasil & Belanja►Hasil perniagaan harus dipadankan dengan
perbelanjaan atau kos sebenar yang terlibat untuk mendapatkan keuntungan tempoh berkenaan
►Untung bersih ditentukan dengan menolak jumlah belanja daripada hasil untuk tempoh berkenaan
►Hasil dan belanja untuk tempoh sebelumnya dan tempoh akan datang tidak boleh dilibatkan dalam tempoh kewangan berkenaan
• Pendedahan Penuh
Andaian-andaian Perakaunan
• Usaha berterusan
-Sesebuah perniagaan diandaikan akan terus wujud ke suatu masa yang tidak diketahui
-Ianya mempengaruhi catatan nilai aset yang dibeli
• Tempoh perakaunan
-Jangka masa satu tempoh perakaunan
-Dibahagikan kepada satu jangkamasa tertentu seperti satu tahun, setengah tahun atau sebulan dan tetap bagi sesebuah perniagaan
Andaian-andaian Perakaunan
• Wang sebagai ukuran
-Wang digunakan dalam semua urusniaga
-Urusniaga direkod menggunakan RM
-Memudah kerja-kerja merekod agar seragam
Andaian-andaian Perakaunan
• Entiti berasingan
-Sebuah perniagaan merupakan badan berlainan daripada pemiliknya
-Hanya urusan berkaitan perniagaan sahaja direkodkan di dalam rekod perniagaan
Terma-terma Utama
Aset: • sumber yang dimiliki oleh
sesebuah perniagaan yang dapat memberi manfaat masa hadapan untuk sesebuah perniagaan.
Terbahagi dua: aset semasa dan aset bukan semasa
• Aset semasa:
• senang ditukar bentuk
• lazimnya sama untuk kebanyakan perniagaan iaitu stok/inventori, tunai, bank, penghutang, hasil belum diterima, hasil terakru, belanja terdahulu
• Aset bukan semasa: –perlu lebih jangkamasa panjang untuk
ditukar bentuk–Cth: kenderaan, perabot, bangunan
milik–Kenderaan adalah aset bukan semasa
bagi perniagaan runcit, tapi aset semasa bagi perniagaan menjual kereta! (kenapa?)
–Perabot adalah aset bukan semasa bagi perniagaan menjual kereta tapi aset semasa bagi perniagaan perabot (kenapa?)
Terma-terma Utama
Liabiliti:• Obligasi perniagaan kepada pihak luar seperti
hutang bank, hutang jangka panjang, sewa belum dibayar, sewa terakru, hasil terdahulu
• Liabiliti terbahagi 2: Liabiliti semasa dan liabiliti bukan semasa
• Kedua-dua dibezakan oleh jangkamasa yang diperlukan untuk menyelesaikannya
• Jika dapat diselesaikan kurang 1 tahun – liabiliti semasa
• Jika perlu masa lebih 1 tahun untuk diselesaikan – liabiliti bukan semasa
Terma-terma Utama
Ekuiti Pemilik
• Tuntutan pada perniagaan bagi pihak pemilik
Ambilan
• Ambilan yang dibuat oleh pemilik sama ada berbentuk tunai, barangniaga/stok atau aset tetap
Hasil• Pendapatan yang diperoleh daripada
aktiviti operasi• Lazimnya dari jualan barangniaga /
bayaran perkhidmatan yang diberi
Belanja• Kos yang perlu ditanggung oleh firma
untuk mendapatkan hasil• Cth: sewa, gaji, komisen
Terma-terma Utama
Persamaan Perakaunan
Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik
Contoh urusniaga Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik Beli kenderaan secara kredit Dt Ak. Kenderaan
Kt Ak. Pemiutang
+ (Dt)
+ (Kt)
Tiada kesan
Bayar pemiutang menggunakan cek Dt Ak. Pemiutang Kt. Bank
- (Kt)
- (Dt)
Tiada kesan
Penghutang bayar hutang secara tunai Dt Ak. Tunai
Kt Ak. Penghutang
+ / - + (Dt) -(Kt)
Tiada kesan Tiada kesan
Pemilik membawa masuk kenderaan peribadi untuk perniagaan Dt. Ak. Kenderaan
Kt. Modal
+ (Dt)
Tiada Kesan + (Kt)
Ambilan tunai oleh pemilik Dt. Ambilan
Kt. Tunai
- (Kt)
Tiada Kesan - (Dt)
Sekian. Hingga bertemu lagi……