Prinsip Muamalat Artikel

download Prinsip Muamalat Artikel

of 2

Transcript of Prinsip Muamalat Artikel

  • 8/22/2019 Prinsip Muamalat Artikel

    1/2

    Prinsip Muamalat

    Muamalat ialah tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia untukmemenuhi

    keperluan masing-masing berlandaskan syariat Allah S.W.T yang melibatkan bidangekonomi dan sosial islam. Muamalat terdiri daripada 4 aspek iaitu,

    Simpanan(Wadiah),Pinjaman (qard),Pelaburan (Mudharabah) dan Insuran(Takaful).

    Wadi`ah(Simpanan) bermaksud memberikan kuasa kepada orang lain untuk menjaga harta

    atau barangnya secara terangan atau dengan isyarat. (ulama Hanafiyah). Ia juga sesuatu akad

    atau perjanjian dengan mewakilkan orang lain untuk menjaga harta milik seseorang dengan

    cara tertentu melalui syarat tertentu yang di haruskan oleh syarak.(ulama Malikiyah,Syafiah

    dan Hanabilah- jumhur ulama). Syarat Wadiah menurut Ulama Hanafiah mestilah berakal

    manakala menurut Jumhur Ulama mestilah Baligh,berakal,cerdas,barang disimpan jelas dan

    boleh dikuasai. Akad Wadiah bersifat mengikat amanah dan dibawah tanggungjawab orang

    yang menjaga. Akad Wadiah boleh berubah dari amanah kepada ganti rugi(ad-Dhaman).

    Ianya berlaku disebabkan barang tersebut tidak disimpan oleh orang yang diamanahkan untuk

    menyimpannya atau barang simpanan diamanah oleh orang kedua kepada orang ketiga atau

    barang simpanan tersebut dimanfaatkan oleh orang yang menyimpan atau orang yang

    menjaga barang simpanan melanggar syarat-syarat yang telah ditentukan.

    Al- Qard (Pinjaman) ialah Pertukaran atau perpindahan hak milik sesuatu aset atau wang

    dari pemilik asal kepada pihak lain dengan syarat, pihak lain itu berkewajiban memulangkan

    aset atau wang yang dipinjam tersebut atau yang sama nilainya pada kemudian hari. Rukun

    Al- Qard terdiri daripada Peminjam,pemberi pinjaman,barang yang dipinjamkan dan lafaz

    Ijab dan Kabul.

    Pelaburan (Mudharabah) ialah Akad kerjasama antara pemilik dana(shahibulmaal) dengan

    pengusaha (mudharib) untuk melakukan sesuatu usaha bersama dan keuntungan akan

    dibahagikan mengikut perbandingan nisbah yang disepakati. Menurut istilah ialah akad yang

    dibuat dua pihak dimana satu pihak mengeluarkan wang kepada satu pihak lagi untuk

    diniagakan. Keuntungan yang diperolehiakan dibahagikan mengikut kadar yangdipersetujui

    sebelumnya. Mudharabah terbahagi kepada 2 iaitu, Mudharabah Mutlaqah dan

    Mudharabah Muqayyadah. Rukun Mudharabah terdiri daripada Pemodal, Pengusaha,

    Modal, Pekerjaan, keuntungan, dan sighah(lafaz ijab dan Kabul).

    Takaful(Insuran), Takaful berasal dari kalimah kafalah bererti jaminan atau memberikan

    jaminan dimana setiap peserta takaful menjamin keperluan peserta lain dan wang premium

  • 8/22/2019 Prinsip Muamalat Artikel

    2/2

    yang terkumpul itu di laburkan mengikut sistem mudharabah. Insuran yang diharuskan

    didalam Islam ialah Insuran Kerjasama Kemasyarakatan (Taawini atauIjtimaie) iaitu

    sesuatu Jenis insuran termasuk dalam jenis kontrak sumbangan ikhlas (uqud Tabarruat )

    yang diikat untuk mencapai matlamat bantu-membantu diantara individu masyarakat yang

    menghadapi musibah dan demi mengurangkan bebanan yang di tanggung. Perkara yang

    diharuskan dalam Takaful ialah tidak bertujuan untuk mengaut keuntungan, tidak berbentuk

    perniagaan malah berbentuk sumbangan derma kepada individu malang dalam proses dan

    seliaan organisasi dan pengurusan tertentu, serta tidak dikira uqud muawadah maliah

    (kontrak jual beli atau perniagaan) tetapi hanyalah uqud Tabarruat (kontrak derma dan

    sumbangan)