Prinsip Dan Teknik Menjaringkan Gol
-
Upload
eniey-ab-rahim -
Category
Documents
-
view
327 -
download
5
Transcript of Prinsip Dan Teknik Menjaringkan Gol
PRINSIP DAN TEKNIK MENJARINGKAN GOL
Pengenalan
Bola baling merupakan sejenis sukan yang ditentukan oleh jaringan gol
bagi mendapatkan pemenang. Dengan purata lebih kurang 30 hingga 40 gol
dijaringkan dalam sesuatu permainan bola baling, bermakna permainan ini
adalah antara sukan yang mempunyai kadar menjaringkan gol tertinggi.
Antara kualiti penting yang harus dimiliki oleh pemain bola baling yang
bertanggunjawab menjaringkan gol ialah kekuatan, kelajuan, kepantasan,
ketepatan menuju sasaran dan ketepatan mengikut masa. Selain itu ada lagi
kualiti lain yang harus ada pada pemain bola baling khususnya penjaring gol
antaranya ialah tangkas berfikir, bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan
lasak, tidak mudah berputus asa dan bekerjasama dalam satu pasukan.
Asas Penting Menjaringkan Gol
1. Pemain mempunyai keyakinan diri dalam kemahiran menjaringkan gol.
2. Pemain berkemampuan mengawal keseimbangan pergerakan dan
tindakan menjaringkan gol sepanjang tempoh permainan.
3. Pemain dapat memberi tumpuan dan perhatian penuh terhadap setiap
pergerakan yang hendak dilaksanakan, termasuk menjaringkan gol.
4. Pemain bijak mencari ruang kosong dan mengambil peluang daripada
kedudukan penjaga gol lawan.
5. Pemain dapat mengarah bola serta menepati setiap sasaran yang dituju.
6. Pemain dapat mematuhi segala peraturan dan undang-undang permainan
serta mematuhi keputusan pengadil.
Jenis-jenis Jaringan
1. Jaringan Daripada Aras Bahu
Jaringan ini merupakan jaringan yang paling mudah. Jaringan ini boleh dilakukan
daripada kedudukan pemain yang statik, dan dengan lebih berkesan semasa
bergerak pantas, pemain yang berlari pecut ke garisan 9 meter untuk membuat
jaringan.
Jaringan daripada kedudukan ini boleh memberi tenaga yang maksimum
dengan tenaga yang diperoleh daripada otot kaki yang tegap daripada dasar
yang luas daripada paha, belakang, bahu lengan dan akhirnya pergelangan
tangan.
Teknik dan Aturan dalam melakukan jaringan aras bahu
i. Pemain meletakkan kaki kirinya dihadapan dengan menghalakannya
kearah hadapan, iaitu kearah gol.
ii. Pemain memegang bola pada tapak tangannya pada kedudukan
bersedia untuk membuat jaringan.
iii. Tangan kiri dibengkokkan merentasi dada, manakala bahu kiri
diarahkan kearah yang akan dibuat balingan atau jaringan.
iv. Keseluruhan tenaga jaringan dibawa daripada kaki kepada tangan
dan dibantu oleh kaki kirinya.
v. Pusingan pergelangan tangan menambahkan pertukaran lewat pada
arah jaringan, jika pertahanan atau penjaga gol bergerak untuk
mengadang.
vi. Jaringan hendaklah diarahkan terus kebahagian sudut aras gol, atau
hampir kepala penjaga gol.
PERGERAKAN JARINGAN ARAS BAHU
2. Jaringan Lompat
Jaringan gol merupakan jaringan yang paling berkesan kerana ia mempunyai
pelbagai pilihan dan kemungkinan yang membentuk seseorang pemain sehingga
dia dilihat berbahaya dalam melakukan jaringan gol.
Teknik dan Aturan dalam Jaringan Lompat
i. Pemain bergerak lebih kurang tiga langkah ke hadapan ke garisan gol.
Ketika ini pemain memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
ii. Dari luar kawasan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol,
sambil melakukan jaringan dengan sebelah tangan. Arah yang akan
dituju ialah salah satu daripada empat penjuru gol lawan.
iii. Pemain berada di dalam kawasan gol selepas bola dilemparkan.
iv. Pemain melakukan ikut lajak pada tangan dan badannya.
Kelebihan Jaringan Lompat
i. Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas
dengan cara memusingkan bahu dan lengan.
ii. Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat
lompatan sendiri mampu mengelirukan penjaga gol.
iii. Pemain boleh melantun bola serta membolehkannya bergerak kedalam
gol lawan.
iv. Daripada pergerakan melompat, penjaring gol sudah tentu mempunyai
kelebihan psikologi dan mental.
PERGERAKAN JARINGAN LOMPAT
3. Jaringan Dari Atas Kepala
Jaringan ini hampir sama dengan jaringan pada aras bahu dari segi pergerakan,
kedudukan pemain dan gaya lontarannya. Jaringan ini boleh dilakukan secara
statik, dan dalam kedudukan berlari.
Teknik dan Aturan dalam Jaringan Atas Kepala
i. Pemain bergerak daripada kedudukan awalnya satu langkah kehadapan.
ii. Berat badan pemain diletak pada kaki kiri sambil kaki kanan
membengkok.
iii. Pemain membengkokkan tangan yang memegang bola untuk dibawa
kebelakang kepala pada aras bahu.
iv. Pemain melonjak sekali sambil tangan yang memegang bola diluruskan
keatas kepala dan membaling kuat kearah sasaran.
v. Pemain melakukan ikut lajak untuk tangan dan badan.
PERGERAKAN JARINGAN ATAS KEPALA
4. Jaringan Dari Bawah Lengan
Jaringan dari bawah lengan umumnya didapati kurang berkesan untuk
menghasilkan gol. Ini disebabkan pemain yang akan membuat jaringan
mendapati sukar untuk membaling bola pada kedudukan sedemikian.
Bagaimanapun jaringan ini boleh dilakukan apabila didapati pemain lawan terdiri
daripada pemain yang tinggi-tinggi. Jaringan jenis ini, selalunya bola diarahkan
ke sudut bawah gol lawan.
Teknik dan Aturan dalam Jaringan Bawah Lengan
i. Pemain mengambil langkah kehadapan dengan kaki kiri. Kaki kanan pula
dibengkokkan sambil membawa bola kebelakang pada bawah aras bahu.
ii. Pemain meluruskan tangan yang memegang bola sambil kaki kanan
melangkah ke hadapan.
iii. Bola dilontarkan kehadapan dengan sepenuh tenaga dengan
mengarahkan bola ke arah pintu gol lawan.
iv. Pemain mengundurkan kaki kiri manakala tangan kanan dilepaskan.
PERGERAKAN JARINGAN DARI BAWAH TANGAN
5. Jaringan Sisi
Jaringan sisi merupakan alternatif kepada jaringan tinggi dan jaringan rendah.
Dengan membuat salah satu daripada dua jaringan ini, pemain boleh melakukan
jaringan sisi apabila pemain lawan cuba melakukan adangan. Pemain tangan
kanan berpura-pura melakukan jaringan pada arah kiri lawan, tetapi tiba-tiba
mengangkat kaki kanannya, menggerakkan badannya ke kiri lalu berdiri pada
kaki kiri.
Apabila pemain ini mendarat pada sisi, dia memusingkan sedikit badan
dan bahunya, lalu membawa bola rendah untuk menjaringkan gol. Jaringan gol
dari sisi ini akan menjadi lebih berkesan sekiranya dilakukan serta merta atau
secara mengejut.
Keseimbangan dan keselesaan kedudukan pemain ketika membuat
jaringan sisi ini harus di beri perhatian. Mungkin jaringan sisi ini digunakan
apabila pemain tidak dapat melakukan jaringan lain yang lebih berkesan.
PERGERAKAN JARINGAN SISI
6. Jaringan Junam
Jaringan junam atau jaringan jatuh merupakan jaringan yang sukar, kerana boleh
mendatangkan bahaya kepada pemain yang kurang berpengalaman dalam
permainan ini.
Teknik dan Aturan dalam Jaringan Junam
i. Pemain hendaklah berada diluar garisan kawasan gol dalam kedudukan
sedia.
ii. Pemain melompat menuju kawasan gol. Lompatan ini dilakukan dengan
menggunakan kaki kanan.
iii. Pemain melakukan jaringan ke sasaran semasa melompat. Jaringan
dibuat semasa pemain berada di udara semasa mendarat.
iv. Mendarat dengan menahan badan dengan tangan. Pastikan pemain
mendarat atau menjatuhkan diri dengan betul supaya tidak mengalami
kecederaan.
PERGERAKAN JARINGAN JUNAM
7. Jaringan Penalti
Jaringan penalti adalah jaringan gol yang dibuat setelah pengadil memberi
isyarat untuk berbuat demikian. Jaringan ini dibuat pada masa-masa tertentu.
Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini diibuat secara terhad
oleh undang-undang. Pemain yang akan membuat jaringan penalti diberi masa
hanya tiga saat selepas pengadil meniup wisel.
Teknik dan Aturan dalam Jaringan Penalti
i. Pemain berada dikawasan balingan penalti bersama bola pada
tangannya.
ii. Pemain hendaklah memandang penjaga gol untuk memerhatikan
kemungkinan pergerakan yang akan dilakukan.
iii. Pemain bebas mengarahkan bola kemana-mana sudut gol lawan.
iv. Sekirannya penjaga gol sudah berlari kehadapan, gunakan teknik
membuat jaringan lambung (lob) untuk membuat jaringan.
v. Lakukan ikut lajak.
PERGERAKAN JARINGAN PENALTI
LATIHAN UNTUK JARINGAN GOL
Latihan 1
Lima orang pemain berbaris seperti dalam rajah. Pemain A menghantar bola
kepada jurulatih ( C ). Kemudian pemain A meneruskan larian kehadapan, ke
arah gol dengan diadang oleh pemain pertahanan lawan. Pemain A kemudian
melompat lalu membuat jaringan gol menggunakan jaringan atas atau jaringan
aras bahu.
Pemain A kemudian melompat lalu membuat jaringan gol menggunakan
jaringan atas atau aras bahu. Pemain B juga kan melakukan pergerakan yang
sama seperti yang dilakukan olah pemain A. ini diikuti oleh pemain-pemain lain
dalam barisan. Sementara itu pemain A akan kembali ke dalam barisan
dibelakang pemain E. Ulangi pergerakan jaringan gol ini dengan menggunakan
pelbagai cara membuat jaringan gol.
Latihan 2
Lima orang pemain berada di beberapa kedudukan di hadapan garisan jaringan
percuma seperti ditunjukkan dalam rajah. Jurulatih mengarahkan pemain
membuat hantaran dari seorang ke seorang pemain lain hingga jurulatih
memberi isyarat pemain mana yang akan menbuat jaringan gol, menggunakan
sebarang cara jaringan dengan mengarahkan bola ke penjuru atas gol.
Pergerakan diulangi dengan pemain lain pula melakukan jaringan.
Sementara itu pemain yang telah melakukan jaringan akan kembali ke posisi
asal untuk melakukan pergerakan menghantar dan menerima bola untuk
membuat jaringan gol seterusnya.
Jurulatih hendaklah memastikan setiap pemain berpeluang melakukan
jaringan. Jurulatih hendaklah membetulkan sebarang kesilapan semasa pemain
melakukan jaringan gol.
Latihan 3
Pemain membentuk dua barisan terdiri daripada empat orang dalam satu
barisan. Kedudukan pemain adalah seperti dalam rajah. Dihadapan kedua-dua
barisan terdapat seorang lagi pemain yang bertindak sebagai pengadang.
Pemain pertama dari barisan pertama akan menerima bola dari jurulatih
yang berdiri ditengah-tengah barisan. Selepas mendapat bola, pemain ini akan
melakukan jaringan. Pemain yang bertindak sebagai pengadang mencuba
membuat adangan minimum disebelah dalam padang untuk memberikan pemain
yang membuat jaringan, sudut yang kecil ke arah gol.
Perlakuan ini diikuti pemain kedua dari barisan pertama dan begitulah
seterusnya. Pemain yang telah melakukan jaringan hendaklah kembali ke
garisan yang satu lagi. Contohnya, pemain pertama dari barisan pertama akan
kembali kebarisan kedua, dan pemain pertama dari barisan kedua akan kembali
kebarisan pertama.
Latihan 4
Pemain-pemain membentuk tiga barisan terdiri daripada tiga pemain dalam satu
barisan. Kedudukan barisan ditunjukkan dalam rajah di bawah. Jurulatih
menghantar bola kepada pemain pertama setiap barisan, seorang demi seorang.
Pemain yang mendapat bola akan membuat jaringan gol sebaik sahaja
mendapat jaringan bola dari kedudukan masing-masing. Setelah semua pemain
melakukan jaringan, mereka akan berpindah kedudukan barisan. Ini diteruskan
dengan latihan jaringan seperti yang dilakukan dahulu. Begitu juga setelah
semua pemain telah melakukan jaringan daripada kedudukan barisan dalam
posisi baru akan berpindah ke posisi ketiga. Begitulah seterusnya sehingga
setiap pemain telah melakukan jaringan dari tiga posisi yang berlainan.