PPPN JOHOR - jhr.icu.gov.myjhr.icu.gov.my/images/muatturun/buletin/BULETIN12017.pdf ·...
Transcript of PPPN JOHOR - jhr.icu.gov.myjhr.icu.gov.my/images/muatturun/buletin/BULETIN12017.pdf ·...
BULETIN PPPN JOHOR BIL.1/2017
BIL. 1/2017 (JAN-MAC)
PPPN JOHOR
Majlis Perasmian Projek JalanDari Felda Taib Andak KeFelda Inas, Johor Bahru, Johor
E D I S IJAN - MAC
- 2017 -
LawatanPemantauan
ProjekRMK-11
JOMBantu Rakyat
BengkeleCommerce
ms 11 ms 22 ms 25
ms 10
SIDANG REDAKSI
PENAUNG ENCIK NOR AZRI BIN ZULFAKAR
KETUA EDITOR ENCIK AMIR ZAKRI BIN MAHMAD MAHYIDIN
EDITOR PUAN HAZLINDA BINTI ZAINOL
SIDANG PENULISAN PUAN NOOR IDAYU BINTI OTHMAN . PUAN SHADNI WARDIAH BINTI
SHAHARIR . PUAN NORHIDAYAH BINTI JELANI . PUAN AZRINA BINTI AHMAD . PUAN YUSNIZA BINTI MOHD
YUSOP. PUAN SHAHRIZAWATI BINTI SHAMSUDIN . PUAN NORA BINTI YAHYA . PUAN NOR HEDAH BINTI
MD. SARIF . PUAN DALILA RAIHANA BINTI SALLEH . PUAN HANIFAH BINTI MAAROF . PUAN SAPNIZA
TUNISAH BINTI SAPARI
REKALETAK & GRAFIK PUAN SHADNI WARDIAH BINTI SHAHARIR . PUAN SHAHRIZAWATI
BINTI SHAMSUDIN
JURUFOTO ENCIK MOHAMAD RAFIUDDIN BIN ZAKARIA . ENCIK MUHAMMAD SHAFIQ BIN MOHD
ZIN
ISI KANDUNGAN
Misi“Agensi Pusat Yang Memacu Pembangunan Negara Di NegeriJohor Melalui Penyelarasan, Pengesanan dan Penilaian Dasar, Program Dan Projek Dengan Mengamalkan Budaya KerjaCemerlang Dan Tadbir Urus Yang Baik”
Visi"Agensi Pusat Yang Unggul Dalam Penyelarasan Dan Pemantauan Pembangunan Negara Di Negeri Johor”
PROFIL JABATAN
Moto
PEMANTAUAN &PENILAIAN
ms 04 - ms 19
KHAS
ms 20 - ms 23
KESEJAHTERAAN RAKYAT
ms 24 - ms 25
PENGURUSAN &KEWANGAN
ms 26 - ms 29
KELAB SUKAN &SOSIAL PPNJ
ms 30 - ms 31
Nor Azri bin ZulfakarPengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor
Sekapur SirehSalam Hormat dsan Salam Muafakat Johor, saya
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun
Baru 2017 dan mengucapkan rasa syukur yang mendalam kepada
Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya jua kita dapat
bersama dalam suasana harmoni dan aman damai.
Marilah kita bersama-sama menjadi hasrat YAB. Perdana
Menteri supaya Tahun 2017 sebagai tahun penyampaian di mana
semua Jabatan/Agensi di peringkat Persekutuan, Negeri dan
Daerah memberi fokus kepada perkhidmatan kerajaan untuk
rakyat, projek untuk rakyat, kebajikan untuk rakyat,
latihan untuk rakyat, pertambahan nilai untuk rakyat dan
segalanya untuk rakyat. YAB. Perdana Menteri juga
mengingatkan supaya penjawat awam mengikis pemikiran atau
‘mind-set’ untuk bekerja secara berasingan atau dikatakan
‘silo-mentality’.
Penyampaian perkhidmatan menitikberatkan
pemantapan kecekapan dan keberkesanan penyampaian
perkhidmatan awam yang berasaskan penyampaian perkhidmatan
awam yang berasaskan pelanggan dan rakyat agar lebih cepat,
tepat, berkualiti, proaktif dan responsif. Tanggungjawab
paling besar kita adalah kesejahteraan rakyat sebagai
matlamat akhir.
Saya mengajak semua agar dapat memperhebatkan
rentak kecemerlangan dan memperkukuhkan jalinan
permuafakatan untuk kemakmuran negeri dan negara.
PEMANTAUAN DAN PENILAIAN
HIGHLIGHTS PROGRAM/PROJEK RMKe-11
(RP2) 2017 NEGERI JOHOR
PRESTASI FIZIKAL RMKe-11 (RP2) 2017
NEGERI JOHOR (351 PROJEK)
*Sumber : Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) sehingga 31 Mac 2017
4
RINGKASAN PROJEK AKU JANJI &
WALKABOUT NEGERI JOHOR
*Sumber : ICU JPM sehingga 28 Februari 2017
5
6
7
LAWATAN KERJA OLEH TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PEMBANGUNAN), KEMENTERIAN
KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH (KKLW) KE NEGERI JOHOR
Pada 6 Januari 2017 (Jumaat), YBhg. Dato’ Dr.Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus, TimbalanKetua Setiausaha (Pembangunan), KementerianKemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telahmengadakan lawatan kerja ke Negeri Johor.Lawatan kerja ini telah dibuat berdasarkankeputusan Mesyuarat Jawatankuasa TindakanPembangunan Kementerian (JTPK) Bil. 12/2016pada 23 Disember 2016 (Jumaat) yang lalu.
TKSU(P) KKLW telah turun padang ke projekMembina Jambatan Konkrit Di Kampung RantauPanjang, Kota Tinggi, Johor dan PembangunanProgram Bantuan Rumah (PBR) secaraberkelompok Fasa 1 di Kampung Tanah PutihMukim Sedili, Kota Tinggi, Johor pada lawatankerja kali ini.
Selain itu, TKSU(P) KKLW juga telah hadir ke MajlisMenandatangani Dokumen dan Penyerahan bagiProjek Membina dan Menaiktaraf Jalan dari FeldaTaib Andak ke Felda Inas, Kulai, Johor. Penyerahanprojek tersebut dilakukan oleh Pengarah KerjaRaya Johor, YBrs. Tuan Ir. Haji Mohamad Salleh BinAbu Bakar kepada TKSU(P) KKLW, sebagai AgensiPemilik. Turut hadir dalam majlis ini ialah AhliDewan Negeri, YB Tuan Ali Mazat Bin Salleh.
Projek Membina dan Menaiktaraf Jalan dari FeldaTaib Andak ke Felda Inas telah berjaya disiapkandengan sempurna oleh JKR Daerah Kulai pada 31Disember 2016.
8
PEMANTAUAN DAN PENILAIAN 9
PROGRAM BANTUAN RUMAH (PBR) SECARA BERKELOMPOK FASA 1 DI KAMPUNG TANAH PUTIH MUKIM SEDILI, KOTA TINGGI, JOHOR.
JALAN DARI FELDA TAIB ANDAK KE FELDA INAS, JOHOR BAHRU, JOHOR
10
MAJLIS PERASMIAN PROJEK JALAN DARI FELDA TAIB ANDAK KE FELDA INAS, JOHOR BAHRU, JOHOR
Pada 10 Januari 2017, Jalan dari Felda Taib Andak ke Felda Inas, Johor Bahru, Johor telahdirasmikan oleh YAB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Negeri Johorsempena rangka lawatan kerja rasmi ke Daerah Kulai. Projek ini telah disiapkan sepenuhnyapada 31 Disember 2016 dan menelan belanja sebanyak RM13.4juta.
Projek ini adalah merupakan jalan pintas yang menghubungkan dan memendekkan jarakperjalanan Felda Taib Andak ke Felda Inas dari 45 minit kepada 15 minit. Pembinaan jalan inisecara tidak langsung memudahkan urusan harian penduduk setempat serta memberikanimpak kepada pembangunan sosioekonomi penduduk khususnya bagi penduduk Felda TaibAndak dan juga Felda Inas.
LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK-PROJEK RMK-11 DAERAH SEGAMAT, JOHOR
11
Lawatan pemantauan bagi projek-projek RMK-11 Negeri Johor bagiDaerah Segamat telah diadakanpada 23 Januari 2016 (Isnin). Projek-projek yang terlibat dalam lawatanpemantauan ini ialah PembinaanBlok Tambahan 12 Bilik Darjah DanLain-lain Kemudahan Di SekolahMenengah Kebangsaan Dato' MohdArshad (SMK Batu Anam) Segamat,Johor dan Membina Jalan DariKampung Orang Asli Putting Ke FeldaPalong Timur, Segamat.
Sepanjang tempoh lawatan projek-projek berkaitan, taklimat ringkasmengenai prestasi pelaksanaanprojek telah diberikan oleh pihakPegawai Penguasa [Jabatan KerjaRaya (JKR)/Perunding] dan pihakkontraktor serta lain-lainjabatan/agensi yang terlibat. Membina Jalan Dari Kampung Orang Asli Putting
Ke Felda Palong Timur, Segamat
SekolahMenengahKebangsaan Dato' Mohd Arshad (SMK Batu Anam) Segamat, Johor
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri (JKTNg) Johor Bilangan 1 Tahun 2017 yangdipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Johor, Tuan Haji Azmi bin Rohani telah diadakan pada19 Februari 2017 di Bilik Gerakan Aras 1, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar,Iskandar Puteri, Johor. Mesyuarat ini melibatkan Ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan, PihakBerkuasa Tempatan, Badun Berkanun Persekutan dan Kerajaan Negeri seramai 42 ahli.
Sebanyak empat (4) kertas laporan telah dibentangkan, iaitu:1. Prestasi Pelaksanaan Projek/Program Pembangunan RMKe-11 Rolling Plan Kedua (RP2) Tahun
20172. Taklimat Penguatkuasaan ke Atas Peraturan Berkaitan Pre-Approved Plan (PAP) Dan
Industrialised Building System (IBS) Bagi Projek Kerajaan Serta Ketersediaan Pelaksanaan PAPdi Negeri Johor
3. Status Pelaksanaan dan Isu/Masalah Program/Projek Pembangunan RMKe-11 RP 2 Tahun2017 Berstatus Dalam Pelaksanaan dan Dalam Perancangan Di Bawah Lembaga KemajuanJohor Tengara (KEJORA)
4. Isu Sosial : Pengabaian Warga Emas, Isu, Masalah Dan Tindakan Penyelesaian
PEMANTAUAN DAN PENILAIAN 12
MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA TINDAKAN NEGERI (JKTNg) JOHOR BILANGAN 1 TAHUN 2017
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN PUSAT BIOSEKURITI PERIKANAN JOHOR BAHRU, JOHOR
Majlis Penyerahan ProjekPembinaan Pusat BiosekuritiPerikanan Johor Bahru, Johor telahdiadakan pada 13 Februari 2017.
Majlis menandatangani dokumenpenyerahan projek PembinaanPusat Biosekuriti Perikanan JohorBahru, Johor telah ditandatanganiantara Encik Mohd Isa Bin Sulaiman,Jurutera Daerah, Jabatan Kerja RayaDaerah Johor Bahru dan EncikTarmidzi bin Ramly, PengarahBahagian Kejuruteraan, JabatanPerikanan Malaysia.
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN PUSAT PEMPROSESAN GETAH TERMAJU BERSEPADU,
KOTA TINGGI, JOHOR
Pada 16 Februari 2017, Majlis Penyerahan ProjekPembinaan Pusat Pemprosesan Getah TermajuBersepadu di Kota Tinggi, Johor telah diadakan.
Majlis menandatangani dokumen serahan telahdilakukan oleh Encik Rijal Nazli bin Sulaiman,Jurutera Daerah Kota Tinggi kepada PengarahLembaga Getah Malaysia dan disaksikan oleh YBDatuk Datu Nasrun bin Datu Masrur, TimbalanMenteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi(MPIC) dan wakil Jabatan Kerja Raya Malaysia.
Dalam majlis ini, replika kunci telah digunakansebagai simbolik penyerahan.
13
MAJLIS MENANDATANGANI DOKUMEN DAN PENYERAHAN PROJEK MENAIKTARAF
JALAN MUKIM 6 LINAU DAN MUKIM 7 TANJUNG SEMBRONG, BATU PAHAT, JOHOR
14
Pada 5 Februari 2017, Majlis Menandatangani Dokumen dan Penyerahan ProjekMenaiktaraf Jalan Mukim 6 Linau Dan Mukim 7 Tanjung Sembrong, Batu Pahat,Johor telah diadakan. Majlis ini telah dilaksanakan antara Ir. Haji Mohamad Sallehbin Abu Bakar, Pengarah JKR Johor dan Tuan Haji Mohd. Shafie bin Jusoh,Setiausaha Bahagian Infrastruktur Kementerian Kemajuan Luar Bandar danWilayah (KKLW). Majlis Penyerahan ini turut disaksikan oleh Ketua Pengarah KerjaRaya Malaysia iaitu YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md. Taha dan YB Datuk Ab.Aziz bin Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap juga Ahli ParlimenAyer Hitam.
Papan tanda 'Jalan Parit Jambi' sebagai gimik penyerahan telah digunakan dalammajlis ini.
Projek ini pernah tersenarai dalam projek lewat jadual dan pernah dimasukkan didalam Jawatankuasa Khas National Development Projects Intervention Committee(NDPIC) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Di atas komitmen semuapihak termasuk kontraktor dan JKR, projek ini dapat disiapkan lebih awal daripadatarikh jangka siap.
LAWATAN KERJA UNIT PERANCANG EKONOMI, JABATAN PERDANA MENTERI (UPE, JPM) BAGI PROJEK-PROJEK PEMBANGUNAN INSTITUSI TVET NEGERI JOHOR
Pada 21 hingga 22 Mac 2017, Encik Surrendren Sathasivam, Timbalan Pengarah (Latihan danPendidikan), Seksyen Pembangunan Modal Insan, UPE, JPM telah hadir bersama EncikMohd. Roszaimy bin Musa, Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan Sekolah), SeksyenPembangunan Modal Insan, UPE, JPM ke Negeri Johor telah ke Negeri Johor sempenaLawatan Kerja UPE, JPM Bagi Projek-projek Pembangunan Institusi TVET Negeri Johor.
Kolej Vokasional Azizah, Johor Bahru, Johor
15
Sekolah Menengah Kebangsaan Suria Jaya, Batu Pahat, Johor.
Kolej Vokasional Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor
Kolej Vokasional Tanjung Piai, Pontian, Johor
16
Tujuan lawatan ini adalah sebagai salah satu usaha UPE, JPM bagi meninjau kemajuan projek-projek pembangunan yang telah disalurkan bagi penyediaan infrastruktur institusi TVET Negaradan melihat sejauh mana jalinan kerjasama anatara pihak Latihan Kemahiran Awam (ILKA) danpemain industri dalam usaha membangunkan program selaras dengan keperluan setempat.
Lawatan ini melibatkan empat projek, iaitu Kolej Vokasional Azizah, Johor Bahru, Johor, KolejVokasional Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor, Kolej Vokasional Tanjung Piai, Pontian, Johor, danSekolah Menengah Kebangsaan Suria Jaya, Batu Pahat, Johor.
MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN NEGERI (MTNG) JOHOR BILANGAN 1 TAHUN 2017
Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri (MTNG) Johor Bilangan 1 Tahun 2017 yangdipengerusikan oleh YAB. Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin telahdiadakan pada 2 Mac 2017 di Bilik Gerakan Aras 1, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor. Mesyuarat ini melibatkan Ahli Mesyuarat KerajaanNegeri, Ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak BerkuasaTempatan seramai 40 ahli.
Kertas-kertas laporan yang telah dibentangkan adalah:
1. Status Pelaksanaan Projek Landasan Keretapi Berkembar di Johor2. Prestasi Pelaksanaan Projek/ Program Pembangunan Fizikal dan kewangan RMKe-
11 Rolling Plan kedua (RP2) 2017 Tumpuan Kepada Status Projek Lewat Jadual,Akujanji dan Walkabout
3. Pelaksanaan Program Mesra Rakyat (PMR) Tahun 2017 di Negeri Johor4. Status Pencapaian Sifar Peratus Miskin Tegar eKasih Negeri Johor5. Pelaksanaan dan Isu/Masalah Program/Projek Pembangunan RMKe-11 RP 1
Berstatus Dalam Pelaksanaan dan Dalam Perancangan Di Bawah Pihak BerkuasaWilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)
6. Perancangan dan Status Pelaksanaan Projek Perumahan Mampu Milik di NegeriJohor
7. Laporan Perkembangan Roadmap Pembangunan Industri Perabot Kayu NegeriJohor
8. Pelaksanaan Program Jom Bantu Rakyat Negeri Johor 20179. myBeautiful Malaysia Day 2.0.
17
PEMANTAUAN DAN PENILAIAN
LAWATAN TAPAK DAN PERBINCANGANHALA TUJU MINI ‘URBAN TRANSFORMATION
CENTRE’ (UTC) PASIR GUDANG DI KOMPLEKS PUSAT BANDAR PASIR GUDANG, JOHOR
Pada 28 Mac 2017, Perbincangan Hala Tuju
Mini UTC Pasir Gudang di Kompleks Pusat
Bandar Pasir Gudang, Johor telah diadakan di
Bilik Perbincangan Pengurusan Kompleks,
Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor.
Cadangan penubuhan mini UTC Pasir Gudang
telah diperhalusi dan dipersetujui secara
dasarnya oleh semua agensi yang terbabit.
Cadangan ini adalah berdasarkan nilai
kepadatan penduduk yang berjumlah 420,000
orang di kawasan Pasir Gudang, di mana
pertambahan penduduk dijangkakan semakin
meningkat selari dengan pembangunan yang
kian pesat. Pembangunan Mini UTC ini juga
bakal memberi perkhidmatan setempat
kepada penduduk kawasan bersebelahan, iaitu
Pengerang dan Kota Tinggi.
Tapak cadangan pembinaan mini UTC adalah
Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang dengan
keluasan 28,403 kps. Agensi ditawarkan
sewaan percuma selama tiga (3) tahun
pertama beroperasi.
18
SESI SUA TEMU SEKTOR PUSAT TRANSFORMASI PENYAMPAIAN BERSAMA PEGAWAI KEMAJUAN NEGERI BAGI ZON SELATAN
Sesi Sua Temu Sektor Pusat Transformasi Penyampaian Bersama Pegawai KemajuanNegeri Bagi Zon Selatan telah diadakan pada 8 Mac 2017 di Pejabat PembangunanPersekutuan Negeri Melaka. Sesi Sua Temu ini melibatkan Pejabat PembangunanPersekutuan Negeri Melaka, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor danPejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sembilan.
Tujuan pelaksanaannya adalah sebagai salah satu inisiatif untuk memantapkanmekanisme pemantauan projek RMKe-11. Sesi ini merupakan sebahagian usaha bagimenyebarluaskan perkembangan terkini dalam pemantauan terutamanya bagimelaksanakan end-to-end monitoring di peringkat negeri.
19
MAJLIS PENYERAHAN MASJID BESAR BANDAR SERI ALAM, PERSISIRAN SERI ALAM,
PASIR GUDANG, JOHOR
JOHOR BAHRU - Majlis Penyerahan Masjid Besar
Bandar Seri Alam, Persisiran Seri Alam, Pasir
Gudang, Johor telah diadakan pada 30 Januari 2017
oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor. Majlis
penyerahan ini telah dihadiri oleh Ir.Tuan Haji
Mohamad Salleh bin Abu Bakar, Pengarah JKR Johor
dan turut dihadiri oleh Encik Mohamad Fitri bin Md.
Ali @ Hashim, Ketua Penolong Pengarah (Khas),
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor
(PPPNJ), Jabatan Agama Johor (JAJ) serta Ahli
Jawatankuasa Masjid Bandar Seri Alam, Pasir
Gudang, Johor.
Pembinaan masjid ini telah bermula dari 1
September 2014 dan telah siap sepenuhnya pada
27 Ogos 2016. Projek ini telah dilaksanakan oleh JKR
Johor dengan kos pembinaan sebanyak
RM6,448,612.00.
PROJEKPERUNTUKAN BAGI MEMBINA MASJID BESAR BANDAR SERI
ALAM, PERSISIRAN SERI ALAM, PASIR GUDANG, JOHOR
NO. PROJEK J0412PMPM159J09420103(S17)
AGENSI PELAKSANA JKR JOHOR
PERUNTUKAN RM 7,000,000.00
KOS KONTRAK RM 6,448,612.00
TARIKH MULA 1 SEPTEMBER 2014
TARIKH SIAP SEBENAR 15 JANUARI 2017
JUMLAH KAPASITI JEMAAH 1,500 JEMAAH
20
MAJLIS PENYERAHAN MASJID KG MELAYU LIMAKEDAI, GELANG PATAH, JOHOR
JOHOR BAHRU - Majlis Penyerahan Masjid Kg. Melayu Lima Kedai, Gelang Patah, Johor
telah diadakan pada 27 Februari 2017 dan dirasmikan oleh Encik Mohd Fadli bin Mohd
Shahpeai, Jurutera (Bangunan) JKR Johor Bahru serta turut dihadiri wakil daripada Pejabat
Pembangunan Persekutuan Negeri Johor (PPPNJ), Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan
Ahli Jawatankuasa Masjid Kg. Melayu Lima Kedai, Gelang Patah, Johor.
Pembinaan masjid ini telah bermula dari 16 Oktober 2014 dan telah siap sepenuhnya pada
15 Februari 2017. Projek dilaksanakan oleh JKR Negeri Johor dengan kos pembinaan
sebanyak RM2,446,904.00.
PROJEK
MEMBINA SEMULA MASJID DI
KAMPUNG MELAYU LIMA KEDAI,
GELANG PATAH, JOHOR
NO. PROJEK J0413TPTPM162J11480603(S17)
AGENSI PELAKSANA JABATAN KERJA RAYA JOHOR
KONTRAKTOR CMZ USAHA SDN.BHD.
PERUNTUKAN RM2,890,000.00
KOS KONTRAK RM2,446,904.00
TARIKH MULA 16 OKTOBER 2014
TARIKH SIAP SEBENAR 15 FEBRUARI 2017
JUMLAH KAPASITI
JEMAAH600 ORANG
21
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAMJOM BANTU RAKYAT NEGERI JOHOR
Mesyuarat Jom Bantu Rakyat Negeri Johortelah diadakan pada 6 Mac 2017 bertempat diBilik Gerakan Tun Abdul Razak. BangunanSultan Ibrahim, Johor Bahru. Mesyuaratdipengerusikan oleh YBhg.Dato’ Shahlan binIsmail, Pengarah Perancangan Strategik,Pejabat YAB Perdana Menteri. Mesyuaratturut dihadiri oleh Pemimpin TempatanPersekutuan (PTP) dan Ketua Jabatan/Agensiyang berkaitan
Mesyuarat diadakan bagi membincangkanmengenai gerak kerja dan persediaan untukmelaksanakan Program Jom Bantu Rakyat diDaerah Segamat yang dijangka akandilaksanakan pada pertengahan April 2017
22
SEKSYEN KHAS
MAJLIS PENYERAHAN MASJID AL REDZUAN DI KAMPUNG SRI DALAM, PARIT NO.5, AIR HITAM,
MUAR, JOHOR
Majlis Penyerahan Masjid Al Ridzuan Ayer Hitam Johor telah diadakan pada 30 Mac
2017 bertempat di perkarangan masjid. Majlis telah dihadiri oleh Encik Amir Zakri bin
Mahmad Mahyidin, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Johor, Tuan Haji Tahir bin
Hamdan, Pengurus Besar TPM Technopark dan turut dihadiri wakil dari Jabatan Agama
Islam Negeri Johor dan Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Redzuan, Kampung Sri Dalam, Air
Hitam, Johor.
Pembinaan masjid ini telah bermula pada 3 September 2015 dan telah siap
sepenuhnya pada 8 Januari 2017. Projek dilaksanakan oleh Pejabat Pembangunan
Persekutuan Negeri Johor dengan kos pembinaan sebanyak RM1,852,225.00.
PROJEK PERMOHONAN PERUNTUKAN MEMBINA BARU MASJID
AL-REDZUAN DI KAMPUNG SRI DALAM, PARIT NO. 5,
AIR HITAM, MUAR, JOHOR
NO. PROJEK J0413TPTPM162J11480603(S17)
AGENSI PELAKSANA JOHOR CORPORATION
KONTRAKTOR SYARIKAT BINAAN ABDULLAH
PERUNTUKAN RM2,500,000.00
KOS KONTRAK RM1,852,225.00
TARIKH MULA 3 SEPTEMBER 2015
TARIKH SIAP SEBENAR 8 JANUARI 2017
JUMLAH KAPASITI JEMAAH 700 ORANG
23
PEMANTAUAN DAN PENILAIAN
BENGKEL ECOMMERCE, POS MALAYSIA
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor (SDO Johor) dengan kerjasama
Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ) telah mengadakan Bengkel
eCommerce oleh Pos Malaysia Berhad pada 27 Februari 2017 bertempat di
Dewan Sri Intan, Intan Kampus Wilayah Selatan (IKWAS), Kluang, Johor. Bengkel
ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan input baru
berkenaan eCommerce kepada usahawan-usahawan tempatan dalam usaha
mempromosi dan memasarkan produk mereka untuk memperkembangkan
perniagaan masing-masing.
Bengkel eCommerce ini juga dapat membantu mengenal pasti isu dan masalah
yang dihadapi oleh usahawan-usahawan yang menggunakan perkhidmatan
penghantaran Pos Malaysia Berhad dan memberi peluang kepada mereka untuk
mengutarakannya kepada pihak Pos Malaysia dan terus mendapat maklum balas
yang cepat tentang penyelesaiannya daripada Pos Malaysia Berhad.
Seramai 62 peserta telah hadir dan terdiri daripada usahawan-usahawan yang
telah berdaftar dengan sistem Satu Daerah Satu Industri (eSDSI) yang mewakili
daerah Kluang, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru selain daripada
UPENJ, Perbadanan Keusahawanan Negeri Johor (EDC) dan Persatuan
Usahawan.
Taklimat bengkel ini telah disampaikan oleh wakil agensi Pos Malaysia Berhad
iaitu, Encik Shamsul Izhan Bin Abd Majid, Ketua eCommerce Pos Malaysia Berhad
dan Cik Jasmin Binti Sulaiman, Pembantu Naib Presiden Pos Malaysia Berhad
24
25
Sesi bergambar bersama pihak Pos Malaysia
Pameran yang diadakan oleh PosMalaysia
Sesi soal jawabantara pihak Pos
Malaysia danusahawan yang hadir
TAKLIMAT KESELAMATAN PERLINDUNGAN OLEH ENCIK MOHD HANAFI BIN MOHD NORDIN
DARI PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA.
Taklimat Keselamatan Perlindungan telah diadakan
pada 30 Januari 2017 , bertempat di bilik Mesyuarat
Utama, PPPN Johor . Disampaikan oleh wakil dari
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan
Malaysia, Encik Mohd Hanafi bin Mohd Nordin.
Taklimat ini diadakan bagi memberi pendedahan dan
meningkatkan pengetahuan berkaitan keselamatan
perlindungan di jabatan serta prosedur yang perlu
dipatuhi. Taklimat ini turut diselangi dengan sesi soal
jawab
26
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT JABATAN
Program Sambutan Maulidur Rasul peringkat jabatan telah diadakan pada 1 Februari
2017 bertempat di bilik Mesyuarat Utama, PPPN jJhor. Program ini diadakan bagi
meingkatkan lagi penghayatan warga PPPN Johor terhadap pengorbanan junjungan besar
Nabi Muhammad SAW. Turut diadakan ceramah bertajuk “Kekeluargaan Dalam Islam”
yang disampaikan Ustaz Mohd Assubhi Bin Sidon dari Jabatan Islam Negeri Johor.
Pemilihan tajuk ceramah adalah bertepatan dengan baginda sebagai sebaik-baik contoh
pemimpin dalam keluarga
27
28
PEMANTAUAN DAN PENILAIAN 29
It was our pleasure
Perlawan BolingPersahabatan PPPNJ & KASTAM
30
PEMANTAUAN DAN PENILAIAN 6 31
PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI JOHOR
Suite 11A & 11B, Menara Ansar
No. 65, Jalan Trus
80000 Johor Bahru
Johor Darul Takzim.
Tel : 07 223 4777
Faks : 07 226 8020 /226 8040
www.jhr.icu.gov.my