POTOSTAT TIOAK DIBENARKAN -...
-
Upload
duongtuyen -
Category
Documents
-
view
230 -
download
0
Transcript of POTOSTAT TIOAK DIBENARKAN -...
T P 0 0 0 0 2 4 2 9
erJchidmatan Pembaca & Rujukaa " ^ ' • • " " i T u n .,bdu! Razak stitiut !..„>!,, r i .YiARA
S.i. v)am Se luneor.
Jabatan Pengurusan Harta Tanah
Kajian Senibena, Perancangan dan Ukur,
Institut Teknologi MARA
Shah Alam,
Selangor. P O T O S T A T T IOAK D I B E N A R K A N
PKNS, PERANAM DAN STRATEGI TERHADAP PEMAJUAN NEGERI SELANGOR.
KES KAJIAN : PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN DI PELABUHAN KLANG.
Dissertasi ini disediakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat untuk penganugerahan
DIPLOMA LANJUTAN PENGURUSAN HARTA TANAH.
Disediakan oleh,
ARRIFFIN BIN ABD. AZIZ.
Tahun Akademik 1984/1985.
April, 1985.
PENGHARGAAN.
Bismillahhirrahmanirrahim.
Dengan izin Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, maka
dengan ini dapatlah saya menyedia dan menyiapkan dissertasi
ini sebagaimana yang diarahkan didalam jangkamasa yang ter-
tentu..' .
Pertama sekali, saya ingin merakamkan rasa terhutang budinya
terhadap Penyelia yang mengawasi saya iaitu Puan Sariah binti
Ibrahim didalam jangka masa penyiapan dissertasi ini. Beliau
dengan kerjasama yang tulus iklas telah dapat membimbing, mem-
berikan teguran dan tunjuk ajar yang berguna bagi saya men-
yiapkan pengkajian didalam buku ini.
Say-a juga mengucapkan terima kasih kepada En. Yunus bin Abd.
Rahman, selaku Ketua Jabatan Pengurusan Harta Tanah, Yang
Mulia Raja Aris bin Raja Hussain selaku "year Master" dan
juga kepada semua tenaga pengajar di Jabatan ?Ĕengurusan
Harta Tanah Institut Teknologi Mara, Shah Alam.
Disamping itu, tidak ketinggalan juga saya mengucapkan ribuan
terima kasih kepada mereka-mereka yang telah memberikan kerja-
sama dalam bentuk pemberian maklumat seperti data-data, pelan -
pelan, peta-peta, buku-buku dan perbincangan-perbincangan bagi
ii
saya menyempurnakan tugas-tugas saya terutama sekali kepada
kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Unit Perancang
Dan Kemajuan Negeri Selangor, Lembaga Pelabuhan Klang, Jabatan
Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri Selangor, Majlis Per-
bandaran Klang, Pejabat Tanah Klang dan Pihak "Malaysian
Industrial Development Authority" (MIDA). Selain dari itu,
saya juga mengucapkan ribuan terima kasih terhadap Puan Norlian
binti Sayuti yang telah berusaha memberikan kerjasama didalam
menaipkan dissertasi ini.
Sebagai pengakhir kata, diatas pertolongan dan kerjasama mereka
yang tidak terhingga ini, saya mendoakan supaya mereka di-
cucuri rahmat oleh Allah s.n.w.xlan dilimpahkan kebaikan dunia
dan akhirat.
Jabatan Pengurusan Hartanah, Iklas Dari,
Institut Teknologi Mara,
Shah Alam, (ARRIFFIN BIN ABD. AZIZ).
Selangor.
15/4/1985.
iii
PRAKATA
Didalam menghadapi ledakan pembangunan yang pesat, Malaysia adalah
salah sebuah negara di Asia Tenggara yang termaju menghadapi per-
kembangan industri. Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti
kestabilan ekonomi, politik, perkembangan ilmu pengetahun dan pertam-
bahanpenduduk yang cepat daya peningkatannya.
Dalam menyusun dan menyeragamkan perkembangan pembangunan ini, maka
Kerajaan Melaysia telah menyusun beberapa strategi bagi mencapai mat-
lamat DEB. Selaras dengan itu beberapa agensi pemajuan telah di per-
tanggung jawabkan. Diantara nya ialah PKEN (Perbadanan Kemajuan Ekonomi
Negeri-Negeri).
Bagi Negeri Selangor, PKEN yang mewakilinya ialah PKNS. Didalam kontek
ini, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor telah diamanahkan menjalankan
beberapa aktiviti-aktiviti utama iaitu aktiviti Pemajuan Perumahan,
Pemajuan Bandar-Bandar Baru, Pemajuan' Kawasan PJerusahaan, Pemulihan
Kawasan-Kawasan Setinggan dan Pembinaan Komplek-Komplek Perniagaan.
Matlamat dissertasi ini dibuat adalah untuk mengkaji Peranan dan
Strategi PKNS secara umum disamping menumpukan satu kes kajian iaitu
Pembangunan perindustrian di Pelabuhan Klang yang mana merupakan
Pelabuhan yang terbesar di Negara kita. Didalam mengutarakan fakta-
fakta didalam dissertasi ini, penekanan adalah diberikan kepada
bab-bab yang ke 3, 4, 5 dan 6.
iv
Secara amnya saya ingin menyelidik sejarah perkembangan perindustrian
oleh PKNS di Pelabuhan Klang. Ini termasuklah pemajuan-pemajuan yang
telah dijalankan dimasa lalu hinggalah ke masa sekarang. Selain
daripada itu saya akan mengkaji jangkaan perkembangan yang mungkin
dihadapi dima$a-masa akan datang berserta dengan kesan-kesan yang
akan timbul daripada kegiatan perindustrian ini.
ISI KANDONGAN.
Muka surat.
Penghargaan 1
Sinopsis iii
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.10 Perbadanan Ekonomi Negeri-negeri 1
1.20 Matlamat PKEN secara amnya 2
1.30 Polisi PKEN 3
1.40 Strategi PKEN secara am 4
1.50 Latar Belakang Penubuhan PKNS 6,
1.51 Tugas-tugas PKNS 6„,-
1.52 Kegiatan-kegiatan PKNS secara amnya 7
BAB 2 SEJARAH PELABUHAN KLANG DAN PENGLIBATAN PKNS. 15
2.10 Sejarah ringkas Pelabuhan Klang dan
perkembangannya 15
2.11 Pembukaan Pelabuhan Klang 15
2.12 Pengembangan Pelabuhan Klang 16
2.13 Pelabuhan Klang di bawah Pentadbiran
Lembaga Pelabuhan Swettenham 16
2.14 Pertukaran nama Pelabuhan Klang 17
2.15 Pencapaian Pelabuhan Klang pada masa
kini dan rancangan akan datang. 17
Muka surat
2.20 Sejarah Penglibatan PKNS di-
Pelabuhan Klang 20
2.30 Guna tanah di Pelabuhan Klang dan
sekitarnya 23
2.31 Jenis-jenis guna tanah 23
2.32 Guna tanah Perumahan 25
2.33 Guna Tanah Perkilangan 25
2.34 Guna tanah Pejabat dan Perdagangan 26
2.35 Guna tanah Perkhidmatan Awam 26
2.36 Guna tanah Pertanian 27
2.40 Jenis-jenis guna tanah di Pusat Bandar
Pelabuhan Klang 27
BAB 3 KUASA-KUASA YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA PKNS
DAN LEMBAGA PELABUHAN KLANG 30
Kuasa- Undang-undang 30
3.10 Pentadbiran 35
3.11 Perjawatan 35
3.12 Perkeso 36
3.13 Perumahan Untuk Kakitangan 38
3.14 Tindakan Tata Tertib 38
Muka surat
3.20 Kewangan 39
3.21 Perbelanjaan 39
3.22 Pendapatan 40
3.30 Pembangunan dan Pengurusan Harta 45
3.31 Perumahan 45
3.32 Penempatan S.ĕtinggan 46
3.33 Rumah Kedai/Ruang Pejabat/Niaga 4 7 >
3.34 PendapSlJjTj Jualan/Sewa 47
3.35 Rancangan Daerah 47
3.40 Urusan Tanah 48
3.41 Tapak Perusahaan 48
3.42 Tapak Institusi 49
3.43 Tapak Perumahan 49
3.50 Bandar-bahdar Baru 49
3.51 Pembangunan Infrastruktur 49
3.52 Bangunan 50
3.53 Pengindahan Dataran 50
3.54 Komplek Sukan 51
3.60 Bandar Baru Bangi 51
3.61 Pembangunan Infrastruktur 51
3.62 Bangunan 52
3.63 Perkhidmatan Bandaran 52
Muka surat
3.70 Ampang Hulu Klang 52
3.71 Pembangunan Infrastruktur 52
3.72 Bangunan 53
3.80 Sungai Way/Subang 53
3.81 Pembangutain Infrastruktur . 53
3.82 Bangunan 54
3.83 Pengindahan Dataran 54
3.84 Salak Tinggi 54
3.90 Kawasan Perusahaan 55
3.91 Kawasan Perusahaan Bukit Rajah 55
3.92 Kawasan Perusahaan Teluk Panglima
Garang 55
3.93 Kawasan Perusahaan Bangi 55
3.94 Kawasan Perusahaan Shah Alam 56
3.95 Kawasan perusahaan Seri Kembangan 56
3.96 Projek Perusahaan Luar Bandar 56
3.97 Kuala Selangor 57
3.98 Kawasan-kawasan Perusahaan lain 57
BAB 4 CAMPUR TANGAN PKNS TERHADAP PERMAJUAN INDUSTRI
DI SELANGOR 58
4.10 Sejarah dan Titik Mula kegiatan industri
PKNS 58
Muka surat
4.20 Sejarah Penglibatan PKNS di kawasan
kajian 59
4.30 Kawasan Perusahaan Pandamaran 60
4.31 Sejarah Pembangunannya 60
4.32' Peringkat Penjualan tapak-tapak 62
4.33 Peringkat Pembinaan Kilang-kilang 63
4.34 Kemajuan pada masa kini 63
4.40 kawasan Perusahaan Selat Klang Utara 65
4.41 Sejarah Pembangunannya 65
4.42 Objektif Pembinaaan Perusahaan
Selat Klang Utara 66
4.43 Peringkat Penjualan tapak 68
4.44 Peringkat Pembinaan kilang 70
4.45 Kemajuan pada masa kini 71
4.50 Kesan Perkembangan Industri terhadap
Kawasan Kajian 72
4.51 Kesan terhadap modal yang berbayar
oleh Kawasan Industri PKNS 73
4.52 Kesan terhadap modal pelaburan yang
ditambah 76
4.53 Kesah terhadap tenaga kerja 78
Muka Surat
4.54 Kesan terhadap tenaga pekerja
tempatan 80
4.60 Kesan terhadap para pelabur 82
4.61 Kesan terhadap penjualan Hasil
' keluaran 82
4.62 Taraf Pemilikan Industri 85
4.63 Struktur para pekerja & masaalah yang
dihadapi oleh Pengusaha firma 85
4.70 Kesan terhadap kenaikkan dan kejatuhan
harga harta tanah 91
4.80 Kesan terhadap perkembangan dan pembentukan
Pelabuhan Klang. 97
4.90 Keutamaan yang diberikan oleh PKMS terhadap
Perusahaan berbanding dengan aktiviti lain 99
BAB 5 KEMAJUAN YANG TELAH DICAPAI DIMASA LALU DAN
KEADAAN SEMASA 103
5.10 Kejayaan projek-projek di masa lalu 103
104 5.11 Perumahan 5.12 Bandar Bahru 1 0 6
muka surat
5.20 Bentuk dan kaedah pemajuan dari tahun
ke tahun yang memberikan bentuk
pemajuan yang berbeza-beza 113
5.21 Konsep Rakan Kcngsi 114
5.22 Tender kepada Kcntraktor 115
5.23 Pengswastaan 116
5.30 Kesan Inflasi dan Kemelesetan terhadap
Kemajuan PKNS 119
5.40 Kesan Inflasi dan kemelesetan terhadap
kemajaun perusahaan di Pelabuhan Klang 122
5.50 Kemajuan PKNS pada masa kini dan risiko
yang sedang dihadapi 125
5.51 Pelaburan keatas infrastruktur 125
5.52 Tempuh tarap perintis 126
5.53 Kurang minat para pekerja 1^6
5.54 Guna tanah yang tak efjsyen 127
5.55 Risiko kebakaran dan kerosakan 128
BAB 6 STRATEGI MASA KINI DAN MASA AKAN DATANG 129
6,10 Kerja-kerja Pemajuan Masa kini .129
6.11 Pencapaian Projek-projek PKNS
Sendiri. 129
6.12 Pencapaian PKNS sebagai agensi
Kerajaan Negeri 131
muka surat.
6.20 Deraf-deraf Pemajuan yang akan
dilaksanakan. 132
6.30 Cara-cara yang paling eluk dan
sesuai PKNS gunakan bagi mencapai
pembangunan dan kejayaan. 135
6.31 Cara Perancangan 135
6.32 Cara Pembangunan 139
6.33 Cara Pemasaran 142
6.40 Pandangan Penulis terhadap cara yang
paiing berkesan keatas strategi
tersebut 147
6.41 Strategi Perancangan 147
6.42 Strategi Pembangunan. 150
6.43 Strategi Pemasaran 152
6.50 Masalah-masalah yang dihadapi didalam
Perlaksanaan Projek 154
6 .51 Masalah' aspek Perancangan dan
perlaksanaan 154
6-52 Masalah dari segi pentadbiran
dan masalah perjawatan 155
6 - 5 3 Masalah Kewangan 155
6 . 5 4 Masalah Perjawatan 156
6 . 5 5 Masalah Pemborong-pemborong
PKNS (Pemborong Bumiputra) 156
muka surat
6.60 Cara-cara mĕngatasi masalah ini bagi
meningkatkan prestasi PKNS 15?
6.70 Kesan Strategi terhadap PKNS, Pelabuhan
Klang, Negeri Selangor dan pembangunan
Negara keseluruhannya. 160
6.71 Kesan strategi terhadap
Pelabuhan Klang 161
6.72 Kesan strategi terhadap
. Negeri Selangor dan seluruh
Negara 163
BAE 7 PENUTUP 165
7.10 Ringkasan dan Rumusan 165
7.20 Rumusan terhadap Kes Kajian 166
7.30 Rumusan terhadap kesan kawasan kajian 170
7.40 Kata-kata akhir ' 171
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.10 PERBADANAN EKONOMI NEGERI-NEGERI.
Perbadanan Ekonomi Negeri-negeri atau ringkasnya PKEN
pada asasnya adalah kepunyaan negeri-negeri yang diperbadankan
di bawah Enakmen Negeri masing-masing. Dimana kini terdapat
sebanyak Tiga Belas buah badan tersebut semenjak penubuhannya
diantara tahun 1964 hingga 1974.
Walaupun PKEN di setiap negeri berbeza dari segi nama dan
aktiviti-aktiviti, namun ianya adalah sama-sama meniiju kearah
satu haluan dan matlamat kerajaan iaitu untuk mencapai matlamat
Dasar Ekonomi Baru.
Untuk menyelaras dan menyeragamkan serta mempastikan pen-
tadbiran badan tersebut berjalan dengan lancarnya, maka ianya
telah diletakkan dibawah kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan
iaitu Kementerian Perusahaan Awam.
Semenjak dari penubuhannya, PKEN telah memainkan peranan yang
penting sebagai satu agensi awam dan telah melabur dalam banyak
syarikat serta menubuhkan anak-anak syarikatnya sendiri.
2
1 > 2 MATLAMAT PKEN SECARA AMNYA.
Diantara matlamat PKEN secara amnya ialah:-
1 . 2 . 1 Untuk membasmi kemiskinan terutamanya dikalangan kaum
bumiputra.
1 . 2 . 2 Untuk menggalakkan penyertaan kaum bumiputra dalam
lapangan perniagaan dan perindustrian serta pembinaan
dalam usaha mengurangkan perbezaan kaum mengikut
fungsi masing-masing.
1 . 2 . 3 Memajukan negeri secara am dengan mengendalikan pem-
bangunan perumahan, perniagaan dan perindustrian di-
kawasan-kawasan yang ditentukan.
1 . 2 . 4 Bertindak bagi pihak kerajaan negeri sebagai pihak
berkuasa tempatan dalam kawasan-kawasan yang terletak
diluar kuasa pihak berkuasa tempatan yang sedia ada.
1 . 2 . 5 Memajukan ekonomi negeri meliputi usaha pembangunan
kawasan bandar dan luar bandar.
1 . 2 . 6 Sebagai jentera pelaburan kerajaan dalam semua sektor
ekonomi.
1 . 2 . 7 Pembaharuan bandar.
3
1.3 POLISI PKEN.
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) memainkan peranan
yang penting dalam menjalankan usaha-usaha kerajaan. Polisi
PKEN ini diselaraskan dengan polisi Xerajaan Pusat bagi
pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Oleh itu di-
antara polisinya ialah:-.
1 . 3.1 Untuk membina masyarakat bumiputra yang maju dan
berkembang dalam lapangan perniagaan dan perindustrian.
1.3.2 Memasuki dalam sektor-sektor dimana penyertaan ekuiti
bumiputra dan pengurusan berkurangan.
1.3.3 Memainkan peranan sebagai "pemegang amanah" dalam
sektor-sektor ekonomi sehingga terdapat bumiputra yang
berkebolehan serta berwibawa untuk mengendalikannya.
Oleh kerana itu penglibatan PKEN dalam semua bidang adalah
bercorak sementara, apabila kaum bumiputra sudah mampu dan
bersedia menghadapi cabaran perniagaan dan lain-lain dalam
bidang ekonomi,kepentingan PKEN akan dipindah milik kepada
mereka secara langsung atau melalui Pemodalan Nasional
Berhad (PNB).
4
1.4 STRATEGI PKEN SECARA AM.
Bagi raencapai matlamat dan polisi, maka peranan dan cara yang
dimainkan oleh PKEN ialah:-
1.4.1 Dalam Sektor pelaburan :-
i) Menubuhkan syarikat-syarikat yang 100% dimiliki
oleh PKEN.
ii) Memasuki secara usaha sama dengan bumiputra,
syarikat asing atau syarikat tempatan dimana PKEN
memegang saham sebanyak 31% atau lebih.
iii) Menyertai dalam syarikat bersekutu dengan memegang
ekuiti antara 21% - 50%.
iv) Melabur dalam syarikat saham dengan memegang tidak
lebih 20% saham.
1.4.2 Dalam mencapai objektif sosial ialah dengan menyediakan
asas latihan dan lain-lain kemudahan supaya peniaga
bumiputra mencapai kejayaan dalam objektif kewangan untuk
mendapat keuntungan.
1.4.3 Mengujudkan peluang-peluang pekerjaan dengan pembinaan
industri-industri baru di kawasan bandar dan luar
bandar.
5
1 . 4 . 4 Memberi bimbingan kepada bumiputra dalam projek-projek
perintis seperti dalam sektor pembangunan dan pem-
balakkan.
1 . 4 . 5 Membina lebih banyak rumah-rumah kos rendah untuk
rakyat berpendapatan rendah.
1 . 4 . 6 Memimpin kaum bumiputra dengan menyediakan ceramah
atau dialog dan kursus-kursus seperti sistem bank dan
akaun peruncit, lawatan 2 dan lain-lain untuk memberi
kefahaman yang lebih kepada mereka.
1 . 4 . 7 Pembangunan bandar-bandar baru dengan menjadikannya
satu bandar yang lengkap atau sebagai satu pembangunan
guna tanah.
1 . 4 . 8 Menjalankan kegiatan pembaharuan bandar bagi menempatkan
lebih bumiputra dikawasan tersebut.
1.50 LATAR BELAKANG PENUBUHAN PKNS.
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor telah ditubuhkan pada
Ihb.Ogos, 1964 bagi menggantikan Perbadanan Pembangunan
Petaling Jaya (PJDC) yang dimansuhkan serentak dengan penubuhan
PKNS. Perbadanan yang lama hanya bertanggung jawab memajukan
kawasan Petaling Jaya sahaja tetapi PKNS telah dipertanggung-
jawabkan memajukan Negeri Selangor seluruhnya. Dengan penyerapan
kakitangan dan kelengkapan kepunyaan PJDC dahulu, PKNS dapat
meneruskan kegiatannya dalam bidang-bidang pembinaan rumah dan
pembangunan bandar-bandar baru (setelah terbanguhnya Petaling
Jaya sebagai sebuah settelite kepada Kuala Lumpur) dan juga
memajukan kawasan-kawasan perusahaan.
1.51 Tugas-tugas PKNS.
Ketiga-tiga tugas PKNS ini sebenarnya mempunyai kaitan yang
amat rapat dalam memajukan kawasan Lembah Klang dan Negeri
Selangor amnya. Penempatan penduduk yang telah sedia ada
memerlukan satu perancangan projek-projek perumahan yang
menyeluruh dan disatu pihak lagi peluang-peluang pekerja
perlu dibuka dikawasan perusahaan. Pertambahan kadar migrasi
penduduk luar bandar ke bandar khususnya di Lembah Klang
mengujudkan kesesakan di beberapa kawasan di sekitar Petaling
Jaya, kawasan di pinggir Wilayah Persekutuan dan juga Klang.
7
Ini semua memerlukan ujudnya rancangan-rancangan perumahan
yang dapat menampong kemudahan tempat tinggal dari permintaan
keatas rumah yang kian bertambah.
Orang ramai lebih mengenali PKNS sebagai sebuah agensi yang
membina dan menjual rumah. Sesungguhnya sangkaan orang ramai
ini rupanya memang berasas. Walaupun PKNS juga memajukan
kawasan perusahaan dan bandar-bandar baru, tetapi kegiatan
yang dilakukan di bidang perumahan masih lagi merupakan
penyumbang yang paling besar dalam jumlah pendapatan tahunan
PKNS
1.52 Kegiatan-kegiatan PKNS secara amnya.
Kegiatan PKNS adalah selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi
Baru (DEB) iaitu :-
i) Membasmi kemiskinan
ii) Menyusun semula struktur masyarakat untuk
menghapuskan jurang perbezaan antara kaum.
Dalam mencapai matlamat DEB, PKNS menumpukan kegiatannya dalam
pembinaan perumahan, penyediaan infrastruktur untuk kawasan
perumahan, perindustrian dan institusi serta pembinaan komplek
pejabat/pusat membeli belah. Tumpuan pembangunan itu ialah
di bandar baru Shah Alam, Bangi, Sg. Way/Subang, Ampang Hulu
8
Klang, Ladang Tremelbye, Klang, Petaling Jaya Selatan dan
Selat Klang Utara. Disamping itu PKNS juga mengendalikan projek
perumahan kos rendah dan menyediakan infrastruktur bagi kawasan
perumahan dan perusahaan di daerah-daerah luar bandar seperti
Sabak Bernam, Kuala Selangor, Sepang, Hulu Selangor, Hulu
Langat dan Kuala Langat. Segala kegiatannya adalah seperti
berikut:-
. a) Perumahan.
Dari usahanya untuk memajukan rancangan-rancangan
perumahan, PKNS telah membina 3 jenis rumah seperti
berikut:-
i) Harga rendah (dibawah $ 30,000/-)
ii) Harga sederhana ( $ 30,000 - $ 100,000/-)
iii) Harga tinggi ( $ 100,000/- ke atas)
Kedai.
Bagi menggalakkan penyertaan bumiputra dalam per-
niagaan PKNS telah :-
i) memberi keutamaan kepada peniaga-peniaga
bumiputra.
ii) menyediakan tempat-tempat untuk berniaga.
iii) tidak menggalakkan terlalu banyak satu-satu 'i jenis perniagaan dijalankan disatu-satu
9
kawasan/tempat. Terdapat quota bagi satu-satu
jenis perniagaan supaya terdapat berbagai-bagai
jenis perniagaan yang boleh menampong keperluan
penduduk disatu-satu kawasan.
c) Pemberian Pinjaman.
Semenjak PKNS ditubuhkan dalam tahun 1964, Perbadanan
telah menyediakan kemudahan pinjaman kepada pemohon-
pemohon yang berjaya mendapatkan rumah-rumah dan
kedai yang dibina oleh PKNS, dengan kadar/faedah
85%. Ini adalah bagi menggalakkan penyertaan bumiputra
dalam membeli dan memiliki rumah mengikut kemampuan
mereka.
d) Penempatan Semula Setinggan.
Dasar PKNS mengenai perumahan unt.uk setinggan adalah
sesuai dan selaras dengan dasar Kerajaan. PKNS dengan
kerjasama Kerajaan Negeri dan Pejabat-pejabat Daerah
berusaha untuk memulihkan kawasan setinggan dan
juga menyediakan satu rangka pembangunan yang men-
yeluruh untuk membolehkan semua bentuk infrastruktur
disediakan.
10
e) Rancangan Perumahan Kos Rendah Kerajaan Negeri.
Pembangunan perumahan tidak saja ditumpukan di Lembah
Klang. PKNS juga menitikberatkan pembinaan rumah
di kawasan luar bandar. Selaras dengan matlamat
Dasar Ekonomi Baru, Program perumahan Awam Kos
Rendah diujudkan bagi menyusun semula masyarakat
dan membasmi kemiskinan.
f) Memajukan Bandar-bandar Baru.
Kerja-kerja pembangunan khususnya ditumpukan kepada
penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan untuk
perumahan, institusi dan kemudahan awam.
Pemajuan Bandar-Bandar Baru.
Jadual 1.
1976 - 1980 Perumahan Inf rastruktur
Kawasan Anggaran ( unit)
Pencapaian % (unit)
Anggaran (unit)
Pencapaian (unit)
%
Shah Alam 4,802 1,993 42 814 524 64
Sg.Way Subang 3,611 2,792 77 369 306 83
Bangi 1,166 587 50 1,224. 816 67
Ampang Hulu Klang 3,587 2,875 80 505 326 65
JUMLAH 13,166 8,247 63 2,912 1,972 68