Portfolio

19
Penyimpanan Data -Portfolio kanak-kanak Kumpulan 5 : Winwei Chong Kasturi Veeriah

description

portfolio

Transcript of Portfolio

  • Penyimpanan Data -Portfolio kanak-kanakKumpulan 5 : Winwei ChongKasturi Veeriah

  • Definisi portfolio Portfolio adalah satu himpunan bukti (evidens) atau keterangan yang terkumpul berkenaan dengan perkembangan dan kemajuan murid dalam jangka masa yang ditetapkan. Portfolio mampu menilai perkembangan kanak-kanak secara autentik kerana ia adalah bukti pencapaian kanak-kanak yang sebenar dan sesuai dengan proses pembelajaran. Portfolio mampu menunjukkan apa yang sudah dipelajari oleh kanak-kanak, bagaimana kanak-kanak mempelajarinya dan bagaimana kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain dalam menyempurnakan aktiviti mereka.

  • Konsep Portfolio Arter dan Spandel (1991) : sebagai koleksi hasil kerja kanak-kanak yang bermatlamat menunjukkan usaha, kemajuan dan pencapaian kanak-kanak dalam satu ataupun lebih bidang pembelajaran.Meisels (1993) : satu bentuk penilaian autentik kerana kanak-kanak dinilai berdasarkan pengalaman yang sedang dialami, iaitu menerusi hasil kerja yang dihasilkan dalam konteks sebenar kanak-kanak berada. dinilai menerusi aktiviti yang bermakna berdasarkan pengetahuan awal, pembelajaran semasa dan kemahiran yang relevan.

  • Tujuan portfolio Menyimpan rekod tentang pengalaman, usaha, kemajuan dan kejayaan yang diperolehi murid secara individu dan kumpulan. Dijadikan asas untuk guru menilai perkembangan dan pencapaian muridDijadikan panduan untuk menyediakan pembelajaran selanjutnya. (pengajaran dan pembelajaran) Dikongsi bersama ibu bapa murid untuk memaklumkan tentang perkembangan dan kemajuan anak mereka.

  • Aspek yang boleh dinilai : tahap perkembangan terkini, penguasaan kemahiran tertentu dalam komponen yang diperhatikan. Aspek perkembangan yang boleh dilaporkan berdasarkan tunjang dalam KSPK adalah seperti berikut : -Tunjang Komunikasi -Tunjang Kerohanian Sikap dan Nilai-Tunjang Keterampilan Diri Sosioemosi-Tunjang Fizikal dan Estetika-Tunjang Sains dan Teknologi-Tunjang Kemanusiaan

    Rekod perkembangan

  • REKOD PERIBADI KANAK-KANAK Rekod peribadi murid mengandungi maklumat diri, keluarga murid dan fizikal murid. Guru perlu memastikan segala maklumat yang hendak diperolehi tepat dan mendapat kerjasama dari ibu bapa atau penjaga. diserahkan kepada guru Tahun 1 apabila kanak-kanak masuk ke sekolah formal.

  • Rekod Peribadi mengandungi perkara-perkara seperti :-b) Maklumat keluarga kanak-kanakc) Maklumat kesihatan kanak-kanakd) Maklumat fizikal kanak-kanaka) Maklumat diri kanak-kanak

  • a) Maklumat diri kanak-kanak

  • b) Maklumat keluarga kanak-kanak

  • c) Maklumat kesihatan kanak-kanak

  • d) Maklumat fizikal kanak-kanak

  • Guru perlu merekod dan menyimpan segala maklumat kanak-kanak dalam bentuk CD atau disket, bagi memudahkan guru untuk membuat tindakan secara sistematik.

  • Semua instrumen yang digunakan untuk menilai murid secara kumpulan dan kelas perlu disimpan di dalam fail induk.Semua instrumen yang digunakan untuk menilai murid secara individu perlu disimpan di dalam portfolio murid .Setiap fail perlu dilabelkan. Fail induk I individu disimpan di ruang yang selamat dan berstatus sulit. Maklumat perlu dikemaskinikan dari semasa ke semasa

  • Itu saja, thank you !~~~

    3. Dalam rekod- waktu rehat, tunggu giliran, baca doa dulu.*1. Dlm hasil kerja, lukisan, tulisan *