POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH HEAT SUCTION Suction... · mendapatkan prestasi lebih baik bagi...
Transcript of POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH HEAT SUCTION Suction... · mendapatkan prestasi lebih baik bagi...
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
HEAT SUCTION
NAMA NO.PENDAFTARAN
MUHAMMAD HAFIZI BIN ROSLAN 02DKM14F1115
KAMAL IQMARUDDIN BIN KAMAL ARIFIN 02DKM14F1062
A’FIQ ADDHA BIN MOHD HANAFI 02DKM14F1092
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
JUN 2017
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
HEAT SUCTION
NAMA NO.PENDAFTARAN
MUHAMMAD HAFFIZI BIN ROSLAN 02DKM14F1115
KAMAL IQMARUDDIN BIN KAMAL ARIFIN 02DKM14F1062
A’FIQ ADDHA BIN MOHD HANAFI 02DKM14F1092
Laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal sebagai
memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Diploma Kejurutereaan
Mekanikal
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
JUN 2017
AKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK
TAJUK : HEAT SUCTION
SESI : JUN 2017
1. Kami, 1.MUHAMMAD HAFFIZI BIN ROSLAN (02DKM14F1115)
2.KAMAL IQMARUDDIN BIN KAMAL ARIFIN (02DKM14F1062)
3.A’FIQ ADDHA BIN MOHD HANAFI (02DKM14F1092)
adalah pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah.
2. Kami mengakui bahawa ‘Projek tersebut di atas’ dan harta intelek yang ada di
dalamnya adalah hasil karya reka cipta asli kami tanpa mengambil atau meniru
mana-mana harta intelek daripada pihak-pihak lain.
3. Kami bersetuju melepaskan pemilikan harta intelek ‘Projek tersebut’ kepada
‘Politeknik tersebut’ bagi memenuhi keperluan untuk penanugerahan Diploma
Kejuruteraan Mekanikal kepada kami.
Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya diakui oleh yang tersebut;
a) MUMAMMAD HAFFIZI BIN ROSLAN ………………………….
(No. Matrik: 02DKM14F1115)
b) KAMAL IQMARUDDIN BIN KAMAL ARIFIN ....……………………….
(No. Matrik: 02DKM14F1062)
c) A’FIQ ADDHA BIN MOHD HANAFI ....……………………….
(No. Matrik: 02DKM14F1092)
Di hadapan saya, En. Salim bin Abdul Rashid ….………….……..……..
Sebagai penyelia projek pada tarikh: ………………
iii
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana telah
memberi kekuatan dan kesihatan kepada kami untuk meneruskan kehidupan di dunia
ini seperti biasa untuk membolehkan kami menyiapkan projek akhir ini dengan
jayanya. Seterusnya kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia
kami iaitu En Salim bin Abdul Rashid untuk bimbingan tidak ternilai sepanjang
melaksanakan projek ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah banyak
membantu dan memberi semangat kepada kami supaya dapat meneruskan perjuangan
ini sehingga akhir. Tidak lupa juga kepada rakan kumpulan kerana telah memberi
kerjasama yang terbaik semasa melakukan projek ini. Penghargaan yang terakhir ini
tidak kurang pentingnya, kami juga berterima kasih kepada ahli keluarga yang banyak
memberikan kata-kata peransang semasa melakukan projek ini. Dengan itu, tanpa
anda semua kemungkinan projek yang kami lakukan ini tidak akan sempurna. Akhir
kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak kerana
telah membantu kami dan memberi dorongan dalam manjayakan projek akhir
semester ini dengan jayanya.
iv
ABSTRAK
Projek ini adalah untuk mengkaji mesin pengering kasut dengan menggunakan sisa
haba. Terdapat banyak pengering kasut digunakan secara meluas hari ini sebagai
alternatif jemur di luar, terutamanya pada musim hujan yang panjang. Pada masa
kini pengering kasut telah banyak dicipta, tetapi ia menggunakan kuasa elektrik
sebagai haba. Oleh itu dalam projek ini, sisa haba akan digunakan sebagai alternatif
kepada sumber haba eletrik. Objektif projek ini adalah untuk merekabentuk dan
menganalisis pengering kasut dengan menggunakan sisa haba dan menganalisa
prestasi pengering kasut itu. Sisa haba diambil dari peti sejuk. Dalam usaha untuk
mendapatkan prestasi lebih baik bagi reka bentuk yang dipilih, konsep akhir itu akan
dianalisis dalam aspek aliran udara menggunakan Komputasi Dinamik Bendalir
analisis dengan menggunakan perisian Simulasi Aliran Solidwork. Hasilnya telah
diuji dan dibandingkan dengan pengeringan semulajadi di bahagian luar dan dalam
rumah. Oleh itu, sisa haba dari peti sejuk boleh digunakan sebagai salah satu sumber
tenaga yang berterusan. Bagaimanapun, usaha yang berterusan diperlukan untuk
memperbaiki konsep dan untuk menyediakan pengesahan menggunakan lebih
banyak data experiment contohnya seperti memperbaiki simulasi dengan
mensimulasikan reka bentuk dengan kasut di letakkan di dalam alat ini untuk
mendapatkan data yang tepat untuk mendapatkan reka bentuk yang lebih baik.
v
ABSTRACT
This project is to study the shoe dryer by using heat remnants. There are plenty of
shoe dehers widespread today as alternate drying outdoors, especially in the long rainy
season. Nowadays a shoe dryer has been created a lot, but it uses electricity as heat.
Therefore, in this project, thermal waste will be used as an alternative to the electrical
heat source. The objective of this project is to design and analyze the shoe dryer by
using heat residues and analyzing the shoe dryer performance. Waste heat is taken
from the refrigerator. In order to achieve better performance for selected designs, the
final concept will be analyzed in terms of airflow using Fluid Dynamic Computational
analysis using the Solidwork Flow Simulation software. The results have been tested
and compared with natural drying on the outside and inside the house. Therefore, heat
remnants of refrigerators can be used as one of the sources of energy continuously.
However, continuous efforts are needed to improve the concept and to provide
validation using more data experiments such as improving simulations by simulating
the design with shoes placed inside this tool to get the right data to get a better design.
vi
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PERAKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL vii
SENARAI RAJAH viii
SENARAI SIMBOL ix
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 2
1.3 Objektif Kajian 2
1.4 Skop Kajian 2
1.5 Penyataan Masalah 3
1.6 Kepentingan Kajian 3
1.7 Persoalan Kajian 3
1.8 Takrifan Istilah/Operasi 4
1.9 Rumusan Bab 4
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan Bab 5
2.2 Konsep/ Teori 5
2.3 Kajian yang pernah dijalankan 7
2.4 Kajian sejarah komponen yang digunakan 9
2.5 Sisa haba penduduk setempat 11
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan Bab 12
3.2 Carta Aliran 13
3.3 Reka Bentuk Kajian 15
3.4 Kos Kajian 17
3.5 Instrumen Kajian 18
3.6 Proses Kerja 25
3.7 Rumusan Bab 26
vii
4 ANALISIS DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan Bab 27
4.2 Analisis Kos Membina Projek 28
4.3 Masalah yang Dihadapi 29
4.4 Kelemahan Projek 30
4.5 Perkara Baru Yang Diperolehi 31
4.6 Dapatan Kajian 31
4.7 Rumusan Bab 33
5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Kesimpulan 34
5.2 Cadangan 35
5.3 Rumusan 35
5.4 Rujukan 36
5.4 Lampiran 36
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Kos Bahan 17
4.1 Kos Bahan 29
4.2 Kos Bahan Projek Terdahulu 29
viii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Peti Pengering Kasut 8
2.2 Panel Peti Pengering Kasut 8
2.3 Graf Frasa 9
3.1 Carta Alir Pengumpulan Data 14
3.2 Konsep 1 15
3.3 Konsep 2 16
3.4 Konsep 3 16
3.5 Plat Besi 18
3.6 Hos Tahan Haba 19
3.7 Wayar 19
3.8 Skru 20
3.9 Cat Sembur 20
3.10 Kipas Kecil 21
3.11 Engsel 21
3.12 Mesin Kimpalan 22
3.13 Mesin Pemotong Besi 23
3.14 Mesin Gerudi 23
3.15 Alat Pematri 24
3.16 Litar Kimpalan Arka 25
ix
3.17 Mesin Gerudi 26
4.1 Carta Bar Kadar Responden 32
4.2 Carta Pai Kaedah Mengeringkan Kasut 33
5.1 Proses Mencanai 36
5.2 Proses Mengimpal 37
5.3 Proses Mengimpal 37
5.4 Proses Menyembur Cat 38
5.5 Proses Memotong Besi 38
SENARAI SIMBOL
SIMBOL
F Daya
k Kekakuan spring
x Vektor anjakan
m Jisim
ρ Ketumpatan bendalir
A Isipadu
P Daya
V Voltan
N Kecepatan putaran
°C Darjah Celcius
% Peratus
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan Bab
Bab ini akan menerangkan secara keseluruhan tentang kajian yang ingin
dilaksanakan dan dihurai dalam beberapa bahagian topik kecil iaitu perbincangan
mengenai latar belakang, pernyataan masalah, objektif dan persoalan kajian. Selain
daripada itu kepentingan skop serta takrifan istilah juga turut dibincangkan.Latar
belakang kajian merangkumi segala aspek yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung di dalam kajian yang dilaksanakan bagi mengupas tentang kajian ini.
Pernyataan masalah pula menerangkan tentang faktor-faktor yang mendorong kajian
ini dilaksanakan hasil daripada masalah-masalah yang timbul apabila menggunakan
mesin yang lama.
Selain daripada itu, objektif dan persoalan kajian juga turut dibincangkan yang
mana menyingkap tentang persoalan yang ingin dicapai dan diketahui melalui kajian
ini.Seterusnya di dalam bab ini juga kepentingan kajian iaitu sasaran hasil kajian yang
diharapkan dapat memenuhi tuntutan kumpulan tertentu turut dibincangkan disamping
skop kajian yang menerangkan tentang apa yang dinilai dan ingin dicapai dalam
kajian ini. Selain daripada itu bab ini juga akan membincangkan secara terperinci
tentang takrifan istilah.
Projek ini merupakan alat pengering kasut yang menggunakan haba buangan
daripada belakang peti ais. Projek ini dicipta untuk membantu pengguna
mengeringkan kasut semasa musim atau waktu hujan sekiranya pengguna hendak
menggunakan kasut dalam waktu terdekat.
2
1.2 Latar Belakang Kajian
Masalah yang menjadi isu dikalangan masyarakat hari ini adalah mengenai cara-
cara mengeringkan kasut semasa waktu hujan untuk kegunaan semasa.Kebanyakkan
pengguna bertindak mengeringkan kasut dengan meletakkan kasut dibelakang peti ais
atau meletakkan kasut dihadapan kipas untuk pengudaraan yang optimum dalam
membantu sistem pengeringan kasut.Peti pengering kasut yang telah dicipta ini dapat
membantu pengguna untuk mengeringkan kasut dengan kadar segera sekiranya
pengguna mahu menggunakan kasut semasa musim hujan.Mesin ini hanya berfungsi
bersama dengan peti ais kerana menggunakan sumber haba buangan dari belakang
peti ais.
1.3 Objektif
Antara objektif utama projek peti pengering kasut ialah :
i. Merekabentuk alat untuk mengering kasut dalam jangka masa yang lebih
pendek sewaktu musim hujan.
ii. Membina sebuah alat pengering kasut yang menggunakan haba yang
dipindahkan daripada haba peti ais.
iii. Mengkaji tempoh masa pengeringan kasut.
1.4 Skop
Skop atau had pelaksanaan projek perlu dibuat sebagai rujukan bagi memastikan
setiap pelaksanaan projek tidak terkeluar dari objektif yang ingin dicapai. Skop
pelaksanaan projek ditetapkan berdasarkan objektif atau matlamat projek.Oleh itu,
projek ini mestilah tidak melampaui matlamat dan fungsinya. Skop yang dicapai pada
projek ini adalah :
i. Ia hanya boleh digunakan bersama peti sejuk. Kerana menggunakan sumber
haba yang terdapat daripada peti sejuk.
3
ii. Memuatkan tiga hingga empat pasang kasut dalam satu masa.
iii. Beroperasi dengan menggunakan tenaga elektrik.
1.5 Penyataan Masalah
i. Kasut basah tetapi perlu menggunakan kasut.
ii. Musim hujan berpanjangan menyebabkan sukar untuk menjemur.
iii. Mengambil masa yang panjang untuk menjemur kasut sehingga kering
sepenuhnya.
iv. Risiko kehilangan kasut yang dijemur diluar rumah.
1.6 Kepentingan Kajian
Projek ini dikenalpasti mempunyai beberapa kepentingan dan impak dalam
membantu pengguna. Antaranya ialah:
i. Peti ini dapat memudahkan pengguna untuk mengeringkan kasut semasa
musim hujan
ii. Peti ini direka dengan saiz yang sederhana dan mudah ditempatkan di dalam
rumah
iii. Peti ini boleh mengeringkan tiga atau empat pasang kasut dalam satu
pengeringan
iv. Peti ini boleh membantu masyarakat secara umumnya kerana boleh juga
digunakan di rumah.
1.7 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini, beberapa persoalan kajian telah dinyatakan untuk mencapai objektif
yang bertepatan dengan tajuk kajian ini.Beberapa persoalan kajian telah dikenal pasti
iaitu :
i. Berapakah kasut yang boleh dikeringkan dalam suatu masa ?
4
ii. Berapakah saiz peti pengering kasut ini ?
iii. Berapakah kos yang digunakan untuk membina peti pengering kasut ini ?
1.8 Takrifan Istilah / Operasi
Takrifan istilah merupakan definisi konseptual dan operasi bagi terminologi atau
konsep unik yang digunakan dalam kajian yang dijalankan bagi membantu
pemahaman pembaca.Definisi istilah adalah sangat penting dalam sesuatu kajian
kerana dapat mengelakkan sebarang kekeliruan kepada pembaca.Selain dari itu,
definisi istilah juga dapat menerangkan maksud sebenar pengkaji terhadap
penggunaan sesuatu istilah di dalam kajian.
Peti ini menggunakan konsep pengudaraan panas menggunakan sumber haba
buangan dari belakang peti ais. Haba secara langsung disedut masuk dari belakang
peti ais melalui hos dan bantuan pengudaraan dari kipas kecil yang menggunakan
tenaga elektrik yang kecil.
1.9 Rumusan Bab
Pada akhir bab ini, pengguna dapat mengetahui apa yang ingin disampaikan
melalui pengenalan tentang projek ini. Rumusan dari bab ini, heat suction
merupakan alat pengering kasut yang habanya diambil daripada haba yang terbuang
oleh sebuah peti ais. Projek ini mempunyai keistimewaannya tersendiri kepada
pengguna, kerana ia mampu menyelesaikan masalah yang selalu terjadi di kalangan
masyarakat. Oleh itu, pada bab seterusnya, pengguna akan lebih memahami konsep
dari pengenalan projek ini.
5
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan Bab
Bab ini menerangkan secara ringkas mengenai reka bentuk terdahulu dan konsep
peti pengering kasut yang diperlukan oleh masyarakat, bersama dengan maklumat
tentang alat yang akan digunakan semasa proses pengeringan berlaku.
Hal ini demikian kerana, pengguna dapat lebih mengetahui tentang kajian-kajian
yang membolehkan projek ini digunakan sebagai kemudahan.Hasil dari kajian
literatur mengatakan bahawa setiap kemudahan yang dilakukan membawa kebaikan
kepada penggunanya sendiri. Seterusnya, pengguna juga dapat mengetahui formula
yang diguna pakai dalam penghasilan projek ini.
2.2 Konsep / Teori
2.2.1 Konsep
Kasut salah satu kelengkapan dalam pemakaian setiap individu baik dari kanak
kanak, ramaja mahupun dewasa. Penggunaan kasut juga begitu meluas dari segi alam
persekolahan, pekerjaan dan juga industri.Secara tidak langsung, penggunaan kasut
harus dititikberatkan supaya seseorang itu tampil dengan sempurna dari segi
pemakaian seharian.
Dari segi penjagaan pula, kasut perlu dibasuh atau dibersihkan untuk mengelakkan
fabric atau material kasut rosak dan sebagainya. Pembuatan kasut pada masa kini
6
banyak menggunakan material daripada kulit dan kain dimana kasut harus dibasuh
dengan betul bagi mengelakkan kerosakan dan mengekalkan kualiti kasut.
Kasut juga harus dikeringkan dengan suhu dan keadaan yang optimum supaya
tekstur dan kualiti kasut tidak terjejas.Risiko kehilangan ketika menjemur kasut
menjadi salah satu masalah untuk masyarakat.Kehilangan kasut boleh berlaku apabila
pengguna menjemu kasut di kawasan luar rumah dan juga tempat terbuka.Pengguna
juga mengalami masalah untuk menjemur kasut sewaktu hujan dan musim tengkujuh
kerana udara lembab dan terkena air hujan sekiranya pengguna meletakkan kasut di
kawasan terbuka.
Oleh itu, peti pengering kasut ini akan dicipta untuk mengatasi masalah yang
berlaku dalam penjagaan dan pengeringan kasut. Peti ini boleh ditempatkan didalam
rumah serta berfungsi mengeringkan kasut dengan menggunakan haba buangan dari
belakang peti ais.
2.2.2 Teori
Dalam projek yang kami hasilkan ini, sumber tenaga elektrik perlu digunakan
untuk membantu proses pengeringan. Sumber tenaga digunakan perlulah mampu
mengurangkan kos pengeluaran produk supaya mencapai objektif kajian yang telah
dibincangkan. Antara sumber tenaga yang telah di kaji bagi mengerakkan mesin ini
ialah :
a) Tenaga elektrik
Tenaga elektrik boleh dihasilkan melalui pelbagai cara dan sumber. Terdapat
berbagai jenis loji penjanaan seperti loji tarbin gas, loji tarbin stim dan loji diesel yang
menggunakan sumber fosil seperti minyak, gas atau arang batu sebagai bahan api.
Tenaga elektrik juga boleh dihasilkan dengan kuasa hidro, angin, ombak, nuklear,
pancaran matahari dan pelbagai punca lain.
Di Malaysia, tenaga elektrik adalah dijanakan dengan sumber bahan api fosil
seperti minyak, gas asli, arang batu, dan kuasa hidro. Pada masa ini, lebih kurang 60
peratus tenaga elektrik dijanakan dengan sumber asli. Bakinya menggunakan sumber
lain seperti minyak, arang batu dan kuasa hidro.
7
Masa kini tenaga elektrik antara keperluan penting bagi menghidupkan peralatan-
peralatan elektronik atau pun mesin-mesin. Hal ini menyebabkan permintaan yang
tinggi tenaga elektrik kini telah menyebabkan kadar bayaran tenaga elektrik semakin
meningkat. Bagi kilang-kilang menggunakan tenaga elektrik sebagai tenaga utama
amat terkesan pada kos pengeluaran dan pembuatan produk untuk penghasilan mesin
penggupas mangga yang dihasilkan adalah tidak sesuai kerana tidak mengikuti
objektif yang diminta. Tenaga elektrik ini tidak sesuai digunakan didalam mesin
pengupas mangga berdasarkan objektif kajian yang ingin dicapai iaitu menjimatkan
elektrik. Hal ini juga, dapat memudahkan mesin digunakan dimana sahaja tanpa
memerlukan tenaga elektrik.
b) Tenaga haba
Tenaga haba adalah tenaga yang bergerak dengan perbezaan suhu. Unit SI bagi
haba ialah joule. Haba bergerak dari suhu tinggi rantau rantau suhu yang rendah.
Setiap objek mempunyai tenaga dalam yang berkaitan dengan pergerakan rawak atom
atau molekul juzuk. Haba juga terhasil apabila berlaku geseran antara dua permukaan
yang bersentuh. Tenaga ini tidak digunakan kerana ia tidak melibatkan suhu.
2.3 Kajian yang pernah dijalankan :
Pengering pakaian atau mesin pengering adalah perkakas rumah yang digunakan
untuk mengeluarkan kelembapan dari pakaian dan tekstil lain, selepas dicuci dalam
mesin basuh. Sudah tentu, salah satu cara yang paling menjimatkan kos adalah
mengeringkan pakaian tanpa menggunakan mesin pengering pakaian. Menggunakan
haba daripada matahari dan angin. Pengering kasut yang telah dicipta sebelum ini
banyak menggunakan sumber elektrik sebagai sumber haba untuk mengeringkan kasut
8
Contoh projek pengering kasut yang pernah dicipta
Rajah 2.1: Peti pengering kasut
Rajah 2.2 : Panel peti pengering kasut
Woodford (Woodford, 2010) telah mengkaji proses pengeringan pakaian. Proses
ini adalah penyejatan yang mengubah cecair pada pakaian menjadi wap seterusnya
singkirkan wap tersebut. Air yang digunakan ketika mencuci pakaian dalam mesin
basuh ialah kira-kira 20 liter (5 gelen).Air didalam mesin yang berputar pada kelajuan
tinggi dan kemudian dibuang. Walaupun air telah dibuang dan mesin berputar pada
kelajuan tinggi, ia belum cukup untuk mengeringkan pakaian. Cara yang paling
mudah untuk mengeringkan pakaian basah adalah dengan memanaskan pakaian
tersebut. Molekul dalam air lebih rapat dan bergerak dengan perlahan, dan
mempunyai tenaga yang kurang daripada molekul dalam gas.
Rajah 2.3 dipanggil sebagai sebagai gambar rajah fasa yang merupakan
caramudah untuk menunjukkan bagaimanabahan tertentu akan menjadi pepejal, cecair
9
atau gas bergantung kepada suhu dantekanan. Pada suhu yang tinggi, air akan di stim
(wap) melainkan jika tekanan air juga adalah tinggi. Pada suhu yang rendah, air yang
biasa akan menjadi beku,melainkan jika tekananadalah rendah. Jadi dari Rajah 2.3, ais
pepejal boleh dipanaskan untuk membuat ia menjadi wap air (gas).
Rajah 2.3 : Graf Frasa
2.4 Kajian sejarah komponen yang akan digunakan
Satu lagi kajian yang dibuat oleh Woodford adalah berkenaan
transpirasi.Transpirasi adalah apabila tumbuhan kehilangan air disebabkan oleh ditiup
angin. Sebagai contoh, apabila angin bertiup melepasi pokok-pokok, air menyejat dari
daun dan bertukar menjadi wap air sejuk yang menyebabkan air pada daun menjadi
kering. Dalam proses pengeringan baju, angin yang bertiup melalui benda yang basah
bermakna air akan kering lebih cepat Jadi, ada tiga perkara yang menyebabkan
penyejatan air dari pakaian yang basah.
10
i. Suhu tinggi - untuk meningkatkan bilangan molekul yang boleh bertukar dari
cecair kepada wap.
ii. pergerakan udara - untuk membawa air jauh dan menghalang udara
berhampiran pakaian menjadi wap.
iii. kelembapan rendah - untuk membuat penyejatan terus berlaku dan molekul air
tidak akan kembali kepada pakaian melalui udara.
Pada hari ini, terdapat dua jenis mesin pengering pakaian prototaip.
Pertama,pengering pakaian gelombang mikro yang berfungsi pada prinsip yang sama
seperti ketuhar gelombang mikro. Sebalik, mengenakan udara panas pada pakaian,
ketuhar gelombang mikro terus singkirkan semua air yang terdapat pada pakaian.
Pengering pakaian gelombang mikro menggunakan kira-kira 17 hingga 25% kurang
tenaga dan pakaian kering kira-kira 25% lebih cepat daripada alat pengering elektrik
konvensional. Untuk mengelakkan masalah dengan objek logam,prototaip beralih
kepada pemanas rintangan elektrik apabila pakaian hampir kering. Pengering baru ini
berkos dari RM 30 hingga RM 395 lebih daripada model konvensional yang terdapat
di pasaran.Kedua, pengering pam haba yang menggunakan kitaran sejuk untuk
pengeringan air mendapatkan semula haba dari udara, yang kemudiannya dikitar
semula melalui pengering.Pengering haba pam nampak seperti pengering
konvensional tetapi memerlukan hanya 100 V hingga 120 V kuasa dan boleh
dipasangmana-mana sahaja di dalam rumah. Unit ini boleh menyimpan 60% daripada
tenaga yang diperlukan untuk mengeringkan pakaian konvensional, tetapi mungkin
kos RM300 lebih daripada pengering gas yang baru. Mereka kini dalamperingkat
prototaip untuk penggunaan dirumah.
Oleh itu, kajian ini adalah untuk mereka bentuk dan menganalisis mesin pengering
kasut menggunakan haba yang terbuang, pengering pam haba boleh digunakan
sebagai rujukan dalam kajian ini.
11
2.5 Sisa haba
Sisa haba yang dihasilkan dalam proses pembakaran bahan api atau tindak balas
bahan kimia, yang "terbiar" ke alam sekitar dan tidak digunakan semula untuk
kebaikan dan tujuan ekonomi. Hakikatnya, bukan jumlah haba, tetapi "nilai"
itu.Mekanisme untuk menjadikan semula haba yang tidak digunakan bergantung
kepada suhu haba buangan gas.
2.5.1 Jenis-jenis haba yang terdapat di muka bumi
Bahagian ini menerangkan sumber sisa haba daripada alam semula jadi yang boleh
digunakan untuk merekabentuk mesin pengering kasut.
i. Gas asli
Gas asli yang didapati sesuai dengan tenaga geothermal. Ahli geologi
menganggarkan bahawa terdapat kira-kira 42 juta megaWatt gas asli yang
terperangkap di dalam bumi, yang bersamaan dengan tenaga yang dibuat oleh 25 000
stesen jana kuasa. Jadi gasgeothermal boleh dijana untuk membentuk pam haba untuk
mengeringkanpakaian tetapi malangnya tidak ada pembekal gas geothermal di
Malaysia.
ii. Peti Sejuk
Peti sejuk boleh dikatakan di "on" setiap masa, walaupun barang tidak banyak
tetapi ia tetap terpasang sepanjang hari. Robert et al., (Robert et al., 1996)
telahmendapati bahawa jika sistem yang direka untuk pasangan peti sejuk rumah
dengan kondenser airpra-pemanas, eksperimen mendapati peti sejuk meningkatkan
suhu haba kira-kira 30 °C dalam 5 hari. Untuk pengeringan pakaian ia mungkin
mengambil masa yang lama untuk kering. Oleh itu, peti sejuk sesuai untuk digunakan
sebagai satu sisa haba untuk mengeringkan kasut.
12
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan Bab
Dalam bab ini, menerangkan bagaimana sesuatu bentuk itu dipilih dan faktornya.
Seterusnya, penggunaan kaedah pengumpulan data yang dilakukan serta aspek-aspek
mengenai pengumpulan data. Instrumen kajian juga turut dilampirkan pada bahagian
ini agar pengguna dapat mengenalpasti alat mengendalinya. Mengenai teknik yang
diguna pakai dalam pembikinan projek ini terdapat pada persempelan dan akhir sekali
penganalisis data.
Bab ini akan memberi penjelasan perincian kaedah kajian itu yang dijalankan bagi
projek ini. Projek yang digunakan atau mencadangkan kepada perselisihan untuk
keputusan kaedah bertindak sebagai satu panduan atau melangkah bahawa keperluan
untuk diikuti dan ini akan memastikan projek itu sedang dilaksanakan menurut
perancangan. Carta aliran telah dibuat untuk menunjukan dengan jelas lagi arah dan
skop projek. Maklumat dimasukkan wujud spesifikasi sasaran dan syarat sempadan,
menyemak pengiraan-pengiraan angka yang dimensi dua penyelakuan komputer tiga
dimensi, mereka pengoptimunan dan perbandingan dengan keputusan-keputusan
analisis.
13
3.2 Carta Aliran
Carta aliran projek akhir ini ditunjukkan pada rajah 3.1. Pertama sekali kami satu
kumpulan berkumpul untuk mesyuarat dengan penyelia. Ini adalah untuk menjelaskan
tujuan projek dan skop projek. Mesyuarat mingguan juga dijadualkan, tangga kedua
adalah untuk membuat tinjauan literatur. Satu tinjauan literatur pada dasarnya tentang
satu kritikan dan satu rumusan boleh dinilai tema, isu dan hujah topik kajian tertentu
diperolehi dari kesusasteraan yang wujud. Langkah ketiga akan membuat reka bentuk
konseptual. Rekabentuk konsep melibatkan perhimpunan fakta tentang produk yang
akan dibuat.
Terdapat asas fasa ini, seperti maklumat memasukkan generasi konsep dan
penilaian konsep. Maklumat input akan mengumpul maklumat daripada pelbagai
sumber seperti dari fasa frasarana dan spesifikasi dan sumber-sumber lain digunakan
untuk memudahkan generasi konsep, penilaian dan pembangunan. Generasi konsep
ialah generasi dan pembangunan konsep manakala penilaian konsep ialah proses
penilaian dan penghalusan konsep menghasilkan berkaitan dengan tujuan projek dan
skop. Selepas penilaian konsep dan menyelesaikan konsep dibuat, langkah seterusnya
adalah untuk membuat pemilihan bahan dan teruskan kepada proses rekaan.
Kemudian, semasa atau selepas proses rekaan menurut keperluan produk akan diuji.
Jika ia berjumpa spesifikasi, projek akan meneruskan untuk menyelesaikan dan
melaporkan penulisan. Bagaimanapun,jika ia masih tidak bertemu penentuan,pindaan
akan dibuat.
14
Tidak
Tidak
Ya
Rajah 3.1 : Carta Alir Pengumpulan Data
Penyataan Masalah
Pemilihan Bahan
Bahan Akhir
Proses Pembuatan
Mula
Analisis Matrik
Tamat
Pengujian
Ya
15
3.3 Rekabentuk Projek
Bagi projek Heat Suction ini, rekabentuk yang kami hasilkan berbentuk segi empat.
Hal ini kerana, rekabentuk ini mudah untuk ditempatkan. Selain itu, rekabentuk ini
tidak memerlukan ruangan yang besar untuk meletak peti ini. Kami memilih bentuk
segi empat juga supaya ia mudah dipindah. Heat Suction ini sesuai diletak di atas
lantai, kerana hosnya bersambung dengan peti ais. Kesimpulannya, alat ini amat
mudah untuk digunakan serta boleh memindahkannya dimana sahaja tanpa sebarang
masalah.
3.3.1 Pemilihan Rekabentuk
Rajah 3.2 : Konsep 1
Konsep peti pengering kasut seperti ini tidak sesuai untuk digunakan kerana bentuk
yang tidak bersesuaian. Konsep rekabentuk ini akan mendatangkan masalah untuk
pengguna menempatkan di tempat yang sesuai.
16
Rajah 3.3 : Konsep 2
Konsep seperti ini juga tidak sesuai digunakan untuk membuat projek kerana
bentuknya yang tinggi.Dengan ketinggian ini, haba yang disedut masuk kedalam dari
belakang peti ais tidak mampu memenuhi ruang di dalam peti dan tidak dapat
mengeringkan kasut mengikut masa yang ditetapkan.
Rajah 3.4 : Konsep 3
17
Konsep ini adalah yang paling sesuai untuk dijadikan peti pengering kasut kerana
rekabentuk yang mudah untuk ditempatkan di dalam ruangan rumah atau bersebelahan
dengan peti ais. Selain itu, saiz yang sederhana membantu memampatkan haba
buangan yang ditarik masuk dari belakang peti ais untuk proses pengeringan kasut.
3.4 Kos Bahan
Dalam menghasilkan projek, kos keseluruhan dalam menyiapkan projek amat
ditikberatkan. Kos pengeluaran dapat dinyatakan sebagai segala perbelanjaan yang
terlibat dalam operasi sesuatu projek.
Bil. Bahan Unit Harga Seunit Jumlah
1. Wayar 1m RM7.00 RM7.00
2. Hos tahan
haba
3m RM20.00 RM20.00
3. Engsel 2 RM1.50 RM3.00
4. Cat Sembur 2 tin RM8.00 RM16.00
5. Blower 1 RM25.00 RM25.00
6. Plet besi 3m x 3m RM 25.00 RM75.00
7. Skru 8 RM0.50 RM4.00
Jumlah RM150.00
Jadual 3.1 : Kos bahan
18
3.5 Instrumen Kajian
Setiap projek memerlukan alat dan juga bahan untuk digunakan. Oleh itu, berikut
adalah senarai bahan dan alatan yang digunakan semasa menjalankan projek:
Bahan:
a) Plat besi
Rajah 3.5 : Plat besi
Plat besi adalah sejenis bahan mentah dalam pembuatan pelbagai jenis jentera dan
keperluan perindustrian yang lain seperti pembuatan kereta, kapal dan pelbagai lagi.
Di samping itu, plat besi juga boeh digunakan untuk pembuatan pelbagai keperluan
di rumah seperti tangga, rak kasut dan sebagainya. Secara keseluruhannya, plat besi
ini juga banyak digunakan dalam kehidupan kita untuk mencipta sesuatu produk.
19
b) Hos tahan haba
Rajah 3.6 : Hos tahan haba
Hos tahan haba banyak digunakan di dalam sektor perindustrian seperti industri
kimpalan, automotif dan sebagainya. Ia berfungsi sebagai pengalir haba buangan
dari mesin yang menghasilkan haba.
c) Wayar elektrik
Rajah 3.7 : Wayar
20
Wayar elektrik berfungsi sebagai pengalir sumber elektrik kepada pekakas di
rumah mahupun di kawasan industri. Penggunaan dan pemilihan wayar mestilah
bersesuaian dengan alatan dan keselamatan. Jenis jenis wayar biasa digunakan ialah
seperti wayar kuprum berenamel, wayar lebar tunggal, wayar teras tunggal, wayar
teras kembar dan juga wayar tiga teras.
d) Skru
Rajah 3.8 : Skru
Skru adalah rod atau silinder dengan alur helical di permukaannya. Penggunaan
utamanya adalah sebagai pengikat untuk memegang dua objek bersama-sama, dan
sebagai satah mudah untuk mengubah rantai ke dalam gaya linier.
e) Cat sembur
Rajah 3.9 : Cat sembur
21
Cat semburan digunakan untuk mengatomisasikan cecair, pada umumnya cat.
Dengan menggunakan cat semburan, cat akan menjadi lebih baik dan menyimpan
penggunaan cat daripada menggunakan berus. Untuk mendapatkan hasil lukisan
yang baik apabila menggunakan cat semburan, kita memerlukan latihan dan
pengalaman
f) Kipas kecil
Rajah 3.10 : Kipas kecil
Kipas ini biasanya digunakan di dalam computer untuk membuang haba yang
terhasil di dalam case cpu untuk dibuang ke;uar. Kipas ini berfungsi sebagai penyedut
haba buangan peti ais.
g) Engsel
Rajah 3.11 : Engsel
22
Engsel adalah alat dipasang pada pintu atau tingkap bertujuan untuk membuka atau
menutup. Bahan engsel yang berbeza ada yang terbuat dari besi, tembaga, plastik, atau
campuran logam. Terdapat pelbagai jenis engsel dan penggunaannya berbeza. Bagi
pembinaan kursus mestilah dapat mengiktiraf jenis engsel dan fungsi, kerana jika
penggunaannya tidak sesuai fungsi engsel tidak optimal bahkan engsel akan rosak.
Jadi kesimpulannya ketepatan di sini ialah engsel yang kita letakkan mestilah sesuai
dengan beban yang harus ditanggung oleh engsel.
Alatan:
a) Mesin kimpalan
Rajah 3.12 : Mesin kimpalan
Mesin kimpalan adalah alat yang digunakan untuk mengimpal atau bergabung
dengan dua logam atau aloi bersama-sama menggunakan komponen logam lain
sebagai pengisi. Biasanya struktur-logam kurang dan aloi bersama-sama
menggunakan mesin kimpalan untuk memberi mereka bentuk yang diingini dan
menjadikannya lebih kuat daripada mereka jika ia satu keping.
23
b) Pemotong besi
Rajah 3.13 : Pemotong besi
Mesin pemotong besi terdiri daripada dua jenis iaitu Mesin ‘Gullotine manual’
pemotongan plat dilakukan dengan tuas penekan yang digerakkan oleh tangan
pekerja. Proses pemotongannya digerakkan dengan sistem hidraulik. Mesin
pemotong besi ini hanya pemotongan plat plat lurus dan juga paip besi yang
berdiameter kecil. Ketebalan plat yang dapat dipotong dibawah 0.6 mm sehingga 10
mm.
c) Mesin gerudi
Rajah 3.14 : Mesin gerudi
24
Mesin gerudi ialah mesin yang digunakan untuk menggerudi lubang. Saiz mata
gerudi akan menentukan saiz lubang yang hendak dibuat. Selain itu, mesin ini juga
digunakan untuk kerja-kerja lain seperti menggerek, melulas dan membenam.
d) Alat pematri
Rajah 3.15 : Alat pematri
Proses di mana logam yang sama atau berbeza yang bergabung menggunakan aloi
yang biasanya termasuk atau berasaskan timbal digabungkan dengan timbal, perak,
antimoni, bismut dan indium.Solder juga termasuk proses di mana logam disalut atau
dipateri dengan plumbum.Proses pematerian termasuk julat suhu 60 ° C - 440 ° C /
140 ° F - 825 ° F.Solder digunakan dalam aplikasi elektronik, paip, talian kuasa, kaca
berwarna dan sebilangan kegunaan perindustrian dan komersil.
25
3.6 Proses Kerja
3.6.1 Kimpalan
Dalam proses cantuman ini alat yang digunakan merupakan mesin kimpal jenis
M.I.G. Setelah selesai memotong plat mengikut ukuran, plat tersebut akan
dicantumkan mengikut bentuk yang diinginkan. Hal ini kerana,bahagian plat yang
sudah dipotong telah dicantumkan dengan teknik kimpalan supaya cengkaman lebih
kuat.
Rajah 3.16 : Litar kimpalan arka.
MIG digunakan dengan meluas untuk kimpalan yang memerlukan kadar
pengeluaran tinggi, contohnya dalam kilang pembuatan.
3.6.2 Gerudi (Drilling)
Gerudi ialah yang digunakan untuk membuat lubang diatas permukaan logam. Proses
menggerudi lubang biasanya dibuat dengan menggunakan mesin gerudi atau mesin
larik. Gerudi diperbuat daripada keluli tahan lasak.
26
Rajah 3.17 : menunjukkan mesin gerudi yang biasa digunakan di bengkel
kejuruteraan.
3.7 Rumusan Bab
Kesuluruhan bab ini, pengambilan data tidak dapat dilakukan tanpa penelitian.
Oleh itu, data yang diambil perlulah tepat dan sahih kebenarannya. Contohnya
anggaran kos, haruslah tepat kerana tidak akan berlaku kekurangan modal. Selain itu,
teknik analisis data memerlukan langkah-langkah sesuatu projek itu dilakukan. Dari
mula pemotongan besi sehingga siap untuk diuji. Pemilihan bahan yang kami gunakan
mestilah mengikut ciri-ciri keselamatan. Ini kerana keselamatan amat perlu
dititikberatkan semasa melakukan kerja-kerja pemasangan projek ini. Di samping itu
juga, pemilihan bahan haruslah berkualiti dan menepati ciri yang bersesuaian.