Plk 557 Kelompok

14
TAHAP PENGAKHIRAN – PENGUKUHAN DAN PENAMATAN Kegiatan suatu kelompok tidak berlangsung secara terus- menerus tanpa henti. Setelah kegiatan suatu kelompok meningkat ke tahap peralihan, kelompok tersebut berlanjutan sehingga mengakhiri kegiatannya pada waktu yang dianggap tepat. Salah satu kemahiran kepimpinan kelompok yang paling penting sebagaimana kelompok tersebut berkembang dan bergerak ke peringkat akhir adalah keupayaan untuk membantu ahli kelompok memindahkan apa yang dipelajari di dalam kelompok kepada persekitaran luar mereka. Pengakhiran adalah peringkat yang penting bagi sesebuah kelompok dan beberapa waktu ditumpukan dalam persediaan dan pemprosesan ke arah peringkat pengakhiran bersama-sama ahli kelompok. Bahkan, berakhir dengan kelompok yang terapeutik sering kali penuh emosi dan berlaku peristiwa yang kompleks (Mangione, Forti & Iacuzzi, 2007). Jika pada fasa awal adalah berkesan, ahli kelompok akan saling kenal-mengenali antara satu sama lain dan mewujudkan identiti mereka sendiri di dalam kelompok tersebut. Kemudian, ahli-ahli kelompok akan melibatkan diri dalam tahapan kognitif yang memerlukan mereka untuk membuat suatu keputusan

description

kelompok akhir

Transcript of Plk 557 Kelompok

Page 1: Plk 557 Kelompok

TAHAP PENGAKHIRAN – PENGUKUHAN DAN PENAMATAN

Kegiatan suatu kelompok tidak berlangsung secara terus-menerus tanpa henti. Setelah

kegiatan suatu kelompok meningkat ke tahap peralihan, kelompok tersebut berlanjutan sehingga

mengakhiri kegiatannya pada waktu yang dianggap tepat. Salah satu kemahiran kepimpinan

kelompok yang paling penting sebagaimana kelompok tersebut berkembang dan bergerak ke

peringkat akhir adalah keupayaan untuk membantu ahli kelompok memindahkan apa yang

dipelajari di dalam kelompok kepada persekitaran luar mereka.

Pengakhiran adalah peringkat yang penting bagi sesebuah kelompok dan beberapa waktu

ditumpukan dalam persediaan dan pemprosesan ke arah peringkat pengakhiran bersama-sama

ahli kelompok. Bahkan, berakhir dengan kelompok yang terapeutik sering kali penuh emosi dan

berlaku peristiwa yang kompleks (Mangione, Forti & Iacuzzi, 2007). Jika pada fasa awal adalah

berkesan, ahli kelompok akan saling kenal-mengenali antara satu sama lain dan mewujudkan

identiti mereka sendiri di dalam kelompok tersebut. Kemudian, ahli-ahli kelompok akan

melibatkan diri dalam tahapan kognitif yang memerlukan mereka untuk membuat suatu

keputusan mengenai apa yang telah mereka pelajari tentang diri mereka sendiri dan ahli

kelompok yang lain. Dalam tahap akhir ini, ahli kelompok akan berkesempatan memperjelaskan

pengalaman mereka sepanjang sesi kelompok tersebut.

Beberapa tugas perlu dicapai pada di tahap akhir suatu kelompok tersebut, tetapi ia

adalah sukar untuk menawarkan satu garis panduan umum yang meliputi semu jenis kelompok

(terbuka atau tertutup). Beberapa kemungkinan perlu dipertimbangkan dalam menentukan masa

untuk mengakhiri sesi kelompok tersebut.

Page 2: Plk 557 Kelompok

5.1 Pengukuhan Pembelajaran

Jika kelompok itu telah benar-benar terapeutik, ahli kelompok akan dapat melanjutkan

pembelajaran mereka di dalam kelompok itu di luar, walaupun mereka mungkin akan mengalami

perasaan sedih dan kehilangan (Corey, 2005). Pengukuhan pembelajaran ini membawa makna

yang istimewa pada kelompok sebagaimana mereka akan bergerak ke arah penamatan; ini adalah

waktu yang sesuai untuk meringkaskan, menyatukan, dan mentafsir pengalaman ahli kumpulan.

Tugas ketua kelompok disaat ini adalah untuk memimpin ahli kelompok belajar

meletakkan apa yang telah berlaku di dalam kelompok sebagai suatu sudut prespektif atau

pandangan yang bermakna bagi mereka. Potensi kepada pembelajaran yang kekal itu akan hilang

apabila ketua kelompok tidak menyediakan struktur yang dapat membantu ahli kelompok

tersebut mengulas apa yang mereka perolehi di dalam kelompok.

Di dalam sesi kelompok yang tertutup (kelompok yang mempunyai matlamat yang sama

dan ahli kelompok yang sama setiap sesi), tugas ketua kelompok adalah untuk menolong ahli

kelompok mengulas usaha individu dan corak perubahan mereka dari awal sesi hingga ke akhir

sesi. Ianya sangat berharga jika ahli kelompok dapat berkongsi maklum balas yang berbeza

terhadap perubahan mereka supaya dapat membantu dan memberi semangat ahli-ahli yang lain.

Di dalam kelompok yang terbuka pula, mereka akan menerima cabaran yang berbeza

kerana, ahli keluar dan ahli baru dimasukkan ke dalam kelompok pada bila-bila masa.

Penamatan seharusnya dipersetujui bersama oleh ahli-ahli kelompok dan ketua kelompok, dan

masa yang mencukupi untuk proses pemisahan perlu dijadualkan (Fieldsteel, 2005). Proses

penamatan akan menjadi lebih bermakna apabila ahli kelompok mempunyai masa yang

mencukupi untuk meneroka perasaaan-perasaan mereka yang timbul ketika peralihan ini

(Shapiro & Ginzberg, 2002).

Page 3: Plk 557 Kelompok

Antara tugas-tugas yang perlu dilakukan terhadap ahli yang akan menamatkan sesi di

dalam kelompok terbuka adalah, mengajar ahli tersebut untuk memberi notis yang secukupnya

apabila mereka telah membuat keputusan untuk menamatkan sesinya. Ini akan memastikan ahli

kelompok yang lain mempunyai masa untuk menangani apa-apa urusan yang belum diselesaikan

dengan diri mereka sendiri atau antara ahli kelompok yang lain. Kemudian, membincangkan

persetujuan dengan ahli-ahli kelompok dari awal pengalaman kelompok dan menerangkan

bagaimana untuk menamatkannya secara produktif (Mangione et al., 2007).

Selain dari itu, memberi masa pada ahli yang akan meninggalkan kelompok tersebut

untuk menyediakan emosi dan perasaannya. Beri ahli lain peluang untuk mengucapkan selamat

tinggal dan berkongsi reaksi mereka tersendiri. Bimbing ahli yang akan meninggalkan kelompok

tersebut dengan mengulas apa yang telah mereka perolehi di dalam kelompok terutamanya, apa

yang akan mereka akan lakukan dengan pembelajaran di dalam kelompok tersebut.

Kadangkala, ada ahli yang akan menamatkan sesi tanpa sebarang notis. Jika

berkemungkinan, ketua kelompok perlu menggalakkan ahli kelompok untuk meneroka

keecenderungan ahli menamatkan dan kekal di dalam kelompok sehingga cukup lama untuk

menetapkan penamatan mereka.

5.2 Pengalaman Bagi Penamatan Kelompok

5.2.1 Menangani Perasaan untuk Berpisah

Menurut Mangione et al. (2007), beliau menekankan bahawa ketua kelompok

seharusnya cakna tentang limitasi setiap ahli kelompok mereka berkenaan dengan

pengakhiran atau perpisahan ini jika mereka mengharapkan ianya beretika dan

berkesan dalam membantu ahli-ahli lain berhadapan dengan penamatan. Selain itu,

Page 4: Plk 557 Kelompok

ketua kelompok juga harus mendorong ahli-ahli lain untuk mengungkapkan reaksi

mereka kerana mereka akan berkemungkinan merasakan perpisahan itu suatu yang

menyakitkan dan bimbang pertemuan antara ahli tidak akan berlaku lagi. Suatu

pengakhiran tidak semestinya akan berakhir selamanya, malahan ianya adalah

permulaan yang baru bagi segala sesuatu.

5.2.2 Membandingkan Persepsi Awal dan Akhir Di Dalam Kelompok

Pada awal sesi, ketua kelompok kebiasaannya akan meminta ahli-ahli untuk melihat

dengan teliti sekitar ruangan kelompok, dan bertanya : “Adakah anda sudah merasa

intimidasi pada sesiapa lebih dari yang lain?”, “Adakah anda mendapati diri anda

menilai seseorang?”, “Adakah anda mula tertarik dengan sesiapa?”. Setelah beberapa

minit memberi ruang ahli-ahli untuk senyap dan melihat disekeliling, ketua akan

meminta ahli untuk menahan diri mereka dari berkongsi. Ketika di sesi akhir, ahli akan

ditanya kembali dengan soalan yang sama semasa di sesi awal, “Sekarang amati

kembali ruangan ini, apakah reaksi anda?”, “Bagaimana perasaan anda?”, “Apakah

perasaan anda sekarang jika dibandingkan di awal sesi yang lalu?”. Tugas ahli pada

ketika ini adalah untuk memindahkan perasaan mereka kepada perkataan, apa yang

terlah berlaku dari awal hingga ke akhir sesi tersebut.

5.2.3 Menangani Urusan Yang Belum Selesai

Ketua kelompok akan memberi kesempatan pada ahli-ahli kelompok untuk

mengungkapkan apa-apa perkara atau persoalan yang belum diselesaikan samada

urusan peribadi mahupun antara ahli kelompok, kemudian bincangkan. Sebahagian dari

Page 5: Plk 557 Kelompok

ahli kelompok mungkin tidak akan mendapat isu-isu mereka diselesaikan dengan

sepenuhnya, tetapi mereka perlu digalakkan untuk membincangkannya.

5.2.4 Menyemak Semula Pengalaman Kelompok

Dengan bertanya kepada ahli kelompok untuk lontarkan apa yang telah mereka perolehi

tentang diri mereka sendiri, mereka berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk

menentukan apa yang mereka telah bersedia untuk lakukan dengan pertambahan

pengetahuan mereka. Ketua kelompok akan membantu ahli untuk lebih jelas,

“Bagaimana kelompok itu terasa penting buat anda?”, “Perubahan apa yang anda lihat

pada diri anda?”, “Apakah perkara luar biasa anda di dalam kelompok?”.

5.2.5 Berlatih Untuk Perubahan Tingkah Laku

Bagi kelompok yang sering berjumpa setiap minggu, terdapat banyak peluang melatih

tingkah laku yang baru di setiap sesi. Ketua kelompok boleh membantu ahli-ahli

dengan memberi tugasan di rumah dan meminta mereka melaporkan semula di sesi

yang akan datang. Dengan ini, ahli akan belajar pelbagai tingkah laku baru yang mana

akan membantu perubahan tingkah laku mereka sendiri. Semasa di fasa akhir ini, ahli

akan ditumpukan dengan latihan yang sebenar (keadaan di dalam kelompok dan di luar

kelompok) sebagai salah satu cara menperkukuhkan pembelajaran mereka.

5.2.6 Melakukan Pembelajaran Yang Lebih Lanjut

Salah satu tugas akhir sebuah kelompok adalah untuk mengembangkan plan tindakan

yang tertentu untuk melanjutkan perubahan di luar kelompok. Ketua kelompok akan

Page 6: Plk 557 Kelompok

membantu ahli dalam membawa apa yang dipelajari kepada bentuk tindakan. Antara

strategi yang dapat membantu ahli di dalam kelompok adalah meletakkan tujuan jangka

panjang untuk masa hadapan mereka, dimana ketua meminta ahli memikirkan

perubahan yang akan mereka capai selama enam bulan atau setahun ke hadapan. Di

antara sesi yang berlalu, mereka akan mengatakan tindakan mereka terhadap perubahan

yang mereka tetapkan.

5.2.7 Memberi Dan Menerima Maklum Balas

Dalam pengalaman berkelompok, ahli-ahli telah menerima dan memberi maklum balas,

dimana membantu mereka menilai kesan yang mereka alami pada orang lain. Ianya

sangat bermanfaat buat ahli dalam menilai perubahan yang ingin mereka capai. Ketua

akan meminta laporan dari ahli dengan bertanya, “Bagaimana kelompok merubah

anda?”,”Bagaimana anda menganggap diri anda di dalam kelompok?”, “Konflik apakah

yang lebih jelas?”.Selain itu, ketua juga dapat membantu ahli dengan memberi garis

panduan untuk memberi maklum balas, seperti, “ Harapan saya terhadap anda

adalah ..“,”Jika saya diberi peluang untuk memberi sesuatu kepada anda, ianya

adalah…. “, “Beberapa perkara yang saya pelajari dari anda adalah…. “.

5.2.8 Penggunaan Perjanjian atau Kontrak Dan Kerja Rumah.

Perjanjian ini berguna bukan sahaja untuk menggalakkan untuk bertanggungjawab

tetapi juga untuk mengajar ahli nilai kewujudan sistem sokongan sebagai salah satu

cara untuk membantu mereka membawa perubahan ke arah yang dikehendaki. Antara

Page 7: Plk 557 Kelompok

ilustrasi kepada perjanjian ahli semasa sesia akhir kelompok : “Ahmad berjanji untuk

menumpukan pada pelajarannya.”, “Aminah berjanji untuk bersemuka dengan

suaminya jika dia merasa salah faham lagi.”, dan lain-lain lagi.

5.3 Penilaian ke Atas Pengalaman Kelompok

Untuk menilai sejauhmana keberkesanan kelompok, ketua akan meminta ahli-ahli

kelompok untuk menulis pengalaman mereka masing-masing ketika berada di dalam kelompok.

Ketua kelompok boleh menilai keberkesanan ahli dengan mengadakan beberapa pertemuan

setelah penamatan kelompok atau tetap menghubungi ahli dengan menghantar surat-menyurat

untuk mengetahui perkembangan mereka. Kegiatan menulis pengalaman yang dilakukan oleh

ahli kemudiannya dijadikan jurnal atau yang serupa dengannya untuk memberi peluang kepada

ahli menyampaikan apa yang penting dalam hidupnya dan mengenangkan perubahan yang telah

mereka lakukan.

5.4 Tindakan Susulan

Sesi postgroup, sebuah sesi susulan yang dijadualkan dengan berkala setelah sesi

penamatan kelompok. Ianya boleh dinilai sebagai tanggungjawab yang bernilai buat ahli

kelompok. Penilaian dan tindakan susulan telah disarankan oleh ASGW (1998) “Panduan

Latihan Yang Terbaik”.

Di sesi tindakan susulan ini, ahli-ahli boleh berkongsi pengalaman atau kesusahan yang

mereka hadapi semenjak penamatan kelompok, berbincang tentang langkah-langkah tertentu

yang telah mereka ambil untuk mengekalkan diri mereka terbuka pada perubahan, dan

mengingati kembali pengalaman positif mereka ketika di dalam kelompok.

Page 8: Plk 557 Kelompok

Selain itu jugak, tindakan susulan memberi ahli-ahli peluang untuk mengekspresikan

segala keberkesanan sepanjang yang dipelajari di dalam kelompok. Sudah semestinya tindakan

susulan ini tidak semestinya praktikal atau perlu dilakukan. Pilihan boleh diperkembangkan lagi,

seperti menghantar soal selidik ringkas untuk menaksir tanggapan ahli terhadap kelompok dan

kesan terhadap kehidupan mereka.

Rumusan

Tahap perkembangan dalam sesi kaunseling kelompok ini sangat penting. Di dalam sesi

kelompok tidak semestinya berjalan dengan mudah dan jangkaan yang tepat, tetapi panduan dan

bimbingan ketua akan membantu mereka memudahkan perkembangan kelompok tersebut.

Dengan mengetahui dan menguasai apa yang dikongsikan oleh ahli dan apa yang ingin mereka

capai didalam kelompok itu, ketua kelompok akan mampu membawa kelompok dengan baik dan

jelas.

Dengan mengetahui suatu pegangan yang jelas pada tahap-tahap tertentu di dalam

kelompok akan memberi suatu panduan konsep yang mana patut dimulakan dahulu. Mengenali

titik perubahan kritikal suatu kelompok itu dapat membantu ahli-ahli dalam menggerakkan apa

yang dipelajari mereka di dalam kelompok untuk berubah dan berjaya memenuhi matlamat yang

dibina oleh mereka sebagai perubahan di dalam kelompok tersebut.

REFERENCES

Page 9: Plk 557 Kelompok

Marianne S., Corey G., Corey C. (2007), Groups Process and Practice, 8th Edition (International

Student Edition). Belmont, USA : Thomson Brooks Cole.

Corey G. (2012), Theory and Practice of Group Counseling, 8th Edition (International Edition).

Canada : Brooks Cole.

Darosya 2013, Tahap-tahap Perkembangan Kegiatan Kelompok Dalam Bimbingan Dan

Kaunseling Kelompok.

Ehan D. (2002), Tahap Akhir Sebuah Kelompok, Jakarta, Indonesia.