PJpK PAT

9
SULIT PJPK Pertengahan Tahun Mei 2012 1 jam Nama : ................................................ Tingkatan: .................... ………… ………… SMK SENTOSA, BANDAR BARU KAMPAR 31900 KAMPAR PERAK. PENILAIAN PERTENGAHAN TAHUN 2012 TINGKATAN 3 PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN Satu jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 Soalan 2. Jawab semua soalan 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak Hak Cipta Terpelihara SMK Sentosa ® SMKS PJPK

description

kertas soalan PAT PJPK tingkatan 3

Transcript of PJpK PAT

Page 1: PJpK PAT

SULIT

PJPK PertengahanTahun

Mei 2012

1 jam

Nama : …………................................................ Tingkatan: …………....................

SMK SENTOSA, BANDAR BARU KAMPAR

31900 KAMPAR PERAK.

PENILAIAN PERTENGAHAN TAHUN

2012

TINGKATAN 3

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 Soalan

2. Jawab semua soalan

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

DISEDIAKAN DISEMAK OLEH :

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

® Hak Cipta Terpelihara SMK Sentosa

SMKS PJPK

[ Lihat sebelah] SULIT

Page 2: PJpK PAT

Arahan : Jawab semua soalan pada kertas jawapan objektif.

Bagi soalan 1 dan 2, padankan maksud yang sesuai berdasarkan petak jawapan di bawah.

1. Kelajuan

2. Kuasa otot

Bagi soalan 3 dan 4, sila rujuk gambarajah di bawah.

3. Apakah tujuan melakukan aktiviti seperti gambar di bawah?

A. Membina daya tahan kardiovaskular B. kekuatan ototC. kelajuanD. fleksibiliti

4. Keupayaan menguasai kemahiran ini dapat memberi manafaat terutamanya dalam permainanA. bola tamparB. bola sepak C. bola keranjangD. bola lisut

2

A. keupayaan otot jantung seseorang untuk melakukan sesuatu kerja dalam jangka masa yang lama dan berulang-ulang

B. keupayaan seseorang bergerak dari suatu kedudukan ke kedudukan yang baru dalam masa yang singkat

C. kemampuan otot untuk menjana daya yang maksimum dalam tempoh masa yang singkat

D. kemampuan maksimum otot untuk menjana daya bagi mengatasi rintangan

Page 3: PJpK PAT

5. Aktiviti di bawah sesuai sekali untuk membina______________

A. daya tahan kardiovaskularB. kuasa otot kakiC. kelajuan D. kordinasi kaki

6. Adaptasi fisiologi perkembangan otot-otot agonis dan antagonis yang lebih menyeluruh selepas latihan membina kuasa menyebabkan seseorang memperolehi faedah dari segi ___________A. otot tidak mudah cedera dan lambat lesuB. boleh melakukan aktiviti pada intensity tinggi dan dalam tempoh yang lamaC. meningkatkan kebolehan melakukan pelbagai variasi julat pergerakanD. pembentukan ciri-ciri fizikal yang seimbang

7. Komposisi badan merujuk kepada ___________A. berat badanB. berat badan berbanding tinggiC. peratusan lemak badan berbanding otot, tulang dan tisu badan yang lainD. berat badan dalam air berbanding dengan berat badan di atas darat

8. Alat di bawah digunakan untuk mengambil ukuran lipatan kulit. Alat ini dinamakan ___________

A. sphymomanometerB. pita ukurC. kaliperD. steper

3

Page 4: PJpK PAT

9. Proses adaptasi akan berlaku dengan sistematik sekiranya program latihan dirancang berdasarkan prinsip-prinsip latihan.

Pernyataan di atas sesuai sekali merujuk kepada prinsip latihan ______A. ansur majuB. beban lebihC. kebolehbalikanD. perbezaan individu

10. Fenomena ___________ akan berlaku sekiranya latihan dihentikan untuk suatu tempoh tertentu walaupun tahap kecergasan yang tinggi telah dicapai.

A. ansur majuB. beban lebihC. kebolehbalikanD. perbezaan invidu

11. Prinsip ________________ memudahkan peningkatan prestasi kerana proses adaptasi fisiologi yang berlaku akan tertumpu kepada aspek latihan yang ditekankan.A. Perbezaan individuB. kebolehbalikan C. kekhususanD. kepelbagaian

12. Merujuk kepada permainan sofbol, pasukan _________ mestilah menguasai kemahiran memukul , menampan, dan larian base manakala pasukan __________melibat kemahiran menyambut dan membaling, melempar dan memadang.A. menyerang , turunB. menyerang, bertahanC. naik, bertahanD. bertahan, menyerang

13. Pemain pemadang sofbol boleh dibahagikan kepada kumpulan tertentu. Pemain base pertama, kedua dan ketiga merupa pemain kumpulan __________A. batteryB. dynamoC. pemadang dalamD. pemadang luar

Bagi soalan 14 dan 15, sila rujuk gambarajah di bawah.

14.

4

Program latihan perlu disesuaikan dengan keperluan individu.

R S14. Posisi pemain R disebut sebagai __________ dan pemain S

pula disebut ___________.A. pitcher, catcherB. pitcher, pemukulC. catcher, penjaga baseD. catcher, pemukul

Page 5: PJpK PAT

15. Jika terdapat pelari di base pertama dan ketiga, siapakah yang akan melakukan larian paksa?A. pemukulB. pelari base pertamaC. pelari base ketigaD. pelari base keempat

16. Gambarajah di bawah menunjukkkan salah satu fasa perlaksanaan dalam lempar cakera.

Gerakan ini sesuai sekali merujuk kepada fasa perlaksanaan ____________A. persediaanB. putaranC. lemparanD. ikut lajak

17.

Butiran di atas merujuk kepada fasa perlaksanaan __________ dalam acara lempar cakera.A. persediaanB. putaranC. lemparanD. ikut lajak

18.

Pergerakan di atas merupakan pergerakan yang menepati tema kesedaran beban. Kualiti pergerakan yang ditunjukkan ialah _________A. pergerakan bercirikan bandulB. pergerakan runtuhC. pergerakan bertahanD. pergerakan bercirikan perkusi

5

Tukar kaki dengan pantas selepas fasa lemparan Fleksi lutut kaki hadapan. Badan direndahkan untuk merendahkan pusat

graviti. Mata pandang ke arah penerbangan cakera Ayun kaki bebas ke belakang

Page 6: PJpK PAT

19. Susunkan gambarajah di atas supaya menjadi satu prosedur melakukan bantuan Resusitasi Kardiopulmonari ( CPR) yang betul kepada orang dewasa.

A. p , q , r , dan sB. s , p, r , dan qC. s , r , q , dan pD. r , s , p , dan q

20. Berikut merupakan langkah-langkah yang paling sesuai mengurangkan keagresifan dalam sukan di kalangan penonton KECUALIA. mewujudkan sistem kawalan keselamatan yang ketatB. memisahkan penyokong pasukan lawanC. menghukum tindakan agresifD. menghadkan bilangan penyokong bagi sesuatu pasukan

Bagi soalan 21 hingga 30, tandakan A bagi pernyataan yang BETUL dan B bagi pernyataan yang SALAH.

21. Pelari base boleh meninggalkan base sebelum pitcher melepaskan bola sofbol.

22. Jarak lemparan cakera ditentukan oleh ketinggian atlet, kelajuan dan sudut pelepasan.

23. Menjejak bermaksud merentas sesuatu kawasan dari titik permulaan hingga ke destinasi yang dituju.

24. Faedah psikomotor yang boleh didapati melalui aktiviti menjejak ialah meningkatkan daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kelajuan dan kekuatan otot.

25. Konsep kesedaran beban adalah berkaitan dengan kualiti pergerakan yang dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan atau keupayaan otot semasa melakukan pergerakan.

26. Keagresifan ialah tindakan yang boleh mengakibatkan kecederaan kepada orang lain atau kerosakan kepada objek tertentu.

27. Akibat daripada kurang pengetahuan berkaitan sukan yang disaksikan boleh mengakibatkan perlakuan agresif dikalangan penonton.

28. Institusi perkahwinan membentuk keluarga melalui ikatan yang sah dari segi agama dan norma masyarakat.

29. Setiap ahli keluarga perlu berperanan dan bertanggungjawab bagi mewujudkan keluarga bahagia.

30. Dato` Hishamudin bin Tun Hussien merupakan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia sekarang.

6

pq

r

s

Page 7: PJpK PAT

Bagi soalan 31 hingga 40, pilih jawapan berdasarkan rujukan jawapan yang disediakan di bawah.

A B C DI dan III II dan IV I, II, dan III Semua di atas

31. Lebihan lemak dalam badan akan menyebabkan kegemukan dan obesiti yang boleh meningkatkan risiko penyakit ________I. Arteri koronari.II. hipertensi.III. diabetesIV. osteoporosis

32. Keadaan berikut menyebabkan pemukul permainan sofbol terkeluar atau dikira `mati’.

I. Pemukul telah mendapat tiga strike dan tidak dapat menyempurnakannya.II. Bola yang mencecah tanah dilontar terus ke base pertama

sebelum pemukul tiba.III. Bola ditangkap oleh pemadang sebelum mencecah tanahIV. Pemukul mendapat empat ball

33. Berikut merupakan antara otot utama yang terlibat ketika melakukan lemparan cakera.

I. DeltoidII. Pectoralis majorIII. hamstringIV. quadriceps

34. Lemparan cakera dibatalkan apabila __________I. keluar dari bulatan sebelum cakera menyentuh tanah

II. mana-mana bahagian tubuh menyentuh tanah di luar bulatan atau di atas sisi besi bulatan

III. cakera jatuh di luar kawasan sektorIV. atlet keluar dari bulatan bahagian belakang bulatan lemparan

35. Arah mata angin utama boleh ditentukan berpandukan unsur semula jadi seperti

I. matahariII. bayang-bayangIII. bulanIV. sungai

36. Aspek utama yang ditekankan dalam formasi pergerakan semasa aktiviti menjejak antaranya ialahI. jarak antara ahli tidak terlalu jauhII. pergerakan antara ahli tidak terputus-putusIII. ahli dapat melihat antara satu sama lainIV. ahli yang bergerak laju di hadapan dan ahli yang lambat di belakang

37. Seorang atlet boleh meminimumkan keagresifannya dalam sukan apabila beliau dapat ___________I. ganjaran atau bayaran yang tinggiII. mendisiplinkan diriIII. latihan di bawah jurulatih luar NegaraIV. menguasai kemahiran pengurusan stress

38. Bantuan Resusitasi Kardiopulmonari ( CPR) perlu diberikan kepada mangsa kemalangan jalan raya atau lemas yang ___________I. tidak bergerak

7

Page 8: PJpK PAT

II. tiada responsIII. tidak bernafasIV. tiada denyutan nadi

39. Kebahagiaan sesebuah keluarga boleh dilihat melalui ciri-ciri yang berikut ___________

I. kasih sayang dan kemesraanII. interaksi dan komunikasi efektifIII. keperluan fizikal dipenuhi dan keselamatanIV. aktiviti keluarga

40. Acara Triathlon melibatkan aktivitiI. renangII. berbasikalIII. berlariIV. orienteering

SOALAN TAMAT

8

Page 9: PJpK PAT

SKEMA JAWAPAN

PEPERIKSAAN PJPK PERTENGAHAN TAHUN

2012 TINGKATAN 3

NO SOALAN JAWAPAN NO SOALAN JAWAPAN

1 B 21 B

2 C 22 A

3 C 23 A

4 C 24 B

5 B 25 A

6 D 26 A

7 C 27 A

8 C 28 A

9 D 29 A

10 C 30 B

11 C 31 C

12 B 32 C

13 C 33 D

14 D 34 D

15 B 35 C

16 B 36 C

17 D 37 B

18 C 38 D

19 C 39 D

20 D 40 C

9