Ν.4052 Νόμος αρμοδιότητας Υπουργείων Υγείας και Κοινωνικής Αλληλεγγύης και Εργασίας και Κοινωνικής
PI:OANGANPfRPUSIAKOON PfRSIOnNGnN PfRPUSTnKnnN...
Transcript of PI:OANGANPfRPUSIAKOON PfRSIOnNGnN PfRPUSTnKnnN...
--~..-
. '..-..-. PtlY"l.ISTAKAAN
NEGAl\A MA1..AYSIA
PI:OANGANPfRPUSIAKOON ·MASJID .. :PfRINDKOIKfUONGSijPN201S
SfMPfWl RUTUNd ... llfMOSMASdIDNtiQ9RQ 2015 ~~u?~J ~~~L~~~~
\.)~~~~~j~~ RllljJlJ'lafian ul8:PelflaCufra ~
1l"lB·OgOsa015/·aS··a1( Dewan .Sya~ahauUlalJ1aMa~jidN~araJ
Fungsi Perpustakaan Masjid Masa Kini
Tuan Haji Md. Zaki bin Ab. Manan Pengerusi Biro Dakwah & Pendidikan
Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI)
Kuala Lumpur
d:= === ------t,n'l~~~"f~~1A
PfRSIOnNGnN PfRPUSTnKnnN MnSJID PfRlNGKnT KfBnNGSnnN aOlS
SfMPfNn SnMBUTnN JUBli fMnS MnSJID NfGnRn 2015 --,·uS ~) ~.'&'\...-;V",:-,;
IJ t>:: -"':--<-lZ-Jr.'"" wPerpuslakaan Masjid: Pemacu lransformasi Ummah
]]-13 Ogos BOIS I BS -B7 Syawall~36" Dewan Syarahan uta rna Masjid Negara, Kuala lumpur
Fungsi Perpustakaan Masjid Masa Kini
Tuan Haji Md. Zaki bin Ab. Manan Pengerusi Biro Dakwah & Pendidikan
Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI)
Kuala Lumpur
,' ,"' ," ~" ,,, ... _\ """~"
1
Fungsi Perpustakaan Masjid Masakini
Md Zaki Bin Ab Manan Masjid at Taqwa Taman Tun Dr Ismail
Definisi
Perpustakaan ialah koleksi buku buku untuk bacaan dan kajian “collection of books used for reading or study.”
Perpustakaan ialah bangunan, bilik yang menyimpan buku-buku
untuk dibaca dan dikaji. ” the building or room in which such a collection is kept.”
Masjid dari Perspektif al-Quran
Firman Allah dalam surah al-Taubah ayat 18 yang bermaksud;
“Sesungguhnya orang yang suka mengimarahkan masjid
hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan percaya
kepada hari akhirat mendirikan solat, mengeluarkan zakat
dan orang yang tidak takut selain Allah. Mudah mudahan
itulah orang yang akan mendapat petunjuk.”
Malangnya peranan masjid masa kini telah jauh ketinggalan berbanding dengan
masa silam apabila berkembangnya sistem pentadbiran dan semakin teratur.
Berbagai jabatan, kementerian ujud dengan fungsi dan tugas masing masing
sehingga akhirnya kini peranan masjid semakin mengecil, menjurus dan khusus
kepada pembangunan kerohanian umat Islam dan pembangunan ibadat semata
mata. (Nor Raudah Hj Siren @ lain Strategi Mengurus Masjid, Kuala Lumpur
Universiti Malaya 2006. hal 1)
Fungsi Perpustakaan Masjid
Pada masa kini perpustakaan menyediakan bahan bahan bacaan dan kajian
bukan lagi terhad kepada buku buku, majalah, surat khabar dan dokumen
bertulis dalam bentuk buku, akan tetapi perpustakaan juga menyediakan bahan
2
bahan dalam bentuk filem, periodicals, slides, phonograph records, tapes dan
lain lain material selain dari buku. Dengan ujudnya kemajuan computer dan
ICT (Informasi teknologi maklumat) atau IT maka perpustakaan yang canggih
dan maju ialah perpustakaan yang menyediakan kemudahan peralatan,
teknologi, bahan bahan yang boleh diakses melalui internet, multi media,
facebook, pesanan ringkas (massages), blog, i-pads, whatsapp, instegram, e-
mail, Messenger Twitter dan lain lain kemajuan media terkini serta era sistem
maklumat dan dunia alam maya tanpa sempadan .
Sejarah Perpustakaan
Sejak zaman Greek dan Roman lagi perpustakaan bukan sahaja untuk
membekalkan buku buku untuk kajian akan tetapi perpustakaan juga
menyediakan kemudahan penyalinan bahan bahan dalam bentuk skrip dan
diberi pinjam kepada para sarjana dan ahli akademik dan para intelek universiti
universiti. Pelbagai perpustakaan telah bergabung antara satu sama lain
terutama antara perpustakaan perpustakaan universiti di Benua Eropah bermula
pada abad 13 lagi.
Pada zaman keagongan Islam Perpustakaan telah diujudkan di masjid dan
memainkan peranan penting dalam menghasilkan, mengumpul kitab kitab hasil
penulisan ulamak ulamak agong dan dijadikan rujukan kepada masyarakat Islam.
Buku buku dan kitab kitab ini akhirnya dicetak dan diterbit serta disebar luas ke
Negara-negara Islam seluruh dunia. Melalui buku buku dan kitab inilah mazhab-
mazhab yang muktabar telah dapat di kembangkan pengaruh nya ke seluruh
dunia. Di Perpustakaan School of Oriental and African Studies, University of
London menyimpan beribu ribu naskhah kitab-kitab sebagai bahan kajian
orientalis terhadap ilmu ilmu Islam.
Perpustakaan Masjid
Masjid dan Perpustakaan dua institusi yang berbeza fungsi asal masing masing,
akan tetapi hubungan masjid dan perpustakaan adalah suatu yang tidak dapat
3
dipisahkan. Kalau perpustakaan berfungsi sebagai tempat individu atau orang
persaorangan mencari maklumat dan ilmu pengatahuan manakala masjid pula
adalah institusi ibadah dimana orang orang Islam menunaikan ibadah mereka
setiap hari, setiap minggu dan sepanjang tahun. Masjid ialah;
“The place of prostration, the Mosques or place of public prayer…….”
Islam adalah agama yang mewajibkan umatnya supaya menimba ilmu
pengetahuan yang berguna samaada menggunakan institusi pendidikan yang
formal atau tidak formal. Sebelum bangunan sekolah dibina berasingan dari
masjid, masyarakat Islam telah menggunakan masjid sebagai saluran utama
untuk mereka belajar dari peringkat pra sekolah, tadika, sekolah rendah dan
sekolah menangah. Bahkan sebelum wujudnya Universiti pertama dalam dunia
Islam, pengajian Islam untuk melahirkan cendikiawan dan para ulamak
terkemuka adalah dipusatkan dimasjid masjid. Masjid telah menyediakan kitab
kitab Turath dalam pelbagai bidang salain daripada naskhah naskhah al Quran
dan Kitab kitab Hadis. Kemajuan ilmu pengatahuan dikalangan umat Islam
berjalan seiring dengan tumbuhnya sarjana sarjana Islam dalam bidang agama
dan penulisan penulisan mereka berkaitan dengan ilmu ilmu tersebut.
Masyarakat Islam sebenarnya lebih awal menerima tamaddun ilmu ini
berbanding dengan masyarakat bukan Islam terutama masyarakat Kristian di
Barat , terutama sekali apabila Sarjana sarjana Islam telah menjadi peneroka
awal mencipta dan memperkenalkan kepada dunia ilmu ilmu baru saperti
Kimia, algebra, sains perubatan, pembedahan, perbidanan, Astronomi, selain
bidang bidang ilmu alam (Geography), Tauhid (Theology), Undang undang,
Bahasa Arab, Mantiq, Balaghah, dasar luar Negara, pengurusan dan hubungan
antara bangsa dan undang undang tentang perang, politik dan perpaduan
kaum.
Islam agama yang menggalakkan manusia berfikir, menjelajah dan
mengembara seluruh pelusuk dunia bagi melihat tanda tanda kebesaran Allah
yang mencipta muka bumi dan langit serta makhluk makhluk Nya yang terdiri
dari manusia, haiwan, tumbuhan serengga, syaitan dan kuman. Allah
4
menjadikan dunia dan cakerawala, bintang bintang bulan, matahari , air, angin ,
petir dan kilat, banjir, penyakit, bencana alam dan mendatangkan penyakit
penyakit yang kronik , serta mematikan manusia dan segala makhluk diatas
muka bumi ini. Al-Quran dan Hadis menerangkan segala perkara perkara
ghaib yang akal manusia tidak mampu memikirkan kejadiannya saperti
kejadian alam dan cakrawala, hujan, peredaran matahari dan bulan ,
berlakunya perubahan musim, iklim, siang dan malam. Al-Quran juga
menceritakan kejadian manusia yang bermula dari Adam, kejadian manusia
selepas Adam dan Hawa melalui proses percampuran benih air mani ,
(Nutfah), segumpl darah (mudhghah), seketul daging (Alaqah) dan tulang.
Islam mengajar manusia konsep konsep tentang ketuhanan, kerasulan,
malaikat, wahyu, hari kiamat, alam kubur, hari akhirat, padang mahsyar, hari
pembalasan dan kefahaman tentang, Qadha Qadar, syurga dan Neraka,
Islam bukan hanya agama yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan
tuhan semata mata akan tetapi juga Islam mengajar manusia supaya
berperanan dan bertanggung jawab terhadap alam sekitar, kebersihan,
kepentingan Flora dan Fauna, tumbuhan , serengga, haiwan , hutan hutan,
gunung ganang, sungai, laut dan pantai ,Yang mana semuanya saling perlu
dan memerlukan antara satu sama lain .
Islam mendidik manusia sejak dari kecil supaya mengenali diri sendiri, tujuan
dan matlamat mereka dijadikan oleh Allah sebagai makhluk diatas muka
bumi, tugas dan tanggung jawab mereka terhadap ibu bapa, keluarga , jiran
tetangga, masyarakat, agama bangsa dan negara disamping menjaling
hubungan baik sesama manusia melaksanakan segala perkara yang makruf
dan menentang segala bentuk kemungkaran dan jenayah. Islam mengajar
manusia supaya menghormati hak asasi manusia yang berkaitan dengan
nyawa, kesalamatan, kesihatan, keturunan, agama, makanan , minuman,
pakaian dan tempat tinggal.
Walaupun dalam kehidupan manusia yang serba moden masa kini, pelbagai
institusi pendidikan disediakan, namun peranan masjid sebagai sebuah
5
institusi pendidkan dan penyebaran maklumat diluar bilik kuliah adalah penting.
Tanpa adanya fungsi masjid dalam kedua bidang ini maka masyarakat Islam
akan terumbang ambing akidah, akhlak, emosi dan cara hidup mereka
terutama apabila sistem pendidikan formal di peringkat pra sekolah, disekolah,
dan dipusat pengajian tinggi tidak memberikan penekanan yang bersungguh
sungguh kepada sistem pendidkan Islam yang bersepadu dan komprehensif
ini. Pendidikan Islam adalah berteraskan kepada dua matlamat iaitu
kemenangan didunia dan akhirat. Islam menentang sistem pendidkan sekular
yang memisahkan dunia daripada persoalan akhirat. Pendidikan Islam tidak
boleh dikendalikan secara terpisah diantara keperluan jasmani dan keperluan
rohani. Pendidikan Islam juga bermula dari dalam buaian sehinggalah keliang
lahat. Tempoh pendidikan Islam tidak hanya bermula dari umur tujuh tahun
hingga dua puluh lima tahun semata mata, sebaliknya tempoh pendidikan
Islam adalah berlarutan sehingga akhir hayat dan pendidkan Islam amat
perlu diserasikan dengan fungsi dan peranan masjid dalam ertikata yang luas.
Selain daripada fungsi masjid menyediakan sesi kuliah, selepas solat fardu,
masjid juga perlu menyediakan sebuah perpustakaan yang lengkap dan
canggih untuk memenuhi keperluan pendidikan semua peringkat jamaah
masjid dan seluruh masyarakat Islam setempat. Masjid juga perlu mengadakan
pusat penjagaan kanak kanak pra sekolah, tadika, yang menyediakan asuhan
dan sistem pemakanan yang halal dan Tayibah, masjid juga wajar
menganjurkan sesi ceramah, forum, seminar dan wacana minda bagi
membincang isu semasa dalam semua bidang serta memberikan maklumat
kepada umat Islam cara cara yang berkesan untuk mengatasi masalah yang
timbul dalam masyarakat setempat.
Sejarah membuktikan bahawa perpustakaan masjid bukanlah suatu perkara
baru. Perpustakaan diujudkan samaadan pada bangunan yang sama dengan
bangunan masjid atau berhampiran dengan masjid tetapi mempunyai bangunan
nya sendiri. Sejak Zaman kerajaan Bani Umaiyah lagi perpustakaan telah
ditubuhkan oleh Walid bin Yazid al-Umawi di Damsyik. Beliau telah mempelopori
bidang penterjemahan dan banyak buku buku perubatan, kimia, geografi, falak
6
dan sebagainya daripada Bahasa Yunani Qibti ke Bahasa Arab. (Shaikh Ali
Mohammad Mokhtar 1997 hal 65.) (1)
Harun al Rasyid telah mengasaskan sebuah perpustakaan di Baghdad (2)
yang dinamakan Bait alHikmah. Perpustakaan ini membekalkan buku buku
mengenai ilmu Mantiq, ilmu Wahyu, dalam pelbagai Bahasa Arab, Yunani ,
Parsi, Seryani dan Bahasa India. Kemudian usaha ini telah di teruskan dengan
lebih hebat lagi oleh Khalifah al Ma’mun Beliau telah menyelaras serta
menempatkan buku buku ini ditempat yang khusus dengan menggunakan
kaedah kataloging yang boleh memudahkan para pengguna untuk membuat
rujukan dan kajian. Beliau juga telah melantik dan membayar gaji beberapa
orang petugas untuk mengawasi perpustakaan tersebut. (3)
Bilangan perpustakaan dimasjid telah bertambah banyak bilangannya di
Baghdad , Andalusia dan Mesir. Di Baghdad sebuah lagi perpustakaan masjid
didirikan dan dinamakan dengan nama Perpustakaan al Kanakh. Perpustakan
ini dibina oleh Sabur bin Izdasyir, Menteri Kesenian Iraq. Perpustakaan ini
mengandungi sebanyak 10,000 naskhah buku buku yang ditulis sendiri oleh
para ulamak atau cendikiawan Islam. Di Wilayah Syam pula terdapat
perpustakaan yang dinamakan Perpustakaan Dar alMaarifah. Perpuskaan ini
dinamakan oleh Ibn Khaldun. Perpustakaan ini bertempat diTripoli dan ia boleh
menampong sejumlah 3,000 naskhah buku. (4)
Kerajaan Andalusia telah menjadikan Baghdad sebagai contoh pusat ilmu
Pengetahuan, pengiktirafan yang tinggi kepada ulamak dan penubuhan
perpustakaan. Khalifah Abdul Rahman al Nasir serta anaknya al-Muntasir
adalah golongan yang mencintai buku buku. Beberapa orang telah diarahkan
supaya mencari buku buku yang ditulis di kedai buku sekitar alIskandariah, di
Damsyik dan Baghdad atau menyalin buku buku tersebut kedalam buku buku
lain. Hasilnya mereka berjaya mengumpul sebanyak 400,000 naskhah buku
buku dan mengkatalog buku buku tersebut . Jumlah buku-buku catatan
tentang naskhah yang dikatalog tersebut ialah sebanyak 44 jilid. Kerajaan
juga telah melantik pekerja pekerja bagi memelihara buku buku tersebut. (5)
7
1. Al Azhar, Tarikhu wa Tatawuruhu hal 276. 2. Ada pendapat yang mengatakan pengasasnya ialah Khalifah Abu Jaafar al
Mansur. 3. Al Hawafiz alIslamiyah alKubra, hal 247. 4. Al Azhar hal 377. 5. Tarikh alArab hal 69.
Kehebatan Andalusia didalam perkembangan ilmu pengetahuan telah
mendapat pengiktirafan oleh seorang orientalis Belanda bernama Dory dan lain
lain cendikiawan selepas beliau. Menurut mereka hampir setiap orang
penduduk di Andalusia adalah celik huruf, boleh membaca dan menulis.
Sedangkan di Eropah penganut Kristian masih lagi berada di dalam zaman
gelap dan buta huruf kecuali pengikut Aclerus.
Kerajaan Andalusia telah mencontohi kehebatan Baghdad dan usaha usaha
yang telah dilakukan oleh kerajaan Baghdad ketika itu. Antara usaha usaha
yang telah dibuat ialah mendirikan perpustakaan khas untuk para pelajar
sebanyak 70 buah di Granada dan sebnyak 700 buan perpustakaan di masjid
masjid yang lain seluruh negara. (6) Usaha usaha yang sama juga telah ditiru
oleh kerajaan Fatimi di Mesir. Usaha-usaha memperkembangkan ilmu
pengetahuan dan pembinaan perpustakaan digerakkan dengan gigih. Antaranya
ialah Perpustakaan al Masjid alAzhar yang terkenal itu dan khazanah al-Kutub.
Kerajaan Mesir telah membelanjakan jumlah wang yang banyak bagi
menambah koleksi buku buku perpustakaan terutama buku buku penting
tentang Sejarah, sastera, Fikah, Kimia, Falsafah, Matematik, Geografi dan lain
lain. Setiap jenis buku buku ini dibuat salinan berpuluh puluh buah naskhah,
bahkan ada sesetangah buku tersebut dibuat sebanyak beratus dan beribu ribu
naskhah. Di Perpustakaan Khazanah misalnya buku al-Jamharah yang ditulis
oleh Ibnu Duraid sahaja mempunyai sebanyak 100 naskhah. Penambahan
buku ini dilakukan tahun demi tahun sehingga kan akhirnya buku al-Tabari telah
mencapai 100,000 naskhah dan jumlah semua buku diperpustakaan tersebut
telah menjangkau ke angka 1.6 juta naskhah.
8
Apa yang jelas perkembangan perpustakaan masjid ini berkait rapat dengan
peranan masjid dan sejauh mana bilangan pelajar dan ulamak (cendikiawan)
Islam telah bertambah dalam negara Islam pada ketika itu. Tanpa adanya
perkembangan ilmu ini dan peranan masjid maka perpustakaan tersebut
tidak akan berjaya memberikan khidmatnya kepada masyarakat secara
berkesan.
6. Lihat juga Min Jadual Tarikh al Arab. Hal 679.
Konsep Perpustakaan Masjid Masakini
Perpustakaan masjid berbeza fungsi, pengurusan, susun atur ruang bacaan
pengguna, jenis bahan bacaan dan rujukan, masa, suasana, aktiviti, pakaian
dan disiplin pelanggan, sahsiah petugas dan halatuju perpustakaan ini
berbanding dengan perpustakaan disekolah, diinstitusi pengajian tinggi atau
perpustakaan awam yang lain.
Fungsi Perpustakaan Masjid Masakini
Sebagai sebuah institusi yang berkait rapat dengan masjid maka fungsi
perpustakaan juga hendaklah mengambil kira fungsi utama rumah ibadat ini.
Pertama, menyediakan kemudahan kepada para jamaah dan pengunjung
perpustakaan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan akidah, ibadah, fardu ain dan
fardu kifayah. Kedua, membantu masjid menyebarkan dakwah melalui penulisan,
buku buku, bahan terbitan dan terbitan terbitan berkala yang diterbitkan oleh
perpustakaan dan masjid. Ketiga, menggunakan segala kemudahan yang ada
untuk menarik semua lapisan masyarakat supaya datang beribadah dimasjid
dan menggunakan kemudahan perpustakaan seoptimanya. Menyediakan
maklumat tentang sejarah dan pembangunan qariah masjid dan masyarakat
setempat. Keempat, menyediakan pelbagai maklumat yang diperlukan oleh
masyarakat dan menjadikan perpustakaan sebagai pusat maklumat yang
penting kepada masyarakat, antaranya termasuklah maklumat tentang
kematian, perkahwinan, kesihatan, pendidikan, kesalamatan, ekonomi,
perpaduan, agama, negara dan isu isu semasa.
9
Pengurusan
Perpustakaan masjid hendaklah diurus secara professional, dan ditadbir oleh
pustakawan yang bermaklumat, hafiz, dan mempunyai rangkaian diperingkat
global sesuai dengan peranan perpustakaan untuk menganjurkan aktiviti
dakwah, seminar, ceramah perdana dan simposium berkaitan dengan pelbagai
bidang.
Susun atur ruang bacaan pengguna
Perpustakaan masjid perlu kepada keluasan ruang yang mampu menyediakan
kemudahan yang selesa kepada pengguna, ruang bacaan , rujukan dan
penyelidikan, rak rak tempat bahan bahan bacaan , buku majallah dan
koleksi umum dan bahan kajian dalaman, buku buku redspot, ruang bilik
petugas petugas, kaunter perkhidmatan pengguna, kemudahan mesin pendua,
percetakan, kataloging, dan pesanan. Perpustakaan masjid perlu
menyediakan ruang yang berasingan diantara pengunjung lelaki dan wanita,
serta menyediakan pasarana yang kondusif, tenang, harmoni, bersih dan
selamat.
Bahan bacaan dan rujukan
Bahan bahan bacaan yang dilengkapkan didalam perpustakaan masjid bukan
sahaja bersifat menyeluruh akan tetapi juga menepati keperluan pebagai
lapisan pengunjungnya. Bahan bahan ini bukan sahaja berkaitan dengan ilmu
dan maklumat akan tetapi juga memenuhi fungsi perpustakaan masjid.
Masa perpustakaan dibuka
Masa perpustakaan masjid ini beroperasi hendaklah disesuaikan dan
mengambilkira waktu solat dan persoalan persoalan hukum yang berkaitan.
Perpustakaan masjid perlu memberi ruang kepada para jamaah yang sedang
menunggu waktu solat terutama pada masa tidak ada ceramah ceramah
agama, pelajar dan remaja yang memerlukan tempat membuat kajian dan
rujukan semasa cuti sekolah.
10
Jadual Perpustakaan dibuka:
Jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang (kecuali hari Jumaat dan hari cuti umum)
Jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari dan dari jam 2 petang hingga 4
petang. (hari Jumaat)
Suasana
Perpustakaan Masjid sama sepertimana perpustakaan yang lain hendaklah
menyediakan suasana yang tenang, senyap, aman , tenteram dan jauh
daripada kesesakan, kebisingan, pertengkaran, perbualan yang boleh
mengganggu pengguna yang lain.
Disiplin pelanggan
Perpustakaan masjid juga perlu mengadakan peraturan, undang undang dan
disiplin dikalangan petugas dan pengguna samaada dari segi pakaian,
pergaulan lelaki wanita, keselamatan bangunan dan bahan bahan bacaan.
Perpustakaan ini juga perlu mengadakan sistem pinjaman buku, rekod, pesanan,
penggunaan mesin pendua dan peraturan membuat rujukan dan pinjaman
bahan- bahan redspot dan bahan bahan terbuka (0pen shelve).
Sesuai dengan fungsi perpustakaan masjid, maka semua petugas bukan
sahaja memiliki personaliti yang terpuji, mereka juga perlu mengamalkan
budaya mesra pelanggan, menepati masa bertugas dan senantiasa bersedia
untuk membantu pengguna perpustakaan, bermaklumat dan berdedikasi.
Halatuju
Perpustakaan masjid yang selama ini telah jauh menyimpang dari fungsi
nya yang sebenar maka usaha perlu dibuat bagi mempastikan bahawa peranan
perpustakaan masjid hendaklah bergerak kearah menghidupkan semula
fungsinya sama sapertimana yang pernah berlaku pada zaman kegemilangan
Islam tempohari. Ini memerlukan komitmen yang tinggi dikalangan
11
pemerintah, majlis agama Islam, jawatankuasa masjid dan masyarakat Islam
setempat terutama dari aspek menyediakan peruntukan kewangan yang
besar, ruang perpustakaan yang selesa, petugas, bahan bacaan yang
berkualiti.
Untuk mencapai matlamat ini pihak jawatankuasa dan pemimpin
masyarakat yang tidak mempunyai kemahiran dan maklumat tentang
perpustakaan yang selari dengan kehendak Islam seharusnya tidak
campurtangan dan mengganggu gugat pengurusan perpustakaaan. Kini
perpustakaan masjid mempunyai peluang yang baik untuk mendapatkan kitab
kitab dan buku buku yang penting dan berkualiti melalui sistem wakaf buku.
Banyak buku buku yang tersimpan dirumah rumah orang persorangan yang
terbiar, dan tuan punya atau waris mereka berminat untuk mewakafkan buku
buku dan kitab tersebut sekiranya perpustakaan masjid bersedia menyediakan
ruang yang sesuai untuk menempatkan koleksi kitab kitab dan buku buku
berharga ini.
Perpustakaan negara , jabatan arkib negara, syarikat syarikat penerbitan buku
buku Islam dan invidu boleh memberikan kerjasama kearah menjilid semula
buku buku dan kitab yang telah rosak dan menyelaraskan kerja kerja
pengedaranya ke perpustakaan masjid masjid demi untuk menyelamatkan kitab
kitab dan buku buku tersebut dari musnah dan mubazir.
Perpustakaan masjid era ICT
Kini masyarakat sedang berada di zaman teknologi maklumat yang jauh berbeza
dengan zaman zaman lampau. Abad dua puluh satu manusia didedahkan
dengan kemudahan internet dan penggunaan komputer yang meluas dan
memudahkan manusia mendapatkan semua maklumat yang diperlukan
dengan cepat, murah dan tanpa sempadan ( maklumat boleh diperolehi pada
setiap ketika dan tempat). Maka perpustakaan masjid perlu mengikut
perkembangan teknologi maklumat ini dan menyesuaikan segala aktiviti,
kemudahan, perkhidmatan, peralatan, perkakasan, persekitaran ruang, masa,
12
peruntukan kewangan dan tenaga kerja sistem kataloging, pinjaman,
pembekalan buku buku diperpustakaan ini, kaedah kawalan keselamatan ,
cara pendaftaran , dan peraturan yang perlu dikuatkuasakan dikalangan
pengguna atau pelanggan perpustakaan masjid.. Perpustakaan yang ada
sekarang perlu diubah kepada Perpustakaan maya Islam dan perpustakaan
atau masjid yang berkaitan perlu menyediakan juga laman web untuk masjid
atau perpustakaan masjid.
Perpustakaan Maya Islam
Perpustakaan Maya Islam bermakna laman web yang dibina mengandungi
maklumat maklumat yang berkaitan dengan umat Islam dan mengandungi
ajaran syariah, akidah dan akhlak. Ia juga menyediakan pangkalan data al
Quran, dan alHadith bagi memudahkan pengguna membaca, mempelajari atau
menggunakan bahan bahan tersebut untuk kajian dan penulisan. Laman web
ini juga menyediakan ruangan akhbar, kitab kitab rujukan untuk tujuan dakwah
melalui e–dakwah terutama maklumat maklumat yang sukar diperolehi
dipasaran saperti kitab kitab turath dan berita berita luar negera. (Nor Raudah Hj
Siren; hal 117)
Pembangunan Laman Web Masjid
Penerokaan rangkaian internet adalah antara sumber penting sama ada untuk
tujuan proses penyimpanan maklumat dan untuk penyampaian maklumat
tersebut. Internet bukan sahaja memberikan perkhidmatan kepada pelanggan
dengan mudah tetapi jika sekiranya pelbagai usaha dibuat ianya juga akan
lebih menarik minat pengguna untuk melayari maklumat maklumat yang
disediakan. Pelbagai kemudahan dan variasi penggunaan boleh ditonjolkan
dalam sesuatu laman web seperti diwujudkan kumpulan berita masjid
(perpustakaan), perbualan geganti internet (Internet Relay Chart), papan web
(Web Board) soal jawab Frequently Asked Questions (FAQ), senarai alamat,
perpustakaan digital, kemudahan muat turun dan sebagainya.
Masjid atau perpustakaan masjid perlu membina laman web sendiribagi tujuan
penyebaran maklumat dan penyimpanan rekodsejarah masjid dan perpustakaan
13
masjid supaya pengguna boleh mendapat maklumat yang diperlukan secara
bersendirian tanpa perlu merujuk kepada pegawai masjid atau pustakawan
perpustakaan. Pegawai Perpustakaan perlu mempunyai kemahiran untuk
membangun lamun web samada secara percuma yang disediakan oleh google
atau Yahoo atau dengan membayar kepada TM Net. Selain dari itu pegawai ini
juga perlu mahir menggunakan bahan multimedia dan alat teknologi
komunikasi saperti cakrapadat, cakera padat video, cakera digital versatile dan
sebagainya yang juga mampu menyediakan ruang maklumat yang mudah dan
menarik. Laman web masjid juga boleh dijadikan medium alaf baru yang mampu
menyampaikan maklumat Islam dan sebagai medium rujukan secara online
tanpa memerlukan tenaga dan perjalanan yang jauh untuk mendapatkan
perkhidmatannya. (Nor Raudah Hj Siren; hal 116- 117)
Komunikasi penulisan di masjid
Walaupun kebiasaannya masjid telah melantik jawatankuasa yang khusus
untuk menjalankan aktiviti dakwah melalui penulisan dan menerbitkan majlah
atau suara masjid dan memuatkan rencana rencana agama akan tetapi
jawatankuasa penerbitan ini boleh bekerjasama dengan perpustakaan Islam
terutama apabila perpustakaan masjid dilengkapkan dengan kemudahan
percetakan, penerbitan dan publisiti. Antara bahan yang sesuai diterbitkan
oleh masjid atau perpustakaan masjid ialah penerbitan brosur, pamphlet dan
risalah pendek. (Nor Raudah 2006; hal 163- 167).
Dalam ertikata lain perpustakaan masjid bukan sahaja menyediakan bahan
bacaaan dan rujukan, ia juga boleh memainkan peranan membantu
jawatankuasa lain dan bekerjasama dengan jawatankuasa jawatankuasa
tersebut saperti jawatankuasa Penerbitan dan Dakwah masjid.
Perpustakaan Masjid at-Taqwa Taman Tun Dr Ismail
Perpustakaan diwujudkan di masjid Taqwa sebagai tempat untuk menyediakan
bahan bahan bacaan yang sesuai dengan keperluan pembaca bagi mereka
14
menimba ilmu pengetahuan dari masa kesemasa. Buku buku yang dibekalkan
diperpustakaan ini dihadkan kepada buku buku yang sesuai dengan ahli Sunnah
wal jamaah. Buku–buku yang dibekalkan diperpustakaan ini juga dikhususkan
kepada buku buku yang sesuai dengan mazhab Syafie yang dijadikan
mazhab resmi Malaysia.
Digital kataloging
Bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bahan bacaan lebih luas lagi
maka kemudahan sistem digital kataloging akan digunapakai yang di antara
lain bertujuan:
1. Memudahkan orang ramai mencari buku buku yang diperlukan
2. Pengguna boleh akses bahan di perpustakaan secara on line dari
rumah.
3. Membantu pembaca mendapatkan bahan bahan yang diperlukan
samaada melalui sistem pinjaman daripada lain lain perpustakaan
dalam dan luar negara.
Pembesaran Perpustakaan
Masjid at-Taqwa telah menyediakan peruntukan untuk menyusun semula
struktur dalaman perpustakaan termasuk ruang tempat membaca, rak rak
tempat meletak buku buku, kaunter pertanyaan dan ruang komputer.
Mengekalkan buku yang sedia ada - memandangkan ruang dan keluasan
perpustakaan ini amat terhad maka jumlah buku buku yang dilengkapkan
diperpustakaan ini juga perlu dipilih berdasarkan kepada beberapa ciri seperti
berikut;
1. Al-Quran
2. Hadis
3. Kitab dan buku Mazhab ahli Sunnah wal jamaah
4. Kitab Mazhab Syafie.
15
Oleh hal yang demikian perpustakaan hanya membekalkan kitab dan buku yang
sedia ada sahaja, tidak menerima sumbangan orang persaorangan atau
membeli kitab atau buku buku baru. Usaha telah dibuat bagi mengemaskinikan
pendaftaran buku buku diperpustakaan ini dan mendapatkan bantuan
Perpustakaan negara bagi mengkatelogkan buku buku tersebut secara lebih
bersistem dan menarik.
Fizikal perpustakaan
Perpustakaan masjid ini terletak dibahagian hadapan sebelah kanan
berhampiran ruang masuk masjid. Usaha akan di lakukan dari masa
kesemasa untuk mempertingkatkan kesalamatan buku buku perpustakaan ini
dan mengadakan sistem pinjaman yang lebih baik supaya semua buku
buku yang dipinjam akan dipulang semula pada masa yang ditetapkan kelak.
a. Luas Perpustakaan
Luas perpustakaan ialah lebih kurang 20 kaki X 50 kaki bersamaan dengan
1000 kaki persegi.
b. Kapasiti
Perpustakaan ini boleh menampong seramai tiga puluh orang pembaca
dalam satu masa dan usaha sedang dirancang supaya pengguna lelaki dan
perempuan dapat menggunakan perpustakaan ini dengan lebih selesa dan
menarik. Jika perlu waktu perpustakaan untuk pengguna lelaki dan
perempuan akan di asingkan sesuai dengan kelapangan masa masing
masing.
c. Jumlah buku
Jumlah buku yang sedia ada ialah sebanyak 2,000 (dua ribu naskhah) dan
bilangan buku bagi setiap judul dihadkan kepada dua naskhah sahaja. Untuk
menarik pengunjung datang keperpustakaan maka surat khabar dan majallah
yang popular juga disediakan.
16
d. Digital kataloging
Dengan kerjasama Universiti Institut Teknologi Mara, perpustakaan masjid
atTaqwa sedang menyediakan kemudahan kepada pembaca mengenalpasti
dan mendapatkan buku buku yang diperlukan. Buku-buku tersebut di katalogkan
dengan menggunakan sistem digital.
Website atau sesawang khusus untuk perpustakaan
Perpustakaan masjid ini juga menyediakan web site atau sesawang khusus
bagi memudahkan semua urusan yang berkaitan dengan perpustakaan ini
dapat dikendalikan dengan menggunakan komputer dan teknologi maklumat
dunia tanpa sempadan:
i. Pendaftaran pengguna perpustakaan.
ii. Sistem pinjaman dan pemulangan buku.
iii. Keselamatan
Online dari rumah
Dengan adanya sistem digital kataloging dan sesawang khas perpustakaan
masjid maka orang ramai bukan sahaja mudah menghubungi perpustakaan
untuk mendapat maklumat yang diperlukan bahkan orang ramai juga boleh
mendapatkan maklumat tersebut dan membuat pinjaman buku-buku melalui
sistem online dari rumah masing masing.
17
Konklusi
Perpustakaan masjid berkait rapat dengan minat manusia kepada agama,
membaca dan ilmu. Perpustakaan menghadapi cabaran, halangan dan saingan
dengan perkembangan terbaru teknologi maklumat dan internet. Jika
perpustakaan tidak mampu bersaing dengan kecanggihan Informasi teknologi
ini perpustakaan kena bijak bersahabat dengannya. Manusia perlu dididik,
dibimbing dan dikawalselia supaya perpustakaan dan kemajuan IT tidak
disalahgunakan. Kita akan menghadapi era dimana universiti dan ijazah tidak
lagi bernilai kerana ilmu dan kemahiran boleh diperolehi dihujung jari sahaja.
18
Rujukan
Al Azhar, Tarikhu wa Tatawuruhu
Al Hawafiz alIslamiyah alKubra,
Dictionary of Islam, Safat Kuwait, Islamic Book Publishers .1979.
Nor Raudah Hj Siren dan lain Strategi Mengurus Masjid Kuala Lumpur; Jabatan
Dakwah & Pembangunan Insan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 2006
Shaikh Ali Mohammad Mokhtar, Peranan Masjid Dalam Islam, Kuala Lumpur
Tarikh alArab
The New Encycloaepedia Britanica, Chicago 1768
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, 1997.
19
Lampiran
Latar belakang Masjid at-Taqwa Taman Tun Dr Ismail Damansara Kuala Lumpur
Masjid at Taqwa terletak di Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail didirikan
atas kerjasama diantara ahli kariah dan pihak pemaju perumahan TTDI. Masjid
ini siap dibina pada tahun 1990. Kos pembinaannya ialah sebanyak RM 10 juta
Masjid dan hartanahnya diwakafkan oleh pemaju kepada MAIWP pada 28
Muharram 1411 bersamaan dengan 19 Ogos 1990. Pada peringkat awalnya
Masjid ini mampu menampong seramai 1400 orang para jamaah dalam satu
masa. Kini jumlah muatan masjid ini telah meningkat kepada seramai 3,000
orang. (termasuk muatan diruang persekitaran bangunan tambahan yang
berbumbung). Selain dari masjid ini dilengkapkan dengan ruang ruang yang
penting untuk keperluan para jamaah masjid ini juga menyediakan ruang
sebuah perpustakaan yang sederhana ditingkat bawah bangunan nya. Dengan
aadanya sokongan pelbagai pihak insyaAllah masjid ini akan dapat
menyediakan kemudahan kemudahan yang lebih hebat saperti dewan
serbaguna, dewan solat yang lebih luas, kemudahan rumah kakitangan masjid,
serta menyediakan ruang letak kereta, kualiti penyaman udara dan
pembesar suara yang lebih baik.
a. Visi Masjid at-Taqwa.
Memupuk dan mempertahankan syiar dan kesucian agama Islam yang dibawa
oleh Nabi Muhammad s.a.w.
b. Misi Masjid at-Taqwa
Menjalankan aktiviti memakmur dan mengimarah dan menjadikan masjid
sebagai tumpuan dan daya penarik untuk muslimin dan muslimat ahli Sunnah
wal jamaah bersama sama beribadat, menimba ilmu, berdakwah dan
bersilaturrahim.
20
Masjid Taqwa telah dan senantiasa melihat betapa pentingnya ilmu pengetahuan
dikalangan umat Islam diqariah masjid ini. Selain daripada menganjurkan aktiviti
dakwah, kelas pengajian, forum dan ceramah umum, masjid juga telah
mengadakan sebuah perpustakaan masjid yang sederhana.