Pilot Test
-
Upload
siti-norbaizura-shafiqah -
Category
Documents
-
view
251 -
download
5
description
Transcript of Pilot Test
1.0 PENGENALAN
Kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah sering dikaitkan dengan kejayaan akademik dan
kokurikulum sekolah tersebut. Ini dapat dilihat dalam media cetak mahupun elektronik dengan
terpampangnya keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia di mana akan ditunjukkan kejayaan pelajar-pelajar bagi sekolah-
sekolah seluruh Malaysia. Bagi meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum sesebuah
sekolah, pengetua sebagai pemimpin sekolah bertungkus-lumus menyediakan pelbagai program
untuk mengharumkan nama sekolah dan seterusnya melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang.
Pengetua sekolah sebagai pemimpin memainkan peranan penting dalam memajukan dan
menggerakkan sesebuah organisasi di sekolah.
Najib dan Tamyis (2008) menyatakan gaya kepimpinan pengetua dapat menentukan
polisi dan prosedur bagi para guru dan kakitangan sekolah dalam menjalankan tugas. Kejayaan
sesebuah sekolah itu berkait rapat dengan kejayaan seorang pemimpin dalam menguruskan
organisasi. Dengan itu sesebuah organisasi dapat berjalan dengan lancar apabila menerima pucuk
kepimpinan yang cemerlang dan bertoleransi. Shambani (2013) memberi pendapat bahawa
pengetua bertanggungjawab untuk memainkan peranan sebagai pemimpin yang berwibawa dan
sekaligus menaikkan kecemerlangan sekolah. Gaya kepimpinan sering dikaitkan dengan kuasa
yang dimiliki oleh pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi. Oleh itu, pengetua sebagai
pemimpin harus bijak menggunakan kuasa yang dimilik untuk menggerakkan sesebuah
organisasi mencapai kecemerlangan.
Kejayaan sesebuah organisasi sering dilihat dengan gaya kepimpinan organisasi tersebut
dan kepuasan kakitangan dalam menjalankan tugas. Kamarudin (1998) berpendapat bahawa
kemajuan sesebuah organisasi mempunyai hubungan dengan pucuk pimpinan organisasi dan
kepuasan kerja yang dimiliki oleh kakitanganya. Pemimpin dalam organisasi berperanan untuk
memenuhi segala leperluan kakitangan dan kebajikan mereka dalam organisasi. Matlamat bagi
sesebuah organisasi akan tercapai apabila pengurusan atau pentadbiran organisasi mengamalkan
gaya kepimpina yang ideal bagi kakitangan dalam organisasi dan seterusnya mampu memberi
kesan yang optimum ke arah kecemerlangan dan keberkesanan sesebuah organisasi. Kenyataan
1
ini disokong oleh Rozana dan Abdul Hakim (2005) menyatakan bahawa kejayaan sesuatu
organisasi itu bergantung kepada kecekapan pengurusan yang dijalankan. Oleh itu, kepimpinan
yang cemerlang dari segi pengurusan membawa kepada organisasi yang cemerlang.
2.0 TAJUK KAJIAN
Hubungan Gaya Kepimpinan Pengetua dengan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Menengah di
Kawasan Bandar.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
1. Untuk mengenalpasti gaya kepimpinan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan di kawasan
bandar.
2. Untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja guru Sekolah Menengah Kebangsaan di kawasan
bandar.
3. Untuk melihat hubungan gaya kepimpinan pengetua dengan tahap kepuasan kerja guru
Sekolah Menengah Kebangsaan di kawasan bandar.
4. Untuk melihat hubungan gaya kepimpinan positif iaitu karismatik, demokratik dan laisser-
faire dengan komunikasi guru Sekolah Menengah Kebangsaan di kawasan bandar.
2
4.0 RANGKA KONSEP
PEMBOLEHUBAH BEBAS PEMBOLEHUBAH BERSANDAR
Rajah 1 : Rangka Konsep
3
Gaya Kepimpinan
Karismatik, Demokratik, Laisser-Faire
Autokratik, Birokratik
Kepuasan Kerja
Upah
Kenaikan Pangkat
Penyeliaan
Faedah
Penghargaan yang Tidak Dijangka
Operasi Prosedur
Rakan Sejawat
Komunikasi
Persekitaran Kerja
POSITIF :
NEGATIF:
5.0 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian merupakan salah satu bahagian yang terpenting dalam sesebuah kajian.
Pengkaji akan membincangkan tentang sampel kajian, instrument yang digunakan dalam kajian
dan analisis data. Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan dengan mengedarkan soal selidik bagi
mengkaji hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja guru Sekolah
Menengah Kebangsaan di kawasan bandar.
5.1 SAMPEL KAJIAN
Dalam kajian rintis ini, seramai 31 orang responden guru-guru daripada Sekolah Menengah
Kebangsaan Kelapa Sawit, Kulaijaya telah terlibat. Kajian dijalankan di dalam bilik guru dan
borang soal selidik telah diedarkan kepada mereka. Kajian ini dapat membantu penyelidik untuk
mengetahui kesesuaian instrumen ini dengan situasi kajian yang hendak dikaji. Selain itu, kajian
ini juga membantu penyelidik untuk mengenalpasti kekurangan dalam instrumen kajian dan
seterusnya memperbaikinya supaya tidak menjejaskan hasil kajian.
5.2 INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A,
Bahagian B dan Bahagian C.
5.2.1 Bahagian A :
Bahagian ini merupakan faktor demografi responden yang merangkumi jantina, umur, tempoh
perkhidmatan dan tarikh mula berkhidmat di sekolah. Bahagian ini akan memainkan peranan
sebagai menyokong analisis data berkaitan dengan gaya kepimpinan pengetua dengan kepuasan
kerja dalam kalangan guru Sekolah Menengah Kebangsaan di kawasan bandar.
4
5.2.2 Bahagian B :
Bahagian ini mengandungi 15 soalan daripada instrumen Leadership Behavior Description
Questionnaire (LBDQ) oleh Hemphill dan Coons (1975) dan diubahsuai daripada Rahimah
(1981). Instrumen ini digunakan bagi mengidentifikasikan persepsi guru-guru terhadap gaya
kepimpinan pengetua. Hassan dan Majid (2011) dalam kajiannya menyatakan bahawa
kebolehpercayaan instrument LBDQ yang digunakan pada nilai Cronbach Alpha 0.81. Terdapat
lapan item positif yang merupakan soalan-soalan yang merujuk kepada gaya kepimpinan
demokrasi, karismatik dan laisser-faire manakala terdapat tujuh item negatif yang merujuk
kepada gaya kepimpinan yang autokratik dan birokratik. Item-item ini boleh dipecahkan seperti
jadual berikut:
Jadual 1 : Pecahan Item Mengikut Gaya Kepimpinan
Gaya Kepimpinan Nombor Soalan Item Positif / Negatif
Karismatik, Demokratik,
Laisser-Faire
1, 4, 6, 7, 9, 11, 12, 15. Positif
Autokratik, Birokratik 2, 3, 5, 8, 10, 13, 14 Negatif
Soalan-soalan yang terdapat dalam soal selidik ini telah dipecahkan kepada skor-skor tertentu.
Skor-skor ini akan menunjukkan tahap guru-guru menilai gaya kepimpinan pengetua sama ada
positif ataupun sebaliknya
Jadual 2 : Skor Penilaian Gaya Kepimpinan Pengetua
Skor Item
Skor 1 Tidak Pernah
Skor 2 Kadang-kadang
Skor 3 Tidak Pasti
Skor 4 Kerap Kali
Skor 5 Selalu
5
5.2.3 Bahagian C
Bahagian ini mengandungi soalan Job Satisfaction Survey (JSS) yang dibentuk oleh Spector
(1984) dan telah diterjemahkan oleh Raja (2012). Instrumen ini mengandungi 36 item dengan
sembilan sub skala untuk menguji kepuasan kerja. Sub skala terdiri daripada upah, kenaikan
pangkat, penyeliaan, faedah, penghargaan yang tidak dijangka, operasi prosedur, rakan sejawat
dan komunikasi. Raja et.al (2014) dalam kajian mereka menyatakan bahawa kebolehpercayaan
instrument JSS yang digunakan berada pada nilai Cronbach Alpha 0.76. 17 item daripada 36
item dalam alat kajian JSS merupakan item positif manakala baki 19 item merupakan item
negatif. Item yang positif terdiri daripada nombor 1, 3, 5, 7, 9, 11, 13, 15, 17, 20, 22, 25, 27, 28,
30, 33, dan 35 manakala item negatif terdiri daripada item nombor 2, 4, 6, 8, 10, 12, 14, 16, 18,
19, 21, 23, 24, 26, 29, 31, 32, 34 dan 36. Sub skala ini dipecahkan seperti dalam jadual berikut:
Jadual 3: Gugusan Pengelompokan Item dalam JSS
Sub Skala Nombor Item
Upah 1, 10, 19, 28
Kenaikan Pangkat 2, 11, 20, 33
Penyeliaan 3, 12, 21, 30
Faedah bukan Berbentuk Kewangan 4, 13, 22, 29
Penghargaan yang Tidak Dijangka 5, 14, 23, 32
Operasi Prosedur 6, 15, 24, 31
Rakan Sejawat 7, 16, 25, 34
Persekitaran Kerja 8, 17, 27, 35
Komunikasi 9, 18, 26, 36
Setiap soalan bagi alat kajian JSS telah dipecahkan kepada skor-skor yang tertentu untuk
menentukan tahap kepuasan kerja. Skor-skor ini akan menunjukkan tahap kepuasan kerja yang
tinggi ataupun sebaliknya.
Jadual 4: Skor Penilaian Kepuasan Kerja
6
Skor Item
Skor 1 Sangat-sangat tidak setuju
Skor 2 Sangat tidak setuju
Skor 3 Tidak setuju
Skor 4 Setuju
Skor 5 Sangat Setuju
Skor 6 Sangat-sangat setuju
5.2.4 PEMARKATAN SKOR DAN TAHAP
Bahagian B: Gaya Kepimpinan Pengetua
Kaedah pemarkatan bagi skor faktor gaya kepimpinan pengetua daripada persepsi guru-guru
telah dikelompokkan kepada dua bahagian iaitu autokrati, birokratik, karismatik; demokratik dan
laisser-faire. Sebagai contoh, sekiranya responden A mendapat markah sebanyak 40, ini
bermakna pengetua di sekolah responden berkhidmat mengamalkan gaya karismatik, demokratik
dan laisser-faire. Sebaliknya jika markah yang diperoleh responden A adalah 30, hal ini
bermakna pengetua di tempat responden mengamalkan kepimpinan autokratik dan birokratik.
Jadual berikut merupakan kaedah pemarkatan bagi skor faktor gaya kepimpinan pengetua
daripada persepsi guru-guru.
Jadual 5: Kaedah Pemarkatan Bagi Skor Faktor Gaya Kepimpinan Pengetua Daripada
Persepsi Guru-guru.
Had Kelas Nilai
15-37 Autokratik, Birokratik
38-75 Karismatik, Demokratik, Laisser-Faire
Bahagian C: Kepuasan Kerja
7
Kaedah pemarkatan bagi skor tahap kepuasan pekerja bagi guru telah dikelompokkan kepada 3
bahagian iaitu kepuasan kerja yang rendah, sederhana dan tinggi. Sebagai contoh, sekiranya
responden A mendapat markah sebanyak 50, ini bermakna responden mempunyai kepuasan kerja
yang rendah. Sebaliknya jika markah yang diperolehi responden adalah sebanyak 190 markah,
ini bermakna responden mempunyai kepuasan kerja yang tinggi. Jika responden mendapat
markah sebanyak 130 markah, responden mempunyai kepuasan kerja yang sederhana sahaja.
Jadual di bawah merupakan kaedah pemarkatan bagi tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru.
Jadual 6: Kaedah Pemarkatan Bagi Tahap Kepuasan Kerja dalam Kalangan Guru
Had Kelas Nilai
36-108 Kepuasan kerja yang rendah
108-144 Kepuasan kerja yang sederhana
144-216 Kepuasan kerja yang tinggi
5.3 ANALISIS DATA
Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS)
versi 20 bagi menganalisis data yang telah diperoleh. Analisis dalam kajian juga melibatkan dua
kaedah statistik iaitu statistik deskriptif seperti min dan peratus digunakan untuk menentukan
gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua dan tahap kepuasan kerja guru. Untuk pengujian
hipotesis, statistik korelasi pearson akan digunakan. Korelasi Pearson digunakan untuk melihat
hubungan antara dua pemboleh ubah. Untuk memberi gambaran yang lebih jelas, jadual 7 akan
memberi gambaran jelas tentang statistik yang digunakan.
Jadual 7: Objektif dan Pengujian Statistik
8
Objektif Kajian Analisis Data
Untuk mengenalpasti gaya kepimpinan pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan di kawasan bandar.
Peratusan
Untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja guru Sekolah
Menengah Kebangsaan di kawasan bandar.
Peratusan
Untuk melihat hubungan gaya kepimpinan pengetua dengan
tahap kepuasan kerja guru Sekolah Menengah Kebangsaan di
kawasan bandar.
Korelasi Pearson
Untuk melihat hubungan gaya kepimpinan positif iaitu
karismatik, demokratik dan laisser-faire dengan komunikasi
guru Sekolah Menengah Kebangsaan di kawasan bandar.
Korelasi Pearson
6.0 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian merupakan hasil analisis data yang diperoleh melalui pengujian ujian-ujian
statistik yang digunakan dalam memproses data-data mentah diambil daripada soal selidik yang
diedarkan kepada responden-responden yang telah terpilih. Pengkaji akan membincangkan dan
mengemukakan ujian normaliti, kebolehpercayaan, analisis data secara deskriptif dan inferensi.
6.1 UJIAN NORMALITI
Ujian normaliti perlu dilakukan untuk menentukan data yang dikutip adalah bertaburan normal
ataupun tidak. Dalam ujian normaliti, ujian Shapiro-Wilk digunakan apabila saiz responden
kurang daripada 50 orang (n < 50). Oleh itu, pengkaji telah menggunakan ujian Shapiro-Wilk
kerana responden yang digunakan oleh pengkaji adalah sebanyak 31 orang (n = 31). Kajian
mendapati bahawa bilangan responden adalah bertaburan normal kerana α = 0.05 (aras
signifikan) adalah lebih kecil daripada sig = 0.45. Ujian kenormalan telah dijalankan seperti
jadual di bawah.
Jadual 8: Ujian Normaliti9
Shapiro-WilkStatistik df Sig.
Kepuasan Kerja
.968 31 .453
6.2 KEBOLEHPERCAYAN INSTRUMEN KAJIAN
Hasil daripada kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa soal selidik gaya kepimpinan
pengetua mencatat nilai Cronbach’s Alpha 0.71. Nilai ini menunjukkan kebolehpercayaan
instrumen adalah memuaskan. Ini membuktikan bahawa item-item dalam instrumen boleh
digunakan. Seterusnya bagi soal selidik Job Satisfaction Survey (JSS) yang mengukur tahap
kepuasan kerja mencatat nilai Cronbach’s Alpha 0.92. Nilai ini menunjukkan kebolehpercayaan
instrument tinggi dan memuaskan. Ini menunjukkan bahawa item-item dalam instrumen sesuai
digunakan.
Jadual 9 : Jadual Keputusan Analisis Nilai Kebolehpercayaan Kajian Rintis
Soal Selidik Cronbach’s Alpha
Gaya Kepimpinan Pengetua 0.71
Job Satisfaction Survey (JSS) 0.92
10
6.3 STATISTIK DESKRIPTIF
6.3.1 Gaya Kepimpinan Yang Diamalkan Oleh Pengetua
Berdasarkan jadual 10, dapatan kajian menunjukkan 30 orang (96.8%) pengetua di Sekolah
Menengah Kebangsaan Kelapa Sawit mengamalkan gaya kepimpinan positif iaitu karismatik,
demokratik dan laisser-faire dan hanya seorang (3.2%) mengamalkan gaya kepimpinan negatif
iaitu autokratik dan birokratik. Secara keseluruhan, gaya kepimpinan yang diamalkan oleh
pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Kelapa Sawit dalam Rajah 2 di bawah.
Jadual 10 : Gaya Kepimpinan Yang Di Amalkan Oleh Pengetua
Had Kelas Nilai Frekuensi Peratus (%)
15 - 37 Autokratik, Birokratik 1 3.2
Lebih daripada 38 Karismatik,
Demokratik, Laisser-
Faire
30 96.8
Jumlah 31 100
11
Rajah 2 : Gaya Kepimpinan Yang Di Amalkan Oleh Pengetua
Gaya Kepimpinan0
5
10
15
20
25
30
35
Gaya Autokratik, BirokratikGaya Karismatik, Demokratik, Laisser-Faire
6.3.2 Tahap Kepuasan Kerja Guru Sekolah Menengah Kebangsaan
Dapatan kajian seperti yang ditunjukkan dalam jadual 11 mendapati seramai 18 orang guru
Sekolah Menengah Kebangsaan (58.1%) mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi. Seramai
12 orang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (38.7%) mempunyai tahap kepuasan kerja yang
sederhana manakala hanya seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (3.2%) mempunyai
tahap kepuasan kerja yang rendah. Rajah 3 di bawah menunjukkan tahap kepuasan kerja guru
Sekolah Menengah Kebangsaan secara keseluruhan.
12
Jadual 11 : Tahap Kepuasan Kerja Guru Sekolah Menengah Kebangsaan
Had Kelas Nilai Frekuensi Peratus (%)
36 - 108 Kepuasan kerja yang rendah 1 3.2
108 - 144 Kepuasan kerja
yang sederhana
12 38.7
144 - 216 Kepuasan kerja yang tinggi 18 58.1
Jumlah 31 100
Rajah 3: Tahap Kepuasan Kerja Guru Sekolah Menengah Kebangsaan
Tahap Kepuasan Kerja0
2
4
6
8
10
12
14
16
18
20
Kepuasan Kerja RendahKepuasan Kerja SederhanaKepuasan Kerja Tinggi
13
6.4 STATISTIK INFERENSI
6.4.1 Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Dengan Tahap Kepuasan Kerja Guru Sekolah
Menengah Kebangsaan di Kawasan Bandar
Berdasarkan jadual 12, hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara
gaya kepimpinan pengetua dengan tahap kepuasan kerja guru Sekolah Menengah Kebangsaan
[r (29) = .54, p = .002]. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
kepimpinan pengetua dengan tahap kepuasan kerja guru Sekolah Menengah Rendah di Kawasan
Bandar.
Jadual 12 : Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Dengan Tahap Kepuasan Kerja Guru
Sekolah Menengah Kebangsaan di Kawasan Bandar
Pembolehubah n r p
Gaya Kepimpinan
Pengetua 31 .54 .002
Tahap Kepuasan
Kerja
6.4.2 Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Positif Iaitu Karismatik, Demokratik Dan
Laisser-Faire Dengan Komunikasi Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Di Kawasan
Bandar.
Berdasarkan jadual 13, ujian korelasi menunjukkan hubungan yang tidak signifikan, maka
dengan ini dirumuskan bahawa tidak terdapat hubugan yang signifikan antara gaya kepimpinan
positit iaitu karismatik, demokratik dan laisser-faire dengan komunikasi guru Sekolah Menengah
Kebangsaan [r (29) = .13, p = .50]. Ini menunjukkan bahawa hipotesis yang menunjukkan
terdapatnya hubugan yang signifikan terpaksa ditolak.
14
Jadual 13 : Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Positif Iaitu Karismatik, Demokratik
Dan Laisser-Faire Dengan Komunikasi Guru Sekolah Menengah Kebangsaan
Di Kawasan Bandar.
Pembolehubah n r p
Gaya Kepimpinan Positif
(Karismatik, Demokratik,
Laisser-Faire)
31 .13 .50
Komunikasi
11.0 KESIMPULAN
Kajian ini telah menjalankan kajian rintis di Sekolah Menengah Kebangsaan untuk mengkaji
hubungan gaya kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja guru. Seramai 31 orang sampel
telah dipilih untuk menjayakan kajian rintis ini. Kaedah kajian yang digunakan adalah dengan
keadah tinjauan dan borang soal selidik telah diedarkan kepada para guru. Dapatan kajian telah
mendapati seramai 96.8% guru telah memberi persepsi bahawa gaya kepimpinan pengetua di
sekolah adalah gaya kepimpinan positif iaitu gaya kepimpinan karismatik, demokratik dan
laisser-faire. Yang selebihnya iaitu seramai 3.2% telah memberi persepsi bahawa pengetua di
sekolah itu mengamalkan gaya kepimpinan yang negatif iaitu autokratik dan birokrati Ini
menjelaskan bahawa pengetua sekolah tersebut mengamalkan gaya kepimpinan yang positif iaitu
karismatik, demokratik dan laisser-faire.
Bagi kepuasan kerja guru pula, seramai 3.2% guru mengalami kepuasan kerja yang
rendah, 38.7% guru mengalami kepuasan kerja yang sederhana dan yang paling dominan adalah
sebanyak 58.1% mengalami kepuasan kerja yang tinggi. Di sini dapat dilihat dengan jelas
bahawa kajian mendapati guru mengalami tahap kepuasan kerja yang sangat tinggi. Seterusnya,
dapatan kajian juga telah mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Kebangsaan. Tetapi
tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan yang positif iaitu karismatik,
demokratik dan laisser-faire dengan komunikasi guru Sekolah Menengah Kebangsaan.
15
RUJUKAN
Hassan Hushin & Ab. Majid Salleh. (2011). Persepsi Guru-Guru Terhadap Gaya Kepimpinan Guru Besar di Empat Buah kolah Rendah di Daerah Hulu Terengganu. Universiti Teknologi Malaysia.
Kamarudin Deraman. (1998). Hubungan Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan Tahap Motivasi Guru Sekolah Menengah Di Zon Pudu, Kuala Lumpur. Fakulti Sains Dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak.
Mohd Najib A Ghafar & Tamyis Arbak. (2008). Gaya Kepimpinan Pengetua Dan Ciri-Ciri Yang Efektif. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 13, 73-84
Rahimah Haji Ahmad. (1981). The Relationship Between and Among Leadership Style, School Climate and Student Achievement in the Elementary School Principalship in the Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia. Disertasi Kedoktoran, University of Southem Califomia, Los Angeles, USA.
Rozana Zakaria & Abdul Hakim bin Mohamad. (2005). Pengukuran Prestasi Bagi Pengurusan Fasiliti Organisasi Kerajaan.
R Zirwatul Aida R Ibrahim, Keis Othsuka, Mazidah Mohd Dagang & Azlina Abu Bakar. (2014). Job Satisfaction Among Malaysian Employees: An Application of Spector’s Job Satisfaction Survey in the South East Asian Context. Jurnal Pengurusan: Vol 41, 69-79
R Zirwatul Aida R Ibrahim. (2012). Psychosocial Work Environment, Organizational Justice And Work Family Conflict As Predictors Of Malaysian Worker Wellbeing.
Shambani Mahamad. (2013). Gaya Kepimpinan Guru Besar Dan Motivasi Guru : Kajian Di Dua Buah Sekolah Rendah Luar Bandar Kota Tinggi. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
16