PERUBATAN CAWANGAN...
-
Upload
duongxuyen -
Category
Documents
-
view
255 -
download
0
Transcript of PERUBATAN CAWANGAN...
2
03 Sekapur Sireh- Kalam Editor & Editorial Wasim
04 Tumpuan Utama- Ucapan Dasar Pengerusi
05 JAKSI –Etika JAKSI
07 PEACE– Gaza
09 Tahukah Anda– Persoalan Mengenai Puasa
11 BIKON– Harta & Islam
12 Lensa D’Mesir – Berita
16 Al-Quran & Sains – Qiamullail
18 Kartun – Aku Kau
- Sentap
20 Fiqh Perubatan – Eutanasia
21 Kenali Ahli Badar – Saidina Hamzah
22 Penyakit — Denggi
23 Global - Ancaman Minoriti Muslim Myanmar
24 Apa Kata Mereka? – Ramadan
25 Resipi – Pizza
Ikan Kukus
26 Medical Team – Cinematic Emergency
27 Mesra Bersama– Dr. Amir
28 Salam Perantauan
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
3
Editor :
Muhammad Faris Mahfuz Bin Zakria
Timbalan editor : Nawwar Najeeh Binti Mazlan
Wartawan :
Wan Muhammad Adam Bin Wan Mohd Ghazali Muhammad Asyraf Siddiqi Bin Mohd Yusop Muhammad Noor Syukri Bin Abdul Rahim
Saeed Zubeir Bin Zahari Ahmad Zulkhairi Bin Dzulkiflee
Aizat Arif Bin Jamalullail Muhammad Syahir Bin Zulkefli
Abdullah Hafiz Bin Abdul Rahim Muhammad Hanif Bin Che Mahdi
Umar Imarah Bin Murtadza Abdul Mukmin Bin Abdul Satar
Farhan Binti Muhd Alwee Nurnazura Najwa Binti Mohammad Din
Qatrun Nada Binti Haris Nurul Ilham Binti Ruslan
Penyusun :
Laila Jamilah Binti Mazlan Ummu Syifak Binti Ismail
Siti Nuratikah Nadrah Binti Mohd Nordzie
Pembaca Pruf : Sufi Aiman Bin Abdul Hamid
Ahmad Misbahul Munir Bin Saifullah Nurul Asma Naqibah Binti Nor Azha
Pereka kulit :
Ahmad Shahir Bin Ahmad Jalaludin Nurul Azlin Binti Azmi
KALAM EDITOR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selawat dan salam ke atas imam orang bertaqwa
dan pemimpin mujahidin, junjungan besar Nabi Muham-
mad S.A.W. dan juga ke atas ahli keluarga baginda, para
sahabat baginda, serta sesiapa yang mengikut risalah
baginda hingga hari kiamat kelak.
Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga diucap-
kan ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat, taufiq, hidayah
serta inayah-Nya, majalah Wasilah Informasi Mahasiswa
(WasIM) telah berjaya diterbitkan buat julung-julung ka-
linya meskipun risalah ini masih jauh daripada kesempur-
naan. Terima kasih diucapkan kepada barisan penggerak
majalah WasIM dan ahli PERUBATAN Cawangan al- Azhar
(PCA) yang terlibat secara langsung mahupun tidak lang-
sung. Majalah WasIM ini tidak akan sempurna tanpa jasa
dan pengorbanan kalian.
Kami mengharapkan agar majalah ini sedikit seban-
yak dapat memberikan maklumat dan informasi sekaligus
menyemarakkan lagi semagat kita semua dalam menuntut
ilmu di bumi kinanah ini. Manfaatkanlah masa yang ber-
baki ini dengan sebaik mungkin kerana ia adalah penentu
diri kita pada masa akan datang. Biarlah kita bersusah
payah pada saat ini asalkan senang pada kemudian hari.
Bak kata pepatah, sesiapa yang tidak merasai kepahitan
tidak akan merasai kemanisan. Ibnu Athoillah ada berkata
‘ K esungguhan kamu pada benda yang sudah pun dijamin
oleh Allah S.W.T ( rezeki, jodoh dan mati ) dan kamu cuai
pada apa yang diminta oleh Allah S.W.T kepada kamu
( perhambaan ), itulah tanda-tanda matinya hati kamu ’ .
Mulai pada saat ini, marilah kita sama-sama berazam untuk
mengikuti agama Islam secara syumul .
Akhir kalam, kami memohon seribu kemaafan atas
segala kekurangan dan kecacatan yang terdapat dalam ma-
jalah ini. Kami berharap agar terbitan seterusnya lebih baik
berbanding sekarang dengan cadangan dan muhasabah
daripada para pembaca majalah WasIM. Sesungguhnya
segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T. dan
segala kekurangan serta kelemahan itu daripada pihak
kami sendiri. Sekian, wallahua ’ lam.
SEKAPUR SIREH
Sebarang cadangan dan maklumat boleh disalurkan melaui:
Facebook rasmi: https://www.facebook.com/home.php Blog rasmi: https://www.facebook.com/home.php E-mel: [email protected]
Terbitan dan edaran kepada: Ahli Perubatan al-Azhar . Izin Terbit : Persatuan Pelajar – Pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
4
PCA memberi ruang seluas-luasnya kepada semua
ahli untuk menyumbang dan mengasah kemahiran
dalam diri dengan panduan dan bimbingan yang akan
diberikan dalam meningkatkan jati diri ahli.
Pemantapan sistem pentadbiran dan pengurusan
PCA
Islam telah menggariskan dengan jelas panduan
hidup selaku muslim, sistem pemerintahan, sistem
hukuman dan segala sistem kehidupan. Saidina Ali
karramallahu wajhah ada menyebut:
“Kebenaran yang tidak bersistem akan dikalahkan dengan kebatilan yang bersistem ‘’
Dalam organisasi PCA, masih terdapat banyak ruang
yang boleh diperbaiki. Perkara berkaitan Standard
Operation Procedure (SOP), Etika Gerak Kerja, Key
Performance Indicator (KPI) dan sistem-sistem gerak
kerja PERUBATAN adalah antara perkara yang akan
diperkasa bagi meningkatkan kualiti gerak kerja PCA.
PCA meletakkan tugas penting di bawah Unit Re-
search & Development (R&D) yang akan berperanan
sebagai pengimbang tara gerak kerja PCA sepanjang
sesi pentadbiran. Segala hal berkaitan inovasi dan
pembaikan hal-hal berkaitan pentadbiran dan pengu-
rusan akan dipantau secara terus dan berkala oleh
unit ini agar masalah-masalah berkaitan sistem pen-
gurusan khususnya dapat diatasi.
Memaksimumkan peranan PCA bagi meningkatkan
prestasi akademik dan thaqafah ahli
Usaha membentuk masyarakat intelek adalah
proses panjang yang memerlukan usaha dan komit-
men
Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) yang ju-
lung-julung kalinya diadakan pada 28 Mac 2014 yang
lalu dengan tema “Suarakan Solusi, Menuju Transfor-
masi”. Ianya memberi makna dan impak yang besar
kepada Perubatan Cawangan al-Azhar (PCA) pada sesi
ini. Bervisikan “Towards Golden PCA 2016”, PCA cuba
sedaya upaya memaksimumkan tugas dan peranan se-
bagai Persatuan Mahasiswa Sains Kesihatan di Mesir.
Ayuh sama-sama kita ikuti beberapa bahagian daripada
Ucapan Dasar Pengerusi sesi 2014/ 2015.
Agenda kesatuan antara ahli merupakan perkara
yang sentiasa kita perjuangkan. Cabaran dan tugasan ini
memerlukan kesungguhan daripada pelbagai pihak
sama ada pimpinan mahupun ahli dalam membentuk
kesatuan yang kita idam-idamkan. Dalam mencapai
tema “Towards Golden PCA 2016”, dengan ini saya
mengemukakan tiga pembawaan berfokus PCA bagi
sesi kali ini iaitu:
Membangun dan melahirkan ahli berkualiti dan
berkemahiran melalui pemerkasaan sumber
tenaga manusia.
PCA menggariskan beberapa fokus tindakan
dalam membangunkan ahli secara serius, dengan mem-
beri keutamaan kepada PERUBATAN Frontliner Council
(PROF), Mentor Council (MC) dan Health Academy (HA).
PCA berusaha menjadi medan untuk mengasah potensi
diri ahli. Kerangka persatuan yang syumul ini meliputi
pelbagai minat ahli dalam semua bidang seperti
akademik, dakwah, kewangan, ekonomi, pengurusan,
sukan, penerbitan dan lain-lain.
Justeru, saya dengan ini menyeru kepada semua
perwakilan dan ahli PCA untuk sama-sama itqan dan
bermujahadah dalam pelaksanaan gerak kerja. Niatkan
dihati saat menjadi tenaga gerak kerja, saat ini meru-
pakan satu proses mendidik diri dari segi sikap, kemahi-
ran serta menambah pengalaman.
UCAPAN DASAR PENGERUSI 2014/2015 TUMPUAN UTAMA
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
5
FASAL (1) – INDIVIDU 1. Semua ahli PERUBATAN mestilah melaksanakan segala
perintah Allah , meninggalkan segala larangan-Nya dan berakhlak sebagai seorang muslim.
2. 2. Pemakaian setiap mahasiswa dan mahasiswi hendaklah
berlandaskan syara’ dan sopan . 3. Sebarang tontonan ,sebaran atau simpanan bahan yang
bertentangan dengan syara’ adalah dilarang sama sekali.
FASAL (3) - LARANGAN KELUAR MALAM & PERKHIDMA-
TAN MUSYRIF 1. Mahasiswi hendaklah berada di rumah sebelum masuk
waktu maghrib. 2. Mahasiswi tidak dibenarkan keluar pada waktu malam
kecuali jika mempunyai urusan yang penting sahaja. 3. Sebarang urusan penting untuk keluar pada waktu ma-
lam hendaklah menggunakan perkhidmatan musyrif yang disediakan.
yang tinggi. PCA mengambil peranan ini dengan
memberi penekanan terutamanya pada ilmu-ilmu
berkaitan perubatan dan pergigian, fardhu ain,
thaqafah , pengetahuan am dan isu-isu semasa se-
lagi mana tidak bercanggah dengan ketetapan yang
disyaratkan didalam syariat Allah S.W.T. Dalam
membentuk ahli ke arah doktor muslim intelek, PCA
meletakkan harapan kepada semua ahli, untuk turut
menguasai beberapa disiplin ilmu lain antaranya
penguasaan bahasa, ilmu-ilmu agama yang luas dan
pengetahuan am yang mampu memberi manfaat
buat ummah. Sabda Nabi S.A.W :
“Sebaik-baik manusia, adalah yang memberi
manfaat kepada orang lain”
Ibarat resmi padi, semakin berisi semakin tun-
duk. Begitu juga halnya dengan orang yang berilmu.
Dalam memanifestasi ketinggian ilmu yang dimiliki, se-
wajarnya kita berakhlak selari dengan ilmu yang dimiliki.
Justeru, marilah kita bersama-sama merealisasikan im-
pian membentuk doktor muslim intelek.
Akhir Kalam,
Sesungguhnya, PCA mempunyai visi besar untuk dilak-
sanakan pada sesi kali ini. Besarlah harapan saya kiranya kita, ahli
PCA, dapat bersama-sama mengembeleng tenaga dan menyum-
bang kekuatan untuk menjayakan visi ini.
Akhirnya, saya menutup Ucapan Dasar Pengerusi PE-
RUBATAN Cawangan al-Azhar sesi 2014/2015 dengan sabdaan Ra-
sulullah SAW :
TUMPUAN UTAMA
سيروا على بركة هللا
هللا أكبر وهلل الحمد
السالم عليكم ورحمة هللا وبركته
ETIKA JAKSI
FASAL (2) – IKHTILAT 1. Sebarang program atau pertemuan yang melibatkan
percampuran mahasiswa dan mahasiswi yang berten-tangan dengan syara’ adalah dilarang sama sekali.
2. Sebarang program yang melibatkan percampuran antara
mahasiswa dan mahasiswi dibolehkan sekiranya: A) Bebas dari unsur-unsur yang boleh menimbulkan
fitnah. B) Bebas dari unsur-unsur maksiat dan melalaikan. C) Program tersebut dimaklumkan kepada pihak PE-
RUBATAN.
3. Sebarang urusan melalui teknologi komunikasi antara mahasiswa dan mahasiswi adalah setakat keperluan
JAKSI
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
6
FASAL (5) - SUKAN
1. Semua ahli PERUBATAN hendaklah bermain dalam
keadaan yang menutup aurat dengan sempurna. 2. Setiap aktiviti sukan yang diadakan hendaklah tidak ber-
laku percampuran antara mahasiswa dan mahasiswi. 3. Sukan mahasiswi hendaklah diadakan di tempat tertutup
dan berada di bawah pantauan JAKSI.
FASAL (6) - PENGINAPAN DAN PENGGUNAAN TEMPAT TINGGAL
1. Mahasiswa sama sekali tidak dibenarkan menginap di
rumah mahasiswi dan sebaliknya. 2. Mahasiswa dan Mahasiswi tidak dibenarkan menginap
bersama-sama di rumah pasangan yang berkahwin. 3. Pasangan berkahwin dibenarkan menginap di rumah
Mahasiswa atau Mahasiswi dengan syarat rumah itu dikosongkan.
4. Mahasiswi yang memerlukan bantuan mahasiswa untuk
membaiki peralatan dalam rumah hendaklah memak-lumkan kepada Biro Perumahan/JAKSI.
5. Sebarang perkumpulan yang melibatkan percampuran
antara mahasiswa dan mahasiswi di rumah mahasiswa atau mahasiswi adalah dilarang kecuali dihadiri oleh pasangan berkahwin dan di bawah makluman JAKSI.
FASAL (7) - KESELAMATAN
1. Dilarang mencetuskan pergaduhan dan menyertai
demostrasi bersama warga tempatan. 2. Elakkan daripada menjemput warga arab masuk ke
rumah. 3. Bagi urusan membaiki rumah mahasiswi oleh warga
Arab, mahasiswi tersebut mestilah ditemani oleh se-kurang-kurangnya seorang musyrif dan mahasiswi lain atas makluman JAKSI.
4. Elakkan menaiki kenderaan awam bersendirian. 5. Elakkan daripada melalui kawasan yang tidak selamat,
walaupun pada waktu siang.
FASAL (8) – MESYUARAT
1. Mesyuarat yang melibatkan mahasiswa dan mahasiswi
hendaklah dimaklumkan kepada pihak JAKSI. 2. Mesyuarat yang melibatkan urusan persatuan hanya
boleh dijalankan di premis berikut: A) Markas PERUBATAN. B) Rumah-rumah BKAN, Markas DPM dan DMAK. C) Rumah pasangan berkahwin selepas mendapat keiz-
inan dari pihak JAKSI dan pasangan tersebut dan dipantau oleh pasangan yang berkahwin.
3. Tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat di rumah
Mahasiswa/wi kecuali ditemani oleh pasangan suami isteri.
FASAL (9) - TINDAKAN & ADUAN
1. Sebarang perbuatan atau tingkah laku yang melanggari
etika JAKSI akan dikenakan tindakan oleh pihak JAKSI berdasarkan pertimbangan sewajarnya.
2. Sebarang aduan dan permasalahan boleh diajukan terus kepada: A) Pengarah JAKSI: Wan Mohamad Nazim Bin Wan
Mohamad Nizan (01140692169) B) Timb. Pengarah JAKSI: Syifa’ Binti Haris
(01140692194) C) Emel: [email protected] // syifa-
Oleh: Wan Mohamad Nazim bin Wan Mohamad Nizam
4. Etika perkhidmatan musyrif:
A) Musyrif hendaklah memastikan keselamatan maha-siswi berada dalam keadaan terjamin.
B) Musyrif tidak terdiri daripada kekasih atau tunang. C) Musyrif mestilah terdiri daripada warganegara Ma-
laysia sahaja. D) Musyrif hendaklah memastikan tidak berlaku se-
barang bentuk fitnah. E) Sebarang hubungan atau muamalat ketika khidmat
musyrif hendaklah berlandaskan syarak.
JAKSI
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
7
Ramadan tahun menjadi saksi peristiwa berdarah yang berlaku di Medan Raba’ah, Kaherah, Mesir di mana hampir 500 orang awam yang terbunuh dan 10,000 orang lagi cedera. Ramadan kali ini pula menjadi saksi kekejaman Israel ke atas Palestin. Gaza, telah dibedil dan dibom oleh negara haram Israel sejak awal Ramadan lagi. Di kala kita lena dibuai mimpi, kemaruk dengan musim Piala Dunia dan menikmati hidangan sahur, Gaza yang terkepung terus dihujani bom serangan jet rejim penjajah Zionis tanpa belas kasihan. Ketegangan telah mula tercetus beberapa minggu sebelum itu apabila Israel mendakwa kumpulan Hamas menculik 3 remaja Israel di Tel Aviv pada 12 Jun 2014. Israel Defence Force (IDF) telah melan-carkan ‘Operasi Brother’s Keeper’ dalam usaha mencari remaja terbabit dan telah menahan hampir 350 rakyat Palestin dan 5 orang telah dibunuh serta ribuan rumah diserbu dalam operasi pencarian selama 18 hari tersebut. Pada 17 Jun, Israel mula melancarkan seran-gan melalui udara. Mayat 3 remaja Yahudi yang dilaporkan hilang tempoh hari berjaya ditemui pada 30 Jun. Seluruh Israel dilaporkan meratapi pemergian 3 remaja ini. Kerajaan Israel bertindak balas den-gan merobohkan rumah dua suspek penculikan yang telah dikenal-pasti walaupun tiada bukti yang jelas dan mengumumkan projek penempatan baru Yahudi di Tebing Barat untuk mengingati kematian mereka. Kerajaan Israel membalas dendam dengan merampas lebih banyak tanah rakyat Palestin. Sepanjang 3 minggu operasi ini, HAMAS telah menahan diri daripada melakukan serangan balas bagi men-ghormati komitmen mereka dalam proses pembentukan Kerajaan Perpaduan Palestin yang telah dipersetujui bersama Fatah dan PLO. Seperti dapat menghidu kemahuan Perdana Menteri Israel-Netanyahu untuk bertindak lebih agresif, sebuah kumpulan ekstremis dari penempatan haram Yahudi di Tebing Barat telah melancarkan serangan awal. Mereka menculik seorang remaja Palestin, Mohamed Abu Khieder dari kem Shufat ketika pulang dari solat Subuh pada hari Rabu, 2 Julai. Mereka membunuh dan membakar mayatnya sekaligus tercatat sebagai ‘price attack’ paling kejam pernah dilakukan oleh ekstremis penempatan haram Yahudi. Sebelum ini aktiviti mereka terhad kepada memukul, menyerang dan merosakkan harta benda rakyat Palestin di perkampungan Arab berdekatan dengan penem-patan haram mereka. PM Netanyahu mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan golongan ektremis ini. Namun, beberapa jam selepas itu tenteranya telah menghujani Gaza dengan bom-bom atas alasan untuk memus-nahkan pengkalan pejuang HAMAS. Serangan ini telah mengakibat-kan 11 kecederaan. Pada 3 Julai, IDF telah mula memposisikan kereta-kereta kebalnya di sempadan Israel-Gaza. Jurucakap IDF, Leftenan Kolonel Peter Lerner menyebutkan bahawa tindakan ini hanyalah sebagai langkah pertahanan dan berjaga-jaga. Bagi rakyat Palestin, tanda-tanda Gaza akan mengalami peperangan semakin jelas. Mereka menjangkakan intifadah ketiga akan berlaku dalam masa yang terdekat. Seperti yang dijangka, satu lagi siri serangan telah dilancarkan di Gaza pada 8 Julai 2014. Israel telah mengerahkan seramai 1,500 tentera simpanan untuk operasi yang dinamakan 'Operation Protective Edge'.
Manakala Briged Al-Qassam menamakan perang kali ini
‘Ma'rakat Asfim Maakul’ (Perang Daun-daun Dimakan Ulat) – pe-
rumpamaan ini selari dengan ayat terakhir dari Surah al-Fil. Bumi
Gaza dihujani dengan bom yang dihantar oleh tentera Israel. Gaza
diserang tanpa sebarang perasaan oleh Israel laknatullah dalam
bulan paling mulia bagi seluruh umat Islam –bulan Ramad-
han .Biarpun menerima bantahan dan protes di seluruh dunia, na-
mun ianya sedikit pun tidak memberi kesan pada mereka. Malah
mereka dengan angkuhnya menegaskan bahawa mereka akan
terus menyerang Gaza untuk menghapuskan HAMAS. Israel men-
gamalkan ‘knock on the roof’, iaitu memberi amaran pertama den-
gan sebuah misil F16 ke arah rumah atau bangunan yang ingin
dimusnahkan sebelum mengebom dengan lebih teruk beberapa
minit kemudiannya. Selepas hampir seminggu serangan dijalankan,
angka korban di Gaza meningkat kepada 187 orang dan bilangan
yang cedera mencecah kepada 1390 orang. Selain dari itu, 240
buah rumah musnah, 1413 buah rumah rosak teruk, beberapa
buah masjid dan hospital turut musnah (kiraan statistik sehingga
14 Julai). Angka korban dijangka akan terus meningkat dari sehari
ke sehari. Mengikut perkiraan yang dilakukan oleh Pertubuhan
Hak Asasi Manusia Eropah, Gaza diserang oleh Zionis setiap 3
minit secara puratanya.
Maka benarlah apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW. Rakyat Palestin tidak akan berdiam diri demi tanah air mereka. Rentetan itu, beberapa siri serangan balas ke arah Israel telah dila-kukan oleh Briged Al-Qassam, sayap perjuangan HAMAS dan juga Briged Syuhada' Al-Aqsa milik Fatah. Roket-roket buatan mereka telah berjaya menembusi Israel. Walaupun Israel dibentengi den-gan ‘Iron Dome’, namun ianya hanya mampu menghalang 20% sahaja serangan roket mereka. Manakala hampir 80% roket buatan Briged Al-Qassam dan Briged Syuhada’ berjaya menembusi Iron Dome menyebabkan Israel telah diselubungi ketakutan.
PEACE
BERDARAH LAGI
Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasa akan ada sekelompok daripada umatku yang sentiasa berjuang bersama-
sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat
kepada mereka sehingga Allah mendatang-kan keputusannya. Mereka tetap dalam
keadaan demikian.” Maka para sahabat ber-tanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulul-
lah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”.(Riwayat Bukhari)
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
8
Apakah itu Iron Dome dan bagaimana sistem pertahanan udara Israel ini beroperasi dalam menangkis serangan roket yang diluncur-kan oleh pihak Hamas dari jalur Gaza ke wilayah pemukiman Israel? Sistem ini ibarat kubah atau gelembung pelindung yang telah mena-han lebih dari ratusan hingga ribuan serangan roket yang mengarah ke kota penting Israel seperti Tel Aviv, Ashdod, Ashkelon, Kiryat Gat dan wilayah lainnya. Hasilnya, jumlah korban di pihak Israel sangat minima dengan wujudnya sistem perlindungan ini. Iron Dome merupakan sebuah sistem pertahanan udara bergerak
yang dirancang untuk menahan dan menghancurkan roket jarak
dekat dan meriam dengan peluru berpandu anti roket. Sistem itu
diciptakan sebagai sebuah tindakan defensif terhadap ancaman
roket bagi penduduk awam Yahudi laknatullah hasil bantuan
Amerika Syarikat.
Tambahan pula, Iron Dome dinyatakan berfungsi dan mula
diaktifkan pada Mac 2011. Pada bulan berikutnya, Iron Dome boleh
menangkis roket Grad yang dilancarkan dari Gaza buat pertama ka-
linya. Teknologi pengesanan sistem itu dapat mengesan lintasan
roket yang masuk ke kawasan haram Yahudi dan menentukan sama
ada senjata itu akan menghentam lokasi penduduk awam atau men-
darat tanpa menimbulkan bencana di tanah terbuka atau laut.
Biarpun memiliki pelbagai teknologi yang canggih dan Pasukan
Pertahanan Israel merupakan antara pasukan ketenteraan yang pal-
ing canggih di Timur Tengah dan yang kelima di dunia dengan ban-
tuan Amerika, namun mereka tenyata tidak mampu menangkis ser-
angan balas dari pejuang-pejuang Palestin. Briged al Qassam ter-
bukti telah mampu melakukan pelbagai kejutan demi kejutan yang
menggerunkan pihak tentera Zionis yang telah cuba menghancurkan
pertahanan umat Islam di Gaza sejak sekian lamanya.
Di antara kejutan daripada Briged al Qassam adalah :
1- Kemampuan skuad Komando Amfibia al Qassam masuk ke
wilayah terjajah 'Israel' dan berperang secara terbuka dengan IDF
sehingga berjaya membunuh beberapa tentera IDF dan menculik
seorang daripada anggotanya.
2- Jika dulunya roket M-75 al Qassam berjaya sampai sehingga 70-75
km ke wilayah terjajah 'Israel’, kini Roket R-160 pula telah berjaya
sampai ke Haifa yang merupakan bandar Israel yang paling utara. Ini
bererti tiada lagi tempat yang selamat untuk mereka melainkan me-
larikan diri ke luar negara.
3-Briged al-Qassam melakukan kejutan
lagi setelah mampu melancarkan 3 jenis Drone tanpa pemandu
iaitu :
Drone Abaabeel 1a - untuk mengintip
Drone Abaabeel 1b - untuk menembak
Drone Abaabeel 1c - untuk menyerang
4- Briged al Qassam baru-baru ini telah berjaya menggodam sistem
media TV Israel dan lapangan terbang Ben Gurion sehingga
mengejutkan keseluruhan masyarakat penjajah.
5- Al Qassam juga hebat bermain dengan perang psikologi dengan
mencipta dan mewar-warkan lagu perangi Zionis Israel di dalam
bahasa Hebrew.
6- Al Qassam telah bertekad akan meneruskan perjuangan se-hingga rejim Zionis dan sekutu antarabangsanya memenuhi syarat-syarat yang tertentu atau mereka mesti bersedia dengan beberapa kejutan yang lain. Ternyata peperangan kali ini memperlihatkan dunia akan keke-jaman Israel dan kehebatan pejuang Palestin itu sendiri. Regim Zionis menyangka bahawa serangan ketenteraan seumpama ini akan dapat melumpuhkan dan mematikan terus semangat per-juangan umat yang mencintai keamanan dan kemerdekaan bumi Anbiya’ yang telah dijajah buat sekian lamanya. Sebenarnya, mereka telah membuat satu kesilapan yang paling besar untuk menyerang Gaza di bulan Ramadan al-Mubarak. Bulan yang mulia lagi diberkati ini adalah sebenarnya bulan perjuangan yang telah banyak merakamkan sejarah kemenangan umat Islam di dalam pelbagai pertembungan dari lipatan sejarah yang panjang. Gaza dan Palestin tidak akan pernah menyerah kalah. Tanah ini adalah milik umat islam sejagat dan buah hati umat sedunia. Akhir kata, kemenangan pasti akan berpihak kepada kebenaran dan pencinta keadilan sejagat. Oleh: Nurul Hidayah Binti Muhammad Roslan
PEACE
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
9
..KOREK TELINGA BATAL
PUASA
Benarkah semasa puasa kita dila-
rang memasukkan apa-apa benda
ke dalam mata, telinga dan mulut,
sekalipun bukan makanan dan mi-
numan? Mampukah mereka yang
gatal telinga atau hidung bertahan
sepanjang hari berpuasa? Bukankah
hal ini berlawanan dengan sifat Islam yang mudah? Ada juga yang
enggan bercelak kerana bimbang masuk ke dalam rongga. Pegangan
ini asalkan berasas riwayat daripada Ibn ‘Abbas:
“Membatalkan puasa itu apa yang masuk bukan apa yang keluar”
(Riwayat Ibn Abi Syaibah, sahih).
Namun, riwayat tersebut merupakan ulasan Ibnu ‘Abbas kepada
mereka yang berbekam bagi menunjukkan ia tidak membatalkan
puasa. ‘Apa yang masuk’ bermaksud makanan ataupun minuman
atau yang mempunyai fungsi yang sama seperti makanan dan minu-
man yang masuk ke dalam jasad. Jika sekadar alatan tentu maka ia
tidak termasuk dalam maksud ini. Jika tidak, mereka yang memasuk-
kan berus gigi ataupun kayu sugi ke dalam mulut atau berkumur se-
masa puasa tentu sudah dikira batal puasanya.
PERSOALAN
MENGENAI
PUASA
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) dalam Majmu’ al-
Fatwa, setelah menyebut tentang khilaf ulama’, beliau menjelaskan
bahawa puasa merupakan amalan setiap muslim. Jika perbuatan
seperti bercelak yang memang diamalkan secara meluas semasa
zaman Nabi itu membatalkan bercelak yang memang diamalkan se-
cara meluas semasa zaman Nabi itu membatalkan puasa, tentu
Baginda SAW akan menerangkannya. Tentu juga para sahabat akan
bertanya mengenainya.
Apabila tiada hadis sahih tentang hal ini maka memakai ce-
lak tidaklah mengenainya. Apabila tiada hadis sahih tentang hal ini
maka memakai celak tidaklah membatalkan puasa. Demikian juga
mencium wangian, menyapu minyak di badan dan seumpamanya.
Penggunaan eye drops yang sedikit dan tidak menyebabkan titisan
tersebut mengalir ke kerongkong dan aliran seterusnya adalah dibo-
lehkan. Demikian juga memakai minyak rambut dan minyak urut
sekalipun sifat minyak itu mudah meresap ke dalam kulit.
PERLUKAH SEORANG MUSAFIR BERBUKA PUASA?
Para ulama’ berbeza pendapat tentang manakah lebih afdal ketika
bermusafir, puasa atau berbuka. Masing-masing mempunyai hujah
yang tersendiri. Saya bersetuju dengan pendapat bahawa jika puasa
tidak menjadi bebanan, maka berpuasa lebih baik. Dari hadis Jabir
RA:
TAHUKAH ANDA?
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
10
“Bahawa Rasulullah SAW keluar ke Mekah pada tahun pembukaan
Mekah dalam bulan Ramadan. Baginda berpuasa sehingga sampai di
Kura’ al-Ghanim. Orang ramai turut berpuasa.
Lalu diberitahu kepada baginda: “Sesungguhnya puasa telah membe-
bankan orang ramai, mereka sedang menunggu apa yang engkau
akan lakukan”. Lalu selepas Asar, baginda meminta sebekas air dan
meminumnya”. (Riwayat Muslim)
Hadis ini menunjukkan jika tidak kerana bebanan ke atas para saha-
bat, tentu Baginda SAW akan terus berpuasa. Dalam hadis riwayat
Muslim juga menyebut, dalam peristiwa di atas, Baginda SAW me-
marahi mereka yang enggan berbuka setelah Baginda SAW berbuka.
Baginda SAW menyebut, “Mereka itu menderhaka! Mereka itu
menderhaka!”.
Jika puasa menjadi bebanan sehingga boleh membawa mudarat ke
atas diri seseorang maka wajib ke atas individu tersebut membatal-
kan puasanya. Nabi SAW melarang para sahabat berpuasa sehingga
memudaratkan diri. Seperti hadis di atas, Nabi SAW menyatakan ba-
hawa mereka yang enggan berbuka puasa kerana puasa tersebut
telah menjadi beban kesusahan terhadap dirinya dianggap sebagai
derhaka. Bukankah Islam itu mudah dan tidak menyusahkan?
Dalam riwayat al-Bukhari,
“Rasulullah SAW dalam satu perjalanan lalu
melihat orang ramai berkumpul dan seo-
rang lelaki yang dipayung (kerana terlalu
teruk berpuasa). Lalu baginda bertanya;
Kenapa? Mereka menjawab; Dia berpuasa.
Baginda bersabda; Bukanlah sesuatu yang baik ber-
puasa ketika musafir.”
Sesiapa yang merasakan dirinya terbeban sehingga memudaratkan
kesihatan atau keadaannya maka dia wajib berbuka puasa dan
menggantikannya kemudian hari.
Jika Nabi SAW memerintahkan berbuka apabila bimbang mudarat
atau bebanan yang terlalu berat untuk dirinya secara individu, sudah
pasti dia lebih patut berbuka puasa jika turut memudaratkan pihak-
pihak lain.
Sebagai contoh, pemandu kenderaan awam. Andai berpuasa boleh
menghilangkan tumpuan pemanduan mereka sepanjang perjalanan
dan boleh mengundang kemalangan yang mengancam keselamatan
penumpang, maka diwajibkan bagi mereka berbuka. Namun jika tu-
gasan tersebut tidak mengganggu konsentrasi dan tidak menggugat
keselamatan awam, maka dibolehkan bagi mereka untuk berbuka.
Mereka yang berbuka pada siang hari di bulan Ramadan disebabkan
keuzuran atau alas an lain perlu menggantikan puasa mereka di ke-
mudian hari.
Oleh: Nurul Asma Naqibah Binti Nor Azha
TAHUKAH ANDA?
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
11
TAHUKAH ANDA?
HARTA & ISLAM BIKON
PENGENALAN
Harta merupakan salah satu keperluan asas kehidupan
seseorang individu. Berdasarkan Fiqh Keutamaan ( فقه األولويّة )
harta tergolong dalam kalangan lima kebaikan yang tidak boleh
dipisahkan ( di samping nyawa, agama, akal, dan ( مصلحة ضررية
keturunan. Dalam mengejar harta dunia, adakalanya kita terlibat
dengan unsur-unsur yang menjadikan pendapatan kita tidak
diberkati. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan harta, dan
kita perlu ingat, cara yang dilarang dalam Islam wajib dijauhi!
“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta (orang-
orang yang antara) kamu dengan (jalan) yang tidak betul, dan
(janganlah) kamu bawa (urusan
harta) itu kepada hakim-hakim
dengan maksud kamu hendak me-
makan sebahagian daripada harta
orang (lain) dengan (jalan) dosa,
padahal kamu tahu.”
(Surah al-Baqarah, 2:188)
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling me-
makan harta sesamamu dengan jalan yang batil; kecuali den-
gan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka
antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesung-
guhnya Allah Maha Penyayang kepadamu.”
(Surah al-Nisa’, 4:29)
Dari mana datangnya harta anda?
Daripada Abu Abdullah al-Nukman Bin Basyir berkata, aku
mendengar Rasullullah bersabda:
“Sesungguhnya yang halal itu nyata, dan sesung-
guhnya yang haram itu nyata, dan antara kedua-duanya (halal
dan haram) terdapat perkara-perkara yang syubhah (tidak
nyata). Ramai dalam kalangan manusia tidak mengetahui
akan (perkara-perkara) tersebut. Maka barangsiapa yang men-
jaga dirinya daripada melakukan syubhah, maka selamatlah
agama dan harga dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh
dalam syubhah, maka dia terjatuh ke dalam haram.
Seperti seorang pengembala yang mengembala di tepi perkaran-
gan, dia khuatir ternakannya akan masuk ke dalamnya
(perkarangan tersebut). Ketahuilah! Bagi setiap raja itu ada laran-
gan, dan sesungguhnya larangan Allah ialah sesuatu yang di-
haramkannya. Ketahuilah! Sesungguhnya dalam setiap jasad itu
terdapat segumpal daging. Apabila baik (gumpalan daging terse-
but), maka baiklah jasad tersebut keseluruhannya; dan apabila
rosak (gumpalan daging tersebut), maka rosaklah jasad tersebut
keseluruhannya. Ketahuilah! Ia (gumpalan daging tersebut) ialah
jantung.”
Hidup di dunia ini sementara dan kita ini ibarat musafir
menuju ke destinasi yang lebih kekal abadi. Berapa banyak harta
yang perlu diraih di dunia ini dan periksalah cara
bagaimana kita lakukan.
“ Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela,
yang mengumpulkan harta dan menghitung-
hitungnya, dia(manusia) mengira bahawa har-
tanya itu dapat mengekalkannya. Sekali-kali ti-
dak! Pasti dia akan dilemparkan ke dalam
(neraka) Khutamah. “
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasullullah bersabda:
“…seorang hamba berkata, “Hartaku! Hartaku!” padahal hartanya
yang sesungguhnya tiga macam: apa yang dimakannya lalu habis,
apa yang dipakainya lalu lusuh, dan apa yang disedekahkannya
lalu tersimpan (untuk akhirat). Selain daripada tiga macam itu len-
yap atau ditinggalkan bagi orang lain.”
Dalam perancangan kewangan Islam, konsep yang diketen-
gahkan ialah Allah merupakan Pemilik harta yang mutlak, dan manu-
sia sebagai ‘pemegang amanah’. Sebagai pemegang amanah, kita
tidak boleh membelanjakannya dengan sewenang-wenangnya. Jan-
ganlah terlalu boros dengan perbelanjaan kita.
Akhir kalam, dalam mencari pendapatan yang diberkati ini,
terpulang pada diri kita sendiri. Allah telah berjanji, setiap makhluk
tidak akan hidup melata di bumi Allah, jadi rezeki setiap daripada kita
telah pun ditentukan. Kita sekarang hanya perlu berusaha dan ber-
tawakal. Jangan cuba sesekali menambah-nambah harta atau penda-
patan kita dengan cara yang tidak diredhai Allah kerana ingin mem-
beri kemewahan kepada keluarga. Kemewahan yang diberikan
kepada keluarga ini jugalah yang akan menghancurkannya. Semoga
Allah memberkati pendapatan dan kehidupan kita, Ameen.
Oleh: Aizat Arif Bin Jamallulial
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
12
[KEMPEN BOIKOT PRODUK BARANGAN ISRAEL]
Pada zaman moden, pemboikotan menjadi sebuah tindakan sosial yang mampu membentuk kesepakatan, solidariti dan tunjuk perasaan antara kumpulan dengan kumpulan, bangsa dengan bangsa atau negara dengan negara. Pada tahun 1945 M, Sayyid Amin al-Husaini r.hm, mufti kerajaan Palestin mengarahkan pemboikotan ekonomi yang pertama apa-bila rejim Zionis merampas tanah Palestin. Fatwa tersebut menimbulkan banyak telahan umat Islam bahkan di kalangan ulama, ada yang sinis, tidak kurang juga yang melabelkan kumpulan yang cenderung melakukan aksi pemboikotan sebagai ekstremis agama. Hubungan ekonomi bangsa Arab dan negara-negara umat Islam yang lain memang tidak pernah mewujudkan hubungan secara formal dengan rejim Zionis. Namun, hubungan tersebut wujud secara tidak lang-sung melalui premis-premis syarikat perniagaan yang menaungi Eretz Is-rael (Negara Israel). Sebagai contoh, Syarikat “Starbucks” yang secara ter-ang-terangan memberikan bantuan ketenteraan kepada Amerika Syarikat, sekutu utama Zionis untuk menyerang Iraq pada 19 Mac 2003. Sebahagian orang berpendapat bahawa apabila pemboikotan dilaksanakan, ia boleh menyebabkan bertambahnya masalah pengangguran. Maka, boikot akan menyebabkan kerugian kepada para pekerja, ahli korporat dan perbenda-haraan negara. Dakwaan tersebut tidak dapat dinafikan, namun terdapat kekeliruan
yang mesti diperbetulkan. Amalan boikot juga merupakan salah satu ben-
tuk pengorbanan yang mampu meninggikan nilai dalaman umat Islam ke
atas kerugiaan kebendaan. Tambahan pula, ketika sejarah Perang Dunia ke
-II tindakan pemboikotan telah membuktikan ia sebagai senjata yang am-
puh dan mampu memberikan kesan seperti yang dilakukan bangsa Yahudi
terhadap kerajaan Adolf Hitler pada tahun 1933 M. Ketika propaganda
‘Holoucaust’ berleluasa, Kesatuan Yahudi Amerika (American Jewish Con-
gress) dan Persatuan Buruh Yahudi (Jewish Labor Committee) telah mengi-
sytiharkan boikot terhadap barangan buatan Jerman.
Rentetan daripada siri serangan terhadap Gaza yang tidak putus, Kita sama-sama memberi sokongan dengan memboikot barangan produk Israel. Semoga Allah menerima usaha kita yang kecil ini. Teruskan berdoa.
LENSA D’MESIR
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
[ Syantah Ramadan 1435 H ]
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sen-tiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya)." (al-Baqarah,215) Syantah Ramadan merupakan satu program komuniti masyarakat di bawah anjuran PERUBATAN for Peace and Care (PEACE) Jabatan Kebajikan dan Kemanusian, PERUBATAN. Program ini dianjurkan secara berasingan di setiap PERUBATAN Cawangan dan menjadi aktiviti tahunan di bulan Ramadan. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli PERUBATAN dan mendapat sokongan daripada ramai pihak. Berikut merupakan senarai tempat dan tarikh penyerahan syantah PERUBATAN Cawangan :
13
LENSA D’MESIR
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
1. PERUBATAN Cawangan Ain Shams (10 Julai 2014) Hospital Pediatrik berdekatan Kampus Universiti Ain Shams. 2. PERUBATAN Cawangan al-Azhar (13 & 14 Julai 2014) Rumah Anak Yatim Darul Aytam,hayyu 10 & Rumah Anak Yatim Makram Abid 3. PERUBATAN Cawangan Iskandariah (13 Julai 2014) penempatan penduduk Mesir berdekatan kawasan Victoria, Iskandariah 4. PERUBATAN Cawangan Zagazig(13 Julai 2014) Hospital Universiti, Salam Sadnawi,university Zagazig 5. PERUBATAN Cawangan Kaherah (18 Julai 2014) Hospital Kanak-kanak Mounira. 6. PERUBATAN Cawangan Mansurah (23 Julai 2014) Rumah anak yatim ei-Shenawy, kawasan berdekatan Gawazat. 7. PERUBATAN Cawangan Tanta (2-6 Julai 2014) • Rumah anak yatim 1. Rumah anak yatim Su’ Gumbla 2. Rumah anak yatim masjid Daba’ 3. Rumah anak yatim Kafr Asom • Fakir miskin 1. Kawasan Kafr Asom 2. Kawasan Awl Bahr (Syarie Syed Abd Latif) 3. Kawasan Qurasyi (Gala) 4. Kawasan Istad (Ma’arad dan Awal Shober)
5. Kawasan Quhafah (Ma’arad)
Alhamdulillah hampir 500 syantah telah selesai diserahkan di 6 PE-RUBATAN Cawangan dan insyaAllah serahan terakhir akan disempurna-kan oleh aktivis PERUBATAN Cawangan Mansurah pada 23 Julai 2014 ini.
Tahniah kepada semua aktivis Syantah Ramadan 1435 Hijrah. Semoga Allah S.W.T menerima amalan kita semua.
“Do all the good you can, By all the means you can, In all the ways you can, In all the places you can, At all the times you can, To all the people you can, As long as ever you can.”
[ Penaklukan Kota Andalus Satu Rahmat ]
Kota Andalus yang sebelum ini ditindas teruk, namun semua ini berubah setelah kedatangan Islam yang dipimpin oleh seorang pemuda bernama Tariq Ibnu Ziyad. Pelbagai kejayaan dicapai sehingga tamadun Islam ketika ini mampu mempengaruhi tamadun Barat yang tenggelam disaat itu. Ya, kita pernah berjaya dan sekali lagi kita akan mengulangi kejayaan tersebut dengan izin Allah. Semoga kita terus bermotivasi untuk belajar kerana Allah dan me-manfaatkan kejayaan tersebut demi kemenangan Islam suatu hari nanti. Islam pasti akan menang!
14
[Lailatul Qadar Malam Keberkatan]
Lailatul Qadar merupakan satu malam teristimewa yang dikurni-akan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya yang sedang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan ini. Mengapa malam tersebut dikatakan sebagai malam yang teristimewa? Berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Qadr 97: Ayat 3, maksudnya: "Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan." Ya. Malam yang teristimewa ini sebenarnya terkandung di dalamnya keberkatan yang begitu besar iaitu kebaikan yang lebih baik dari-pada seribu bulan. Orang-orang yang tekun beribadah dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatul Qadar akan mendapat rahmat yang dijanji-kan itu sama ada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadith sahih ri-wayat Bukhari dan Muslim ialah: 1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah. 2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatul Qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah. 3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat-Nya dan keredaan-Nya. Daripada Abu Hurairah R.A., daripada Nabi Muhammad Sallallahu 'Alahi Wasallam sabdanya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerja-kan sembahyang (dan pelbagai jenis ibadah yang lain), sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya ia diam-punkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadith Riwayat Bukhari)
Sama-samalah kita merebut peluang yang ada dan bersungguh-sungguh dalam ibadah yang dilakukan. Insya-Allah.
LENSA D’MESIR
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
[Agihan Barangan SWiM]
Buat julung kalinya, PERUBATAN For Peace and Care (PEACE) telah
menganjurkan sebuah program misi kemanusiaan Syria di Jordan
yang dinamakan SWiM (Syria Winter Mission). SWiM bertindak den-
gan mengumpulkan barangan keperluan untuk diagihkan kepada
warga Syria yang memerlukan di Jordan. Sehubungan dengan
itu,PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) telah dipilih untuk menjadi
pusat pengumpulan barangan SWiM dari seluruh muhafazah.
[ Ucapan Takziah]
PERUBATAN merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penumpang dan kru yang terlibat dalam nahas MH17. Semoga segala urusan siasatan dipermudahkan dan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan dengan segera.
"Put aside your race, Put aside your religion,
Put aside your nationality, Let's pray for MH17."
15
[Qutuz-Singa di Ain Jalut]
Tanggal 25 Ramadan 658H telah mencatatkan satu peristiwa penting bagi umat Islam. Peristiwa ini adalah peperangan Ain Jalut yang berlaku di Ain Jalut dan Bisan, Palestin. Medan pertempuran tersebut terletak tidak jauh dari bandar al-Quds. Ia adalah satu peperangan yang berjaya menebus kembali maruah umat Islam setelah dikalahkan oleh tentera Tatar di dalam peristiwa siri-siri serangan Tatar ke atas bumi Islam. Panglima yang berjaya mengembalikan kemuliaan umat ini adalah Saifudin Qutuz, salah seorang panglima Islam yang he-bat. Kehebatan Qutuz dan kepentingan peperangan Ain Jalut hanya akan dapat dirasai jika kita dapat menyelami penderi-taan umat hasil dari serangan Tatar ke atas umat Islam itu sendiri.
[Jangkitan JE:Apakah JE?] JE adalah pemyakit yang disebabkan oleh virus yang terdapat pada khinzir dan burung liar. Nyamuk merupakan haiwan penyebar virus ini (nyamuk yang dijangkiti JE) Langkah-langkah pencegahan : 1.Mengurangkan aktiviti luar ketika waktu nyamuk aktif iaitu pada waktu senja sehingga awal pagi. 2.Menggunakan ubat penghalau nyamuk pada kulit yang terd-edah. 3.Menggunakan aerosol membunuh nyamuk dewasa. 4.Memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang ketika berada di luar rumah atau semasa bekerja. 5.Mengelak daripada berada berdekatan dengan kawasan terna-kan babi atau burung liar. 6.Mereka yang berada di kawasan epidemic digalakkan untuk mengambil Vaksin JE semasa penyebaran wabak terebut. Rawatan: 1.Tiada rawatan khusus bagi JE 2.Hanya rawatan sokongan bag simptom-simptom yang dialami 3.Pesakit tidak perlu diasingkan kerana tiada jangkitan di antara manusia kepada manusia.
Julai ini, JE mencatatkan sebanyak 16 jangkitan dan 4 kematian di Malaysia.
LENSA D’MESIR
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
16
Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada
waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat
tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau
kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit)
daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil, sesung-
guhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat
kepadamu,sungguh bangun malam itu lebih (mengisi jiwa)
dan(bacaan di waktu itu) lebih berkesan”
(Surah al-Muzammilayat 1-6)
Islam datang kepada kita bukan hanya pada solat, puasa, haji
juga ibadah-ibadah khusus yang lainnya,namun Islam itu datang
sebagai satu petunjuk yang mencakupi seluruh aspek ke-
hidupan manusia. Bahkan agama ini juga adalah satu cara
hidup.Ya,cara hidup yang telah di susun atur oleh satu-satunya
Pencipta, Pemilik juga Tuhan yang memerintah alam yang se-
dang kita kecapi keindahan,menyaksikan keajaibannya ini.
Maka adakah patut untuk kita berpaling,mencari selain-Nya
sebagai tempat sandaran kehidupan kita. Semestinya tidak!
Salah satu aturan yang begitu cantik telah diciptakan Allah
kepada kita adalah kitaran siang dan malam. Siang bagi manu-
sia adalah waktu untuk bekerja dan membina kehidupan di
dunia. Manakala pada malam hari adalah ruang bagi mereka
untuk berehat. Sebagaimana firman Allah S.W.T mafhumnya:
“Dan kami jadikan tidurmu untuk istirahat, dan kami jadikan
malam sebagai pakaian, dan kami mejadikan siang untuk
mencari penghidupan”
Surah an-Naba’ 9-11
Sebagaimana firman Allah yang telah disebutkan pada awal bi-
cara, bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) untuk
beribadah kepada Allah adalah menjadi satu ibadat yang tinggi
nilainya di sisi Islam. Bahkan qiamullail pada awal penurunan per-
intahnya adalah satu ibadat yang wajib bagi Rasulullah dan para
sahabatnya.
Namun setelah di nasakhkan ayat tersebut, perintah ini
menjadi sunat bagi orang Islam tetapi ia tetap menjadi ibadah
yang wajib bagi Rasulullah S.A.W.
Qiamullail dalam agama ini amat tinggi nilainya. Mengapa tidak,
Rasulullah S.A.W. sendiri mengiktiraf amalan ini melalui satu
hadis Baginda:
“Sebaik-baik solat setelah solat fardu adalah solat malam”
(HadisRiwayat Muslim)
Amalan yang begitu hebat ini padanya bermacam-macam
kelebihan yang dapat membawa kita untuk menjadi seorang mus-
lim dan mu’min yang kuat lagi proaktif. Ayat enam daripada surah
al– Muzammil seperti yang digariskan di atas menyatakan ba-
hawa bangun pada waktu malam untuk beribadah kepada Allah
adalah waktu yang paling sesuai kerana pada waktu ini kita dapat
beribadah dengan lebih khusyu’ dan bacaan pada waktu ini
adalah lebih berkesan. Fokus kita pada waktu tersebut adalah
paling tinggi dek ketenangan yang memuncak pada waktu terse-
but. Justeru, tidak hairanlah ibadah yang mulia ini menjadi keu-
tamaan bagi orang-orang yang dating sebelum kita kerana pada
waktu inilah mereka dapat beribadah dengan penuh khusyu’ di
hadapan Allah S.W.T.
Kebenaran al-Quran dalam menyampaikan berita memang
tidak dapat disangkal lagi. Kelebihan bangun pada waktu pagi
yang menjadi amalan orang Islam sejak zaman-berzaman selain
daripada dapat mendekatkan diri kita kepada AllahS.W.T, ia juga
berfungsi untuk memastikan hidup yang akan kita lalui sepanjang
hari tersebut menjadi hari yang begitu cemerlang dan produktif.
ANTARA PERINTAH TUHAN DAN PENEMUAN SAINS
AL-QURAN DAN SAINS
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
17
Sains moden juga telah berjaya menemui satu keajaiban pada
waktu awal pagi . Pada waktu awal pagi gas ozon yang mengand-
ungi oksigen mencapai tahap maksimanya dan akan berkurangan
apabila matahari telah terbit. Gas ozon ini adalah sangat ber-
manfaat untuk mencegah kerosakan paru-paru, melancarkan
peredaran darah, mencegah asma, penuaan, allergi juga dapat
meransang saraf untuk bekerja dengan lebih baik. Justeru itu,
metabolism badan manusia akan bekerja dengan lebih berkesan
pada waktu awal pagi dan aktiviti yang dilakukan pada waktu
tersebut dapat menyingkirkan bahan-bahan yang terbuang den-
gan lebih efektif.
Selain itu,waktu awal pagi juga adalah waktu penghasilan
hormon yang sangat penting iaitu hormon Cortisol. Hormon ini
begitu penting kepada tubuh kita kerana ia dapat bertindak untuk
mengekalkan tekanan darah optimum di dalam badan manusia.
Maka tekanan darah yang stabil dapat menghindarkan kita dari-
pada mengalami tekanan darah yang tinggi. Di samping, itu hor-
mon ini juga berfungsi untuk meransang metabolism lemak dan
karbohidrat untuk penghasilan tenaga yang amat penting untuk
kecergasan kita sepanjang hari. Maka kehidupan kita akan lebih
proaktif dan produktif hasil daripada amalan yang sihat ini.
Bagi kita selaku mahasiswa, bangun pada waktu malam untuk
beribadah dan diteruskan dengan mengulangkaji pelajaran adalah
menjadi satu amalan yang sangat praktikal untuk diamalkan.
Minda yang tenang dan segar semestinya sangat bersedia untuk
menerima pelbagai maklumat dan ilmu.
“EARLY TO BED,EARLY TO
RISE MAKES MAN
HEALTHY,WEALTHY AND
WISE”
Dan bangun pada waktu awal pagi juga dapat mengurangkan
tekanan lantas menjadikan hari anda sangat bahagia. Ba-
yangkan anda bangun lima minit sebelum kelas bermula,
terkejar-kejar ke tandas, baju tidak berseterika, nota sema-
lam masih berterabur, tidakkah anda terfikir bagaimana an-
daakan lalui hari tersebut dengan sebegitu banyak tekanan di
awal pagi.
Maka solusi terbaik adalah tidur awal di malam hari,
bangun awal dan rancang hari anda untuk memaksimakan
potensi kita selaku mahasiswa..Maka siapakah yang lebih
mengetahui tentang diri dan keperluan manusia jika bukan
pencipta manusia itu sendiri. Kalam-kalam Allah itu adalah
satu mukjizat dan ketetapan yang telah diaturkan oleh Allah
kepada umat manusia. Al-Quran bukanlah ‘kitab sains’ yang
menerangkan segala macam kejadian di muka bumi ini, lebih
daripada itu, ia adalah satu kitab petunjuk dan panduan bagi
manusia yang beriman untuk memastikan hidupnya berada
di bawah naungan kasih sayang Allah. Namun di sebalik pe-
tunjuk itu, Allah datangkan pelbagai tanda-tanda kebesaran-
Nya agar manusia itu sentiasa teguh dengan keimanan
kepada Allah dan Rasul-Nya, dan tanda-tanda yang Allah
datangkan di dalam al-Quran ini apabila manusia berfikir dan
merenung maka tersingkaplah segala bukti bahawa alam ini
ada penciptanya dan segala yang diciptanya mempunyai
fungsi masing-masing dan saling melengkapi antara satu
sama lain sebagaimana firman Allah S.W.T:
“Maka apakah kamu mengira bahawa kami menciptakan
kamu main-main(sia-sia) dan bahawa kamu tidak akan
dikembalikankepada kami?
(Surah al-Mu’minun:115)
Wallahua’lam.
Oleh : Muhammad Hanif Bin Che Mahdi
AL-QURAN DAN SAINS
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
18
KARTUN
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
19
KARTUN
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
20
Eutanasia ?Apakah itu eutanasia? Eutanasia adalah satu kaedah
rawatan yang memudahkan kematian seseorang dengan sengaja
tanpa merasai kesakitan. Kebiasaannya, pihak keluarga pesakit
sanggup melakukan apa jua cara sekalipun bagi mengurangkan
penderitaan pesakit. Eutanasia terbahagi kepada tiga jenis;
‘Euthanasia Voluntary’, ‘Euthanasia Non-Voluntary’ dan
‘Euthanasia Involuntary’ atau lebih dikenali sebagai ‘Mercy Kill-
ing’.
Apakah hukum eutanasia menurut perspektif Islam?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Eh-
wal Ugama Islam Malaysia Kali ke - 97 yang bersidang pada 15 -
17 Disember 2011 telah membincangkan mengenai hukum eu-
tanasia dan telah mengeluarkan fatwa yang berbunyi:
“Setelah mendengar taklimat dan penjelasan pakar
serta meneliti keterangan, hujah - hujah dan pandangan yang
dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa menghentikan
hayat hidup seseorang sebelum dia disahkan mati dengan meng-
gunakan apa - apa cara dan bersandarkan kepada apa - apa ala-
san adalah ‘HARAM’ dan dilarang oleh Islam kerana ia menyamai
perbuatan membunuh dan ianya juga bertentangan dengan
‘Etika Perubatan’ di Malaysia”.
Keputusan ini adalah selaras dengan firman Allah S.W.T. dalam
Surah an-Nisa’, ayat 92 yang bermaksud:
“Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin mem-
bunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sen-
gaja…”
(Surah an-Nisa’, 4: 92)
Selain itu, fatwa ini telah dikuatkan dengan mafhum hadis Rasu-
lullah S.A.W. yang berbunyi:
“Sesungguhnya telah bersabda Rasulullah SAW: Janganlah
kamu mengharapkan kematian, jika seseorang itu baik, bo-
leh jadi ia menambahkan kebaikan dan jika seseorang itu
berbuat dosa boleh jadi dia bertaubat (dan mengharap
redha Allah)”.
(Riwayat an-Nasa’ie)
Walaubagaimanapun, Muzakarah memutuskan bahawa tinda-
kan menghentikan alat bantuan sokongan pernafasan tersebut
adalah dibenarkan oleh Islam apabila pakar perubatan telah
mengesahkan bahawa jantung atau otak pesakit telah ber-
henti berfungsi secara hakiki (brain death) dan pesakit
disahkan tiada harapan untuk hidup melainkan hanya bergan-
tung kepada bantuan sokongan pernafasan. Tambahan pula,
pesakit telah disahkan mati oleh pakar perubatan dan tidak
memerlukan sebarang rawatan lagi.
Jika mana-mana pakar perubatan menghadapi situasi dilema
antara dua pilihan samada meneruskan rawatan yang berisiko
tinggi untuk mati atau menanggung kesengsaraan selama-
lamanya, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa harus
bagi pakar perubatan memberikan rawatan/ubat - ubatan
kepada pesakit seperti ubat penahan sakit walaupun berke-
mungkinan membahayakan nyawa pesakit. Selari dengan kae-
dah fikah;
الضرورات تبيح المحظورات
“Keadaan darurat mengharuskan yang haram”
Rawatan ‘Euthanasia Indirect’ atau ‘Double-Effect Medication’
boleh dilaksanakan menurut pandangan syarak bagi memasti-
kan kesengsaraan yang dihadapi pesakit dapat dikurangkan
dan rawatan tersebut tidak bertujuan untuk mempercepat
kematian.
Konklusinya, kita sebagai pelajar perubatan haruslah
mempelajari fikah perubatan seumpama ini untuk mendepani
isu-isu semasa. Misalnya, jika kita tidak mempunyai ilmu ten-
tang hukum eutanasia menurut perspektif Islam ini, kita
mungkin telah ‘membunuh’ pesakit yang terlantar terlalu lama
di hospital dengan alasan kasihan akan mereka. Ayuh bersama
-sama kita mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam!
Oleh: Farhan Bin Muhd Alwee
FIQH PERUBATAN
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
21
BIOGRAFI
Hamzah bin Abdul Muthalib merupakan anak kepada pasan-
gan Abdul Muthalib dan Haulah binti Wuhaib, berketurunan
Bani Zuhrah. Dilahirkan dua tahun sebelum Nabi Muhammad
S.A.W. Saidina Hamzah merupakan ayah saudara kepada Nabi
Muhammad S.A.W dan adik-beradik susuan (disusukan oleh
Thuwaibah), hamba perempuan Abu Lahab sewaktu mereka
berdua masih bayi. Hal ini dikhabarkan dalam Hadis Sahih ri-
wayat Imam Muslim yang bermaksud:
Dari Ummu Salamah isteri Nabi Muhammad S.A.W: Ditanya-
kan kepada Rasullullah S.A.W: Adakah engkau ingin ya Rasu-
lullah mengahwini puteri Hamzah? Nabi S.A.W menjawab:
“Sesungguhnya Hamzah saudara sesusu dengan aku”.
Menurut riwayat lain, pernikahan Abdul Muthalib
bersama Haulah dan Abdullah bin Abdul Muthalib bersama
Aminah binti Wahab terjadi pada waktu yang sama. Saidina
Hamzah kemudian memeluk Islam pada tahun kedua ke-
nabian.
SIFAT PERIBADI
Saidina Hamzah sangat menjaga tingkah lakunya dan
tidak pernah terbabit dengan adab jahiliah yang buruk seperti
berjudi dan berzina. Beliau merupakan seorang ahli sukan,
pakar dalam beradu tenaga, memanah, menunggang kuda,
bermain pedang dan memiliki tubuh badan yang tegap. Dise-
babkan inilah beliau mendapat gelaran “Singa Allah” serta
dihormati di kota Mekah. Beliau juga gemar menghiasi serban
dengan bulu burung.
PENGISLAMAN
Suatu hari Abu Jahal telah menghina dan mencerca
Rasulullah S.A.W di Bukit Safa. Pada ketika itu, Saidina Hamzah
sedang berburu. Dalam perjalanan pulang, beliau diberitahu
tentang penghinaan itu oleh seorang hamba wanita.
Saidina Hamzah berasa sangat marah dan mencari Abu Jahal yang
sedang berbincang dengan pembesar Quraisy di Masjid al-Haram.
Beliau memukul kepala Abu Jahal dengan busur panahnya sehingga berlumuran darah. Kemudian beliau berkata:
"Sesiapa yang berani menghalang dan mencabar aku,
silakan! Telah jelas kepadaku bahawa Muhammad itu ialah Rasu-
lullah S.A.W. dan ajaran yang dibawanya adalah benar. Demi Al-
lah, aku ialah pengikut Muhammad. Kalau kamu berani, ha-
langlah aku."
Inilah detik pengislaman saidina Hamzah. Sikap beliau ini
didorong oleh perasaan kasih dan cinta kepada Rasulullah S.A.W
serta kebenaran yang dibawa oleh baginda. Pengislamannya ini
menyebabkan umat Islam semakin kuat dan dihormati. Oleh itu,
pemimpin Quraisy mulai gentar untuk terus menindas umat Islam
sesuka hati mereka. Begitulah keberanian serta keyakinan beliau
bersumberkan kekuatan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.
JASA DAN PENGORBANAN
Saidina Hamzah terlibat dalam dua peperangan iaitu Per-
ang Badar dan Perang Uhud. Semasa peperangan Badar, beliau ber-
jaya membunuh Utbah ibn Rabi'ah (seorang panglima besar pasu-
kan tentera Quraisy Mekah) dengan satu serangan setelah dicabar
olehnya. Diriwayatkan daripada Abdurahman bin Auf bahawa ketika
Perang Badar, saidina Hamzah berperang di samping Rasulullah
S.A.W. dengan memegang dua bilah pedang.
Beliau mendapat gelaran “Sayyidus Syuhada” (penghulu
para syuhada) apabila syahid dalam peperangan Uhud. Ibnu Atsir
berkata dalam kitab “Usud al-Ghabah”, Saidina Hamzah berhasil
membunuh 21 orang kafir Quraisy, sampai pada suatu saat beliau
tergelincir sehingga beliau terjatuh ke belakang menyebabkan baju
besinya tersingkap dan pada saat itulah beliau ditombak oleh
Wahsyi (seorang hamba berkulit hitam) dari arah belakang.
Setelah tamatnya peperangan, Rasulullah S.A.W. dan para
sahabat bersama-sama memeriksa jasad para syuhada’. Sewaktu
baginda menyaksikan jasad saidina Hamzah, baginda terpaku se-
ketika dan menitiskan air mata.
وهللا أعلم.…
Oleh: Muhammad Noor Syukri Bin Abdul Rahim
KENALI AHLI BADAR
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
22
Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk Aedes yang
menjadi masalah utama kesihatan awam pada peringkat antara-
bangsa beberapa tahun yang lalu.
Pada 9 Mac 2014, sejumlah 1902 kes demam denggi telah
dilaporkan dari seluruh Negara berbanding dengan hanya 1630 kes
yang di laporkan pada 2 Mac 2014 . Mangsa denggi kebiasaannya
menunjukkan simptom-simptom demam denggi setelah 4 hingga
10 hari terkena gigitan nyamuk Aedes. Simptom demam denggi ini
berlanjutan selama dua hingga tiga hari sahaja. Pesakit biasanya
mengalami demam panas secara mengejut sehingga suhu badan
boleh mencecah 40 darjah celcius di ikuti dengan tanda-tanda
seperti, sakit kepala yang teruk, sakit di belakang mata, loya dan
muntah-muntah serta sakit sendi, otot dan tulang.
Selepas hari ketiga hingga ketujuh, sekiranya simptom-
simptom denggi masih lagi berlarutan, pesakit biasanya berisiko
untuk menghidap denggi berdarah. Pada fasa ini suhu badan akan
menurun, namun rawatan rapi haruslah disegerakan bagi menge-
lakkan kesakitan pada bahagian abdomen, muntah yang berteru-
san, pendarahan pada gusi, muntah atau batuk berdarah, per-
nafasan abnormal (tecungap-cungap), kelesuan dan keletihan.
Pesakit yang gagal mendapatkan rawatan yang sewajarnya
pada peringkat awal berisiko mengalami simptom-simptom denggi
yang lebih kronik seperti kesukaran bernafas, serta kegagalan
fungsi organ-organ badan. Tiada rawatan khusus yang dapat diberi-
kan kepada pesakit denggi, akan tetapi rawatan awal boleh men-
gurangkan kadar kematian kepada 10% . Oleh yang demikian,
langkah pencegahan dan rawatan awal memainkan peranan yang
besar dalam membendung gejala yang boleh membawa maut ini.
Di samping itu, terdapat pelbagai faktor yang menyebab-
kan peningkatan jangkitan Denggi di Malaysia, antaranya kerana
kurang kerjasama masyarakat dalam memastikan kebersihan ka-
wasan persekitaran supaya tidak menjadi kawasan pembiakan
nyamuk. Selain itu , perubahan Serotaip dominan DEN 4 kepada
DEN 2 turut menjadi alasan peningkatan mangsa Denggi. Serotaip
DEN-2 dikaitkan dengan menifestasi klinikal yang lebih teruk.
Pihak kerajaan telah melakukan yang terbaik bagi memban-
teras wabak Denggi, namun kerjasama dari masyarakat setempat
turut diperlukan bagi memperoleh hasil yang maksimum. Pen-
yerahan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam membanteras
*Nota : Minggu 1-11 (Januari sehingga pertengahan Mac)
* W... = Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
PENYAKIT GEJALA DENGGI BERLELUASA DI MALAYSIA
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
Oleh: Ummu Syifak Binti Ismail
23
GLOBAL
Selasa, 08 Julai 2014 13:51 Dalam kehangatan isu Palestin ketika ini, kita seolah-olah lupa sejenak akan masalah-masalah serta ancaman bunuh yang diterima saudara seislam kita di Myanmar. Walaupun isu Myan-mar ini sudah lama berlaku, namun ancaman yang diterima oleh muslim di sana masih lagi berterusan. Masyarakat muslim seluruh dunia seolah-olah menganggap hal ini sebagai isu lapok dan tidak wajar diambil peduli bagaikan masalah ini akan selesai seiring peredaran waktu. Kumpulan minoriti Muslim di Myanmar kini berdepan den-gan ancaman bunuh oleh ratusan penganut Buddha rentetan ketegangan antara agama yang kembali tercetus di Mandalay, bandar kedua terbesar di negara tersebut. Ketegangan tersebut tercetus setelah seorang lelaki Muslim diserbu oleh 300 orang penganut Buddha kerana dituduh telah merogol seorang wanita Buddha. Ratusan perusuh bersenjata telah mengepung kejiranan Mus-
lim sehingga menyebabkan sebilangan penduduk Muslim ter-
paksa melarikan diri bagi mendapatkan perlindungan. Pihak polis
telah mengadakan sekatan bagi mengawal keadaan, namun
mereka tidak bertindak untuk melucutkan senjata perusuh.
Bahkan para perusuh bebas berkeliaran di bandar tersebut den-
gan membawa senjata tajam dan kayu sambil mengeluarkan kata-
kata berbentuk ancaman terhadap penduduk Muslim.
"Kami akan membunuh kesemua orang Islam
(Muslim)!"
Itulah antara kata-kata ancaman yang dilaungkan oleh pe-rusuh bermotosikal di tengah-tengah bandar tersebut.
Ketegangan antara agama dan penindasan terhadap pen-
duduk Muslim di Myanmar bukanlah suatu perkara baru. Hal ini
telah berlarutan sejak sekian lama. Sentimen kebencian terhadap
Muslim yang membentuk lima peratus daripada populasi keselu-
ruhan Myanmar kini semakin menjadi-jadi setelah wujudnya
sekelompok pelampau dan pengganas Buddha yang melancar-
kan kempen anti-Islam dan umat Islam. Umat Islam di sana telah
menjadi sasaran kolektif dan menjadi mangsa perusuh apabila
tercetus sebarang insiden yang melibatkan mana-mana individu
Muslim walaupun hal tersebut masih belum terbukti atau dis-
abitkan kesalahan.
Di samping itu, polisi warisan daripada kerajaan junta Myan-mar yang pernah memerintah selama 49 tahun turut membu-rukkan lagi keadaan. Selain mensasarkan penduduk Muslim di Mandalay, penduduk Muslim bangsa Rohingya yang kebanya-kannya menetap di Rakhine turut menjadi mangsa keganasan tajaan kerajaan (state sponsored terrorism). Dalam konflik mu-takhir, dilaporkan bahawa sekurang-kurangnya 240 orang telah terkorban (kebanyakannya Muslim) manakala lebih 140 ribu orang menjadi pelarian semenjak bulan Jun 2012. Dalam agama Islam, asas kepada persaudaraan ialah ika-tan akidah. Justeru, siapapun dan dimanapun umat Islam berada mereka ialah saudara-saudara kita yang mempunyai hak ke atas kita. Menjadi kewajipan ke atas kita untuk sentiasa peduli terha-dap hal ehwal umat Islam terutamanya mereka yang ditindas. Umat yang peduli ialah bukti kepada kesatuan dan kasih sayang akidah. Kita harus peka terhadap semua perkara yang berlaku terha-dap umat Islam kerana Rasulullah SAW bersabda, dari Hudzaifah
bin Yaman RA;
‘Siapa yang tidak ihtimam (peduli) terhadap uru-
san umat Islam, maka bukan golongan mereka.’
(Hadis Riwayat at-Tabrani).
Oleh: Wan Muhammad Adam Bin Wan Mohd Ghazali
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
ANCAMAN KEPADA MINORITI MUSLIM MYANMAR
24
’’Sebenarnya, kehadiran Ramadan inilah yang menjadi antara faktor
keberjayaan dalam menghadapi peperiksaan. Ibaratnya hati kita yang gelap
akan dibersihkan sedikit demi sedikit melalui amalan-amalan ibadah dan
akhirnya memudahkan kita mentelaah dan mengingati pelajaran. Antara
persediaan yang telah saya lakukan adalah dengan mula menambah puasa
sunat dan bacaan al-Quran. Penting untuk berpuasa sunat sebelum
kedatangan bulan Ramadan sebagai latihan awal kepada tubuh badan agar
tidak 'terkejut' dengan puasa berterusan selama sebulan. Ia dapat
menghalang kita daripada menjadi terlalu letih dan lesu yang mungkin akan
membantutkan kita dari mentelaah pelajaran. perbanyakkan juga amalan
sedekah.”
- WAN MOHD REDZUAN BIN WAN HASSAN — Tahun Lima Perubatan
’’Setakat ini persiapan saya untuk Ramadan antaranya persiapan dari segi
fizikal, saya cuba stabilkan kesihatan tubuh badan supaya badan serasi
untuk puasa dan juga belajar. Adjustment jadual harian juga penting untuk
belajar, puasa dan khatam al-Quran untuk Ramadan nanti.”
-AIN MUNIRAH JAMALUDDIN — Tahun Lima Perubatan
APA KATA MEREKA?
‘’Kita selalu disogokkan dengan pendapat bahawa menjelang bulan
Ramadan sahaja kita perlu perbanyakkan qiam, ibadah dan sebagainya.
Tetapi, bagi saya, kita tak perlu tunggu bulan Ramadan untuk lakukan
semua itu. Dari awal lagi sepatutnya kita sucikan hati kita sedikit demi
sedikit dan memaksimumkannya pada bulan Ramadan supaya banyak yang
dapat kita persembahkan kepada Allah s.w.t. Sebagai contoh, orang yang
selama ini tak pernah bangun qiam tetapi baru nak praktikkannya pada
bulan Ramadan, pasti akan terasa berat pada dirinya melainkan apabila
dia sudah membiasakan dirinya bangun qiam sebelum ini.”
- AINA NAJIHAH BINTI MOHD ZAKI — Tahun Dua Perubatan Memperoleh
keputusan mumtaz dalam peperiksaan akhir tahun lepas.
’’Persiapan menjelang Ramadan yang bakal tiba lebih kurang dua bulan dari
sekarang sangat penting bagi saya lebih-lebih lagi kita bukan sahaja akan
menyambut kedatangan Ramadan tetapi juga perubahan cuaca yang mungkin
akan lebih panas dari hari-hari sebelumnya. Saya amat menitikberatkan soal
kesihatan diri saya. Apa yang saya lakukan sekarang adalah mengambil air
mencukupi dan mengamalkan pemakanan yang sihat. Bagi saya sebagai pelajar
tahun 5, kelas akan tetap berjalan seperti biasa sepanjang bulan Ramadan oleh
itu, saya telah memulakan pengambilan makanan tambahan bagi mengelakkan
ketandusan tenaga ketika bulan Ramadan kelak. Saya juga cuba bersedia
mental dan fizikal untuk menghadapi hari-hari mendatang (musim panas).
Berpuasa sunat juga diamalkan sebagai persediaan awal fisiologi tubuh bagi
menghadapi tempoh puasa yang agak panjang (15 jam sehari). Saya juga
berharap perjalanan bulan Ramadan saya terlaksana dengan baik dan dapat
menambahkan lagi amal ibadah ketika bulan Ramadhan tanpa alasan keletihan
yang teramat.”
-HAFIZAH SALLEH — Tahun Lima Perubatan
’’Ya, kurang daripada dua bulan lagi kita akan menyambut kedatangan
bulan Ramadan. Oleh itu, saya membuat persediaan dengan
menitikberatkan kesihatan yang baik kerana keadaan cuaca yang semakin
membahang, ditambah pula dengan jadual harian yang semakin padat
lantaran para pensyarah yang ingin menghabiskan silibus sebelum
peperiksaan bermula. Menurut pengalaman saya, berpuasa ketika musim
panas menjelang amat menuntut kita untuk kuat daripada fizikal dan
mental. Jadi kita seharusnya perlu banyakkan pengambilan air dan makan
makanan yang boleh memberi tenaga. Ia dapat menjadi latihan daripada
sekarang agar kita dapat melalui hari-hari yang mendatang dengan penuh
keyakinan.”
-HUSNA MUNIRAH BINTI RAMLI — Tahun Dua Pergigian (Pelajar mumtaz
dua tahun berturut-turut)
Bulan Ramadan yang awal pada tahun ini mungkin memerlukan sedikit persediaan buat
kita sebagai penuntut ilmu untuk menghadapinya ditambah pula dengan
kemungkinan masih berada dalam musim peperiksaan ketika itu. Apakah persediaan yang
akan saudara/saudari laksanakan bagi menyambut kedatangan bulan yang mulia ini?
‘’Muhasabah balik diri kita. Islahkan diri balik. Apa amalan yang kita buat
sebelum Ramadan? Adakah kita nak teruskan dengan perbuatan lama
atau nak jadi lebih baik dan mengekalkannya bagi bulan-bulan
seterusnya? Berdoalah banyak-banyak agar kita sempat bertemu bulan
Ramadan pada tahun ini.”
-SITI AISYAH BINTI ISA — Tahun Dua Perubatan.
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
25
Bahan-bahan (2-3 orang )
6 keping roti
Tomato paste/tomato puree/sos tomato
Mentega
Mayonis
3/4 tin tuna
Serbuk lada hitam
Dried oregano
Parutan cheese mozarella
Parutan cheese cheddar
6-8 biji tomato ceri - dihiris
PIZZA
CARA-CARA
1. Sapukan mentega pada roti, diikuti dengan tomato
puree. Selepas itu, sapukan pula mayonis dan tuna.
Kemudian,susun tomato ceri(anggaran 5-6 hiris untuk
sekeping roti). Taburkan mozarella cheese di atas
lapisan tomato, diikuti dengan parutan cheddar
cheese. Pastikan seluruh permukaan roti dilitupi
cheese.
2. Akhir sekali, taburkan sedikit serbuk lada hitam
dan dried oregano. Aroma oregano akan menu-
kar roti ini kepada pizza.
3. Kemudian, masukkan dalam oven yang bersuhu
lebih kurang 160 darjah Celcius selama 5-10
minit sehingga cheese mencair dan sedikit ke-
perangan.
4. Siap untuk dihidangkan.
RESIPI
BAHAN-BAHAN [5-6 ORANG]
1 ekor ikan tuna/ tilapia/ siakap
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh lada sulah
3 sudu besar jus limau kasturi*
1 1/2 sudu besar minyak masak*
1 1/2 sudu teh gula*
1/2 sudu teh garam*
5 - 10 biji cili padi - dihiris*
2 batang serai - dihiris halus*
1/2 kuntum bunga kantan- dihiris*
1 helai daun limau purut -dihiris ha-
lus* 1/2 inci halia
muda - dihiris halus*
2 ulas bawang putih -dihiris halus*
1/2 sudu teh tepung jagung*
1/2 sudu teh serbuk pati ikan bi-
lis*.
CARA-CARA
1. Ikan dicuci bersih dan dilumur dengan garam, tepung jagung dan serbuk lada
sulah.
2. Perap seketika sementara kita membuat sosnya.
3. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda *) hingga sebati.
Ketepikan sementara.
4. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam
bekas tahan panas dan tuangkan sosnya.
5. Ratakan sos termasuk bahagian dalam belahan perut ikan.
6. Kukus sehingga isi ikan bertukar menjadi warna putih
(lebih kurang 10 minit *bergantung pada saiz ikan).
7. Siap untuk dihidangkan.
Oleh: Muhammad Faris Mahfuz Bin Zakria
IKAN KUKUS
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
26
MEDICAL TEAM
CINEMATIC
EMERGENCY
Accidents can happen at any time regardless the
place, situation or the multifactorial underlying causes and
accident itself does not applied only to car accidents but also
emergency cases such as convulsion, asthmatic attack, choking
or even syncope. The situation requires effective and calm
actions especially involving one’s life. If not, the condition
might turn into a haywire. Even so, public interferences some-
how proved life-saving in addition to acquiring basic emer-
gency management skills.
Generally before one touches the injured, he firstly
must secure a safe environment to avoid any further injuries.
For example, if the accident takes place in a traffic road, the
victim must be taken away to the sidewalk. Next step is secur-
ing patent victim’s airway. This step is a cornerstone in main-
taining his life eventhough the victim is unconscious. The goal
is to maintain respiratory process through an uninterrupted
airway and also to ensure an open path between the lung and
outside. Airway management always served as primary consid-
eration in cardiopulmonary resuscitation, anesthesia and first
aid.
In emergency, victim is usually placed on his back
with the head extended and chin lift( head-tilt chin-lift ) to
established an aligned airway passage. This is a primary ma-
neuver used in patient without cervical spine injury. If he is
unconscious, simply put in recovery position and the above
techniques are applied to prevent falling back of tongue on
the throat. However, in cases concerned with cervical spine
injuries, the neck must be immobilized by something thick like
collars to prevent its movement and to avoid further compli-
cations.
In a convulsive state, avoid introducing any material such
as a piece of cloth or spoon that was rumored able to prevent
teeth or tongue injury. In presence of adequate medical equip-
ment, endotracheal intubation and mechanical ventilation are
more operable. However, in normal non-medical environment,
the previous stated techniques are as equally life-saving proce-
dures. After maintaining patent airway, next steps which are
monitoring adequate breathing and perceiving acceptable circula-
tory finding can be proceed.
Written by : Saeed Zubeir bin Zahari
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
27
Wartawan :Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Kini kita bersama dengan graduan Universiti al-Azhar, sau-
dara Amir al-Amin bin Mustaff. Soalan pertama saya kepada
saudara Amir, apa perasaan saudara setelah berjaya
menghabiskan pengajian di Universiti al-Azhar?
Amir al-Amin: Bismillahirrahmanirrahim. Bersyukur kepada
Allah s.w.t kerana tanpa limpah dan kurnia-Nya takkan sam-
pailah saya ke peringkat ini. Cabaran itu pasti akan hadir
bagi setiap orang yang menuntut ilmu. Alhamdulillah
dengan bantuan dan sokongan semua pihak saya dapat
lalui semua itu dengan baik. Perasaan itu memang gembira.
Sedih pun ada sebab saya akan meninggalkan Mesir.
Apapun inilah yang kita semua perlu hadapi kelak.
Wartawan: Setelah enam tahun lebih berada di Mesir,
apakah pandangan saudara terhadap PERUBATAN cawan-
gan al-Azhar(PCA) dan apakah harapan saudara terhadap
PCA pada masa akan datang?
Amir al-Amin: Sewaktu saya datang sini pada tahun 2006
dahulu, PERUBATAN ini hanyalah sebuah badan kebajikan
yang menyambut pelajar-pelajar baru sahaja. Namun, al-
hamdulillah dengan inisiatif daripada senior-senior terda-
hulu, banyak perubahan yang berlaku dan tertubuhnya per-
satuan pelajar yang merangkumi mahasiswa perubatan, per-
gigian dan sains kesihatan. PCA sendiri masih berusia seta-
hun jagung dan belum ditubuhkan dahulu mungkin disebab-
kan bilangan mahasiswa perubatan dan sains kesihatan Uni-
versiti al-Azhar yang sedikit. Penubuhan PCA membuktikan
bahawa kita sudah maju kehadapan setanding dengan PE-
RUBATAN cawangan lain. Jadi, marilah kita bersama-sama
mempertahankan PCA dan saya berharap agar PCA dapat
menjaga kebajikan ahli-ahli yang lain.
Wartawan: Apa perancangan saudara apabila pu-
lang ke Malaysia nanti?
Amir al-Amin: Dari segi perancangan peribadi saya,
memandangkan saya sudah berumahtangga, saya
akan selesaikan kesemua urusan keluarga saya da-
hulu. Dari segi kerjaya pula, insya-Allah saya akan
mendaftar housemanship (HO) .Orang kata di
sinilah kita akan nampak apa hala tuju kita selepas
ini sama ada ingin menyambung master atau men-
yambung pengajian dalam bidang-bidang tertentu.
Tapi setakat ini saya ingin fokus untuk melepasi HO
dahulu selama dua tahun. Jadi, diharapkan agar
semua ahli PCA mendoakan saya sebagai seorang
sahabat. Semoga dengan doa kalian akan adanya
keberkatan dan Allah akan permudahkan urusan
saya pada masa akan datang. Jutaan terima kasih
saya ucapkan kepada PCA kerana menganjurkan
majlis graduasi ini. Saya sangat menghargainya dan
moga Allah berkati serta permudahkan segala uru-
san PCA sepertimana yang disebut dalam hadis,
‘Barangsiapa yang memudahkan urusan orang
lain, maka Allah akan permudahkan urusannya
diakhirat’.
MESRA BERSAMA
Wartawan: Terima kasih kepada saudara Amir al-
Amin atas respon yang baik. Sekian sahaja temu-
ramah saya bersama saudara Amir.
Assalamualaikum.
HARAPAN DAN PERANCANGAN BELIAU SERTA SERUANNYA KEPADA AHLI PCA
DR.AMIR AL–AMIN :
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
Oleh: Nurul Ilham Binti Ruslan
28
Dari kanan : Zikril, Munzir, Afiq, Azzam, Imran Kasran, Nabil, Mahfuz, Izzudin UCAPAN: Pucuk pauh delima batu, anak sembilang di tapak tangan, biar jauh di negeri satu, hilang di mata, di hati jangan. Kami mengucapkan “ Selamat Hari Raya
Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin “ kepada semua sahabat handai yang mengenali diri ini.
Dari kanan : Munzir dan Amir Adham
UCCAPAN: Andai tangan tak kuasa menjabat, setidaknya kata masih dapat terung-kap, setulus hati mengucapkan “ Selamat Hari Raya Aidilfitri “. Kami mohon
maaf zahir dan batin.
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
29
Dari kiri ke kanan: Haziq, Fawwaz, Hafis, Zaim, Amirudin, Junaidi. UCAPAN: Selamat Hari Raya Aidilfitri ,maaf zahir dan batin. Doakan kejayaan kami di dunia dan akhirat
Dari kanan : Barisan 1 : Didi, Ibrahim, Aniq, Alan, Helmi Barisan 2 : Afiq, Faris,Hazim, Zik-rie, Munir, Fauzan, Fahmi, Syahir, Khairul, Azmeer Barisan 3 : Nabil, Iman, Azhan, As-maan, Muqri, Fatah, Yusof, Eqbal, Safwan, Firdaus UCPAN: Terang bulan di malam sepi, ca-haya memancar kepangkal kelapa,
hidup di dunia buatlah bakti, kepada ibu dan juga bapa. Kami
pelajar tahun 2 Perubatan memohon seribu kemaafan dan
mengucapkan “ Selamat Hari Raya Aidilfitri “ kepada semua warga Perubatan Cawangan al-Azhar ( PCA ) dan mereka yang men-
genali diri kami ini. Gunakan ke-sempatan hari yang mulia ini dengan memohon kemaafan
sesama kita.
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
30
Dari kanan : Barisan pertama : Syukri budi-man, fazrin hussin, Nik Ahmad Asyraf Barisan kedua : Aizad Safuan, Haniff Marsan, Ahmad Zhafran Barisan ketiga : Umar Imarah, Ha-dri Isnin, Wan Mohd Aiman, Anas Safwan
UCAPAN:
Imam As-Syafi’e berkata “ Di antara tanda-tanda benar dalam ukhuwah ( persaudaraan ) ialah
menerima kritikan teman, menutupi aib teman dan mengampuni kesala-hannya “. Kami dari Kuliah Pergigian tahun dua mengucapkan “ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin “ kepada mereka yang
mengenali kami. Doakan kami semua agar berjaya dunia dan akhirat.
Dari kanan : Barisan pertama : Daus, Syahir, Ipin, Keyi, Nabil, Afiq Barisan kedua : Razi, Rafi, Fahmi, Zafir, Aimn UCAPAN: Saidina Ali bin Abi Thalib R.A. berkata “Setiap orang yang
sedang disusuli oleh kematian ( di ambang sakaratul maut ) meminta waktu dipanjangkan, sementara semua orang yang masih memiliki waktu membuat pelbagai alasan untuk menunda-nunda “. Justeru, dikesem-
patan ini kami dari kuliah Per-gigian tahun satu mengucapkan “
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin “ kepada semua warga PCA dan mereka
yang mengenali kami.
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR
31
Dari kanan : Barisan pertama :Amirul Izzat, Abdul Aziz, Yusof Razif, Zainul Ariffin, Radhi Najmi, Aizad Safuan Barisan kedua : Fawwaz, Faiz Alias, Ilman, Afiq Mazlan, Izofi, Luqman al-Hakim Barisan ketiga : Umar Imarah, Qamarul Aizad, Aismat Hariri, Imran, Aizat Arif, Hanif Jemeli, Firdaus, Zamzam Adha Barisan keempat : Nik Asyraf, Zafran, Syafiq, Syazwan, Rahman Rumandang, Amir Izzudin, Khair, Syahmin, Nazreen Sallehudin, Hudzaifah Razuki, Amir Adham, Syamil, Hassan Rosli Barisan kelima : Awis Iswan, Abbas Madani, Rahman Zohri, Hazim Halim, Izzudin Amin, Hyelmi Roslee, Daniel Haziq, Tarmizi
UCAPAN: Kadang-kadang kita tidak sedar, orang yang kita tidak peduli, sayang sangat
kepada kita. Kadang-kadang kita tidak sedar, kita terlampau sayang kepada se-seorang sedangkan dia selalu sakitkan hati kita. Berbuatlah baik kepada semua insan kerana kita adalah bersaudara. Kami mengucapkan “ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin “ kepada semua yang mengenali diri kami ini.
PERUBATAN CAWANGAN AL-AZHAR