PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM …IZAHAP000087D2004... · yang positif...
-
Upload
nguyenhuong -
Category
Documents
-
view
218 -
download
0
Transcript of PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM …IZAHAP000087D2004... · yang positif...
PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT
ISLAM TERHADAP MEREKA : KAJIAN KES DI DARUL UKHUWAH
JOHOR BAHRU
FA’IZAH BINTI PAIJALAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
Universiti Teknologi Malaysia
* Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
CATATAN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL: __________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Saya __________________________________________________________________ (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat yang TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
_____________________________
_____________________________ ________________________________
_____________________________
Tarikh : 11 MAC 2004 Tarikh : 11 MAC 2004
UST. IDRIS BIN ISMAIL Nama Penyelia
FA’IZAH BINTI PAIJALAH
SULIT
√
PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT
ISLAM TERHADAP MEREKA: KAJIAN KES DI DARUL UKHUWAH
JOHOR BAHRU.
SPL 62-A JLN. SG.PULAI LAUT
84160 PRT.JAWA, MUAR
JOHOR DARUL TA’ZIM
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) .”
Tandatangan :
Nama Penyelia : Ustaz Idris bin Ismail
Tarikh : 11 MAC 2004
PERSEPSI SAUDARA BARU TENTANG PENERIMAAN MASYARAKAT ISLAM
TERHADAP MEREKA : KAJIAN KES DI DARUL UKHUWAH JOHOR BAHRU
FA’IZAH BINTI PAIJALAH
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilkan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya .”
Tandatangan :
Nama Penulis : Fa’izah binti Paijalah
Tarikh : 11 MAC 2004
iii
Teristimewa Buat Yang Tersayang,
Ayahanda Hj.Paijalah Bin Chibing
Bonda Roseni Binti Ayub
Pengorbanan kalian tidak dapat ku balas walau dengan emas atau permata. Kalian
adalah pendorong untukku terus mengecapi kejayaan di dunia dan di akhirat.
Kekandaku :
Mohd ‘Adli bin Othman
Terima kasih atas doronganmu dan semoga hubungan kita akan berkekalan dan
mendapat keredhaan dari Allah S.W.T.
Adik-adikku :
Mohd. Fakaruddin
Mohd.Abdul Halim
Mohd.Amaluddin
dan
Mohd.Hisyamuddin
Semoga kalian berjaya di dunia dan akhirat dan menjadi anak yang soleh kepada
ayahanda dan bonda
Kawan-kawanku:
‘Ain, Asma, Huda, Liah dan Zila.
Kenangan bersama kalian tidak mungkin dapat kulupakan. Semoga ia terus lestari selamanya diingatan.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Ilahi kerana dengan
izin dan limpah kurnia-Nya, dapat saya menyiapkan kajian Projek Sarjana Muda ini.
Selawat dan salam juga disampaikan buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.
bersama keluarga dan sahabat-sahabat baginda r.a.
Di kesempatan ini, saya mengucapkan salam penghargaan dan ribuan terima
kasih kepada penyelia projek yang saya hormati, Ustaz Idris bin Ismail yang telah
banyak membantu dan membimbing untuk menyiapkan kajian ini. Ucapan jutaan
terima kasih yang tidak terhingga juga saya titipkan kepada pihak Pusat Pengajian
Islam dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia dan ahli Saudara Baru
Darul Ukhuwah Johor Bahru yang telah memberi kerjasama. Juga kepada pihak
Jabatan Agama Johor, Unit Ukhuwah Saudara Baru yang turut membantu. Tidak
dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan tahun 4 Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Pengajian Islam) yang memberikan kerjasama serta saling bertukar idea
demi menyiapkan projek ini.
Diharapkan agar hasil kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada para
pembaca. Ribuan kemaafan dipohon kerana sememangnya terdapat banyak
kelemahan dalam projek ini. Semoga segala usaha yang dilakukan akan mendapat
keberkatan daripada Allah Taala…. Amin.
v
ABSTRAK
Kajian yang berbentuk deskriptif ini bertujuan untuk mendapatkan butiran
mengenai persepsi Saudara Baru berhubung dengan penerimaan masyarakat Islam
terhadap mereka. Aspek-aspek yang ditinjau adalah mencakupi persepsi Saudara
Baru mengenai penerimaan masyarakat Islam terhadap mereka, bentuk bantuan yang
diterima, persepsi terhadap penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal kebajikan
dan kekangan-kekangan yang dihadapi untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat
Islam. Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 85 orang responden
yang mengikuti kelas bimbingan di Darul Ukhuwah Johor Bahru. Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini berbentuk soal-selidik yang menggunakan skala Likert
dan temubual. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian “Statistical
Package for Social Science”(SPSS) version 11.0 untuk menentukan kekerapan,
peratus dan min. Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi, responden
mempunyai persepsi yang positif mengenai penerimaan masyarakat Islam terhadap
mereka. Selain itu, keputusan analisis juga mendapati kebanyakan responden lebih
bersetuju menyatakan menerima bantuan dari segi kelas bimbingan, pendidikan
agama, khidmat nasihat dan sokongan moral. Responden juga mempunyai persepsi
yang positif berhubung dengan penglibatan masyarakat Islam dalam hal-hal
kebajikan. Hanya segelintir responden sahaja yang menghadapi kekangan untuk
menyesuaikan diri dengan masyarakat Islam. Beberapa cadangan juga turut
dikemukakan kepada Saudara Baru dan pihak-pihak tertentu untuk diambil perhatian.
vi
ABSTRACT
The purpose of this descriptive research is to get some findings regarding
convert’s perception toward the acceptance of Muslim society to them. The aspect
that had been discussed in this research are their (convert) perception of Muslim
society’s acceptance, form of aid received, perception of Muslim society
commitment in the welfare matter and the obstacles to accommodate their self
(convert) with Muslim society. The respondents involved in this research were 85
converts who were taking the Islamic class at the Darul Ukhuwah Johor Bahru. The
instrument used was questionnaires within Likert scales. The data was analyzed
using SPSS (Statistical Package of Social Science) version 11.0 to determine the
mean, frequency and the percentage. Based on the findings, respondents gave
positive perception about the acceptance of Muslim society to them. Besides this
analysis show most of the respondents were agreed to get the aid such as class
tuition, Islamic education, counseling and moral support. The respondents also gave
positive perception about Muslim society’s commitment in the welfare matter. Only
minority of the respondents have experience the problem to accommodate with
Muslim society. Some suggestions had been brought forward to the convert and
related authorities at the end of this research.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAHAGIAN SATU
PENGENALAN
BAB I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
viii
1.8 Definisi istilah 8
1.9 Kesimpulan 10
BAHAGIAN DUA
SOROTAN PENULISAN
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengertian dan Konsep Saudara Baru 11
2.1.1 Pandangan Ulama Terhadap Pengertian
Saudara Baru 13
2.2 Senario Saudara Baru Dalam Masyarakat Islam 14
2.2.1 Kedudukan Saudara Baru Dari Sudut Fiqh 16
2.2.2 Kedudukan Saudara Baru Dari Sudut
Sejarah Di Zaman Rasulullah s.a.w. 21
2.3 Senario Bantuan Terhadap Saudara Baru Di
Malaysia 23
2.3.1 Institusi-Institusi Yang Memberi Bantuan
Bantuan Kepada Saudara Baru 23
2.3.1.1 Unit Ukhuwah Bahagian Dakwah
JAJ 23
2.3.1.2 Islamic Outreach ABIM (IOA) 24
2.3.1.3 PERKIM 25
2.3.1.4 Persatuan Darul Fitrah Malaysia 26
2.3.1.5 JMMNJ 27
2.3.1.6 MACMA 27
2.4 Perkembangan Dan Senario Saudara Baru
Di Daerah Johor Bahru Bagi Tahun 2000-2002 28
2.5 Kekangan Yang Dihadapi Oleh Saudara Baru
Untuk Menyesuaikan Diri Dengan Masyarakat
Islam 29
ix
2.6 Kajian-Kajian Lepas Yang Berkaitan
Dengan Saudara Baru 32
2.7 Kesimpulan 34
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 35
3.2 Reka Bentuk Kajian 35
3.3 Tempat Kajian 36
3.4 Sampel Kajian 37
3.5 Instrumen Kajian 37
3.6 Pembinaan Soal Selidik 38
3.6.1 Bahagian A 38
3.6.2 Bahagian B 39
3.7 Kajian Rintis 40
3.8 Tatacara Kajian 40
3.9 Analisis Data 41
4.0 Penutup 42
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
BAB IV ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 43
4.2 Analisis Data (Bahagian A) 44
x
4.3 Analisis Data (Bahagian B) 48
4.4 Kesimpulan 65
BAHAGIAN LIMA
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 66
5.2 Perbincangan 66
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden
Yang Mempunyai Perkaitan Dengan
Persoalan Kajian 67
5.2.2 Persepsi Responden Tentang Penerimaan
Masyarakat Islam Terhadap Mereka 68
5.2.3 Bentuk Bantuan Yang Telah Diterima Oleh
Responden Daripada Masyarakat Islam
Setelah Memeluk Islam 70
5.2.4 Persepsi Terhadap Penglibatan Masyarakat
Islam Dalam Hal-Hal Kebajikan 73
5.2.5 Kekangan-Kekangan Yang Dihadapi Oleh
Responden Untuk Menyesuaikan Diri
Dengan Masyarakat Islam 75
5.3 Rumusan 78
5.4 Cadangan 80
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 83
5.6 Penutup 83
xi
BAHAGIAN ENAM BIBLIOGRAFI
SENARAI RUJUKAN 84
BAHAGIAN TUJUH
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN A 88
LAMPIRAN B 95
LAMPIRAN C 98
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skala Likert 39
3.2 Darjah Penilaian Terhadap Responden 42
4.1 Maklumat Umur Responden 44
4.2 Maklumat Jantina Responden 45
4.3 Maklumat Status Responden 45
4.4 Maklumat Bangsa Responden 45
4.5 Maklumat Agama Asal Responden 46
4.6 Maklumat Tahun Memeluk Islam 46
4.7 Maklumat Tempat Tinggal Responden 47
4.8 Maklumat Pekerjaan Responden 48
4.9 Peratusan Dan Kekerapan Penyesuaian Diri 49
4.10 Peratusan Dan Kekerapan Mudah Mesra 49
4.11 Peratusan Dan Kekerapan Jemputan
Melibatkan Diri Dalam Aktiviti 50
4.12 Peratusan Dan Kekerapan Berfikiran Terbuka
Ketika Bersosial 50
4.13 Peratusan Dan Kekerapan Menerima Tanpa
Keraguan 51
4.14 Peratusan Dan Kekerapan Berfikiran Terbuka
Menerima Pendapat 51
4.15 Peratusan Dan Kekerapan Bantuan Makanan 52
4.16 Peratusan Dan Kekerapan Bantuan Kewangan 53
4.17 Peratusan Dan Kekerapan Bantuan Tempat
Kediaman 53
4.18 Peratusan Dan Kekerapan Bantuan Perlindungan
xiii
Keselamatan 54
4.19 Peratusan Dan Kekerapan Bantuan Pendidikan
Agama 54
4.20 Peratusan Dan Kekerapan Bantuan Mengikuti
Kursus Bimbingan 55
4.21 Peratusan Dan Kekerapan Bantuan Khidmat
Nasihat Dan Kaunseling 55
4.22 Peratusan Dan Kekerapan Bantuan Dari Segi
Sokongan Moral 56
4.23 Peratusan Dan Kekerapan Kerjasama
Masyarakat Islam 56
4.24 Peratusan Dan Kekerapan Bimbingan Dalam
Hal-Hal Sosial 57
4.25 Peratusan Dan Kekerapan Sokongan Dalam
Aktiviti Sosial Atau Kebajikan Saudara Baru 58
4.26 Peratusan Dan Kekerapan Penglibatan Dalam
Sesebuah Organisasi 58
4.27 Peratusan Dan Kekerapan Perhatian Terhadap
Kebajikan 59
4.28 Peratusan Dan Kekerapan Terhadap Program
Sosial 59
4.29 Peratusan Dan Kekerapan Terhadap Majlis Ilmu 60
4.30 Peratusan Dan Kekerapan Terhadap Program
Kebajikan 60
4.31 Peratusan Dan Kekerapan Penerimaan Budaya 61
4.32 Peratusan Dan Kekerapan Menjadi Contoh
Teladan Akhlak Yang Baik 61
4.33 Peratusan Dan Kekerapan Kekangan
Melaksanakan Ibadat Bersama Masyarakat
Islam 62
4.34 Peratusan Dan Kekerapan Kekangan
Menyesuaikan Diri Dengan Makanan 62
4.35 Peratusan Dan Kekerapan Kekangan
Menyesuaikan Diri Dengan Budaya 63
xiv
4.36 Peratusan Dan Kekerapan Kekangan
Menyesuaikan Diri Dengan Bahasa 64
4.37 Peratusan Dan Kekerapan Kekangan
Menyesuaikan Diri Dengan Teman Lama 64
4.38 Peratusan Dan Kekerapan Kekangan
Menyesuaikan Diri Dengan Pakaian 65
xv
SENARAI SINGKATAN
ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia IDIP Institut Dakwah Islamiah PERKIM IOA Islamic Outreach ABIM JAJ Jabatan Agama Johor JMMNJ Jamaath Malabar Muslim Negeri Johor KS Kurang Setuju MACMA Persatuan Cina Muslim Malaysia MAIDAM Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu NGO Non Government Organization PERKIM Perbadanan Kemajuan Islam Malaysia S Setuju SPSS Statistical Package for Social Science SS Sangat Setuju STS Sangat Tidak Setuju TS Tidak Setuju
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN A Borang Soal Selidik
LAMPIRAN B Statistik Data Saudara Baru Yang Memeluk
Islam Di Daerah Johor Bahru Dari Tahun 2000-
2002
LAMPIRAN C Borang Kebenaran untuk Menjalankan Kajian
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Islam kini dianuti oleh lebih daripada satu
bilion manusia yang menjadikannya salah satu agama yang terbesar di dunia. Islam
pernah menguasai dua pertiga daripada penjuru dunia ini menjangkaui lima benua
dan tujuh lautan. Tinggalan Islam itu masih dapat dilihat sehingga ke hari ini.
Walaupun empayar kegemilangan Islam hanya tinggal dalam lipatan sejarah tetapi
perkembangan Islam masih lagi berlangsung sehingga masa kini.
Ini dapat diperhatikan melalui bilangan mereka yang menganut agama Islam
bukan sahaja di negara kita iaitu Malaysia tetapi juga di negara-negara lain hatta di
barat sekalipun. Oleh yang demikian setiap umat Islam perlu meningkatkan usaha
dalam meletakkan agama Islam tetap unggul dan syumul di mata dunia. Jika dilihat
senario yang terjadi di Malaysia kini, kita dapati isu pengislaman Saudara Baru kian
meningkat dari hari ke hari. Kebanyakan mereka ini terdiri daripada kaum India,
Cina, Iban dan sebagainya. Saudara Baru merupakan satu istilah yang lumrahnya
diguna pakai di Malaysia dan menjadi satu kebiasaan di pendengaran masyarakatnya.
Saudara Baru merupakan sinonim dari orang yang pada awalnya bukan Islam dan
kemudian mereka memeluk Islam (Ismail Haji Dalip,1992:1). Peratusan Saudara
Baru yang memeluk Islam kian meningkat dari tahun ke tahun. Salah satu contoh
negeri yang menunjukkan peningkatan pengislaman Saudara baru ialah Kelantan. Ini
2
dapat dibuktikan melalui maklumat yang diperolehi dari PERKIM Kelantan iaitu
lebih dari 3,000 saudara baru disyahadahkan sekitar tahun 1990-2001.
Sehubungan dengan itu, setiap masyarakat Islam perlulah menerima Saudara
Baru sebagai saudara sendiri kerana apabila mereka memeluk Islam secara automatik
ia telah menjadi saudara bagi semua umat Islam. Oleh yang demikian, setiap umat
Islam berhak mendapat pembelaan yang sama dari saudaranya semuslim. Pembelaan
dalam ertikata tunjuk ajar, bimbingan dan perlindungan sehingga ia boleh berdikari
dan berupaya mempertahankan akidah Islamnya. Seandainya kita membiarkan
mereka dalam keadaan yang terumbang – ambing samalah seolah-olah kita
menjadikan mereka seperti gantung tidak bertali. Hidup dalam keadaan yang masih
kabur tentang Islam.
Oleh yang demikian, adalah menjadi kewajipan setiap umat Islam
memastikan saudara sesama Islam itu tidak kembali kepada kepercayaan lamanya
disebabkan kecuaian umat Islam itu sendiri. Begitu banyak alternatif lain yang boleh
dilakukan dalam membimbing dan membantu mereka seperti menjalankan program
kemantapan rohani dan aktiviti-aktiviti yang boleh merapatkan ukhuwah sesama
umat Islam. Justeru setiap pihak perlulah mengambil sikap yang lebih prihatin
terhadap Saudara Baru ini dalam usaha membantu dan membimbing mereka.
1.2 Latar Belakang Masalah
Saudara Baru merupakan satu istilah yang biasa digunakan bagi satu
golongan atau orang yang baru memeluk Islam. Istilah ini merupakan gantian
daripada perkataan mualaf seperti yang tertera di dalam al-Quran dan ia bermaksud
orang yang baru memeluk Islam dan orang kafir yang berjinak-jinak dengan Islam.
Dalam usaha membantu Saudara Baru memeluk dan memahami Islam
terdapat beberapa agensi yang telah diwujudkan untuk membantu golongan ini.
Sebagai contoh adalah seperti Jabatan Agama dan Pertubuhan Kebajikan Islam
3
Malaysia (PERKIM). Dalam usaha penyelidik untuk memperoleh maklumat tentang
Saudara Baru, kajian ke atas Jabatan Agama Johor (JAJ) telah dijalankan. Menurut
Ustaz Abu Bakar Watak daripada JAJ, dalam Jabatan itu sendiri terdapat beberapa
bahagian dan antaranya ialah Bahagian Dakwah. Jika dilihat dari sejarah
penubuhannya, Bahagian Dakwah ini telah tertubuh pada tahun 1956 berdasarkan
satu keputusan yang dibuat oleh Majlis Agama Islam Johor yang
dipertanggungjawabkan sebagai satu Institusi Penyebaran Dakwah Islamiah di
seluruh Negeri Johor Darul Takzim yang diberi nama “BAHAGIAN
PENERANGAN AGAMA”.
Pada dasarnya, bahagian ini ditubuhkan untuk mengembangkan, mengawal
dan memelihara ketinggian dan kesucian agama Islam. Namun begitu, disebabkan
penyusunan semula struktur Organisasi Jabatan Agama Johor pada tahun 1990,
bahagian ini telah diubah kepada “ BAHAGIAN DAKWAH”. Antara objektif yang
terdapat dalam Bahagian Dakwah ini untuk pegangan dan panduan semua
kakitangannya ialah menguruskan proses pengislaman Saudara Baru dan mendidik
serta mengukuhkan akidah kepada Saudara Baru.
Oleh kerana fungsi Bahagian Dakwah ini terlalu luas, maka bahagian ini
dipecahkan kepada 3 unit iaitu:
1.Unit Urusetia
Menguruskan majlis-majlis rasmi kerajaan dan hari-hari kebesaran Islam.
2.Unit Kefahaman Islam
Menyebarkan dakwah Islamiah melalui lisan, penerbitan, khidmat nasihat,
seminar dan kursus- kursus.
3.Unit Ukhuwah
Menguruskan pengislaman Saudara Baru, memberi pendidikan, pengukuhan
akidah, memberikan khidmat nasihat, menjaga kebajikan dan memberi pelbagai
bantuan.
4
Sejajar dengan fungsinya sebagaimana yang dinyatakan di atas, maka Unit
Ukhuwah telah banyak mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat membantu Saudara
Baru dalam menghayati Islam itu sendiri khususnya. Antara aktiviti yang
dikendalikan oleh Unit ini ialah seperti Kelas Fardu Ain dan Iqra, Majlis Bimbingan
Kemampatan Akidah, Kursus Kefahaman dan majlis Berkhatan, Ihya Ramadhan,
Program Keluarga Angkat dan sebagainya.
Selain daripada aktiviti ini juga, Bahagian Dakwah turut mewajibkan setiap
Saudara Baru yang telah selesai menjalani proses pengislaman mereka di Daerah
Johor Bahru mengikuti kelas-kelas pengajian (fardu ain). Contohnya di Kompleks
Islam, kelas tersebut diadakan pada setiap hari Rabu dan Khamis bermula dari jam
11.00 pagi – 1.00 petang. Begitulah usaha yang cuba diketengahkan oleh pihak JAJ
dalam membantu Saudara Baru. Semua usaha ini jelas menunjukkan bahawa
masyarakat Islam yang sedia ada Muslim sentiasa berusaha membantu dan menerima
Saudara Baru ini. Ianya bukan saja melibatkan JAJ atau mana- mana persatuan,
malahan setiap individu Muslim di sekitar Johor Bahru.
Justeru daripada usaha yang telah dilaksanakan oleh JAJ, penyelidik ingin
mengetengahkan satu kajian yang menunjukkan dalam usaha membantu Saudara
Baru, ianya bukan saja melibatkan pihak agensi berdaftar atau pihak-pihak tertentu,
tetapi sikap suka membantu dalam diri individu Muslim juga perlu diserapkan dalam
rohani individu itu sendiri.
Sebagai contoh, satu kes berlaku di Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur
iaitu seorang wanita yang bernama Azizah Yusof, 54 telah membantu Saudara Baru
yang bernama Nur Aishah atau nama asalnya, Syagadewi a/p Arumugam dengan
memberikan tempat tinggal tanpa mengenakan bayaran. Ia berikutan dengan
ketidakmampuan Nur Aishah untuk membayar sewa rumah disebabkan oleh penyakit
buah pinggang yang dihidapinya. Menurut Azizah, beliau berkorban untuk
NurAishah dan anak-anaknya demi menyempurnakan tanggungjawabnya kepada
Saudara Baru. Katanya lagi, “sebagai orang Islam kita wajib membantunya,
hidupnya pula sebatang kara dan tidak habis-habis dirundung malang, bagaimana
5
pun saya amat terpegun dengan kekuatan imannya”
(www.pemantau.tripod.com/artikel/13 nov_nur.html. ).
Namun begitu, timbul juga isu yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap
masyarakat Islam. Hal ini berlaku apabila seorang Saudara Baru yang mewakili ahli
Persatuan Cina Muslim Terengganu menuntut hak untuk mendapatkan wang zakat
daripada Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu (MAIDAM) Negeri Terengganu.
Ianya menjadi “panas” lagi apabila berlaku insiden seorang Saudara Baru yang
meninggal dunia dan tiada siapa yang sanggup menguruskan jenazahnya dari
hospital ke tempat pengebumiannya. Lantaran itu, abangnya yang non Muslim
terpaksa menjelaskan bayaran kepada pihak yang mengurus dan menghantar jenazah
tersebut.
Berdasarkan keterangan di atas, jelas menunjukkan masyarakat Islam
sewajarnya perlu sentiasa menerima dan sudi memberikan bantuan kepada Saudara
Baru kerana ia merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh semua
pihak untuk membantu mereka ini. Cuba kita bayangkan bagaimanakah keadaan
Saudara Baru jika tidak dibantu oleh kita yang Muslim ini. Adakah kita akan
membiarkan mereka terumbang-ambing sendiri dalam mencari sinar keimanan?
Tentu sekali jawapannya tidak. Ini kerana, kita wajib membantu mereka untuk
mengelakkan mereka dari berpaling ke agama atau kepercayaan asal mereka.
1.3 Pernyataan Masalah
Melalui penerangan yang telah dinyatakan dalam latar belakang masalah,
dapat dinyatakan bahawa umat Islam atau masyarakat Islam sentiasa berusaha untuk
membantu Saudara Baru dalam menghayati kehidupan sebagai masyarakat Islam
yang sejati. Namun begitu, timbul isu yang mengatakan rasa tidak puas hati terhadap
layanan yang diberikan oleh masyarakat Islam. Kesannya, Saudara Baru akan
mempunyai persepsi yang negatif terhadap masyarakat Islam dan boleh
6
menyebabkan mereka kembali ke agama asal (murtad). Fenomena ini sedikit
sebanyak akan mendatangkan impak negatif terhadap kemurnian Islam itu sendiri.
Dengan itu kajian dibuat untuk mengetahui persepsi Saudara Baru mengenai
penerimaan masyarakat Islam terhadap keislaman mereka. Apakah mereka
mempunyai persepsi yang positif atau negatif terhadap penerimaan masyarakat
Islam. Jika ya, ia menggambarkan mereka berpuas hati dengan layanan dan bantuan
yang telah diberikan oleh masyarakat Islam. Segala persoalan akan cuba dikupas di
dalam kajian ini.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini telah mengariskan beberapa objektif bagi menyelesaikan beberapa
masalah yang berkaitan dengan persepsi Saudara Baru tentang penerimaan
masyarakat Islam terhadap keislaman mereka. Antara objektif-objektif kajian ini
adalah:
a) Mengkaji persepsi Saudara Baru tentang peneriman masyarakat Islam
terhadap mereka.
b) Mengenal pasti bentuk bantuan yang telah diterima oleh Saudara Baru
daripada masyarakat Islam setelah mereka memeluk Islam.
c) Meninjau persepsi Saudara Baru terhadap penglibatan masyarakat Islam
untuk membantu mereka dalam hal-hal kebajikan.
d) Mengkaji kekangan-kekangan yang dihadapi oleh Saudara Baru untuk
menyesuaikan diri dengan masyarakat Islam.
1.5 Persoalan Kajian
Dalam membentuk kepada objektif kajian, beberapa persoalan yang berkaitan
dengan persepsi Saudara Baru tentang penerimaan masyarakat Islam terhadap
keislaman mereka telah dibuat.
Antara persoalan yang akan dikaji adalah:
a) Apakah persepsi Saudara Baru tentang penerimaan masyarakat Islam
terhadap mereka?
b) Apakah bentuk bantuan yang telah diterima oleh Saudara Baru daripada
masyarakat Islam setelah mereka memeluk Islam?
c) Apakah persepsi Saudara Baru terhadap penglibatan masyarakat Islam
untuk membantu mereka dalam hal-hal kebajikan?
d) Apakah kekangan-kekangan yang dihadapi oleh Saudara Baru untuk
menyesuaikan diri dengan masyarakat Islam ?