PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN … · 2008-05-02 · Dari kecil hingga dewasa ......
Transcript of PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN … · 2008-05-02 · Dari kecil hingga dewasa ......
PERSEPSI PELAJAR SPI TERHADAP MATAPELAJARAN MANHAJ AL-
TAFSIR
MUHAMAD BALYA BIN ABD RASHID
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
PENGAKUAN
“ Saya akui karya ini adalah hasil karya saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ______________________________
Nama Penulis : MUHAMAD BALYA BIN ABD.RASHID
Tarikh : 20 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w
Teristimewa buat ayahnda dan bonda tercinta....
Abd Rashid bin Abd RahmanAbd Rashid bin Abd RahmanAbd Rashid bin Abd RahmanAbd Rashid bin Abd Rahman & & & & Zaimah Bte Abd RahmanZaimah Bte Abd RahmanZaimah Bte Abd RahmanZaimah Bte Abd Rahman
Terima kasih kerana telah memberi dorongan dan sokongan....
Jasa kalian tidak akan anakanda lupakan....
Pengorbanan dalam mendidik anakanda....
Dari kecil hingga dewasa.....
Buat kekanda & adindakekanda & adindakekanda & adindakekanda & adinda ku...
Hamidah, Hamizan, Zainab, A'tikah, Mohd Napis, Nu'aman, Zulfakar, Mohd NasuhaHamidah, Hamizan, Zainab, A'tikah, Mohd Napis, Nu'aman, Zulfakar, Mohd NasuhaHamidah, Hamizan, Zainab, A'tikah, Mohd Napis, Nu'aman, Zulfakar, Mohd NasuhaHamidah, Hamizan, Zainab, A'tikah, Mohd Napis, Nu'aman, Zulfakar, Mohd Nasuha
Kalian menjadi pendorong untukku teruskan Perjuangan ini..
Ku doakan agar kalian berjaya di dunia & akhirat....
Buat Teman Teristimewa.
Terima Kasih atas segalanya, segala jasa dan pengorbananmu tidak akan aku lupakan.
Buat Sahabatku..
Hamdan OmarHamdan OmarHamdan OmarHamdan Omar
Buat rakan-rakanku....
Rakan-rakanku 4SPI4SPI4SPI4SPI, Adik, Adik, Adik, Adik----adik adik adik adik 3SPI3SPI3SPI3SPI, , , , 2SPI, 1SPI2SPI, 1SPI2SPI, 1SPI2SPI, 1SPI
Terima kasih kerana telah membantu....
Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya....
Buat semua....
Terima kasih di atas segala-galanya....
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Pencipta sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w pesuruh Allah yang
amat dikasihi. Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana
dengan berkat dan keizinanNya, penulisan Projek Sarjana Muda (PSM) ini berjaya
disiapkan dengan jayanya.
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan terima kasih kepada penyelia, Ustaz Abdul
Hafiz bin Abdullah yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar,
sumbangan idea dan nasihat dalam menjayakan projek ini. Semoga segala kerjasama dan
pengorbanan masa dan waktu yang telah beliau curahkan akan mendapat balasan
keberkatan daripada Allah S.W.T.
Ungkapan terima kasih ini juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah fakulti
Pendidikan dan Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) yang telah
banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar selama ini. Tidak lupa juga kepada sahabat-
sahabat seperjuangan serta semua pihak yang terlibat dalam menyiapkan PSM ini.
Dengan kerjasama dari semua pihak, Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan
dengan jayanya. Semoga budi baik yang telah kalian curahkan mendapat balasan yang
baik daripada Allah S.W.T. Amin...
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap
matapelajaran Manhaj al-Tafsir. Aspek yang dikaji ialah penguasaan pelajar SPI
terhadap matapelajaran, proses pengajaran dan pembelajaran, dan kepentingan
matapelajaran tersebut. Seramai 115 pelajar SPI telah dijadikan sampel dalam kajian ini.
Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang dibina sendiri oleh
penyelidik. Darjah kebolehpercayaan (alpa cronbach) bagi instrumen kajian yang
digunakan dalam kajian ini ialah 0.864. Data dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science (SPSS 12.0). Analisis data dilakukan secara
deskriptif (frekuensi dan peratus). Dapatan kajian menunjukkan pelajar SPI mempunyai
persepsi yang positif dan minat yang tinggi terhadap matapelajaran Manhaj al-Tafsir.
Secara keseluruhannya, persepsi terhadap kepentingan matapelajaran ini berada pada
tahap tinggi dengan nilai skor 4.15. Penguasaan terhadap matapelajaran Manhaj al-
Tafsir mencatatkan nilai skor min yang sederhana iaitu 3.61. Manakala purata min bagi
proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Manhaj al-Tafsir ialah 3.80 iaitu
berada pada tahap yang tinggi.
vi
ABSRACT
The purpose of having this research is to indetify the perception of SPI student
for subject Manhaj al-Tafsir. The aspects that are going to be studied here is student
understanding for this subject, the teaching and learning process and the importance of
this subject. There are 115 students have been chosen as the samples in this research.
The instument which is used in this research including questionnaire which is
constructed by the researcher. The reliability degree (alpha cronbach) for this research is
0.864. The data were analyzed by Statistical Package For Social Science (SPSS 12.0)
software with descriptive analysis (by frequency and percentage). The outcome of the
research represent the SPI students have a positive perception and high interest about
Manhaj al-Tafsir subject. For overall, the perception of the importance this subject was
present in the highest level and the value of mean is 4.15. The understanding for this
subject represent the medium mean score with 3.16, while the mean average for teaching
and learning for this subject is 3.80 which are in the highest level.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
viii
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 8
1.8.1 Persepsi 8
1.8.2 Pelajar SPI 9
1.8.3 Matapelajaran 9
1.8.4 Manhaj al-Tafsir 10
1.9 Penutup 11
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Al-Qur'an Dan Ilmu tafsir 13
2.2.1 Al-Qur'an pada Bahasa 13
2.2.2 Al-Qur'an Pada Istilah 14
2.2.3 Al-Qur'an Diwahyukan Kepada 15
Nabi Muhamad s.a.w
2.2.4 Sejarah Penurunan Al-Qur’an 16
2.2.5 Hikmah Diturunkan Al-Qur’an 20
Secara Beransur-ansur
2.2.6 Ilmu Al-Tafsir 22
2.2.6.1 Definisi Tafsir 22
2.2.6.2 Keutamaan Ilmu Tafsir 23
2.2.7 Syarat Untuk Menjadi Mufassir 26
ix
2.3 Perbahasan Ilmu Manhaj al-Tafsir 26
2.3.1 Metodologi pentafsiran Al-Qur'an 28
2.3.2 Tafsir bi al-Ma’thur 28
2.3.2.1 Kelemahan Pendapat Sahabat 30
Dan Tabi‘in dalam metode
Tafsir bi al- Ma’thur
2.3.2.2 Kitab-kitab Tafsir bi al-Ma'thur 31
2.3.3 Tafsir bi al-Ra’yi 32
2.3.3.1 Pembahagian Tafsir Bi Al-Ra’yi 32
2.3.3.2 Karya-karya Tafsir bi al-Ra’yi 34
2.3.4 Tafsir al-Isyari atau Sufi 35
2.3.4.1 Pendapat Ulama Tentang 36
Tafsir Al-Isyari
2.3.5 Tafsir al-Tahlili 36
2.3.6 Tafsir al-Ijmali 37
2.3.7 Tafsir al-Muqaran 37
2.3.8 Tafsir al-Maudhu'iy 38
2.3.8.1 Bentuk-bentuk Tafsir al-Maudhu'iy 39
2.4 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 40
2.4.1 Konsep Pengajaran 40
2.4.2 Konsep Pembelajaran 41
2.4.3 Bentuk Perlaksanaan Pengajaran 42
Yang Berkesan
2.4.4 Proses Pengajaran dan Pembelajaran 43
Manhaj al-Tafsir
2.4.4.1 Kaedah Syarahan 44
2.4.4.2 Kaedah Pembentangan Kumpulan 45
x
2.5 Sinopsis Matapelajaran Manhaj al-Tafsir 46
2.5.1 Rujukan Pembelajaran yang dicadangkan 47
2.6 Kepentingan Mempelajari Manhaj al-Tafsir 48
2.7 Kajian-kajian yang Lepas 50
2.8 Penutup 53
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 54
3.2 Reka Bentuk Kajian 55
3.3 Lokasi Kajian 55
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 56
3.5 Instrumen Kajian 56
3.6 Tatacara Kajian 58
3.7 Analisis Data 58
3.8 Jangka Masa Kajian 59
3.9 Kesimpulan 50
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 61
4.2 Dapatan Kajian 61
4.3 Bahagian A: Maklumat Peribadi Responden 62
4.3.1 Jantina 62
4.3.2 Umur 63
4.3.3 Tahun Pengajian 64
4.3.4 Kelulusan 64
4.3.5 CGPA Terakhir 65
4.4 Analisis Data Bahagian B, C, dan D 65
xi
4.4.1 Bahagian B (Objektif Pertama) 66
4.4.2 Bahagian C (Objektif Kedua) 72
4.4.3 Bahagian D ( objektif Ketiga) 78
4.5 Kesimpulan 89
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 90
5.2 Perbincangan 91
5.2.1 Latar Belakang Responden 91
5.2.2 Mengenal Pasti Penguasaan Pelajar SPI 93
Terhadap Matapelajaran Manhaj al-Tafsir
5.2.3 Mengenalpasti Persepsi Pelajar SPI 95
Terhadap Proses P&P Manhaj al-Tafsir
5.2.4 Persepsi Terhadap Kepentingan 97
Manhaj al-Tafsir
5.3 Rumusan 99
5.4 Cadangan 100
5.4.1 Cadangan Tindakan 101
5.4.2 Cadangan kajian Lanjutan 102
5.5 Penutup 103
BIBLIOGRAFI 104
LAMPIRAN 108
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL PERKARA MUKA SURAT
3.1 Jangka masa Kajian 59
4.1 Taburan Jantina Responden 62
4.2 Taburan Umur Responden 62
4.3 Taburan Tahun Pengajian 62
4.4 Taburan Kelulusan 63
4.5 Taburan CGPA Terakhir 65
4.6 Keputusan Peperiksaan Manhaj al-Tafsir 66
4.7 Kefahaman Topik Matapelajaran 67
4.8 Kesukaran Matapelajaran Manhaj al-Tafsir 67
4.9 Kefahaman Sukatan Matapelajaran 68
4.10 Menerangkan Metode-metode Pentafsiran 68
4.11 Keyakinan Menyampaikan kepada orang lain 69
4.12 Ketidakfahaman Metode-metode yang digunakan 69
4.13 Pembahagian Metode Tafsir bi al-Mathur 70
4.14 Membezakan metode-metode Pentafsiran 70
4.15 Merujuk bahan rujukan yang lain 71
4.16 Penerangan Pensyarah berkaitan Matapelajaran 72
4.17 Pensyarah Menjelaskan kandungan Matapelajaran 72
4.18 Pengajaran Pensyarah 73
4.19 Pengajaran pensyarah Menarik 73
xiii
4.20 Kepelbagaian Teknik Pengajaran 74
4.21 Pendekatan Pengajaran 74
4.22 Teknik Menarik Minat Pelajar 75
4.23 Mengulangkaji sebelum Pembelajaran 76
4.24 Membuat Perbincangan bersama pensyarah 76
4.25 Kemukakan persoalan kepada Pensyarah 77
4.26 Meningkatkan CGPA 78
4.27 Penting Kepada Pelajar pengkhususan Peng. Islam 78
4.28 Berasa rugi jika tidak Mempelajari matapelajaran ini 79
4.29 Menambahkan Ilmu Pentafsiran al-Qur'an 80
4.30 Tidak Penting untuk kursus SPI 80
4.31 Memberikan Motivasi dan Semangat 71
4.32 Bentuk Metode yang tidak boleh di gunakan 82
4.33 Matapelajaran ini tidak Meningkatkan pengentahuan 82
Dalam bidang pentafsiran al-Qur'an
4.34 Terdorong untuk menkaji al-Qur'an 83
4.35 Intisari Kandungan matapelajaran
manhaj al-Tafsir banyak memberi manfaat 84
4.36 Objektif pertama 85
4.37 Objektif Kedua 86
4.38 Objektif Ketiga 88
xiv
SENARAI SINGKATAN
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
FP - Fakulti Pendidikan
s.a.w - Sallallahu Alaihi Wassalam
S.W.T - Subhanahu Wata’ala
SS - Sangat Setuju
S - Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
KS - Kurang Setuju
TS - Tidak Setuju
SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pendidikan Islam)
UM - Universiti Malaya
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SPSS - Statistical Package For Social Science
SPACE - Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan
Berterusan
CGPA - Cumulative Grade Point Average
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN MUKA SURAT
A Contoh Borang Soal Selidik 108
B Surat Akuan Pelajar dari PPIPS, 113
UTM Skudai
C Surat Permohonan Kepada 114
Perpustakaan UM
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Al-Qur’an merupakan wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhamad s.a.w,
penurunannya menjadi garis panduan yang jelas kepada umat manusia seluruhnya.
Kandungannya merangkumi segala keperluan manusia baik dari segi aspek, akidah,
ibadat, muamalat, hukum-hukum jenayah, kekeluargaan, akhlak, ekonomi, politik dan
sebagainya. Menurut Abdul Razak Mahmud (1989: 5) Al-Qur’an ialah kalam Allah
S.W.T yang merupakan mukjizat yang diwahyukan kepada Nabi Muhamad s.a.w yang
disampaikan kepada kita dengan jalan yang mutawatir dan membacanya adalah satu
ibadat.
Proses mendalami ilmu al-Qur’an pentafsiran merupakan satu aspek yang
terpenting dalam memahami isi kandungannya dan ianya juga dikira sebagai asas
pembinaan generasi muslim yang celik ilmu pengetahuan. Menurut Muhamad Ali al-
Shabuni (1996: 89) Tafsir merupakan kunci gudang penyimpanan yang terkandung
2
dalam al-Qur'an.Tanpa dengannya kita tidak mungkin sampai kepada gudang
penyimpanan yang penuh dengan permata mutiara itu. Menurut Mazlan Ibrahim
(2002: 3) Tujuan yang paling tinggi dari tafsir iaitu menzahirkan hidayah al-Qur'an dan
pengajarannya serta menerangkan maksud yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.
Sejak awal penurunan al-Qur’an lagi Allah S.W.T telah mengamanahkan
RasulNya, dengan tugas mentafsirkan makna yang terkandung dalam al-Qur’an. Ini
dapat difahami melalui Firman Allah S.W.T : (Surah al-Nahl 16:44):
ÏM≈uΖÉi�t7ø9 $$ Î/ Ì� ç/–“9 $#uρ 3 !$ uΖø9 t“Ρr& uρ y7ø‹s9 Î) t� ò2Ïe%!$# tÎi t7çF Ï9 Ĩ$ ¨Ζ=Ï9 $ tΒ tΑÌh“çΡ öΝÍκ ö�s9 Î)
Νßγ‾= yès9 uρ šχρ ã� ©3x tGtƒ ∩⊆⊆∪
Terjemahannya :
(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang
jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan kitab-kitab suci
(yang menjadi panduan) ;Dan kami pula turunkan kepadamu (wahai
Muhammad) Al-Qur’an yang memberi peringatan, supaya engkau dapat
menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan
kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya.
Rentetan daripada itu, zaman sahabat juga al-Qur’an ditafsirkan, sehingga ke
zaman tabi‘in, kemudian tabi‘ tabi‘ in mereka juga membuat pentafsiran terhadap al-
Qur’an. Kesemua generasi pentafsir al-Qur’an ini menggunakan manhaj atau metode
pentafsiran yang pelbagai.
3
Menurut Muhamad Ali al-Shabuni (1996: 95) Secara ilmiah, Tafsir terbahagi
kepada tiga bahagian. Yang pertama Tafsir bi al-riwayah yang juga dikenali dengan
Tafsir bin-nakl ataupun Tafsir bi al-ma’tsur. Tafsir bi al-riwayah ini dibahagi kepada
tiga bahagian. Adakalanya pentafsiran al-Qur’an dengan ayat al-Qur’an, pentafsiran al-
Qur’an dengan Hadis Nabi, dan pentafsiran al-Qur’an dengan ucapan para sahabat.
Yang kedua adalah Tafsir bi al-dirayah yang disebut juga sebagai Tafsir bi al-
Ra’yi. Dalam Tafsir ini seorang pentafsir al-Qur’an berpegang pada ijtihadnya. Bukan
berpegang kepada Atsar yang diambil dari para sahabat atau para tabi‘in. Tafsir Bi al-
Ra’yi adalah suatu bentuk ijtihad yang dibangunkan di atas dasar-dasar yang benar serta
kaedah-kaedah yang betul yang harus digunakan setiap orang yang hendak mentafsirkan
al-Qur’an.
Menurut Fauzi Deraman (2001: 97)Tafsir bi al-Ra'yi terbahagi kepada dua
bahagian iaitu Tafsir bi al-Ra'yi al-Mazmum (Tafsir yang tercela) dan yang kedua ialah
Tafsir bi al-Ra'yi al-Mamduh. Tafsir bi al-Ra'yi al-Mamduh adalah pentafsiran yang
sesuai dengan tujuan syari', jauh dari kebodohan dan kesesatan, sesuai dengan kaedah-
kaedah Bahasa Arab serta berpegang pada uslub-uslubnya dalam memahami nas-nas al-
Qur’an. Sesiapa yang mentafsirkan al-Qur'an dengan pendapatnya, iaitu dengan
ijtihadnya dengan memenuhi syarat-syarat yang tersebut, serta berpegang kepadanya
dalam memberikan makna-makna terhadap ayat-ayat al-Qur'an.
Tafsir bi al-Ra'yi al-Mazmum adalah pentafsiran al-Qur'an tanpa berdasarkan
ilmu dan juga tidak mengetahui kaedah-kaedah bahasa atau syari’ah, ataupun mereka
mentafsirkan ayat Allah berdasarkan mazhabnya yang rosak ataupun keadaan bi’ahnya
yang tersesat.
4
Tafsir yang ketiga adalah Tafsir al-Isyari. Ia Merupakan suatu bentuk ta’wil al-
Qur'an yang berbeza dengan zahir lafaz atau ayat, kerana ianya menjuruskan kepada
isyarah-isyarah yang sangat rahsia yang hanya diketahui oleh sebahagian Ulul Ilmi dan
‘ arifin (orang yang ma‘rifat kepada Allah).Sehingga mereka mampu menemui rahsia-
rahsia al-Qur’an.
Menurut al-Farmawi (2002: 23) kebanyakan ulama tafsir menulis kitab-kitab
tafsir yang menggunakan berbagai kaedah tafsir iaitu Metode Tahlili, Metode Ijmali,
Metode Muqaran dan Metode Maudhui'y. Penghuraian yang lebih lanjut terhadap
metode-metode tersebut adalah di dalam perbincangan yang selanjutnya.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendekatan yang diambil oleh pentafsir dalam mentafsirkan ayat-ayat suci al-
Qur'an melalui penulisan adalah berbeza-beza mengikut tempat dan masa serta mengikut
kepelbagaian kaedah (metode tafsir) masing-masing. Namun begitu perlu kita sedari
bahawa di sana terdapat cara dan ketetapan tertentu yang telah digariskan oleh ahli tafsir
agar ianya tidak terkeluar dari kehendak asal al-Qur'an. Di antaranya ialah keperluan
untuk menguasai Bahasa Arab, Ilmu Usul Fiqh, Ilmu Nasikh Mansukh, Asbab al-Nuzul
dan lain-lain. Dengan kata lain seorang pentafsir perlu menguasai ulum al-Qur’an
sebelum mereka melayakkan diri untuk mentafsirkan al-Qur'an.
Selain itu seorang Mufassir perlu menguasai ilmu Manhaj al-Tafsir dan usul al-
Tafsir supaya hasil pentafsiran mereka tidak terseleweng dari kehendak agama Islam
sendiri, begitu juga agar mereka tidak terpesong dari pengertian ayat al-Qur’an itu
sendiri. Ini menunjukkan pengetahuan terhadap Manhaj al-Tafsir merupakan perkara
5
pokok bagi seseorang Mufassir sebelum mereka memilih pendekatan metode yang
sesuai untuk mentafsirkan ayat al-Qur’an.
Jika kita mengkaji dengan lebih mendalam tentang ilmu pentafsiran al-Qur'an
ini, terdapat juga golongan Mufassir ini mentafsirkan al-Qur'an semata-mata untuk
kepentingan diri mereka yang hanya mengikuti nafsu mereka sahaja. Mereka telah
melakukan penyelewengan dalam agama Islam itu sendiri. Perkara ini tidak akan dapat
dikesan atau dijejaki melainkan seseorang yang pakar dalam bidang ilmu Manhaj al-
Tafsir dan Usul al-Tafsir. Hal ini amat merbahaya dan ianya boleh merosakkan
pegangan ataupun pemahaman masyarakat terhadap persoalan akidah, ibadat, muamalat
dan segala hukum hakam yang berkaitan dengan agama Islam.
Sememangnya ilmu yang berkaitan dengan pentafsiran al-Qur’an amat penting
dan perlu dikuasai dengan baik oleh bakal pendidik yang bergelar ustaz dan ustazah.
Pemahaman mereka yang jelas dan benar terhadap ilmu yang berkaitan dengan al-
Qur’an ini akan menjadikan mereka sebagai pendakwah-pendakwah yang berilmu,
bertakwa dan mempunyai ilmu yang cukup sebelum mereka membimbing orang lain.
Mata pelajaran ini memberi gambaran yang jelas kepada pelajar tentang penggunaan
manhaj atau kaedah untuk mentafsirkan ayat-ayat suci al-Qur’an.
1.3 Pernyataan Masalah
Matapelajaran Manhaj al-Tafsir merupakan matapelajaran teras, yang wajib di
ambil oleh pelajar-pelajar yang mengikuti kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam). Kod mata pelajaran ini ialah SLQ 2112 yang mana akan ditawarkan
kepada pelajar pada semester pertama tahun kedua pengajian.
6
Berdasarkan kepada pengalaman penyelidik yang telah mengambil matapelajaran
ini pada semester I sesi 2005/ 2006 yang lalu, Pemahaman serta penguasaan pelajar
termasuk penyelidik sendiri, terhadap ilmu Manhaj al-Tafsir masih lagi di suatu tahap
yang kurang memuaskan. Penyelidik juga percaya pelajar-pelajar lain juga beranggapan
sedemikian , berdasarkan pemerhatian penyelidik bersama mereka ketika perbincangan,
pembentangan kertas kerja dan sebagainya.
Oleh itu, berdasarkan kepada situasi tersebut, maka penyelidik merasakan suatu
keperluan untuk menjalankan kajian ini bagi meninjau dan mengetahui persepsi pelajar
SPI terhadap matapelajaran Manhaj al-Tafsir, sejauhmana penguasaan pelajar SPI,
proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Manhaj al-Tafsir serta kepentingan
matapelajaran Manhaj al-Tafsir kepada mereka.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah:
1. Mengenalpasti penguasaan pelajar SPI terhadap matapelajaran Manhaj al-Tafsir.
2. Mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
matapelajaran Manhaj al-Tafsir.
3. Mengenalpasti persepsi pelajar SPI terhadap kepentingan matapelajaran Manhaj
al-Tafsir.
7
1.5 Persoalan Kajian
1. Sejaumanakah penguasaan pelajar SPI terhadap matapelajaran Manhaj al-Tafsir?
2. Apakah persepsi pelajar SPI terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
matapelajaran Manhaj al-Tafsir?
3. Apakah persepsi pelajar SPI terhadap kepentingan matapelajaran Manhaj al-
Tafsir?