PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen...
Transcript of PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP … dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen...
PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP TEMPOH
PENGAJIAN PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN
LEPASAN IJAZAH
NOORZALIA BINTI ABDULLAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TERHADAP TEMPOH PENGAJIAN
PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH
NOORZALIA BINTI ABDULLAH
Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi
Syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MEI 2011
iii
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat
juga akhirnya saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini sebagai memenuhi
keperluan syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup).
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan
khasnya kepada Cik Sarimah Binti Ismail selaku Penyelia Projek Sarjana Muda ini.
Jutaan terima kasih tulus saya ucapkan kerana menunjukkan kesungguhan dan sikap
prihatin yang sangat telus dalam usaha mendidik dan membimbing saya ke arah
kemantapan ilmu pengetahuan dan kecekalan hati dalam mengharungi pengalaman-
pengalaman baru yang mengujakan.
Terima kasih juga saya tujukan kepada pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan
Asas di UPM dan UPSI kerana membenarkan saya menjalankan kajian ini.
Sesungguhnya komitmen yang diberikan amat membantu dan mengajar saya erti
usaha gigih yang mendorong saya berdikari meneruskan perjuangan sehingga ke
tahap ini.
Akhir kata, saya panjatkan kesyukuran tidak terhingga kepada kedua ibu bapa
saya, adik beradik serta tunang yang tersayang kerana tidak putus-putus memberi
dorongan dan sokongan sehingga kini. Sekalung penghargaan turut saya tujukan
kepada rakan seperjuangan serta kepada semua yang terlibat kerana sudi memberikan
kerjasama sepanjang saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Sekian, terima kasih.
iv
DEDIKASI
Khas buat Ma, Puan Maimun Binti Haji Samah, Abah, Encik Abdullah Bin Hussain.
Saudara-saudara kandungku yang disayangi,
Marini (Akak), Rizalman (Abe), Noor Afzan (Ije), Zul Hafiz (Adik).
Istimewa buat tunang tercinta,
Encik Ahmad Boestaman Bin Samsudin (Abang Boes).
Sesungguhnya, Berkat doa dan restu kalian,
Sokongan dan semangat yang diberikan, Menguatkan lagi iktizam diri untuk berjaya hingga ke tahap ini.
Buat rakan-rakan seperjuangan
Terima kasih atas segala bantuan dan tunjuk ajar.
Semoga jasa kalian semua diberkati Allah S.W.T.
v
ABSTRAK
Isu pengajaran guru-guru yang kurang berkesan dalam kalangan guru-guru
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) telah dibahaskan. Ini mungkin ada kaitan
dengan tempoh program yang singkat untuk mereka menguasai kursus ikhtisas
pendidikan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar
DPLI terhadap program DPLI dari aspek kesesuaian tempoh pengajian program DPLI,
penguasaan kursus pendidikan teknikal, penguasaan kursus ikhtisas pendidikan dan
tahap keyakinan pelajar untuk mengajar. Kajian tinjauan kuantitatif ini melibatkan 118
orang pelajar DPLI pengkhususan Sains Pertanian (SP) dan Ekonomi Rumah Tangga
(ERT) di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI). Data dikumpul menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian dan
dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi
17.0. Darjah kebolehpercayaan bagi instrumen kajian ini ialah 0.8165. Dapatan kajian
menunjukkan kesesuaian tempoh pengajian program DPLI selama 10 bulan berada pada
tahap rendah sementara penguasaan pelajar-pelajar DPLI terhadap kursus pendidikan
teknikal, kursus ikhtisas pendidikan dan keyakinan untuk mengajar pula berada pada
tahap yang sederhana. Kajian ini mencadangkan tempoh pengajian program DPLI
ditambah bersesuaian dengan kurikulum dan silibus bidang pengkhususan untuk
pemantapan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam kursus-kursus pengkhususan dan
ikhtisas pendidikan dan meningkatkan keyakinan mereka untuk mengajar.
vi
ABSTRACT
The less effectiveness of teaching issue among teachers of the Diploma Lepasan
Ijazah (DPLI) has been debated. This might have relationship with short period of the
program for the students to mastery the professional course of education. This study was
conducted to identify DPLI students’ perception towards the program from the aspects
of the suitableness of the DPLI program period, students’ mastery in the technical
education courses, students’ mastery in the professional course of education, and
students’ confident level to teach. The survey quantitative study involved 118 DPLI
students majoring in Agriculture Science and Home Science at the Universiti Putra
Malaysia (UPM) and Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Data were collected
using questionnaire and analysed using the computer software of Statistical Package for
the Social Science (SPSS) version 17.0. Alpha value for the questionnaire was 0.8165.
Findings of the study showed that the suitableness of the 10 month period of the DPLI
program was at the low level while students’ mastery in the technical education courses,
students’ mastery in the professional course of education, and students’ confident level
to teach were at the moderate level. The study was suggested for the period of DPLI
program to be increased consistantly with curriculum and syllabus of subject major of
the program in order to establish skill and knowledge of the students in the subject major
as well as professional course of education and increase students’ confident level to
teach.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
DEDIKASI iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN NAMA xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Penyataan Masalah 16
viii
1.4 Objektif Kajian 17
1.5 Persoalan Kajian 18
1.6 Kepentingan Kajian 18
1.6.1 Kementerian Pengajian Tinggi 19
1.6.2 Pelajar-pelajar DPLI 19
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 20
1.7.1 Skop Kajian 20
1.7.2 Batasan Kajian 21
1.8 Definisi Operasional 22
1.8.1 Tempoh Pengajian 22
1.8.2 Kursus Ikhtisas Pendidikan 22
1.8.2.1 Kemahiran Pedagogi 23
1.8.3 Pendidikan Teknikal 23
2 SOROTAN KAJIAN 25
2.1 Pengenalan 25
2.2 Program DPLI 26
2.2.1 Tempoh Pengajian Program DPLI 27
2.3 Kursus Ikhtisas Pendidikan 29
2.3.1 Kemahiran Pedagogi 32
2.3.2 Kepentingan Pedagogi 33
2.3.3 Kemahiran Pedagogi Dalam Pendidikan 36
Teknikal
2.4 Pendidikan Teknikal 38
2.4.1 Kurikulum Pendidikan Teknikal 39
2.4.2 Pembahagian Kursus Mengikut Semester 40
2.5 Keyakinan Diri Bakal Guru 42
2.5.1 Persediaan Bagi Proses Pengajaran Dan 44
ix
Pembelajaran
2.5.2 Pengetahuan Bakal Guru Mengajar Amali 47
2.6 Penilaian Pengajian Program DPLI Di IPTA 48
3 METODOLOGI KAJIAN 52
3.1 Pengenalan 52
3.2 Rekabentuk Kajian 52
3.3 Tempat Kajian 53
3.4 Populasi Dan Persampelan Kajian 54
3.5 Istrumen Kajian 55
3.6 Kesahan 57
3.7 Kajian Rintis 58
3.8 Kebolehpercayaan 58
3.9 Analisis Data 61
3.10 Proses Kerja 62
3.11 Prosedur Kajian 64
4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 65
4.1 Pengenalan 65
4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 66
4.2.1 Peratus Responden Mengikut Jantina 66
4.2.2 Peratus Responden Berdasarkan Taraf 67
Perkahwinan
4.2.3 Peratus Responden Berdasarkan Pengalaman 68
Mengajar
4.2.4 Peratus Responden Mengikut Jurusan 69
Pengkhususan Peringkat Sarjana Muda
x
4.2.5 Peratus Responden Berdasarkan Pengkhususan 70
Major Program DPLI
4.2.6 Peratus Responden Berdasarkan Pengkhususan 71
Minor Program DPLI
4.3 Bahagian B: Analisis Item Soal Selidik 72
4.3.1 Tahap Kesesuaian Program DPLI Pendidikan 73
Teknikal Berdasarkan 10 Bulan Pengajian
4.3.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Pelajar-pelajar 76
DPLI Dalam Kursus Ikhtisas Pendidikan
4.3.3 Tahap Penguasaan Kemahiran Pelajar-pelajar 78
DPLI Dalam Kursus Pendidikan Teknikal
4.3.4 Tahap Keyakinan Pelajar-pelajar DPLI Dalam 80
Kursus Pendidikan Teknikal Untuk Mengajar
4.4 Rumusan 82
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 84
5.1 Pengenalan 84
5.2 Rumusan 84
5.3 Perbincangan Hasil Kajian 85
5.3.1 Perbincangan Latar Belakang Responden 85
5.3.2 Perbincangan Tahap Kesesuaian Program 87
DPLI Pendidikan Teknikal Berdasarkan
10 Bulan Tempoh Pengajian
5.3.3 Perbincangan Tahap Penguasaan Kemahiran 88
Pelajar-Pelajar DPLI Dalam Kursus Ikhtisas
Pendidikan
5.3.4 Perbincangan Tahap Penguasaan Kemahiran 90
Pelajar-Pelajar DPLI Dalam Kursus Pendidikan
Teknikal
xi
5.3.5 Perbincangan Tahap Keyakinan Pelajar-Pelajar 92
DPLI Program Teknikal Untuk Mengajar
5.4 Cadangan Kepada Pihak Yang Berkenaan 94
5.5 Cadangan Kajian Akan Datang 97
5.6 Kesimpulan 98
RUJUKAN 100
LAMPIRAN 105
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Pecahan Tempoh Pengajian Program KPLI Dan DPLI 4
1.2 Kursus-kursus Program DPLI Yang Ditawarkan Oleh IPTA 5
1.3 Statistik Pendaftaran Pelajar-pelajar DPLI Pengkhususan ERT 6
Dan SP Di UPM
1.4 Komponen Kursus Bagi Kurikulum Program DPLI 7
1.5 Agihan Kursus Mengikut Semester Bagi Program DPLI/ERT 8
Dan DPLI/SP
1.6 Kursus-kursus Tumpuan Kedua Bagi Program Perdana ERT 9
Dan SP
1.7 Kursus-kursus Ikhtisas Pendidikan Bagi Program Perdana 10
ERT Dan SP
1.8 Ringkasan Keputusan Peperiksaan Kursus Ikhtisas Pendidikan 12
Bagi Pelajar DPLI Program SP Dan ERT Semester Pertama
Sesi 2009/2010
1.9 Ringkasan Keputusan Peperiksaan Kursus Pendidikan Teknikal 13
(Tumpuan Kedua) Bagi Pelajar DPLI Program SP Dan ERT
Semester Pertama Sesi 2009/2010
1.10 Ringkasan Keputusan Peperiksaan Kursus Ikhtisas Pendidikan 13
xiii
Bagi Pelajar DPLI Program SP Dan ERT Semester Kedua
Sesi 2009/2010
1.11 Ringkasan Keputusan Peperiksaan Akhir Bagi Pelajar-pelajar 14
DPLI Program SP Sesi 2009/2010 Mengikut Jurusan Peringkat
Sarjana Muda
1.12 Ringkasan Keputusan Peperiksaan Akhir Bagi Pelajar-pelajar 15
DPLI Program ERT Sesi 2009/2010 Mengikut Jurusan Peringkat
Sarjana Muda
2.1 Agihan Kredit Mengikut Komponen Kursus Ikhtisas Pendidikan 30
2.2 Agihan Tempoh Pengajian Program DPLI 40
2.3 Agihan Kursus Mengikut Semester Bagi Program DPLI/ERT 41
Dan DPLI/SP
3.1 IPTA Yang Menawarkan Kursus-Kursus PTV Dalam 54
Program DPLI
3.2 IPTA Yang Dipilih Sebagai Sampel Kajian 55
3.3 Maklum Balas Dan Skor Skala Likert Terhadap Item 56
3.4 Pekali Alpha Cronbach 59
3.5 Nilai Alpha Bagi Item Dalam Borang Soal Selidik 60
3.6 Penambahbaikan Item Soal Selidik Dalam Pembolehubah 61
Kajian Ke-Dua
4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina 66
4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan Taraf 67
Perkahwinan
4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan 68
Pengalaman Mengajar
4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut Jurusan 69
Pengkhususan Peringkat Sarjana Muda
4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan 70
Pengkhususan Major Program DPLI
xiv
4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden Berdasarkan 71
Pengkhususan Minor Program DPLI
4.7 Maklum Balas Dan Skor Skala Likert Terhadap Item 72
4.8 Maklum Balas Peratusan Dan Tahap Skor Skala Likert 73
Terhadap Item
4.9 Tahap Kesesuaian Program DPLI Pendidikan Teknikal 73
Berdasarkan 10 Bulan Tempoh Pengajian
4.10 Tahap Penguasaan Kemahiran Pelajar-pelajar DPLI Dalam 76
Kursus Ikhtisas Pendidikan
4.11 Tahap Penguasaan Kemahiran Pelajar-pelajar DPLI Dalam 78
Kursus Pendidikan Teknikal (ERT/SP)
4.12 Tahap Keyakinan Pelajar-pelajar DPLI Dalam Kursus Pendidikan 80
Teknikal Untuk Mengajar
4.13 Keputusan Keseluruhan Bagi Setiap Aspek Kajian Dalam Purata 83
Peratusan
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Faktor Pengajaran Dan Pembelajaran 46
2.2 Model Penilaian Donald Kirkpatrick 48
3.1 Proses Kerja Keseluruhan Kajian 62
3.2 Prosedur Keseluruhan Kajian 64
4.1 Peratus Responden Mengikut Jantina 66
4.2 Peratus Responden Berdasarkan Taraf Perkahwianan 67
4.3 Peratus Responden Berdasarkan Pengalaman Mengajar 68
4.4 Peratus Responden Berdasarkan Pengkhususan Major 70
Program DPLI
xvi
SENARAI SINGKATAN NAMA
DPLI - Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
ERT - Ekonomi Rumah Tangga
IPG - Institut Pendidikan Guru
KPLI - Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
KPTM - Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
PTV - Pendidikan Teknik Dan Vokasional
SP - Sains Pertanian
UPM - Universiti Putra Malaysia
UPSI - Universiti Pendidikan Sultan Idris
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Set Borang Soal Selidik 105
B Surat Permohonan Mendapatkan Maklumat Pelajar-pelajar 111
DPLI Yang Mengikuti Kursus ERT Dan SP Di UPM
C Surat Pemohonan Pengesahan Isi Kandungan Instrumen 114
Kajian (Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan)
D Surat Pengesahan Isi Kandungan Instrumen Kajian 115
(Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan)
E Surat Pemohonan Pengesahan Isi Kandungan Instrumen 116
Kajian (Jabatan Pendidikan Asas)
F Surat Pengesahan Isi Kandungan Instrumen Kajian 117
(Jabatan Pendidikan Asas)
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bilangan penduduk Malaysia semakin bertambah dari setahun ke setahun. Pada
tahun 2007 terdapat 27.17 juta penduduk negara, meningkat kepada 27.73 juta orang
pada tahun 2008. Angka ini meningkat kepada 28.31 juta orang pada tahun 2009
(Laporan Jabatan Perangkaan Negara, 2009). Keadaan ini menyebabkan pembukaan
sekolah-sekolah baru giat dijalankan untuk menampung pertambahan bilangan pelajar.
Pada tahun 2008 sebanyak 9,825 buah sekolah ditubuhkan dan meningkat kepada 9,922
buah sekolah pada tahun 2010 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010). Ini bererti
bilangan guru terlatih juga perlu ditambah untuk menampung kebanjiran pelajar-pelajar
ini.
Seramai 1,473 daripada 60,000 jumlah pemohon bergraduan di seluruh negara,
terpilih untuk memasuki program Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) ambilan
Januari 2010 bagi memenuhi 17 bidang pengajian di 27 Institut Pendidikan Guru (IPG).
2
Manakala seramai 1,136 calon guru lepasan program Diploma Pendidikan Lepasan
Ijazah (DPLI) yang telah menamatkan pengajian mereka pada bulan
November/Disember 2009 berjaya mengurangkan jumlah kekosongan guru-guru
sekolah menengah sebanyak 11,238 orang. Sehingga Januari 2010 masih lagi terdapat
kekurangan 11,238 orang guru di sekolah menengah dan 5,211 orang guru di sekolah
rendah (Akhbar Utusan Malaysia, 29 Januari 2010). Pengambilan pelajar-pelajar DPLI
dan KPLI telah berjaya membantu mengurangkan kekosongan guru di sekolah-sekolah
yang terlibat.
Walaubagaimanapun penempatan pelajar-pelajar DPLI untuk mengisi jawatan
guru tetap di setiap sesi persekolahan telah membangkitkan satu isu ketidakpuas hatian
golongan guru perdana suatu ketika dahulu (Akhbar Utusan Malaysia, 29 Januari
2010). Di antara sebabnya ialah pelajar-pelajar DPLI diberi keistimewaan untuk diserap
mengajar terlebih dahulu berbanding pelajar-pelajar aliran perdana kerana kos
pengajian pelajar-pelajar DPLI telah ditaja oleh KPM (KPM, 2010).
Pelaksanaan program pendidikan guru adalah bertujuan menghasilkan bakal
guru yang berkesan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang
demikian, pelajar-pelajar DPLI hendaklah didedahkan kepada pelbagai teknik dan
strategi pengajaran yang boleh dilaksanakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) membantu dalam menentukan unjuran keperluan
guru bagi bekalan sekolah menengah yang mengambil kira perkara- perkara berikut:
a) Kelulusan Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan oleh agensi Pusat (JPA)
yang diperoleh dari tahun ke setahun.
3
b) Tambahan norma perjawatan 1.5 kepada 1.7 guru bagi setiap kelas dan 2.0
kepada 2.5 guru bagi setiap kelas dibuat secara berperingkat-peringkat. Sehingga tahun
2010, tambahan norma 1.5 kepada 1.7 guru bagi setiap kelas di peringkat menengah
telah diperoleh bagi Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 dan norma 2.0 kepada 2.5 guru
bagi setiap kelas Tingkatan 6.
c) Perubahan dasar dari semasa ke semasa yang memberi implikasi keperluan guru
seperti perluasan pra sekolah dan memperkasa mata pelajaran teknik, vokasional dan
kemahiran (Akhbar Utusan Malaysia, 29 Januari 2010).
Pada tahun 1960-an, beberapa perubahan dalam sistem pendidikan negara telah
berlaku. Jawatan Kuasa Penyemak Pelajaran atau lebih dikenali sebagai laporan
Rahman Talib telah mencadangkan supaya satu Program Integrasi dirancang secara
menyeluruh untuk melatih guru bagi sekolah menengah rendah dan penubuhan Sekolah
Menengah Teknik dan Vokasional untuk melatih pelajar-pelajar dalam pelbagai bidang
jurusan berbentuk kemahiran. Perlaksanaan rancangan tersebut telah dibahagikan
kepada tiga tahap. Tahap pertama ialah pada tahun 1963 hingga 1965, manakala tahap
kedua ialah pada tahun 1966 hingga 1970 dan tahap ketiga ialah pada tahun 1971
hingga 1975. Maka sehingga sekarang berkembangnya pengambilan tenaga pengajar
untuk melatih guru-guru berkemahiran teknikal dan vokasional sehingga program DPLI
bagi sekolah menengah dan KPLI bagi sekolah rendah telah dibuka untuk menampung
keperluan guru berkemahiran di setiap sekolah (Mak Soon Sang, 2002).
Program KPLI telah diperkenalkan sejak Januari 2003 oleh Bahagian
Pendidikan Guru (BPG) di maktab-maktab perguruan yang kini dikenali sebagai
Institut Pendidikan Guru (IPG). Antara pengkhususan yang ditawarkan pada waktu
tersebut ialah Pengajian Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Bahasa
Cina, Bahasa Tamil, Matematik, Sains, Pendidikan Pra Sekolah, Bimbingan dan
4
Kunseling, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup (KPM,
2002).
Tempoh pengajian bagi program DPLI dan KPLI adalah ditetapkan selama 10
bulan (KPM, 2003). Di samping mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik kuliah, pelajar-pelajar ini juga perlu menjalani aktiviti kokurikulum sebagai
sebahagian daripada kurikulum kursus. Struktur dan komponen kursus yang terkandung
dalam Sukatan Pelajaran KPLI menetapkan pelajar-pelajar wajib menjalani latihan
mengajar selama 12 minggu di sekolah rendah yang terpilih.
Jadual 1.1 : Pecahan Tempoh Pengajian Program KPLI dan DPLI
Pecahan Pengajian Program KPLI dan DPLI Tempoh Pengajian Pengajian Semester Pertama 12 Minggu Peperiksaan Akhir Semester Pertama 1 Minggu Cuti Antara Semester 1 Minggu Pengajian Semester Kedua 12 Minggu Peperiksaan Akhir Semester Kedua 1 Minggu Cuti Sebelum Latihan Mengajar 1 Minggu Latihan Mengajar 12 Minggu Jumlah 40 Minggu
Sumber : Universiti Putra Malaysia, 2010
Program DPLI pula ditawarkan kepada pelajar-pelajar lepasan ijazah yang
melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma pendidikan. Setelah tamat pengajian,
mereka akan mengajar di sekolah-sekolah menengah harian, sekolah teknik dan
vokasional. Antara kursus-kursus DPLI yang ditawarkan oleh KPTM adalah seperti
dalam Jadual 1.2.
5
Jadual 1.2 : Kursus-Kursus Program DPLI Yang Ditawarkan Oleh IPTA
Bidang Pengkhususan Pendidikan Sains Dan Sastera
IPTA Yang Menawarkan Program DPLI Kursus Yang Ditawar Dalam Program DPLI
Universiti Malaya (UM) Universiti Sains Malaysia (USM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Universiti Utara Malaysia (UUM) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Universiti Tun Hussin Onn (UTHM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
Pendidikan Jasmani Kaunseling ‘Teaching English as a Second Language’ (TESL) Sains Komputer Perdagangan/Perniagaan Muzik Seni Visual Sejarah Geografi Pendidikan Islam Perdagangan/Keusahawanan Pendidikan Moral Bahasa Antarabangsa Bahasa Arab Bahasa Cina Pengajian Am Kesusasteraan Cina Sivik dan Kewarganegaraan Pendidikan Khas
Bidang Pengkhususan Pendidikan Teknik Dan Vokasional (PTV)
IPTA Yang Menawarkan Program DPLI Kursus Yang Ditawar Dalam Program DPLI
UTM UTHM UPSI UPM
Elektrik dan elektronik Amalan Bengkel Mesin Kimpalan Automotif Penyejukan Penyaman Udara Binaan Bangunan Ekonomi Rumah Tangga (ERT) Sains Pertanian (SP) Kemahiran Teknikal Perdagangan dan Keusahawanan Tanaman Masakan Lukisan Kejuruteraan
Sumber : KPTM, 2010
Statistik kemasukan pelajar-pelajar DPLI program ERT dan SP ke UPM
semakin bertambah dari setahun ke setahun. Ini dibuktikan dengan senarai data
6
kemasukan Januari 2009 iaitu seramai 27 orang pelajar ERT dan 62 orang pelajar SP.
Ambilan Julai 2009 pula seramai 45 orang pelajar ERT dan 40 orang pelajar SP. Bagi
ambilan Julai 2010 pula adalah seramai 61 orang pelajar ERT dan 43 orang pelajar SP
(Buku Panduan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM, 2010) (rujuk Jadual 1.3).
Jadual 1.3 : Statistik Pendaftaran Pelajar-Pelajar DPLI Pengkhususan ERT Dan SP Di
UPM
Tahun Pendaftaran Pelajar DPLI Pengkhususan
ERT/SP
Statistik Pendaftaran Pelajar Mengikut Kursus Jumlah
ERT SP Januari 2009 27 62 89 Julai 2009 45 40 85 Julai 2010 61 43 104
Jumlah Keseluruhan 133 145 278
Sumber : UPM, 2010
1.2 Latar Belakang Masalah
Buku Panduan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM 2009/2010, menggariskan
tiga matlamat program DPLI iaitu untuk melahirkan guru yang :
a) mempunyai pengetahuan dan kemahiran professional dalam bidang pendidikan
b) mampu mengajar dan mengurus mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah
c) mempunyai keupayaan sebagai pemimpin intruksional
Bagi mencapai matlamat di atas, kurikulum program DPLI telah dirangka
merangkumi lima komponen kursus dengan pemberatan sejumlah 40 kredit yang
diperlukan untuk bergraduat dalam tempoh pengajian selama 10 bulan (rujuk Jadual
1.4).
7
Jadual 1.4 : Komponen Kursus Bagi Kurikulum Program DPLI
Komponen Kursus Kredit 1) Ikhtisas Pendidikan 17 2) Kaedah Mengajar 4 3) Pengajaran Mikro 2 4) Kursus Tumpuan Kedua (Berdasarkan pengkhususan PTV)
a. Pengurusan Makanan I Pengkhususan b. Pengurusan Pakaian II ERT c. Kemahiran Manipulatif I d. Pengajaran Praktik Sains Pertanian Pengkhususan e. Pengantar Pendidikan Teknik Dan Vokasional SP f. Kemahiran Manipulatif I
9
5) Latihan Mengajar 8 Jumlah 40
Sumber : UPM, 2010
Komponen kursus ikhtisas pendidikan adalah teras dalam merealisasikan
matlamat program DPLI bersama kursus-kursus kemahiran dalam PTV yang
difokuskan pada semester pertama sahaja. Sembilan kredit diperuntukkan untuk
pelajar-pelajar DPLI ini bagi menguasai kursus tumpuan kedua iaitu dalam bidang
pengkhususan masing-masing. Ini berbeza dengan penawaran kursus kepada pelajar-
pelajar program perdana ERT di mana mereka diwajibkan mengikuti 16 kursus iaitu
sebanyak 43 kredit. Manakala pelajar-pelajar program perdana SP diwajibkan
mengikuti 18 kursus iaitu sebanyak 50 kredit (Buku Panduan Fakulti Pengajian
Pendidikan UPM, 2010).
Selain mengikuti kursus yang disenaraikan dalam kurikulum, pelajar DPLI juga
diwajibkan mengikuti aktiviti Bina Insan yang akan dikendalikan selama seminggu.
Tujuan aktiviti ini ialah untuk mendedahkan pelajar-pelajar tersebut kepada pelbagai
kemahiran insaniah (KPTM, 2010).
Jadual waktu pembelajaran bagi pelajar-pelajar DPLI di setiap lokasi kajian
didapati agak padat sepanjang dua semester. Pada semester pertama, mereka mengikuti
agihan kursus mengikut pengkhususan samada ERT atau SP (rujuk Jadual 1.5).
8
Jadual 1.5 : Agihan Kursus Mengikut Semester Bagi Program DPLI/ERT Dan DPLI/SP
Program Semester 1 Semester 2
ERT
Kursus Kredit Kursus Kredit
Ikhtisas Pendidikan
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia.
2 (2+0)
Ikhtisas Pendidikan
Penaksiran Pembelajaran 3 (2+1)
Aplikasi Psikologi dalam Pendidikan 2 (2+0)
Sekolah dan Masyarakat 2 (2+0) Kajian
Tindakan dalam Pendidikan
3 (2+1)
Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan
3 (2+1)
Pengurusan dan Pengelolaan Kokurikulum
2 (1+1) Kaedah Mengajar 4 (4+0)
Tumpuan Kedua
Pengurusan Makanan I 3 (2+1)
Pengurusan Pakaian II 3 (2+1)
Pengajaran Mikro 2 (0+2) Kemahiran Manipulatif I 3 (2+1)
Jumlah 20 Jumlah 12
SP
Ikhtisas Pendidikan
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia.
2 (2+0)
Ikhtisas Pendidikan
Penaksiran Pembelajaran 3 (2+1)
Aplikasi Psikologi dalam Pendidikan 2 (2+0)
Sekolah dan Masyarakat 2 (2+0) Kajian
Tindakan dalam Pendidikan
3 (2+1)
Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan
3 (2+1)
Pengurusan dan Pengelolaan Kokurikulum
2 (1+1) Kaedah Mengajar 4 (4+0)
Tumpuan Kedua
Kemahiran Manipulatif I 3 (2+1)
Pengajaran Praktik Sains Pertanian 3 (2+1)
Pengajaran Mikro 2 (0+2) Pengantar Pendidikan Teknik Dan Vokasional
3 (3+0)
Jumlah 20 Jumlah 12
Sumber : UPM, 2010
9
Kursus-kursus tumpuan kedua merupakan subjek-subjek pengkhususan bagi
program DPLI. Jadual 1.5 membuktikan, hanya tiga kursus asas dalam kursus tumpuan
kedua iaitu Pengurusan Makanan I, Pengurusan Pakaian II dan Kemahiran Manipulatif
yang wajib dipelajari oleh pelajar-pelajar DPLI program ERT. Manakala pelajar-pelajar
DPLI program SP wajib mempelajari hanya tiga kursus tumpuan kedua iaitu
Kemahiran Manipulatif I, Pengajaran Praktik Sains Pertanian dan Pengantar Pendidikan
Teknik dan Vokasional. Kursus-kursus tumpuan kedua tersebut turut dipelajari oleh
pelajar-pelajar program perdana ERT dan SP hanya pada tahun pertama sahaja (rujuk
Jadual 1.6). Keadaan ini jelas menggambarkan penguasaan tahap kemahiran teknikal
pelajar-pelajar DPLI hanya pada pengetahuan asas bagi setiap pengkhususan mereka.
Jadual 1.6 : Kursus-Kursus Tumpuan Kedua Bagi Program Perdana ERT Dan SP
Bil. Program ERT Program SP Kursus Kredit Kursus Kredit
1 Asas Keusahawan 3 Pertanian Dan Manusia 2 2 Pertanian Dan Manusia 2 Asas Keusahawanan 2 3 Asas Anatomi Dan Fisiologi 2 Pengajaran Praktik Sains Pertanian 3
4 Pengajaran Pengurusan Keluarga 3 Pengantar Pendidikan Teknikal Dan
Vokasional 3
5 Prinsip Pemakanan Manusia 3 Prinsip Ekonomi 3
6 Pengenalan Sains Pengguna 3 Botani Dan Fisiologi Tanaman Hortikultur 4
7 Sains Dalam Penjagaan Rambut 2 Olerikultur 3 8 Kemahiran Manipulatif I 3 Mekanisasi Pertanian 3 9 Kemahiran Manipulatif II 3 Pengurusan Makmal Dan Bengkel 2 10 Pengurusan Makanan I 3 Kemahiran Manipulatif I 3 11 Kosmetologi 2 Kemahiran Manipulatif II 3
12 Kemahiran Manipulatif III 3 Biodiversiti Organisma Dan Pemuliharaan 3
13 Pengurusan Pakaian I 3 Kemahiran Manipulatif III 3 14 Pengurusan Makanan II 3 Pengenalan Perlindungan Tumbuhan 3
15 Pengurusan Makmal Sains Rumah Tangga 2 Pengajaran Pengurusan
Agrateknologi 3
16 Pengurusan Pakaian II 3 Hortikultur Hiasan 3 17 Perkhidmatan Makanan 3 Sains Tanah Asas 3
18 Kaedah Mengajar Sains Rumah Tangga 3 Prinsip-Prinsip Pengeluaran
Ternakan 3
19 Pengurusan Pakaian III 3 Kaedah Mengajar Sains Pertanian 3 Jumlah 52 Jumlah 55
Sumber : UPM, 2010
10
Berdasarkan Jadual 1.5 didapati pelajar-pelajar DPLI pada semester kedua
memerlukan 12 kredit untuk menguasai kursus ikhtisas pendidikan dan pengajaran
mikro. Hanya 8 kursus ikhtisas pendidikan yang wajib dipelajari sepanjang semester
satu dan dua. Jumlah kursus ikhtisas pendidikan bagi pelajar-pelajar DPLI
menunjukkan perbezaan sebanyak 39 kredit berbanding 13 kursus ikhtisas pendidikan
telah diambil oleh pelajar-pelajar program perdana, (rujuk Jadual 1.7).
Jadual 1.7 : Kursus-Kursus Ikhtisas Pendidikan Bagi Program Perdana ERT Dan SP
Bil Kursus Kredit 1 Kokurikulum 3 2 Falsafah Dan Konsep Pendidikan 2 3 Psikologi Pendidikan 3 4 Kemahiran Berfikir 2 5 Sosiologi Pendidikan 2 6 Reka Bentuk Kurikulum 2 7 Teknologi Pendidikan 3 8 Pengujian Dan Penilaian 3 9 Penyelidikan Dan Pendidikan 3 10 Projek Ilmiah Tahun Akhir 6 11 Etika Dan Profesionalisme Keguruan 2 12 Latihan Mengajar Major 4 13 Latihan Mengajar Tumpuan Kedua 4
Jumlah 39
Sumber : UPM, 2010
Jadual 1.6 dan Jadual 1.7 membuktikan pelajar-pelajar program perdana
pengkhususan ERT dan SP mempunyai tempoh pengajian selama empat tahun dengan
pengagihan kursus sebanyak 52 kredit bagi pengkhususan ERT dan 55 kredit bagi
pengkhususan SP dalam kursus tumpuan kedua. Manakala kursus ikhtisas pendidikan,
kaedah mengajar, pengajaran mikro dan latihan mengajar menetapkan syarat untuk
lulus adalah sebanyak 39 kredit.
Berdasarkan syarat-syarat pengambilan pelajar-pelajar DPLI yang ingin
mengikuti pengkhususan SP dan ERT, mereka dikehendaki memiliki Ijazah Sarjana
11
Muda dengan Kepujian dalam mana-mana satu bidang pengkhususan dari IPTA/IPT
yang diiktiraf oleh kerajaan dan diluluskan oleh Senat Universiti (KPTM, 2010). Antara
bidang-bidang pengkhususan pelajar-pelajar DPLI pada peringkat Sarjana Muda yang
kini berjaya mengikuti kursus ERT ialah Sains Makanan, Teknologi Makanan,
Perkhidmatan Makanan, Pembangunan Manusia dan Pengurusan Sumber Manusia.
Manakala pelajar-pelajar DPLI bagi kursus SP, mereka dipilih berdasarkan bidang
pengkhususan pada peringkat Sarjana Muda Sains Perhutanan, Sains Pertanian, Sains
Hortikultur, Sains Biologi dan Sains Bioindustri.
Walaubagaimanapun, bidang-bidang pengkhususan pelajar-pelajar DPLI pada
peringkat Sarjana Muda kurang mempunyai perkaitan dengan kursus-kursus teknikal
dan lazimnya langsung tidak mempelajari kursus-kursus ikhtisas pendidikan yang
ditawarkan kepada pelajar-pelajar DPLI sepertimana yang telah ditunjukkan dalam
Jadual 1.4. Berdasarkan Jadual 1.5, jelas membuktikan terdapat 10 kursus ikhtisas
pendidikan yang wajib dipelajari bagi semua pelajar-pelajar DPLI, manakala hanya
terdapat 3 kursus tumpuan kedua yang perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar DPLI
pengkhususan SP dan ERT.
Dapat disimpulkan bahawa penekanan banyak diberikan kepada kursus-kursus
ikhtisas pendidikan untuk membolehkan pelajar-pelajar menguasai pengetahuan dan
kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran. Kursus-kursus tumpuan kedua kurang
diberi penekanan, walaupun ianya amat penting bagi melengkapkan diri mereka dengan
pengetahuan dan kemahiran kandungan kursus pendidikan teknikal yang menjadi
opsyen utama. Berdasarkan latar belakang pendidikan pelajar-pelajar DPLI yang
berlainan pengkhususan pada peringkat Ijazah Sarjana Muda, maka penguasaan mereka
terhadap kursus-kursus ikhtisas pendidikan dan kursus-kursus tumpuan kedua
memberikan kesan kepada keputusan peperiksaan akhir yang kurang membanggakan
seperti mana yang dapat dibuktikan dalam Jadual 1.8, 1.9 dan 1.10.
12
Jadual 1.8, 1.9 dan 1.10 menunjukkan ringkasan keputusan peperiksaan akhir
semester satu dan semester dua bagi pelajar-pelajar DPLI ambilan Julai 2009. Seramai
85 orang pelajar mengambil program DPLI di mana terdapat 40 orang pelajar
mengambil pengkhususan SP sementara 45 orang pelajar lagi mengikuti pengkhususan
ERT.
Jadual 1.8 : Ringkasan Keputusan Peperiksaan Kursus Ikhtisah Pendidikan Bagi
Pelajar DPLI Program SP dan ERT semester pertama sesi 2009/2010
Gred
Kursus Ikhtisas Pendidikan
Sekolah Dan Masyarakat
Teknologi Dan Inovasi
Dalam Pendidikan
Pengurusan Dan
Pengelolaan Kokurikulum
Falsafah Dan Perkembangan
Pendidikan Malaysia
Aplikasi Psikologi
Dalam Pendidikan
A+ 0 0 0 0 0 A 6 0 39 5 3 A- 13 5 35 11 12 B+ 30 19 8 19 16 B 27 24 3 26 31 B- 6 18 0 23 11 C+ 2 13 0 1 12 C 1 5 0 0 0 C- 0 1 0 0 0 F 0 0 0 0 0
Jumlah 85 85 85 85 85
Sumber : UPM, 2010
13
Jadual 1.9 : Ringkasan Keputusan Peperiksaan Kursus Pendidikan Teknikal (Tumpuan
Kedua) Bagi Pelajar DPLI Program SP dan ERT semester pertama sesi 2009/2010
Gred
Kursus Pendidikan Teknikal (Tumpuan Kedua) SP Dan ERT SP ERT
Kemahiran Manipulatif I
Pengajaran Praktik Sains
Pertanian
Pengantar Pendidikan Teknik Dan Vokasional
Pengurusan Pakaian II
Pengurusan Makanan I
A+ 0 0 0 0 0 A 11 4 11 5 2 A- 30 18 25 11 11 B+ 27 9 4 6 13 B 14 7 0 9 10 B- 3 2 0 9 6 C+ 0 0 0 2 3 C 0 0 0 2 0 C- 0 0 0 0 0 F 0 0 0 0 0
Jumlah 85 40 40 45 45
Sumber : UPM, 2010
Jadual 1.10 : Ringkasan Keputusan Peperiksaan Kursus Ikhtisas Pendidikan Bagi
Pelajar DPLI Program SP dan ERT semester kedua 2009/2010
Gred
Kursus Ikhtisas Pendidikan Penaksiran
Pembelajaran Kajian Tindakan
Dalam Pendidikan Kaedah
MengajarPengajaran
Mikro A+ 0 0 0 0 A 2 2 14 38 A- 9 29 21 29 B+ 24 29 23 12 B 30 23 16 6 B- 17 2 11 0 C+ 2 0 0 0 C 1 0 0 0 C- 0 0 0 0 F 0 0 0 0
Jumlah 85 85 85 85
Sumber : UPM, 2010
14
Jadual 1.8, 1.9 dan 1.10 menunjukkan pelajar-pelajar DPLI tidak berjaya
mendapatkan gred A+ dalam kursus ikhtisas pendidikan dan kursus pendidikan teknikal
(tumpuan kedua). Jadual tersebut juga jelas menunjukkan masih ada segelintir pelajar-
pelajar DPLI yang mendapat gred C dalam kursus ikhtisas pendidikan dan kursus
pendidikan teknikal (tumpuan kedua). Keadaan ini akan mendorong IPTA melahirkan
guru-guru pelatih DPLI yang kurang berkeyakinan, kurang kemahiran mengajar
(pedagogi), kurang menguasai bidang pengkhususan dan kurang mahir dalam
komunikasi (Akhbar Utusan Malaysia, 31 Oktober 2004).
Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan daripada Jadual 1.8, 1.9 dan 1.10,
didapati pencapaian akademik pelajar-pelajar DPLI mempunyai perkaitan antara subjek
pengkhususan ERT dan SP dengan jurusan pengkhususan peringkat Sarjana Muda yang
telah diikuti oleh mereka seperti mana dalam Jadual 1.11 dan 1.12:
Jadual 1.11 : Ringkasan Keputusan Peperiksaan Akhir Bagi Pelajar DPLI Program SP
sesi 2009/2010 Mengikut Jurusan Pengkhususan Peringkat Sarjana Muda
Jurusan Pengkhususan Pelajar DPLI Pada
Peringkat Sarjana Muda
Keputusan Peperiksaan Akhir Bagi Kursus DPLI Pengkhususan SP
Pengajaran Praktik Sains Pertanian
Sains Perhutanan A B- 2 2
Sains Pertanian A- B 2 0
Sains Hortikultur A B 2 0
Sains Biologi A B+ 0 1
Sains Bioindustri A B 0 1
Sumber : UPM, 2010
15
Jadual 1.11 menunjukkan ringkasan keputusan peperiksaan bagi kursus SP, bagi
pelajar-pelajar DPLI pengkhususan SP pada sesi 2009/2010. Keputusan peperiksaan
menunjukkan kursus pengajaran Praktik Sains Pertanian dapat dikuasai dengan baik
oleh pelajar-pelajar yang telah mengikuti jurusan Sains Perhutanan, Sains Pertanian dan
Sains Hortikultur pada peringkat Sarjana Muda. Keadaan ini adalah kerana, pelajar-
pelajar tersebut sudah mempelajari secara mendalam mengenai asas sains pertanian
sehingga membolehkan mereka menguasai kursus pengajaran praktik sains pertanian.
Jadual juga menunjukkan bahawa keputusan peperiksaan pelajar-pelajar jurusan Sains
Biologi dan Sains Bioindustri kurang memberangsangkan dalam menguasai kursus ini
kerana bidang pengkhususan yang diambil pada peringkat sarjana muda tidak berkaitan
dengan silibus pengkhususan SP.
Jadual 1.12 : Ringkasan Keputusan Peperiksaan Akhir Bagi Pelajar DPLI Program
ERT sesi 2009/2010 Mengikut Jurusan Pengkhususan Peringkat Sarjana Muda
Jurusan Pengkhususan Pelajar DPLI Pada
Peringkat Sarjana Muda
Keputusan Peperiksaan Akhir Bagi Kursus DPLI Pengkhususan ERT
Makanan I
Pembangunan Manusia A C+ 0 3
Pengurusan Sumber Manusia
A B- 0 1
Teknologi Makanan
A- B 1 0
Sains Makanan
A B 2 0
Perkhidmatan Makanan
A- B 2 0
Sumber : UPM, 2010
Jadual 1.12 menunjukkan pelajar-pelajar yang mengambil jurusan Teknologi
Makanan, Sains Makanan dan Perkhidmatan Makanan pada peringkat Sarjana Muda,
berupaya menguasai dengan baik kursus Makanan I yang diwajibkan untuk pelajar-
pelajar DPLI pengkhususan ERT. Berbeza dengan pelajar-pelajar jurusan
16
Pembangunan Manusia dan Pengurusan Sumber Manusia, di mana mereka hampir tidak
dapat menguasai kursus Makanan I seperti mana yang ditunjukkan dalam Jadual 1.12 di
atas kerana pengkhususan yang diambil tidak berkaitan dengan jurusan peringkat
Sarjana Muda masing-masing.
Kesimpulannya, pelajar-pelajar DPLI hanya berjaya menguasai dengan baik
kursus-kursus pengkhususan DPLI yang berkaitan dengan pengkhususan mereka
semasa mengikuti Ijazah Sarjana Muda sahaja. Keadaan ini turut menggambarkan
bahawa kursus-kursus pendidikan yang lain kurang dikuasai dengan cemerlang seperti
mana dalam Jadual 1.8, 1.9 dan 1.10 yang menunjukkan masih lagi terdapat sebilangan
pelajar yang memperolehi gred B-, C+, C dan juga C-.
1.3 Penyataan Masalah
Isu pengajaran guru-guru DPLI yang kurang berkesan di sekolah akibat tempoh
pengajian yang singkat untuk mereka menguasai kursus yang diambil telah
dipertikaikan (Akhbar Utusan Malaysia, 31 Oktober 2004). Masalah ini dikaitkan
dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh IPTA terhadap silibus-silibus program DPLI,
di mana mereka hanya mengikuti 3 kursus asas kemahiran teknikal, 7 kursus ikhtisas
pendidikan, kaedah mengajar dan pengajaran mikro selama 2 semester berbanding
pelajar-pelajar perdana yang lain. Satu semester lagi, mereka akan ditempatkan di
sekolah-sekolah menengah untuk menjalani latihan mengajar. Tempoh pengajian
selama 10 bulan, telah membuktikan pelajar-pelajar DPLI pengkhususan ERT dan SP
gagal mencapai gred A+ dalam kursus pendidikan teknikal dan kursus ikhtisas
pendidikan (UPM, 2010). Keadaan ini mendorong pelajar menjadi kurang berkeyakinan
17
untuk mengajar sekiranya mereka tidak dapat menguasai dengan baik pengetahuan teori
dan amali dalam pengkhususan yang diambil (Mohd Shukri, 1999). Kajian ini
dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesesuaian tempoh pengajian program DPLI
terhadap penguasaan kursus pendidikan teknikal dan kursus ikhtisas pendidikan di
universiti tempatan Malaysia. Krusus-krusus PTV seperti program ERT dan SP
merupakan bidang pendidikan yang memerlukan kemahiran khusus yang diiktiraf.
Dalam kajian ini terdapat empat pembolehubah yang dikaji iaitu penguasaan kursus
pendidikan teknikal, kemahiran dalam bidang ikhtisas pendidikan, keyakinan pelajar
DPLI untuk mengajar dan tempoh pengajian program DPLI. Kajian ini dijalankan di
Fakulti Pendidikan Sains dan Teknikal, UPM dan Fakulti Seni dan Muzik di UPSI.
Sampel kajian terdiri daripada pelajar-pelajar DPLI bagi pengkhususan ERT dan SP
iaitu seramai 104 orang di UPM dan 33 orang di UPSI.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti:
a. tahap kesesuaian program DPLI pendidikan teknikal berdasarkan 10 bulan
tempoh pengajian
b. tahap penguasaan kemahiran pelajar-pelajar DPLI dalam kursus ikhtisas
pendidikan
c. tahap penguasaan kemahiran pelajar-pelajar DPLI dalam kursus pendidikan
teknikal
d. tahap keyakinan pelajar-pelajar DPLI dalam kursus pendidikan teknikal
untuk mengajar
18
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang menjadi asas kepada penyelidikan ini boleh dibahagikan
kepada empat aspek iaitu:
a. apakah tahap kesesuaian program DPLI pendidikan teknikal berdasarkan 10
bulan tempoh pengajian?
b. apakah tahap penguasaan kemahiran pelajar-pelajar DPLI dalam kursus
ikhtisas pendidikan?
c. apakah tahap penguasaan kemahiran pelajar-pelajar DPLI dalam kursus
pendidikan teknikal?
d. apakah tahap keyakinan pelajar-pelajar DPLI dalam kursus pendidikan
teknikal untuk mengajar?