PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TAHUN EMPAT · PDF fileDAN KEJURUTERAAN TERHADAP PROGRAM LATIHAN...
-
Upload
nguyenhuong -
Category
Documents
-
view
244 -
download
3
Transcript of PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TAHUN EMPAT · PDF fileDAN KEJURUTERAAN TERHADAP PROGRAM LATIHAN...
PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TAHUN EMPAT PENDIDIKAN TEKNIKAL
DAN KEJURUTERAAN TERHADAP PROGRAM LATIHAN INDUSTRI
DAVID LING EE HUN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TAHUN EMPAT PENDIDIKAN TEKNIKAL
DAN KEJURUTERAAN TERHADAP PROGRAM LATIHAN INDUSTRI
DAVID LING EE HUN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JUN 2009
iv
DEDIKASI
untuk Ibu dan bapa yang tersayang dan tercinta,
Ling Chieng Leh & Goh Ngieng Ping
Kakak dan abang yang disayangi,
Ling Ee Mui
Ling Ee Lang
Ling Ee Seng
Ling Ing Ing
Penyelia Projek Sarjana Muda yang dihormati,
Dr. Mohd Safarin Bin Nordin
Rakan-rakan sejati,
Semua rakan SPH
Kehadiranmu dalam hidup ini amat bermakna. Terima kasih semua.
v
PENGHARGAAN
Dalam usaha menyiapkan Projek Sarjana Muda ini, saya ingin kirimkan ribuan
terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana Muda saya iaitu Dr. Mohd Safarin Bin Nordin
yang telah membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya dengan penuh sabar. Segala
budi beliau akan saya kenangkan dan semoga lebih penuntut-penuntut dapat menimba lebih
banyak pengalaman serta pengetahuan daripada beliau.
Selain itu, saya ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya dalam usaha melahir
dan mendidik saya sebagai seorang insan. Saya juga ingin merakamkan penghargaan
kepada kawan-kawan yang sentiasa membantu dan memberi sokongan kepada saya agar
saya dapat menyiapkan projek ini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau tidak dalam menyiapkan projek ini.
Sekian, terima kasih.
vi
ABSTRAK
Program Latihan Industri berperanan penting dalam menyesuaikan para pelatih dengan cara kerja dan budaya organisasi di tempat kerja sebenar. Latihan ini juga mempercepatkan mereka mengenalpasti kelemahan dan keupayaan masing-masing bagi mengurangkan jurang antara keadaan sedia ada dengan jangkaan kerja seperti yang ditetapkan oleh organisasi. Namun, terdapat aduan bahawa tempoh yang ditetapkan untuk program Latihan Industri sekarang ini adalah tidak mencukupi untuk mendedahkan pelajar kepada keadaan kerja sebenar. Selain daripada itu, pihak industri juga kurang memberi kerjasama dalam hal-hal melatihkan pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar-pelajar tahun empat Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia terhadap program Latihan Industri. Seramai 113 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar mengikuti kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan dalam pengkhususan kejuruteraan awam, elektrik, dan jentera serta kemahiran hidup telah dilibatkan dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Data diproses dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Window 15.0 dan dikemukakan dalam bentuk kekerapan, peratusan, dan min. Dapatan kajian menunjukkan persepsi para pelajar terhadap program Latihan Industri yang dijalankan adalah memuaskan. Pengetahuan yang diperolehi daripada universiti adalah berkaitan dan bersesuaian dengan permintaan bidang industri terkini. Pihak industri telah memberi kerjasama kepada pihak universiti untuk menjayakan program Latihan Industri ini. Selain itu, para pelajar juga telah didedahkan kepada jenis pekerjaan yang berkaitan dengan bidang pengajian mereka di universiti. Walaupun terdapat sebahagian daripada pelajar tidak menganggap bahawa jangkamasa yang ditetapkan untuk program Latihan Industri adalah memadai. Namun begitu, para pelajar berpendapat program Latihan Industri ini memberi banyak kemahiran kepada mereka.
vii
ABSTRACT
Industrial Training programme played an important role in adapting the trainees with working style and organizational culture in the actual workplace. This training also offered chances to them to identify their own capabilites and weaknesses in order to reduce the gap between present situation at university with the actual workplace in future. However, there were complaints that the period allocated for the Industrial Training programme these days were insufficient to expose students to the actual work state. Besides, industrial authorities were also less co-operative in training the students. The purpose of this research was to study the perception of the fourth year students of Technical and Engineering Education, University Technology of Malaysia, on the Industrial Training programme. To achieve this objective, 113 respondents which comprised of the students from Bachelor of Technology with Education in civil engineering, electrical, mechanical, and living skill were involved. The research instrument used was in form of survey. Also, a set of questionnaire which was divided into Part A and Part B were distributed to the respondents. The data was then processed and analyzed by Statistical Package of Social Science Software (SPSS) Windows 15.0 and was stated in form of frequency, percentage and mean. The findings showed satisfactory perception of students on the Industrial Training programme. The knowledge obtained from university was related and matched the demand of the latest industrial field. Industrial authority had given cooperation to university to carry out the Industrial Training programme successfully. Apart from that, students also have been exposed to the types of jobs which are related to their learning fields in the university. The findings showed that although some students felt the period for the Industrial Training programme was too short to meet the objectives, they found out that the programme had actually exposed them to a variety of skills.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Batasan Kajian 8
ix
1.9 Definisi Istilah 8
1.9.1 Persepsi 9
1.9.2 Latihan 9
1.9.3 Industri 10
1.9.4 Latihan Industri 10
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 12
2.2 Kepentingan dan Kebaikan Latihan Industri 13
2.3 Kesesuaian Pengetahuan Teori dan Amali 14
2.4 Kerjasama Daripada Pihak Industri 15
2.5 Kesesuaian Jenis Pekerjaan 16
2.6 Jangkamasa Latihan Industri 17
2.7 Kemahiran Latihan Industri 18
2.8 Masalah Penulisan Laporan 19
2.9 Penutup 20
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 21
3.2 Rekabentuk Kajian 21
3.3 Tempat Kajian 22
3.4 Sampel Kajian 22
3.5 Kajian Rintis 24
3.6 Instrumen Kajian 25
3.7 Prosedur Kajian 26
3.8 Penganalisisan Data 27
3.9 Penutup 29
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 30
4.2 Analisis Berdasarkan Biodata Responden 31
x
4.3 Analisis Berdasarkan Persoalan Kajian 33
4.3.1 Analisis Dapatan Bagi Persoalan Kajian Satu 33
4.3.2 Analisis Dapatan Bagi Persoalan Kajian Dua 36
4.3.3 Analisis Dapatan Bagi Persoalan Kajian Tiga 40
4.3.4 Analisis Dapatan Bagi Persoalan Kajian
Empat
42
4.3.5 Analisis Dapatan Bagi Persoalan Kajian Lima 44
4.3.6 Analisis Dapatan Bagi Persoalan Kajian
Enam
49
4.4 Penutup 51
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 52
5.2 Rumusan 52
5.2.1 Rumusan Berdasarkan Biodata Responden 53
5.2.2 Rumusan Berdasarkan Persoalan-persoalan
Kajian
54
5.3 Perbincangan 56
5.3.1 Kesesuaian Pengetahuan Teori Dan Amali 56
5.3.2 Kerjasama Daripada Pihak Industri 57
5.3.3 Kesesuaian Jenis Pekerjaan 59
5.3.4 Jangkamasa Latihan Industri 61
5.3.5 Kemahiran Latihan Industri 62
5.3.6 Masalah Penulisan Laporan 64
5.4 Cadangan 65
5.5 Cadangan Lanjutan 67
5.6 Penutup 68
RUJUKAN 69
Lampiran A C2 72 - 79
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jadual Krejcie, R. V. and Morgan D. W. yang
menunjukkan kadar menentukan jumlah sampel
daripada populasi
23
3.2 Taburan Skor Mengikut Skala Likert 26
3.3 Pemeringkatan Skala 28
3.4 Skala Nilai Min 29
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 32
4.3 Taburan Responden Mengikut Pengkhususan 32
4.4 Kesesuaian Pengetahuan Teori Dan Amali 34
4.5 Kerjasama Daripada Pihak Industri 37
4.6 Kesesuaian Jenis Pekerjaan 40
4.7 Jangkamasa Latihan Industri 43
4.8 Kemahiran Latihan Industri 45
4.9 Masalah Penulisan Laporan 49
xii
SENARAI SINGKATAN
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
PTK - Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan
SPA - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kejuruteraa