50841425 Penglibatan Ibu Bapa Komuniti Di Peringkat Awal Kanak Kanak
PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP PENGARUH NEGATIF … · persepsi ibu bapa terhadap pengaruh negatif...
Transcript of PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP PENGARUH NEGATIF … · persepsi ibu bapa terhadap pengaruh negatif...
PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP PENGARUH NEGATIF TELEVISYEN
KEPADA KANAK-KANAK : KAJIAN DI KAWASAN PERUMAHAN
TAMAN BAIDURI, JALAN PARIT SEMERAH, PONTIAN, JOHOR
TUAN AZMIRA BINTI TUAN AZIZ
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mei, 2011
iii
DEDIKASI
Ya Allah, Ya Tuhanku
Setinggi-Tinggi Kesyukuran Ku Panjatkan PadaMu
Ku Syukuri Atas Setiap AnugerahMu Yang Tidak Ternilai
Hanya KepadaMu Aku Berserah Dan Memohon Pertolongan
Khas buat semua yang tersayang.....
Ayahanda dan bonda yang tercinta
Tuan Aziz bin Tuan Kub
Raihan binti Abd. Razak
Terima kasih di atas pengorbanan Ma&Abah yang amat bernilai dan berharga buat
anakmu ini
Bersabar dengan karenah dan fiil perangaiku...
Jasa dan kasih sayang yang dicurahkan teramat bermakna buat anakanda Ma&Abah yang teramat kucintai dan kurindui...
Selama-lamanya..
Adinda-adindaku yang tersayang
Azlin, Azmer, Azlan, Azwana, Azfaris dan Aznurin
Kasih dan gelak tawa kalian adalah penawar duka
Pemberi semangat menuju citaku
Dapatku tempuh onak liku
Adindaku sekalian
Ketahuilah kalian, kejayaan tidak datang bergolek…
Ia memerlukan usaha yang gigih & hati yang cekal…
Semoga kalian menjadi insan berguna kelak...amin....
Guru-guru, Pensyarah dan Pendidik yang dihormati Khasnya buat Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad
Ilmu yang dicurah tidak terhingga
Umpama air di lautan
Hanya sekalung budi tersemat di jiwa
Sahabat-sahabat yang dikasihi
Teristimewa buat 4SPI 2007-2011...
Terima kasih atas segala pertolongan dan pengorbanan kalian...
Sahabat-sahabat seperjuanganku....
Kerana Ilmu Kita Bertemu, Kerana Perkenalan Persahabatan Terjalin
Semoga Persahabatan Kita Berkekalan Dan Mewangi Selamanya
Semoga Kejayaan Milik Kita Bersama..
Terima kasih atas segalanya......
Barakallahu fikum…
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, selawat dan salam buat junjungan
Rasulullah SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat, tabi’-tabi’in serta seluruh umat
Islam sekalian. Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia dan izin-Nya, laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan dengan
sempurna. Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat penyelia
yang disegani dan dihormati Ustaz Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad diatas segala
nasihat, dorongan dan bimbingan serta tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang
proses menyiapkan laporan PSM ini.
Teristimewa juga buat Bonda dan Ayahanda serta keluarga tersayang yang
telah banyak berkorban mendidik dan membimbing saya sedari kecil hingga ke hari
ini. Jasa dan pengorbanan mereka tidak akan saya lupakan. Mudah-mudahan Allah
Taala melimpahkan rahmat dan maghfirahNya buat kami seisi keluarga.
Jutaan terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah Fakulti Tamadun Islam
(FTI) di atas tunjuk ajar yang diberikan bagi membantu melengkapkan lagi laporan ini.
Terima kasih juga kepada kakitangan Fakulti Pendidikan, UTM, Perpustakaan Sultanah
Zanariah, di atas segala bantuan dan maklumat yang telah diberikan.
Sekalung ucapan terima kasih juga buat teman-teman seperjuangan yang
banyak membantu memberikan sokongan, dorongan, semangat, idea serta kritikan
yang membina sehingga terhasilnya penulisan ini. Segala budi dan jasamu amat
dihargai sedari di alam perkenalan hingga ke saat ini.
Budi baik dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak sama ada
secara langsung atau tidak langsung amatlah saya hargai. Terutama pelajar Tahun
4, Fakulti Pendidikan, UTM. Hanya Allah Taala yang dapat membalas dan
memberikan ganjaran yang setimpal buat anda semua. Jazakumullahu khairan
kathiran.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi ibu bapa terhadap pengaruh
negatif televisyen kepada kanak-kanak. Objektif pertama kajian ini ialah
mengenalpasti faktor-faktor utama yang mempengaruhi kanak-kanak menonton
televisyen. Objektif kedua ialah mengenalpasti kesan negatif kepada kanak-kanak
yang menonton televisyen dan objektif ketiga pula ialah mengenalpasti peranan ibu
bapa untuk mengatasi pengaruh negatif televisyen kepada kanak-kanak. Seramai 30
orang responden telah dipilih daripada kalangan ibu bapa yang tinggal di kawasan
perumahan Taman Baiduri, Jalan Parit Semerah, Pontian Johor. Set soal selidik
mengandungi 39 soalan berdasarkan objektif kajian telah diedarkan kepada
responden. Nilai Alpha Cronbach dalam kajian ini ialah 0.90. Data yang diperolehi
dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min
menggunakan perisian Statistical Package For Social Science version 15.0 For
Windows. Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi ibu bapa
terhadap pengaruh negatif televisyen kepada kanak-kanak adalah tinggi iaitu 4.66.
Ini berdasarkan kepada min keseluruhan faktor-faktor utama yang mempengaruhi
kanak-kanak menonton televisyen berada pada nilai min 4.64, diikuti dengan kesan
negatif kepada kanak-kanak yang menonton televisyen iaitu 4.53 dan peranan ibu
bapa untuk mengatasi pengaruh negatif televisyen kepada kanak-kanak iaitu 4.82.
Oleh yang demikian, sebagai maklum balas kepada kajian yang dijalankan,
penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada ibu bapa untuk mengatasi
pengaruh televisyen kepada kanak-kanak. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan
untuk penyelidikan pada masa akan datang.
vi
ABSTRACT
The main purpose of this study was to identify parents’ perceptions of the negative
influence of television on children. The first objective of this study was to identify
key factors that influence children television viewing. The second objective was to
determine the impact on children who watch television and the third objective was to
identify the role of parents’ to overcome the negative influence of television on
children. A total of 30 respondents were selected among parents who live in area of
Taman Baiduri, Jalan Parit Semerah, Pontian Johor. Set of questionnaires containing
39 questions based on the objectives of the study were distributed to respondents.
Cronbach Alpha values in this study is 0.90. Data were analyzed descriptively to find
the frequency, percentage and mean using Statistical Package For Social Science
version 15.0 For Windows. Generally, the results showed parents’ perceptions of the
negative influence of television on children is high with the value of 4.66. This is
based on the overall mean key factors that influence children television viewing is
the mean value of 4.64, followed by impact on children who watch television which
is 4.53 and the role of parents to overcome the negative influence of television on
children with the value of 4.82. Thus, in response to the study, the researcher
provided several suggestions to the parents’ to overcome the influence of television
on children. Further research are also recommended for the study in the future.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
viii
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 7
1.9 Kesimpulan 9
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Sejarah Televisyen 10
2.3 Faktor-Faktor Utama Yang Mempengaruhi
Kanak-Kanak Menonton Televisyen 13
2.4 Kesan Negatif Kepada Kanak-Kanak Yang
Menonton Televisyen 18
2.5 Peranan Ibu Bapa Untuk Mengatasi Pengaruh Negatif
Televisyen Kepada Kanak-Kanak 29
2.6 Kajian Lepas 43
2.7 Kesimpulan 45
ix
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 46
3.2 Reka Bentuk Kajian 46
3.3 Tempat Kajian 47
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 48
3.5 Instrumen Kajian 48
3.6 Tatacara Kajian 53
3.7 Analisis Data 55
3.8 Jangka Masa Kajian 56
3.9 Kesimpulan 56
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 57
4.2 Analisis Data Bahagian A 58
4.3 Analisis Data Bahagian B 63
4.4 Analisis Data Bahagian C 68
4.5 Analisis Data Bahagian D 73
4.6 Rumusan Keseluruhan 77
4.7 Kesimpulan 82
x
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 83
5.2 Perbincangan 83
5.3 Rumusan 100
5.4 Cadangan 102
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 102
5.6 Kesimpulan 105
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Pengkelasan Skala Likert 51
3.2 Nilai Skor Min 51
3.3 Klasifikasi Item Mengikut Persoalan Kajian 52
3.4 Tatacara Kajian 53
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 58
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 59
4.3 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 59
4.4 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan 60
4.5 Taburan Responden Mengikut Bilangan Anak Lelaki 60
4.6 Taburan Responden Mengikut Bilangan Anak
Perempuan 61
4.7 Taburan Responden Mengikut Umur Anak Lelaki 61
4.8 Taburan Responden Mengikut Umur Anak Perempuan 62
4.9 Taburan Responden Mengikut Bilangan Televisyen
Di Rumah 62
4.10 Skala Likert 63
4.11 Nilai Skor Min 63
4.12 Taburan Skor Item 1 64
4.13 Taburan Skor Item 2 64
4.14 Taburan Skor Item 3 65
4.15 Taburan Skor Item 4 65
4.16 Taburan Skor Item 5 66
4.17 Taburan Skor Item 6 66
xii
4.18 Taburan Skor Item 7 66
4.19 Taburan Skor Item 8 67
4.20 Taburan Skor Item 9 67
4.21 Taburan Skor Item 10 68
4.22 Taburan Skor Item 11 68
4.23 Taburan Skor Item 12 69
4.24 Taburan Skor Item 13 69
4.25 Taburan Skor Item 14 70
4.26 Taburan Skor Item 15 70
4.27 Taburan Skor Item 16 70
4.28 Taburan Skor Item 17 71
4.29 Taburan Skor Item 18 71
4.30 Taburan Skor Item 19 72
4.31 Taburan Skor Item 20 72
4.32 Taburan Skor Item 21 73
4.33 Taburan Skor Item 22 73
4.34 Taburan Skor Item 23 74
4.35 Taburan Skor Item 24 74
4.36 Taburan Skor Item 25 75
4.37 Taburan Skor Item 26 75
4.38 Taburan Skor Item 27 76
4.39 Taburan Skor Item 28 76
4.40 Taburan Skor Item 29 76
4.41 Taburan Skor Item 30 77
4.42 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai
Faktor-Faktor Utama Yang Mempengaruhi
Kanak-Kanak Menonton Televisyen 78
4.43 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Kesan Negatif
Kepada Kanak-Kanak Yang Menonton Televisyen 79
4.44 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Peranan
Ibu Bapa Untuk Mengatasi Pengaruh Negatif
Televisyen Kepada Kanak-kanak 80
xiv
SENARAI SINGKATAN
ABC Asia Broadcast Centre
APP Akademi Pediatrik Amerika
CD Compact Disc
DBS Direct Broadcast Satellite
PMR Penilaian Menengah Rendah
PS Play Station
RTM Rancangan Televisyen Malaysia
S Setuju
SAW Sallallahu ‘alaihi wasallam
SKMM Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS Statistical Packages For Social Science
SRP Sijil Rendah Pelajaran
SS Sangat Setuju
STAM Sijil Tinggi Agama Malaysia
STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
STS Sangat Tidak Setuju
SWT Subhanahu Wa Taala
TP Tidak Pasti
TS Tidak Setuju
TV Televisyen
UIAM Universiti Islam Antarabangsa
UPM Universiti Putra Malaysia
UTM Universiti Teknologi Malaysia
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kepesatan pembangunan dan perkembangan teknologi kini telah membawa
manusia ke arah zaman globalisasi dan modenisasi. Jadi, tidak hairanlah bahawa
setiap keluarga terutamanya di Malaysia kini mempunyai sekurang-kurangnya
sebuah televisyen di rumah. Ada juga di kalangan keluarga yang mempunyai dua
atau tiga buah televisyen yang kebiasaannya diletakkan di bilik tidur, bilik rehat,
ruang tamu dan sebagainya, supaya dapat menyenangkan mereka menonton
televisyen tanpa perlu berkumpul beramai-ramai di ruang tamu, malah dengan hanya
berada di dalam bilik tidur pun mereka dapat menontonnya. Kini, televisyen boleh
dimiliki oleh sesiapa sahaja dan telah pun menjadi sebahagian keperluan hidup
masyarakat.
Televisyen (TV) merupakan alat ciptaan manusia hasil daripada
perkembangan sains dan teknologi. Alat perhubungan ini amat popular pada masa
kini. Televisyen (TV) merupakan satu medium yang amat berpengaruh dan
merupakan media yang memaparkan banyak perkara seperti politik, ekonomi, sosial,
2
sukan dan hiburan. Di samping itu, ia juga merupakan media yang menjadi jambatan
antara penonton dengan pengiklan.
Televisyen adalah salah satu alat media massa sama dengan radio dan akhbar
yang mana dalam penggunaannya, terdapat kebaikan dan keburukan. Setiap media
massa mempunyai matlamat tersendiri. Antara kebaikan televisyen ialah merupakan
alat untuk menyampaikan perkembangan terkini di dalam dan luar negara seperti
berita dunia yang menyampaikan segala maklumat dan isu-isu semasa dalam masa
yang amat singkat. Ia juga dapat menyampaikan ilmu pengetahuan contohnya,
Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) banyak menyediakan program-program
seperti maklumat tentang pertanian, begitu juga dengan siaran TV3 menyediakan
rancangan MedikTV yang menyampaikan pengetahuan tentang dunia perubatan.
Rancangan seperti ini amat berguna kepada masyarakat untuk menambahkan ilmu
pengetahuan tentang sesuatu perkara.
Televisyen juga digunakan untuk menyampaikan maklumat dan dasar
kerajaan kepada rakyat. Melalui televisyen kerajaan boleh menerangkan dasar-dasar
atau projek-projeknya yang hendak dirancang atau hendak dilaksanakan. Ia juga
menerangkan dan memberi liputan secara meluas serta mendalam tentang dasar dan
rancangan kerajaan bagi membolehkan rakyat memahami dengan tepat dan
sepenuhnya segala dasar dan rancangan tersebut. Oleh itu, televisyen memainkan
peranan penting dan sentiasa memberi perhatian kepada aktiviti dan tindakan
kerajaan serta melaporkannya kepada rakyat.
Televisyen boleh dijadikan alat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat
dan juga menyampaikan kehendak rakyat kepada kerajaan. Ini merupakan
tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh media elektronik kepada masyarakat,
misalnya program Bersamamu oleh TV3, melalui program ini kita dapat membantu
mereka yang memerlukan. Begitu juga permasalahan yang berlaku kepada penduduk
di sesetengah tempat, apabila masalah ini diutarakan, pihak yang berwajib mestilah
mengambil tindakan yang sewajarnya.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Jika diperhatikan terdapat banyak masalah yang membelenggu masyarakat
pada hari ini, terutamanya berpunca daripada televisyen. Televisyen merupakan
media yang menjadi “kegemaran” oleh semua lapisan masyarakat dari peringkat
kanak-kanak, remaja, belia dan warga tua. Kanak-kanak merupakan antara golongan
yang teramai dan terbanyak menonton televisyen. Perkara yang menjadi tontonan
kepada kanak-kanak adalah berhubung dengan hiburan, seperti rancangan kartun dan
nyanyian. Hiburan kartun yang ada di televisyen adalah berorientasikan hiburan yang
patut dijauhi oleh kanak-kanak kerana ia bukan mematangkan mereka tetapi
menjadikan mereka berfikiran negatif, ditambah lagi dengan kecanggihan teknologi
sehingga ada rancangan kartun seakan-akan berbentuk “realiti” yang dipanggil 3D
(filem dengan gambar yang mempunyai tiga bentuk dimensi atau penampilan).
Kanak-kanak kebiasaannya menonton televisyen tanpa mengira masa,
bermula dari jam 9 pagi kanak-kanak sudah berada di hadapan televisyen untuk
menonton rancangan yang kononnya memberikan manfaat kepada mereka secara
menyeluruh. Sebenarnya tanpa kita sedari bahawa televisyen yang telah mendidik
kanak-kanak bukan ibu bapa. Ini adalah kerana, televisyen telah melayani kanak-
kanak dengan tekun dan memberi layanan yang memuaskan hati mereka tanpa
mereka rasa gusar dan bosan walaupun sesaat. Belaian dan kasih sayang yang
sepatutnya diberikan oleh ibu dan bapa telah beralih kepada televisyen, dan perkara
sebegini amat menyedihkan.
Rancangan-rancangan televisyen yang ditonton tidak semuanya sesuai untuk
kanak-kanak kerana ada juga yang berunsur negatif yang patut dijauhi. Bukan hanya
cerita kartun sahaja yang patut dijauhi, tetapi televisyen itu sendiri mesti dijauhi agar
keseimbangan emosi kanak-kanak terjaga tanpa ada noda-noda negatif. “Jauh” di
sini bermaksud jika kanak-kanak yang ingin menonton televisyen ia mestilah
dipantau secara menyeluruh kerana ditakuti akan dipengaruhi unsur-unsur negatif
dalam fikiran mereka. “Akademi Pediatrik Amerika (APP) telah menyarankan
4
supaya televisyen diharamkan bagi kanak-kanak di bawah usia dua tahun. Ini adalah
kerana dalam tempoh dua tahun pertama bayi memerlukan sentuhan manusia bukan
didikan imej di televisyen” (http://zulzaidi.blogspot.com/2008_04_01_archive.html :
22 Oktober 2010).
Terdapat begitu banyak kesan kepada kanak-kanak yang suka menonton
televisyen, bukan hanya terhadap fizikal tetapi juga terhadap emosi dan tingkahlaku.
Sepatutnya dalam usia yang muda, kanak-kanak mesti dilatih untuk membaca dan
menambah teknik mereka dalam pembacaan. Ini kerana masih terdapat kanak-kanak
yang sudah masuk darjah satu tapi masih tidak tahu membaca. Mereka juga hilang
tumpuan dalam pembelajaran. Perkara ini berlaku apabila ketika kanak-kanak
tersebut menyiapkan kerja sekolah, televisyen dibiarkan terpasang. Oleh yang
demikian, tumpuan kepada pembelajaran terganggu.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang dikemukakan adalah sesuai
membuat kajian dengan lebih terperinci tentang pengaruh televisyen kepada kanak-
kanak. Ini adalah kerana penyelidik mendapati pengaruh televisyen kepada kanak-
kanak lebih kepada keburukan berbanding kebaikannya. Sekiranya pengaruh ini
tidak diatasi dengan sewajarnya, dibimbangi ia akan mendatangkan kesan kepada
minda dan tingkah laku kanak-kanak untuk tumbesaran mereka kelak. Kanak-kanak
adalah merupakan modal insan yang penting untuk pembangunan sesebuah negara.
Mereka merupakan generasi pelapis yang akan menjadi harapan untuk meneruskan
kemajuan yang dicapai dan akan dicorakkan oleh generasi kini. Namun, sekiranya
golongan ini dibiarkan, tidak mustahil mereka akan terpengaruh dengan gejala yang
tidak sihat dan terlibat dalam aktiviti sosial, perkara sebegini boleh merosakkan
mereka dan menjejaskan masa depan negara.
5
Melalui kajian ini, penyelidik ingin mengenalpasti faktor-faktor utama yang
mempengaruhi kanak-kanak menonton televisyen serta kesan negatif kepada kanak-
kanak yang menonton televisyen. Ibu bapa juga diharapkan dapat mengenalpasti
peranan mereka untuk mengatasi pengaruh negatif televisyen kepada anak-anak.
Mereka adalah orang yang bertanggungjawab mendidik anak-anak, seterusnya
mereka boleh mengambil langkah yang bijak sekiranya terdapat sebarang
permasalahan dan perubahan negatif kepada anak-anak mereka. Jadi, masalah ini
telah mendorong penyelidik untuk membuat kajian tentang persepsi ibu bapa
terhadap pengaruh negatif televisyen kepada kanak-kanak.
1.4 Objektif Kajian
Tujuan utama objektif kajian ini dilaksanakan adalah bagi mengenalpasti
persepsi ibu bapa terhadap pengaruh televisyen kepada kanak-kanak. Secara
khususnya objektif kajian penyelidikan ini adalah seperti berikut :
1.4.1 Mengenalpasti faktor-faktor utama yang mempengaruhi kanak-kanak
menonton televisyen
1.4.2 Mengenalpasti kesan negatif kepada kanak-kanak yang menonton televisyen
1.4.3 Mengenalpasti peranan ibu bapa untuk mengatasi pengaruh negatif
televisyen kepada kanak-kanak
1.5 Persoalan Kajian
Secara umumnya, kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui persepsi ibu
bapa terhadap pengaruh televisyen kepada kanak-kanak. Berdasarkan objektif,
diharapkan kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan berikut :