Persekitaran Pembelajaran Maya

download Persekitaran Pembelajaran Maya

of 4

description

edu

Transcript of Persekitaran Pembelajaran Maya

Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.

Contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet. Papan Buletin: Ruang ingatan sepunya dalam komputer yang tersambung dalam rangkaian komputer, dan berfungsi sebagai tempat pengguna meninggalkan pesanan atau fail yang dapat dilihat dan diambil oleh orang lain.

Frog VLE:

Apa Itu Frog VLE? | Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet. Melalui projek 1BestariNet, pendidikan masa depan diperkenalkan di Malaysia. Dengan menggabungkan akses internet berkelajuan tinggi 4G, platform pembelajaran bertaraf dunia dan akses kepada sumber dan teknologi yang terbaik dalam kelasnya, Malaysia adalah negara pertama di dunia yang menyatukan seluruh komuniti pendidikan ke dalam satu platform yang direka khusus bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran.

Persekitaran Bilik Darjah Maya (Virtual Classroom)

Pembelajaran berlaku secara online sepenuhnya atau secara gabungan (online dan pertemuan formal).

Maklumat dan aktiviti pembelajaran dimuatkan dalam portal pembelajaran.

Pelajar perlu berdaftar

Kawalan berlaku melalui papan buletin (LMS & Virtual Learning Environment)

Tiada interaksi sosial

PEMBELAJARAN secara interaktif () melalui Frog VLE mampu meningkatkan minat dan kefahaman pelajar terhadap sesuatu subjek.