Pernyataan Masalah
-
Upload
tqah-shaari -
Category
Documents
-
view
40 -
download
0
description
Transcript of Pernyataan Masalah
NOR ATIQAH BT SHAARI
D20111048768MENGKAJI MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH USAHAWAN TERNAK
DALAM KALANGAN WARGA FELDA DI KELANTAN
PERNYATAAN MASALAH
Setiap bidang dalam keusahawanan di Malaysia mempunyai masalah dan kekangan yang
tersendiri. Begitu juga halnya dengan sektor usahawan dalam penternakan yang berdepan
dengan pelbagai masalah dan cabaran. Sejak dua tahun yang lalu, produktiviti ternakan
yang telah dihasilkan oleh usahawan ternak dalam kalangan warga Felda di Kelantan kian
merosot (Shaari,2012). Hal ini kerana masalah- masalah yang dihadapi oleh para usahawan
telah membantutkan hasil ternakan yang dapat dikeluarkan pada setiap tahun. Tambahan
lagi, keuntungan yang dapat dicapai oleh para usahawan ternak yang terdiri daripada warga
Felda di Kelantan ini juga semakin berkurangan dari tahun ke tahun (Jabatan Veterinar
Kelantan).
Namun begitu, masih ramai di antara usahawan ternak di kawasan Felda ini tidak
mengetahui punca-punca yang menyebabkan perniagaan penternakan mereka tidak
mendatangkan hasil. Menurut En Ibrahim (2013), kebanyakan penternak menganggap
ketidakberkesanan perniagaan mereka hanya disebabkan oleh penyakit yang menyerang
haiwan ternakan mereka iaitu penyakit kuku dan mulut. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan
bagi membantu para usahawan ternakan mengenalpasti masalah-masalah yang
mempengaruhi perniagaan ternakan mereka.
Hasil kajian ini amat penting bagi menjayakan usaha pembangunan industri
penternakan tempatan, selain mengurangkan kebergantungan terhadap pengimportan
daging. kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti dan merungkaikan apakah masalah-
masalah dan cabaran-cabaran yang yang dihadapi oleh usahawan dalam kalangan warga
Felda dalam bidang penternakan di Kelantan. Di samping itu, kajian ini turut mengenalpasti
faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan usahawan dalam kalangan warga Felda dalam
bidang penternakan.