Permohonan Lawatan Ke Al Khawarizmi

2
“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” Tarikh : Oktober 2015 Kepada; Pengarah, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, 78300 Masjid Tanah, Melaka. (u.p.: En Sharul) Tuan, PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KOMPLEKS FALAK AL- KHAWARIZMI Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan Panitia Sains SMK Sungai Udang ingin memohon untuk mengadakan satu program Lawatan Sambil Belajar ke Kompleks Falak Al- Khawarizmi. Program ini akan disertai seramai 40 orang pelajar Tingkatan 4 yang terdiri daripada pelajar-pelajar aliran Sains Tulen. 3. Tujuan program Lawatan Sambil Belajar ke Kompleks Falak Al- Khawarizmi diadakan ialah: i. Meningkatkan kefahaman pelajar tentang bidang astronomi ii. Pendedahan kepada teknologi-teknologi terkini dalam bidang astronomi iii. Meningkatkan pengetahuan tentang peluang kerjaya yang ditawarkan dan mengembangkan minat pelajar-pelajar dalam bidang ini 4. Program Lawatan Sambil Belajar tersebut akan dijalankan seperti ketentuan yang berikut: i. Tarikh : 8 Oktober 2015 (Khamis) ii. Masa : 11.00 pagi – 1.00 petang iii. Penyertaan : 40 orang pelajar aliran Sains Tulen dan 4 orang guru pengiring SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG 76300 SUNGAI UDANG, MELAKA TEL : 06-3512132 FAX : 06-3510152 e-mail : mea0100smksu @

description

contoh Surat Rasmi membuat Lawatan ke Kompleks Falak Al Khwarizmi

Transcript of Permohonan Lawatan Ke Al Khawarizmi

Page 1: Permohonan Lawatan Ke Al Khawarizmi

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Tarikh : Oktober 2015Kepada;

Pengarah,Kompleks Falak Al-Khawarizmi,Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara,78300 Masjid Tanah, Melaka.

(u.p.: En Sharul)

Tuan,

PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Panitia Sains SMK Sungai Udang ingin memohon untuk mengadakan satu program Lawatan Sambil Belajar ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi. Program ini akan disertai seramai 40 orang pelajar Tingkatan 4 yang terdiri daripada pelajar-pelajar aliran Sains Tulen.

3. Tujuan program Lawatan Sambil Belajar ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi diadakan ialah:

i. Meningkatkan kefahaman pelajar tentang bidang astronomiii. Pendedahan kepada teknologi-teknologi terkini dalam bidang astronomi

iii. Meningkatkan pengetahuan tentang peluang kerjaya yang ditawarkan dan mengembangkan minat pelajar-pelajar dalam bidang ini

4. Program Lawatan Sambil Belajar tersebut akan dijalankan seperti ketentuan yang berikut:

i. Tarikh : 8 Oktober 2015 (Khamis)ii. Masa : 11.00 pagi – 1.00 petang

iii. Penyertaan : 40 orang pelajar aliran Sains Tulen dan 4 orang guru pengiring

5. Untuk sebarang pertanyaan, dimohon pihak tuan untuk menghubungi Puan Zarith Suhaili binti Zabri (013-2507891) iaitu Guru Penyelaras Program.

6. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih.

‘ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ‘

Saya yang menurut perintah,

……………………………................YON KHAIRANI BINTI KASSIMPengetua,SMK Sungai Udang, Melaka.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG76300 SUNGAI UDANG, MELAKA

TEL : 06-3512132FAX : 06-3510152e-mail : mea0100smksu @ gmail.com