Perlindungan Dalam Pepasangan Elektrik

download Perlindungan Dalam Pepasangan Elektrik

of 18

Transcript of Perlindungan Dalam Pepasangan Elektrik

  • 8/10/2019 Perlindungan Dalam Pepasangan Elektrik

    1/18

    PERLINDUNGAN DALAM PEPASANGAN ELEKTRIK

    TAJUK:PERLINDUNGAN LITAR

    Objektif: Apabila para pelajar tamat mempelajari tajuk ini, para pelajar akan dapat:i)Memahami istilah perlindungan dalam litar elektrikii)Mengetahui jenis-jenis alat perlindunganiii)Memahami bagaimana alat perlindungan litar bertindak

    1-Jenis perlindungan dalam litar elektrik mengikut

    peraturan IEEDalam kerja-kerja pepasangan elektrik, perlindungan bermaksud memberi jagaan kepada alat-alatdan pepasangan daripada sebarang bahaya yang disebabkan oleh arus elektrik.

    -Semua papan agihan ,unit pengguna hendaklah mengandungi peranti peranti perlindungan yangmengawal litar akhir dari perkara berikut:

    i)Lebihan arus bebanii)Litar pintas.iii)Kebocoran arus ke rangka logam(bumi)

    Fungsi (i) dan (ii) biasanya dikawal oleh fius atau MCB(Pemutus litar kenit)Fungsi(iii) dikawal oleh RCD(Peranti arus baki) dan mungkin juga oleh(i) & (ii)

    2-Tujuannya

    i)Melindungi pertambahan suhu dikabel yang boleh mengakibatkan kerosakan pada penebat kabeldan punca kebakaran.ii)Melindungi pengguna dari bahaya renjatan elektrik

    -Susunan alat perlindungan litar hendaklah mengikut turutan yang betul,supaya litar akhir yangrosak sahaja diputuskan dari bekalan.

    3-Perlindungan lebihan arus beban(overload protection) Pertambahan arus yang disebabkan oleh pertambahan beban

    4-Peraturan IEE.

    http://pendawaielektrikpw4.blogspot.com/2012/08/perlindungan-dalam-pepasangan-elektrik.htmlhttp://pendawaielektrikpw4.blogspot.com/2012/08/perlindungan-dalam-pepasangan-elektrik.html
  • 8/10/2019 Perlindungan Dalam Pepasangan Elektrik

    2/18

    473-01-01-Peranti perlindungan beban lebih hendaklah ditempatkan pada poin dimana penurunanberlaku dalam nilai kapasiti membawa arus pengalir dalam pepasangan disebabkan luas keratanrentas pengalir, kaedah pemasangan,jenis kabel atau konduktor dan keadaan persekitaran.

    433-01-01-Peranti pelindungan adalah perlu untuk memutuskan arus beban lebih yang mengalir

    dalam konduktor litar sebelum suhu naik yang akan menjejaskan penebatan, sambungan,penamatan dan keadaan sekeliling konduktor sesuatu konduktor itu.

    433-02-01-Ciri-ciri peranti perlindungan hendaklah memenuhi syarat berikut:

    a)Arus nominal atau set arus(In) tidak kurang dari arus rekabentuk litar(Ib)b)Arus nominal(In)tidak melebihi yang terendah kapasiti membawa arus(Iz) sebarang konduktor litar.c)Arus yang menyebabkan operasi berkesan peranti pelindung tidak melebihi 1.45 kali terendahkapasiti membawa arus sebarang konduktor litar.SUHAMAJU,

    5-Perlindungan daripada litar pintas. -Litar pintas bermaksud persentuhan antara fasa dengan fasa atau antara fasa dengan nutral.-Jika sesuatu radas mudahalih yang dipasang kepada system pepasangan elektrik mengalami litarpintas , fius bagi litar radas sepatutnya terputus.-Litar pintas menyebabkan arus lebih meningkat berkali-kali ganda dan sekiranya alat perlindunganmengambil masa yang lama untuk memutuskan litar,boleh menyebabkan kabel panas dankebakaran boleh berlaku.

    6-Mengira arus litar pintas: Jika semasa berlaku litar pintas,rintangan dalam litar hanya 0.2 , dimana bekalan diberi 240V,kiraberapa kenaikan arus dalam litar.

    V 240VI = ____ = ______ = 1,200 Ampiar.

    R 0.2

    7--Cara mengesan litar pintas: -Tanggalkan pengalir fasa dan nutral dari punca sambungan yang dicurigai dipapan fius agihan. -Matikan semua suis dalam litar. -Tanggalkan semua beban -Jalankan ujian rintangan penebatan

    -Sambungkan prod penguji diantara pengalir fasa dan nutral/bumi didalam papan fius agihan. -ON suis satu persatu sehingga bacaan jangka menunjukkan bacaan rendah atau sifar(0) yangmenunjukkan punca terjadinya litar pintas

    8-Perlindungan daripada kebocoran arus kebumi. -Perlindungan bagi mengelak pengguna terkena renjatan elektrik akibat sentuhan lansung dan tidaklansung.(direct & indirect contact).

  • 8/10/2019 Perlindungan Dalam Pepasangan Elektrik

    3/18

    -Bagi mengelak sentuhan lansung, pengalir dilindungi penebatan dan kabel yang tidak bersarungdimasukkan kedalam kondiut atau trunking.-RCD 30mA juga dipasang untuk melindungi pengguna bila berlaku sentuhan lansung.

    -Bagi mengelak sentuhan tak lansung dapat dilindungi dengan

    i)Kordinasi peranti perlindungan dan impeden litarii)Penggunaan RCD yang menghadkan masa litar diputuskan.iii)Penggunaan peralatan klas II.-peralatan yang mengandungi penebatan asas dan penebatantambahan bagi perlindungan kejutan elektrik.-Apabila berlaku sentuhan pengalir hidup dengan bahagian rangka logam peralatan elektrik akanmenyebabkan bahagian beraliran yang terdedah menjadi hidup dan menyebabkan bahaya renjatanelektrik kepada pengguna.SUHAMAJU

    9-Jenis-jenis alat perlindungan litar

    9.1-Fius Fius sepatutnya memutuskan litar bila berlakunya litar pintas dan lebihan arus.Semua fius yang mengawal litar akhir didalam pendawaian elektrik mestilah tidak melebihi kadararus bagi kabel.

    9.2-Fius separuh tertutup yang boleh didawaikan semula -Dibawah BS 3036-Murah dan boleh diperbaiki dengan mengantikan unsur(elemen)-Elemen diperbuat daripada timah, plambam atau tinned copper wire.

    JADUAL 53A-Saiz elemen fius

    -Jika penggantian elemen tidak berkadaran betul menyebabkan risiko kebakaranbila kerosakan berlaku.-Kadaran arus nominal bergantung kepada saiz dawai elemen ditentukan jadual 53A.

    Arus namaan(A) Diameterelemen fius(mm)

    3 0.155 0.210 0.3515 0.520 0.625 0.7530 0.85

    45 1.2560 1.5380 1.8100 2.0

  • 8/10/2019 Perlindungan Dalam Pepasangan Elektrik

    4/18

    - Faktor fius ialah kelas R, 1.75 3 kali.-contoh , fius yang berkadar 10A akan lebur pada kira-kira 1.75 x 10 = 17.5 hingga 3 x 10 = 30kali.

    9.3-Fius katrij -Dibawah BS 1362.-Penghubung fius dimasukkan kedalam suatu tiub kaca atau seramik.-Berbentuk kecil dan boleh dikadarkan agak tepat.-Kemerosotannya kurang berbanding dengan fius separuh tertutup.-Faktor fiusnya dalam kelas Q1 dan Q2, iaitu -1.25 1.50 kali , 1.50 1.75 kali- 2.4 kali.

    9.4-Fius HRC & HBC -Dibawah BS 88 dan 1361.-Penghubung fius ialah satu tiub seramik,yang mana penutup hujungnya diperbuat daripada logamyang berbagai bentuk-Elemen fius diperbuat daripada jalur kupram bersalut perak dan disokong oleh silicon sertadiselaputi serbuk mineral.-Tujuan dimasukkan serbuk mineral ialah untuk mengelakkan arka dan bunyi yang kuat-Direka untuk mengatasi arus litar pintas dengan lebih cepat dan selamat.atau kapasiti pemutusan yang tinggi.

    -Lebih baik dari fius katrij.-Kos pengantian penyambungnya lebih tinggi daripada fius jenis lain.-Faktor fiusnya 1.0 1.25 kali.

    10-Istilah-istilah berkaitan fius

    -Kadaran Fius(Fuse rating)Kadar arus maksimum yang boleh mengalir dalam elemen fius tanpa meleburkannya.

    -Kadar arus pencairan (arus fiusan/fusing current) Kadar arus minima yang boleh menyebabkan elemen fius lebur.

    Faktor fius(Fusing factor) - Kadaran arus pencairan

    Kadar arus fiussuhamaju

    11-Pemutus litar

    11.1-Pemutus litar kenit- Miniature circuit breaker -Alat suis otomatik yang direka untuk memutuskan bekalan pada nilai yang ditentukan.-Dikendalikan secara mekanisma terma dan magnet.

  • 8/10/2019 Perlindungan Dalam Pepasangan Elektrik

    5/18

    11.2-Komponen utama sebuah MCB terdiri daripada: a)sebuah mekanisma penyuisanb)sebuah alat pelantikan otomatikc)sebuah alat pemadam arka.

    d)sesentuh tetap dan bergerak

    11.3-Kebaikan miniature circuit breaker: a)Sifat terpelantik beban lebihan ditatah oleh pihak pengeluar.b)Litar-litar yang rosak senang dikesan.c)Bekalan boleh dibekalkan dengan mudah dan segera bila kerosakan diperbaikiDapat beroperasi pada beban lampau tidak melebihi 1.5 x arus beban.

    11.4-Pemutus litar bekas beracuan.-Moulded case circuit breaker 11.5-Pemutus litar udara- Air circuit breaker 11.6-Pemutus litar minyak Oil circuit breaker 11.7-Pemutus litar hampagas-Vacum circuit breaker. Penerangannya dalam nota system 3 fasa.

    12-Pemutus litar bocor kebumi Apabila berlaku kebocoran arus kebumi,pengalir atau bahagian logam pepasangan yang terdedahakah menjadi laluan arus bocor kebumi,jika tiada keterusan boleh menyebabkan renjatan elektrik.

    Bagi mengelak dari terkena kejutan,alat perlindungan digunakan bagi memutuskan bekalan utama.

    Alat yang digunakan bagi tujuan ini ialah :-

    i)Peranti pelindung arus lebih dengan syarat galangan bahagian arus bocor dilitar tersebut cukuprendah untuk mengendalikan fius atau pemutus litar pelindung arus.

    ii)Pemutus litar bocor kebumi.

    a)PLBB kendalian voltan telah dimansuhkan oleh JBE&Gb)Pemutus litar kendalian arus baki Residual current circuit breaker.

    Dikenali juga sebagai peranti arus baki(RCD)

    12.1-Kadaran PLBB .Pada setiap pemutus litar bocor kebumi,biasanya dinyatakan:a)Kadaran arus yang boleh ditanggung oleh PLBB tersebut, contohnya, 40A,60A, 100A.dllb) I n - Kadaran arus yang membuat PLBK terpelantik,contohnya 10mA30mA,100mA,300mA.dll.

    12.2-Syarat-syarat penggunaan Peranti arus baki mengikut peraturan IEE.

  • 8/10/2019 Perlindungan Dalam Pepasangan Elektrik

    6/18

    531-3-Peranti arus baki haruslah mempunyai keupayaan untuk memutuskan semua pengalir fasasesuatu litar.

    413-02-19-Satu atau lebih jenis peranti pelindung yang berikut perlu digunakan,yang terdahuluadalah lebih baik:

    i)Peranti arus bakiii)Peranti pelindung arus lebih.

    413-02-20-Syarat-syarat berikut akan dipenuhi bagi setiap litar.

    Ra Ia 50V

    Dimana:Ra -adalah jumlah rintangan elektrod bumi dan konduktor pelindung yang menyambungkannyakepada bahagian konduktif terdedah.

    Ia -adalah arus yang menyebabkan pengendalian otomatik peranti pelindung dalam masa 5 saat.

    Apabila peranti pelindung adalah peranti arus baki, Ia adalah arus pengendalian baki berkadar I n .I n- ialah arus pengendalian baki.

    SUHAMAJU 12.3-Susunan peranti arus baki mengikut Peraturan-peraturan Elektrik 1994.

    - (Peraturan 36(1)Bagi tempat permainan kanak-kanak hendaklah dipasang peranti arus baki yangberkadar tidak melebihi 10mA.

    - (Peraturan 36(2) Bagi tempat yang berkemungkinan basah hendaklah dipasang peranti arus bakiyang berkadar tidak melebihi 10mA.

    - (Peraturan 36(3)Bagi melindungi alur keluar yang mungkin dipegang dengan tangan hendaklahdipasang peranti arus baki yang berkadar tidak melebihi 30mA

    - (Peraturan 36(4)Bagi kegunaan litar umum hendaklah dipasang peranti arus baki berkadar tidakmelebihi 100mA. Dengan syarat:

    a)Adalah didapati tidak selamat menggunakan RCD kadaran itub) Tidak sesuai dengan fungsinya

    *Peranti arus baki yang mana I n 300mA digunakan untuk litar umum system 3 fasa.

    13-Pengasingan/pemencilan dan penyuisan(Isolation & switching)Setiap alat kawalan dalam pemasangan mestilah yang mudah digunakan dan mudah dicapai olehpengguna bagi tujuan:

    i)Pengasingan dan penyuisanii)Perlindungan arus lebihaniii)Perlindungan kebocoran arus kebumi.

  • 8/10/2019 Perlindungan Dalam Pepasangan Elektrik

    7/18

    Pengasingan diperlukan untuk membolehkan orang kompeten untuk mengendalikan kerja-kerjakeatas pepasangan,keatas bahagian-bahagiannya atau berdekatan dengan pepasangan yanghidup.

    Pengasingan terdiri dari perkara berikut:

    i)Suis utama atau Pemutus litar .ii)Setiap litar akhir atau kumpulan litar akhir.iii)Setiap litar motor.

    Pengasing mestilah dapat memutuskan semua pengalir hidup dan untuk satu fasa hendaklah duakutub(hidup&nutral).Pemutusan dan penyambungan nya hendaklah serentak serta cepat bagimengelakkan arka.

    Bagi pengasingan 3 fasa 4 kutub jika termasuk satu kutub nutral,pengalir nutral hendaklahdiputuskan selepas semua pengalir fasa diasingkan.

    Setiap pemasangan pengguna mestilah mengadakan kawalan peralatan suis yang mencukupi.- Boleh membawa arus beban penuh

    - Dipasang ditempat yang mudah diakses- Ditanda dengan label yang kekal tentang litar yang dikawal serta penunjuk ON dan OFF

    Semua suis kutub tunggal yang dipasang pada sistem TN dan TT hendaklah hanya kepadapengalir fasa(hidup) sahaja.

    Pengalir neutral tidak perlu diputuskan kecuali pada;

    i)Suis utamaii)alat perkakas pemanas dimana elemennya boleh disentuhiii)Pengubah auto lampu discas yang tidak melebihi 1.5kV

    14-Jenis suis gear.(Switchgear) a)Sius-Fius(Switchfuse)-untuk perlindungan ,pemencilan dan pensuisan.b)Fius-suis(Fuseswitch)-sama.c)Pemutus litar(Circuit breaker,MCCB,ACB dll.)-samad)Isolatore)Change Over Switch/contacter- menukar sumber bekalan-hendaklah jenis 4 kutub yang bolehmemutuskan nutral

    15-Peraturan IEE

    530-1-Suisgear yang digunakan untuk memutuskan pengalir hidup dalam suatu litar,haruslah jenisyang tidak memutuskan pengalir nutral sebelum ia dapat memutuskan pengalir fasa dandisambungkan kembali pada masa yang sama atau sebelum sambungan kembali pengalir fasadibuat.

  • 8/10/2019 Perlindungan Dalam Pepasangan Elektrik

    8/18

    461-01-07-Setiap peranti pemencilan hendaklah ditanda dengan terang fungsi kawalannya.

    16-Suis kecemasan(Emergency switching)Suis kecemasan mengikut peraturan IEE ialah satu suis yang mengawal keseluruhan bangunan.

    Peraturan IEE. 463-01-01-Suatu cara pensuisan kecemasan akan disediakan bagi setiap bahagian pemasanganyang mana ia mungkin perlu diputuskan dengan cepat daripada bekalan untuk mencegah bahaya.

    463-01-04-Setiap peranti bagi pensuisan kecemasan hendaklah senang dicapai dan ditanda.

    463-01-05-Suatu cara berhenti kecemasan akan disediakan dimana pergerakan mekanikal alat yangdigerakkan secara elektrik mungkin menimbulkan bahaya.

    17- Syarat-syarat suis bomba mengikut Peraturan peraturan Elektrik 1994 .-Dicat merah dan ditanda suis bomba.-Disusun bagi membolehkan ia mengasingkan papan tanda dari semua kutub.-Ditulis SUIS BOMBA ,ditanda OFF dan ON dengan terang. -Dipasang ditempat yang mudah dilihat oleh ahli bomba.-Hendaklah dikunci atau alat pengunci direkabentuk untuk mencegah suis itu dengan tak sengajaterbalik kekedudukan ON.-Ketinggian dari lantai ialah 2.7 meter.SUHAMAJU

    18-Istilah-istilah pelindung arus lebih.Pelindung arius lebih kelas halus.

    -Kumpulan pelindung arus lebih yang tidak akan berkendali dalam jangkamasa 1 jam apabila arussebanyak 1.2 X arus kadaran peranti itu mengalir melaluinya.Kadaran ini benar untuk fius jenis BS88 sehingga 63A sahaja.Kadaran arus fius yang lebih daripada itu perlu mengambil masa 4 jam.

    Pelindung arus lebih kelas kasar.-Kumpulan peranti pelindung yang akan berkendali dalam masa 1 jam apabila arus sebanyak 1.5 Xarus peranti itu mengalir melaluinya. Had ini benar untuk peranti berkadar sehingga sahaja.Kadaranarus peranti yang lebih dari 10A hendaklah berupaya berkendali dalam masa 1 jam apabila arussebanyak 1.3 X kadaran arus peranti mengalir kedalamnya.

    Masa lazimMasa yang diperlukan untuk berkendali. Contohnya fius 3036 mengambil masa empat jam untukberkendali apabila arus sebanyak 1.2 x kadaran arus fius mengalir melaluinya.

    Arus nominal/setting current(In)

  • 8/10/2019 Perlindungan Dalam Pepasangan Elektrik

    9/18

    Arus permintaan maksimum yang diperlukan oleh sesuatu litar termasuk simpanan untuk masa akandating.

    Arus kendalian peranti pelindung arus lebih(I2) Arus yang menyebabkan peranti berkendali pada masa lazimnya bagi melindungi litar daripadabeban lebih.Arus ini hendaklah tidak melebihi 1.45 keupayaan kabel membawa arus.

    Arus penjadualan(It) Kadaran arus bagi sesuatu jenis kabel yang terdapat dalam jadual kabel dan dianggapkanberkendali pada suhu tidak melebihi 30 C

    Arus beban atau arus rekaan(Ib) Magnetiud arus yang hendak dibawa oleh sesuatu litar dalam penggunaan biasa.

    Keupayaan kabel membawa arus(Iz) Arus yang paling berkesan(maksimum) yang mampu dibawa oleh kabel untuk perkhidmatan yangberterusan tanpa menaikkan suhu atau merosakkan penebatan kabel pada pemasangan tertentu.

    Contoh soalan

    1-Apakah sebab, pelindung lebihan arus litar tidak boleh beroperasi bila berlaku arus arus bocorkebumi?A-Nilai impeden gelung ke bumi,tinggi.B-Nilai impeden gelung bumi rendahC-Rintangan bumi rendahD-Tiada impeden gelung bumi

    2-Sebelum kerja senggaraan dilakukan ________dicabut dahulu,kemudian________A- fius,nutralB-nutral , fiusC-pengalir perlindungan , nutralD-fius , pengalir perlindungan

    3-Semua dawai logam dibawah ini boleh digunakan sebagai unsur(elemen) fius,kecuali:

    A-TimahB-PerakC-KupramD-Keluli galvani

    4-Pemutus litar digunakan sebagai alat perlindungan bagi sesuatu litar dari:

    A-Kebocoran arus dibingkai

  • 8/10/2019 Perlindungan Dalam Pepasangan Elektrik

    10/18

    B-Lebihan arusC-Litar pintasD-Kesemua diatas

    5-Geganti perlindungan digunakan untuk melindungi daripada kesan

    A-Lebih bebanB-Kerosakan penebatanC-Lebihbeban dan kerosakan penebatanD-Tiada diatas.

    6-Pelindung lebihan arus litar itu tidak boleh beroperasi apabila berlaku arus bocor kebumikerana.. A-nilai impedens gelung bumi rendahB-nilai impeden gelung bumi tinggiC-nilai voltan bekalan rendahD-nilai arus yang mengalir tinggi

    7-Apakah jenis peranti pelindung yang harus digunakan didalam sesuatu litar untuk memutuskansebarang arus sebelum ia boleh mendatangkan bahaya akibat tindakbalas terma atau mekanikalyang dihasilkan didalam pengalir-pengalir dan sambungan-sambungan litar berkenaan?A-Peranti pelindung arus litar pintasB-Peranti pelindung arus beban yang berlebihanC-Peranti pelindung arus bocor kebumi.D-Peranti pelindung arus balikan

    8-Berapakah kepekaan Pemutus Litar Bocor Kebumi Kendalian Arus yang diperlukan bagi sesuatupepasangan elektrik yang mendapat bekalan 1 fasa untuk litar umum:A-30mAB-10mAC-100mAD-300mA

    9-Bagi sesuatu pepasangan ditempat hiburan awam,perlindungan terhadap arus kebocoran bumihendaklah menggunakan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki berkadar tidakmelebihi:A-100mAB-30mA

    C-10mAD-60mA

    10-Pada litar akhir lampu,apakah perlindungan yang perlu dipasang?A-RCD kepekaan100mAB-RCD kepekaan30mAC-RCD kepekaan10mAD-RCD kepekaan60mA

  • 8/10/2019 Perlindungan Dalam Pepasangan Elektrik

    11/18

    11- Pada litar akhir portable hand toolsperlindungan apakah yang perlu dipasang? A-RCD kepekaan100mAB-RCD kepekaan30mA- C-RCD kepekaan10mA

    D-RCD kepekaan60mA

    12-Perlindungan arus lebih hendaklah mampu menahan arus litar pintas, jika suatu alat dibuat untukpelindung arus lebih 15A,jadi ketahanan badannya haruslah dapat menahan arus tersebut denganrintangan ____Ohm . Jika beban berubah kepada 0.26 Ohm dan berlaku litar pintas, arus litar pintasakan menjadi________Amp.

    A-0.0625 Ohm,62.4 AB-3600 Ohm,16 AC-16 Ohm62.4 AD-16 Ohm,923 A

    Soalan subjektif 1-Apakah perlindungan yang perlu diberikan kepada sesuatu pepasangan elektrik mengikutperaturan IEE ?

    Jawapan:a)Perlindungan daripada bahaya renjatan.b)Perlindungan daripada bahaya arus lebih.c)Perlindungan daripada kesan termad)Perlindungan secara penyampukan bekalan utama.e)Perlindungan daripada arus litar pintas.f)Perlindungan daripada pengaruh luaran.

    2-Apakah tujuan utama perlindungan?Jawapan:Untuk mengelak daripada sebarang bahaya yang mungkin wujud dan menganggupengguna elektrik.

    3-Apakah kawalan perlindungan litar yang perlu bagi sesuatu pepasangan elektrik?Jawapan:a)Pengasingb)Pelindung arus lebihan dan litar pintas

    c)Pelindung arus bocor kebumi.

    4-Apakah perlindungan dari bahaya renjatan?Jawapan:Perlindungan terhadap peralatan ,kelengkapan atau pepasangan elektrik yang membawa arusapabila disentuh oleh manusia atau haiwan yang mengakibatkan arus mengalir kedalam jasadmereka(renjatan elektrik).Kekuatan renjatan bergantung kepada: rintangan jasad seseorang,voltan dan arus yang mengalir.

  • 8/10/2019 Perlindungan Dalam Pepasangan Elektrik

    12/18

    Dua jenis sentuhan yang mengakibatkan renjatan ialah:a)Sentuhan terus(secara lansung)b)Sentuhan tidak lansung.

    5-Bagaimanakah sentuhan lansung dilindungi?

    a)Menebatkan semua bahagian hidupb)Menggunakan penutup atau sawarc)Perlindungan secara halangand)Perlindungan secara meletakkan bahagian hidup jauh dari jangkauan/capaian.

    6-Bagaimanakah perlindungan sentuhan tidak lansung dilakukan?a)Perlindungan dengan menggunakan pengikatan pembumian samaupaya dan pemotonganbekalan secara otomatik menggunakan peranti arus baki.b)Perlindungan dengan menggunakan kelengkapan klas II atau penebatan yang setara.c)Perlindungan dengan menempatkan pengalir hidup pada tempat yang berpenebat.

    SUHAMAJU 7-Apakah fungsi geganti perlindungan ?Jawapan:1-Melindungi lebihan beban yang menyebabkan lebihan arus.

    2-Melindungi litar pintas yang mungkin disebabkan oleh kerosakan penebatan.

    8-Bolehkah fius disambung pada talian nutral?Jawapan:Tidak boleh,bahaya.

    9-Apakah tujuan pasir halus dimasukkan kedalam kelonsong fius?Jawapan:Bagi mengelakkan arka dan bunyi yang kuat.

    10-Apakah tindakan kamu,jika satu MCB yang mengawal litar akhir trip.?Jawapan:Mencari dan memperbaiki kerosakan litar akhir itu , membuat ujian penebatan, reset MCBdan ON semula.

    11-Jika fius rewirable 30A digunakan sebagai alat perlindungan arus bocor kebumi sesebuahpemasangan elektrik satu fasa,berapakah nilai rintangan kebumi maksima.?Jawapan: 2.66 ohm. 240

    30A x 3

    12-Bolehkah fius disambung selari?

    Jawapan:Tidak boleh ,sebab kadar arus fiusan nya tidak sama

    13-Apakah warna bagi fius katrij 1362 berkadar 13A.?Jawapan:Coklat.

    14-Kirakan nilai galangan gelung bumi bagi pemutus litar arus baki yang(RCCB) yang mempunyaikepekaan seperti berikut:1-100mA

  • 8/10/2019 Perlindungan Dalam Pepasangan Elektrik

    13/18

    2-30mAJawapan: 100mA = 0.1A, Zs = V

    I= 50

    0.1

    = 500 ohm.

    15-Lukiskan gambarajah pemutus litar arus baki(RCCB) dan terangkan kegunaan serta bagaimanacara ia beroperasi.

    Bekalan masuk

    L N

    Beban

    Operasi PLBB .

    Dalam keadaan biasa, bila bekalan disambung kealat ini,arus mengalir melalui kedua-dua gelungutama.Arus dikedua-dua konduktor hidup adalah sama dan seimbang dan keadaan bertentanganantara satu samalain. Aruhan d.g.e. tidak terhasil pada gelung pengesan.

    Apabila berlaku kebocoran,arus pada kedua-duagelung utama akan menjaditidak seimbang.Gelungpengesan akan mendapatd.g.e aruhan. Ini

    menyebabkan gelungpelantik beroperasi dan

    seterusnya menarik suis dan memutuskan litar utama.

    16-Kadar maksima gelung galangan bumi bagi pepasangan sebuah PLAB kendalian arus dengankepekaan 30mA ialah:

    Zs = 50V0.03A

  • 8/10/2019 Perlindungan Dalam Pepasangan Elektrik

    14/18

    Jawapan: Z = 1666.6 ohm

    SUHAMAJU

    17-Pemutus litar arus baki kendalian arus yang mempunyai arus kendalian 25mA tidak bolehdigunakan pada impeden gelung bumi melebihi:

    Zs = 50V0.025A

    Jawapan:Z = 2000 ohm.

    18-Jika konduktor pembumian sesuatu pepasangan elektrik terputus,apa yang akanberlaku kepada alat-alat perlindungan jika berlaku kebocoran kebumi:

    Jawapan:PLBB kendalian arus tidak akan terpelantik..19-Fius akan memutuskan litar apabila berlakunya:

    Jawapan : Litar pintas dan lebihan arus beban.

    20-Apakah maksud yang ditanda pada pemutus litar bocor kebumi 63A/0.3A.?

    Jawapan: 63A bermaksud kadaran arus yang boleh ditanggung oleh PLBK tersebut, 0.3Abermaksud kadaran arus yang membuat PLBK terpelantik.

    21-Pelindung lebihan arus litar itu tidak boleh beroperasi apabila berlaku arus bocor kebumikerana.

    Jawapan: nilai impeden gelung bumi tinggi.

    22-Kebaikan MCB adalah seperti berikut,pilih yang betul.i)Sifat terpelantik beban lebihan ditatah oleh pihak pengeluarii)Litar yang rosak senang dikesaniv)Boleh digunakan sebagai gantian fius bagi mengawal pepasangan domestik.

    Jawapan:semua betul.

    23-Suatu fius yang mengawal litar akhir didalam pendawaian elektrik mestilah

    Jawapan:Tidak melebihi kadar arus bagi kabel.

    24-Apakah yang akan berlaku kepada system pemasangan elektrik jika radas mudahalihmengalami litar pintas.

    Jawapan:Fius bagi litar radas terputus.

  • 8/10/2019 Perlindungan Dalam Pepasangan Elektrik

    15/18

    25-Kegunaan RCCB ialah,

    Jawapan:Memutuskan litar bila berlaku arus bocor kebumi

    26-Apakah kebaikan miniature circuit breaker

    Kebaikan miniature circuit breaker adalah seperti berikut

    1-Sifat terpelantik beban ditatah oleh pihak pengeluar2-Litar yang rosak senang dikesan3-MCB boleh digunakan sebagai gantian fius bagi mengawal pepasangan domestik.

    27-Apakah factor-faktor pemilihan peranti pelindung

    Faktor pemilihan peranti pelindung

    1-Jenis bebanSemak beban yang digunakan itu seimbang atau tidak,jika beban arus berubah-ubah,peralatan arusbeban lebih hendaklah diambil kira bersama dengan arus beban itu.

    2-Ketahanan pelindung arus lebihPeralatan pelindung arus lebih itu berkemampuan menahan arus litar pintasnya.Contoh fius 15Aberkemampuan menahan arus pintasnya sebanyak 2 kali ganda kadaran fius itu.

    3-Suhu sekitaran (ambient) kecekapan suhu peralatan pelindung ini perlu diambil kira agar fungsiperanti itu bersesuaian dengan kadar perlindungan yang dikehendaki.

    4-Alat khasSemak semua kilang menggunakan peralatan yang peka iaitu mudah rosak akibat arus lebih yangmendadak naik.

    5-Harga dan bahayaJika terdapat pelindung arus lebih yang mempunyai keupayaan yang sama tetapi harganya murah

    28-Tempat yang manakah tidak perlu dipasang alat perlindungan

    i)Litar yang bahaya sekiranya bekalan diputuskanii)Litar alatubah arus

    30-Apakah akibat pemilihan alat perlindungan yang salah

  • 8/10/2019 Perlindungan Dalam Pepasangan Elektrik

    16/18

    Kepanasan kabel pengalir yang akan mengakibatkan kebakaran.

    AMALI: MENGUJI FIUSAlat-alati-Papan litarii-Combination pliersiii-Dioginal cuttersiv-Screw driverv-Test pen

    Bahan bahani-Dawai fiusii-Kabeliii-Screw

    Langkah kerja

    Buat seperti gambarajah dibawah:

  • 8/10/2019 Perlindungan Dalam Pepasangan Elektrik

    17/18

  • 8/10/2019 Perlindungan Dalam Pepasangan Elektrik

    18/18