Perkembangan Seni Kanak
-
Upload
nor-anita-ismail -
Category
Documents
-
view
234 -
download
2
description
Transcript of Perkembangan Seni Kanak
HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
1
1.0 Pengenalan
Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dilaksanakan secara
berfikrah, terancang dan disesuaikan dengan proses pengajaran dan pembelajaran, dan
pembelajaran dilakukan dengan menggunakan perisian khusus yang dihasilkan untuk
disampaikan melalui komputer. Penggunaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK) secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang
berkesan, aktif dan bermutu.
Sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik, dengan penggunaan pelbagai bahan
pengajaran dan pembelajaran seperti penggunaan eleman teknologi berbantukan komputer,
pastinya mampu menarik minat murid untuk memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang
diajar oleh guru. Apatah lagi dengan situasi sekarang, dimana murid-murid lebih senang
sekiranya sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan menggunakan komputer.
Tambahan pula, murid-murid pada masa ini sudah terdedah dengan penggunaan komputer
serta perisiannya. Dengan kecanggihan serta kepelbagaian kaedah yang terdapat di dalam
program tersebut seperti microsoft power point, maka seharusnya guru perlu memanfaatkan
peluang tersebut untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih efisien. Namun,
penerapan terhadap penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer ini
perlu sesuai mengikut kehendak huraian sukatan pelajaran, topik yang ingin diajar dan
keperluan guru dan murid itu sendiri, terutamanya jika guru ingin menggunakan laman web
dari internet dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya, maka bahan tersebut perlu
bersesuaian.
Dewasa ini pelbagai laman web telah menyediakan pelbagai bahan-bahan yang boleh dimuat
turun untuk dijadikan sebagai bahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini selaras
dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih serta keperluan murid-murid serta
guru-guru. Justeru, penggunaan buku kerja, lembaran kerja dan buku teks bukan lagi antara
pilihan sepenuhnya. Apa yang paling penting, prinsip-prinsip reka bentuk visual yang
digunakan itu perlu sesuai dan bertepatan dari segi simplisiti, dominan, pola, seimbang,
variasi dan keharmonian. Dengan merujuk prinsip-prinsip reka bentuk visual tersebut
samaada bersesuaian atau tidak dan menarik atau tidak, maka bahan tersebut akan mampu
mempengaruhi sejauh mana murid-murid dapat memberikan fokus sepenuhnya di dalam
kelas untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru.
HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
2
2.0 Definisi
Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer ialah pengajaran atau
pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang dihasilkan untuk
disampaikan melalui komputer.
Perisian kursus melibatkan perisian yang menggabungkan elemen-elemen seperti video,
audio, teks, grafik dan animasi untuk menyampaikan pengetahuan serta mewujudkan aktiviti
pembelajaran yang sesuai dan berkesan.
Senn (1998), mengatakan Teknologi maklumat dan komunikasi merangkumi pelbagai
teknologi yang disepadukan untuk memperolehi, menyimpan dan menyebarkan maklumat
dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, audio, animasi dan sebagainya menggunakan alat-
alat elektronik.
Manakala Abd. Razak et al., (2000) pula menjelaskan Teknologi maklumat merangkumi apa
jua alatan elektronik yang membenarkan pengguna menyimpan, menghubung, memproses,
mencipta dan menyampaikan maklumat.
3.0 Mod Tutorial
Lazimnya digunakan untuk memindahkan maklumat dari sesuatu sumber kepada pelajar.
Maklumat disampaikan secara multimedia diikuti oleh tugasan dalam pelbagai bentuk. Mod
ini sangat sesuai digunakan untuk membina dan memperkukuhkan kemahirankemahiran asas.
Bagi mengukuhkan ilmu yang diperolehi melalui konsep mod ini maka guru boleh memberi
aktiviti pengukuhan seperti latihan menjawab soalan, kuiz, tugasan yang berkaitan dengan
tajuk dan kerja projek.
Sebahagian besar perisian pendidikan yang diguna dalam pembelajaran tutorial direka bentuk
berdasarkan kepada model tradisional pengajaran dan pembelajaran, model transmisi, yang
melihat guru sebagai penyampai utama dan murid sebagai penerima.
HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
3
Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajaran secara ekspositari iaitu merujuk kepada
suasana pembelajaran di mana guru menyampaikan maklumat kepada murid yang pasif.
Segala latihan dan latihtubi yang disampaikan dikawal oleh sistem.
Situasi yang sesuai bagi pembelajaran mod tutorial ini ialah untuk kelas yang ramai murid.
Dalam situasi ini, guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid yang memerlukan
bantuan guru sementara sebahagian lagi menggunakan komputer.
Pembelajaran penerokaan berlaku dalam mod tutorial ini. Pembelajaran penerokaan berlaku
apabila TMK digunakan sebagai medium untuk:
mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, gerbang maklumat
dan lain-lain.
mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi melihat
demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.
Bagaimana TMK Diguna Untuk Pembelajaran Tutorial:
i. Perkakasan TMK yang selalu diguna untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan
perisian pendidikan (CourseWare) sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, harddisk
ataupun laman web intranet.
ii. lstilah Computer Assisted Instruction (CAl) digunakan untuk menggambarkan
penggunaan komputer dalam P&P.
iii. Istilah Intelligent Computer Assisted Instruction (ICAI) atau Intelligent Tutoring
System (ITS) pula digunakan bersama. lstilah Computer Assisted Instruction (CAl) digunakan
untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam P&P.
iii. Ciri Pembelajaran Tutorial ini melahirkan pelbagai perisian pendidikan yang
berupaya menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan
keperluan murid.
iv. Perisian kursus yang ada pada hari ini kebanyakannya berbentuk multimedia.
HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
4
Pembelajaran ini juga sesuai bagi kelas yang mmpunyai murid yang pelbagai keupayaan.
Pemulihan boleh dibuat untuk murid yang menghadapi kesukaran belajar dan pengayaan
untuk pelajar cerdik yang mencabar minda.
Kelebihan-kelebihan menggunakan mod tutorial ini ialah ianya dapat mengindividukan
pembelajaran, murid-murid belajar mengikut kemampuan sendiri, meningkatkan motivasi
murid untuk belajar dan murid-murid boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan
guru yang minimum.
ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan
kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini
merangkumi:
i. Pembelajaran ekspositori (merujuk kepada suasana pembelajaran di mana guru
menyampaikan maklumat kepada murid yang pasif)
ii. Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh
sistem.
iii. Latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.
3.1 Model Ekspositori
Model ini menekankan aspek penerangan. Ia juga dikenali sebagai pengajaran langsung atau
pengajaran eksplisit. Di dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, ada kalanya murid perlu
ditunjukkan bagaimana melakukan sesuatu. Proses demonstrasi oleh guru ini kemudiannya
akan diikuti oleh murid selepas mereka faham akan apa yang perlu dilakukan dan kenapa ia
perlu dilakukan. Sebelum demonstrasi dilakukan, guru perlu menerangkan dengan jelas apa
yang perlu murid lakukan dan kemudiannya, dengan bantuan alat bantu mengajar, guru akan
melakukan demonstrasi dan murid memerhatikannya dengan teliti. Kemudian, murid akan
berlatih melakukan apa yang telah dilihat tadi dan guru akan membimbing mereka. Aktiviti
seperti drama pendek adalah salah satu contoh bagi model ekspositori yang boleh digunakan
dalam matapelajaran Bahasa Inggeris. Drama pendek yang dimaksudkan boleh diadaptasikan
daripada cerita pendek mahupun novel yang perlu murid pelajari menerusi kesusasteraan. Ini
HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
5
akan meningkatkan lagi kefahaman murid dalam elemen tersebut. Proses demonstrasi bagi
drama pendek akan dilakukan oleh guru dengan menunjukkan cara ekspresi muka yang betul
serta intonasi suara yang diperlukan bagi menjiwai setiap watak.
3.2 Demonstrasi yang ditunjuk dan dikawal urutannya
Integrasi ini bertujuan untuk menyampaikan kandungan pelajaran dengan lebih komprehensif
dan efisien, contohnya dalam bentuk CD-ROM, cakera keras, dan tapak pembelajaran.
Aplikasi ini lebih berfokuskan kepada pembelajaran secara kendiri.
Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai digunakan dalam situasi berikut:· Dalam
kelas yang mengandungi jumlah pelajar yang ramai dengan perbezaan kemampuan
pembelajaran yang sangat ketara, guru boleh mengarahkan sebahagian daripada pelajarnya
menggunakan perisian pendidikan dan memberikan tumpuan secara lebih dekat kepada
kumpulan yang lain.· Dalam keadaan guru terpaksa bertugas luar, dia boleh merancang
pelajaran pelajar- pelajarnya menggunakan perisian pendidikan yang bersesuaian di dalam
makmal. Penyeliaan kelas bolehlah dilakukan oleh guru ganti.· Pemulihan pelajar-pelajar
yang lemah boleh dibuat dengan bantuan komputer dan perisian pendidikan yang sesuai.
Murid boleh mengikuti perisian berulangkali sehinggalah memahami dan menguasai
pengetahuan yang dikehendaki.· Kepada pelajar-pelajar yang cerdik, guru boleh
menggunakan persian pendidikan yang mencabar minda mereka. Dengan ini mengelakkan
mereka daripada berasa bosan.
3.3 Latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem
Dalam kaedah ini, ICT diguna bagi membantu murid melaksanakan tugasan
pembelajaran seperti ;Menghasilkan karanganMembina graf/jadualMelakar gambar dan
sebagainya.
Dalam kaedah ini ICT diguna untuk membolehkan guru dan murid berkomunikasi
daripada lokasi yang berbeza untuk menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang
pelbagai bentuk seperti ;Teks, Grafik, Audio, Video dan Kombinasi pelbagai mod Melalui
kaedah ini boleh digunakan bagi melaksanakan pembelajaran seperti berikut ; Pembelajaran
kolaboratif, Meningkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran, Melibatkan pakar
di dalam dan luar negara dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
6
4.0 CD Toturial Pendidikan Seni Visual Tahun Tiga
Di sini juga saya telah menyertakan satu CD Toturial bagi mata pelajaran Pendidikan
seni Visual bagi Tahun Tiga. Saya telah menggunakan Perisian Power Point untuk
menerangkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Ketua kelas diminta
untuk memasangkan CD Toturial yang telah dibekalkan oleh guru. Pelajar itu memasang CD
Toturial dengan berpandukan manual yang telah dibekalkan bersama-sama dengan CD
tersebut.
Slaid 1
Slaid 2
Slaid dua menunjukkan gambar-gambar bunga sebagai permulaan pengajaran untuk
menarik minat pelajar untuk mengikuti pelajaran yang seterusnya.Boleh juga diperbanyakkan
HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
7
lagi gambar-gambar berkenaan dengan bunga-bungaan tetapi di sini saya hanya
mempamirkan satu sahaja sebagai contoh.
Slaid 3
Slaid yang ketiga ialah memperkenalkan bidang pelajaran seni pada hari itu iaitu
bidang ‘Membuat Corak dan Rekaan’.
Slaid 4
Slaid yang keempat ialah corak dan rekaan yang mempunyai dua jenis iaitu Corak
Terancang dan Corak Tidak Terancang.Ketua kelas akan menerangkan serba sedikit nota di
dalam slaid tersebut untuk pengetahuan murid-murid yang lain.
HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
8
Slaid 5
Slaid yang kelima ini pula menerangkan tentang Teknik Lipat dan Gunting.Sedikit nota
sebagai penerangan kepada murid-murid tentang teknik lipat dan gunting.
Slaid 6
Slaid yang keenam pula menunjukkan contoh-contoh corak lipatan dan guntingan yang
telah siap .Murid-murid contoh ini sebagai panduan dan juga sebagai pembangkit idea untuk
murid melakukan lipatan dan guntingan selepas ini.
HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
9
Slaid 7
Slaid yang ketujuh hanya memaparkan tajuk-tajuk kecil sahaja.
Slaid 8
Slaid kelapan pula juga menunjukkan contoh-contoh lipatan dan guntingan yang telah
siap.Ini juga sebagai panduan kepada murid dan sebagai penarik minat murid dengan tajuk
lipatan dan guntingan ini.
HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
10
Slaid 9
Slaid 9 pula memaparkan bahan-bahan yang akan digunakan dalam proses membuat
aktiviti lipatan dan guntingan tersebut. Antara bahan-bahan yang digunakan adalah gunting,
gam, kertas warna dan gam sebagai bahan asas yang wajib ada untuk melakukan aktiviti
lipatan dan guntingan ini.
Slaid 10
Slaid 10 hanya memaparkan tajuk untuk langkah kerja sahaja.
HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
11
Slaid 11
Slaid yang kesebelas memaparkan langkah-langkah untuk membuat aktiviti lipatan dan
guntingan. Murid-murid harus mengikut langkah-langkah yang ditunjukkan mengikut turutan
anak panah di dalam slaid tersebut.
Slaid 12
Slaid yang ke dua belas pula juga tentang bahan-bahan yang akan digunakan. Ketua
kelas meminta murid menyediakan bahan di atas meja untuk memulakan aktiviti mengikut
langkah-langkah seperti di slaid yang sebeluamnya iaitu sebelas.
HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
12
Slaid 13
Slaid yang ke tiga belas ialah langkah dua yang menunjukkan cara melipat kertas
warna yang berbentuk empat segi sama dan meminta murid melipat dua kertas tersebut
seperti dalam gambar yang ditunjukkan dalam slaid ke tiga belas.
Slaid 14
Slaid ke empat belas pula memaparkan langkah yang seterusnya iaitu kertas warna
tersebut selepas dilipat dua harus dilipat lagi sekali menjadi lipatan yang lebih kecil.
HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
13
Slaid 15
Slaid yang ke lima belas pula memaparkan langkah yang seterusnya iaitu langkah ke
empat. Kertas yang telah dilipat tadi haruslah dilukis corak-corak yang disukai oleh murid
sendiri atau pun murid hanya mengikut sahaja corak yang telah dilukis seperti di dalam
gambar dalam slaid tersebut untuk memudahkan murid yang mungkin tidak mempunyai idea
lagi kerana baru pertama kali melakukan aktiviti ini.
Slaid 16
Slaid ke enam belas ini pula memaparkan cara melukis di atas kertas warna yang telah
dilipat tadi.
HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
14
Slaid 17
Slaid yang ke tujuh belas ialah tentang cara menggunting corak yang telah dilakar di
atas kertas warna .Murid harus menggunting dengan berhati-hati supaya tidak tergunting jari
sendiri dan hasil yang didapati adalah kemas dan tidak terputus.
Slaid 18
Slaid yang seterusnya iaitu slaid ke lapan belas ialah gambar hasil kertas warna yang
telah siap digunting.Murid diminta membuka lipatan dengan berhati-hati supaya tidak koyak
kertas warna tersebut.
HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
15
Slaid 19
Slaid yang seterusnya memaparkan hasil guntingan yang telah siap dan mestilah
ditampal ke atas kertas lukisan atau kertas yang berwarna lain.Murid harus mengikut setiap
langkah yang ditunjukkan untuk mendapat hasil yang betul dan memuaskan.
Slaid 20
Slaid yang ke dua puluh memaparkan hasil guntingan yang telah ditampal ke atas kertas
yang lain.Boleh juga dihias dengan guntingan lain sebagai hiasan di tepi kertas dan lain-lain
tempat.
HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
16
Slaid 21
Slaid yang seterusnya ialah hasil kerja yang telah siap sepenuhnya.
Slaid 22
Slaid ini memaparkan soalan untuk menguji minda murid dan kemahiran berfikir murid
setelah hasil seni telah siap dilakukan. Murid boleh menulis jawapan di atas kertas yang lain
dan hantar bersama-sama dengan hasil seni yang telah siap tersebut.
5.0 Manual penggunaan CD Toturial
Bersama dengan CD Toturial juga disertakan sekali manual penggunaan untuk
menjadi panduan kepada ketua kelas yang akan membuka komputer dan seterusnya
HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
17
memasangkan CD Toturial ini ke dalam komputer. Ketua kelas akan menjadikan manual ini
sebagai panduan untuk meneruskan pembelajaran di dalam kelas semasa ketiadaan guru.
Manual Penggunaan CD Toturial yang dibekalkan sekali ini amat bersesuaian dengan tahap
murid iaitu untuk murid tahun tiga yang mana telah menggunakan tulisan berbentuk ‘Comic
Saint’ supaya murid yang membacanya akan lebih cepat faham. Begitu juga size tulisan yang
digunakan juga agak besar sedikit daripada biasa iaitu bersize ‘14’ untuk memudahkan lagi
murid yang akan menggunakannya.
LANGKAH 1: ‘On Komputer’Skrin seperti berikut akan keluar.
LANGKAH 2 :Masukkan CD Toturial yang telah diberikan ke dalam tempat meletakkan CD ( di unit system seperti dalam gambar )
HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
18
LANGKAH 3 :
Skrin akan memaparkan gambar seperti di atas. Klik sekali pada ‘ Open folder to view files’
LANGKAH 4 :
Seterusnya skrin akan memaparkan gambar seperti di atas. Klik kanan pada tetikus.
LANGKAH 5 :
HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
19
Apabila keluar seperti di skrin begini, halakan anak panah ke ‘open with’ dan seterusnya klik pada ‘microsoft power point’
LANGKAH 6 :
Tunggu sehingga keluar gambar seperti diatas.Seterusnya akan keluarlah slaid 1 sehingga 24.
LANGKAH 7 :
HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
20
Seterusnya untuk menjalankan slaid,klik pada ‘slide show’ yang berada di bawah skrin.
LANGKAH 8 :
Untuk melihat slaid yang seterusnya tekan ‘next’ dan jika ingin melihat slaid yang sebelumnya tekan ‘prev’.
LANGKAH 9 :
Setelah habis semua slaid dilihat tekan ‘esc’ yang terdapat pada papan kekunci komputer.
LANGKAH 10 :
Untuk menutup program ini klik pada skrin komputer dan klik ‘exit Microsoft Power Point’.
6.0 Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, dapatlah dirumuskan bahawa dalam mencapai matlamat
Pendidikan Seni Visual, objektifnya dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
peranan guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ini amat penting sekali
dalam memberi impak yang maksimum kepada murid. Ini adalah kerana kekuatan Pendidikan
HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
21
Seni Visual di sekolah rendah bergantung kepada kebijaksanaan guru tersebut dalam
mengendalikan aktiviti dan memperkembangkan domain kognitif, psikomotor, afektif,
kreativiti dan sosial murid- muridnya dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.
Jelas terbukti melalui tugasan ini, empat organisasi kurikulum yang dijelaskan oleh Laura
Chapman (1986) iaitu pemerhatian, penerokaan, penghasilan dan apresiasi dan lanjutan
mempunyai persamaan dengan organisasi pendidikan seni visual sekolah rendah di Malaysia
iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan,
apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik semua aspek.
Keberkesanaan dan kepentingan pendidikan seni visual di sekolah rendah di Malaysia
sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Walaupun ia bukanlah mata pelajaran teras
sepenting mata pelajaran UPSR namun, keberkesanannya dalam membantu kemenjadian
murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial adalah sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Bibliografi
Abdul Razak Hamdan et al. (2000). Teknologi Maklumat. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.
EE Ah Meng (2002) Pedagogi III, Edisi Kedua (Semester III). Selangor : Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng (2002) Pedagogi IV, Edisi Kedua (Semester IV). Selangor : Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Poh Swee Hiang (2006) Kemahiran Berfikir. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Rohizani Yaakub, Shahabudin Hashim & Mohd Zohir Ahmad. Pedagogi: Strategi dan teknik
mengajar dengan berkesan.Cetakan ke 3, 2008 (27-57).Batu Caves. PTS Pub. &
Distributors Sdn. Bhd.
Senn, J. (1998, Winter). The challenge of relating IS research to practice. Information
Resources Management Journal, 11 (1), 23-28.
HBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK
22