PERKEMBANGAN BAHASAcopy1

22
PERKEMBANGAN BAHASA NOAM CHOMSKY

description

Pra

Transcript of PERKEMBANGAN BAHASAcopy1

PERKEMBANGAN BAHASA

PERKEMBANGAN BAHASANOAM CHOMSKY

ASAL USUL NOAM CHOMSKYAvram Noam Chomsky lahir pada 7 Disember 1928.

Beliau ialah seorang ahlilinguistik, ahli falsafah, saintis kognitif,aktivispolitik,pengarangdanpensyarahberbangsaAmerika Syarikat.

Beliau merupakan seorang ProfessorInstitute emeritusdan profesor emeritus linguistikdiInstitut Teknologi Massachusetts.

Chomsky terkenal dalam bidang saintifik dan akademik selaku bapa linguistik moden.

Pada zaman 1950-an, Chomsky mula mengembangkan teoritatabahasa generatifbeliau yang melalui berkali-kali semakan serta membawa pengaruh yang mendalam terhadap bidang linguistik.

Kanak-kanak dilahirkan dengan keupayaan menggunakan tatabahasa universal ini.

Mereka akan memerhati dan memadam cara-cara penyusunan ayat dengan bahasa yang digunakan di persekitaran mereka.

Kemudian mereka akan menyesuaikan pembentukan ayat tadi dengan gaya bahasa yang terdapat di persekitaran mereka.

Kemahiran ini tidak dipelajari secara langsung daripada orang-orang dewasa di sekitar kanak-kanak tetapi dikuasai secara tidak langsung

Noam Chomsky (1957) mengutarakan teori nativisme dan berpendapat bahawa kemahiran bahasa kanak-kanak adalah dipahatkan dalam struktur otak mereka.Kajian struktur otak manusia telah membuktikan bahawa dua struktur spesifik , iaitu Broca yang mengawal pengeluaran bahasa.

Manakala kawasan Wiernike pula adalah kawasan yang bertanggungjawab menginterpretasikan bahasa.

Mengikut Chomsky, kanak-kanak kurang mampu belajar peraturan dan organisasi ayat yang kompleks jika diajar secara langsung atau dikuasai kanak-kanak sendiri.Sebaliknya, kanak-kanak dilahirkan dengan intrumen pemerolehan bahasa (language acquicition devise: LAD) .

LAD adalah satu sistem semula jadi yang mengandungi satu set peraturan yang sama untuk semua bahasa. Dengan ada instrumen pemerolehan bahasa LAD ini, kanak-kanak dapat menguasai bahasa secara semula jadi.

Chomsky juga berpendapat bahwa selama proses pemerolehan bahasa pertama, kanak-kanak sedikit demi sedikit membuka kemampuan lingualnya. Contohnya, anak yang lahir ke dunia sudah membawa potensi bahasa. Potensi bahasa ini akan menentukan struktur bahasa yang akan digunakan.

Selain itu, persekitaran seperti keluarga, rakan dan masyarakat disekelilingnya akan membantu serta mempengaruhi kebolehan bahasa kanak-kanak.

Antara pendapat Chomsky adalah:

Semua kanak-kanak normal, asalkan didedahkan kepada bahasa ibundanya, memperolehi bahasa itu.

Pemerolehan bahasa tidak ada kaitan dengan kecerdasan.Bahasa tidak dapat diajar kepada makhluk lain.Proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak adalah sama mengikut jadual semula jadinya.Struktur bahasa sangat rumit dan bersifat sejagat.

Chomsky juga menyebut bahawa ada dua proses yang terjadi ketika seorang kanak-kanak memperoleh bahasa pertamanya.

Proses yang dimaksudkan adalah proses kemampuan (competence) dan proses pengucapan ( performance). Kedua proses ini merupakan dua proses yang berlainan.

Kemampuan atau kompetensi adalah proses penguasaan tata bahasa ( fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik).

Kompetensi ini dibawa oleh anak sejak lahir.

Meskipun dibawa sejak lahir, kompetensi memerlukan pembinaan sehingga anak-anak memiliki pengucapan dalam berbahasa.

Chomsky menjelaskan juga bahawa setiap penutur dan pendengar mempunyai kompetensi dan prestasi. Kompetensi dapat diertikan sebagai sistem rumus yang mampu menghasilkan kalimat yang tidak terbatas.

Dengan kata lain, kompetensi ialah pengetahuan penutur mengenai bahasa.

Ia merupakan unsur dalaman dan berada di dalam otak. Sementara prestasi pula dapat diertikan sebagai bunyi-bunyi yang dilafazkan. Bunyi-bunyi ini bermakna dan dapat difahami oleh pendengarnya. Berbeza dengan kompentesi ia terletak di bahagian luar otak. Oleh sebab itu, proses komunikasi terus berlaku antara penutur dan pendengar bahasa.

Seterusnya, Chomsky menerangkan bahawa tatabahasa generatif dalam otak diperoleh oleh penutur daripada otaknya sendiri.

Ini adalah kerana penutur telah pun mempunyai tatabahasa sejagat yang diperoleh secara semula jadi.

Semasa seseorang kanak-kanak itu membesar, dia sudah tentu akan dipengaruhi oleh persekitaran.

Setelah berumur lima tahun, kanak-kanak itu akan membentuk tatabahasa generatif dalam otaknya.

Dengan menghubungkan tatabahasa sejagat dan pengalaman daripada persekitarannya, kanak-kanak itu akan dapat berkomunikasi serta menghasilkan tatabahasa generatif pada taraf kompentasi.

Setelah kanak-kanak memperoleh kemampuan, dia akan mempunyai pengucapan atau performansi.

Kemampuan atau kompetensi seumpama ini seterusnya menghasilkan prestasi.

Kemudian prestasi ini pula akan menghasilkan elemen atau komunikasi seperti ayat-ayat yang didengar oleh pendengar, iaitu dari telinga ke dalam otak dan mengulangi pula proses yang sama apabila pendengar bertutur, maka akan wujudlah proses komunikasi antara penutur dan pendengar.

RUJUKANhttp://aiman-khairul.blogspot.com/2010/03/pada-dasarnya-seluruh-manusia-belajar.html

http://asbaharticles.blogspot.com/2008/11/teori-pemerolehan-bahasa-pertama.html

http://rina2011.blogspot.com/2010/12/proses-komunikasi-dalam-berbahasateori.html

Mok Song Sang (2007) Perkembagan Kanak-kanak. Perak: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

SEKIAN, TERIMA KASIH