Peribahasa-perumpamaan

11
PERIBAHASA Latihan Perumpamaan Pilih perumpamaan yang paling sesuai untuk pernyataan di bawah. 1. Zaki dibenci penduduk kampung kerana kesombongannya seperti _________. A Anjing buruk kepala. B Anjing berebut tulang. C Anjing dengan bayang-bayang. D Anjing tiada bercawat ekor. 2. Jamal ______________________kerana tidak mahu berkawan dengan rakan- rakannya sejak menjuarai pertandingan itu. A seperti si buta mendapat tongkat, dipukulkan membuta tuli B seperti kerbau dicucuk hidung C seperti ikan dalam belat D seperti bumi dengan langit 3. Baju batik yang dibeli di Terengganu itu ________________walaupun sudah lama dipakai... A umpama kasturi,kerana bau hilang nyawanya B seperti bunga raya kembang pagi

description

Bahasa Malaysia

Transcript of Peribahasa-perumpamaan

PERIBAHASA

Latihan PerumpamaanPilih perumpamaan yang paling sesuai untuk pernyataan di bawah.1. Zaki dibenci penduduk kampung kerana kesombongannya seperti _________.

A Anjing buruk kepala.

B Anjing berebut tulang.

C Anjing dengan bayang-bayang.

D Anjing tiada bercawat ekor.

2.Jamal ______________________kerana tidak mahu berkawan dengan rakan-

rakannya sejak menjuarai pertandingan itu. A seperti si buta mendapat tongkat, dipukulkan membuta tuli B seperti kerbau dicucuk hidung

C seperti ikan dalam belat

D seperti bumi dengan langit

3.Baju batik yang dibeli di Terengganu itu ________________walaupun sudah lama dipakai...

Aumpama kasturi,kerana bau hilang nyawanya Bseperti bunga raya kembang pagi CUmpama batik lasum, semakin dibasuh semakin berbau. Dseperti kapas dimakan api4.Kepulangan Aziz dari luar negara setelah tamat belajar di sebuah universiti.___________.

Abagai sireh pulang ke gagang

Bbagai itik pulang petang

Cbagai menatang minyak yang penuh

Dbagai telur di hujung tanduk

5.Pada zaman kini kalau kita tidak berilmu, hidup kita_____________ kerana tidak dihargai oleh sesiapa. Aseperti membubul jala buruk Bbagai dakwat dengan kertas

Cbagai melukut di tepi gantang D seperti memukul paku lemah6.Penduduk di taman perumahan itu melakukan hal masing-masing tanpa mempedulikan

keadaan jiran tetangga.

ABagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

BBagai melepaskan anjing tersepit

CBagai tidur di atas miang D Bagai melepaskan batuk di tangga

7.Aliana berasa kecewa kerana cintanya terhadap Azizi tidak berbalas, bak kata orang______________.

A.bagai buluh ditarik songsang

Bbagai balak terendam

Cbagai bertepuk sebelah tangan

D bagai mendukung biawak hidup

8.Hanisah mendapat harta yang banyak daripada peninggalan arwah bapanya.Tiada siapa-siapa yang tahu akan hal itu.

ABagai tikus jatuh ke beras

BBagai melukut di tepi gantang

CBagai api dalam sekam

D Bagai kacang lupakan kulit

9 Sejak pagi tadi Ahmad _______________kerana asyik bersungut. Abagai menarik rambut dalam tepung

Bbagai bagai kelip-kelip terbang malam Cbagai keli kena ketuk D bagai bagai kacang direbus10.Penghulu menyelesaikan masalah rakyat dengan berhati-hati supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak.

Abagai melepaskan batuk di tangga

Bbagai menarik rambut dalam tepung

Cbagai buluh ditarik songsang

Dbagai mencari belalang di atas akar11. Keadaan Aliff Imran ______________________ menyebabkan dia tidak mahu menyertai

perlumbaan jalan kaki. A bagai cicak makan kapur B bagai kumbang putus tali C bagai itik pulang petang

D bagai tikus membaiki labu

12 Ibu tidak mahu menyerahkan abang kepada pihak polis walaupun dia tahu abang bersalah. Bagi

ibu abang_________________________. A bagai ayam disambar helang B umpama buah kepayang,dimakan mabuk dibuang sayang C umpama gula di dalam mulut D umpama pisau di tangan kanan,timun di tangan kiri13 Farid ________________________kerana dia hanya mengikut nasihat daripada orang yang

lebih tua dan lebih berilmu daripadanya. A umpama memerah nyiur,santan diambil hampas dibuang. B umpama kiambang di air,akar tidak menjejak bumi C umpana hendak menepung tidak berberas D umpama burung di dalam sangkar, mata lepas,badan terkurung

14 Walaupun Encik Saiful baru berpindah ke syarikat itu tetapi semua pekerja di situ

menghormati dan menghargainya. A Umpama orang memelihara diri diri dalam sarang lebah B Bagai tokak lekat di kening C Bagai terung terhantuk ke dinding D Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua

15 Usahanya selama ini ________________________ kerana tiada apa-apa faedah yang

diperolehnya. A bagai tupai bergelut B bagai udang tahi di kepala C bagai lalu dibawa singgah D bagai bakar air hendakkan abunya

16 Baginda sedang murka,mukanya merah_______________ . A seperti dipalu ombak B seperti bunyi gong pecah C seperti bulan kesiangan hari D seperti bunga raya kembang pagi

17 Encik Badarudin _________________________ setelah menerima panggilan ugutan dan pesanan ringkas daripada orang yang tidak dikenali. A bagai mencurah air ke daun keladi B bagai menghitung bulu kambing C bagai berumah di tepi pantai D bagai anjing buruk kepala

18 Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan jiran tetangganya __________________________________ . A seperti rumput di tepi jalan B seperti tikus jatuh ke beras C seperti mendukung biawah hidup D seperti sudah jatuh ditimpa tangga

19 Kamil bekerja _______________untuk mengumpulkan wang bagi mengadakan majlis

perkahwinan yang gilang-gemilang pada hujung tahun ini . A bagai kain tiga hasta B bagai lepat dengan daun C bagai langau di ekor gajah D bagai lebah menghimpun madu

20 Syakir tidak akan melupakan Hafiz dan peristiwa sedih itu kerana Hafiz mempunyai sikap

_________________________ . A seperti harimau lepas tangkapan B seperti gunting dalam lipatan C seperti gajah putih ditambat D seperti helang menyonsong angin

21 Kamaruzaman ____________________________ kerana tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya. A seperti gajah berpaling B seperti kera mendapat bunga C seperti Belanda diberi tanah D seperti hujan jatuh ke pasir

22 Bulu kucing siam itu sungguh gebu_____________________________ . A seperti kelopak pandan B seperti kapas dimakan api C seperti kapas di busur D seperti sutera dalam lukisan

23 Kehidupan rakyat di negara komunis_______________________________kerana a tiada istilah kebebasan sebenar buat rakyat di negara itu. A ibarat negeri berubah resam B ibarat perahu,takkan karam sebelah C ibarat rumput sudah kering,ditimpa hujan segar kembali D ibarat burung,mata lepas, badan terkurung

24 Sebagai seorang ketua yang akan berhadapan dengan pekerjanya daripada pelbagai kaum dan agama, Encik Tarmizi mestilah pandai menyesuaikan diri mengikut keadaan, bak kata pepatah________________________________. A kalau di bawah melompat,kalau di atas menyusup B kalau dinding boleh bercakap C kalau tak berduit, kemana pergi tercuit-cuit D kalau tak kulit,lerailah tulang

25 Air muka Azhar_________________________________semenjak kematian isterinya. A bagai haruan makan anak B bagai kambing dihalau ke air C bagai pelita kehabisan minyak D bagai rambut dibelah seribu

26 Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja ____________________. A bagai gergaji dua mata B bagai pahat dengan penukul C bagai kucing kehilangan anak D bagai telur di hujung tanduk

27 Semenjak sakit hampir sebulan keadaan Roslinda___________________. A bagai punggur rebah B bagai ayam disambar helang C bagai pucuk pisang didiang

D bagai perigi di air jernih28 Keadaan di dalam bas itu penuh sesak_______________kerana orang ramai keluar membeli-belah untuk persiapan hari raya. A seperti itik mendengar guruh B seperti ikan pulang ke lubuk C seperti ikan kena tuba D seperti ikan di dalam belat29 Kejelitaan gadis itu tiada bandingannya,_______________.

A seperti delima merkah.

B seperti emas baru disepuh.

C seperti denak mencari lawan.

D seperti kancah ditawar.

30 Seorang gadis yang cantik,apabila dikelilingi oleh gadis-gadis cantik yang lain,akan kelihatan lebih cantik daripada gadis-gadis itu seperti ______.

A bulan dengan matahari

B bulan purnama

C bulan jatuh ke riba D bulan dipagari bintang

31 Faizal mengharapkan pertolongan Amri agar menjaga kebunnya,tetapi berlaku sebaliknya

seperti ______.

A gunting makan di hujung

B halilintar membelah bumi

C harapkan pagar,pagar makan padi

D harimau menunjukkan belangnya .

32 Pemuda itu cepat menjadi kaya kerana dia bersikap _____________.

A seperti gergaji dua mata B seperti ikan pulang ke lubuk

C seperti kapal tiga tiang D seperti kaduk naik junjung

33 Bunyi mercun yang __________________menyebabkan kami terjaga daripada tidur. A seperti harimau beranak muda

B seperti halilintar membelah bumi

C seperti kilat pantasnya

D seperti kura-kura telentang