Peribahasa
-
Upload
nsha-shari -
Category
Documents
-
view
12.646 -
download
1
description
Transcript of Peribahasa
PERIBAHASAUNIT 8
8.0 : PENGENALAN
PERIBAHASA
Menurut Za’ba:- Susunan kata yang
pendek dengan makna yang luas,
mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak
perkataannya.
Kamus Dewan (1997: 375)- Menjelaskan gaya sebagai cara
bertulis atau bertutur, cara membuat sesuatu, terutamanya yang menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1185)
- Ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan
yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, bidal dan
pepatah
Diguna pakai untuk membuat dan menghiasi karangan atau percakapan dan menguatkan tujuan karangan atau sesuatu
percakapan.
PERIBAHASAUNIT 8
8.1 : JENIS-JENIS PERIBAHASA
JENIS-JENIS PERIBAHASA
Simpulan Bahasa
Perumpamaan Pepatah
Bidalan
PerbilanganKata Hikmat
PERIBAHASAUNIT 8
SIMPULAN BAHASA
☻Kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu.☻Contoh: ada angin, anak buah, langkah seribu
SIMPULAN BAHASA YANG BERLAINAN TETAPI MEMPUNYAI MAKNA YANG SAMA
Seseorang yang tidak mempunyai perasaaan malu.Contoh: muka talam, muka tembok, muka tebal
BENTUK ATAU CIRI SIMPULAN BAHASA
1. Terbentuk daripada penggunaan kata nama am.Contoh: anak buah, buah tangan, lipas kudung- Anak, buah dan lipas masing-masingnya sebagai kata nama am
PERIBAHASAUNIT 8
SIMPULAN BAHASA
BENTUK ATAU CIRI SIMPULAN BAHASA
2. Terbentuk daripada penggunaan kata kerja.Contoh: ajak-ajak ayam, buat bodoh, pasang telinga
3. Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif.Contoh: besar kepala, bodoh sepat, kecil hati
4. Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas.Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Pak Kaduk- Semua ini sebagai kata nama khas.
5. Terbentuk daripada nilai kepercayaan.Contoh: air pinang, batu buyung, makan bulan- Semua ini ada kaitan dengan kepercayaan orang Melayu.
PERIBAHASAUNIT 8
PERUMPAMAAN
☻Susunan kata-kata yang indah, ringkas dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat.☻Perumpamaan dimulai dengan kata bagai, laksana, ibarat, seperti dan umpama
CONTOH PERUMPAMAAN
1. Bagai aur dengan tebingMaksud: Tolong-menolong antara satu sama lain.
2. Seperti ular kena paluMaksud: Jalan atau barisan yang bengkang-bengkok.
3. Umpama air digenggam tidak tirisMaksud: Kedekut.
PERIBAHASAUNIT 8
PEPATAH
☻Seakan-akan bidalan tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah.☻Contoh: diam ubi berisi, diam besi berkarat
CONTOH PEPATAH
1. Ditelan mati emak, diluahkan mati bapaMaksud: Sukar memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting.
2. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkanMaksud: Menunjukkan kesyukuran atas pemberian kepada kita.
3. Guruh tidak berbunyi, malang tidak berbauMaksud: Kemalangan berlaku tanpa diketahui terlebih dahulu.
PERIBAHASAUNIT 8
BIDALAN
☻Susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu.☻Di dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan dan pengajaran.☻Contoh: jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin tegak
CONTOH BIDALAN
1. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedakMaksud: Jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha.
2. Alur bertempuh, jalan berturutMaksud: Melakukan sesuatu hendaklah menurut kebiasaan yang lazim.
3. Biar titik, jangan tumpahMaksud: Biar rugi sedikit jangan rugi banyak.
PERIBAHASAUNIT 8
PERBILANGAN
☻Perbilangan adat banyak diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan, iaitu dipergunakan dalam Adat Perpatih.☻Di dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan dan pengajaran.☻Mempunyai ciri-ciri keislaman.☻Fungsinya untuk membicarakan susun lapis pemerintahan, hubungan keluarga, fungsi dan tugas setiap ahli masyarakat.☻Dapat dikatakan sebagai puisi klasik yang juga intim dengan kehidupan masyarakat.☻Contoh: Adat bersendi hukum
Hukum bersendi Kitabullah Kuat adat, tak gaduhkan hukum Kuat hukum, tak gaduhkan adat
PERIBAHASAUNIT 8
KATA HIKMAT
☻Kata-kata pujangga, ulama atau orang yang bijak pandai.☻Dapat dijadikan pedoman hidup dan percakapan hidup.☻Bentuknya ringkas tetapi mempunyai maksud yang benar dan dalam.☻Contoh: jangan pandang orang yang berkata, pandang apa yang ia kata
PERIBAHASAUNIT 8
8.3 : PERIBAHASA DALAM PENDIDIKAN
PERIBAHASA DALAM
PENDIDIKAN
Murid perlu diajar mengenai ciri dan
penggunaan peribahasa secara mudah dan tepat.
Membantu pelajar membuat
pengertian yang tepat tentang
sesuatu peribahasa.
Guru perlu bijak memilih peribahasa
yang mudah dan biasa digunakan
dalam masyarakat.
Guru memberikan penjelasan mengenai maksud peribahasa,
manakala murid begitu pasif sebagai penerima
maklumat.
PERIBAHASAUNIT 8
RUMUSAN
Penggunaan peribahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu sangat bergantung pada daya kreativiti seseorang guru. Seseorang guru yang kreatif melihat peribahasa sebagai salah satu bahan pengajaran yang banyak mempunyai unsur-unsur pengajaran, kemasyarakatan, kemahiran berfikir dan sebagainya. Peribahasa boleh diaplikasikan dalma pelbagai kemahiran bahasa seerti penulisan karangan, kemahiran lisan atau bercerita, teka-teki atau kuiz, kemahiran tatabahasa, pemahaman dan sebagainya. Guru yang kreatif boleh membina sendiri bahan bantu mengajar ini, bagaimanapun bagi guru yang kesuntukan masa, terdapat CD/VCD yang dijual di pasaran berkaitan peribahasa yang sesuai digunakan khususnya di peringkat sekolah rendah.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh:Nor Sharifah Sha’ari