PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA · PDF fileTEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA ... Majlis...
-
Upload
nguyendien -
Category
Documents
-
view
259 -
download
0
Transcript of PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA · PDF fileTEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA ... Majlis...
PERHIMPUNAN BULANAN
JABATAN KIMIA MALAYSIA NOVEMBER 2017
TEKS UCAPAN
YANG BERBAHAGIA
DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH
JABATAN KIMIA MALAYSIA
7 NOVEMBER 2017 DATARAN KIMIA MALAYSIA
8.30 PAGI
DISEDIAKAN OLEH
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
2
(Salutasi)
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih saudara dan saudari
Pengerusi Majlis
Yang Berusaha Puan Rosnah binti
Awang
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Jabatan Kimia Malaysia
Yang Berusaha Tuan Haji Mohamed
Zaini bin Abdul Rahman
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Jabatan Kimia Malaysia
3
Pengarah-Pengarah Bahagian
Pegawai-pegawai kanan
Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,
warga KIMIA yang saya hormati
sekalian.
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam
1Malaysia dan Salam 1Kimia.
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat
Allah SWT kerana dengan izin dan
limpah kurniaNya, dapat kita bersama-
4
sama dalam Majlis Perhimpunan
Bulanan Jabatan Kimia Malaysia Ibu
Pejabat bagi bulan November 2017
pada pagi yang indah ini.
2. Terlebih dahulu, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada
Pengarah dan warga kerja Bahagian
Khidmat Pengurusan (BKP) kerana
telah mengatur dan menganjurkan
Majlis Perhimpunan Bulanan kita pada
pagi ini dengan baik sekali.
5
3. Pada kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan Selamat Menyambut
Hari Deepavali kepada warga kerja
Jabatan Kimia Malaysia beragama
Hindu yang telah menyambutnya pada
18 Oktober yang lalu. Walau pun agak
lewat mengucapkannya tetapi saya
harap Deepavali kali ini
menambahkan cahaya kegembiraan
dan keceriaan kehidupan warga kerja
Kimia Malaysia yang beragama Hindu
khususnya.
6
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[KURNIAAN PINGAT KEBESARAN]
4. Tahniah diucapkan para pegawai
daripada Jabatan Kimia Malaysia,
Cawangan Sabah berikut yang
menerima pingat kebesaran sempena
Hari Jadi TYT Yang DiPertua Negeri
Sabah, iaitu;
Puan Aisah binti Abd. Sani, C26
(Bintang Setia Kinabalu (B.S.K))
7
Puan Hajah Zamrati binti Dusuk,
C22 (Pingat Perkhidmatan
Terpuji (P.P.T))
5. Saya juga ingin mengucapkan tahniah
kepada Encik Sundarajoo A/L
Nallappan, N11 daripada JKMC Perak
yang menerima Pingat Lama
Perkhidmatan (P.L.P) sempena Hari
Keputeraan DYMM Paduka Seri
Sultan Perak Darul Ridzuan.
8
Hadirin yang dihormati sekalian,
[PERSARAAN]
6. Seperti semua sedia maklum, YBrs.
Tuan Haji Ahmad Latfi bin Mahamud,
Mantan Pengarah Jabatan Kimia
Malaysia, Johor telah bersara pada 27
Oktober 2017 yang lepas. Sebutir lagi
permata pergi meninggalkan Kimia.
Terima kasih atas jasa bakti dan
sumbangan tuan pada Jabatan Kimia
Malaysia selama ini.
9
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[HARI INOVASI KIMIA]
7. Hari Inovasi telah diadakan pada 24
Oktober yang lepas. Tahniah kepada
Bahagian PJK yang telah
menganjurkan Hari Inovasi dengan
jayanya. Untuk makluman semua,
tagline terbaik Hari Inovasi Kimia
adalah “Bersama Berinovasi”.
Tahniah buat Encik Aidil Fahmi bin
Shadan dari Seksyen Kriminalistik
atas tagline terbaik tersebut.
10
8. Tahniah buat para pemenang:
NAMA PERTANDINGAN
KATEGORI
NAMA PEMENANG
1. ANUGERAH INOVASI KETUA PENGARAH KIMIA MALAYSIA 2017
ANUGERAH EMAS
KUMP. INOVATEAM ( JABATAN KIMIA MALAYSIA, PAHANG)
ANUGERAH PERAK
KUMP. TECHNOVATIC (BAHAGIAN FORENSIK, JABATAN KIMIA MALAYSIA )
ANUGERAH GANGSA
KUMP. BIOS B (BAHAGIAN KESIHATAN ALAM SEKITAR, JABATAN KIMIA MALAYSIA)
ANUGERAH KHAS
EN. DICKENS WONG VUI FOO (JKMC SABAH)
SAGUHATI KUMP. TERRA ( JABATAN KIMIA MALAYSIA, KEDAH)
2. ANUGERAH INOVASI DAN KUALITI PENGURUSAN MAKMAL TAHUN 2017
MAKMAL TERBAIK
JABATAN KIMIA MALAYSIA (PULAU PINANG)
KEDUA BAHAGIAN KESIHATAN ALAM SEKITAR, JABATAN
11
KIMIA MALAYSIA
KETIGA JABATAN KIMIA MALAYSIA (KEDAH)
3. PERTANDINGAN PENULISAN ARTIKEL KUALITI DAN TEKNIKAL KIMIA MALAYSIA 2017
ARTIKEL TERBAIK
Characterization of Paederus fuscipes and Its Cytotoxicity Effect on V-79 Fibroblast Cells (Pn. Harlisa Haidhir)
SAGUHATI Preparation and Characterization of Molecularly Imprinted O-Cresol Via Sol-Gel Polymerization (En. Mohamad Raizul Zinalibdin)
SAGUHATI An investigation of isotope ratio mass spectrometry technique to discriminate seized methylamphetamine samples by precursors (Dr. Vanitha a/p Kunalan)
12
SAGUHATI DNA Profiling: A glance at the Sibship determination analysis (Pn. Xin Yi Chan)
SAGUHATI The Identification of Cannabinoids in Chocolate Chip Cookies (Dr. Saravana Kumar Jayaram)
4. PERTANDINGAN CABARAN INOVASI
PERTAMA KUMP. 5, BHG KAS
KEDUA KUMP. 3, BHG FOR
KETIGA KUMP. 1, BHG PJK
KEEMPAT KUMP. 7, BHG PMT
KELIMA KUMP. 4, BHG FOR
9. Diharap agar dengan inisiatif ini dapat
membangkitkan idea serta cetusan
inovasi yang berterusan di kalangan
warga Jabatan Kimia Malaysia.
13
[HARI INOVASI MOSTI]
10. Hari Inovasi turut diadakan di
peringkat MOSTI pada 30 Oktober
yang lepas. Tahniah buat Kumpulan
Intelligent dari JKMC Johor atas
kejayaan merangkul gelaran Naib
Johan dalam Konvensyen KIK
Peringkat MOSTI 2017. Tahniah juga
kepada Kumpulan Tera dari JKMC
Kedah kerana berjaya mendapat
tempat ketiga.
11. Syabas dan tahniah!
14
Warga Kimia yang dikasihi, [PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN]
12. Boleh saya katakan bulan Oktober
yang lepas merupakan antara bulan di
mana, nama Jabatan Kimia Malaysia
gah di peringkat kementerian. Selain
dari menjadi Johan Konvensyen KIK
MOSTI, Kimia turut menonjol di pentas
yang berlainan, antaranya berbalas
pantun. Kita membuktikan, kita bukan
sahaja cemerlang di makmal atau
pejabat, malah kita juga cemerlang di
pelbagai bidang.
15
13. Tahniah buat pasukan pantun Jabatan
Kimia Malaysia yang berjaya muncul
sebagai Johan dalam Pertandingan
Berbalas Pantun Peringkat MOSTI
bagi tahun 2017. Syabas buat En.
Mohd. Aizat bin Ghazali (JKMC
Kedah), Pn. Yong Khursihah bt.
Kamarol Bahrin (Forensik), En. Arif bin
Abd. Hakim (KAS) serta En. Mohamad
Saat bin Sukami (Forensik).
14. En. Aizat dan En. Arif turut terpilih bagi
mewakili pasukan MOSTI ke
Pertandingan Berbalas Pantun Antara
16
Kementerian sempena Bulan Bahasa
Kebangsaan 2017 di mana pasukan
MOSTI telah berjaya mendapat
tempat keempat. Tahniah dan syabas
sekali lagi.
Hadirin sekalian,
[NICE MOSTI 2017]
15. Pada 12 hingga 16 Oktober yang
lepas, MOSTI telah menganjurkan
program “National Innovation &
Creative Economy Expo 2017
(NICE’17)” di TPM. Untuk makluman,
17
Jabatan Kimia Malaysia telah diberi
amanah sebagai AJK Protokol dalam
program ini. Seramai 46 warga KIMIA
telah dilantik menggalas
tanggungjawab tersebut.
16. Syabas diucapkan kepada para
petugas kerana telah menjalankan
tanggungjawab dengan begitu
cemerlang. Tahniah!
17. Nama KIMIA tercatat di semua
program MOSTI... Syukur
alhamdulillah... Semuanya terbaik...
Kimia Boleh!
18
[PENARAFAN LAMAN WEB LIMA
BINTANG]
18. Untuk makluman semua, buat
pertama kalinya, laman web Jabatan
Kimia Malaysia telah mendapat
penarafan Laman Web Lima Bintang
oleh Multimedia Development
Corporation (MDEC) bagi tahun
penilaian 2016. Selama ini, laman web
Kimia hanya mendapat penarafan
Empat Bintang sahaja. Tahniah
Pengarah PMT serta warga kerja Unit
IT!
19
19. Di MOSTI, hanya KIMIA dan MET
sahaja yang berjaya mendapat
penarafan Lima Bintang. Syabas
sekali lagi saya ucapakan kepada
semua! Suatu kebanggaan buat Kimia
Malaysia!
20. Untuk makluman semua jua, bermula
1 November 2017 yang lepas, pihak
Unit IT telah membuka talian internet
jabatan untuk aplikasi Facebook.
Warga kerja Kimia boleh mengakses
aplikasi Facebook setiap hari bermula
dari pukul 1 sehingga 2 petang. Saya
20
amat berharap dengan kemudahan ini,
dapat meningkatkan bilangan like
untuk Facebook Jabatan Kimia
Malaysia.
Tuan/Puan yang dihormati sekalian, [KARNIVAL SUKAN KIMIA 2017]
21. Karnival Sukan Kimia 2017 telah
diadakan pada 27 hingga 30 Oktober
2017 di Institut Penilaian Negara
(INSPEN) Kajang Selangor. Kelab
Sukan dan Kebajikan Jabatan Kimia
Malaysia Ibu Pejabat telah
21
dipertanggungjawab mengendalikan
program kali ini.
22. Seramai 124 peserta merangkumi
seluruh cawangan Jabatan Kimia
Malaysia termasuk Ibu Pejabat telah
berkumpul untuk mengambil bahagian
dalam 5 acara.
23. Sukan yang dipertandingkan ialah
Badminton, Bola Jaring, Sepak
Takraw, Futsal dan Bola Tampar.
Konsep Rumah Sukan diperkenalkan
buat pertama kali bagi membangkitkan
22
semangat kekitaan dan semangat
1KIMIA kepada semua peserta.
24. Majlis penutupan dan makan malam
telah diadakan di Dewan Jubli Inspen
pada malam 29 Oktober 2017 dan
berlangsung meriah. Syabas dan
tahniah kepada ahli - ahli
Jawatankuasa Pengelola atas
komitmen dan kesungguhan dalam
menjayakan karnival sukan ini.
23
25. Keputusan keseluruhan Karnival
Sukan KIMIA 2017;
Kedudukan Rumah Ketua Kontinjen Markah
Johan Biru Tn. Hj. Mohamed Zaini Abdul Rahman
17 mata
Naib Johan Hijau
Merah
YBhg. Datuk Haji Ismail bin Talib
Encik Wong Kok Fah
16 mata
16 mata
Tempat-4 Kuning Puan Hajah Rosnah binti Awang
11 mata
26. Syabas buat semua yang terlibat.
Kesungguhan anda semua wajar
dipuji.
“AHLI AKTIF KELAB PROGRESIF”.
24
Tuan/Puan sekalian, [PEMERGIAN SUAMI PUAN YASMIN]
27. Dukacita dimaklumkan bahawa suami
kepada Puan Yasmin Binti Mohd Lotfi,
Setiausaha Pejabat Timbalan Ketua
Pengarah (Operasi), Jabatan Kimia
Malaysia telah kembali ke rahmatullah
pada Jumaat yang lalu, 3 November
2017. Setelah begitu lama berjuang
menentang penyakit kanser, beliau
akhirnya kembali ke rahmatullah.
Marilah kita berdoa semoga rohnya
dicucuri rahmat dan ditempatkan di
25
kalangan mereka yang beriman dan
beramal soleh. Al Fatihah…
28. Ingin juga saya nasihatkan agar
semua warga Kimia untuk membuat
pemeriksaan secara berkala serta
menjaga kesihatan dari segenap
aspek, sama ada fizikal, mental,
rohani, diet pemakanan demi
kesihatan masing-masing.
26
PENUTUP – ULANGTAHUN KELAHIRAN
27. Sebelum saya akhiri ucapan ini, saya
ingin mengucapkan selamat panjang
umur dan murah rezeki kepada warga
KIMIA yang menyambut ulangtahun
kelahiran pada bulan November ini.
Sekian, wabillahi taufiq walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.