PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS … · 2018-08-27 · laporan yang dikeluarkan...
Transcript of PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS … · 2018-08-27 · laporan yang dikeluarkan...
PERHIMPUNAN BULANAN
JABATAN KIMIA MALAYSIA OGOS 2018
TEKS UCAPAN
YANG BERUSAHA PUAN HAJAH ROSNAH AWANG
KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA
9 OGOS 2018 DATARAN KIMIA MALAYSIA
8.30 PAGI
DISEDIAKAN OLEH UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
2
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih saudara dan saudari
Pengacara Majlis
YBrs. Dr. Cornelia Charito Siricord @
Faridatul Akmar
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Yang Berusaha Tuan Haji Mohamed
Zaini bin Abdul Rahman
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Pengarah-Pengarah Kanan
Pengarah-Pengarah Bahagian
3
Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,
warga KIMIA yang saya hormati
sekalian.
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera...
1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah
SWT kerana dengan berkat limpah
kurniaNya, dapat kita bersama-sama
dalam Majlis Perhimpunan Bulanan
Jabatan Kimia Malaysia, Ibu Pejabat
bagi bulan Ogos 2018 pada pagi yang
permai ini.
4
2. Terlebih dahulu, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada
Pengarah Kanan serta warga kerja
Pusat Analisis Keselamatan Air
Minum, Makanan & Alam Sekitar
(SEKITARAN) kerana telah mengatur
dan menganjurkan Majlis
Perhimpunan Bulanan kita pada pagi
ini dengan begitu baik sekali.
5
Warga Kimia yang saya kasihi sekalian,
3. Seperti semua sedia maklum ini
adalah perhimpunan pertama saya
berdiri di sini sebagai Ketua
Pengarah Kimia dan InshaAllah untuk
4 kali lagi sebelum persaraan saya
pada bulan Disember 2018.
4. Saya juga ingin mengucapkan tahniah
kepada YBrs. Dr. Cornelia Charito
Siricord @ Faridatul Akmar yang
telah dilantik sebagai Timbalan Ketua
Pengarah (Dasar) berkuatkuasa 6
6
Ogos 2018. Tahniah dan marilah kita
bersama-sama meningkatkan
kecemerlangan Jabatan Kimia
Malaysia. Together We Are Strong.
5. Sebagaimana biasa bila ada
pertukaran, orang baru, cara pun
mungkin lain sedikit, saya harap
tuan/puan tidak terlalu terkejut atau
menentang, maklumlah Mantan KP
sebelum ini mengetuai Kimia untuk
tempoh yang agak lama - 3 tahun
lebih. Apa-apa perubahan atau
tindakan yang saya bersama ahli
7
pengurusan lain buat, secara ikhlas
adalah untuk kebaikan Jabatan. Tiada
apa-apa niat lain yang tersirat.
6. Kebetulan juga, kita ada Kerajaan
baharu, Menteri baharu dan nama
Kementerian pun baharu. Nama
baharu kementerian kita adalah
Kementerian Tenaga, Sains,
Teknologi, Alam Sekitar dan
Perubahan Iklim. In English its Ministry
of Energy, Science, Technology,
Environment and Climate Change
(MESTECC). Menteri MESTECC
8
adalah YB Yeo Bee Yin dan Timbalan
Menteri adalah YB Isnaraissah
Munirah binti Majilis (YB Munirah).
7. Majlis Amanat & Ramah Mesra YB
Menteri bersama warga MESTECC
telah diadakan pada 20 Julai yang
lepas di mana YB Menteri telah
menekan 3 fokus utama yang harus
menjadi budaya setiap warga
kementerian, iaitu:
Pertama - Integriti – Integriti
bermaksud kita buat benda yang betul
9
walaupun tiada yang melihat. Tapi
orang Islam sedia maklum pasti ada
kuasa yang sentiasa melihat tingkah
laku dan perbuatan kita pada setiap
masa.
Integriti yang ditekankan adalah dari
aspek peribadi dan juga professional.
Integriti peribadi bermaksud kita
memegang kepada amanah, akujanji
dan tidak membuat aktiviti lain semasa
waktu kerja. Integriti professional
bermaksud segala keputusan, data,
10
laporan yang dikeluarkan adalah yang
betul dan benar.
Kedua - Kecemerlangan – Setiap
seorang dari kita tidak kira gred
jawatan apa, seharusnya melakukan
yang terbaik dalam bidang tugas
masing-masing. Kita seharusnya
merasa bangga dengan kerja yang
kita buat sebab ianya yang terbaik.
Segala teguran pula harus diterima
dengan baik demi menuju
kecemerlangan kerja.
11
Ketiga - Fokus Masa Hadapan –
Setiap tindakan dan hasil kerja kita
bukan sahaja untuk kebaikan kita tapi
juga untuk kebaikan generasi akan
datang. Setiap keputusan dan dasar-
dasar yang dibuat, perlu
mengambilkira impak pada masa kini
dan masa hadapan.
8. Selain fokus utama yang diamanatkan
oleh YM Menteri, saya ingin menyeru
tuan/puan supaya bekerja dengan
penuh harmoni dan tolak ansur, saling
12
membantu dan tegur menegur supaya
kita sama-sama mencapai yang
terbaik dalam apa jua yang kita
lakukan. Persaingan untuk kenaikan
pangkat, mendapat anugerah dan
sebagainya perlu dilakukan secara
sihat “healthy competition”. Saya
mohon tuan/puan berkerjasama bukan
sahaja dengan rakan sejawat tetapi
juga dengan penyelia dan pihak
pengurusan.
9. Kita punya matlamat yang sama untuk
mengharumkan nama Jabatan Kimia.
13
Let us work together. Saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk
menekankan peranan Kimia sebagai
agensi teknikal, justeru kita harus
terus mempertingkatkan keupayaan
teknikal secara peribadi atau sebagai
sebuah organisasi. Tumpuan dan
keutamaan haruslah kepada
pencapaian teknikal di samping
sumbangan lain yang menyokong
kecemerlangan Jabatan.
14
Hadirin sekalian,
[PENGANUGERAHAN PINGAT]
10. Sempena sambutan Hari Ulang Tahun
ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-
Pertua Negeri Pulau Pinang pada 14
Julai 2018 yang lepas, 2 orang warga
KIMIA Pulau Pinang telah
dianugerahkan Pingat Negeri Pulau
Pinang:
Bintang Cemerlang Negeri
(B.C.N.) : Cik Padillah binti Yahaya,
Pegawai Sains Gred C52
15
Pingat Jasa Masyarakat (P.J.M.) :
Puan Hajah Khadijah binti
Mohamad Daud, Penolong
Pegawai Sains Gred C29
11. Tahniah dan syabas kepada mereka
berdua.
[PEMANGKUAN]
Susulan urusan kenaikan pangkat sukacita
saya umumkan pemangkuan naik pangkat
berikut:
12. Penolong Pegawai Sains Gred C32:
16
Puan Suzita binti Jamil (HQ,
SEKITARAN) mulai 03.07.2018
Puan Maria binti Md Isa (JKMN
Pulau Pinang) mulai 16.07.2018
13. Pembantu Makmal Gred C28:
Encik Daud bin Ibrahim (HQ,
FORENSIK) mulai 03.07.2018
14. Pembantu Makmal Gred C26:
Puan Ummi Hafiza binti Abdul
Razak (HQ, KUALITI) mulai 9.7.18
Y.M. Tengku Norasiah binti Tuan
Aziz (HQ, FORENSIK) mulai 9.7.18
17
Puan Norhaya binti Ramli (Jabatan
Pertanian, KL) mulai 16.07.2018
15. Tahniah dan syabas kepada semua.
Diharap dengan kenaikan pangkat ini
akan dapat meningkatkan semangat &
usaha dalam kerjaya masing-masing.
[PERSARAAN]
Terdapat juga staf Kimia Malaysia yang
akan bersara bulan Ogos ini iaitu:
16. Encik Nanis bin Jusim, Pembantu
Tadbir (Kewangan) Gred W22 (JKMN
Sabah) akan bersara pilihan pada 31
18
Ogos ini. Terima kasih atas jasa bakti
dan sumbangan anda pada Jabatan
Kimia Malaysia.
Tuan-Tuan/Puan-Puan,
[INTEGRITI]
17. Saya ingin menyentuh berkenaan
dengan beberapa isu integriti seperti
berikut:
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan Dan Tatatertib) 1993
Peraturan 4(1) Seseorang pegawai
hendaklah pada setiap masa
19
memberikan taat setianya kepada
Yang di-Pertuan Agong, negara dan
Kerajaan iaitu;
sentiasa menjaga, memelihara dan
mempertahankan kedaulatan dan
maruah negara, hormat dan patuh
kepada undang – undang serta
berusaha untuk berbakti kepada
negara
mengamalkan sikap berkecuali dalam
menjalankan tugas
memberi taat setia kepada Kerajaan
yang memerintah
20
CONTOH PELANGGARAN
Bersubahat dengan musuh negara
Membocorkan rahsia Kerajaan
Menganggotai pertubuhan yang
mengancam keselamatan negara
(anasir - anasir subversif)
Memburuk - burukkan serta
memperkecil -kecilkan dasar serta
tindakan Kerajaan
Etika Berpakaian Bagi Penjawat Awam
Semasa bertugas, hendaklah sentiasa
berpakaian dengan sepatutnya seperti
21
ditentukan oleh Kerajaan seperti arahan
yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam berdasarkan
beberapa pekeliling berkaitan yang boleh
didapati dari website JPA atau rujuk
kepada Ketua Unit Integriti Jabatan,
Puan Yeshu.
18. Saya amat berharap agar semua warga
KIMIA mematuhi semua peraturan yang
telah ditetapkan. Mungkin Unit Integriti
akan menghantar panduan berkaitan
melalui email atau intranet Jabatan.
22
[PENILAIAN AKREDITASI ANAB]
19. Untuk makluman, penilaian akreditasi
ANSI-ASQ National Accreditation
Board (ANAB) akan diadakan pada
12-20 Ogos 2018 di Jabatan Kimia
Malaysia Ibu Pejabat. Ia melibatkan
semua Makmal Forensik Jabatan
Kimia Malaysia di seluruh negara.
20. Saya percaya FORENSIK telah
mengadakan persiapan rapi untuk
menghadapinya. Teruskan usaha dan
semoga berjaya.
23
Warga KIMIA yang dikasihi sekalian,
[SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA
1439H]
21. Kita akan menyambut Hari Raya
Aidiladha yakni ibadah korban iaitu
pada 22 Ogos bersamaan 10 Zulhijjah
1439H. Alhamdulillah, bersyukur kita
ke hadrat Allah SWT kerana dengan
sifat Rahman dan RahimNya maka
kita dianugerahkan lagi dengan
sambutan Aidiladha.
24
22. Untuk makluman semua, Pemurni
KIMIA dengan kerjasama Yayasan Ar-
Raudhah akan menganjurkan
Program Qurban di Wilayah Pursat
Kemboja. Satu Bahagian bernilai
RM330.00 sahaja. Tarikh tutup bagi
yang berminat adalah pada 18 Ogos
ini.
23. Tuan Haji Abdul Ghani bin Harun dan
Encik Mohd Fathi Zaini bin Shafie
akan menyertai program qurban ini di
Wilayah Pursat pada 23 hingga 26
25
Ogos 2018. Didoakan semoga segala
urusan di sana dipermudahkan.
24. Selain melakukan ibadah yang
dituntut, korban ini juga dapat
membantu penternak dan penduduk di
daerah Pursat yang rata-rata miskin.
Lebihan wang dari aktiviti korban pula
akan disumbangkan untuk
membangunkan sebuah Madrasah
Tahfiz di sana.
26
Warga KIMIA sekalian,
[SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2018]
25. Sambutan Hari Kemerdekaan atau
Kebangsaan serta Hari Malaysia pada
tahun 2018 adalah bertemakan
Sayangi Malaysiaku seperti
diumumkan oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri pada 30
Mei 2018. Tema Sayangi Malaysiaku
adalah bagi menekankan betapa
pentingnya warganegara Malaysia
yang berbilang kaum dan agama
27
saling memahami dan hormat
menghormati serta bersatu padu untuk
menentukan masa depan negara lebih
gemilang, stabil dan aman damai.
26. Selain menyemarakkan semangat
patriotisme serta memperluas dan
memperkukuh semangat kekitaan,
“Sayangi Malaysiaku” juga seiring
dengan perpaduan yang menjadi
penggerak kepada agenda
memperkasakan integrasi nasional
dalam kalangan pelbagai lapisan
masyarakat dan kaum di Malaysia.
28
27. Sambutan Hari Kebangsaan 2018
akan diadakan di Putrajaya pada 31
Ogos sementara Sambutan Hari
Malaysia 2018 pula akan diadakan
pada 16 September di Kota Kinabalu,
Sabah.
28. Sambutan Hari Kemerdekaan bermula
di Padang Kota Lama, Pulau Pinang di
mana telah berlangsungnya majlis
pelancaran Bulan Kebangsaan dan
Kibar Jalur Gemilang 2018 yang telah
disempurnakan oleh YAB Perdana
Menteri pada 4 Ogos yang lepas.
29
Pelbagai acara menarik dijalankan
pada hari tersebut termasuk Pameran
Caring Bridge yang turut disertai oleh
KIMIA Pulau Pinang. Terima kasih dan
syabas kepada JKMN Pulau Pinang.
29. Sempena bulan kemerdekaan sama-
sama lah kita mengibarkan bendera
Jalur Gemilang kebanggaan kita.
Sayangi Malaysiaku...
30
(Penutup)
30. Sebelum saya mengakhiri ucapan,
saya ingin mengucapkan ‘Selamat
Hari Lahir’ kepada warga Kimia yang
menyambut ulang tahun kelahiran
pada bulan Ogos ini serta Selamat
Menyambut Bulan Kemerdekaan
kepada semua warga Kimia.
Wabillahittaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Sekian, terima kasih dan selamat bertugas.