PERCUMA 22 - 29 September 2017, 1 - 7 Muharram 1439 · pimpinan politik bukan dapat sebi-dang tanah...

23
MediaSelangor selangortv.my Media_Selangor www.selangorkini.my PERCUMA 22 - 29 September 2017, 1 - 7 Muharram 1439 RM 25,000.00 5 P E L A J A R T ER B A I K S P M 2 0 1 7 G A N J A R A N B E R N I L A I Tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Quran Ittifaqiyah 20 BERITA PENUH MUKA 3 RM200 JUTA BERITA LANJUT MUKA 5, 17, 20 & 21 RAIH LEBIH SELANGOR INTERNATIONAL BUSINESS SUMMIT 2017 7 Bermalam di muzium pecah rekod Terokai pelancongan hijau Pelaburan berkualiti mampu membina nilai supaya rakyat di Selangor men- dapat pekerjaan berteknologi tinggi, pertukaran maklumat serta kemahiran Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Dato’ Menteri Besar

Transcript of PERCUMA 22 - 29 September 2017, 1 - 7 Muharram 1439 · pimpinan politik bukan dapat sebi-dang tanah...

MediaSelangorselangortv.my

Media_Selangorwww.selangorkini.my

PERCUMA 22 - 29 September 2017, 1 - 7 Muharram 1439

RM 25,000.00

5 PELAJAR TERBAIK SPM 2017

GANJARAN BERNILAI

Tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Quran Ittifaqiyah

20BERITA PENUH MUKA 3

RM200 JUTA

BERITA LANJUT MUKA 5, 17, 20 & 21

RAIH LEBIHSELANGOR INTERNATIONAL BUSINESS SUMMIT 2017

7

Bermalam di muzium pecah rekod

Terokai pelanconganhijau

Pelaburan berkualiti mampu membinanilai supaya rakyatdi Selangor men- dapat pekerjaan

berteknologi tinggi,pertukaran maklumat

serta kemahiranDato’ Seri Mohamed Azmin Ali

Dato’ Menteri Besar

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda 2

UtamaSelangorKini 22 - 29 September 2017

Selesaikan pemilikan segera

Tanah hak rakyat

Mohamed Azmin bersama penduduk Kampung Melayu Subang Tambahan yang menerima notis 5A, pada 15 September lalu

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menegaskan rakyat berhak memi-liki tanah di Selangor dan menjadi keutamaan meluluskannya supa-ya mereka tidak menunggu lama bagi memperolehnya.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pe-nyerahan notis 5A kepada pen-duduk Kampung Melayu Subang Tambahan adalah tindakan Kera-jaan Negeri yang mahu masalah pemilikan tanah berlarutan sekian lama diselesaikan segera.

“Tanah ini adalah hak mereka dan tak perlu diminta dan sebagai sebuah kerajaan peduli rakyat, maka ia mesti diserahkan kepada rakyat.

“Saya rasa terkilan kerana me-reka menunggu lebih dua dekat hanya untuk mendapat sebidang tanah,” katanya dalam Majlis Pe-

nyerahan Kelulusan Pemberimi-likan Tanah (Notis 5A) Kampung Melayu Subang Tambahan, di sini, pada 15 September lalu.

Beliau berkata, Kerajaan Ne-geri ketika ini memberi keuta-maan kepada perkara itu dan menjadi antara agenda penting dibincang serta diluluskan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kera-jaan Negeri (MMKN) setiap ming- gu, berbanding pentadbiran se-belumnya.

Katanya, Kerajaan Negeri ha-nya akan meluluskan permoho-nan memiliki tanah kepada rakyat tidak kepada pimpinan politik.

“Kita pernah dengar sebelum ini pimpinan politik bukan dapat sebi-dang tanah tetapi berpuluh ekar, itu realiti yang tiada mana-mana pi-hak boleh menafikan. Saya berani nyatakan dengan tegas di hadapan rakyat Selangor bahawa pemimpin tidak boleh dan berhak mendapat

tanah di dalam negeri ini kerana ia adalah hak rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau ber-kata, pembangunan pesat di Se-langor menyebabkan nilai tanah meningkat begitu tinggi, maka Kerajaan Negeri memberi kelong-garan menerusi bayaran premium RM1,000 dengan syarat rakyat ti-dak menjual tanah dimiliki.

Dalam majlis itu, seramai 64 penduduk menerima notis 5A dari-pada Mohamed Azmin selain turut menyampaikan baucer pembia-yaan mikrokredit HIJRAH Selangor berjumlah RM593 ribu kepada 49 usahawan.

Turut hadir, Ahli Dewan Negeri Paya Jaras, Khairuddin Othman; Pengarah Jabatan Agama Islam Se-langor, Dato’ Haris Kasim; Pegawai Daerah Petaling, Dato’ Misri Idris; Pe-nyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Kota Damansara, Razlan Jalalud- din dan hadirin lain.

Bawa pelaburan bukan wang keluarSHAH ALAM - Selangor menga-lami pembangunan dengan per-tumbuhan ekonomi pesat dan menjadi tumpuan pelabur tem-patan serta antarabangsa.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkembangan itu membuktikan Selangor mencapai kemajuan membanggakan serta meng-hasilkan pelaburan tinggi, di ne-geri itu.

“Ini bezanya Selangor dengan satu kerajaan yang lain kerana pelabur datang ke negeri ini. Ada sebuah kerajaan, dia bawa wang negara ke Amerika Syarikat, fa-ham atau tidak?” soalnya dalam Majlis Penyerahan Kelulusan Pemberimilikan Tanah (Notis 5A) Kampung Melayu Subang Tam-bahan, di sini, pada 15 Septem-ber lalu.

Kenyataan dibuat itu merujuk lawatan Perdana Menteri, Da-tuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat serta bertemu Presiden, Donald Trump dan antara perbin-

cangan menyentuh pelaburan Malaysia bernilai hampir RM100 bilion melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga Khazanah Nasional Berhad (KNB).

Mohamed Azmin berka-ta, wang simpanan pekerja di dalam KWSP seharusnya mem-beri jaminan terhadap masa de-pan golongan itu ketika bersara.

Beliau berkata, ia berbeza dengan situasi di Selangor apa-bila lawatannya ke Zurich, Swit-zerland, dua minggu lalu me-narik minat syarikat IKEA untuk melabur RM1 bilion, di Pulau In-dah, Klang.

“IKEA membuat keputusan membina pusat pengagihan un-tuk Asia Pasifik dan pembangu-nan ini ketiga terbesar di dunia, selepas Amerika Syarikat dan Jerman.

“Pelabur Amerika Syarikat juga memaklumkan akan me-letakkan pelaburan besar di Se-langor dan ia akan kita umum-kan nanti,” katanya.

Laksana lima tuntutan bekas tenteraSHAH ALAM - Lima tuntutan (T5P) Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (PAHLAWAN) mampu direalisasikan jika PAKATAN diberi mandat mentadbir Putrajaya, selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali berkata, bidang kuasa Kerajaan Selangor adalah ter-had untuk melaksanakan keperluan itu.

“Saya tidak boleh mewakili Kera-jaan Persekutuan untuk beri jaminan itu, namun mungkin November boleh jika kita tawan Putrajaya,” katanya se-bagai menjawab pertanyaan Presiden PAHLAWAN, Asri Buang pada forum Malaysia Baru bersama Dato’ Menteri

Besar, di Muzium Sultan Alam Shah, di sini, pada 16 September lalu.

Sebelum ini, PAHLAWAN menun-tut Kerajaan Persekutuan memberi tumpuan terhadap aspek kebajikan dan mengiktiraf jasa veteran ten-tera yang berkorban memperta-hankan negara.

Asri berkata, Kerajaan Perseku-tuan gagal melaksanakan tuntu-tan berkenaan walaupun pelbagai memorandum sudah dihantar ke-pada Putrajaya.

“Hingga ada antara pesara ini menerima bantuan sekadar RM200 sahaja walaupun mengalami ke-cacatan seperti hilang anggota badan,” katanya.

IKEA antara pelabur terbesar yang melabur RM1 bilion di Pulau Indah, Klang dan yakin kemampuan Selangor sebagai hab eko-nomi antarabangsa

Mohamed Azmin bersalaman dengan ahli Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Kesela-matan Malaysia (PAHLAWAN) ketika forum Malaysia Baru bersama Dato' Menteri Besar

Utama3SelangorKini 22 - 29 September 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Selangor International Business Summit 2017

Tambah jumlah pelaburan

SHAH ALAM - Sebuah syari-kat dari Amerika Syarikat yang mempunyai perniagaan di Se-langor dijangka akan mengem-bangkan jumlah pelaburan dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan sendiri Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam Gala Selangor-ASEAN Business Award 2017 di Hotel Concorde, di sini, pada 15 Sep-tember lalu.

“Saya akan umumkan perin-cian dua atau tiga minggu lagi dan kumpulan ini sudah bera-da, di Selangor. Mereka mahu mengembangkan operasi den-gan jumlah pelaburan besar,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri gembira den-

gan perkembangan berkenaan dan berharap perkara itu dapat diselesaikan segera.

Terdahulu, beliau berka-ta, pengumuman rasmi akan dibuat selepas perjanjian pela-buran itu dimuktamadkan, awal Oktober ini.

“Pada prinsipnya, sangat gem-bira kerana pelabur ini datang ke pejabat saya untuk menzahirkan keyakinan mereka untuk kekal melabur, di Selangor.

“Namun, mereka ada memak-lumkan berkenaan permohonan tanah untuk meneruskan pela-buran baru itu dan saya sudah mengarahkan Unit Perancangan Ekonomi Negeri untuk menge-mukakan keperluan maklum balas berkenaan,” katanya.

Difahamkan, projek pela-buran berkenaan menumpu-

kan kepada industri pembuatan aeroangkasa meliputi bidang Maintenance, Repair and Over-haul (MRO) Activities.

“Kita akan membuat kepu-tusan secepat mungkin kerana tidak mahu wujud birokrasi ker-ana pelaburan ini sangat pent-ing dan berteknologi tinggi, di Subang,” katanya.

Sebelum ini, Selangor meme-terai perjanjian persefahaman pelaburan bernilai RM1 bilion daripada gedung terbesar du-nia IKEA.

IKEA bakal mendirikan gu-dang penyimpanan dan pen-gagihan produknya untuk pas-aran Asia Pasifik di Pulau Indah berkapasiti enam kali lebih be-sar dari IKEA Basel dan mampu memuatkan 230,000 palet ber-banding 48,000 palet.

Mohamed Azmin menghadiri Majlis Makan Malam Gala Selangor-ASEAN Business Award 2017 di Hotel Concorde

Buka ruang kerja teknologi tinggiSHAH ALAM - Kerajaan Ne-geri menekankan pelaburan berkualiti bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan khu-susnya membabitkan sistem berteknologi tinggi.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ber-kata, sambutan baik diberikan kepada Selangor Information Technology and E-Commerce Council (SITEC) sejak ditubuh-kan membantu Kerajaan Ne-geri menarik pelaburan dalam dan luar negara.

“Kita kena kerja kuat untuk menarik pelaburan ke Sela-ngor bukan sahaja domestik tetapi juga dari luar negara. Pelaburan berkualiti mampu membina nilai supaya rakyat di Selangor mendapat peker-jaan berteknologi tinggi, per-tukaran maklumat serta kema-hiran.

“Hari ini, kita mendapat sam-butan amat baik apabila SITEC ditubuhkan untuk mewujud-kan satu ekosistem dalam ka-langan pemain e-perdaga-ngan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Gala Selangor-ASEAN Business Award 2017, di Hotel Concorde, di sini, pada 15 September lalu.

Beliau menzahirkan rasa gembira dengan penyertaan pemain e-perdagangan dalam Selangor International Busi-ness Summit 2017 yang ber-langsung selama 10 hari, di

Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), bermula 7 September lalu.

Katanya, konvensyen seperti itu memberikan lebih ruang un-tuk usahawan mengembang-kan rangkaian perniagaan, di samping Selangor meletakkan objektif menjadi hab perda-gangan global.

Dalam majlis sama, Mo-hamed Azmin turut menyam-paikan beberapa anugerah penghargaan bagi lima ka-tegori iaitu Business Excellence And Innovation Award yang di-berikan kepada tiga syarikat iaitu Mega Fortis (Malaysia) Sdn Bhd, Growth Avenue Sdn Bhd dan IQI Holdings Sdn Bhd.

Rotiboy Bakeshoppr Sdn Bhd diwakili Pengarah Ope-rasinya, Ng Chi-Ao menerima anugerah Successful Small and Medium Sized Companies.

Pengarah Eksekutif Fire Fighter Industry Sdn Bhd, Mi-chelle Hah Mei Kian menerima anugerah Successful Women Entreprenuer, manakala Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan Kossan Rub-ber Industries Bhd, Tan Sri Dato’ Lim Lim Kuang Sia menerima anugerah CEO Of The Year.

AAPICO Hitec Public Com-pany Limited yang diwakili Pre-siden dan CEOnya, Yeap Swee Chuan pula menerima a- nugerah Successful Asean Com-pany Located In Selangor.

Tingkat aliran kewanganOLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Selangor berja-ya membawa masuk aliran ke-wangan melebihi RM200 juta hasil penganjuran Selangor International Business Sum-mit 2017, tahun ini.

Exco Pelaburan, Perindus-trian IKS, Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, jumlah berkenaan meningkat ber-banding penganjuran persi-dangan sama, tahun lalu.

“Lebih RM200 juta urusnia-ga perniagaan sudah dibawa masuk sepanjang persidan-gan berlangsung berbanding jumlah RM100 juta, tahun lalu.

“Ini boleh dianggap se-bagai pencapaian terbaik konvensyen dan kita optimis mampu meraih lebih tinggi lagi untuk tempoh akan datang,” katanya ketika beru-cap pada Majlis Penutup SIBS

2017 di Setia City Convention Centre, di sini, pada 17 Sep-tember lalu.

Beliau percaya, pertumbu-han positif itu didorong hasil keberkesanan penganjuran SIBS 2017 yang membabitkan peluang keusahawanan dan pelaburan luar.

Terdahulu, persidangan an-tarabangsa itu membabitkan pembahagian tiga komponen utama iaitu penganjuran Fo-rum Smart City, Forum Smart & Green City dan Forum Perdagangan Elektronik.

Menariknya, ia turut membabitkan organisasi dan syarikat dari dalam juga luar negara daripada pelbagai komponen industri pelaburan serantau.

Matlamat penganjuran-nya juga dilaksanakan bagi menjadikan Selangor sebagai gerbang destinasi pelaburan ASEAN paling kukuh.

Dato’ Teng Chang Khim berucap pada Majlis Penutup SIBS 2017 di Setia City Convention Centre

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda 4

UtamaSelangorKini 22 - 29 September 2017

Lupakan impian lihat Selangor muflis

Gagal takutkan rakyat OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Dakwaan pe-mimpin Umno kononnya Sela- ngor akan muflis apabila PAKA-TAN mengambilalih pentadbi-ran Kerajaan Negeri pada 2008 ternyata kata-kata politik untuk menakutkan rakyat.

Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob berkata, perkara itu dapat dilihat selepas dua peng-gal mentadbir, Kerajaan Negeri

hari ini berjaya membawa pem-bangunan lebih pesat dalam pelbagai aspek khususnya me-ningkatkan ekonomi untuk ke-sejahteraan rakyat.

“Itu hanyalah kata-kata poli-tik. Kalau ada negeri yang muf- lis di Malaysia ini, Selangor bu-kan negeri dalam senarai tetapi teratas sekali dalam senarai ke-mungkinan muflis tak kiralah siapa pun perintah adalah Perlis. Selangor tak mungkin berada dalam senarai negeri boleh muf-

lis apabila ditadbir PAKATAN.“Jelas, itu hanyalah kata-kata

kosong. PAKATAN dah buktikan selama dua penggal ini Sela-ngor membangun lebih pesat, pentadbiran yang cekap, bebas daripada rasuah, tatakelola, urus tadbir yang baik dan telus.

"Ia menyebabkan negeri ini berada di kedudukan terhada-pan sekali dengan mempamer-kan ekonomi yang seimbang,” katanya ketika dihubungi Sela-ngorKini, di sini, baru-baru ini.

Katanya, pembangunan ne-geri juga terus berkembang pesat dan tidak terbantut atau negatif seperti cuba digambar-kan Umno.

Beliau berkata, kepesatan pembangunan dan ekonomi di Selangor dan Pulau Pinang bukan sahaja bukti terhadap kemampuan PAKATAN mentad-bir sesebuah negeri tetapi juga membuktikan kesediaan untuk menerajui Kerajaan Perseku-tuan.

Kalau ada negeri yang muflis di Malaysia ini, Selangor bukan negeri dalam senarai tetapi teratas sekali dalam senarai kemungkinan muflis tak kiralah siapa pun perintah adalah PerlisDR ROSLI YAAKOBBekas Timbalan Pengarah BNM

Kerajaan era BN jual tanah Orang AsalSHAH ALAM - Pada tahun 1999, Kerajaan Negeri era Barisan Nasio- nal (BN) memutuskan menjual ta-nah di Kampung Orang Asal Bukit Tunggal kepada sebuah syarikat pemaju untuk dibangunkan se-bagai Bukit Unggul Golf Resort.

Pengerusi Jawatankuasa Pili-han mengenai Pejabat Dae-rah dan Tanah (JP-PADAT) Ber-hubung Perwartaan Tanah dan Penempatan Orang Asli di Negeri Selangor, Mohd Shafie Ngah ber-kata, keadaan itu menyebabkan proses mewartakannya sebagai kawasan tanah adat Orang Asal tergendala.

“Kita dapat maklum balas hari ini (11 September), puncanya adalah data kepunyaan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) ti-dak spesifik seperti yang terdapat di Pejabat Tanah dan Galian Se-langor dan ini meninggalkan ke-san kepada cadangan kerajaan untuk mewartakan tanah Orang Asal.

“Bila gagal diwartakan, Orang Asal mengatakan Kerajaan Ne-geri tidak bertanggungjawab, sedangkan yang menjadi punca masalah ini adalah data pihak JAKOA tidak konsisten kerana kita perlu mendapat persetujuan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Pen-dengaran Tertutup JP-PADAT ber-hubung isu perwartaan tanah/penempatan Orang Asal di Ne-geri Selangor di Bangunan An-nex, di sini, pada 11 September lalu.

Beliau berkata, JAKOA seha-rusnya mengambil langkah pro-aktif untuk turun padang bagi mendapatkan jumlah keluasan sebenar, keluasan yang diguna pakai, jumlah keluarga Orang Asal untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa peringkat negeri.

Katanya, Orang Asal di ka-wasan terbabit turut menolak pampasan yang ditawarkan dan menuntut supaya hak mereka dihormati.

“Jawatankuasa melihat perkara ini penting, harus di-hormati dan pihak JAKOA mesti bertanggungjawab kerana me-reka adalah jabatan yang diper-tanggungjawabkan untuk men-jaga kebajikan Orang Asal.

“Saya jangkakan kami akan bentangkan satu penyata di Dewan Negeri Selangor (DNS) pada sesi November ini yang perkara dasarnya hak Orang Asal perlu dijaga dan dihorma-ti,” katanya.

Elak kediaman jadi sarang aedesSHAH ALAM - Penduduk sekitar disaran mengambil tanggung-jawab membersihkan kawasan kediaman masing-masing se-bagai usaha memastikan tempat tinggal mereka bebas daripada pembiakan nyamuk aedes.

Exco Kesihatan, Kebajikan dan Pembangunan Wanita serta Ke-luarga, Dr Daroyah Alwi berkata, hal itu kerana ia adalah perkara asas jika mahu kawasan berisiko tinggi menjadi bebas denggi.

“Sikap itu perlu dididik dari-pada akar umbi membabit-kan pelbagai golongan supaya penduduk lebih b e r t a n g g u n g j awa b menjaga kebersihan kediaman masing-masing.

“Kita mengalu-kan kerjasama penduduk supaya kawasan yang berisiko tinggi dapat diha-puskan secara berkesan,” katan-

ya di Majlis Perasmian Penutup Gotong-Royong Denggi

12 minggu dan Hari Keluarga Merde-ka Taman Pelangi

Semenyih, baru-baru ini.

Pada masa sama, Dr Daroyah memuji komitmen tinggi

penduduk Taman Pelangi yang berusaha menga-

dakan gotong royong secara berterusan, sekali gus menjadi-kan kawasan kediaman mereka keluar daripada kawasan hotspot denggi.

“Saya berbangga dengan se-mangat penduduk kawasan ini yang berusaha untuk membe-baskan kawasan mereka dari-pada hotspot denggi. Kini, ka-wasan ini bersih dan tidak lagi dilabel sebagai hotspot denggi,” katanya.

Beliau turut menasihatkan penduduk supaya memastikan melaksanakan pemeriksaan dan membersihkan takungan air se-cara berkala.

Menurut sumber daripada bi-lik gerakan denggi kebangsaan Kementerian Kesihatan Malay-sia, 127 kes di Selangor setakat 12 September lalu dengan jum-lah terkumpul dari 1 Januari hingga tempoh itu sebanyak 36,888 kes.

�� pengesan kualiti udara hujung ����SHAH ALAM - Sebanyak 80 Pengesan Kualiti Udara (Air Quality Sensor-AQS) dijangka dipasang, di seluruh Selangor, menjelang akhir tahun ini.

Timbalan Pengarah Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Dr Fahmi Ngah berkata, AQS

disediakan Kera-jaan Negeri mampu mengesan zarah ber-diameter 2.5 micro- meter particles (PM2.5).

Katanya, ia jauh lebih kecil berban-ding AQS milik perse-kutuan yang menge-san zarah PM10 dan ke atas.

“Ini menunjukkan pentadbiran ini lebih mementingkan kua liti udara yang dihidu rakyat bagi memasti-kan kehidupan lebih sihat dan sejahtera.

“Ia akan menjadi panduan kepada rakyat Selangor un-tuk melakukan ak-tiviti luar kerana dapat mengesan kualiti udara seke-liling secara real

Ia akan menjadi panduan kepada rakyat Selangor untuk melakukan aktiviti luar kerana dapat mengesan kualiti udara sekeliling secara real timeDR FAHMI NGAHTimbalan Pengarah SSDU

time,” katanya kepada Sela-ngorKini.

Dr Fahmi berkata, rakyat bo-leh memeriksa bacaan kualiti udara dipantau AQS menerusi aplikasi EdiGreen AirBox yang boleh dimuat turun di App Store dan Play Store.

Katanya, terdapat tujuh lokasi yang akan dipasang AQS iaitu Shah Alam, Petaling Jaya, Bukit Jalil, Seri Kembangan, Subang Bestari, Klang dan Ampang Jaya, setakat ini.

“Kita komited untuk menam-bah lokasi AQS dengan lebih banyak selaras hasrat Kerajaan Negeri mewujudkan Smart Healthcare and Wellbeing,” ka-tanya.

Utama5SelangorKini 22 - 29 September 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBPENGARANG KUMPULAN: Mohsin Abdullah

KETUA PENGARANG: Cecelia AlphonsusPENGARANG : Nurul Farina Nazlan

PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa AfeeraWARTAWAN:

Hafizan Taib: [email protected], Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syazwani Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

OLEH AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah me-rakamkan ucapan takziah atas insiden kebakaran yang me-ngorbankan 21 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Datuk Keramat, di ibu neg-ara, pada 14 September lalu.

Baginda menerusi perutusan dikeluarkan Istana Mestika Shah Alam turut berdukacita atas ke-jadian terbabit yang disifatkan sebagai menyayat hati.

“Beta berasa amat sedih dan dukacita dengan makluman be-

rita bahawa berlakunya kehila-ngan nyawa membabitkan pela-jar Pusat Tahfiz Quran Ittifaqiyah dalam satu tragedi kebakaran yang amat menyayat hati.

“Beta dan Tengku Permaisuri Selangor ingin menyampaikan ucapan takziah. Semoga Allah SWT memberikan ketabahan dan kekuatan kepada keluarga mangsa yang terbabit,” titah baginda.

Terdahulu, kebakaran di pusat tahfiz terbabit turut me-ngorbankan dua tenaga pe-ngajarnya, sementara beberapa yang lain cedera parah dan me-ngalami cedera ringan.

Sultan Sharafuddin rakam takziah

Operasi semula di bangunan baru OktoberKUALA LUMPUR - Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, dijang-ka beroperasi semula di bangu-nan baharu yang terletak tidak jauh dari bangunan yang ter-bakar, selewat-lewatnya Okto-ber ini.

Pengetuanya Mohd Zahid Mahmood berkata, bangunan baharu itu kini sedang diubah suai dan akan diperiksa Ja-batan Bomba dan Penyelamat bagi mendapatkan sijil layak menduduki.

“Apabila semua proses itu selesai, baru pelajar akan ma-suk semula untuk meneruskan

aktiviti pembelajaran,” katanya lapor BERNAMA, pada 17 Sep-tember lalu.

Beliau berkata, semua 18 pelajar berusia 13 hingga 17 tahun yang terselamat dalam tragedi awal pagi 14 Septem-ber lalu kini bercuti dan ber-sama keluarga masing-masing.

Dalam kejadian 5.15 pagi itu, 21 pelajar berusia 6 hingga 16 tahun serta dua guru berusia 26 dan 25 tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran di tingkat paling atas bangu-nan tiga tingkat terbabit.

Pada sidang media 16 Sep-tember lalu, Ketua Polis Kuala

Lumpur, Datuk Amar Singh Is-har Singh berkata, tujuh remaja berusia antara 11 dan 18 tahun ditahan bagi membantu siasa-tan kes kebakaran berkenaan.

Beliau berkata, polis per-caya motif kebakaran pusat tahfiz itu adalah dendam yang berpunca daripada perbuatan ejek-mengejek antara pelajar tahfiz terbabit dan pihak luar.

Enam dari tujuh suspek juga positif dadah dan kesemua mereka yang tidak bersekolah direman selama tujuh hari un-tuk siasatan lanjut, sehingga 22 September.

Perutusan takziah Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin di atas tragedi ke-bakaran Pusat Tahfiz Quran IttifaqiyahPolis anggap kes selesai

KUALA LUMPUR - Polis menge-sahkan penahanan tujuh suspek kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Datuk Kera-mat, Kuala Lumpur dan direman selama tujuh hari bermula 16 hingga 22 September.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Da-tuk Amar Singh Ishar Singh ber-kata, semua suspek lingkungan 11 hingga 18 tahun itu mula di-tangkap, pada 15 September sekitar jam 6 petang hingga 2.30 pagi, pada 16 september lalu.

“Saya boleh mengesahkan pe-nahanan tujuh susupek ini, maka kes dianggap selesai. Kes ini di-siasat dibawah Seksyen 302 dan Seksyen 435 khianat dengan api.

“Semua suspek tinggal di kawasan berhampiran pusat tahfiz. Enam daripada me- reka positif dadah jenis ganja, manakala seorang lagi negatif.

“Dua daripada suspek turut mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 148 dan Sek-syen 379 (A) curi kenderaan,” katanya dalam sidang media.

Amar Singh berkata, keba-karan itu dilakukan berpunca daripada ejek-mengejek antara mereka dan polis sedang me-nyiasat perkara terbabit.

Katanya, polis turut me-rampas baju, seluar, topi kele-dar dan motosikal digunakan suspek yang tinggal di sekitar

pusat tahfiz berkenaan.Katanya, polis memperoleh

rakaman kamera litar tertu-tup daripada pejabat Persa-tuan Pengguna Islam Malay-sia (PPIM) yang bersebelahan pusat tahfiz.

Dalam sidang media sama, Amar Singh meminta orang ramai menghentikan sebaran berhubung perincian siasatan yang kini tular di laman so- sial supaya tidak mengganggu siasatan polis dan proses mah-kamah.

“Sesiapa yang menyebarkan maklumat itu boleh disiasat di bawah Sekseyn 203 Kanun Ke-seksaan,” katanya.

Datuk Amar Singh ketika sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda 6

UtamaSelangorKini 22 - 29 September 2017

Langkah proaktif Yayasan Selangor

Jawatankuasa Pilihan ABAS puas hatiOLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR - Jawatankua-sa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syari-kat Kerajaan Negeri (JP-ABAS) berpuas hati dengan langkah proaktif pengurusan Yayasan Se-langor membawa yayasan itu ke landasan betul.

Pengerusinya, Saari Sungib berkata, antara kejayaan awal pengurusan di bawah kepimpi-nan Pengurus Kanan, Zahura Zak- ry, adalah memastikan Yayasan Selangor mengurangkan defisit dari RM18 juta, pada 2015 kepa-da RM9 juta (2016).

Katanya, perkara itu dapat di-lakukan walaupun projek baru masih menanti kelulusan Lem-

baga Pemegang Amanah.“Kita berharap dapat teruskan

peningkatan lebih baik dan pa-sukan yang ada ini dikekalkan.

“Kita akan syorkan dan ber-harap proses pelantikan pengu-rus besar dibuat dengan segera. Saya nampak mereka bersema-ngat nak buat kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada SelangorKini selepas mendengar taklimat Yayasan Selangor kepada JP-ABAS di Bangunan Yayasan Selangor, Bukit Bintang, di sini, pada 13 September lalu.

Pada masa sama, Saari ber-kata, pihaknya akan mengkaji dokumen berkaitan pelantikan pengurus besar untuk dilampir-kan, pada sesi Dewan Negeri Se-

Yakin catat surplus pada ����KUALA LUMPUR - Pengurusan baru Yayasan Selangor yakin mampu mengembalikan zaman kegemilangan yayasan itu apabi-la projek yang dirancang di atas tanah milik mereka dilancarkan, kata Pengurus Kanannya, Zahura Zakry.

Beliau berkata, yayasan itu dianggarkan memperoleh pendapatan RM7 juta setahun tidak termasuk pendapatan dari-pada projek lain melalui Bangu-nan Yayasan Selangor, di Bukit Bintang sahaja.

“Yayasan Selangor menjang-kakan pendapatan yang akan diperolehi RM600,000 hingga RM700,000 sebulan dan dalam setahun lebih kurang RM7 juta pendapatan dijana hanya melalui bangunan ini sahaja tidak terma-suk projek lain lagi.

“Jika projek berjaya bermula tahun ini, tak kira apa juga pro-jek, kami percaya Yayasan Selangor akan men-catatkan surplus dan kembali ke trek asal. Yayasan Selangor

bangkit semula dan itu menjadi azam kami iaitu pada 2018 dan 2019 adalah permulaan untuk yayasan ini kembali ke zaman kegemilangannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepa-da SelangorKini selepas memberi taklimat kepada Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Ke-rajaan Negeri (JP-ABAS) di Ba-ngunan Yayasan Selangor, Bukit Bintang, di sini, pada 13 Septem-ber lalu.

Bagaimanapun, jelasnya, pada peringkat ini projek terbabit be-lum boleh didedahkan sehingga cadangan itu mendapat kelulu-san Ahli Lembaga Penyimpan Amanah, pada mesyuarat akan datang.

Ketika mengulas status Ba-ngunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang, Zahura memberi-tahu, pihaknya berjaya menjana pendapatan RM178,896 sebulan, sekali gus mencatatkan tahunan RM2.14 juta sementara menanti-

kan projek baru ke atas bangu-nan itu dilancarkan.

“Selepas 2012, bangunan ini kosong tetapi apabila penguru-san baru ambil alih, kita ambil langkah proaktif bagi menjana pendapatan sementara menung-gu projek besar diteruskan de-ngan memastikan ada pendapa-tan untuk Yayasan Selangor,” katanya.

Zahura berkata, pendapa-tan itu diperolehi daripada sewaan lot kedai di tingkat GF, Lobi A, sewaan ruang pengiklanan led, ruang parkir dan pencawang telekomunikasi.

langor (DNS), akan datang.Hadir sama, adalah Ahli De-

wan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail; ADN Dengkil, Shahrum Mohd Sharif; ADN Da-mansara Utama, Yeo Bee Yin dan ADN Kinrara, Ng Sze Han.

Konsisten bukan tunggu pilihan rayaSHAH ALAM - Kerajaan Negeri mengalukan bantuan RM7 juta kepada pangsapuri Desa Perang-sang, Taman Medan, yang disa-lurkan Kerajaan Persekutuan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Ban-dar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, bagaimanapun mahu Kerajaan Persekutuan tidak hanya mem-bantu ketika menjelang pilihan raya sahaja sebaliknya bantuan secara konsisten perlu dijalankan segera tanpa memilih waktu.

“Kerajaan Negeri akan sentiasa komited dalam membantu pen-duduk dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihati-nan Kerajaan Persekutuan untuk membantu penduduk pangsa-puri Desa Perangsang, di DUN Ta-man Medan.

“Kerajaan Negeri berharap pembaikan dapat dijalankan dengan segera tanpa menunggu tarikh pilihan raya kerana ia sa-ngat penting untuk membantu penduduk, di pangsapuri Desa Perangsang,” katanya.

Iskandar berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar berhubung cadangan membaik pulih Flat Desa Perangsang, Ta-man Medan, Petaling Jaya oleh Kerajaan Persekutuan dengan kos RM7 juta.

Beliau berkata, Kerajaan Perse-kutuan seharusnya mencontohi Kerajaan Negeri yang sentiasa membantu rakyat setiap masa bukan ketika musim pilihan raya tiba.

Katanya, Kerajaan Negeri memberi bantuan pembaikan melalui Skim Baik Pulih Negeri Berkebajikan (CERIA) kepada flat itu sejak 2011, setahun selepas Skim CERIA dilancarkan, pada 2010.

Antara bantuan yang diberi-kan kepada Flat Desa Perang-sang ialah pembaikan enam lif (RM119,686.00), pembaikan

Kerajaan Negeri berharap pembaikan dapat dijalankan dengan segera tanpa menunggu tarikh pilihan raya kerana ia sangat penting untuk membantu penduduk di pangsapuri Desa PerangsangISKANDAR SAMADExco Perumahantangki air (RM114,904) dan pem-baikan pagar (RM204,315.00).

“Jumlah keseluruhan ban-tuan yang sudah diberikan ke-pada Flat Desa Perangsang ialah RM438,905. Jumlah besar perun-tukan yang dibelanjakan untuk seluruh Selangor di bawah Skim CERIA sejak 2010 adalah RM85.3 juta meliputi bantuan pembaikan bagi 263 pembangunan berstra-ta,” katanya.

Pangsapuri Desa Perangsang mempunyai tujuh blok yang dibangunkan pemaju swasta bu-kan pemaju yang ada kaitan de- ngan Perbadanan Kemajuan Ne-geri Selangor (PKNS) seperti yang didakwa satu laporan berita.

Jika projek berjaya bermula tahun ini, tak kira apa juga projek, kami percaya Yayasan Selangor akan mencatatkan surplus dan kembali ke trek asal. Yayasan Selangor bangkit semula dan itu menjadi azam kami iaitu pada 2018 dan 2019 adalah permulaan untuk yayasan ini kembali ke zaman kegemilangannyaZAHURA ZAKRYPengurus Kanan Yayasan Selangor

7SelangorKini 22 - 29 September 2017

Utama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Perkembangan in-dustri pelancongan Selangor te- rus mengalami kemajuan de-ngan pelbagai aktiviti dan produk baru bagi menarik minat pelancong domestik serta luar.

Exco Pelancongan, Alam Seki-tar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong ber-kata, Kerajaan Negeri turut meng-giatkan promosi bagi tujuan itu termasuk menyertai program pelancongan, di luar negara.

“Bulan ini, melalui Tourism Se-langor, kita akan menyertai pro-gram pelancongan di Jepun yang

turut disertai Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang diharap akan meningkat-kan minat pelancong Asia Utara khasnya dari negara matahari terbit itu, ke Selangor.

“Kita bersedia dengan be-berapa aktiviti dan mempunyai produk baru untuk diperkenal-kan bagi menarik minat pengun-jung, ke sini,” katanya kepada Se-langorKini.

Beliau berkata, antara produk baru dinyatakan ialah tapak pelancongan baru seperti ka-wasan pembinaan jeti di Tanjung Sepat dan beberapa lokasi me-narik, di Kajang.

Katanya, Kerajaan Negeri ber-sedia bekerjasama dengan pi-hak berkaitan juga pertubuhan bukan kerajaan untuk mempro-mosikan pelancongan berunsur sejarah dan warisan di Kajang, pada tahun depan.

“Terdapat beberapa lokasi me-narik di Kajang untuk ditawarkan dan dengan kemudahan sistem pengangkutan Transit Aliran Massa (MRT) akan lebih mudah untuk semua, ke sana.

“Beberapa aktiviti juga diran-cang antaranya seperti pesta makanan Selangor yang mampu menarik kehadiran ramai pelan-cong, ke negeri ini,” katanya.

SHAH ALAM - Selangor meng-alu-alukan kedatangan pelan-cong antarabangsa dan tempa-tan untuk merasai pengalaman sebenar percutian hijau, di ne-geri itu.

Pengurus Besar Tourism Se-langor, Noorul Ashikin Mohd Din berkata, faktor iklim tropika negeri mampu menarik pelan-cong untuk meneroka keindahan bumi Selangor.

“Jika anda merancang untuk bercuti dan ingin menempah ti-ket yang mahal ke destinasi jauh, tunggu dulu, kerana iklim tropi-ka di Selangor bakal mengubah pandangan anda.

“Selangor dipenuhi dengan keajaiban alam semula jadi yang menakjubkan dan mampu mem-buatkan pencinta alam semula jadi sukar untuk membuat kepu-tusan berkenaan pengembaraan luar mereka yang seterusnya,” ka-tanya.

Beliau berkata, keindahan flo-ra dan fauna hutan negeri kini amat popular serta kerap men-jadi destinasi pilihan bagi tujuan destinasi eko-pelancongan.

“Eko dan alam semula jadi an-tara tarikan utama pelancongan

Selangor kerana bukit juga gu-nungnya yang mempamerkan personaliti berbeza.

“Antaranya FRIM, Taman Bo-tani Negara Shah Alam, Hulu Se-langor juga Hulu Langat yang popular kerana keindahan semu-la jadi, di samping kekayaan flora dan fauna,” katanya.

Tahun lalu, Selangor tampil dengan kempen Discover Sela-ngor dengan tagline Heart of Ma-laysia sebagai landasan dalam usaha mempromosi Selangor, di peringkat global.

Kempen berkenaan memberi tumpuan kepada kekuatan Se-langor dalam lifestyle spot pelu-ang perniagaan, perkhidmatan sektor MICE (Meetings, Incentives, Conferencing, Exhibitions), sukan dan kesihatan.

Keberkesanan kempen itu me-nyaksikan jumlah kedatangan pelancong tempatan dan asing ke Selangor meningkat 1.5 pera-tus kepada 4.3 juta bagi tempoh Januari hingga September, tahun lalu.

Jumlah itu mengambil kira tempoh sama tahun 2015 yang melebihi sasaran pengunjung 7.1 juta.

DAMANSARA - Buat julung kalin-ya, gelongsor air gergasi atau Slip n’ Slide dengan kepanjangan 450 kaki akan berlangsung di Selan-gor selama sebulan, bermula 30 September hingga 29 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Mon-key Theory Sdn Bhd, Leong De-lon berkata, Slide the City Malay-sia adalah satu fenomena yang tunggu rakyat Malaysia sejak ia diperkenalkan di negara ini, pada Disember 2015.

Katanya, tahun ini buat julung kali pihaknya mengadakan di Se-langor dengan kerjasama Tou-rism Selangor kerana negeri itu antara salah sebuah negeri tum-puan masyarakat sebagai pe-nganjur program berkenaan.

“Sebelum itu, kita sudah mengembara ke negeri seperti

Pulau Pinang, Melaka, Kuantan dan Johor Bahru. Oleh itu, ta-hun ini kita mensasarkan 70,000 pengunjung akan hadir ke Slip n’ Slide yang bakal berlangsung, di Pusat Konvensyen Setia City, Se-tia Alam,” katanya ketika majlis pelancaran Slide the City di GLO Damansara, di sini, pada 13 Sep-tember lalu.

Delon berkata, menariknya ta-hun ini, karnival itu akan diada-kan selama sebulan pada setiap hujung minggu berbanding se-belum ini yang hanya diadakan, selama tiga hari sahaja.

“Keputusan itu dibuat selepas melihat kepada permintaan orang ramai yang mahu ia dipan-jangkan tempoh waktu supaya dapat dinikmati bersama keluar-ga dengan lebih lama.

“Tahun ini juga, kita akan me-nambah beberapa aktiviti lain seperti permainan karnival anta-ranya Rodeo Bull, Dunking Game, Bungee Run dan Gladiator Joust. Selain itu disediakan juga 15 trak makanan, sepanjang karnival itu berlangsung,” katanya.

Delon berkata, orang ramai boleh mendapatkan tiket secara dalam talian atau di kedai ser-baneka 7-Eleven di sekitar Lembah Klang, Selangor dan Pulau Pinang dengan harga RM29, bermula min-ggu ketiga September ini.

Katanya, sebahagian daripada hasil jualan akan disalurkan ke Yayasan Buah Pinggang Kebang-saan Malaysia (NKF Malaysia) untuk menyokong pesakit yang menghidap penyakit buah ping-gang.

Aktiviti dan produk baru

Tingkat pelancongan negeri

Terokai percutianhijau Selangor

Slip n’ Slide gergasi tarikan baru

Majlis Pelancaran Slide the City yang bakal menampilkan gelongsor air gergasi atau Slip n’ Slide di GLO Damansara, pada 13 September lalu

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda 8

NasionalSelangorKini 22 - 29 September 2017

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Politik, ekonomi dan media sosial menjadi anta-ra punca kegagalan pembentu-kan bangsa Malaysia, sehingga kini, kata Pensyarah Kanan Uni-versiti Islam Antarabangsa Ma-laysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.

Dr Maszlee berkata, faktor itu turut disokong dengan slo-gan politik bersifat retorik tan-pa pengisian jelas.

“Slogan politik datang dan pergi. Apa yang kita kesalkan adalah retorik slogan yang ko-song.

“Hakikatnya, kita memerlu-kan tindakan dalam lapangan kehidupan berbanding slogan,” katanya ketika sesi pemben-tangan Sidang Meja Bulat dan Pelancaran Penubuhan Pusat Kajian Pembinaan Bangsa di Ins- titut Darul Ehsan (IDE), di sini,

Pembentukan bangsa Malaysia

Tiga faktor punca gagal

pada 13 September lalu.Katanya, sikap dua muka ahli

politik, di samping kerapuhan

sokongan terhadap pemerin-tah serta kedudukan ekono-mi terutama golongan kelas

pertengahan juga mendorong kepada kegagalan pembentu-kan bangsa Malaysia.

Keadaan itu dikeruhkan de-ngan pendemokrasian laman sosial yang tidak terkawal apa-bila terdapat segelintir individu yang melemparkan kata tanpa batasan.

Maszlee turut menggariskan tujuh tonggak baru yang boleh diterapkan bagi merealisasikan pembentukan bangsa Malay-sia.

Tonggak yang dimaksud-kan adalah kasih sayang dan rahmat, kemanusiaan sejagat, persamaan tanpa mengira war-na kulit serta agama.

Selain itu, perlunya sikap sa-ling menghormati, kebertang-gungjawaban, peluang yang saksama serta menghargai nilai sejagat.

“Kita memerlukan naratif baru untuk semua kaum, bang-sa dan agama demi membina bangsa Malaysia,” katanya.

Tun M tiada kuasa dalam urusan Bank NegaraPUTRAJAYA - Bank Negara Malaysia (BNM) tidak melaporkan kepada perdana men-teri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung aktiviti urusniaga forex yang membawa kerugian mencecah RM30 ringgit, pada penghunjung 1980an hingga 1990an.

Mahathir berkata, undang-undang turut tidak membenar-kan beliau mencampuri urusan pentadbiran, dasar dan aktiviti dagangan yang dijalankan BNM tetapi sebaliknya agensi itu mempunyai lembaga pengarah berkuasa untuk membuat keputusan.

“Gabenor mempunyai tugas melapor-kan kegiatan BNM dari semasa ke semasa kepada lembaga pengarahnya dan saya se- bagai perdana menteri tidak pernah ter-babit dalam pentadbiran BNM.

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian kira-kira RM30 bilion, di Istana Kehakiman Putrajaya, di sini, pada 18 September lalu.

RCI dianggotai enam panel itu dipengerusikan

Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Katanya, beliau hanya dimaklumkan se-cara umum oleh bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Clifford Herbert bahawa ada masa BNM mengalami kerugian dan memperoleh keuntungan daripada urusniaga forex yang dijalankan BNM.

Beliau berkata, keadaan itu bukan sesuatu yang menghai-rankan ekoran menjadi kelazi-man perdagangan forex seme-mangnya tidak menjanjikan

keuntungan setiap masa.Bagaimanapun, katanya, Gabenor BNM,

Tan Sri Jaffar Hussein, memaklumkan ke-pada beliau bahawa dagangan forex pada masa itu berjaya mengimbangi rizab negara.

Mahathir juga yakin pihak BNM tidak pernah menyatakan kerugian sehingga mencecah RM30 bilion kepadanya.

Sementara itu, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, turut memberitahu RCI bahawa BNM beroperasi secara bebas, di

bawah Lem-baga Penga-rah BNM.

Individu datang dan pergiSHAH ALAM -Tiada keperluan bagi KEADILAN mengadakan perbinca-ngan berhubung keputusan bekas ahlinya, Tan Sri Muhammad Taib me-nyertai Umno.

Sebaliknya, Timbalan Presiden KE-ADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, parti itu akan terus fokus merancakkan agenda reformasi ke arah menawan Putrajaya, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Individu datang dan pergi, apa yang penting perjuangan mesti ditegakkan, maka kita tidak perlu memberi komen atau membincang-kan mereka yang pergi.

“Mereka yang masih ada perlu mempunyai kepercayaan dan komited dalam perjuangan,” katanya di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), lapor The Star, pada 18 September lalu.

Pada 17 Oktober lalu, Muhammad Taib mengumumkan menyertai semu-la Umno selepas pernah menyertai PAS dan KEADILAN.

Perkara itu dimaklumkan dalam si-

dang media khas oleh Perdana Men-teri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Bagaimanapun, Mohamed Az-min yang juga Dato’ Menteri Besar menerusi catatan di Twitter menyifat-kan ia sebagai bahan lucu.

“Ingatkan Mat Trump nak lompat masuk UMNO. Buang masa je tengok PC. Kah Kah Kah,” tulisnya.

Muhammad Taib pernah dilantik menjadi Menteri Besar Selangor ketu-juh, pada Ogos 1986 hingga 1997.

Pada 2013, beliau menyertai PAS, kemudiannya meninggalkan parti terbabit dan menyertai KEADILAN, dua tahun selepas itu.

Ingatkan Mat Trump nak lompat masuk UMNO. Buang masa je tengok PC. Kah Kah KahMOHAMED AZMINTimbalan Presiden KEADILAN

Nasional9SelangorKini 22 - 29 September 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

KUALA LUMPUR - Kira-kira 46 peratus responden berpendapat kadar faedah dikenakan terhadap pinjaman perumahan di negara ini terlalu tinggi, menurut Tinjau-an Sentimen Pengguna Proper-tyGuru Malaysia.

Mereka berpadangan, walau-pun rakyat tidak lagi berdepan kesukaran memperoleh pinjaman perumahan, namun kadar faedah yang terlalu tinggi perlu dikurang-kan berdasarkan cabaran eko-nomi semasa dan hanya 31 pera-tus mengatakan kadar itu boleh diterima.

“Semakin banyak pinjaman di-luluskan dengan kebanyakannya permohonan bersama dan peng-guna memperoleh margin pinja-man rendah serta bayaran balik, setiap bulan.

“Bank kini meluluskan lebih banyak permohonan, namun ada masanya. Pakej ditawarkan tidak menarik bagi pengguna,” kata Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez, dalam kenyataan, lapor BERNA-MA.

��% setuju faedah pinjaman rumah tinggi

Berdasarkan data Property-Guru, 91 peratus responden me-nyatakan mereka memerlukan pinjaman bank untuk membeli rumah dengan 45 peratus me-milih pembiayaan 90 peratus, manakala 25 peratus lagi berse-dia menerima pembiayaan antara 70 dan 80 peratus selain 18 pera-tus lagi memilih pembiayaan 100 peratus.

Keputusan terbaharu itu se-lari dengan keputusan tinjauan pasaran hartanah Malaysia sudah mencapai kedudukan stabil de-ngan peningkatan harga secara beransur-ansur, namun mampan berbanding peningkatan ketara, sejak dua hingga tiga tahun lalu.

Fernandez berkata, rakyat Ma-laysia terus berhadapan cabaran dalam pemilikan rumah walau-pun mereka bersedia untuk mem-beli.

Katanya, halangan yang masih dihadapi pembeli terutama kali pertama adalah ketidakcukupan dana selepas membayar ansuran bulanan atau memenuhi kos pen-dahuluan seperti duti setem, gua-

man dan berpindah masuk.“Penyelesaian untuk pembe-

li rumah kali pertama mungkin berbentuk kadar faedah khas jika mereka mampu membeli harta-nah pada julat harga khusus di pembangunan berorientasikan transit.

“Kira-kira 43 peratus rakyat Ma-laysia menggunakan tabungan

dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli hartanah, sama ada bayaran de-posit atau menampung kekura- ngan dalam jumlah pinjaman utama, peningkatan sentimen lima peratus tahun ini berbanding 38 peratus, pada separuh kedua 2016,” katanya.

Beliau berkata, seseorang yang

Tinjauan Sentimen Pengguna PropertyGuru Malaysia

menggunakan tabung persaraan untuk membeli hartanah menun-jukkan ketidakmampuan dalam pasaran dan mungkin bermakna pengguna mengutamakan pe-milikan rumah berbanding tahun persaraan masing-masing.

“Yang lain mungkin merasakan pulangan daripada KWSP tidak menarik, oleh itu lebih baik meng-gunakan wang berkenaan untuk dilaburkan dalam kediaman yang akan menjana peningkatan mo-dal selain bumbung untuk ber-teduh,” katanya.

Tinjauan setiap setengah tahun sejak 2009 itu mengukur senti-men dan jangkaan dalam perseki-taran pasaran hartanah untuk menyediakan maklumat bagi membolehkan pembeli membuat keputusan, selain memboleh- kan ejen hartanah juga pemaju memperoleh perspektif lebih baik berkenaan pasaran hartanah tem-patan.

Tinjauan separuh pertama 2017 menyaksikan 949 responden di Malaysia dan lebih 3,100 res- ponden di seluruh Asia Tenggara.

10Ekonomi

SelangorKini 22 - 29 September 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Kerajaan Ne-geri meninjau peluang pela-buran baru dengan mengambil pendekatan dasar terbuka bagi mengalu-alukan prospek berke-naan untuk meneruskan kece-merlangan pertumbuhan ekono-mi negeri.

Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS), Perdagangan dan Pengang-kutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, kejayaan pelaburan Switzerland dan negara luar lain mendorong Kerajaan Negeri un-tuk lebih kompetetif menarik pelaburan negeri.

“Apabila menjalankan promo-si bagi menarik pelabur luar ke Selangor, maka kita mempunyai sasaran tertentu dengan mem-beri tumpuan kepada pelabur se-dia ada untuk mengembangkan lagi pelaburan negeri sementara mencari pelabur baru.

Jana ekonomi mampan

Tinjau prospek pelaburan baru

“Usaha ini dijalankan secara berterusan menerusi gerak kerja Invest Selangor membabitkan la-watan kerja ke beberapa negara berpotensi.

“Inisiatif lain termasuk pengan-juran persidangan antarabangsa yang diharap dapat menjadikan Selangor sebagai gerbang pela-buran ASEAN,” katanya di sini, ba-

ru-baru ini.Terdahulu, beberapa kuasa be-

sar ekonomi dunia antaranya Je-pun, China, Taiwan dan Switzer-land memilih Selangor sebagai destinasi pelaburan yang paling diyakini, di rantau ini.

Untuk rekod sehingga 2016, sebanyak 4,713 projek perkila-ngan diluluskan di Selangor de-ngan nilai pelaburan RM136 bi-lion.

Sejumlah RM70.3 bilion dari-pada jumlah itu adalah pelaburan tempatan sementara baki RM65.7 bilion pula pelaburan asing.

Pertumbuhan cemerlang itu menyaksikan Selangor berada pada tangga kedua selepas Johor yang memperoleh pelaburan ter-tinggi iaitu RM166 bilion, dalam tempoh sama.

Ia diikuti Sarawak dengan pela-buran bernilai RM101 bilion, Pulau Pinang (RM88.6 bilion) dan Kedah (RM58 bilion).

Teng Chang Khim

SHAH ALAM - Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Teng-ku Amir Shah berkenan berang-kat merasmikan Selangor Inter-national Expo 2017 (SIE2017), di sini, pada 14 September lalu.

Turut mengiringi baginda adalah Exco Pelaburan, Perin-dustrian (IKS), Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim dan Ketua Pegawai Ekseku-tif Invest Selangor, Dato’ Hasan

Azhari Idris.Ia adalah kali pertama SIE di-

sempurnakan Raja Muda Sela- ngor selepas SIE2015 dan SIE2016 dirasmikan pimpinan tertinggi Kerajaan Negeri.

SIE2017 adalah salah satu dari tiga komponen penting Selangor International Business Summit (SIBS) yang julung kali diadakan.

Terdahulu, SIBS membuka tirai dengan penganjuran Selangor

Smart City and Future Commerce Convention yang berlangsung dari 7 hingga 9 September lalu.

Ia kemudian disusuli pengan-juran Selangor-ASEAN Business Conference yang berlangsung, pada 11 hingga 12 September lalu.

Mula berlangsung pada 14 September, SIE2017 dibuka ber-mula jam 10 pagi hingga 6 pe-tang, sehingga 17 September lalu.

Raja Muda Selangor rasmi SIE ����

Tengku Amir Shah merasmikan Selangor International Expo 2017, di Setia City Convention Centre, pada 14 September lalu

RM��� juta modal usahawan HIJRAH

Amirudin (tengah) bersama peserta program dalam Majlis Penyerahan Baucar Pinjaman HIJRAH Selangor di Kompleks PKNS

SHAH ALAM - Lebih 41,000 usa-hawan berada di bawah program HIJRAH Selangor membabitkan peruntukan RM261 juta, sehingga bulan ini.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri menyediakan pe-runtukan supaya masyarakat ber-pendapatan rendah dapat dibantu bagi memajukan diri dengan me-nyertai bidang perniagaan melalui program itu.

“Sehingga September ini, sera-mai 41,437 usahawan dibantu di bawah program HIJRAH dengan ni-lai RM261 juta.

“Selangor adalah negeri terbesar memberikan peruntukan kepada usahawan dalam bentuk bantuan modal,” katanya dalam Majlis Pe-nyerahan Baucar Pinjaman HIJRAH Selangor di Kompleks PKNS, di sini, pada 16 September lalu.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri mempunyai program menyeluruh iaitu daripada bantuan program bluepint untuk golongan kurang berkemampuan hingga kepada mereka yang menjalankan pernia- gaan seterusnya mampu mencapai taraf Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Katanya, SkimSel dan MiMBAR dijalankan sebelumnya ditambah baik menerusi HIJRAH iaitu pro-gram bersepadu dicetuskan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, bagi mengangkat ma-

syarakat daripada golongan ber-pendapatan rendah menjalankan perniagaan untuk meningkatkan ekonomi.

“Hari ini, seramai 103 usaha-wan dirai bagi menerima bantuan RM886,000 daripada Kerajaan Ne-geri iaitu mereka akan menerima RM5,000 hingga RM50,000 seorang.

“Kerajaan Negeri menerusi Per-badanan Kemajuan Negeri Sela-ngor (PKNS) dan HIJRAH Selangor akan meneruskan program pem-bangunan usahawan yang diran-cang untuk golongan usahawan, di Selangor,” katanya.

Turut hadir, Ahli Lembaga Pe-ngarah PKNS, Shamsul Iskandar Mat Akin; Ketua Pegawai Eksekutif HIJRAH Selangor, Roslim Md Akhir; Pengurus Pembangunan Usaha-wan PKNS, Mohd Hilmi Muda dan Pengurus Pembangunan Usaha-wan Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS), Fasihah Mat Radzi.

Sehingga September ini, seramai 41,437 usahawan dibantu di bawah program HIJRAH dengan nilai RM261 juta

AMIRUDIN SHARIExco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan

11SelangorKini 22 - 29 September 2017

ADN MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH AFIX REDZUAN

SUBANG JAYA - Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh, me-rakamkan penghargaan kepada pem-bantu penguatkuasa Majlis Perbanda-ran Subang Jaya (MPSJ), Nor Safuan Nordin yang mampu mempertahankan integriti ketika berdepan situasi bere-mosi saat menjalankan tugas.

Hannah berkata, sudah menjadi tanggungjawab penguatkuasa melak-sanakan tugas mereka secara efektif dan mesra demi memastikan aliran trafik berjalan lancar walaupun sering menerima cemuhan awam.

“Saya mengucapkan syabas kepada Nor Safuan dan menghargai bidang tu-gas mereka selaku penguatkuasa Unit Clamping MPSJ. Kita perlu angkat sisi positif yang dipamerkan penguatkuasa apabila mengendalikan kes sebegini.

“Tidak ada sesiapa suka kenderaan mereka dikunci tetapi tugas dalam bi-dang kerja Unit Clamping ini tidak mu-dah dan semua orang perlu faham se-lain memberikan kerjasama,” katanya.

Minggu lalu, satu video tular di la-man sosial menyaksikan Nor Safuan, 31, berdepan kemarahan seorang wanita sambil memegang pengunci stering selepas kenderaannya dikunci kerana parkir di tempat salah dan menghalang

trafik di Bandar Puteri, Puchong, pada 6 September lalu.

Hannah berkata, penguatkuasa kini terpaksa berhadapan persepsi negatif masyarakat ketika menjalankan tang-gungjawab, sedangkan ia sudah men-jadi sebahagian daripada bidang tugas dalam Unit Clamping.

Penghargaan sama turut diberikan ADN Kinrara, Ng Sze Han, yang menyi-fatkan penguatkuasa Unit Clamping menjalankan tugas dengan adil dan te-gas.

Beliau berkata, orang awam perlu tenang jika berhadapan situasai berke-naan dan mencari jalan penyelesaian sebaik mungkin tanpa mewujudkan kekecohan.

“Nasihat saya kepada orang awam, mereka patut lebih bertenang dan boleh buat rayuan serta meminta menjelaskan dalam sesi Mesra Rakyat MPSJ, setiap Jumaat.

“Saya berharap insiden ini tidak beru-lang dan semua pihak perlu bertenang,” katanya.

Hannah dan Sze Han sebelum itu tu-rut bersama menyampaikan sijil peng-hargaan kepada Nor Safuan atas tin-dakan cemerlang beliau di Bangunan MPSJ sambil yang disampaikan Timba-lan Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkur-nain Che Ali.

Tenang hadap situasi sukar

Fahami bidang tugas penguatkuasa

Hannah Yeoh (kanan) dan Ahli Dewan Negeri Kinrara, Ng Sze Han hadir (kiri) menyaksikan penyerahan sijil penghargaan kepada Nor Safuan

SHAH ALAM - Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang dicetuskan Kerajaan Negeri bukan sahaja dinikmati anak jati Sela-ngor, malahan turut memberi manfaat kepada warga negeri lain yang menetap, di sini.

Contohya program Bas Smart Selan-gor, cukup dicemburui penduduk negeri lain, sekali gus membandingkan kemu-dahan itu di negeri mereka.

Tindakan Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari berkangsi pengalaman menaiki bas Smart Selangor ke pejabatnya di Faceebook mendapat perhatian netizen, sekali gus berkongsi pandangan masing-masing.

Yaakob berkata, bas Smart Selangor menepati masa, bersih dan lengkap de-ngan kemudahan wifi untuk keselesaan pengguna.

"Hari ini (6 September), saya pergi pejabat dengan menaiki bas Smart Se-langor. Saya dapati bas menepati masa, bersih dan ada kemudahan wifi.

"Ramai pelajar universiti dan pelajar sekolah menaiki bas percuma ini. Sa-ngat menjimatkan. Ibu bapa tidak perlu menanggung belanja bas atau van seko-lah.

"Inilah nikmat perubahan yang dinik-mati rakyat Selangor. Saya cadangkan lebih ramai warga Shah Alam dan Se-langor menggunakan kemudahan bas percuma ini. Hanya di Negeri Selangor," tulisnya.

Pengguna, Giman Saliman menyifat-

kan, perkhidmatan itu memberi manfaat besar kepada penduduk tetap selain rakyat yang ‘menumpang’ kasih mencari rezeki, di Selangor.

“Terbaik Selangor. Walaupun bukan anak Selangor, dapat juga nikmati se-bagai rakyat menumpang kasih di ne-geri orang. Tahniah dan terbaik Kerajaan Selangor,” tulisnya di Facebook.

Selain itu, Fauzin Mustafa menzahir-kan ucapan terima kasih kepada Kera-jaan Negeri dan menyifatkan pelaksa-naan program terbabit menjimatkan kosnya ke pejabat.

“Selain jimat belanja, ia dapat mengu-rangkan kesesakan untuk memberi lalu-an bagi mereka yang memandu sendiri ke pejabat. Insya Allah sepenggal lagi,” katanya.

“Menteri Perak kenapa tidak buat bas macam ini untuk kemudahan rakyat,” tu-lis Hafiz Hussain pula.

Yazid Mohd Deni mencadangkan ne-geri lain khususnya ditadbir Barisan Na-sional mencontohi Kerajaan Selangor dalam melaksanakan inisiatif itu.

“Elok negeri Kerajaan Persekutuan ikut Kerajaan Selangor yang memilik urus tadbir profesional,” katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari berkangsi pengalaman menaiki bas Smart Sela-ngor ke pejabatnya di Faceebook.

Perkongsiannya itu mendapat perha-tian netizen, sekali gus berkongsi pan-dangan masing-masing.

Rakyat negeri lain cemburu Bas Smart Selangor

Lensa Album13SelangorKini 22 - 29 September 201712 SelangorKini 22 - 29 September 2017

02ADN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyantuni pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR dan PT3 di DUN beliau

04ADN Morib, Hasnul Baharuddin menyampaikan hadiah di Kejohanan Badminton anjuran Persatuan Penganut Siva Linggeshwara Kuala Langat3

1 2

4 5

01ADN Kota Alam Shah, V

Ganabatirau turut serta meraikan Sambutan

Hari Keluarga bersama masyarakat di kawasan

beliau

03ADN Seri Serdang, Noor Hanim Ismail

turun padang memberi sokongan kepada

peserta yang menyertai Kejohanan Badminton

DUN Seri Serdang

05ADN Kota Damansara,

Datuk Halimaton Saadiah Bohan

merasmikan Hari Sukaneka dan

Sambutan Hari Kebangsaan 2017

Tabika Kemas kawasan beliau

SENTOSA DAERAH HULU

LANGAT, SAUJANA INDAH

PERMAI

14Rencana

SelangorKini 22 - 29 September 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NAZLI IBRAHIM

Selepas pembentukan Ma-laysia pada 1963, nama Malaysia hari ini sema-kin dikenali di mata du-

nia melalui pelbagai pencapaian membanggakan.

Tradisi kecemerlangan dalam pelbagai bidang ini disumbang-kan pelbagai pihak sama ada da-ripada golongan istana hingga ke rakyat.

Selangor sendiri, selain men-jadi negeri pemacu utama eko-nomi negara dalam menyum-bang kemakmuran Malaysia, ia turut memainkan pelbagai pe-ranan penting lain dalam meng-harumkan nama Malaysia.

Lebih membanggakan lagi, apabila putera raja negeri berdaulat itu sendiri iaitu Sultan Selangor yang ada hari ini, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika ma-sih bergelar Raja Muda Selangor turut melakar sejarah mengibar-kan Jalur Gemilang di mata dunia dengan caranya tersendiri.

Sempena sambutan Hari Ma-laysia ke-54, SelangorKini menyo- rot kembali jasa beberapa nama yang pernah menjulang Selangor dan Malaysia amnya, di mata du-nia.

Sultan Sharafuddin

belayar mengelilingi dunia

Sultan Sharafuddin bukan sa-haja meminati bidang pelayaran, malahan baginda turut men-catatkan rekod mengelilingi du-nia selama 644 hari mulai 4 Fe-buari 1995 dengan menaiki kapal layar peribadinya yang dinama- kan Jugra ketika masih bergelar Raja Muda Selangor.

Sebagai mengiktiraf kegigihan baginda itu, Sultan Sharafuddin kemudiannya ditauliahkan se- bagai Komander Kehormat Pa-sukan Simpanan Sukarela Ten-tera Laut Diraja Malaysia (TLDM), pada 27 Ogos 1998 .

Nama baginda juga dicatatkan dalam The Malaysia Books of Re-cords kerana kejayaan pengem-baraan sejauh 16,000 kilometer bermula di Peking, China ke Pa-ris, Perancis selama 43 hari pada tahun 1997 dengan memandu kereta antik Ford Model B.

Pada 20 Februari 2012, baginda juga menerima penganugerahan pangkat tertinggi daripada Kera-

Pencapaian terus membanggakan di mata dunia

Anak Selangor julang nama Malaysia

jaan Perancis iaitu Commandeur De La Legion D’Honneur (Com-mander of the French National Or-der of the Legion of Honour) yang disampaikan Laksamana Edouard Guillaud, di Kedutaan Perancis, di Kuala Lumpur.

Anugerah berprestij itu diberi-kan sebagai mengiktiraf peranan Sultan Sharafuddin dalam men-tadbir angkatan TLDM dan se-bagai pemimpin tertinggi untuk Kerajaan Selangor.

Selangor julang nama Malaysia di gelanggang

badminton dunia

Siapa tidak kenal dengan jolo-kan Lima Sidek Bersaudara yang terdiri daripada Datuk Misbun, Datuk Razif, Datuk Seri Jalani, Rashid dan Rahman kerana me-reka adalah jaguh badminton dunia yang pernah dilahirkan oleh bapa badminton negara, Allahyarham Dato’ Mohd Sidek Abdullah Kamar (1936-2005).

Mohd Sidek iaitu anak kelahi-ran Kampung Kanchong Darat, Banting, adalah individu terpen-ting dalam menaikkan nama Ma-laysia dalam sukan badminton sehingga menjadi salah satu kua-sa badminton dunia.

Mohd Sidek mula melatih anak-anaknya menceburi sukan badminton pada 1970 selepas beliau bersara sebagai pemain sebelum menempa pelbagai ke-jayaan, pada 1980an dan 1990an

Selain melatih anak-anaknya,

beliau pernah diberikan tang-gungjawab melatih pemain lain sehingga membawa kepada ke-jayaan yang paling diingati rak-yat Malaysia apabila membawa Malaysia menjulang Piala Tho-mas dalam tempoh 25 tahun, pada 1992.

Selain dianugerahkan Darjah Kebesaran Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah (DSSA) yang me-bawa gelaran Dato pada 1989, beliau turut menerima pelbagai pengiktirafan lain seperti A- nugerah Emas Benson & Hedges untuk Personaliti Sukan (1990), Anugerah Personaliti Sukan Sepanjang Masa Malaysia Ke-menterian Belia dan Sukan (2003) dan dikurniakan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan Universiti Put- ra Malaysia (UPM) juga pada ta-hun sama.

Selain juara Piala Thomas, pencapaian lain Lima Sidek Ber-saudara termasuk memenangi pelbagai gelaran dan pingat dalam kejohanan utama dunia.

Misbun misalnya, selain tujuh kali menjuarai Kejohanan Bad-minton Kebangsaan, di peringkat antarabangsa pula beliau adalah juara pelbagai kejuaraan se-banyak tujuh kali dan naib juara empat kali termasuk Piala Dunia pada 1982, All-England (1986) dan Piala Thomas (1988).

Pasangan pakar beregu nega-ra, Razif dan Jalani pula bergelar juara dalam pelbagai kejuaraan peringkat antarabangsa seba-nyak 28 kali antaranya Kejohanan

All-England (1982), World Grand Prix Pusingan Ahir (1986, 1988, 1989, 1991), Pingat Emas Sukan Komanwel (1990), Piala Dunia (1990, 1991) dan Piala Thomas (1992).

Rashid pula bergelar juara 12 kali di peringkat antarabangsa antaranya dua kali memenangi pingat emas Sukan Komanwel (1990, 1994), Grand Prix Dunia Pusingan Akhir (1992) dan Piala Thomas (1992).

Selain itu beliau juga pernah meraih naib juara pada kejoha-nan All-England, pada 1996.

Walaupun pada masa ini ang-gota Sidek Bersaudara seperti

Misbun, Razif, Jalani dan Rashid tidak lagi bermain, namun ma-sing-masing bergiat aktif melatih pemain dan bakat baru negara bagi meneruskan legasi pemba-wa cabaran Malaysia, di gelang-gang badmiton dunia.

Selain anggota Lima Sidek Ber-saudara, anak Selangor lain yang pernah mengukir nama Malay-sia dalam sukan badminton di peringkat antarabangsa adalah pemain perseorangan yang disi-fatkan sebagai ‘pemain paling liat’ untuk ditewaskan, Foo Kok Keong.

Selain ahli pasukan juara Pia-la Thomas 1992, anak kelahiran Gombak ini adalah ahli pasukan Naib Juara Piala Thomas di Ja-karta (1994), Tokyo (1990), Kuala Lumpur (1988) dan pingat perak Sukan Komanwel 1990, di Auck-land.

Selain itu, beliau turut meraih juara dalam Kejuaraan Asia 1994 di Shanghai dan dua kali membantu pasukan negara memenangi pingat emas Sukan Sea pada 1989 di Kuala Lumpur dan 1991 (Manila).

Manakala anak kelahiran Sepang pula, mendiang Datuk Punch Gunalan (1944-2012) 14 kali bergelar juara dalam pel-bagai kejohanan dunia dalam acara perseorangan juga beregu antaranya dua pingat emas Su-kan Komanwel pada 1970 di E- dinburgh dan 1974 (Christ-church).

Beliau dan pasangan beregu-nya, Ng Boon Bee turut menjuarai Kejuaraan All-England (1971), Ke-

15SelangorKini 22 - 29 September 2017

Rencana MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

juaraan Asia (1969) dan pelbagai kejuara-an antarabangsa lain.

Bintang Selangor warnai era kegemilangan bola sepak negara

Tidak dapat dinafikan, Selangor adalah negeri melahirkan paling ramai bin-tang bola sepak yang pernah membawa nama Malaysia ke era kegemilangan-nya.

Antaranya, Al-lahyarham Tan Sri Datuk Abdul Ghani Minhat (1935-2012) walaupun dilahirkan di Ne-geri Sembilan, na-mun membesar dan bakatnya di-cungkil, di Selangor.

Pada tahun 1967, be-liau yang diberikan jolokan raja bola membantu Selangor layak beraksi di perlawanan akhir Ke-juaraan Kelab Asia tetapi tewas kepada kelab Israel Hapoel Tel Aviv dengan jari-ngan 2-1.

Sebelum pembentukan Malaysia, be-liau turut membantu pasukan kebang-saan menjuarai Pesta Bola Merdeka pada 1958, 1959 dan 1960, selain pingat emas Sukan SEAP 1961 dan pingat gangsa Su-kan Asia 1962.

Allahyarham Dato’ Mohamad Mokhtar Dahari (1953 1991) yang terkenal dengan jolokan ‘Supermokh’ pula pernah mem-bantu pasukan kebangsaan menjuarai Pestabola Merdeka sebanyak empat kali pada 1973, 1974, 1976 dan 1979, manaka-la Sukan Sea pula pada 1977 juga 1979.

Beliau yang pernah dianugerahkan se-bagai Penyerang Terbaik Asia pada 1975 oleh World Soccer itu membuat penampi-lan bersama skuad kebangsaan sebanyak 167 kali (1972-1985) dengan menjaring-kan 125 gol.

Walaupun beberapa kelab antara-bangsa termasuk pasukan divisyen 1 Liga Inggeris dan kelab gergasi Eropah, Real Madrid CF dikatakan menaruh minat un-tuk melamar, namun Mokhtar menolak ekoran semangat patriotisme beliau ter-hadap Malaysia dan Selangor.

Sementara itu, kejayaan skuad kebang-saan melayakkan diri ke Sukan Olimpik Munich pada 1972 buat kali perta-ma turut dibantu enam pemain negeri ini ter-

acara lontar peluru lelaki F20 pada Kejo-hanan Olahraga Para Dunia 2017 di Lon-don, pada Julai lalu.

Pada acara yang berlangsung di Stadium London, Queen Elizabeth Olympic Park, Mu-hammad Ziyad melakukan lontaran 17.29 meter (m), memperbaharui rekod dunia mi-liknya sendiri yang dicatatkan pada temasya Sukan Paralimpik Rio 2016 iaitu 16.48m.

Kejayaan beliau memberi banyak ins- pirasi kepada anak muda lain khususnya golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Juruterbang termuda keliling dunia

Pada 16 Julai 2013, Kapten James Antho-ny Tan, 21, berjaya memecah rekod dunia sebagai juruterbang termuda mengelilingi dunia secara solo selama 48 hari menggu-nakan pesawat Cessna P210 Eagle berna-ma ‘Semangat Malaysia’.

Pencapaian juruterbang muda negara berasal dari Kajang itu mengelilingi dunia sejauh 20,597 batu nautika (38,146 kilo-meter) meliputi 20 negara dan 30 hentian dicatat dalam Guinness World Records dan Malaysia Book of Records.

Sebenarnya, masih banyak lagi nama warga Selangor yang memainkan peranan cukup besar dalam mengharumkan nama Malaysia, di persada dunia.

masuk bek kental negara, Datuk Soh Chin Aun yang ketika itu bermain untuk pasu-kan Selangor.

Pemain Selangor lain yang turut mem-bawa bendera Malaysia pada detik ber-sejarah itu, M Chandran, Lim Fung Kee, Wong Choon Wah, Abdullah Rahim dan

Hiralal Bahwandi.Skuad kebangsaan 1980 yang menampil-

kan sekurang-kurangnya empat

pemain Sela-ngor sekali lagi layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow sebelum me- narik diri

ekoran mem-boikot tinda-

kan Soviet Union menceroboh Af-

ghanistan. Antara anggota skuad

terbabit adalah, Datuk Soh Chin Aun, mendiang Dato’ R Arumugam yang terkenal dengan jolokan Spiderman Ma-laysia, Dato’ Santokh Singh, M Chandran dan Khalid Ali.

YY Pang menaiki podium kejuaraan dunia paling prestij

Pada 1983 anak jati Shah Alam, YY Pang atau nama sebenarnya Pang Yok You menjadi pelumba pertama negara berjaya menaiki podium dengan men-duduki tempat ketiga bagi kategori 500cc Kejuaraan Grand Prix dunia, pada masa itu.

Walaupun beliau tidak bergelar juara dalam perlumbaan di Litar Batu 3, Shah Alam itu, namun bersaing dengan pelumba handalan dunia seperti Ron Haslam dalam kategori utama (sekarang dikenali Moto GP) adalah pencapaian yang tinggi ketikaitu.

Hal ini dibuktikan apabila sukan permo-toran negara terpaksa menunggu selama 33 tahun untuk mengulangi kejayaan me-naiki podium seperti dilakukan YY Pang.

Muhamad Ziyad dua kali pecah rekod dunia

Atlet para Malaysia, Muhamad Zi-yad Zolkefli yang berasal dari

Gombak berjaya me-mecahkan rekod

dunia dua kali d a l a m

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD

KENYATAAN TAWARAN

1. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd mempelawa Juruperunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia(KKM), Lembaga Jurutera Malayaysia(BEM),dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut:-

Bil. Perihal Kerja/No. Tender/

Harga Dokumen

Syarat Pendaftaran Tarikh Jual Dokumen /

Tutup Tender

Taklimat & Lawatan

Tapak

1. PACKAGE C6 – SUPPLY AND DELIVERY TWENTY (20) UNITS OF TOYOTA HILUX DOUBLE CAB 2.4 STD (MT) 4X4 GUN125R-DEFXHECJ SUPER WHITE II COLOR COMPLETED WITH PRODUCT AND ACCESSORIES.

No. Tender: AIS/OS/T1/9/2017Harga Dokumen*: RM530.00

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

ATAU

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Kod: 110103 – Kenderaan Bermotor – Kereta

DAN

Surat Wakil/Agen Pengedar Toyota

Tarikh Jual Dokumen

25 / 9 / 2017 hingga

3 / 10 / 2017

Tarikh Tutup Tender

6 / 10 / 2017

Tiada

2. Naskhah Meja Tender akan dipamerkan mulai tarikh dokumen dijual pada waktu pejabat di Jabatan Perolehan, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Tingkat 32, TM Annexe 2, Jalan Pantai Jaya, Off Jalan Pantai Baharu, 59200 Kuala Lumpur. Sila hubungi No. 03-2088 5387 / 5798 / 5390 / 5385 untuk sebarang pertanyaan urusan pembelian dokumen tender.

3. Dokumen dijual secara ‘softcopy’ dan tuan/puan dikehendaki membawa pen drive bagi pembelian dokumen tersebut. Sekiranya pentender tidak membawa pen drive, caj bayaran akan dikenakan sebanyak DUA KALI GANDA HARGA TENDER untuk pembelian secara ‘Hardcopy’.

4. Setiap petender hanya dibenarkan membeli satu Dokumen Tender dan mengemukakan satu tawaran sahaja berbentuk ‘Hardcopy’.

5. Penender yang ingin memasuki tawaran di atas adalah dikehendaki membuat pembayaran secara Wang Pos/Wang Kiriman Pos/Draf Bank yang dibuat atas nama “Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.” sebagai bayaran Dokumen Tender. Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai tidak diterima.

6. Jika tidak hadir sendiri, wakil syarikat/kontraktor hendaklah membawa surat pengesahan wakil yang telah ditauliahkan. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja.

7. Wakil-wakil kontraktor/syarikat hendaklah membawa sijil asal berkaitan; SIJIL PENDAFTARAN KONTRAKTOR/SYARIKAT oleh KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA, BOARD OF ENGINEERS MALAYSIA dan SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA (SPAN) serta SIJIL ASAL PENGIKTIRAFAN TARAF BUMIPUTERA (Jika bertaraf bumiputera) berserta salinannya.

8. Dokumen tender hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang disediakan pada tarikh tender ditutup di alamat :

Jabatan Perolehan, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd., Tingkat 32, TM Annexe 2, Jalan Pantai Jaya, Off Jalan Pantai Baharu, 59200 Kuala Lumpur

pada hari tersebut tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup tersebut.

9. Maklumat mengenai kenyataan tawaran ini boleh diakses melalui laman web www.syabas.com.my/business/tender information

Walaupun notis Tender ini dikeluarkan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., penganugerahan kepada penender yang berjaya untuk kerja-kerja/pembekalan yang disebutkan di atas juga boleh diberikan oleh mana-mana anak syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

*Harga dokumen tender/sebut harga termasuk 6% Cukai Barangan & Perkhidmatan (CBP)/Goods & Services Tax (GST).

(1082296-U)

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 22 - 29 September 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH MAHIZAN HUSAIN

Sejak bila Tito bercita-cita mahu jadi orang jahat, dia sudah tidak ingat. Bak kata Henry Hill dalam

filem Goodfellas, as far back as I can remember, I always wanted to be a gangster.

Samalah macam Tito.Tito seorang penjenayah ke-

cil-kecilan. Dunia orang jahat ti-daklah teruk sangat bagi Tito. Kadang-kadang Tito pukul orang. Kadang-kadang orang pukul Tito.

Tito percaya, menjadi orang jahat adalah takdirnya. Tito juga percaya, ada orang memang dila-hirkan untuk jadi jahat. Bagi Tito, kejahatan pun sama seperti ke-baikan, harus dilakukan bersung-guh-sungguh.

“Bila kau nak berubah? Setiap orang kena ada ikhtiar untuk berubah.” Mahfud, kawan lama Tito, suka bagi nasihat.

“Ini takdir aku. Bukan pilihan aku.” Tito menjawab datar.

“Ini bukan takdirlah, dol. Kau boleh berubah kalau kau mahu. Setiap tingkah laku kau, kaulah yang bertangguhjawab,” imbuh Mahfud.

Sebelum Tito jadi penjahat, Mahfud terlebih dulu merintis ja-lan kejahatan. Tapi nasib Mahfud baik. Sekalipun Mahfud tak per-nah kena tangkap. Kini Mahfud sudah insaf. Sudah bertaubat. Su-dah kembali ke pangkal jalan.

Mahfuz selalu minta Tito agar jangan menyebut lagi tentang dosa-dosa silamnya. Kalau boleh, tutup rapat-rapat. Kita dituntut untuk menutup aib orang, kata

Mahfuz. Orang yang sudah ber-taubat, dia akan jadi suci kembali, walaupun dosanya sebesar gu-nung, kata Mahfuz lagi.

“Walaupun dia pernah berzina berpuluh-puluh kali?” tanya Tito menyindir Mahfud yang dulunya suka ke sarang pelacur.

“Ya. Walaupun dia pernah ber-zina,” tegas Mahfud.

Impian Tito yang tunggal ialah bergabung dengan kumpulan gengster besar di bawah pimpi-nan seorang lelaki bernama Kali. Kali bukanlah orang yang gagah berani kalau dilihat dari segi fizikal. Wajahnya lucu. Pipinya kembung macam doh terlebih bikarbonat. Badannya gemuk pendek. Cara jalannya terkedek-kedek.

Di sebalik ketrampilan Kali yang tidak berwibawa, Kali se-sungguhnya seorang pembunuh yang esentrik tapi humoris. Kali suka ketawa. Kata Kali, hidup ini adalah sarkas. Kita kena ketawa puas-puas.

Kali sangat cekap dan handal membaling pisau. Sambil buat puding Oreo sekali pun, Kali bo-leh baling pisau berceracak ke dada musuhnya. Selain dunia gengster, Kali berbakat besar dalam bidang kulinari.

“Apa kelebihan kau sebagai orang jahat?” tanya Kali ketika Tito datang ke dapurnya memin-ta kerja sebagai orang bawahan.

Tito terdiam sebentar. Tito se-dar, dia tiada kelebihan apa-apa. Tito teringatkan sesuatu lantas dia menjawab: “Saya tak makan ikan.”

Memang sejak kecil Tito tak makan ikan.

Kali tergelak besar mendengar jawapan Tito. Dia berundur se-dikit untuk mencapai pisau. Tito tak tunggu lagi, terus pecut lari.

“Aku rasa aku tak perlu jadi orang bawahan Kali. Aku nak jadi Kali.” Tito beritahu Mahfud ketika mereka sedang makan aiskrim potong.

“Maksud kau?”

“Aku nak bunuh Kali dan ram-pas kedudukannya,” gurau Tito sekadar untuk menghibur ha- tinya.

Pada satu petang yang roman-tis, Tito duduk tepi tasik yang se-lama ini dia ingat lombong. Tasik dengan lombong pun Tito tak kenal. Tito pakai kemeja bunga-bunga Reverse Tropical kesaya-ngannya. Dia bermain ukulele.

Gelombang petikan ukulele Tito melantun merdu ke dasar tasik, membuatkan ikan-ikan ter-mangu dan terpukau. Segerom-bolan ikan-ikan segera berkum-pul di bawah air, dekat tempat Tito duduk. Ada yang berlon-catan di pemukaan tasik kera-na terlalu seronok. Segala jenis plankton pun ikut terhibur. Air tasik pula memberikan riak-riak lembut.

Tiba-tiba Tito rasa belakang-

nya terkena sesuatu.“Adoi.” Tito terkejut. Tangannya

dikilas untuk meraba belakang. Jari Tito menyentuh ulu pisau yang menusuk kuat.

Tito bingkas bangun untuk memeriksa keadaan. Dia nampak Kali. Di belakang Kali, Tito nam-pak Mahfud.

“Apa salah aku?” tanya Tito pada Kali.

“Kau ingat aku nak duduk diam bila ada orang berniat nak bunuh aku?” balas Kali dengan senyum mesra. Ukulele terjatuh daripada pegangan Tito.

Tahulah Tito, Mahfud telah mengkianatinya.

Tanpa berlengah, Kali mem-baling sebahagian dari koleksi pisau Jepun kepunyaannya. Pisau Chosaki, Deba, Sushi Kiri, Takohiki dan Unagi Saki tercacak di dada Tito satu per satu macam papan dart.

“Jangan gopoh-gopoh mati. Take your own sweet time.” Pesan Kali sebelum pergi.

“Selamat tinggal duniaku yang kejam,” Tito berseru sambil memandang sayu ke langit. Dia tunduk melihat darahnya. Tito berharap darahnya putih. Dia nampak darahnya keluar merah segar macam kuntum bunga mawar.

Mahfud mendekati Tito. “Sampai hati kau khianati aku,

Fud? Bukankah kita goodfellas?” Tito berkata dengan sedih.

“Kau yang anggap aku kawan. Aku tak pernah anggap kau se-bagai kawan.” Mahfud berterus-terang.

“Aku tak sangka kau memang mahu aku mati.” Tito meluahkan rasa terkilan.

“Memang aku mahu kau mati sebab kau yang paling banyak tahu rahsia gelap aku. Kalau kau lenyap, lenyaplah segala rahsia aku!”

Serentak itu Mahfid menolak Tito dengan kaki kanannya. Tito tumbang ke dalam tasik.

“Tolong selamatkan aku, Fud. Aku tak tahu berenang!”

Tito timbul tenggelam sambil berusaha mengapung diri.

Mahfud senyum tanpa pe-rasaan.

“Inilah takdir kau. Takdir kau mati tenggelam. Takdir aku te-ngok kau mati tenggelam.”

“Tolong aku Fud... tolong aku...” Tito merayu.

“Kenapa kau tak nak bertau-bat? Kenapa kau nak sangat jadi orang jahat?”

“I didn’t choose the thug life, the thug life chose me.” Selesai Tito mengungkap kata-kata Tupac Shakur, dia pun perlahan-lahan tenggelam.

Ada dua kemungkinan yang berlaku pada Tito di bawah ta-sik itu – sama ada dia diselamat-kan oleh ikan-ikan atau jasadnya yang selama ini tak makan ikan, dimakan ikan-ikan.

KAWAN, APA KHABAR YB?Kawan, sebentar!jangan pergi duluada pertanyaan sulitmau difikirkan.antara dua inikau senang yang mana?penjenayah jadi pemimpinatau pemimpin jadi penjenayah

saat itu, di kaca tiviada lelaki tangan bergariberbaju oren berwajah sedihkhabarnya, ratusan jutaRM dibawa lari.

sedang jawapan dinanti-nantikawan segera angkat kakibilangnya, dia harus pergipukul lapan nantiada temu janji dengan yb.

ah! sampaikan salam saya pada yb!katakan padanya,nasi di pinggan saya sudah basicawan kopi saya kosong tak berisi.

SAHIDZAN SALLEH

“Kenapa kau tak nak bertaubat? Kenapa kau nak sangat jadi orang jahat?”

“I didn’t choose the thug life, the thug life chose me.” Selesai Tito men-gungkap kata-kata Tupac Shakur, dia pun perlahan- lahan tenggelam.

17SelangorKini 22 - 29 September 2017

Analisis MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH MOHD EZLI MASHUT

Tragedi menggemparkan negara yang membuka mata semua. Tragedi ini bukan sekadar menuntut

rombakan keselamatan tahfiz se-luruh negara tetapi juga tindakan bagi memberi penumpuan pen-didikan sebenar generasi muda masa kini.

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Kera-mat, Kuala Lumpur, yang me-ngorbankan 23 mangsa pada subuh 14 September lalu turut mengimbau detik hitam Tragedi Pondok Pak Ya, pada 1989.

Dalam Tragedi Pondok Pak Ya yang berlaku pada 22 September 1989 itu, seramai 27 pelajar ter-masuk kanak-kanak perempuan terbunuh, di Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah, di Guar Chempedak, Kedah.

Dua kejadian tragis itu hanya beberapa kes dan banyak lagi ke-bakaran seumpamanya berlaku. Persoalan sekarang ialah apa yang boleh kita pelajari daripa-da kejadian itu bagi memastikan tragedi hitam berkenaan tidak berulang, pada masa hadapan.

Pengesahan polis terhadap penahanan tujuh remaja yang menjadi suspek dalam tragedi itu amat menggemparkan semua. Kita tidak menyangka suspek berumur antara 11 sehingga 17 tahun. Ia menggerunkan kita bagaimana keruntuhan akhlak dan gejala dadah mendorong jenayah itu.

Kita sedih statistik kes keba-karan membabitkan sekolah pondok, maahad tahfiz dan as-rama cukup tinggi, di negara ini. Jabatan Bomba dan Penyelamat mendedahkan statistik keba-karan membabitkan pusat tahfiz di seluruh negara ialah 14 kes ta-hun ini termasuk kes kebakaran terbaharu itu dan 16 kes, pada tahun lalu.

Apakah pihak berkenaan ti-dak menjalankan tugas peman-tauan keselamatan sepenuhnya? Apakah kita tidak belajar daripa-da tragedi hitam kebakaran ber-laku yang mengorbankan banyak nyawa?

Harapan kita supaya masyara-kat awam terus memberikan pan-dangan positif terhadap institusi agama dengan sama-sama mem-berikan bantuan supaya institusi agama terus maju dan memba-ngun bukan sekadar pandai me-lemparkan kritikan dan sumpah seranah.

Cari solusi bukan sensasi

Sekarang bukan masa un-tuk menuding jari mencari siapa bersalah. Tetapi, lebih penting adalah tindakan proaktif yang perlu dilakukan semua pihak da-ripada peringkat bawah sehing-ga tertinggi.

Kita memuji kini ada pihak

yang berusaha untuk menye-diakan pemadam api mencuku-pi kepada semua maahad tahfiz seluruh negara serta mengaudit tahap keselamatan premis serta menyediakan latihan kecemasan.

Di samping menghulurkan simpati dan bantuan kepada ke- luarga mangsa, inisiatif perlu bagi masyarakat menjadikan tragedi ini untuk memperting-katkan serta memperbaiki tahap keselamatan semua jenis premis, perumahan dan kilang.

Sudah tiba masanya kita semua menggerakkan usaha juga ker-jasama dengan pihak berkenaan bagi mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan serta tindakan awal yang boleh dilakukan dalam usa-ha menyelamat sebelum ketibaan bomba dan penyelamat.

Setiap sekolah tahfiz juga harus memastikan bangunan sekolah serta pelajar mendapat perlindungan insurans secara komprehensif. Bilangan pelajar di sekolah tahfiz berasrama penuh juga harus mematuhi Seksyen 79 Akta Kerajaan Tempatan berke-naan kesesakan rumah.

Setiap sekolah harus memasti-kan jalan keluar strategik mengi-kut syor jabatan bomba dan juga memastikan bahawa pengendali sekolah mempunyai pengeta-huan asas keselamatan.

Cadangan untuk menubuh-

kan pasukan bomba sukarela dan latihan keselamatan berterusan bersama agensi terbabit perlu diberi perhatian dan diperhebat-kan.

Ia bagi memastikan pelajar mampu bertindak cepat dan awal sebelum ketibaan bantuan serta mengelakkan insiden kecu-aian serta pencetus kebakaran.

Apa yang kita utarakan ini adalah untuk melihat era ke-gemilangan maahad tahfiz, mad- rasah serta pondok menjadi ben-teng ummah dalam melahirkan cendekiawan atau ilmuan ulung Islam dalam pelbagai bidang.

Institusi madrasah bukan sa-haja melahirkan pakar perun-dangan dan ilmu agama, mala-han institusi ini juga melahirkan ilmuan-ilmuan Islam yang ulung dalam pelbagai bidang seperti sains, teknologi dan geografi.

Jangan tinggalkan remaja keciciran pendidikan

Pendedahan suspek remaja di-tahan polis terbabit dadah serta keciciran dalam pendidikan perlu diberi perhatian. Pengedaran da-dah kepada remaja bawah umur perlu dibanteras sehabis-habis-nya sehingga ke akar umbi. Tang-kap juga tauke dadah besar bu-kan hanya ‘ikan bilis’ sahaja.

Keciciran pendidikan

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Tragedi hitam yang membuka mata

membabitkan kanak-kanak bawah 17 tahun perlu diberikan perhatian. Kerajaan perlu mem-punyai agenda pendidikan dan latihan bagi memastikan kanak-kanak yang keciciran serta tidak bersekolah disantuni juga diberi-kan perhatian.

Ia adalah untuk memastikan mereka tidak terbabit dalam kancah jenayah dan terjebak dalam gejala sosial. Peranan dan sokongan masyarakat yang ambil peduli kepada keadaan sekeliling perlu dipertingkatkan. Kita mahu generasi muda hidup dalam persekitaran sesuai untuk perkembangan mereka dalam pelbagai aspek.

Masa untuk bertindak

Sikap tipikal sebahagian kecil netizen yang terus mengecam institusi tahfiz dengan kritikan negatif apabila ada yang mem-buat andaian salah dan kesimpu-lan tak kena tempat tidak wajar berlaku. Sesuatu perkara itu perlu analisis tepat sebelum mengelu-arkan kenyataan.

Tragedi ini juga memperlihat-kan berlaku kebocoran maklu-mat apabila laporan awal sulit polis tular di media sosial dengan data terperinci suspek yang ber-tentangan dengan Akta Kanak-Kanak 2001.

Walaupun kita geram dan ti-dak berpuas hati dengan tinda-kan kejam mereka, namun sekali lagi tak perlu kita buat kerja polis kerana dengan terbocornya mak-lumat sensitif seperti itu mungkin mengganggu siasatan polis dan pendakwaan, di mahkamah.

Api bila kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan. Malang itu tidak berbau. Semoga tragedi hitam itu menjadi pengajaran penting untuk kita semua ber-tindak bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam dan selepas be-berapa ketika ia dilupakan.

Tiada siapa dapat menduga insan tersayang hilang sekelip mata tanpa ada pesanan, namun pemergian dalam keadaan se-dang mendalami dan menghafal Al-Quran pasti diangkat darjat mereka disisi Allah SWT.

Salam takziah kepada keluarga mangsa. Semoga mereka tabah dengan dugaan besar yang di-berikan kepada mereka. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat, ke-ampunan ke atas roh mereka dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Daripada Allah SWT kita datang, kepadaNya kita kembali.

Al-Fatihah

MOHD EZLI MASHUT adalah Pe-nolong Pengarang Portal Sela-ngorKini

Tragedi Pondok Pak Ya

18PBT

SelangorKini 22 - 29 September 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Sebanyak 27 per-satuan penduduk yang mewakili Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) menyertai konvensyen Anugerah Hijau Zon Bersih Mini (MiniZee-bee), baru-baru ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Ban-daraya Shah Alam (MBSA), Shah-rin Ahmad berkata, konvensyen itu adalah landasan komuniti membentangkan hasil projek ber-landaskan Garis Panduan Kejira-nan Hijau.

Katanya, ia turut memberi pendedahan berhubung ke-pentingan konsep pembangu-nan mampan, selain berkongsi pengalaman sesama masyarakat berkenaan aktiviti dilaksanakan, di MPP masing-masing.

“Ini juga akan mengangkat MBSA sebagai pihak berkuasa tempatan prihatin dan bertang-gungjawab dalam memastikan program Local Agenda 21 (LA21) juga inisiatif hijau dapat diterap-

27 persatuan penduduk pamer hasil tanaman

MiniZeebee pupuk inisiatif hijau

kan dalam kalangan masyarakat.“Usaha ini seterusnya mem-

bantu Shah Alam menjadi bandar raya rendah karbon, menjelang 2030,” katanya dalam kenyataan.

Shahrin berkata, terdapat tiga

kategori dipertandingkan iaitu kategori Pilihan MPP Taman Pe-rumahan yang disertai 12 persa-tuan, Pilihan MPP Taman Peruma-han Bertingkat (4) dan Terbuka (11).

Katanya, kategori terbuka mempertaruhkan juara antara juara yang pernah memenangi anugerah dipertandingkan, sejak 2014.

“Peserta dikehendaki mem-

bentangkan projek menerusi pembentangan dan pameran, manakala pemarkahan diberikan ketika pembentangan laporan disusuli lawatan tapak.

“Peserta juga diwajibkan me-nyertai pameran yang memapar-kan hasil projek atau aktiviti dian-jurkan, sepanjang tahun,” katanya.

Bertempat di Dewan Bankuet Setia Alam, konvensyen dua hari itu disempurnakan Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Mula diperkenalkan pada 2014, sebanyak 67 persatuan penduduk pernah mengambil bahagian dalam program berkenaan dan 77 kebun komuniti berjaya diwujud-kan.

Ia juga membolehkan MBSA memenangi anugerah seperti A-nugerah Langkawi Peringkat Ke-bangsaan 2015/2016, MIP Award Peringkat Kebangsaan 2014 dan 2016, Anugerah Sungai Angkat Peringkat Selangor 2016 serta A-nugerah Kampung Tradisi Terbaik Peringkat Daerah Klang 2017.

Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad melihat hasil tanaman peserta pada konvensyen Anugerah Hijau Zon Bersih Mini (MiniZeebee), di Dewan Banquet Shah Alam

SUBANG JAYA - Majlis Perban-daran Subang Jaya (MPSJ) meng- anugerahkan sijil penghargaan kepada pembantu penguatkuasa, Nor Safuan Nordin yang mem-pamerkan sikap profesional saat berhadapan situasi beremosi ke-tika bertugas, di Bandar Puteri, Pu-chong.

Penghargaan itu diserahkan Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali sambil di-saksikan Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh dan ADN Kinrara, Ng Sze Han, di Bilik Timbalan YDP, di Bangunan MPSJ, pada 12 September lalu.

Beliau mula menjadi perhatian ramai susulan penularan video seorang wanita yang memegang pengunci stering sambil memarahi pembantu penguatkuasa apabila keretanya dikunci kerana diletak-kan, di tempat menghalang laluan trafik.

Nor Safuan, 31, berhadapan situasi itu pada 6 September lalu sekitar jam 1 tengah hari dilihat tenang mengendalikan kejadian berkenaan sambil memberikan penjelasan sebab tindakan diam-bil kepada pemandu yang tidak berpuas hati apabila keretanya di-kunci.

Mohd Zulkurnain berkata, reak-si diberikan Nor Safuan itu wajar dipuji kerana beliau berjaya meng- atasi detik sukar berkenaan secara berhemah.

“Insiden ini menjadi contoh ke-

MPSJ rakam penghargaan kepada Nor Safuan

pada penjawat awam bahawa in-tegriti sangat penting dalam men-jalankan tugas.

“Nilai jati diri yang dipamerkan Nor Safuan sangat membang-gakan. Saya ucapkan syabas kepa-da beliau dan Unit Clamping MPSJ kerana bertindak secara profesio-nal,” katanya.

Beliau berkata, orang awam di-nasihatkan supaya tidak mengha-lang aliran trafik khususnya pada waktu puncak di kawasan komer-sial bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil.

Jika melakukan kesalahan mengganggu aliran trafik, mereka perlu membayar RM80 bagi tujuan kompaun, membuka semula kunci dan caj perkhidmatan.

Mengulas perkembangan ke-

jadian itu, MPSJ sudah membuat satu laporan polis selepas video itu tular di laman sosial demi menjaga keselamatan serta maruah mereka, manakala pemandu wanita berke-naan sudah mengemukakan per-mohonan maaf pada hari kejadian dan membayar saman.

Sementara itu, Nor Safuan me-ngakui, perlu ada kesabaran tinggi setiap kali berhadapan situasi su-kar terutama menjelaskan kepada orang awam berhubung kesala-han serta sebab sesuatu tindakan itu diambil.

“Setiap hari ada orang marah ketika menjalankan tugas. Daripa-da situ, perlu ada kesabaran yang tinggi dalam menjalankan tugas,” katanya yang sudah bertugas se-lama 10 tahun.

Nor Safuan bersama sijil penghargaan yang diserahkan Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali

SHAH ALAM - Sejumlah 4,856 gagak berjaya ditembak dalam Operasi Menembak Gagak yang dianjurkan Majlis Perbandaran Klang (MPK), baru-baru ini.

Timbalan Yang Dipertua MPK, Adi Faizal Ahmad Tarmizi berka-ta, operasi itu dijalankan sebagai langkah membebaskan Klang daripada dikaitkan dengan bu-rung pembangkai itu.

Katanya, MPK membayar RM4 kepada peserta bagi setiap gagak ditembak dan RM19,116 sudah dibayar secara tunai ke-pada peserta kali ini.

“Ini juga peluang baik untuk mereka yang mempunyai lesen memburu bagi menjalankan ak-tiviti mereka sambil membantu pihak kami menyelesaikan isu ini,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kempen itu turut ber-tujuan mengurangkan po-pulasi burung gagak yang sering mem-bawa masalah kesihatan dan

mengotorkan premis ba-ngu-nan, perniagaan serta kende- raan.

“Populasi gagak yang terlalu tinggi menyebabkan banyak masalah kepada penduduk seki-tar daerah ini.

“Hal ini menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk an-taranya merosakkan bungkusan sampah yang menyebabkan ia bertaburan dan mengotorkan kawasan persekitaran serta ma-salah najis burung.

“Ia juga menimbulkan kacau ganggu kepada pengunjung tempat awam seperti taman permainan, taman rekreasi dan pasar malam,” katanya.

Operasi itu membabitkan 82 peserta dari seluruh negara yang dianjurkan Jabatan Kesi-hatan dan Jabatan Penguatkua-saan MPK dengan kerjasama Po-lis Diraja Malaysia, bermula jam 7 pagi hingga 7 malam.

�,��� gagak berjaya ditembak

Kakitangan Majlis Perbandaran Klang dan peserta menguruskan bangkai gagak selepas operasi menembak haiwan berkenaan

19SelangorKini 22 - 29 September 2017

PBT MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Perkhidmatan perkong-sian basikal akan dimulakan di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi memantapkan lagi hab perkhidmatan pengangkutan awam di Selangor, awal Oktober ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS), Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, projek perin-tis itu akan dimulakan di SS15 sebelum dicontohi perkhidmatannya di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain.

Katanya, projek terbabit dilaksanakan sedikit lewat ekoran memberi masa ke-pada MPSJ mengkaji pelaksanaannya dengan lebih berkesan dan menyeluruh.

“Kerajaan Negeri menggalakkan perkhidmatan basikal kongsi yang dilak-sanakan syarikat oBike (M) Sdn Bhd atau yang lain sepertinya.

“Pada pertengahan tahun ini, Kera-jaan Negeri mengadakan perbincangan bersama syarikat itu untuk menjalankan perkhidmatan ini mengikut undang-un-dang yang digariskan,” katanya dalam si-dang media, di pejabatnya, di sini, baru-baru ini.

Chang Khim berkata, sistem baru bakal dilaksanakan itu turut memastikan basikal terbabit diletakkan ke dalam 30 petak yang akan disediakan.

“Kita mahu basikal ini tidak diletakkan secara bersepah. Mengikut pengalaman saya melihat di beberapa bandar raya termasuk Guangzhou mendapati, sistem sama mendatangkan masalah dengan beribu basikal diletakkan secara ber-sepah.

“Ini menyebabkan masalah kepada

pengurusan bandar rayanya. Oleh itu, Kerajaan Negeri mahu mengubahsuai konsep ini dengan menjadikannya lebih teratur,” katanya.

Beliau berkata, pengguna atau pe-nyewa yang gagal meletakkan basikal dalam petak disediakan akan dikenakan denda, sekali gus basikal itu akan diram-pas dalam pelaksanaan perkhidmatan itu nanti.

“MPSJ juga akan mengenakan bayaran lesen yang bersesuaian dan berpatutan,” katanya.

Pada masa sama, katanya, Majlis Ban-daraya Petaling Jaya (MBPJ) turut meng-kaji pelaksanaan perkhidmatan basikal kongsi itu, namun lebih cenderung me-milih sistem yang mempunyai stesen dok.

“MBPJ turut mengkaji sistem tanpa stesen dok tetapi mereka mahu melihat keberkesanan projek perintis di pering-kat Subang Jaya terlebih dahulu. Di pe- ringkat Kerajaan Negeri, kita tidak meng-galakkan stesen dok ini diwujudkan ekoran peruntukan yang menelan kos tinggi.

“Contohnya di Taipei, permulaan bagi pelaksanaan ini menelan kos RM10 juta dan diperuntukkan RM3 juta, setiap ta-hun,” katanya.

Chang Khim berkata, Kerajaan Negeri komited dalam usaha mewujudkan mod pengangkutan awam yang efisien di negeri itu seperti pelaksanaan Bas Smart Selangor.

Sehubungan itu, pelaksanaan perkhid- matan basikal kongsi dialukan, malahan diberi perhatian khusus selain menyasar-kan pembinaan laluan basikal sepanjang 1,000 kilometer, dalam tempoh bebera-pa tahun ini.

OBike projek perintis di MPSJ

Kukuh khidmat pengangkutan awam

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperkenalkan aplikasi i-ADU sebagai salah satu inisiatif menyediakan sistem pengurusan aduan lebih efisien dan pantas.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubu-ngan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, aplikasi itu membolehkan penyaluran a-duan lebih menyeluruh dibuat melalui pro-ses secara dalam talian.

Katanya, pengguna juga boleh membuat semakan aduan, penerimaan maklum balas dan penilaian tahap kepuasan penyelesaian dilaksanakan.

“Setiap aduan yang diterima akan di-rekod ke dalam sistem aduan iResponz MBSA dan nombor rujukan akan diberikan kepada pengadu dalam bentuk pesanan ringkas (SMS),” katanya dalam kenyataan.

Shahrin berkata, aduan boleh dibuat se-cara 24 jam bagi memudahkan orang awam selain daripada menyalurkannya melalui laman sesawang MBSA, talian bebas tol 1800884477, secara bersemuka, surat, bo-rang dan aduan di media sosial MBSA.

Katanya, orang ramai boleh memuat tu-run aplikasi melalui Google Play Store bagi pengguna Android.

“Selepas dimuat turun, pengguna hanya perlu mendaftar untuk mendapatkan kata laluan bagi mengakses ke aplikasi itu.

“Pelaksanaan aplikasi itu juga selaras u-saha MBSA menjayakan Pelan Transformasi PBT seperti digariskan Kementerian Ke-se-jahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) iaitu memperkasakan sistem pengurusan aduan lebih moden juga mudah diakses,” katanya.

i-ADU lebih pantas dan efisien

AMPANG - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan mengadakan perbin-cangan bersama penduduk setempat ber-hubung bantahan cadangan pembinaan pusat konvensyen, di sini.

Pegawai Komunikasi Korporat MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, ia diadakan selepas Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali, mahu MPAJ memperjelas-kan isu itu secara tepat kepada penduduk.

Katanya, MPAJ akan memilih tarikh yang sesuai dalam tempoh terdekat untuk meng- adakan perbincangan itu.

“Kita harap perbincangan itu akan dia-dakan dalam masa terdekat, sekali gus me-namatkan kontroversi isu ini,” katanya.

Baru-baru ini, Mohamed Azmin mahu MPAJ berjumpa penduduk untuk berbin-

cang berhubung isu terbabit, sekali gus memberi penerangan tepat pembinaan pusat itu.

Mohamed Azmin berkata, beliau mahu taman rekreasi dibangunkan di tapak itu dan sanggup mengorbankan Pusat Khid-mat Rakyat Ahli Parlimen Gombak untuk pembangunan berkenaan dijalankan.

Terdahulu, persatuan penduduk Taman Melawati menghantar petisyen berhubung bantahan cadangan projek pembinaan sebuah pusat konvensyen itu kepada Mo-hamed Azmin, pemaju dan MPAJ.

Penduduk mendakwa, cadangan awal kawasan itu adalah bagi pembinaan taman rekreasi di tapak berkeluasan 1.36 hektar, namun ia dipercayai ditukar kepada pusat konvensyen tanpa pengetahuan mereka.

Bincang cari penyelesaian

20Pendidikan

SelangorKini 22 - 29 September 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

SHAH ALAM - Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PADAT) menjaga serta menitik-berat keselamatan pelajar yang menyertai program Bermalam di Muzium, di Muzium Sultan Alam Shah, di sini, sepanjang dua hari ia berlangsung.

Kurator, Mohamad Aris Sahid berkata, seramai 30 urusetia ter-babit untuk menjamin keselamatan dan kelancaran program itu.

“Sebelum ini, kita sentiasa mem-

bincangkan isu keselamatan pela-jar yang harus diutamakan dalam perbincangan dan mesyuarat.

“Urusetia yang bertugas akan sentiasa memantau mengikut syif ditetapkan,” katanya kepada Sela-ngorKini.

Beliau berkata, pihaknya turut membentuk pasukan kecemasan yang membantu jika berlaku ma-salah kesihatan, sepanjang pro-gram berlangsung.

Aris berkata, pelajar juga diberi

peraturan untuk sentiasa bergerak dalam kumpulan dan bertanya ke-pada urusetia jika menghadapi se-barang masalah.

“Program ini berjalan dengan baik tanpa sebarang kekangan, malahan diisi dengan pelbagai ak-tiviti menarik sehingga jam 12 te-ngah malam.

“Peserta tidur di dua galeri iaitu adat dan warisan serta sejarah de-ngan mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan,” katanya.

SHAH ALAM - Kejadian keba-karan di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur, diharap membu-ka mata pihak berkaitan untuk memastikan aspek keselamatan semua sekolah tahfiz mematuhi garis panduan.

Menerusi paparan di Facebook Siakap Keli, kebanyakan netizen menyatakan keperluan mende-sak untuk pemeriksaan ciri kese-lamatan sebelum sebarang pusat tahfiz dibenarkan beroperasi.

“Sebagai iktibar, mohon pihak berkuasa terutama bomba untuk tutup semua sekolah tahfiz, buat tinjauan berkenaan tahfiz yang ada dan tiada ciri keselamatan. Mana yang tiada ciri kesela-matan, mohon tutup sementara waktu,” kata Mann Skate di rua-ngan komen dan menerima lebih 1,000 likes.

Mohd Azlan LanLyn Lanfire berpandangan, kebanyakan pusat tahfiz tidak mengikuti as-pek ditetapkan bomba kerana kekangan sumber kewangan.

Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor tampil kelainan

Bermalam di muzium pecah rekod

Pelajar sekolah yang menyertai program Bermalam di Muzium anjuran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor di Muzium Sultan Alam Shah

Jamin keselamatan pelajar

Periksa keselamatan sekolah tahfiz

“Seharusnya bila perkara be-gini terjadi, semua pihak perlu buka mata terutama kepada tah-fiz yang masih beroperasi tolong ambil pengajaran.

“Contohi Darul Quran Kuala Kubu Bharu yang bukan sahaja mendapat sepenuhnya bantuan daripada kerajaan tetapi aspek keselamatan bagi anak juga ter-

jamin,” katanya dengan hashtag #anggotabom-bakl

“Sedih sangat dan dalam masa sama kecewa sebab pengendali pusat tahfiz rata-rata tak menitik berat aspek keselamatan.

Mereka perlu pasang pengesan asap dan api, grill yang boleh di-buka dari dalam dan pemadam api. Lebih baik dapatkan khidmat nasihat bomba. Dalam mencari ilmu, kena juga ada kesedaran as-pek keselamatan,” kata Mikey.

Bagi Rais Rifqi, Kerajaan Perse-kutuan juga perlu memberi ban-tuan sewajarnya dalam usaha menyediakan sekolah tahfiz lebih baik kepada rakyat tempatan da-

ripada melebihkan pihak luar.“Banyak tahfiz terbakar

dalam tempoh dua tahun akibat kekurangan kelengkapan keba-karan dan pusat tahfiz yang ser-ba tiada selain mengharap yuran daripada ibu bapa. Kerajaan pa-tut lebih peka, jangan kera di hu-tan disusukan anak di rumah mati kelaparan,” katanya dan disokong lebih 200 ‘likes’.

Kejadian pada 14 September lalu mengorbankan 23 nyawa de-ngan semuanya rentung dan di-jumpai dalam keadaan bertindih.

Jabatan Bomba dan Penyela-mat (JBPM) mengesahkan hanya ada satu sahaja pintu keluar dan masuk ke bilik asrama, di pusat berkenaan.

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM - Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PA-DAT) menampilkan kelainan de-ngan memperkenalkan program ‘Bermalam di Muzium’ membabit-kan 120 pelajar, di Muzium Sultan Alam Shah, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Faizul Fitri Muslil berkata, program itu diadakan serentak di seluruh Malaysia dengan penyertaan 2,050 pela-jar bersama Jabatan Muzium Malaysia.

Katanya, ia bagi mendapat p e n g i k t i r a f a n Malaysia Book Of Records Most Number of Parti-cipants Overnight Simultaneously For An Educational Pro-gramme At The Muse-um menerusi aktiviti pen-didikan paling ramai bermalam, di muzium.

“Program kali ini membabit-kan 32 muzium bermula jam 3

petang (15 September) dan ber- akhir jam 1 tengahari esok (16 September) dengan penyerta-an pelajar berumur 14 hingga 17 tahun,” katanya.

Pada masa sama, Faizul ber-kata, program itu dianjurkan sempena sambutan Hari Malay-sia bagi memupuk semangat patriotik dan cintakan negara.

Katanya, pelbagai program turut dirangka berteraskan

modul pendidikan dan pengisian menarik

antaranya akti-viti dalam kum-

pulan, cabaran ikhtiar hidup serta tidur ber-sama artifak, di dalam balai pa-meran.

“Kita ha-rap program ini

dapat mendidik dan membentuk

generasi muda berpe-ngetahuan berkenaan khaza-nah negara, di samping mene-rapkan budaya mengunjungi muzium,” katanya.

21SelangorKini 22 - 29 September 2017

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Se-langor (JAIS) akan diminta membentang-kan perkembangan terkini berkaitan maahad tahfiz di Selangor, dalam tempoh terdekat.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Ne-geri perlu mendapat maklum balas ber-hubung perkara itu bagi memastikan keselamatan pelajar dan tenaga pengajar, di pusat pendidikan terbabit.

“Semalam (14 September), saya me-manggil Pegawai Kewangan Negeri me-minta JAIS membentangkan perkem-bangan terkini berkenaan kedudukan maahad tahfiz, di Selangor.

“Kita akan mendukung semua lang-kah menjamin keselamatan semua warga maahad tahfiz,” katanya kepada media, di sini, pada 15 September lalu.

Isu keselamatan tenaga pengajar dan pelajar di maahad tahfiz menjadi per-

WAKTU SOLAT SELANGOR22 - 29 September 20171 - 7 Muharam 1439H

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

22 Jumaat 5:37 5:47 7:02 1:09 4:14 7:11 8:2023 Sabtu 5:37 5:47 7:02 1:08 4:14 7:11 8:1924 Ahad 5:37 5:47 7:01 1:08 4:15 7:10 8:1925 Isnin 5:37 5:47 7:01 1:08 4:15 7:10 8:1926 Selasa 5:36 5:46 7:01 1:07 4:15 7:09 8:1827 Rabu 5:36 5:46 7:00 1:07 4:15 7:09 8:1828 Khamis 5:36 5:46 7:00 1:07 4:15 7:08 8:1729 Jumaat 5:36 5:46 7:00 1:06 4:16 7:08 8:17

22 Jumaat 5:40 5:50 7:03 1:11 4:16 7:13 8:2223 Sabtu 5:39 5:49 7:03 1:11 4:17 7:13 8:2224 Ahad 5:39 5:49 7:03 1:10 4:17 7:12 8:2125 Isnin 5:39 5:49 7:03 1:10 4:17 7:12 8:2126 Selasa 5:39 5:49 7:02 1:10 4:17 7:11 8:2027 Rabu 5:38 5:48 7:02 1:09 4:18 7:11 8:2028 Khamis 5:38 5:48 7:02 1:09 4:18 7:11 8:1929 Jumaat 5:38 5:48 7:02 1:09 4:18 7:10 8:19

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menyalur-kan sumbangan RM100,000 kepada mad- rasah dan surau, di daerah Petaling, pada 15 September lalu.

Sumbangan diserahkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, ke-tika menunaikan solat Jumaat bersama orang ramai di Masjid Taman Subang Per-dana, di sini.

Madrasah Manarul Islam, Kampung Tunku yang menerima peruntukan RM50,000 bagi

kerja pembangunan semula. Surau Nurul Ehsan Pangsapuri Sri Tan-

jung, USJ 16, pula mendapat RM30,000 se-mentara Surau Darul Hidayah Taman Putra Damai (RM20,000) bagi kerja membaik pu-lih serta naik taraf.

Ia adalah program Kerajaan Negeri bagi mendampingi masyarakat khususnya pen-duduk setempat di Selangor serta menye-bar luas program dijalankan demi manfaat rakyat.

SHAH ALAM - Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menyampaikan sumbangan AdHoc kepada sebuah keluarga yang terbabit dalam kebakaran, di Jalan Kubur, Batu 4, Ijok, baru-baru ini.

Pegawai Perhubungan Korporat YIDE, Muhammad Hafiz Bahari berkata, pihaknya menghulurkan bantuan berbentuk wang tunai dan barang keperluan asas harian.

“Sumbangan ini adalah satu aktiviti ke-masyarakatan atau tanggungjawab sosial korporat YIDE kepada masyarakat setempat khususnya, di negeri Selangor,” katanya.

Sementara itu, mangsa kebakaran, Mat Ujalan Supian, 55, berkata beliau menye-dari rumahnya dipenuhi asap dan api ke-tika sedang berehat di ruang tamu.

“Api mula marak dengan cepat sekitar jam 5 petang dan pihak bomba berjaya

Keselamatan pelajar dan tenaga pengajar tahfiz

JAIS bentang perkembangan terkinibualan ekoran tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat Hujung, Kuala Lumpur, yang mengorbankan 23 mangsa, pada 14 September lalu.

Mohamed Azmin berkata, Kera-jaan Negeri pada prinsipnya mahu keselamatan semua warga maahad tahfiz diberi keutamaan.

Katanya, Kerajaan Negeri meminta JAIS untuk berbincang dengan peng- usaha maahad tahfiz di seluruh Sela-ngor berhubung keselamatan pelajar

dan warganya, sejak tiga tahun lalu.“Kerajaan Negeri turut meluluskan

sejumlah peruntukan bagi menam-bah baik prasarana dan kemudahan asas, di beberapa maahad tahfiz. Na-mun, dimaklumkan terdapat bebera-pa kekangan berlaku khususnya sta-tus tanah perlu diselesaikan dan ada individu yang mewakafkan tanah bagi tujuan pembinaan.

“Perkara ini perlu dipastikan se-laras dengan prosedur dan tatacara ditetapkan,” katanya.

RM���,��� bangun institusi agama Petaling

Mohamed Azmin bersama wakil madarasah dan surau daerah Petaling pada majlis penyampaian sumbangan pembangunan

YIDE serah sumbangan Ad-Hoc

mengawal kebakaran 30 minit kemudian.“Semua ahli keluarga saya selamat dan

rumah bahagian belakang sahaja yang terbakar.

“Bomba memberitahu punca keba-karan disebabkan litar pintas dan keru-gian dianggarkan sekitar RM50,000,” ka-tanya.

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 22 - 29 September 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Menjalani kehidu-pan sebagai isteri negarawan membuatkan Tun Dr Siti Hasmah Ali berpeluang melihat beraneka watak perjuangan wanita daripa-da pelbagai sudut.

Beliau berkata, itu membuktikan wanita memainkan peranan pen-ting dalam membangunkan ma-syarakat menerusi pelbagai bidang sama ada menyentuh isu kemanu-siaan juga ekonomi.

“Beberapa hari sebelum ini, saya berpeluang melihat perasaan dan watak wanita dalam negara iaitu pada 9 September lalu di Muar keti-ka ulangtahun Parti Pribumi Bersatu

Malaysia (PPBM) dengan wanita di situ muncul sebagai pejuang peng- usaha kecil di gerai masing-masing bagi menunjukkan apa mereka mampu buat.

“Ada jual kosmetik, ubatan her-ba, makanan dan minuman, sekali gus menunjukkan wanita bukan sahaja sebagai pejuang tetapi ahli perniagaan.

“Saya amat kagum melihat semangat mereka dan esoknya berubah watak dalam demontrasi aman Wanita Bantah Politik Toksik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena perasmian pa-meran lukisan 15V Variasi & Versatil yang menampilkan karya seni vi-

sual 15 pelukis terkenal wanita, di Galeri Shah Alam, pada 14 Septem-ber lalu.

Tun Dr Siti Hasmah berkata, be-liau juga berpeluang melihat per-juangan wanita meningkatkan taraf pendidikan masing-masing dalam satu program, di Universiti Multi-media (MMU).

Pada masa sama, beliau tu-rut menyaksikan wanita di Kedah berhadapan saat sedih ekoran ke-mangkatan Almarhum Sultan Ab-dul Halim Mu’adzam Shah, pada 11 September lalu.

“Wanita perlu gigih berusaha bagi mencapai kejayaan tanpa mengira bidang apa yang diceburi,” katanya.

KUANG - Seramai 300 warga Kuang menerima bantuan ke-wangan daripada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Se-langor (PEKAWANIS).

Yang Dipertuanya, Datin Seri Shamshida Taharin berkata, ban-tuan disasarkan kepada semua kaum di kawasan Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) terbabit.

“Selaras hasrat Kerajaan Ne-geri untuk tingkatkan kehidu-pan rakyat Selangor, PEKAWANIS menggerakkan inisiatif untuk tu-run padang dan mendekati rak-yat Selangor yang memerlukan.

“Sasaran kami adalah untuk mendekati semua bangsa terdiri daripada golongan asnaf dan fa-kir miskin yang memerlukan so-kongan serta bantuan daripada pertubuhan ini.

“Selain itu, inisiatif turun padang ini juga bertujuan untuk melihat dan memahami sendiri

keperitan hidup yang dialami golongan kurang bernasib baik, di peringkat bawahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Penyam-paian Sumbangan PEKAWANIS dengan kerjasama Pusat Khid-mat DUN Kuang yang turut diha-diri Ahli Parlimen Selayang, Wil-liam Leong dan Penyelaras DUN Kuang, Salasiah Disa.

Pada masa sama, Shamshida yang juga isteri kepada Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali turut mendeka-ti masyarakat kurang bernasib baik, di Kampung Permata Kun-dang.

Beliau turut menyampaikan bantuan tunai dan keperluan ba-rangan dapur kepada lima kelu-arga yang difahamkan menerima bantuan lain daripada Lembaga Zakat Selangor dan pertubuhan kebajikan lain.

SHAH ALAM - Seramai 40 peser-ta menyertai Kursus Penjagaan Orang Kurang Upaya dan Warga Emas di Rumah Jagaan dan Ko-muniti Negeri Selangor, baru-ba-ru ini.

Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Da-royah Alwi berkata, ia dianjur bagi mempertingkatkan kemahiran dan kualiti penjagaan care-givers iaitu penjaga serta sukarelawan di rumah jagaan juga komuniti.

Katanya, penjaga yang lebih arif dan memahami kaedah pen-jagaan terbaik dapat memastikan kebajikan warga kurang berke-mampuan itu terus terpelihara.

“Ramai penjaga kurang me-mahami metodologi penjagaan tepat, sekali gus membuatkan mereka tidak dapat memberi-kan perkhidmatan efektif kepada kumpulan sasar.

“Adalah penting bagi mereka mengetahui kaedah penjagaan terkini dan terbaik secara terperin-ci dalam mengendalikan golo-

Lihat pelbagai watak dan peranan

Perjuangan wanita di mata Siti Hasmah

Warga Kuang terima bantuan PEKAWANIS

Sebahagian warga Kuang yang menerima bantuan kewangan daripada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PE-KAWANIS)

Tingkat kualiti khidmat sukarelawan

ngan ini dengan lebih sempurna.“Besar harapan kita supaya kur-

sus ini memberi manfaat dan me-ningkatkan kualiti perkhidmatan, di seluruh Selangor,” katanya dalam kenyataan.

Peserta terdiri dalam kala- ngan penjaga, pelatih dan sukare-lawan yang berkhidmat di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), rumah jagaan OKU serta rumah jagaan warga emas milik swasta

juga persendirian.Bertempat di sebuah hotel di

Batu Caves, kursus berlangsung sepanjang tiga hari dua malam serta menumpukan perkongsian ilmu dan latihan penting.

Ia merangkumi khidmat jagaan am, nutrisi pemakanan, jagaan fizikal, komunikasi dan rekreasi, tekanan serta teknik mengata-sinya selain bantuan awal juga rawatan kecemasan.

Dr Daroyah (enam dari kanan) bersama peserta dan panganjur Kursus Penjagaan Orang Kurang Upaya dan Warga Emas

SUBANG JAYA - Majlis Perban-daran Subang Jaya (MPSJ) me-ngambil inisiatif menubuhkan kelas jahitan dan kraftangan menerusi program Kesejahte-raan Masyarakat Bandar (PKMB), setiap Sabtu, minggu akhir, se-tiap bulan.

Timbalan Pengarah Korpo-rat, Jabatan Korporat dan Pe-ngurusan Strategik MPSJ, Az-farizal Abdul Rashid berkata, program usahawan PKMB itu banyak memberikan faedah kepada masyarakat setempat menambah pendapatan, sekali gus meningkatkan taraf hidup keluarga.

Katanya, ia dilaksanakan khusus untuk peserta warga emas, ibu tunggal, belia dan kaum wanita.

“Kelas kemahiran ini akan diadakan pada hari Sabtu ming- gu akhir setiap bulan, bermula September ini.

“Program ini dapat mem-berikan pelbagai kemahiran bagi memenuhi kehendak komuniti MPSJ terdiri daripa-da pelbagai aktiviti,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kelas jahitan dan kraftangan itu akan dilak-sanakan di Bilik Sindiket 2, Aras 1, Kompleks 3C, bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

“MPSJ juga mendapat ker-jasama Syarikat Mostwell Sdn Bhd dengan menyediakan pin-jaman 30 mesin jahit dan tena-ga pengajar bagi menjayakan program ini.

“Program ini juga adalah tanggungjawab sosial korpo-rat syarikat itu bersama MPSJ,” katanya.

Antara aktiviti diadakan ialah kelas menjahit beg dari banner terpakai, anyaman tudung saji, menjahit skirt dan kraftangan felt serta hiasan manik.

Kelas jahitan jana pendapatan

23SelangorKini 22 - 29 September 2017

Sukan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH HAFIZAN TAIB

KLANG - Kerajaan Negeri akan terus mem-perkasakan program sukan akar umbi dalam melahirkan bakat baru berpotensi untuk di-ketengahkan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, program dijalankan secara berterusan itu adalah usaha Kerajaan Ne- geri melalui Majlis Sukan Negeri (MSN) Se-langor dalam mengesan atlet berbakat un-tuk menjadi sandaran negeri seterusnya negara, pada masa depan.

“Ini adalah kesinambungan program kita yang berterusan sepanjang tahun di dalam mengenal pasti dan melatih bakat baru se-lain memberi tumpuan kepada persiapan mereka menghadapi kejohanan peringkat kebangsaan juga antarabangsa disertai.

“Kita turut memperkasakan lagi program akar umbi supaya dapat melahirkan ramai atlet di pelbagai peringkat untuk dikete-ngahkan dan digilap untuk menjadi juara,” katanya kepada SelangorKini selepas Majlis Penyerahan Insentif kepada atlet dan juru-latih Selangor yang mewakili negara di Su-kan Sea 2017 di Istana Alam Shah, di sini, pada 12 September lalu.

Dalam majlis itu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris

SHAH ALAM - Stadium Shah Alam dipilih sebagai lokasi perla-wanan akhir Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung, pada 4 November ini.

Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) ber-kata, pihaknya merancang untuk mengadakan perlawanan akhir itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 28 Oktober ini.

Bagaimanapun, katanya, jadu-al Liga Malaysia terpaksa dipinda bagi memberi laluan kepada per-siapan skuad Harimau Muda ke Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.

“Selain itu, pada November ini juga, Stadium Nasional Bukit Jalil juga tidak dapat digunakan kerana sudah ditempah bagi aca-ra lain,” katanya memetik laman Facebook FMLLP.

Stadium Shah Alam yang

berkapasiti 80,000 tempat duduk penonton itu adalah sta-dium kedua terbesar di negara ini yang menjadikan pemilihan stadium itu sebagai pilihan ter-baik ekoran beberapa perlawa-nan akhir termasuk KL2017 tu-rut diadakan, di lokasi sama.

Ia pernah ditutup awal tahun lalu ekoran kerja penggantian dan penanaman rumput jenis cow grass, di padang stadium itu.

Penggantian rumput itu membabitkan kos RM200,000 dan ia bermula selepas tamat-nya perlawanan akhir Piala Ma-laysia, pada Disember 2015.

Selain itu, baru-baru ini, bumbung dan infrastruktur stadium itu turut diganti bagi memberi laluan kepada acara bola sepak KL2017.

SHAH ALAM - Lebih 300 peserta menyertai Program Kayuhan San-tai Merdeka di bawah program Sukan Untuk Semua Rangsangan Sukan Selangor (RSS), di Kam-pung Delek Kiri, Klang, baru-baru ini.

Pengarah Bersekutu, Per-hubungan Awam, Media dan Tanggungjawab Sosial Korporat Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor), Mohd Fauzi Mohd Ghazali ber-kata, ia antara inisiatif pihaknya membendung gejala sosial dalam kalangan remaja.

Katanya, program anjuran ber-sama Clever Speda itu juga bertu-juan menggalakkan masyarakat bergiat aktif dalam aktiviti sihat dan bermanfaat.

“Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita remaja di kam-pung sekitar ini terbabit dengan perlumbaan basikal haram.

“Maka, kita anjurkan pro-gram ini dengan memilih tema sambutan Hari Kebangsaan su-paya peserta dapat menghayati serta menghargai nikmat ke-merdekaan dikecapi, selama 60 tahun,” katanya.

Selain mengayuh, peserta juga berpeluang menonjolkan kreativiti dengan menghias dan

Kerjasama Kerajaan Negeri dan Majlis Sukan Negeri Selangor

Perkasa program sukan akar umbi

Antara atlet Selangor yang menerima insentif Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 kerana berjaya memperoleh pingat dalam temasya sukan berkenaan

Shah, berkenan menyampaikan insentif berjumlah RM540,000 disediakan Kera-jaan Negeri kepada semua atlet dan juru-latih terbabit.

Setiap penyumbang pingat emas memperoleh RM5,000, pingat perak (RM3,000) dan pingat gangsa (RM2,000).

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, Ke-

rajaan Negeri, MSN Selangor dan semua atlet merakamkan penghargaan kepada Sultan Sharafuddin di atas kesudian merai-kan mereka, dalam majlis berkenaan.

“Daripada 155 atlet Selangor mewaki-li negara, 100 dalam kalangan mereka memperoleh pingat iaitu 41 emas, 28 pe-rak dan 28 gangsa seterusnya negeri ini

muncul sebagai penyumbang terbesar kepada pencapaian atlet negara, dalam Sukan Sea Kuala Lumpur.

“Justeru, kita berbesar hati dengan ke- sudian Sultan Selangor menjemput, meraikan dan memberi insentif kepada atlet juga jurulatih berkaitan, dalam maj-lis ini,” katanya.

Kayuhan Santai Merdeka bendung gejala sosial

memperagakan keunikan basikal masing-masing serta memena-ngi hadiah menarik.

Mohd Fauzi berkata, peserta turut diberikan tips keselamatan berbasikal oleh bekas pelumba basikal negara yang kini jurulatih profesional Clever Speda, Hadi Putra Ismail.

“Tahun ini adalah tahun ke-empat kita bekerjasama de- ngan Clever Speda, di bawah RSS. Menerusi kerjasama ini, kita me-nganjurkan sembilan klinik ber-basikal, empat kursus dan satu kejohanan yang bakal diadakan

pada tahun ini dengan menya-sarkan pembabitan 820 peserta, seluruh Selangor,” katanya.

Sejak 2014, Perangsang Sela-ngor melalui program RSS ber-jaya melahirkan bakat baru di dalam arena lumba basikal untuk mewakili Selangor dan negara di kejohanan peringkat nasional juga antarabangsa.

Antaranya Muhsin Alredha Misbah, Mohd Fitri Sharil, Mohd Izdihilmi Shamsudin, Zamirul Adlisham Zulkefli, Nur Faseha Adila Mohd Yunus dan Nurkhai-runnisatul Aina Mohd Fazli.

Antara peserta cilik yang menyerta Kayuhan Santai Merdeka di Kampung Delek Kiri, Klang

Stadium Shah Alam jadi pilihan

23

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

SHAH ALAM - Pyongyang kekal menjadi lokasi pertemuan an-tara Harimau Malaya dan Korea Utara dalam aksi kumpulan B Kelayakan Piala Asia, pada 5 Ok-tober ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Da-tuk Hamidin Mohd Amin berka-ta, tiada keperluan menukar lo-kasi perlawanan buat masa ini, malahan Konfiderasi Bola Sepak Asia AFC juga sudah melakukan pemeriksaan dan mengesah-kan ia selamat.

“Kita akan beraksi di Pyong-

yang atas arahan AFC dan me-reka sudah melakukan peme-riksaan serta mengesahkan Malaysia boleh bermain, di sana. Lokasi sama juga akan di-gunakan Lubnan.

“Jika AFC gelanggang itu ti-dak selamat sebelum 5 Oktober ini, maka pertukaran boleh di-lakukan bila-bila masa,” katanya.

Hamidin berkata, satu perte-muan dengan wakil Korea Utara sudah diadakan tetapi butiran terperinci akan dimaklumkan kemudian.

Sebelum ini, pertemuan Ma-

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Orang ra-mai dijemput hadir menyo-kong pasukan pilihan ma-sing-masing di kejohanan Selangor Champions League 2017 (SCL2017) bagi mere-but hadiah utama RM30,000 yang membuka tirai, pada 18 September lalu.

Perlawanan dijadual ber-langsung di Stadium Pana-sonic Kompleks Sukan Ne-gara, Shah Alam, setiap Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis, bermula jam 8 hingga 11 malam.

Pada 9 September lalu, sesi undian kumpulan dan taklimat teknikal SCL2017 di-adakan, di Wisma Guocoland, Damansara.

Kumpulan A disaingi AZS FC, Level Up, Condoh FC, Southern FC, Naga FC, In-gress Tigers, ATZ Serayan, Pu-chong Fuerza dan Ultimate FC.

Kumpulan B pula menyak-sikan persaingan antara Shah Alam Antlers, SA United, A-xis-O2, Protap FC, Empayar, Rebel FC, PIB FC, Terrapins FC dan Klasiko FC.

Turut diumumkan barisan penaja SCL2017 antaranya Smart Selangor selaku pena-

Selangor Champions League

Sokong pasukan pilihan anda

Pyongyang kekal lokasi Malaysia-Korea Utara

ja platinum, Majlis Sukan Negeri Selangor penaja emas serta Media Selangor pula se-bagai penyiar rasmi.

SCL diasaskan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bagi menaikkan standard bola sepak peringkat ama-tur di Selangor dan mempe-ragakan bakat bola sepak, di peringkat komuniti.

SCL 2017 menyaksikan pe-nyertaan 18 pasukan yang terdiri daripada juara dan naib juara dari lapan liga a-matur, di Selangor.

laysia menentang Korea Utara terpaksa ditunda dua kali ke-rana masalah diplomatik an-tara dua negara.

Kerjasama Kerajaan Negeri dan Majlis Sukan Negeri Selangor

Perkasa programsukan akar umbi

SIARAN LANGSUNG di TV Selangor

selangortv.my