PERBANDINGAN FAKTOR - fp.utm.my · PERBANDINGAN FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES...
-
Upload
vuongtuong -
Category
Documents
-
view
247 -
download
0
Transcript of PERBANDINGAN FAKTOR - fp.utm.my · PERBANDINGAN FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES...
PERBANDINGAN FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROS ES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ANTARA SEKOLAH DI BANDA R
DAN LUAR BANDAR
HERDY BIN BAILUN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ����
JUDUL: PERBANDINGAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ANTARA SEKOLAH DI BANDAR DAN LUAR BANDAR
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya HERDY BIN BAILUN ( HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (� )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
���� TIDAK TERHAD Disahkan oleh _____________________________ _____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:
Kg Panaitan,Peti Surat 250, Encik Shahrin Bin Hashim 89108 Kota Marudu, Sabah. (NAMA PENYELIA)
Tarikh: 27 APRIL 2009 Tarikh: __27 APRIL 2009 ___
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. atau TERHAD. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada
pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT
� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : ...............................................
Nama Penyelia : ENCIK SHAHRIN BIN HASHIM
Tarikh : APRIL 2009
iii
PERBANDINGAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ANTARA SEKOLAH DI BANDAR
DAN LUAR BANDAR
HERDY BIN BAILUN
Laporan projek ini dikemukakan
Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2009
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap – tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ………………………………………
Nama Penulis : HERDY BIN BAILUN
Tarikh : ............................................................
v
THIS BOOK JUST FOR
MY FATHER MY PRIDE
MR. VINCENT BAILUN BIN TIMBONG
MY BELOVED MUM
MRS. EDNA PAULINA GALUHOI BINTI MAGALAI
MY SISTER’S
MRS. JOVITA SANYU BINTI BAILUN MRS. KTS. ANITA LENIS BINTI BAILUN
MRS. MARCELLA PATRICIA BINTI BAILUN
MY BROTHER’S
MR. EDWARD JOHNY BIN BAILUN MR. MOHD IMRAN @ HENRY BIN BAILUN
MR. HILARRY BIN BAILUN
YOUNGER BROTHER
HERBERT KYEBERT BIN BAILUN
YOUNGER SISTER
LOUISA HERNISA BINTI BAILUN
AND
MY BELOVED AND SPECIAL GIRLFRIEND
vi
PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur kupanjatkan ke hadrat Illahi kerana telah memberiku
kekuatan bagi menyempurnakan penyelidikan ini. Setinggi-tinggi penghargaan yang
tidak terhingga kepada Penyelia Projek Sarjana Muda iaitu, Encik Shahrin Bin
Hashim yang sentiasa memberi nasihat, bimbingan dan juga sokongan yang
berterusan sehinggalah kajian ini dapat disempurnakan. Segala teguran dan ulasan
yang diberikan akan dijadikan sebagai panduan dan pegangan dalam meneruskan
cabaran hari – hari mendatang.
Jutaan terima kasih kepada semua Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan
Pelajaran Negeri Johor, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Ketua Jabatan Pendidikan
Teknikal Dan Kejuruteraan Fakulti Pendidikan iaitu Dr Mohd Sukri , Pengetua,
Penyelia Petang dan semua guru – guru Kemahiran Hidup di SMK Taman Universiti
Dua Skudai Johor dan SMK Kota Marudu Sabah, para pensyarah Fakulti Pendidikan
dan Kakitangan Am Fakulti Pendidikan di atas kerjasama yang diberikan dalam
menjayakan penyelidikan ini.
Setinggi penghargaan khas buat guru dari SMK Kota Marudu iaitu Cik
Kamariah Bin Idrishah di atas bantuan mengurus dan mengedarkan set soal selidik
kepada para pelajar SMK Kota Marudu Sabah.
Akhir sekali buat teman seperjuangan, terima kasih di atas kerjasama dan
bimbingan daripada kalian. Semoga kejayaan ini membawa rahmat kepada kita
semua.
vii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor – faktor yang mempengaruhi
proses pengajaran dan pembelajaran komponen mata pelajaran kemahiran hidup iaitu
komponen perdagangan dan keusahawanan di sebuah sekolah yang terletak di bandar
dan sebuah sekolah lahir yang terletak di luar bandar. Faktor-faktor yang dikaji
adalah faktor kurikulum, bahan bantu mengajar, gaya pengajaran guru dan
persekitaran. Kajian rintis telah dijalankan dan nilai Alpha Cronbach ialah 0.89.
Kemudian, kajian sebenar dijalankan dan maklumat diperolehi dengan mengedarkan
borang soal selidik kepada responden yang terdiri daripada 333 orang pelajar
tingkatan dua sesi 2009 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti Dua
Skudai Johor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu Sabah. Data-data
kajian dianalisis dengan menggunakan “Statistical Package for the Social Science
(SPSS)” Versi 15. Analisis yang dibuat diterjemahkan dalam bentuk min, frekuensi
dan peratus. Hasil kajian mendapati bahawa faktor kurikulum, bahan bantu
mengajar, gaya pengajaran guru dan persekitaran mempengaruhi keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah di kedua-dua sekolah ini. Diharap
dengan maklumat yang diperolehi daripada hasil kajian, langkah-langkah serta
pendekatan yang sesuai dapat dikenalpasti untuk meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran sekolah terbabit. Selain itu, kajian ini juga diharap
dapat dijadikan sebagai satu garis panduan untuk kajian yang seterusnya pada masa
yang akan datang.
viii
ABSTRACT
The main purpose of this research is to examine the factor which affected
teaching and learning process subject Living Skill that is component commerce and
entrepreneurship in both of school at school in the city and rural school. The factor
of the study involves the factor of curriculum, teaching material, teaching technique
and environment. The initial study is carried out and the value of Alpha Cronbach is
0.89. Then, the actual study is held and the information is obtained by passing
around the questionnaires to the respondents which 333 student form 2 session 2009
in Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti Dua Skudai Johor and Sekolah
Menengah Kebangsaan Kota Marudu Sabah. The data of this research are analysis
using Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 15. The data is
presented in the form of mean, frequency, and percentage. The finding shows that
factor curriculum, teaching material, teaching technique and environment influence
teaching and learning process in the classroom both of school. Hope, with the
information obtained from this research, the suitable methods and approximation
could be identified to improve the perfection of workshop in order to originate the
effectiveness of teaching and learning in those schools. Besides, I hope that this
research also could be a guide line for the next research in the future.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii KANDUNGAN ix SENARAI JADUAL xiii SENARAI SINGKATAN xix SENARAI LAMPIRAN xx RUJUKAN 120 LAMPIRAN 123
BAHAGIAN SATU
PENDAHULUAN
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Hipotesis Kajian 8
1.6 Persoalan Kajian 9
1.7 Kepentingan Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 11
1.9 Definisi Istilah 12
1.10 Penutup 14
x
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Ciri – Ciri Pendidikan Perdagangan Dan 16
Keusahawanan
2.3 Kajian Keberkesanan Pengajaran Guru 18
2.4 Faktor – Faktor Yang Mempengaruhi Proses 19
Pengajaran Dan Pembelajaran
2.4.1 Faktor Alat Bantu Mengajar 19
2.4.2 Faktor Kurikulum 20
2.4.3 Faktor Pengajaran Guru 21
2.4.4 Faktor Persekitaran 23
2.5 Keusahawanan 25
2.6 Faktor – Faktor Yang Mendorong Seseorang 26
Menceburkan Diri Dalam Bidang Keusahawanan
2.6.1 Faktor keperluan asas hidup 26
2.6.2 Faktor persekitaran 27
2.6.3 Faktor demografi 27
2.7 Kepentingan Pendidikan Keusahawanan 27
2.8 Rumusan 28
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 29
3.2 Rekabentuk Kajian 30
3.3 Lokasi Kajian 31
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 31
xi
3.5 Cara Persampelan 31
3.6 Instrumen Kajian 32
3.7 Kajian Rintis 34
3.8 Prosedur Kajian 34
3.9 Kaedah Analisis Data 35
3.10 Penutup 36
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 37
4.2 Latar Belakang Responden 38
4.2.1 Jantina Responden 38
4.2.2 Bangsa Responden 38
4.2.3 Aliran Pengkhususan Responden 39
4.2.4 Keputusan Terakhir Mata Pelajaran 40
Kemahiran Hidup
4.3 Analisis Data Mengikut Persoalan Kajian 41
4.4 Analisis Inferensi 92
4.5 Penutup 94
BAHAGIAN LIMA
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 95
5.2 Perbincangan 96
xii
5.2.1 Faktor Kurikulum 96
5.2.2 Faktor Bahan Bantu Mengajar 98
5.2.3 Faktor Gaya Pengajaran Guru 99
5.2.4 Faktor Persekitaran Bilik Darjah 101
5.3 Rumusan 103
5.3.1 Faktor Kurikulum 103
5.3.2 Faktor Bahan Bantu Mengajar 104
5.3.3 Faktor Gaya Pengajaran Guru 105
5.3.4 Faktor Persekitaran Bilik Darjah 106
5.4 Cadangan 108
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 109
5.6 Penutup 110
BAHAGIAN ENAM
BIBLIOGRAFI
BIBLIOGRAFI
Bibliografi 111
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN
LAMPIRAN
Lampiran 114
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT
3.1 Pengkelasan Skala Likert 33
3.2 Susunan Item – Item Mengikut Objektif Kajian 33
4.1 Jantina Responden 38
4.2 Bangsa Responden 38
4.3 Aliran Pengkhususan Responden 39
4.4 Keputusan Terakhir Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 40
4.5 Faktor Kurikulum Mempengaruhi Proses Pengajaran dan 41
Pembelajaran Komponen Perdagangan Dan Keusahawanan
Bagi Item 1
4.6 Faktor Kurikulum Mempengaruhi Proses Pengajaran dan 42
Pembelajaran Komponen Perdagangan Dan Keusahawanan
Bagi Item 2
4.7 Faktor Kurikulum Mempengaruhi Proses Pengajaran dan 43
Pembelajaran Komponen Perdagangan Dan Keusahawanan
Bagi Item 3
4.8 Faktor Kurikulum Mempengaruhi Proses Pengajaran dan 44
Pembelajaran Komponen Perdagangan Dan Keusahawanan
Bagi Item 4
4.9 Faktor Kurikulum Mempengaruhi Proses Pengajaran dan 45
Pembelajaran Komponen Perdagangan Dan Keusahawanan
Bagi Item 5
4.10 Faktor Kurikulum Mempengaruhi Proses Pengajaran dan 46
Pembelajaran Komponen Perdagangan Dan Keusahawanan
Bagi Item 6
4.11 Faktor Kurikulum Mempengaruhi Proses Pengajaran dan 47
xiv
Pembelajaran Komponen Perdagangan Dan Keusahawanan
Bagi Item 7
4.12 Faktor Kurikulum Mempengaruhi Proses Pengajaran dan 48
Pembelajaran Komponen Perdagangan Dan Keusahawanan
Bagi Item 8
4.13 Faktor Kurikulum Mempengaruhi Proses Pengajaran dan 49
Pembelajaran Komponen Perdagangan Dan Keusahawanan
Bagi Item 9
4.14 Faktor Kurikulum Mempengaruhi Proses Pengajaran dan 50
Pembelajaran Komponen Perdagangan Dan Keusahawanan
Bagi Item 10
4.15 Faktor Kurikulum Mempengaruhi Proses Pengajaran dan 51
Pembelajaran Komponen Perdagangan Dan Keusahawanan
Bagi Item 11
4.16 Rumusan Dapatan Kajian Persoalan Kajian Satu Bagi 52
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti Dua,
Skudai, Johor
4.17 Rumusan Dapatan Kajian Persoalan Kajian Satu Bagi 53
Sekolah Menengah Kebangsaan Marudu, Sabah
4.18 Rumusan Dapatan Kajian Persoalan Kajian Satu Bagi 54
Keseluruhan Sekolah
4.19 Faktor Bahan Bantu Mengajar Mempengaruhi Proses 55
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 12
4.20 Faktor Bahan Bantu Mengajar Mempengaruhi Proses 56
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 13
4.21 Faktor Bahan Bantu Mengajar Mempengaruhi Proses 57
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 14
4.22 Faktor Bahan Bantu Mengajar Mempengaruhi Proses 58
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 15
4.23 Faktor Bahan Bantu Mengajar Mempengaruhi Proses 59
xv
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 16
4.24 Faktor Bahan Bantu Mengajar Mempengaruhi Proses 60
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 17
4.25 Faktor Bahan Bantu Mengajar Mempengaruhi Proses 61
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 18
4.26 Faktor Bahan Bantu Mengajar Mempengaruhi Proses 62
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 19
4.27 Faktor Bahan Bantu Mengajar Mempengaruhi Proses 63
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 20
4.28 Rumusan Dapatan Kajian Persoalan Kajian Dua Bagi 64
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti Dua,
Skudai, Johor
4.29 Rumusan Dapatan Kajian Persoalan Kajian Dua Bagi 65
Sekolah Menengah Kebangsaan Marudu, Sabah
4.30 Rumusan Dapatan Kajian Persoalan Kajian Dua 66
Keseluruhan Sekolah
4.31 Faktor gaya Pengajaran Guru Mempengaruhi Proses 67
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 21
4.32 Faktor gaya Pengajaran Guru Mempengaruhi Proses 68
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 22
4.33 Faktor gaya Pengajaran Guru Mempengaruhi Proses 69
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 23
4.34 Faktor gaya Pengajaran Guru Mempengaruhi Proses 70
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 24
4.35 Faktor gaya Pengajaran Guru Mempengaruhi Proses 71
xvi
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 25
4.36 Faktor gaya Pengajaran Guru Mempengaruhi Proses 72
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 26
4.37 Faktor gaya Pengajaran Guru Mempengaruhi Proses 73
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 27
4.38 Faktor gaya Pengajaran Guru Mempengaruhi Proses 74
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 28
4.39 Faktor gaya Pengajaran Guru Mempengaruhi Proses 75
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 29
4.40 Faktor gaya Pengajaran Guru Mempengaruhi Proses 76
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 30
4.41 Rumusan Dapatan Kajian Persoalan Kajian Tiga Bagi 77
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti Dua,
Skudai, Johor
4.42 Rumusan Dapatan Kajian Persoalan Kajian Tiga Bagi 78
Sekolah Menengah Kebangsaan Marudu, Sabah
4.43 Rumusan Dapatan Kajian Persoalan Kajian Tiga 79
Keseluruhan Sekolah
4.44 Faktor Persekitaran Bilik Darjah Mempengaruhi Proses 80
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 31
4.45 Faktor Persekitaran Bilik Darjah Mempengaruhi Proses 81
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 32
4.46 Faktor Persekitaran Bilik Darjah Mempengaruhi Proses 82
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 33
4.47 Faktor Persekitaran Bilik Darjah Mempengaruhi Proses 83
xvii
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 34
4.48 Faktor Persekitaran Bilik Darjah Mempengaruhi Proses 84
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 35
4.49 Faktor Persekitaran Bilik Darjah Mempengaruhi Proses 85
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 36
4.50 Faktor Persekitaran Bilik Darjah Mempengaruhi Proses 86
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 37
4.51 Faktor Persekitaran Bilik Darjah Mempengaruhi Proses 87
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 38
4.52 Faktor Persekitaran Bilik Darjah Mempengaruhi Proses 88
Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Perdagangan
Dan Keusahawanan Bagi Item 39
4.53 Rumusan Dapatan Kajian Persoalan Kajian Empat 89
Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti Dua,
Skudai, Johor
4.54 Rumusan Dapatan Kajian Persoalan Kajian Empat Bagi 90
Sekolah Menengah Kebangsaan Marudu, Sabah
4.55 Rumusan Dapatan Kajian Persoalan Kajian Empat 91
Keseluruhan Sekolah
4.56 Ujian –t (Independent-Samples T-test) Untuk Mengesan 92
Kewujudan Perbezaan Persepsi Lokasi dengan Faktor
Kurikulum Mempengaruhi Proses P&P Komponen Perdagangan
dan Keusahawanan.
4.57 Ujian –t (Independent-Samples T-test) Untuk Mengesan 92
Kewujudan Perbezaan Persepsi Lokasi dengan Faktor
Bahan Bantu Mengajar Mempengaruhi Proses P&P Komponen
Perdagangan dan Keusahawanan.
4.58 Ujian –t (Independent-Samples T-test) Untuk Mengesan 93
Kewujudan Perbezaan Persepsi Lokasi dengan Faktor
xviii
Gaya Pengajaran Guru mempengaruhi proses P&P komponen
Perdagangan dan Keusahawanan.
4.59 Ujian –t (Independent-Samples T-test) Untuk Mengesan 93
Kewujudan Perbezaan Persepsi Lokasi dengan Faktor
Persekitaran bilik darjah mempengaruhi proses P&P komponen
Perdagangan dan Keusahawanan.
xix
SENARAI SINGKATAN
UTM Universiti Teknologi Malaysia
SPSS Statiscal Package for the Social Sciences
PSM Projek Sarjana Muda
SMKKM Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu
SMKTU2 Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti Dua
FP Fakulti Pendidikan
ICT Information Communication and Technology
P & P Pengajaran Dan Pembelajaran
S Setuju
TP Tidak Pasti
TS Tidak Setuju
PSZ Perpustakaan Sultanah Zanariah
SPSS Statistical Package for Social Science
xx
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
Lampiran A Borang Soal Selidik 115
Lampiran B Jadual Penentuan Sampel 122
Lampiran C Surat Kebenaran Untuk Menjalankan 123
Kajian Di Sekolah
Lampiran D Kelulusan Untuk Menjalankan Kajian 124
Di Sekolah
Lampiran E Surat Kebenaran Mendapatkan 125
Maklumat
Lampiran F Surat Dari Fakulti 128
Lampiran G Borang Pendaftaran Dan Pemilihan Tajuk 129
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan.
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan salah satu daripada
mata pelajaran yang digubal oleh Kementerian pelajaran Malaysia selaras dengan
Falsafah Pendidikan Malaysia. Penggubalan tersebut bertujuan untuk meningkatkan
daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat secara produktif serta
pembentukkan pelbagai jenis tenaga kerja yang berkait rapat dengan perkembangan
teknologi dan ekonomi negara.
Salah satu komponen teras yang terdapat dalam mata pelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu adalah Perdagangan Dan Keusahawanan. Komponen teras ini
dapat mendedahkan dan membekalkan para pelajar dengan pelbagai pengetahuan
serta kemahiran yang berkait rapat dengan kehidupan harian. Pelajar dibekalkan
dengan amalan perniagaan termasuk aspek kewangan,jual beli dan konsumerisme.
Malah kurikulum pendidikan keusahawanan yang digubal dengan teliti akan
melahirkan usahawan yang boleh mengawal kehidupan dan persekitarannya.
Usahawan adalah orang yang mempunyai matlamat hidup, daya usaha dan penuh
bersemangat. Inilah ciri – ciri peribadi yang perlu ditanamkan kepada setiap murid
atau pelajar.
2
Pendidikan komponen perdagangan dan keusahawanan sepatutnya
memberikan maklumat dan kebolehan mengenai nilai perseorangan dan
kewarganegaraan kepada individu dan juga memberikan pendidikan vokasional yang
lengkap untuk mengenal pasti kerjaya dalam masyarakat moden. Hal ini kerana,
sekiranya melentur buluh biarlah daripada rebungnya supaya dapat melahirkan
pelajar yang berminat dalam bidang perniagaan dan berjaya pada masa hadapan.
Melalui pembelajaran ini, pelajar akan didedahkan dengan suasana kehidupan harian
yang melibatkan masyarakat sekeliling.
Menurut Ramsden (1988), pembelajaran ialah satu pergerakan ke arah
penyelesaian masalah yang belum biasa di temui, mengenal pasti kuasa dan kekuatan
konsep dalam mata pelajaran tertentu dan berupaya mengaplikasikan apa yang telah
di pelajari dalam bilik darjah kepada masalah di luar bilik darjah.Selain itu,
pembelajaran sebenarnya bukan sahaja untuk melayakkan diri pelajar lulus
cemerlang dalam peperiksaan sahaja dan dilupakan begitu sahaja. Pembelajaran
sepatutnya merupakan untuk jangka panjang dan jangka pendek dimana
pembelajaran adalah untuk seumur hidup.
Oleh yang demikian, pembelajaran mata pelajaran kemahiran hidup
terutamanya dalam subjek perdagangan dan keusahawanan harus dipandang serius
dan tidak dipandang remeh sahaja. Hal ini kerana sekiranya para pelajar memahami
tujuan subjek tersebut para pelajar akan sedar terhadap pentingnya subjek tersebut
kepada diri mereka. Sifat – sifat usahawan adalah lahir daripada minat seseorang itu
terhadap perniagaan bukannya lahir daripada baka keturunan. Menurut Kuratko dan
Hodgetts (1992), entrepreneur is one who undertakes to organise, manage dan
assume the risks of business. Manakala, menurut Dollinger (1995), keusahawanan
sebagai pembentukan syarikat ekonomi yang inovatif bagi tujuan keuntungan atau
perkembangan serta kesediaan untuk berhadapan dengan risiko dan ketidakpastian.
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas adalah suatu yang kompleks
dan jarang sekali orang mempersoalkan bagaimana isi pelajaran dipindahkan dari
pengetahuan guru kepada isi pengetahuan pengajaran. Di sekolah, para pelajar
3
membentuk gaya pembelajaran tersendiri serta berinteraksi dengan maklumat dengan
bantuan guru yang juga mempunyai gaya pengajaran tersendiri. Guru-guru selalu
mengandaikan mereka hanya bertanggungjawab tentang subjek yang diajar tanpa
menghiraukan proses kognitif pelajar tersebut (Subahan,T.,1996). Oleh itu, peranan
guru tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pengajaran akan lebih berkesan jika guru melaksanakan kaedah
pengajaran yang bersesuaian melalui usaha memadankan kaedah pengajaran guru
dengan gaya pembelajaran pelajar-pelajar (Dunn&Dunn, 1978).
Mengikut Honey & Mumford (1992a), proses pembelajaran berlandaskan
kepada menimba ilmu pengetahuan dan ia merupakan sepanjang hayat dan dalam
proses pembelajaran tersebut pula beberapa kecenderungan yang dimiliki dan
diamalkan oleh seseorang pelajar. Kecenderungan yang dimaksudkan itu ialah
mengimbas kembali, membuat kesimpulan, mempelajari sesuatu berdasarkan
pengalaman dan membuat implementasi.
Shea (1994) menyatakan pembelajaran ialah proses mental atau fizikal yang
membawa perubahan dalam tingkah laku. Beliau berpendapat kebijaksanaan bukan
sesuatu elemen statik tetapi adalah suatu sistem yang dinamik dan terbuka yang
sentiasa berkembang sepanjang hayat. Kebanyakkan proses pembelajaran yang
signifikan adalah dari apa yang telah kita lakukan iaitu melalui tindakan dan
pemerhatian.
Gremli (1996) pula menyatakan bahawa gaya pembelajaran melibatkan
aspek-aspek personaliti, pemprosesan maklumat, interaksi sosial, kecenderungan
terhadap garis panduan, tumpuan perhatian terhadap sesuatu yang baru, unik dan
terdapatnya kelainan dalam diri individu. Gaya pembelajaran yang bersesuaian
dengan diri seseorang individu adalah salah satu penentuan kearah kecekapan dan
kebolehan mengasimilasikan ilmu yang dipelajari dengan cemerlang dan berkesan.
Objektif utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ialah keberkesanan
dan kecekapan seseorang melalui proses pembelajaran dalam kelas.
4
Gaya pembelajaran yang sesuai penting untuk meningkatkan pencapaian
akademik pelajar (Chambers, 1991). Chambers berpendapat bahawa pelajar harus
menggunakan gaya pembelajaran sebagai kekuatan mereka dalam bidang akademik.
Hal ini kerana cara yang bersesuaian dengan ciri-ciri pembelajaran akan
menyebabkan pelajar di semua peringkat lebih bermotivasi dan seterusnya akan
meningkatkan pencapaian akademik. Sebagai tambahannya, Dunn & Dunn (1979)
menyatakan bahawa apabila kaedah, sumber dan program dipadankan dengan
sifatsifat gaya pembelajaran pelajar, maka pencapaian akademik dan sikap pelajar
akan meningkat. Sebaliknya, jika padanan di antara pengajaran dan pembelajaran
tidak sesuai, maka pencapaian akademik dan sikap juga turut merosot.
Menurut Griggs (1991), penggunaan gaya pembelajaran yang betul adalah
amat penting untuk meningkatkan keputusan akademik. Pencapaian ini yang akan
membuktikan sejauhmana gaya pembelajaran seseorang pelajar berkesan atau tidak.
Peningkatan dan penurunan pencapaian akademik pelajar sebenarnya sangat berkait
rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
Secara keseluruhannya, semoga pelbagai pihak terutamanya ibubapa, pihak
guru dan pelajar itu sendiri sedar bahawa mata pelajaran perdagangan dan
keusahawanan merupakan subjek yang perlu diambil perhatian. Ibubapa perlu sedar
bahawa subjek ini bukanlah untuk pelajar yang lemah tetapi adalah untuk semua
pelajar bagi memupuk pelajar meminati perniagaan pada masa hadapan kelak yang
mampu membantu perkembangan ekonomi negara kelak.
1.2 Latar Belakang Masalah
Perdagangan dan keusahawanan adalah merupakan satu komponen mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang penting untuk pelajar - pelajar sekolah
menengah. Komponen perdagangan dan keusahawanan lebih merupakan mata
melajaran berasaskan teori sekiranya dibandingkan dengan komponen mata pelajaran
5
yang lain seperti yang terdapat dalam sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu.
Mengikut Laporan Jawatan Kuasa Kabinet yang membuat kajian tentang
pelaksanaan Dasar Pelajaran ( 1980 ), diantaranya menyebut dasar pelajaran
hendaklah melahirkan tenaga rakyat yang diperlukan oleh negara sama ada dalam
jangka pendek mahu pun jangka panjang.
Oleh yang demikian, kaedah atau gaya pengajaran dan faktor – faktor yang
mempengaruhi pembelajaran dalam kelas harus diambil perhatian sepenuhnya dan
tidak harus dipandang ringan. Ini kerana mata pelajaran Perdagangan dan
Keusahawanan merupakan mata pelajaran yang dapat membantu untuk mencapai
matlamat pendidikan negara.
Suasana dalam bilik darjah atau bengkel turut memainkan peranan penting
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini kerana aspek
persekitaran semasa pembelajaran juga boleh menyebabkan gangguan penumpuan
pelajar terhadap pembelajaran pada masa tersebut. Suasana persekitaran yang bising
dan lantai atau meja yang kotor serta berhabuk turut mengganggu kosentrasi proses
pengajaran dan pembelajaran.
Gaya pengajaran guru juga turut merupakan salah satu elemen yang
membolehkan seseorang pelajar tersebut juga merupakan membawa kepada suka
atau tidak suka terhadap mata pelajaran tersebut. Gaya pengajaran yang
membosankan akan menyebabkan pelajar cepat bosan berada dalam kelas semasa
pembelajaran dijalankan.
Faktor kurikulum sekolah yang terlalu padat turut memainkan peranan
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam kurikulum Kemahiran
Hidup Bersepadu, ia terdiri daripada mata pelajaran teknikal, ekonomi rumah tangga
dan juga sains pertanian serta perdagangan dan keusahawanan. Walau bagaimana
6
pun, proses pengajaran dan pembelajaran semestinya bermula dari kurikulum kerana
ia akan menyediakan rancangan pengajaran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran agar matlamat dan objektif pengajaran dapat dicapai. Oleh itu, sesuatu
kurikulum itu harus dilaksanakan walau pun ia adalah membebankankan atau pun
tidak kerana proses pengajaran dan pembelajaran bermula dari kurikulum yang telah
dirancang.
Selain daripada faktor – faktor tersebut, faktor peralatan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran juga turut diambil kira. Ini kerana peralatan atau bahan
– bahan yang digunakan semasa pembelajaran memberikan satu keberkesanan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui penggunaan peralatan dan bahan –
bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia dapat merangsang pelajar untuk
mengambil perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran pada masa itu. Kekurangan
masa untuk menyediakan peralatan atau bahan untuk proses pengajaran dan
pembelajaran turut mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah.
Oleh itu, satu perbandingan dilakukan mengenai faktor – faktor yang
mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran komponen
perdagangan dan keusahawanan di antara sekolah bandar dan luar bandar bagi
membezakan antara kedua – dua sekolah tersebut dan membantu para guru mengenal
pasti masalah yang di hadapi oleh para guru dalam menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran bagi mata pelajaran tersebut. Dengan ini, para pelajar akan dapat
mempelajari mata pelajaran perdagangan dan keusahawanan tersebut dengan baik
dan berkesan akibat penggunaan proses pengajaran dan pembelajaran dengan secara
berkesan kepada kedua – dua sekolah tersebut.
7
1.3 Pernyataan Masalah
Para pelajar merupakan aset yang paling berharga kepada negara dan
khususnya ibubapa. Hal ini kerana, mereka akan mewarisi kesinambungan negara
pada masa hadapan untuk meneraju negara supaya mampu setanding dengan negara
luar. Bidang perniagaan di negara ini merupakan tulang belakang ekonomi negara.
Oleh itu, amat menyedihkan sekiranya para pelajar tidak menghargai ilmu yang
mereka perolehi dalam mata pelajaran perdagangan dan keusahawanan. Kajian yang
dilakukan ini adalah untuk mengenal pasti perbandingan faktor – faktor yang
mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran
Hidup Komponen Perdagangan dan Keusahawanan antara sekolah di bandar dan luar
bandar.
1.4 Objektif Kajian
Secara keseluruhannya, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti
perbandingan faktor – faktor yang mempengaruhi proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup.Komponen Perdagangan dan
Keusahawanan antara sekolah bandar dan luar bandar.
Objektif kajian ini adalah untuk ;
a) Mengenal pasti faktor kurikulum yang boleh mempengaruhi
proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kemahiran
hidup komponen Perdagangan dan Keusahawanan antara
sekolah di bandar dan luar bandar.
b) Mengenal pasti faktor bahan bantu mengajar boleh
mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran kemahiran hidup komponen Perdagangan dan
Keusahawanan antara sekolah di bandar dan luar bandar.
8
c) Mengetahui gaya pengajaran guru mempengaruhi proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kemahiran hidup
komponen Perdagangan dan Keusahawanan antara sekolah di
bandar dan luar bandar.
d) Mengenal pasti faktor persekitaran bilik darjah boleh
mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran kemahiran hidup komponen Perdagangan dan
Keusahawanan antara sekolah di bandar dan luar bandar.
1.5 Hipotesis Kajian
Hipotesis kajian ini ialah:
Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara lokasi sekolah
dengan faktor kurikulum yang mempengaruhi proses
pengajaran dan pembelajaran komponen Perdagangan dan
Keusahawanan.
Ho2 Terdapat perbezaan yang signifikan antara lokasi sekolah dengan
faktor bahan bantu mengajar yang mempengaruhi proses pengajaran
dan pembelajaran komponen Perdagangan dan Keusahawanan.
Ho3 Terdapat perbezaan yang signifikan antara lokasi sekolah dengan
faktor gaya pengajaran guru yang mempengaruhi proses pengajaran
dan pembelajaran komponen Perdagangan dan Keusahawanan.
Ho4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara lokasi sekolah
dengan faktor persekitaran yang mempengaruhi proses pengajaran
dan pembelajaran komponen Perdagangan dan Keusahawanan.
9
1.6 Persoalan Kajian
Melalui pernyataan masalah tersebut, maka disini dijelaskan persoalan kajian
secara khusus iaitu :
a) Adakah faktor kurikulum mempengaruhi proses pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran kemahiran hidup komponen
Perdagangan dan Keusahawanan antara sekolah di bandar dan
luar bandar.
b) Adakah faktor bahan bantu mengajar mempengaruhi proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kemahiran hidup
komponen Perdagangan dan Keusahawanan antara sekolah di
bandar dan luar bandar.
c) Adakah gaya pengajaran guru mempengaruhi proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kemahiran hidup
komponen Perdagangan dan Keusahawanan antara sekolah di
bandar dan luar bandar.
d) Adakah faktor persekitaran bilik darjah mempengaruhi proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran kemahiran hidup
komponen Perdagangan dan Keusahawanan antara sekolah di
bandar dan luar bandar.