PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan...
Transcript of PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN AIR … filev ABSTRAK Air ialah bahan...
PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN
AIR MASAK TERHADAP PENGEKALAN KANDUNGAN AIR
DALAM BADAN SESEORANG ATLIT.
LAM SUI HENG
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL: PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO)DENGAN AIR MASAK TERHADAP PENGEKALAN KANDUNGANAIR DALAM BADAN SESEORANG ATLIT.
SESI PENGAJIAN: 2005/2006
Saya LAM SUI HENG(HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan diPerpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut;
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan (√)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:P. O. BOX 488, PN. HALIJAH BTE IBRAHIM96107 SARIKEI, Nama PenyeliaSARAWAK.
Tarikh: 18 APRIL 2006 Tarikh: 19 APRIL 2006
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perludikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secarapenyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)”.
Tandatangan : ...............................................
Nama Penyelia : Pn. Halijah bte Ibrahim
Tarikh : 19 April 2006
PERBANDINGAN DI ANTARA AIR REVERSE OSMOSIS (RO) DENGAN
AIR MASAK TERHADAP PENGEKALAN KANDUNGAN AIR
DALAM BADAN SESEORANG ATLIT.
LAM SUI HENG
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ..............................
Nama Penulis : Lam Sui Heng
Tarikh : 18 April 2006
iii
Untuk ayah dan ibu yang disayangiSegala jasa dan pengorbanan selama ini tidak pernah dilupakan
Terima kasih ayah dan ibu
iv
PENGHARGAAN
Selamat sejahtera, penulis bersyukur kerana dapat menyempurnakan Projek
Sarjana Muda (PSM) dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pertama kali, penulis
ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia tesis, Pn. Halijah bte Ibrahim
atas bimbingan, bantuan dan nasihat yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan tesis
ini.
Kerjasama daripada semua subjek yang terlibat dalam penyelidikan ini
amatlah dihargai. Sekalung perhargaan dan ribuan terima kasih ingin diucapkan.
Penghargaan juga ditunjukkan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
Diharap agar penyelidikan yang disiapkan ini dapat memberi manfaat kepada pihak
berkenaan.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Air ialah bahan perantara untuk melaksanakan semua tindakbalas biokimia
sel dan tisu dalam badan manusia. Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk membuat
perbandingan di antara air Reverse Osmosis (RO) dengan air masak terhadap
kandungan air dalam badan seseorang atlit. Seramai 6 orang lelaki dan 6 orang
perempuan yang berumur dalam lingkungan 23 hingga 25 tahun telah dipilih di
kalangan pelajar Universiti Teknolgi Malaysia,Skudai, Johor untuk dijadikan subjek
dalam kajian ini. Alat “bodynamics-body composition analyzer” digunakan untuk
mengukur kandungan air dalam badan subjek. Subjek diberikan air masak atau air
Reverse Osimosis (RO) secara rawak dalam 2 sesi ujian. Setiap subjek tidak
mengetahui jenis air yang diberikan ketika ujian dijalankan. Penganalisaan data
mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan t = 4.782, p< 0.001 di antara
air Reverse Osmosis (RO) dengan air masak terhadap kandungan air dalam badan
seseorang atlit.
vi
ABSTRACT
Water is one of the medium used to perform all the biochemical cell and
tissue reaction in human body. The purpose of conducting this research was to make
a comparison among Reverse Osmosis (RO) water with boiled water towards an
athlete body. Six boys and six girls around twenty three to twenty five years old were
selected among University Teknologi Malaysia students in Skudai, Johore to be the
sample of this research. Equipment called biodynamic-body composition analyzer
was used to measure the water content in the samples body. The samples were given
boiled water or Reverse Osmosis (RO) water randomly in two test session. Each
sample did not know what type of water was given to them when the test was carried
out. The data analyzer realized that there was a significant difference at t = 4.782,
p<0.001 among the Reverse Osmosis (RO) water with boiled water towards the
water content in an athlete.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
BORANG PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI SIMBOL xi
SENARAI LAMPIRAN xii
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Penyelidikan 7
1.5 Hipotesis Penyelidikan 7
1.6 Kepentingan Penyelidikan 8
1.7 Limitasi Kajian 9
1.8 Definisi Konsep 9
1.9 Penutup 10
viii
BAB II SOROTAN KAJIAN 11
2.1 Pengenalan 11
2.2 Kajian Berkiatan 12
2.3 Penutup 17
BAB III METODOLOGI 18
3.1 Pengenalan 18
3.2 Rekabentuk Kajian 19
3.3 Persampelan 20
3.4 Tempat Penyelidikan 20
3.5 Instrumen Kajian 21
3.6 Prosedur Kajian 22
3.7 Prosedur Ujian 24
3.8 Analisis Data 25
3.9 Penutup 26
BAB IV ANALISIS DATA 27
4.1 Pengenalan 27
4.2 Analisis Deskritif 28
4.3 Analisis Inferensi 32
4.4 Penutup 34
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN 35
5.1 Pengenalan 35
5.2 Perbincangan 36
5.3 Kesimpulan 37
5.4 Cadangan 38
5.5 Penutup 39
ix
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 40
LAMPIRAN 43
Lampiran A – E 43-47
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Prosedur ujian 24
4.1 Min ujian pertama 29
4.2 Min ujian kedua 29
4.3 Min air Reverse Osmosis (RO) dengan air masak
(Lelaki) 30
4.4 Min air Reverse Osmosis (RO) dengan air masak
(Perempuan) 31
4.5 Keputusan ujian T di antara air Reverse Osmosis (RO)
dengan air masak 32
xi
SENARAI SIMBOL
RO - Air Reverse Osmosis
p - Nilai signifikan
± - Sisihan piawai
kg - Kilogram
cm - Sentimeter
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Keputusan Ujian pertama dan ujian kedua 43
B Borang skor ujian 44
C Surat perjanjian 45
D Rekod kesihatan diri 46
E Gambar-gambar 47
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Air ialah bahan perantara bagi mengangkut nutrien, gas dan bahan kumuhan
serta untuk semua tindakbalas biokimia sel dan tisu dalam badan manusia. Air adalah
penting untuk mengekalkan isipadu darah yang secukupnya dengan berperanan di dalam
ke sistem kardiovaskular bagi meneruskan aktiviti. Penyejatan air dari kulit dan
penghembusan keluar air ke udara dari paru-paru adalah penting untuk pengawalaturan
suhu badan manusia. selain daripada itu, air juga bertindak sebagai pelincir dalam proses
pencernaan dan penyerapan.
Air merupakan komponen yang paling banyak di dalam badan manusia, iaitu 50
peratus daripada berat badan orang dewasa dan 70 peratus bagi bayi yang baru
dilahirkan. Dalam keadaan normal, sebanyak 3 liter air akan hilang daripada tubuh
badan seseorang dalam satu hari. Oleh itu, kita sering dinasihatkan supaya meminum air
yang banyak, iaitu lebih kurang 3 liter air (lebih kurang 10 cawan) setiap hari. Ini
bertujuan adalah untuk menggantikan air yang telah dikumuhkan. Pada masa yang sama,
kita juga kehilangan bahan elektrolit (mineral) seperti sodium, potassium dan kalsium
yang berfungsi menjaga keseimbangan cecair dalam badan. Dengan itu, air boleh
dikatakan sebagai satu sumber bekalan yang paling penting dalam tubuh badan kita.
2
Bagi individu yang aktif, kadar kehilangan air dan mineral dari badan adalah
lebih banyak. Seseorang ahli sukan akan kehilangan kandungan air yang lebih banyak
ketika beraktiviti jika dibandingkan dengan seseorang pelajar yang membuat ulangkaji
di rumah. Kehilangan air dalam badan perlu diganti dengan segera bagi mengelakkan
berlakunya dehidrasi (masalah kekurangan air). Adalah dijangkakan individu dewasa
boleh hidup sehingga 10 hari tanpa air manakala kanak-kanak hanya setakat 5 hari.
Sebaliknya, seseorang itu boleh hidup selama beberapa minggu tanpa makanan.
Keadaan kekurangan air yang berterusan juga boleh mengundang bahaya yang
tidak dijangka, seperti hipovolemik yang berlaku apabila jumlah darah yang dipam ke
organ berkurangan dan mengakibatkan oksigen yang sampai ke organ dan tisu badan
tidak mencukupi. Jika tidak diatasi segera, hipovolemik boleh menyebabkan kematian
dalam masa beberapa minit. Biasanya air yang hilang dari badan mengandungi garam
galian dan untuk menggantikannya, badan terpaksa menghasilkan bahan yang akan
menarik balik air ke dalam sel. Akibatnya, sel mungkin menyerap terlalu banyak air,
menjadi bengkak dan pecah. Keadaan ini bertukar menjadi masalah serius apabila
membabitkan sel-sel otak. Dengan itu, pengambilan air yang mencukupi bagi
menggantikan kehilangan air dalam badan kita adalah amat penting bagi mengelakkan
berlaku dehidrasi.
Pada individu sihat, pengambilan air dikawal oleh kehausan. Pusat kawalan
kehausan terletak di hipotalamus, berdekatan degan pusat yang mengatur hormon
antidiuretis (ADH). Rasa haus bertugas sebagai memberi isyarat supaya kita minum air.
Pengambilan air bermaksud air yang kita minum dan air yang terdapat dalam makanan
yang dimakan. Selain itu, air juga boleh diperolehi daripada pengoksidaan karbohidrat,
protein dan lemak. Kandungan air di dalam badan sentiasa dalam keadaan agak malar.
Jumlah air yang diambil setiap hari adalah lebih kurang sama dengan jumlah air yang
hilang.
Bagi orang dewasa yang masih muda, masalah kekurangan air mungkin tidak
mendatangkan banyak kesan sampingan, tetapi keadaannya berbeza bagi bayi, kanak-
3
kanak dan orang tua, khususnya jika menghidap penyakit seperti kencing manis. Justeru
inilah juga, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga jika bayi atau anak kecil
mengalami masalah muntah dan cirit birit. Pastikan air yang hilang dari badan diganti
segera untuk mengelakkan kemungkinan yang tidak diingini kerana kehilangan air
berlebihan boleh menyebabkan kematian. Semakin kita berusia, kebolehan badan untuk
mengekalkan kandungan air dalam badan menurun, deria mengesan dahaga juga
menjadi kurang peka dan kemampuan badan bertindak balas dengan perubahan cuaca
juga semakin rendah.
Bagi seorang atlit pula, biasanya mereka akan melakukan aktiviti yang lebih
banyak dan berterusan. Maka, pengambilan air yang mencukupi adalah amat penting
untuk menggantikan air yang hilang melalui badan bagi meneruskan aktiviti mereka.
Jika seorang atlit mengalami kehilangan air, pastinya akan mempengaruhi prestasi dan
pencapaian seseorang atlit. Dengan itu, pengambilan air yang mencukupi amat penting
bagi seorang atlit.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pengambilan air yang mencukupi bagi menggantikan kehilangan air dalam badan
kita adalah amat penting. Namun bagi sesetengah orang, mereka tidak akan mengambil
air yang mencukupi dengan alasan mereka akan kerap mengulang ke tandas dan ini
bukan perkara yang digemari. Selain itu, ada juga yang berpendapat badan mereka
menerima cukup bekalan air selepas dicampur kopi, teh, jus buah atau minuman
berkarbonat yang diambil sepanjang hari. Justeru, ramai beranggapan pengambilan air
masak dirasakan tidak perlu sebanyak disarankan.
Pelbagai jenis air minuman telah diberikan oleh jurulatih kepada atlit mereka
seperti air mineral, air masak, air kaborhidrat, air alkali dan sebagainya. Setiap jenis air
4
minuman ini telah memberikan kesan yang berbeza kepada atlit. Sebagai seorang atlit,
mereka haruslah mengambil air minuman yang sesuai bagi meningkatkan prestasi dan
pencapaian mereka dalam bidang sukan yang mereka ceburi (Lamb dan Murray, 1997).
Air alkali mengandungi sejumlah besar OH atau hidroksil. Ia adalah oksigen
terlarut. Ramai di antara kita yang keliru di antara oksigen termampat dengan oksigen
terlarut. Oksigen termampat adalah gas oksigen yang terkandung di dalam air.
Sementara oksigen terlarut ialah suatu bentuk OH yang bertukar dan secara lemah
terikat dengan suatu mineral alkali. Apabila OH dibawa ke dalam tahap sel, ia akan
bertukar kepada oksigen bebas dan dibekalkan terus kepada sel. Oksigen termampat di
dalam air biasa tidak praktikal kepada manusia mahupun ikan. Sel-sel dalam badan
manusia tidak boleh menyerap oksigen secara langsung daripada air melalui perut atau
intestin (Lamb dan Murray, 1997).
Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa hanya elektrolit natrium yang harus
ditambah ke dalam minuman yang diambil oleh seseorang semasa melakukan aktiviti
sukan. Natrium akan merangsangkan pengambilan air dan glukosa dalam usus kecil dan
akan membantu mengekalkan isipadu cecair ektrasel dalam badan. Kebanyakan
minuman ringan bergas mengandungi jumlah natrium yang amat sedikit (1-2 mmol.L1)
sedangkan minuman sukan biasanya mengandungi natrium sebanyak 10-25 mmol.L-1
(Lamb dan Murray, 1997).
Walaupun kandungan natrium yang tinggi mungkin merangsang penyerapan air,
tetapi ia cenderung menjadikan citarasa minuman tersebut tidak begitu sedap. Adalah
penting bahawa minuman yang diminum semasa atau selepas melakukan aktiviti sukan
perlu mengandungi citarasa yang sedap untuk merangsang pengambilan minuman. Oleh
itu, kebanyakan minuman sukan yang dihasilkan pada umumnya diformulasi untuk
mempastikan keseimbangan di antara dua matlamat iaitu keberkesanan dan cita rasa
(Saltin dan Costill, 1988).
Apabila jangka masa aktiviti sukan melebihi 3 hingga 4 jam, pengambilan
minuman bernatrium adalah amat sesuai bagi menjauhi daripada risiko hiponatraemia.
5
Natrium juga diperlukan dalam rehidrasi selepas melakukan aktiviti sukan, ini amat
penting khususnya apabila senaman itu perlu diulang dalam tempoh masa beberapa jam
(Saltin dan Costill, 1988).
Jika minuman yang diambil hanya mengandungi sedikit atau tiada natrium,
osmolaliti plasma akan menurun, penghasilan air kencing akan dirangsang dan
kebanyakan air yang diminum tidak dapat diserap dan disimpan dalam badan. Apabila
terdapat tempoh rehat yang lebih panjang antara satu sesi senaman dengan sesi senaman
yang lain, ia mungkin boleh menggantikan balik natrium dan elektrolit lain melalui
pemakanan tanpa makanan tambahan (Frizell, Lang, Lowance dan Lathan, 1986).
Terdapat satu penyelidikan yang sistematik mengenai perhubungan antara
kehilangan natrium di seluruh badan melalui peluh dan keberkesanan pemulihan
keseimbangan cecair dengan minuman yang mempunyai pelbagai kepekatan natrium.
Menurut Shirreffs dan Maughan (1998), pengambilan jumlah air yang mencukupi,
kemungkinan tidak dapat mengatasi dehidrasi seseorang. Minuman yang mengandungi
kepekatan natrium yang sama dengan peluh yang dikeluarkan adalah sesuai diambil oleh
seseorang atlit yang mengalami dehidrasi.
Kesimpulannya, pelbagai jenis air minuman telah dicadangkan oleh penyelidik
adalah sesuai diambil oleh atlit bagi meningkatkan prestasi mereka. Setiap penyelidik
telah memberikan pendapat-pendapat mereka masing-masing melalui kajian yang
dijalankan. Dengan itu, kajian yang berkaitan dengan pengambilan air minuman bagi
seseorang atlit haruslah diperkembangkan lagi.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Air Reverse Osmosis (RO) merupakan satu jenis air minuman yang
mengandungi kandungan oksigen yang lebih tinggi dan molekul yang lebih kecil jika
dibandingkan dengan air masak (Matrix Valley Holding, 2002).
Air yang mengandungi oksigen yang lebih banyak adalah penting untuk manusia.
Ini adalah kerana kandungan oksigen di dalam air yang diserap melalui sistem
pencernaan akan memberikan oksigen yang lebih kepada badan untuk meningkatkan
metabolisme dalam badan kita. Dengan air yang beroksigen, tahap penyerapan vitamin,
mineral dan nutrisi lainnya dalam badan akan menjadi lebih baik. Oksigen dalam air
juga dapat membantu kita meningkatkan fungsi otak sehingga boleh berfikir secara
terbuka dan waspada (Matrix Valley Holding, 2002).
Cara yang paling efektif untuk mendapatkan oksigen adalah dengan bernafas
melalui paru-paru. Bagaimanapun, oksigen juga dapat diserap melalui membran di usus
bersamaan dengan ion-ion, air, dan nutrisi-nutrisi lain yang berhubung langsung menuju
ke aliran darah. Sudah menjadi fakta umum jika kita memakan makanan kaya oksigen
seperti sayuran dan buah segar, juga jika meminum air yang beroksigen, meningkatkan
kadar oksigen dalam badan kita.
Beberapa penelitian termasuk yang dilakukan oleh Alonso (1992) yang
melibatkan atlit-atlit, menunjukkan bahawa dengan meminum air beroksigen akan
meningkatkan kadar oksigen di dalam badan dan terus meningkatkan prestasi
pencapaian seorang atlit serta memendekkan masa yang diambil untuk pulih dari
keletihan.
Sehubungan dengan itu, satu kajian mengenai perbandingan di antara air
Reverse Osmosis (RO) dengan air masak terhadap pengekalan kandungan air dalam
badan seseorang atlit telah dibuat. Tujuan adalah adalah untuk membandingkan samaada
air Reverse Osmosis (RO) atau air masak yang diambil dapat dikekalkan lebih baik di
dalam tubuh badan seseorang atlit.
7
1.4 Objektif Penyelidikan
Objektif penyelidikan ini dijalankan adalah bertujuan untuk:
1.4.1 Membandingkan pengaruh di antara air Reverse Osmosis (RO) dengan air masak
terhadap pengekalan kandungan air dalam badan seseorang atlit.
1.5 Hipotesis Penyelidikan
Berpandukan kepada penyataan masalah dan objektif penyelidikan ini, maka
hipotesis kajian adalah:
H0: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara air Reverse Osmosis
(RO) dengan air masak terhadap pengekalan kandungan air dalam badan
seseorang atlit
Ha : Terdapat perbezaan yang signifikan di antara air Reverse Osmosis (RO)
dengan air masak terhadap pengekalan kandungan air dalam badan
seseorang atlit.
8
1.6 Kepentingan Penyelidikan
Penyelidikan ini merupakan satu kajian berbentuk eksperimental. Ia adalah
bertujuan untuk melihat perbandingan di antara air Reverse Osmosis (RO) dengan air
masak terhadap pengekalan kandungan air dalam badan seseorang atlit.
Penyelidikan ini juga diharap dapat membantu para jurulatih berfikir secara
kreatif, inovatif dan berdaya bersaingan dengan dunia luar dalam bidang permakanan
sukan. Dengan jenis minuman yang sesuai, berharap dapat membantu seseorang atlit
meningkatkan prestasi mereka supaya mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi
lagi.
Walaupun ramai yang meragu bahawa samaada minuman air Reverse Osmosis
(RO) itu dapat membantu atlit-atlit sukan meningkat prestasi dan pencapaian mereka.
Sebenarnya, air Reverse Osmosis (RO) ini merupakan satu jenis minuman yang
mengandungi oksigen yang lebih dan molekul yang lebih kecil jika dibandingkan
dengan air masak (Matrix Valley Holding, 2002). Dengan molekul-molekul air yang
lebih kecil, sel-sel dalam badan kita adalah lebih senang melakukan proses penyerapan
terhadap kandungan air yang kita diminum. Kandungan oksigen yang terlarut air pula
akan membekalkan lebih banyak tenaga kepada badan seseorang atlit.
9
1.7 Limitasi Kajian
Pemakanan subjek yang diambilkan sebelum ujian haruslah dikawal oleh
pengkaji. Faktor ini sering mempengaruhi hasil kajian yang diperolehi. Ini adalah kerana,
makanan yang kita makan boleh dijadikan sebagai sumber kandungan air dalam tubuh
badan kita. Dengan itu, saya bercadang bahawa penyelidik haruslah memastikan subjek
tidak mengambil sebarang makanan dalam masa 3 jam sebelum ujian dijalankan.
1.8 Definisi Konsep
1.8.1 Air Reverve Osmosis (RO)
Satu jenis air minuman yang mengandungi oksigen yang lebih banyak
dan molekul air yang lebih kecil jika dibandingkan dengan air masak
(Matrix Valley Holding, 2002).
1.8.2 Air Masak
Air paip yang dididih sehingga suhu 100 C̊ dan disejukkan.
1.8.3 Treadmil
Mesin yang boleh diguna oleh atlit-atlit untuk menjalani latihan larian
mengikuti kemampuan masing-masing.
1.8.4 Biodynamics-Body Composition Analyzer
Mesin yang digunakan untuk menguji kandungan air dalam badan.
10
1.9 Penutup
Sepanjang Bab I telah membincangkan tentang latar belakang masalah,
pernyataan masalah, objektif penyelidikan, hipotesis penyelidikan, kepentingan
penyelidikan, limitasi kajian dan definisi konsep. Kesemua topik perbincangan tersebut
adalah menjurus kepada memperkenalkan kajian ini sebelum kajian diteruskan ke
bahagian yang lain.