Peraturan Pertandingan badminton.doc
-
Upload
mohd-khairuddin-yasin -
Category
Documents
-
view
236 -
download
0
description
Transcript of Peraturan Pertandingan badminton.doc
PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON PIALA KPD K/B
1. NAMA
1.1 Pertandingan dikenali sebagai Pertandingan Badminton Piala KPD
Kota Bharu.
2. PERATURAN AM
2.1 Pertandingan adalah dibuka kepada Pegawai, Anggota dan
kakitangan Awam IPD Kota Bharu.
2.2 Setiap pemain hanya boleh mendaftar (1) pasukan sahaja bersama (1)
pemain beregu.
2.3 Pertandingan Peringkat Awal akan dijalankan secara Kalah Mati
(KNOCK OUT).
2.4 Pemilihan lawan bagi setiap pasukan akan dibuat secara undian,
sebarang rayuan tidak akan dilayan untuk pengubahsuaian setelah
undian dibuat.
3. PENGURUSAN
Cawangan Latihan IPD Kota Bharu adalah sebagai Urusetia
pertandingan dan dibantu oleh cawangan-cawangan yang lain.
4. KUMPULAN
Kumpulan bagi setiap pasukan akan ditentukan melalui banyaknya
penyertaan yang dihantar.
5. KELAYAKAN PEMAIN
5.1 Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang memudaratkan.
Urusetia tidak menyediakan ambulan sepanjang pertandingan diadakan.
5.2 Pegawai, anggota dan kakitangan awam yang bertugas di balai-balai,
cawangan dan bahagian IPD Kota Bharu.
5.3 Diingatkan sekali lagi hanya (1) pendaftaran bagi setiap beregu.
Sekiranya terdapat pemain yang bermain dengan beregu yang lain,
kemenangan percuma akan diberi kepada pihak lawan.
5.4 Pegawai, anggota dan kakitangan awam yang pernah mewakili
kontinjen di dalam pertandingan badminton tidak dibenarkan
berpasangan dengan rakan yang sama. Pemeriksaan teliti.
6. PENYERTAAN
6.1 Yuran penyertaan sebanyak RM20.00 bagi setiap pendaftaran beregu.
6.2 Maklumat, syarat-syarat dan pendaftaran boleh dicapai di:
badminton.ipdkotabharu.gov.my
Facebook.com/badmintonkb
6.3 Undian pasukan dan bayaran yuran penyertaan akan
dimaklumkan melalui facebook, sila like untuk berita
terkini.
7. PENARIKAN DIRI & PENUKARAN
7.1. Penyertaan dianggap batal sekiranya tidak memenuhi syarat
dan tidak mejelaskan yuran penyertaan.
7.2. Penukaran / gantian pemain selepas undian tidak akan dibenarkan.
7.3. pemain dibenarkan membatalkan penyertaan pada bila-
bila masa sahaja walau bagaimanapun yuran penyertaan
tidak akan dikembalikan.
8. DISIPLIN
Para pemain dikehendaki menjaga disiplin sama di dalam pertandigan
sebagai provokasi dan makian adalah dilarang sama sekali. Tindakan
dibatalkan penyertaan akan dibuat sekiranya melanggar arahan ini.
9. SISTEM PERTANDINGAN
9.1 PERTANDINGAN AWAL (STATE OPEN)
9.1.1 Pertandingan Peringkat Awal akan dijalankan secara Kalah
Keluar (Knock Out),
9.1.2 Acara-acara yang akan dipertandingkan adalah seperti :-
Beregu Lelaki
11 UNDIAN DAN JADUAL PERTANDINGAN
11.1 Undian akan dibuat oleh Urusetia di suatu tarikh yang akan
dimaklumkan kelak.
11.3 Pemain akan bermain di dalam kumpulan masing-masing dan tahap
seterusnya tempat pertama dan kedua bagi setiap kumpulan akan
berjumpa dengan kumpulan yang lain secara bersilang.
11.3 Perjalanan pertandingan adalah keputusan urusetia sebarang
perubahan akan dimaklumkan kemudian melalui laman web atau
pun facebook.
12. MAKLUMAT TERKINISebarang berita dan keputusan pertandingan akan dipaparkan melalui :
1) Badminton.ipdkotabharu.gov.my
2) Facebook.com/badmintonkb