PERATURAN PERMAINAN CONGKAK

1
PERATURAN PERMAINAN CONGKAK 1. Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak 2. Terdapat lima atau tujuh lubang sebaris dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. 3. Permainan ini boleh dimainkan oleh 2 orang ataupun 4 orang. Jika 4 orang yang bermain seorang akan menjadi raja, seorang permaisuri dan dua orang ialah menteri. 4. Kawasan raja hanyalah tiga lubang tengah manakala permaisuri ialah tiga lubang tengah di hadapan kawasan raja. Manakala menteri-menteri pula mempunyai kawasan iaitu 4 lubang kiri dan kanan seseorang. 5. Raja akan memulakan permainan dengan mengambil buah congkak dalam satu lubang yang hanya terdapat dalam kawasannya sahaja. 6. Permainan diteruskan sehingga raja mendapat habuan iaitu buah congkak selepas satu lubang kosong. 7. Selepas itu permainan diteruskan oleh permaisuri dan dikuti dengan menteri-menteri. 8. Semasa bermain pemain boleh mengambil mata bonus apabila terdapat 4 buah congkak dalam kawasannya. Jika mata bonusnya tidak diambil maka orang lain boleh mengambil mata bonus tersebut apabila ia menjadi 5 buah congkak. 9. Permainan diteruskan mengikut urutan raja,permaisuri dan juga menteri-menteri sehingga tamat pusingan. 10. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula lubang congkak dengan buah congkak dan jika ada lubang congkak yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Lubang congkak ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

description

congkak

Transcript of PERATURAN PERMAINAN CONGKAK

Page 1: PERATURAN PERMAINAN CONGKAK

PERATURAN PERMAINAN CONGKAK

1. Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak

2. Terdapat lima atau tujuh lubang sebaris dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm.

3. Permainan ini boleh dimainkan oleh 2 orang ataupun 4 orang. Jika 4 orang yang bermain seorang akan menjadi raja, seorang permaisuri dan dua orang ialah menteri.

4. Kawasan raja hanyalah tiga lubang tengah manakala permaisuri ialah tiga lubang tengah di hadapan kawasan raja. Manakala menteri-menteri pula mempunyai kawasan iaitu 4 lubang kiri dan kanan seseorang.

5. Raja akan memulakan permainan dengan mengambil buah congkak dalam satu lubang yang hanya terdapat dalam kawasannya sahaja.

6. Permainan diteruskan sehingga raja mendapat habuan iaitu buah congkak selepas satu lubang kosong.

7. Selepas itu permainan diteruskan oleh permaisuri dan dikuti dengan menteri-menteri.

8. Semasa bermain pemain boleh mengambil mata bonus apabila terdapat 4 buah congkak dalam kawasannya. Jika mata bonusnya tidak diambil maka orang lain boleh mengambil mata bonus tersebut apabila ia menjadi 5 buah congkak.

9. Permainan diteruskan mengikut urutan raja,permaisuri dan juga menteri-menteri sehingga tamat pusingan.

10.Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula lubang congkak dengan buah congkak dan jika ada lubang congkak yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Lubang congkak ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.