Perang Jawa

12
Bincangkan faktor-faktor dan kesan Perang Jawa ( 1825-1830 ) o Perang Jawa berlaku di Jawa Tengah yang dipimpin oleh seorang putera diraja Jogjakarta bernama Dipo Negoro. o Sebelum berlakunya Perang Jawa, Pulau Jawa pernah satu ketika dahulu dijajah oleh Inggeris. Raffles telah dilantik sebagai Laftenan Gabenor Inggeris di Pulau Jawa. o Raffles telah membentuk Dewan Penasihat untuk membantu pentadbirannya yang ahli-ahlinya terdiri daripada pegawai- pegawai Belanda dan Inggeris. Banyak perubahan yang telah dibuat oleh Raffles dari segi politik, ekonomi dan social. o Semasa Perang Napoleon antara Perancis dengan Belanda di Eropah berlaku, Belanda telah menandatangani surat-surat Kew dengan Inggeris. Menurut surat-surat kew tersebut, Belanda telah menyerahkah semua tanah jajahannya di Timur kepada Inggeris. o Apabila Perang Napoleon tamat, seperti yang terdapat dalam surat-surat Kew, semua tanah jajahan Belanda di Timur termasuk Pulau Jawa dikembalikan kepada Belanda. o Raja William iaitu raja Belanda ketika itu telah melantik tiga orang Pesuruhjaya Jeneral di Pulau Jawa untuk menyusun semula system politik,ekonomi dan social. Dua daripada tiga orang Pesuruhjaya tersebut telah kembali ke Belanda sementara seorang lagi iaitu Baron Van der Capellan meneruskan tugasnya sebagai Gebenor Jeneral India.

description

m

Transcript of Perang Jawa

Page 1: Perang Jawa

Bincangkan faktor-faktor dan kesan  Perang Jawa ( 1825-1830 )

o Perang Jawa berlaku di Jawa Tengah yang dipimpin oleh seorang putera diraja Jogjakarta

bernama Dipo Negoro.

o Sebelum berlakunya Perang Jawa, Pulau Jawa pernah satu ketika dahulu dijajah oleh

Inggeris. Raffles telah dilantik sebagai Laftenan Gabenor Inggeris di Pulau Jawa.

o Raffles telah membentuk Dewan Penasihat untuk membantu pentadbirannya yang ahli-

ahlinya terdiri daripada pegawai-pegawai Belanda dan Inggeris. Banyak perubahan yang

telah dibuat oleh Raffles dari segi politik, ekonomi dan social.

o Semasa Perang Napoleon antara Perancis dengan Belanda di Eropah berlaku, Belanda

telah menandatangani surat-surat Kew dengan Inggeris. Menurut surat-surat kew tersebut,

Belanda telah menyerahkah semua tanah jajahannya di Timur kepada Inggeris.

o Apabila Perang Napoleon tamat, seperti yang terdapat dalam surat-surat Kew, semua

tanah jajahan Belanda di Timur termasuk Pulau Jawa dikembalikan kepada Belanda.

o Raja William iaitu raja Belanda ketika itu telah melantik tiga orang Pesuruhjaya Jeneral di

Pulau Jawa untuk menyusun semula system politik,ekonomi dan social. Dua daripada tiga

orang Pesuruhjaya tersebut telah kembali ke Belanda sementara seorang lagi iaitu Baron

Van der Capellan meneruskan tugasnya sebagai Gebenor Jeneral India.

o Untuk memulihkan imej Belanda dan mengatasi masalah hutang Belanda, Capellan telah

mengadakan pelbagai pembaharuan tetapi malangnya usaha beliau mendapat tentangan

penduduk tempatan dan akhirnya mencetuskan peperangan yang dikenali sebagai Perang

Jawa atau Perang Diponegoro.

o  Perang ini melibatkan golongan bangsawan dan para petani yg tdk puas hati dgn

pentadbiran Belanda di Pulau Jawa.

o Bagi rakyat Pulau Jawa Dipo Negoro dianggap sebagai seorang wira negara dan

menggelarkannya sebagai Ratu Adil atau Ratu Pembebas yg membebaskan Jawa drp

ketidakadilan Belanda

o Tektik yang digunakan ialah tektik gerila untuk menentang pasukan tentera Belanda yang

terlatih.

Page 2: Perang Jawa

o Tektik ini digunakan kerana bersesuaian dgn pasukan Dipo Negoro yg kurang lengkap

dan tidak mempunyai senjata yang cukup.

o Perang Jawa meletus akibat daripada faktor-faktor ekonomi, politik, agama atau sosial.

Faktor Ekonomi :

o Sistem kontrak sewa tanah telah lama dipraktikkan antara tuan tanah Indonesia dengan

org-org Eropah dan Cina.

o Menurut sistem ini, penyewa akan membayar wang pendahuluan kepada tuan tanah dan

mereka ini diberikan hak bukan sahaja menggunakan tanah tetapi juga diberi hak

menguasai petani-petani.

o Keadaan ini menyebabkan petani diperas sementara tuan-tuan tanah mendapat banyak

faedah daripada sistem ini.

o Apabila Van Der Capellan menjadi gabenor, beliau tlh membatalkan kontrak sewa tanah

o Keadaan ini sudah tentulah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan bangsawan

dan para petani terutamanya di daerah Jogjakarta dan Surakarta.

o Langkah ini sebenarnya tlh menyebabkan kehilangan sumber pendapatan di kalangan

bangsawan sementara para penyewa pula tlh menuntut balik bayaran pendahuluan yg

diberikan kepada tuan-tuan tanah.

o Tuan-tuan tanah pula telah membelanjakan kesemua wang tersebut dan menghadapi

masalah membayar balik. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati dgn pembatalan kontrak

sewa tanah

o Sebagai langkah terakhir tuan tanah terpaksa mengerah para petani bekerja keras utk

mendapatkan hasil yang lebih untuk menjelaskan hutang kepada penyewa tanah.

o Langkah ini sebenarnya menyebabkan para petani tidak mempunyai masa untuk

mengusahakan tanaman mereka sendiri. Keadaan ini menyebabkan petani tidak puas hati

dgn dasar baru Belanda ini.

o  Para petani juga tidak puas hati kerana dikenakan cukai yang tinggi. Contohnya di Kediri

terdapat 35 jenis cukai antaranya cukai tanah, cukai sempadan,cukai garam serta cukai

membawa bayi.

Page 3: Perang Jawa

o Para petani semakin marah apabila cukai ini dipajakkan kepda org Cina kerana mereka tlh

mengenakan cukai yg tinggi daripada yg ditetapkan oleh kerajaan.

o Perasaan anti Cina semakin memuncak apabila org Cina mengenakan kadar faedah yg

tinggi ke atas pinjaman-pinjaman kerana pada masa itu org Cina menjadi peminjam wang

dan org tangah dalam urusan perniagaan.

o Petani-petani juga dipaksa menjual hasil tanaman mereka pada harga yang rendah kepada

kerajaan Belanda.

Faktor Politik :

o Faktor ini berkaitan dgn kepimpinan Dipo Negoro dalam perkara perebutan takhta.

o Dipo Negoro atau Pangeran Anta Wiria adalah putera sulung Sultan Hamengkubuwono

III yg memerintah Jogjakarta (1810-1814).

o Apabila kemangkatan ayahandanya, beliau tidak dilantik sebagai sultan sebaliknya

adiknya Djarot yg berketurunan gahara ditabalkan menjadi raja oleh Raffles yg

memerintah Jawa pada masa itu.

o Raffles berjaya mententeramkan keadaan dgn memujuk dan menjanjikan takhta selepas

kemangkatan Djarot.

o Pada tahun 1822 Djarot mangkat. Pada masa itu Jawa diperintah oleh kerajaan Belanda di

bawah Gabenor Baron Van der Cappelan.

o Jika pada perjanjian yg dibuat Raffles, maka Dipo Negoro dilantik menjadi sultan tetapi

sebaliknya, Baron Van der Cappelen tlh melantik anak Djarot yg berusia dua tahun

sebagai raja.

o Dipo Negoro sgt marah kerana sudah dua kali beliau diturunkan drp takhta serta

keengganan Belanda menunaikan janji Raffles.

o Perasaan dendam Dipo Negoro terhadap Belanda bukan sahaja soal takhta malah juga

soal pembatalan kontrak sewa tanah.

Page 4: Perang Jawa

Faktor Sosial :

o Dipo Negoro adalah seorg yg alim dalam soal agama Islam. Ketokohannya sebagai

pemimpin agama Islam tidak diakui Belanda sungguhpun beliau disanjung tinggi sebagai

pemimpin agama oleh masyarakat tempatan.

o Menurut kepercayaan tradisional org Jawa, Dipo Negoro boleh dianggap sebagai Ratu

Adil yg akan membela nasib dan menyelamatkan mereka daripada segala penindasan dan

cengkaman penjajah.

o Dalam suasana genting itu, Dipo Negoro berasa terhina apabila kerajaan Belanda berkeras

ingin membina jalan raya di Jogjakarta melalui perkuburan moyangnya. Beliau bukan

sahaja berasa terhina malah berpendapat tindakan Belanda sebagai penghinaan terhadap

keluarga dan juga mencabul kesucian Islam.

o Pada tahun 1825, apabila Belanda membuat keputusan membina jalan raya tersebut, Dipo

Negoro mengistiharkan perang Jihad terhadap Belanda. Masyarakat tempatan di

Jogjakarta tlh memberi sokongan kpd Dipo Negoro. Beliau disertai Sentot dan Mangku

Bumi.

Kesan-kesan Perang Jawa

Dari Segi Sosial :

o Peperangan ini tlh mengorbankan 200 000 org Jawa sementara bagi pihak Belanda pula

seramai 7000 org askar Indonesia dan 8000 org Belanda terkorban.

o Peperangan ini juga menyebabkan berlakunya wabak penyakit dan kebuluran terutamanya

di Jogjakarta dan Surakarta kerana banyak kawasan pertanian musnah.

Dari Segi Ekonomi :

o Perang ini menyebabkan Belanda kerugian 20 juta Guilder. Belanda tlh meminjam wang

ini dari negara-negara lain. Dalam masa yg sama Belanda juga menghadapi

pemberontakan di Belgium menentang pemerintahan Belanda.

o Ini menyebabkan Belanda hampir muflis dan mengambil langkah berjimat cermat dlm

pentadbiran serta kurangkan bilangan residensi di Jawa.

Page 5: Perang Jawa

o Bagi memulihkan keadaan kewangan Belanda telah menghantar Gabenor Jeneral yang

baru di Jawa iaitu Johannes Van der Borsh. Beliau tlh memperkenalkan sistem tanaman

paksa bagi mengatasi masalah kewangan.

Dari Segi Politik :

Belanda mengambil langkah merampas beberapa wilayah di Pulau Jawa bagi melemahkan

kekuatan kerajaan tempatan utk menentang Belanda. Antara wilayah tersebut ialah Banjumas,

Bagalen,Madium dan Kediri.

Sultan-sultan tlh diberi ganti rugi bagi mengelakkan rasa tidak puas hati.

Kuasa pemerintah tempatan juga dikurangkan . Susunan pangkat dalam istana Jogjakarta dan

Surakarta diperbaiki dan diletak dibawah pengawasan Belanda.

Perang besar di dunia tidak hanya terjadi di daratan Eropa saja sobat.

Pada abad 19, berlangsung perang di jawa, antara 1825 hingga 1830. Untuk menumpas perang

ini, sampai-sampai kas Pemerintah Hindia Belanda terkuras habis. Perang jawa merupakan

pertempuran yang terjadi antara pasukan Beland di bawah pimpinan Jendral De Kockmelawan

penduduk pribumi yang dipimpin seorang pangeranYogyakarta bernama Diponegoro.

Pangeran Diponegoro adalah putra Sultan Hamengkubuwono III dari selir Raden Ayu

Mengkarawati-putri Bupati Pacitan. Semenjak kecil, diasuh oleh neneknya, Ratu

Ageng di Tegalrejo. Konflik Pangeran Diponegoro dengan 

Pemerintah Hindia Belanda bermula pada Mei 1825, saat pemerintah kolonial berencana

membangun jalan untuk melancarkan ssarana transportasi dan militer di Yogyakarta.

Page 6: Perang Jawa

Pembangunan tersebut akan menggusur banyak lahan, termasuk tanah milik keluarga besar

Pangeran Diponegoro di Tegalrejo, di tanah leluhur tersebut terdapat makam nenek moyang

Pangeran Diponegoro. Untuk menyelesaikan masalah tanah itu, sebenarnya Residen

Belanda, A.H.Smisaert mengundang Pangeran Diponegoro untuk menemuinya. Namun

undangan itu ditolak mentah-mentah olehnya.

Pemerintah Hindia Belanda kemudian melakukan pematokan di daerah yang dibuat jalan.

Pematokan sepihak tersebut membuat Pangeran Diponegoro geram, lalu memerintahkan orang-

orangnya untuk mencabuti patok-patok itu. Melihat kelakuan Pangeran Diponegoro, Belanda

mempunyai alasan untuk menangkap Diponegoro dan melakukan tindakan. Tentara meriam pun

didatangkan ke kediaman Diponegoro di Tegalrejo. Pada tanggal 20 Juli 1825 perang Tegalrejo

dikepung oleh serdadu Belanda.

Akibat serangan meriam, Pangeran Diponegoro besrta keluarganya terpaksa mengungsi karena ia

belum mempersiapkan perang. Mereka pergi menyelamatkan diri menuju ke barat hingga ke

Desa Dekso di Kabupaten Kulonprogo, lalu meneruskan kearah selatan sampai ke Goa

Selarong. Goa yang terletak di Dusun Kentolan Lor, Guwosari Pajangan Bantul ini, kemudian

dijadikan sebagai basis pasukan.

Kemudian, Pangeran Diponegoro menghimpun kekuatan. Ia mendapat banyak dukugan dari

beberapa bangsawan Yogyakarta dan Jawa Tengah yang kecewa dengan Sultan maupun

Belanda. Salah satu bangsawan pengikut Diponegoro adalah Sentot Prawirodirjo seorang

panglima muda yang tangguh di medan tempur.

Awalnya pertempyran dilakukan terbuka dengan pengerahan pasukan-pasukan infantri, kavaleri,

dan artileri oleh Belanda. Pihak Diponegoropun menanggapi dan berlangsunglahpertempuran

sengit di kedua belah pihak. Medan pertempuran terjadi di puluhan kota dan di desa di seluruh

Jawa. Jalur-jalur logistik juga dibangun dari satu wilayah ke wilayah lain untuk menyokong

keperluan perang.  Belanda menyiapkan puluhan kilang mesiu yang dibangun di hutan-hutan dan

dasar jurang. Mesiu dan peluru terus diproduksi saat peperangan berlangsung. Selain itu Belanda

juga mengarahkan mata-mata utuk mencari informasi guna menyusunn setrategi perang.

Page 7: Perang Jawa

 

Johannes Van Den Bosch

 

Selanjutnya Diponegoro beserta pengikutnya mengunakan strategi gerilya, yakni dengan cara

berpencar, berpindah tempat lalu menyerang selagi musuh lengah. Setrategi ini sangat

merepotkan tentara Belanda. Belum lagi Pangeran Diponegoro mendapat dukungan rakyat.

Awlanya sendiri peperangan banyak terjadi di daerah barat kraton Yogyakarta

seperti Kulonprogo, Bagelen, dan Lowano (Perbatasan Purworejo-Magelang). Perlawanan lalu

berlanjut kedaerah lain: Gunung kidul, Madiun, Magetan, Kediri, dan sekitar Semarang.

Serangan-serangan besar dari pendukung Diponegoro biasanya dilakukan pada bulan-bulan

penghujan karena hujan tropis yang deras membuat gerakan pasukan Belanda terhambat. Selain

itu, penyakit malaria dan disentri turut melemahkan moral dan fisik pasukan Belanda.

 

Peritiwa penangkapan Pangeran Diponegoro oleh Nicolaas Pieneman

 

Page 8: Perang Jawa

Belanda kewalahan menhadapi perlawanan Diponegoro. Hingga akhirnya pada tahun 1827

pemerintah Hindia Belanda menerapkan setrategi jitu untuk mematahkan perlawanan gerilya ini.

Belanda menerapakan setrategi Benteng Stelsel, benteng-benteng pertahanan dibangun dan

dijaga terus-menerus setelah tentara Belanda berhasil menguasai daerah yang ditingalkan

pasukan Diponegoro. Akibat Benteng Stelsel tersebut Pasukan Diponegorosemakin terjepit.

Akhirnya pada tahun 1829, Kiai Maja, pimpinan sepiritual pemberontakan berhasil ditangkap.

Kemudian panglima pernagnya satu-persatu menyerahkan diri termasuk Sentot Prawirodirjo.

Diponegoro sendiri akhirnya tertangkap di Magelang pada 25 Maret 1830. Penyergapan

diponegoro terjadi saatia menerima tawaran perundingan dari Jendral De Kock. Rampung

perundingan , diponegoro langsung diciduk lalu dibuang ke Sulawesi penangkapan ini menjadi

akhir peranng jawa.

Namun bagi pemerintah belanda perang melawan Pangeran Diponegara merupakan pertempuran

terberat selama menjajah nusantara. Dalam peranga ini banyak jatuh korban berjatuhan baik dari

pihak Belanda maupun pribumi. Dokumen-dokumen Belanda menyebutkan ada sekitar 200.000

jiwa rakyat yang terrenggut. Sementara itu ada 8000-an serdadu belanda  tewas. Dari cerita

diatas sudah selayaknya kita bersyukur, dan mengisi kemerdekaan ini dengan pembanguna

bangsa !

Sumber:

 D.H, Astrid dan Faisal A. Nadif. 2011. Sejarah Perang-Perang Besar Didunia.Yogyakarta: Fmilia.