Peranan Sekolah Dalam Menjayakan Aspirasi PPPM

download Peranan Sekolah Dalam Menjayakan Aspirasi PPPM

of 18

Transcript of Peranan Sekolah Dalam Menjayakan Aspirasi PPPM

Peranan Sekolah Dalam Menjayakan Aspirasi PPPM

Seperti yang digariskan dalam Model Ekonomi Baru RMKe-10, negara kita berusaha untuk berubah daripada negara berpendapatan pertengahan ke arah negara berpendapatan tinggi. Perubahan ini perlu digerakkan oleh mereka yang berbakat, khususnya pemimpin dan pekerja yang berpengetahuan disamping input lain seperti tenaga kerja dan modal. Dalam keadaan persaingan pada peringkat global negara kita memerlukan warganegara yang berbakat, kompetatif dan sistem pendidikan yang berdaya saing.

Justeru itu kerajaan menerusi KPM telah merangka suatu tranformasi dalam sistem pendidikan bagi membolehkan aspirasi negara ke arah negara berpendapatan tinggi dapat direalisasikan. Aspirasi untuk menjayakan tranformasi sistem pendidikan terdiri daripada dua aspek, iaitu aspirasi keseluruhan sistem pendidikan dan aspirasi setiap murid.

ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN

Terdapat lima hasil yang ingin dicapai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, iaitu; akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Lima aspirasii ini muncul daripada laporan pendidikan yang pernah dikeluarkan sebelum ini tetapi kandungannya masih relevan iaitu Laporan Razak (1956), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) dan PIPP (2006-2010).

Sekolah adalah barisan hadapan dan peringkat operasi dalam melaksanakan tanggungjawab memastikan lima aspirasi sistem pendidikan dapat dicapai.

1. Akses Kepada Kejayaan

Sekolah mempunyai peranan untuk memastikan setiap murid di sekolah mendapat akses yang sama kepada pendidikan berkualiti, tanpa mengira taraf ekonomi, kaum atau latar belakang murid bagi membolehkan murid mencapai potensi masing-masing.

Prinsip pendidikan untuk semua, perlu dijadikan asas dalam memastikanakses dan enrolmen setiap lapisan murid dari peringkat prasekolah ke peringkat sekolah menengah dapat dipenuhi. Bagi tujuan ini pihak sekolah perlu memberi komitmen demi memastikan tiada murid yang tercicir dan semua murid memenuhi standard minimum iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral pada akhir tingkatan 5.

Tujuannya adalah untuk meletakkan negara kita setanding dengan negara maju yang lain di samping meningkatkan peratusan murid melanjutkan pelajaran pada peringkat universiti, kolej, politeknik, vokasional dan program latihan kemahiran yang berstruktur.

2. Kualiti Standard Antarabangsa Yang Tinggi.

Aspirasi kedua ini melibatkan peranan sekolah dalam meastikan setiap sekolah memberikan proses pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid setanding dengan negara maju yang lain mengikut standard antarabangsa. Langkah ini termasuklah standard untuk bidang Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta kemahiran berfikir aras tinggi.

KPM misalnya telah mensasarkan agar negara berada dalam kelompok sepertiga teratas dari segi prestasi dalam TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) dan PISA (Programme For International Student Assessment) dalam tempoh 15 tahun.

Oleh itu komitmen guru dan masyarakat yang mendukung sekolah yang tinggi amatlah diharapkan. Pelaksanaan i-THINK dan Frog VLE perlulah dilaksanakan secara seriuskerana ia adalah kerangka asas yangdapat memenuhi keperluan proses pembelajaran dan pengajaran berkualiti tinggi.

3. Ekuiti Untuk Semua Murid

Sekolah perlumemastikansistem pendidikan yangdilaksanakan berada pada tahapyang terbaik kepada setiap murid tanpa mengira etnik, tempat atau latar belakang sosioekonomi. Sekolah perlu meberi peluang kepada setiap murid supaya jurang yang ada dalam kalangan mereka dapat dirapatkan.

Sekolah bertanggungjawab untuk memastikan setiap murid yang mempunyai pelbagai latarbelakang dan sosioekonomi di sekolah mendapat hak dan ekuiti yang sama terhadap kemudahan dalam menyokong pembelajaran dan pembangunan sahsiah mereka.

Program Pendidikan Khas, Kelas Rancanagan Khas dan Program Kawalan yang terdapat disekolah perlulah diurus dengan berkesan bagi membolehkan murid dibangunkan mengikut kebolehan dan potensi masing-masing.

4. Memupuk Perpaduan Dalam Kalangan Murid

Sejak merdeka aspirasi negara yang utama ialah mewujudkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum yang ada. Sesebuah negara yang menghargai kepelbagaian dan mengutamakan keterangkuman sosial yang unik akan mempamirkan perpaduan yang lebih kuat. Kajian yang dilakukan oleh OECD pula menunjukkan bahawa perpaduan yang kuat mempunyai kaita yang rapat dengan rakyat yang sihat, masyarakat yang selamat dan kadar guna tenaga yang tinggi.

Murid menghabiskan masa lebih seperempat daripada mereka di sekolah semasa mereka berusia 7 hingga 17 tahun, maka sekolah merupakan medan yang subur untuk pemupukan semangat perpaduan. Oleh itu sekolah perlu mewujudkan interaksi dalam kalangan murid-murid agar mereka belajar saling memahami, menerima dan menghargai kepelbagaian.

Gerak kerja kokurikulum perlu dioptimumkan dandasar 1 murid 1 sukan perlu dimantapkan agar penerapan nilai dan pengalaman dapat diterapkan ke arah pembinaan identiti nasional yang seterusnya memupuk perpaduan.

5. Pelaksanaan Berkecekapan Tinggi

Aspirasi pendidikan nasional yang kelima ialahelemen kecekapan. Kerajaan menerusi bajet tahunan telah memperuntukan perbelanjaan besar kepada sektor pendidikan (16%), yang secara jelas menunjukkan komitmen tinggi kerajaan terhadap pendidikan. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guru-guru dan warga pendidikan di sekolah untuk memastikan pulangan dalam bentuk keberhasilan murid dimaksimumkan untuk setiap ringgit yang dibelanjakan.

Pelaksanaan program pendidikan perlu dibuat secara lebih bertanggungjawab dan menggunakan sumber yang ada secara cekap, berkesan dan memberi impak yang maksimum.

http://pibgsmala.blogspot.my/2014/07/enam-aspirasi-murid-lima-aspirasi.htmlPERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN PPPM1.0PengenalanProfesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era baharu . Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai penyampai ilmu . Berbanding sistem pendidikan kini , guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan . Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif , kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan dengan kehendak pelajar sebagai knowledge worker dalam era revolusi maklumat abaf ke 21 .Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan profesionalismenya ialah kunci kepada peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir , 2001 ) . Kualiti yang dimaksudkan merujuk kepada kualiti proses dan yang lebih penting ialah kualiti produk (output) . Dengan ini , sumber manusia ( modal insane ) perlu dibangunkan secara bersepadu melalui latihan latihan bagi memastikan setiap individu dapat mengembangkan potensi ke tahap yang optimum . Program program pembangunan professional sudah tentu dapat mengupayakan guru demi meningkatkan kualiti pendidikan negara .Perkataan keguruan diamabil daripada perkataan dasarnya iaitu guru . Menurut Kamus Dewan , guru bermaksud pengajar , pendidik atau pengasuh manakala perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru dan peranan ( tugas dan kelayakan ) sebagai guru . Sesuatu profesion yang sebenar adalah suatu bidang yang mempunyai ciri ciri seperti kepentingan kemahiran intelek , latihan iktisas yang mencukupi , khidmat yang diperlukan oleh masyarakat . Menikmati autonomi individu dan kumpulan , mementingkan mutu perkhidmatan , mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod setia dan mempunyai organiasasi tersendiri untuk menguruskan soal soal yang berkaitan dengan pendidikan ( Lieberman 1956 ) .

Menurut Kamus Dewan profesion adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas . Berdasarkan ciri ciri profesion , Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep professionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu , bersikap jujur , dedikasi , berakauntabiliti dan bermoral tinggi , mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organiasasinya .Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju ke hadapan . Perubahan perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan bertujuan memenuhi kehendak negara . Merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan . Setiap perubahan dan transformasi kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion perguruan oleh itu , adalah mustahak bagi setiap indidvidu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan , kelebihan prestasi dan keterampilan dari semasa ke semasa agar dapat bertanding dalam era perkembangan teknologi pesat . Jika hal ini wujud , barulah tuntutan tuntutan dalam transformasi kurikulum itu dapat ditangani . Walaubagaimanapun , sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan keguruan sebagai satru profesion bergantung pada tanggapan masyarakat . Adalah peranan guru semakin hilang kewiwabawaannya kerana masyarakat telah mengalihkan pandangan pada kerjanya diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor , peguam dan arkitek .Dalam konteks ini , pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha dengan bersungguh sungguh untuk menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai . Hal ini termasuklah dalam teras Pelan Pembangunan Pendidikan Malysia ( PPPM ) 2013 2025 iaitu memartabatkan profesion keguruan antara agenda utamanya selain daripada kemenjadian murid . Para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek profesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kehendak teras PPPM .

2.0Isu Guru dan Analisis : ( Peranan Guru Dalam Merealisasikan PPPM ) .Pada Oktober 2011 , Kementerian Pendidikan telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu . Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula system pendidikan berdasarkan standard pendidikan anatarabangsa yang kian meningkat , peningkatan aspirasi negara dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke 21 .Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian , Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO , Bank Dunia , OECD , dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam . Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah , guru , ibu bapa , orang ramai dan murid di seluruh negara . Dokumen awal Pelan Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras anatarabangsa . Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan . Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan starategik dan potensi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan .Perubahan atau penambaikan sisitem pendidikan dilakukan dari semasa ke semasa . Pihak yang berkenan berbuat demikian adalah atas alasan bahawa perubahan tersebut penting untuk rakyat dan negara . Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013 2025 oleh Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada bulan September 2013 yang lalu adalah antara perubahan terkini dalam sistem pendidikan kita .

Antara perkara penting dalam PPPM adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri utama , seperti yang berikut , iaitu :pengetahuan (murid yang berpengetahuan).kemahiran berfikir (murid yang mahir berfikir) .kemahiran memimpin (murid yang dapat menjadi pemimpin) .kemahiran dwibahasa (murid yang menguasai sekurang kurangnya 2 bahasa) .etika dan kerohanian (murid yang berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani yang tinggi) .identiti nasional (murid yang mempunyai indentiti kebangsaan).Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri utama seperti yang digariskan , guru merupakan tonggak utama kearah mencapai hasrat tersebut . Gurulah yang berperanan memastikan muridnya berpengetahuan , mempunyai kemahiran berfikir , berkeupayaan memimpin , menguasai dwibahasa , mempunyai etika dan kerohanian yang kukuh , serta murid yang beridentiti nasional . Hasrat yang disasarkan oleh pihak kerajaan itu sangat sempurna sifatnya jika generasi yang lahir dalam era PPPM 2013 2025 dapat dibentuk dan dididik seperti yang dirancang . Oleh hal yang demikian , guru perlulah melengkapan diri dan bersedia melakukan perubahan agar berupaya melhirkan kesemua hasrat tersebut . Penguasaan ilmu pengetahuan bagi setiap guru amatlah penting dalam menjayakan hasrat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) seperti yang dituntut oleh PPPM .Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan alat berfikir dan mengeluarkan banyak dana seperti i Think perlu dimanfaatkan secara serius . Hal ini demikian kerana , untuk melahirkan murid yang mempunyai KBAT , guru juga perlu melakukan anjakan paradigma , sebagai contoh pelajaran secara berpusatkan guru serta pembelajaran berorentasikan peperiksaan tidak lagi diamalkan . Sehubungan dengan itu , setiap murid perlu menguasai pelbagai kognitif termasuk dapat menyelesaikan masalah dan mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif . Usaha untuk melahirkan murid yang mahir berfikir turut dilakukan di sekolah , khususnya melalui P & P . Dalam proses tersbut , murid didedahkan pelbagai jenis soalan , termasuklah yang memerlukan daya pemikiran yang kritis dan kreatif .Dalam era transformasi pendidikan , guru hendaklah menghasilkan murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid dalam semua aspek JERIS bagu mencapai pendidikan bertaraf anatarabangsa . Menurut Mok Soon Sang ( 2007 ) , Profesor Syed Muhammad al Alatas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyaburan serta semangat kepada jiwa manusia . Hal ini menunjukkan ilmu merangkum semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia . Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca , berfikir , memerhati , berkarya , terlibat dalam sumbangan , dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baharu (Ragbir Kour 2007 ) . Dalam P & P , guru akan memindahkan ilmu yang baik , meninggikan adab murid , serta memberi tunjuk ajar ke arah kebenaran sebagai pengamal ilmu .Untuk melahirkan murid yang berpengetahuan , khususnya untuk meastikan kanak kanak mengusai kemahiran literasi dan numerasi , guru mampu memainkan peranan . Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran masing masing untuk mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti P & P dalam membimbing murid agar menguasai kedua dua kemahiran tersebut . Walaupun begitu , usaha untuk menggalakkan murid menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang agak mencabar .Hal ini dikatakan demikian sebagai keperluan harian hasrat tersebut murid perlu menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian mereka . Kegagalan pihak sekolah dan ketiadaaan sokongan yang berkesan daripada pihak lain untuk membimbing murid agar meningkatkan amalam membaca tidak memungkinkan murid yang berpengetahuan dapat dilahirkan . Bilangan murid yang gemar membaca , masih kurang memuaskan . Antara puncanya budaya membaca ini tidak diamalkan oleh orang dewasa terutama sekali ibu bapa di rumah . Bagi guru yang kurang membaca pula , mereka kurang cenderung untuk menasihati murid agar membaca . Jika guru yang berkenaan berbuat demikian , keberkesannya tidak seberapa kerana guru tersebut tidak dapat menghayati kenikmatan membaca .

Oleh itu peranan guru sebagai pembentuk tingkah lakulah yang dapat membentuk tingkah laku dari yang negatif kepada positif , iaitu dari tidak suka membaca kepada tabiat gemar membaca . Menurut pandangan Islam , orang yang menajdi guru diberi Allah kelebihan berganda . Hadis Nabi Muhammad(SAW) bermaksud Bahawa orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan kepada orang lain dan perkataan mengajar itu amat terpuji . Menurut Al Ghazali pula dari perspektif Islam , tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan . Tingkah laku normal atau tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi . Sebarang pembentukan tingkah laku murid haruslah diuruskan oleh guru supaya murid yang dihasilkan mempunyai tingkah laku yang terpuji dan dapat diterima umum .Menurut Lewis M . Beaker ( 2001 ) , tingkah laku adalah sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak , secara sedar atau separa sedar . Carl Rogers ( 1999 ) , menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan . Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berintetaksi dan bertindak dengan lebih yakin .Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai . Dr . Ragbir Kaur ( 2005 ) , setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas , pembelajaran yang sihat dan produktif .Guru perlu berusaha membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan . Kegagalaan menguruskan tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius . Tingkah laku yang tidak diuruskan dengan baik akan memeberi kesan kepada proses P & P yang akhirnya akan menyebabkan prestasi akademik murid merosot .

Asas penting dalam pembentukkan tingkah laku murid adalah membina hubungan yang positif anatara guru dan murid di dalam sekolah atau bilik darjah . Hubungan yang dibina adalah berlandaskan perasaan guru murid terutama di dalam pendidikan sekolah rendah . Untuk memupuk hubungan kasih sayang dan tepat kepada murid murid . Dalam masa yang sama guru juga boleh terima pujian daripada muridnya . Melalui cara ini tingkah laku murid dapat dibentuk dengan lebih berkesan .Jadi untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid murid , guru hendaklah merancang strategi dan kaedah yang dapat menarik minat murid seperti program memberi butang berwarna mengikut bilangan buku dibaca , atau memberikan hadiah buku kepada murid semasa hari lahir mereka . Guru juga harus menjadi amalan membaca sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan murid dapat menikmati faedah membaca . PPPM juga mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai keupayaan untuk memimpin. Matlamat ini tidak mudah dicapai kerana tidak banyak program berkesan untuk melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan. Pelajar yang dianggap bertanggungjawab dan mempunyai pencapaian akademik yang agak baik akan dilantik sebagai pengawas sekolah. Segelintir yang lain akan dilantik sebagai pengawas pusat sumber , ketua kelas, pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan atau kelab. Perancangan khusus untuk membimbing murid agar menjadi pemimpin yang berkualiti sehingga kini masih belum jelas. Program untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti tidak dipinggirkan, tetapi hanya dijadikan program sampingan. Oleh sebab itulah ibu bapa dan murid beranggapan bahawa program bukan akademik kurang penting,maka sokongan dan sambutan murid terhadap program sedemikian kurang menggalakkan. Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak keseluruhan seseorang murid. Seorang guru yang berkesan akan memastikan bahawa muridnya menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah atau cabaran yang mungkin dihadapi dalam kehidupannya. Oleh itu, guru perlulah berperanan sebagai pembimbing, bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa untuk membimbing murid kea rah kehidupan berkualiti dan sihat. Guru boleh berperanan sebagai mentor di mana peranannya merupakan kombinasi malatih, menyokong, memberikan bimbingan dan maklum balas yang membina untuk malatih dan membentuk diri murid-murid sebagai secara langsung dan tidak langsung semasa di sekolah sama ada semasa aktiviti P&P di dalam kelas atau semasa aktiviti ko-kurikulum yang diadakan. Peranan guru tidak terbatas sebagai seorang pengajar semata-mata melaksanakan tugas mereka berdasarkan skop kurikulum dan arahan pihak pengurusan sekolah. Sebagai pendidik , guru juga pembimbing dan mendidik pelajar menjadi insan yang sihat , positif dan dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat. PPPM juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu bahasa. Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang banyak kepada seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam pelbagai bahasa, golongan ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan seterusnya meningkatkan imej diri. Di sekolah , dua bahasa yang seharusnya dikuasai oleh murid ialah bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris , iaitu bahasa antarabangsa. Tidak dinafikan bahawa guru memainkan peranan untuk mendidik murid agar menguasai kedua-dua bahasa tersebut. Namun begitu, walaupun sudah 57 tahun Malaysia mencapai kemardekaannya, namun masih terdapat murid bukan Melayu yang tidak dapat berbicara dalam bahasa kebangsaan dengan fasih apabila diajukan soalan dalam bahasa Melayu.Bagi pelajar di negeri-negeri tertentu seperti Kedah dan Kelantan, masih tidak memisahkan diri mereka dengan dialek, masalah kemahiran berbahasa akan timbul.Bagi sesetengah sekolah pula, dialek turut digunakan oleh pihak sekolah ketika melaksanakan P&P dan juga semasa perhimpunan rasmi sekolah, dengan alasan memudahkan murid-murid memahami mesejnya. Kelemahan murid untuk menguasai bahasa Inggeris pula berkait rapat dengan persekitaran murid yang jarang terdedah pada bahasa antarabangsa itu. Jika masalah ini tidak diberikan perhatian, sudah pasti ciri pelajar yang dimatlamatkan oleh PPPM tidak dapat direalisasikan.

Maka di sinilah peranan guru sebagai pengamal reflektif harus sentiasa mempersoalkan amalan dirinya dan tidak hanya bertindak atas tabiat atau mengikut arahan semata-mata. Refleksi membolehkan peramalnya menilai, memahami dan belajar daripada pengalaman. Guru hendaklah membuat refleksi terhadap sesuatu yang dikaitkan dengan aktiviti pengajarannya. Sesuatu disini bolehlah dikaitkan demgam kelemahan murid menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Oleh itu, guru yang reflektif akan merancang dan bertindak dengan penuh kesedaran berasaskan teori dan prinsip P&P. Amalan ini boleh diperkembangkan dengan bertanyakan diri soalan-soalan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas mengajar dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran kemahiran dalam profesion keguruan. Mengikut Schon (1987), apabila peristiwa atau pengalaman di luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir secara sedar semasa menghadapi permasalahan tersebut telah melakukan refleksi semasa tindakan. Apabila seseorang merenung kembali tindakannya, membauat analisa tentang peristiwa lepas dan merancang tindakan susulan, individu tersebut telah mengamalkan refleksi ke atas tindakan. Daripada amalan merefleksi, guru dapat membuat penyelidikan untuk mengatasi masalah yang telah dikenal pasti semasa membuat refleksi. Contoh , permasalahan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris murid-murid. Guru sebagai penyelidik boleh mengkaji secara sistematik isu amalan bilik darjah, membuat inkuiri untuk menghasilkan teori dan kefahaman baharu berkaitan permasalahan yang dihadapi. Dapatan kajian bolehlah dikongsikan dengan guru-guru lain di samping membina hubungan dengan rakan taulan dalam usaha mencari amalan terbaik P&P. Peranan guru sebagai penyelidik membenarkannya mengkaji sesuatu peristiwa secara saintifik, membuat analisa berdasarkan bukti empirical dan data yang sahih seterusnya membantu guru membuat keputusan yang bijak dan berkesan mengikut teori-teori dan prinsip P&P. Oleh itu, guru dan dengan kerjasama rakan-rakan sekerja dan panatia, dapat membuat penyelidikan untuk membuat kajian tindakan terhadap isu masalah penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid. Diharap dengan adanya kajian tindakan yang dilakukan maka dapatlah sesuatu tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini. PPPM turut mencatatkan bahawa system pendidikan akan menyediakan pengalaman kepada kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran apabila dewasa dengan keupayaan menyelesaikan konflik, bijak membuat pertimbangan, berpegang pada prinsip ketika berada dalam situasi kritikal dan berani melakukan sesuatu yang betul. Selain itu, usaha untuk melahirkan murid yang penyayang dan dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan komuniti dan negara turut diberikan penekanan. Bagaimanakah golongan guru dapat memainkan peranan bagi mencapai hasrat tersebut ? Antara usaha untuk menzahirkan pelajar seperti yang dihasratkan itu adalah melalui penyerapan nilai murni sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Selain dilakukan melalui P&P di bilik darjah, penyerapan nilai murni turut dilakukan ketika melaksanakan aktiviti persatuan atau kelab dan juga melalui aktiviti yang lain. Perkara ini bukanlah perkara baharu kerana penyerapan kasih saying, keberanian, tanggungjawab, saling membantu, patriotik dan lain-lain sudah dilakukan sejak dahulu. Walaupun begitu, usaha yang dilakukan guru di sekolah kadangkala kurang menampakkan kesan positifnya memandangkan masih terdapat pelajar yang tidak memiliki ciri seperti yang dimaksudkan itu. Usaha penyerapan nilai murni ini tidak harus dilakukan bermusim, sebagai contoh, murid-murid dan guru-guru bersemangat patriotik bila berada di bulan sambutan kemerdekaan sahaja. Tetapi bila tempoh sambutan berakhir,seolah-olah ia hanya sekadar sambutan Hari Kemerdekaan sahaja. Semangat patriotik bukan sahaja melalui kibaran bendera dan pemakaian baju sahaja malah sepatutnya berterusan dan tersemadi di dalam jiwa dan nurani setiap rakyat Malaysia. Maka guru sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membentuk individu yang mampu, bersosialisasi dan memiliki kecedasan emosi yang tinggi agar dapat menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan kelak. Guru yang memahami peresaan diri dan orang lain mempunyai kawalan diri dan motivasi diri akan mempamerkan sifat empati serta mampu membantu pelajar membentuk emosi yang sihat. Guru juga dapat membentuk diri murid dengan konsep kendiri positif serta membina keyakinan diri untuk mencapai potensi mereka.

3.0Rumusan :Kesimpulannya, kegagalan melahirkan lebih banyak murid yang memenuhi enam ciri seperti yang dinyatakan dalam artikel ini tidak harus dipertanggungjawabkan kepada pihak guru semata-mata. Persekitaran tempat tinggal murid-murid tidak kurang pentingnya dalam mempengaruhi jati diri murid-murid. Murid yang tinggal dalam keluarga yang mementingkan ilmu, mengamalkan nilai murni dalam aktiviti harian dan memperlihatkan nilai patriotik secara tidak langsung mempengaruhi murid untuk mencontohi ahli keluarga mereka. Demikian juga halnya dengan rakan sebaya dan masyarakat setempat. Sekiranya murid sering bergaul dengan rakan-rakan yang biasa berkomunikasi dalam dwibahasa, sudah pasti murid berkenaan akan turut sama berbahasa dwibahasa.

Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab guru adalah berat dalam usaha membentuk generasi negara masa depan yang mampu menangani segala perubahan dan tuntutan masa. Maka iltizam, semangat dan sikap yang positif sahaja yang mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan peranan yang cukup berkesan. Kepelbagaian tugas, tanggungjawab inilah member cabaran pada guru bagi meningkatkan segala kualiti, sifat mahupun akauntabiliti kepada bidang profesionalisme ini agar ia terus dipandang megah oleh masyarakat dan dapat mendukung hasrat negara menaikkan mutu pendidikan negara setaraf antarabangsa. Tegasnya, peranan guru di sekolah amat penting dalam melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan oleh PPPM. Namun begitu, keberkesanannya juga bergantung pada pihak lain.

Cadangkan cara-cara memupuk integrasi etnik di Sekolah1.0 PendahuluanSistem pendidikan yang ada di sesebuah negara boleh menjadi salah satu cara memupuk integrasi dan mewujudkan perpaduan di antara etnik. Sebagaimana yang kita tahu sekolah ialah sebuah organisasi berbentuk pendidikan yag mana kebanyakannya semua kaum atau etnik berada dalam satu bumbung yang sama. Dari situlah pelbagai kaum atau etnik dapat mempelajari nilai-nilai murni sesuatu kaum dan sterusnya menghayati proses sosialisasi secara mudah. Dengan cara tersebut bolehlah mereka mewujudkan perpaduan sebagaimana yang diharapkan oleh sekolah, masyarakat dan bangsa.Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari ini bagi mengwujudkan integrasi di antara etnik. Walaupun banyak kemajuan dapat dilihat dalam hubungan antara etnik pada hari ini , tetapi masih banyak yang perlu dilakukan bagi memantapkan proses integrasi ini. Cabaran-cabaran dan masalah yang timbul, menunjukkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah perlu dikemaskini dan dimantapkan lagi. Perlu ada dasar atau rancangan yang lebih konkrit bagi mencapai objektif integrasi antara etnik di sekolah. Ia hendaklah bukan sekadar di kulit luaran tetapi isinya.Pada hari ini tidak dinafikan menerusi sistem dua aliran yang ada, integrasi antara etnik di sekolah telah mencapai banyak kemajuan. Walaubagaimana pun masih banyak yang perlu dilakukan lagi bagi memantapkan lagi proses integrasi antara etnik di sekolah. Proses integrasi yang berlaku pada masa ini kadangkala menghadapi pelbagai masalah yang timbul. Ini jika tidak diatasi boleh melambatkan proses integrasi di sekolah. Oleh pelbagai rancangan dan dasar haruslah difikir dan dikaji bagi menjadikan sekolah sebagai pusat integrasi antara etnik yang terbaik.2.0 Definisi Integrasi dan EtnikEtnik atau etnos dalam bahasa asal Greek membawa makna kumpulan manusia atau bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka mempunyai keturunan dari segi sejarah, negara asal, bahasa, tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Mengikut kamus Dewan pula, etnik merujuk kepada sesuatu kaum atau masyarakat majmuk yang mempunyai kelompok, yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama.Mengikut Sufean Hussein (1996) integrasi bermaksud menyatukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri. Mengikut Khalid Yaakub (1982) pula, integrasi pula merupakan proses menyatupadukan secara budaya dan sosial kelompok-kelompok sosial yang berbeza-beza kepada satu unit yang mempunyai identiti yang umum dan tersendiri. Mengikut Mohd Salleh Lebar (1998), integrasi yang diterima atau yang biasa dikehendaki ramai adalah satu proses yang cuba menyatupadukan masyarakat majmuk atau pelbagai kaum dan mewujudkan pula pembentukkan kebudayaan kebangsaan atau nasional yang tersendiri dikalangan mereka.3.0 Cara-cara memupuk integrasi etnik di sekolah3.1 Memantapkan lagi perlaksanaan Dasar Pelajaran KebangsaanDi Malaysia, pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan antara etnik di sekolah. Antaranya menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menggunakan sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa penghantar yang sama. Sebagai contoh dalam matapelajaran Pendidikan Islam dan Moral pendekatan yang lebih baik digunakan agar pelajar dapat memahami tentang keperluan moral, sosial, agama dan kepercayaan kepada tuhan serta menjadi warga negara yang baik. Pelajar-pelajar juga sering bergaul antara pelbagai etnik secara lebih dekat semasa diadakan kegiatan ko-kurikulum, kerja luar dan juga semasa belajar dalam kelas. Dengan cara kegiatan tersebut agak mudah untuk guru memupuk semangat bekerjasama antara etnik dan saling faham dan memahami antara satu dengan lain.Sebahagian daripada dasar dan tindakan strategik ini telah dilaksanakan dengan berkesan walaupun belum sepenuhnya. Misalnya dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, sekurang-kurangnya telah mewujudkan generasi dari pelbagai etnik yang lebih komunikatif antara satu sama lain dan lebih saling memahami. Walau bagaimana di waktu ini cabaran terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan antara etnik kadangkala dapat dilihat jelas. Walaupun Dasar Pendidikan Kebangsaan membenar sekolah dua aliran tetapi kita hendaklah memastikan matlamat penggunaan bahasa Melayu di semua sebagai alat integrasi tercapai.Sementara itu dalam Rancangan Malaysia Pertama, Kedua dan Ketiga, kerajaan terus memperkuatkan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan negara. Sebagai contoh dalam Rancangan Malaysia Ketiga penekanan utama dalam proses integrasi ialah dengan penggunaa bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar utama, pembentukan keperibadian, pembahagian sumber-sumber negara dengan lebih saksama dan penyatuan sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak melalui sistem pendidikan kebangsaan pada akhir tahun 1960-an.. Oleh itu pembaharuan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang bertujuan untuk menggantikan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kurikulum yang sedia ada dengan unsur-unsur yang lebih mantap bagi memupuk integrasi antara etnik perlu disegerakan. Ini kerana Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah teras bagi sistem persekolahan di negara kita. Dasar-dasar yang tidak sesuai daengan kehendak semasa haruslah digantikan bagi memastikan integrasi di peringkat sekolah dapat dilaksanakan dengana baik.3.2 Menjadikan sekolah sebagai alat perpaduanSistem persekolahan sekarang yang memisahkan pelajar mengikut bahasa penghantar dan perbezaan kumpulan etnik tidak dapat memainkan peranannya yang berkesan untuk memupuk perpaduan dan persefahaman dikalangan pelajar. Usaha-usaha yang gigih harus diambil untuk mengatasi segala bentuk pengasingan dan pemisahan yang sengaja diadakan.Satu sistem persekolah yang sama patut diperkenalkan dengan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar untuk membentuk satu generasi baru yang mempunyai keperibadian Malaysia. Di samping itu, hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Perubahan ini hendaklah dilakukan secara saksama dan adil. Perubahan-perubahan ini juga harus didasarkan di atas keinsafan bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan genarasi muda negara ini adalah mengatasi segala kepentingan-kepentingan lain.Pendidikan juga dapat memupuk integrasi etnik di sekolah dengan penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya. Bahasa Melayu pelu diperkayakan sebagai bahasa ilmu yang lengkap. Usaha ini bukan saja meletakkan taraf bahasa Melayu di tempat sewajarnya, tetapi dapat membantu merapatkan hubungan antara etnik di sekolah dengan penggunaan satu bahasa. Bahasa Melayu sebagai alat untuk berinteraksi dapat mewujudkan semangat kekitaan di kalangan pelajar yang berbilang etnik.Sekolah juga harus bertujuan menggalakkan pelajar-pelajar supaya boleh berfikir dan berani mengeluarkan pendapat. Pelajar-pelajar yang berlainan etnik perlu didedahkan kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. Melalui ko-kurikulum pula pelajar-pelajar dari semua kumpulan etnik hendaklaha digalakkan bercampur gaul dan memceburkan diri dalam menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah. Dengan ini sekolah akan melahirkan rakyat Malaysia bersatupadu dan mempunyai semangat kemalaysiaan yang kuat walaupun berlainan etnik.3.4 Pendemokrasian PendidikanPendemokrasian pendidikan juga dapat memupuk integrasi antara etnik Pendemokrasian Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar. Samada di bandar atau luar bandar rekabentuk sekolah-sekolah yang dibina adalah sama. Di samping itu alat-alat yang dibekalkan seperti kerusi, meja, almari adalah seragam di semua sekolah. Dengan ini tidak timbul perbezaan antara sekolah samada yang digunakan oleh etnik Melayu, Cina, India atau Bumiputera Sarawak dan Sabah.Pelajar-pelajar dari pelbagai etnik tidak disekat untuk untuk bersekolah di mana-mana sekolah di negara kita. Mereka boleh memilih sekolah pilihan masiang-masing. Sekolah-sekolah yang berbeza aliran juga mendapat kemudahan-kemudahan yang sama. Walaupun mereka menggunakan bahasa penghantar yang berlainan tetapi sukatan, buku teks, jadual waktu dan peperiksaan diselaraskan secara berpusat.Hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaaan kumpulan etnik masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Perubahan ini haendaklah dilakukan secara saksama dan adil. Perubahan-perubahan ini harus didasrkan di atas keinsafan bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan pelajar mengatasi kepentingan lain. Dengan ini pendemokrasian Pendidikan dapat memupuk proses integrasi antara etnik.3.5 Perlaksanaan Sekolah WawasanPerlaksanaan Sekolah Wawasan merupakan antara cadangan bagi memupuk integrasi antara etnik di Malaysia. Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Di bawah konep ini, dua atau tiga sekolah rendah berlainan sekolah akan mempunyai bangunan yang bersambung antara satu sama lain. Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan atau integrasi diantara murid yang berlainan etnik dan agama. Ia juga untuk melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang tinggi dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti.Sekolah Wawasan ini tidak langsung mengubah sistem pembelajaran yang asal kerana tiap-tiap sekolah mempunyai nama yang tersendiri disamping urusan pentadbiran dan penguruasan kewangan yang dikendalikan oleh sekolah masing-masing. Sekolah Wawasan akan membolehkan pelajar-pelajar yang berlainan etnik menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang. Satu jawatankuasa penyelaras yang terdiri daripada guru yang diwakili dari setiap sekolah akan diwujudkan untuk menyelenggarakan segala hal seperti pengurusan kebersihan, keceriaan dan keselamatan. Konsep Sekolah Wawasan ini diharap dapat merapatkan hubungan pelajar dari pelbagai etnik walaupun berlainan aliran persekolahan Sebagai negara yang pesat membangun, Malaysia telah mengalami pelbagai perubahan dalam semua aspek keperluan negara, khususnya dalam bidang politik, sosial dan ekonomi. Namun, keutuhan Malaysia mengekalkan konsep pemajmukan pelbagai etnik, jika tidak diimbangi dengan betul akan mewujudkan pertentangan kaum. Konsep Sekolah Wawasan yang kini dipraktikkan adalah satu usaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang bersifat cintakan negara. Jika kerangka konsep sekolah dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat negara.Pada hari ini masih wujud lagi sekolah yang berasaskan kaum iaitu sekolah Cina dan Tamil. Sekolah Wawasan boleh dicernakan sebagai pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama. Penggabungan sekolah-sekolah yang berasaskan etnik ini dalam satu kawasan yang sama, akan menemukan pelajar yang pelbagai etnik secara kerap dan ini mewujudkan integrasi etnik dengan cepat.3.6 Perlaksanan Sekolah satu aliranSistem Sekolah satu aliran merupakan satu lagi alternatif bagi memupuk integrasi di antara etnik di sekolah. Sistem sekolah satu aliran ialah sistem yang menggunakan satu bahasa penghantar saja di sekolah-sekolah. Dalam konteks Malaysia, bahasa penghantar adalah bahasa Melayu. Pada waktu ini, di negara kita terdapat tiga aliran sistem persekolahan iaitu sekolah kebangsaan iaitu berbahasa penghantar bahasa Melayu, sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Masalah yang timbul di sini ialah kurangnya interaksi diantara pelbagai etnik yang menggunakan pelbagai sistem ini. Ini menyebabkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah berjalan agak perlahan dan lambat.Menerusi sistem sekolah satu aliran, tidak akan menimbulkan masalah penghapusan bahasa ibunda lain-lain etnik.Alternatifnya ialah bahasa Cina dan Tamil perlu dijadikan subjek wajib bagi pelajar berkenaan dan subjek pilihan kepada pelajar Melayu atau sesiapa saja dari lain-lain etnik yang berminat. Melalui cara ini, disamping boleh bergaul secara meluas antara mereka, mereka juga boleh memahami budaya etnik atau kaum lain.Jika ini dapat dipraktikkan masalah hubungan antara etnik yang lambat dapat diatasi dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling faham-memahami. Kita dapat menyaksikan, keterasingan sekolah rendah ini telah menanam semangat perkauman atau etnik pelajar sekolah rendah dari awal lagi. Fenomena ini akan menular pula di peringkat sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi.Menerusi sistem sekolah satu aliran ini, semangat perkauman atau etnik akan dapat dihapuskan sejak peringkat sekolah rendah lagi. Pergaulan di antara pelbagai etnik yang berlainan membuatkan mereka lebih mengenali antara satu sama lain dan dapat bertolak ansur jika timbul sesuatu masalah. Hal ini perlu diberi perhatian segera demi mewujudkan proses integrasi yang jitu antara pelbagai etnik demi masa depan negara yang makmur dan harmoni.4.0 PenutupDasar yang dimainkan oleh pendidikan amatlah penting dalam proses integrasi dan pembangunan sesebuah negara. Dengan perkembangan ekonomi yang cepat menyebabkan keadaan mobiliti masyarakat terus berubah . Dalam masa yang sama, kita harus terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Bidang pendidikan merupakan bidang terpenting bagi menjadi alat perpaduan antara etnik. Hanya menerusi pendidikan saja, rakyat malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan dari sejak kecil hinggalah dewasa. Oleh itu segala dasar dalam pendidikan yang dapat memupuk integrasi antara kaum haruslah disokong sepenuhnya oleh setiap rakyat malaysia.Sesuai dengan perubahan masa, pelbagai dasar yang telah diwujud sejak dari kita merdeka hinggalah sekarang perlulah sering disemak bagi memastikan setiap dasar yang di rancang dapat melaksanakan proses integrasi antara etnik di sekolah dengan berkesan.Sekolah merupakan unit yang terpenting dalam sistem pendidikan kita bagi mewujudkan integrasi di antara etnik. Kegagalan proses integrasi di sekolah, khasnya di peringkat rendah akan menyebabkan juga gagalnya proses integrasi peringkat menengah dan seterusnya universiti. Ini seterusnya akan menghasilkan masyarakat Malaysia bukan saja berlainan etnik tetapi tidak bersatupadu dan berlainan kefahaman.Oleh itu pelbagai cara harus digunakan bagi memupuk integrasi antara etnik di sekolah. Cadangan-cadangan yang diutarakan seperti konsep Sekolah Wawasan atau Sekolah Satu aliran harus difikirkan bagi mewujudkan integrasi antara etnik. Sekolah adalah tempat bermula segalanya dan ia harus dijaga dengan baik dan sempurna. Sekolah juga harus relevan dengan kehendak semasa yang sentiasa berubah. Tetapi walaupun perubahan yang berlaku, sekolah sebagai pusat integrasi etnik terpenting jangan sesekali hilang upayanya. Ini adalah supaya rakyat Malaysia yang berbilang etnik atau kaum dapat hidup bersatupadu, harmonis dan berjiwa Malaysia.Senarai RujukanAmir Hasan Dawi, 1999, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum Books, Tanjung Malim.Hussein Hj. Ahmad, 1993, Pendidikan dan Masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Mohd Salleh Lebar, 1998, Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan, Thinkers Library Sdn. Bhd, SelangorSanusi Osman, 1989, Ikatan Etnik dan Kelas di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.Sufean Hussin, 1996, Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.Kamus Dewan, Edisi ketiga, 1996Dewan Masyarakat, Oktober 2000, m/s 14-25Dewan Masyarakat , Januari 2001, m/s 50-51Massa, 14-20 April 2001, m/s 62-63.Dewan Masyarakat, Jun 2001, m/s 44-45.Massa, 29 Dis- 4 Jan 2002, m/s 12-13