Peranan Muzik Dan Kanak

6
Peranan muzik dan kanak-kanak prasekolah Posted by hubby honey | 7:04 AM Prasekolah 0 comments Muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti menyanyi bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah. Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak- kanak. Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak. Menurut Dr. Lihanna Borhan, pensyarah perkembangan kanak-kanak di Universiti Malaya, kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan. Semasa usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi daripada irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut. Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa. Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa : 1. Muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak disleksia 2. Meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada 3. Mempunyai faedahkognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan 4. Keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama. 5. Peningkatan celik huruf, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf. 6. Berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baikdan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental. 7. Merangsang keyakinan dan harga diri anak anda. ia menjadi faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak. Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran. Menyanyi, bermain dan menarilah bersama murid prasekolah anda. Kerana tiada pembelajaran yang lengkap tanpa ibu bapa dan guru. Petikan: Rencana ini disumbangkan oleh Mead Johnson Nutritionals dan merupakan sebahagian daripada empat rencana merangkumi Smart Music (Bijak Muzik), Smart Language (Bijak Bahasa), Smart Play (Bijak Permainan), dan Smart Nutrition (Bijak Nutrisi).

Transcript of Peranan Muzik Dan Kanak

Page 1: Peranan Muzik Dan Kanak

Peranan muzik dan kanak-kanak prasekolahPosted by hubby honey | 7:04 AM

Prasekolah0 comments

Muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti menyanyi bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah. Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak.

Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak. Menurut Dr. Lihanna Borhan, pensyarah perkembangan kanak-kanak di Universiti Malaya, kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan.

Semasa usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi daripada irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut. Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa.

Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa :

1. Muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak disleksia2. Meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan

nada3. Mempunyai faedahkognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan4. Keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk

matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama.

5. Peningkatan celik huruf, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf.

6. Berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baikdan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental.

7. Merangsang keyakinan dan harga diri anak anda. ia menjadi faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak.

Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran. Menyanyi, bermain dan menarilah bersama murid prasekolah anda. Kerana tiada pembelajaran yang lengkap tanpa ibu bapa dan guru.

Petikan: Rencana ini disumbangkan oleh Mead Johnson Nutritionals dan merupakan sebahagian daripada empat rencana merangkumi Smart Music (Bijak Muzik), Smart Language (Bijak Bahasa), Smart Play (Bijak Permainan), dan Smart Nutrition (Bijak Nutrisi).

Page 2: Peranan Muzik Dan Kanak

PENGENALAN

Secara fizikalnya, bayi berkembang pada umur 2 tahun pertama. Bayi berkembang pada berat dan tinggi. Perubahan pada kemahiran motor juga berlaku dengan cepat. Ini dapat dibandingkan dengan kanak-kanak yang berusia lebih dari 2 tahun.

Kadar pertumbuhan atau perkembangan bagi anak-kanak berbeza. Perbezaan dapat dilihat pada kanak-kanak kurang 2 tahun dan kanak-kanak yang sudah melebihi 2 tahun. Ibu bapa mesti sedar perubahan dan perkembangan fizikal pada anak-anak mereka. perkembangan ini dapat dilihat dengan jelas dan ia juga menandakan tahap kesihatan kanak-kanak itu.

Posted by kumpulan 6 at 7:49 AM 0 comments

WEDNESDAY, JANUARY 31, 2007

PERKEMBANGAN BAYI

Bayi atau anak adalah anugerah yang tidak ternilai dalam sebuah kehidupan berumah tangga. Tugas seterusnya adalah merangsang perkembangan intelek (koginitf), emosi dan psikomotornya supaya bayi anda menjadi bayi yang genius.

Page 3: Peranan Muzik Dan Kanak

BAYI BARU LAHIR HINGGA 6 BULAN

Bayi baru lahir mempunyai tahap kepekaan yang tinggi pada 2 jam pertama selepas kelahirannya. Oleh itu, ibu bapa perlu mengambil kesempatan ini bagi merangsang bayi dengan pelbagai teknik mudah seperti mana yang

dibincangkan sebelum ini.Belajar sambil bermain. Pada peringkat perkembangan 6 bulan pertama, bayi banyak belajar daripada persekitarannya terutama melalui interaksi antara anda dengannya. Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah

bayi belajar melalui permainan.Setiap kali anda bermain ataupun berinteraksi dengan bayi, anda sebenarnya mengajarnya lebih banyak perkara mengenai diri anda, dirinya sendiri dan

persekitarannya.Setiap aktiviti permainan mudah seperti menggoncangkan alatan yang berbunyi

memberi kesan terhadap perkembangan derianya. Bayi belajar memfokus penglihatan dan pendengarannya terhadap objek berkenaan. Sekiranya aktiviti ini diulang-ulang, bayi akan belajar menggoncang alatan dan menyebabkan

berlaku kebisingan.Antara perkara yang boleh anda lakukan dalam ‘mengajar’ bayi anda adalah:

. Lakukan aktiviti yang boleh merangsang 5 deria utama manusia iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, bau dan sentuhan.

. Sentiasa memberi perhatian padanya melalui "eye contact" semasa bercakap dan bermain dengannya.

. Bantu perkembangan bahasa dan visualnya dengan menunjukkan padanya sesuatu objek nyata seperti botol, menerangkan padanya mengenai objek

berkenaan dan sentuhkan tangannya ke objek itu.. Ajarkan mengenai kepelbagaian emosi dengan menggayakan ataupun membuat

mimik muka seperti gembira, sedih dan sebagainya.. Perkenalkan kepelbagaian padanya dengan menunjukkan objek yang sama dalam warna dan bentuk berbeza ataupun menyanyi pelbagai lagu supaya bayi tidak

mudah bosan.. Beri respons terhadap sebarang pergerakannya. Contohnya sekiranya bayi menangis, dakaplah bayi dan sekiranya bayi tersenyum, senyum dan ketawa

bersamanya. Ini akan memberi bayi keyakinan ia boleh mengawal persekitarannya.

Bayi baru lahir hingga 4 bulan

Pada peringkat ini, berikan peluang kepada bayi anda bagi meneroka persekitarannya menggunakan kekuatan ototnya. Perhatikan apabila bayi menangis, ia akan menggerak-gerakkan kakinya seperti menendang dan menggapai-gapaikan tangan-nya. Pergerakan ini sebenarnya adalah satu

Page 4: Peranan Muzik Dan Kanak

stimulasi dan kesan daripada aktiviti penerokaannya menggunakan ototnya.Elakkan daripada terlalu melindunginya dengan sentiasa mendukungnya kerana ia membantutkan usaha penerokaannya. Letakkan bayi anda di atas lantai dan biarkan dia meneroka kekuatan kaki, tangan dan kepalanya. Sekiranya anda mampu, anda boleh menghiasi persekitaran penerokaannya dengan pelbagai

permainan yang pelbagai warna dan corak. Hati-hati dengan barang permainan kerana dikhuatiri akan menjerut lehernya ataupun mengakibatkannya tercekik.Antara aktiviti permainan mudah yang boleh anda lakukan dalam merangsang

bayi anda adalah:

- Gerakkan lidah anda ke luar dan ke dalam beberapa saat. Berikan sedikit masa kepada bayi anda meniru lagak anda.

- Sentuh anggota badannya seperti menggeleteknya. Per-hatikan responsnya. Sekiranya bayi anda sudah belajar cara untuk senyum, anda akan dapat melihat

senyuman di bibirnya.- Tambahkan pengalaman pembelajarannya dengan membawanya keluar

bersiar-siar di halaman rumah anda ataupun membawanya melawat pelbagai tempat di dalam rumah sendiri sama ada dapur, ruang tamu, bilik tidur dan

sebagainya.

Bayi 4 bulan hingga 6 bulan

Pada peringkat ini, deria penglihatan bayi sensitif terhadap cahaya dan warna. Walaupun fokus penglihatannya masih belum membangun sepenuhnya, bayi

mampu melihat dalam jarak yang dekat.Koordinasi otot tangannya juga sedang berkembang pesat. Sesetengah bayi

sudah mampu memegang objek tertentu di tangannya.Pada masa inilah, anda seharusnya memperkenalkan padanya pelbagai tekstur objek sama ada licin, kesat dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh anda

lakukan bersama bayi anda adalah:

. Galakan bayi menyentuh pelbagai jenis objek yang mempunyai pelbagai

Page 5: Peranan Muzik Dan Kanak

tekstur seperti kain sutera yang lembut, tuala, permaidani yang berbulu halus dan lembut, kotak dan sebagainya.

. Berikan mainan yang membuat bunyi bising seperti itik yang berbunyi sekiranya ditekan.Dapatkan objek pelbagai bentuk seperti bulat, tiga segi,

empat segi dan sebagainya.

Bayi 6 bulan hingga 1 tahun

Keadaan fizikal bayi adalah stabil pada masa ini. Kepalanya lebih tegap malah boleh digerakkan ke pelbagai arah. Kemampuan verbalnya juga begitu

menggalakkan. Bayi akan cuba meniru pergerakan bibir anda, tanda ia bersedia untuk bercakap, walaupun dalam bahasa bayinya sendiri.Antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi anda adalah:

. Dapatkan mainan yang ada elemen memeranjatkan. Contohnya, kotak yang apabila dibuka akan mengeluarkan badut dan sebagainya. Namun begitu, berhati-hati, kerana dikhuatiri bayi anda terperanjat

sehingga mencederakannya ataupun melukakan dirinya.. Anda boleh memperkenalkan muzik kepadanya. Dapatkan alat mainan seperti drum, tamborin dan

sebagainya.. Ajarkan kepada bayi anda bermain sorok-sorok. Permainan di mana sorokkan mainan kegemarannya di

bawah tilam dan lihat reaksinya.

Saat bayi berumur 6 bulanBerbalik dari posisi telentang menjadi posisi tengkupan, atau sebaliknya. Bila didudukkan sapat duduk sendiri tanpa ditunjang. Ia suka menjatuhkan mainan yang diberikan, dan meminta untuk diambilkan kembali. Ia senang bermain dengan kakak-kakaknya. Senang jika didirikan, serta suda mulai banyak mengeluarkan suara.

Saat bayi berumur 7 bulanDapat mengangkat badannya dengan tangan dan lutut. Menggeser badannya ke belakang (mundur) atau ke depan (maju). Membawa mainan yang ia sukai terus menerus dan marah jika mainannya diambil. Mencoba untuk berdiri, suka membuat suara dengan mengetuk atau mengocok benda yang ada dalam genggamannya. Menarik-narik rambut dan telinganya, bermain dengan kakinya.

Saat bayi berumur 8 bulanIa sudah dapat merangkak, duduk tanpa bantuan, mengangkat badan dengan bantuan box, atau kursi hingga dalam posisi berdiri. Memegang botol dan minum sendiri. Mendorong benda yang tidak ia sukai. Mengambil benda-benda kecil, berteriak memanggil orang lain.

Saat bayi berumur 9 tahunIa dapat berdiri untuk sementara saat tangannya dipegangi. Dapat duduk sendiri dan berputar-putar. Memasukkan jari-jarinya ke dalam lubang. Mengerti satu dua kata dan bereaksi jika diperintah.

Page 6: Peranan Muzik Dan Kanak