PENYUDAH TEPI

download PENYUDAH TEPI

of 10

description

JAHITAN NOTES

Transcript of PENYUDAH TEPI

PENYUDAH TEPI

KUNKUNKELEPET6.1 DEFINISI PENYUDAH TEPI.

Penyudah tepi adalah proses jahitan yang dibuat untuk melindungi, mengemas,mengukuh dan menghias tepi pakaian dan kelengkapan rumah tangga daripada berjerumbai atau berjurai-jurai. Pemilihan penyudah tepi bergantung kepada jenis fabrik yang digunakan, jenis pakaian dan stailnya dan jenis tepi yang dikemaskan.

6.2 PERKARA-PERKARA YANG PERLU DI PERTIMBANGKAN SEMASA MENJAHIT PENYUDAH TEPI.

6.3 JENIS-JENIS PENYUDAH TEPI

6.3.1 KELEPET

Kelepet ialah penyudah tepi yang dibuat pada bahagian bawah pakaian dan juga di tepi kelengkapan rumah tangga. Ia terdiri daripada dua lipatan. Kelepet digunakan untuk menyudahkan tepi yang lurus dan yang melengkung. Lebar dan kemasan kelepet berbeza mengikut jenis fabrik dan tujuan diadakan kelepet itu. Kelepet yang halus biasanya dibuat pada bahagian yang melengkung dan kelepet-kelepet yang lebar digunakan pada bahagian yang lurus. Kelepet boleh dikekalkan pada pakaian atau kain kelengkapan rumah tangga dengan jahitan mesin, jahit sembat susup atau jahit silang pangkah.

6.3.1.1 PROSES MENJAHIT KELEPET LURUSLANGKAH 1 Tandakan kedudukan kelepet dalam

LANGKAH 2 Lipat lipatan pertama ke sebelah

RAJAH 6.1 DAN 6.2 PROSES MENJAHIT KELEPET LURUSLANGKAH 3 Lipat lipatan kedua di garisan kelepet 6 1/2 cm. Semat dan jelujur.

LANGKAH 4- Cabut peniti- Jahit sembat susup di sepanjang kelepet

RAJAH 6.3 DAN 6.4 PROSES MENJAHIT KELEPET LURUS- Menetapkan kelepet pada pakaian - Dengan jahit silang pangkah

Menetapkan kelepet pada pakaian, dengan jahit sembat

RAJAH 6.5 DAN 6.6 PROSES MENJAHIT KELEPET LURUS

6.3.1.2 PROSES MENJAHIT KELEPET MELENGKUNG

(A) KELEPET LISU(B) KELEPET KEDUT LEPAS

(a) KELEPET LISULANGKAH 1 Sediakan dan kemaskan kelim Jelujur pada garisan pemadan KELEPET SKIRT

GARISAN PEMADAN

LANGKAH 2- Lipat fabrik pada g.pemadan- Tekan dan semat dengan peniti

JELUJUR PADA LIPATAN KELEPET

RAJAH 6.7 DAN 6.8 PROSES MENJAHIT KELEPET MELENGKUNG

LANGKAH 3 Lisukan fabrik yang lebih dan halakan ke kelim rusuk. Semat dan jelujur pada lisu

HALAKAN LISU KE KELIM RUSUK

LANGKAH 4- Jahit sembat pada lisu - Lipat lipatan pertama dan tetapkan- kelepet pakaian dengan jahit sembat susup

SEMBAT SUSUP

JAHIT JELUJUR LISU DISEMBAT PADA LISU

RAJAH 6.9 DAN 6.10 PROSES MENJAHIT KELEPET MELENGKUNG

(b) KELEPET KEDUT LEPAS

Langkah 1 Sediakan seperti Langkah 1 (Kelepet Lisu )

LANGKAH 2

- Lipat 6 mm untuk lipatan pertama - Jahit mesin mata kia kasar di tekan.

SEMBAT SUSUP GARIS KELEPET

JAHIT MESIN KASAR LANGKAH 3

Cantum garisan kelim. Lipat pada garisan kelepet dan garisan lipatan pertama untuk membuat kedut halus. Tarik jahitan mesin longgar serta kedutkan dan padankan kedudukan kelim supaya kelepet terletak rata pada pakaian. Tetapkan kelepat dengan jahitan yang sesuai.

JELUJUR

RAJAH 6.11 DAN 6.12 PROSES MENJAHIT KELPET MELENGKUNG

6.3.2 KUN

Kun ialah salah satu cara penyudah tepi yang menggunakan jalur serong tepat untuk membalut tepi kain. Penyudah tepi cara ini selalunya digunakan pada tepi-tepi pakaian yang lurus dan melengkung. Ia digunakan untuk menyudahkan tepi pakaian seperti di garis leher, hujung lengan, lubang lengan dan kelepet, Kun juga digunakan sebagai perhiasan,lubang butang berkun dan dijadikan gelungan fabrik.(rouleau).

6.3.2.1 LANGKAH-LANGKAH KUN SEBAGAI BALUTAN DI TEPI LURUS 1.Jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan2.Gunting hingga 6 mm dari garisan jahit mesin3.Snip di tepi hingga dekat garisan mesin. 4.Terbalikan ke sebelah dalam.

RAJAH 6.13 KUN DI TEPI LURUS (SEBAGAI BALUTAN)

6.3.2.2 LANGKAH-LANGKAH KUN SEBAGAI BALUTAN DI TEPI CEMBUNG DAN DI TEPI CEKUNG 1. Jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan2. Gunting tepi hingga tinggal 6 mm3. Terbalikkan ke sebelah dalam

TEPI CEMBUNG TEPI CEKUNG