PenyataRazak1[1]

17
Sejauhmana Penyata Razak 1956 telah berjaya mewujudkan perpaduan kaum di Malaya. Bincangkan. Pengenalan: Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan kepada Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) yang mana kedua-dua laporan ini menekankan aspek perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat seperti yang dinyatakan dalam:- “ Tujuan dasar pelajaran didalam negeri ini adalah bermaksud hendak menyatukan murid-murid dari semua bangsa didalam negara ini dengan menggunakan satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan serta-merta melainkan hendaklah dibuat secara beransur-ansur.” (Penyata Razak, Perenggan 12)

description

a

Transcript of PenyataRazak1[1]

Page 1: PenyataRazak1[1]

Sejauhmana Penyata Razak 1956 telah berjaya mewujudkan perpaduan kaum di

Malaya. Bincangkan.

Pengenalan:

Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah

berasaskan kepada Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) yang mana

kedua-dua laporan ini menekankan aspek perpaduan negara dan penghasilan tenaga

rakyat seperti yang dinyatakan dalam:-

“ Tujuan dasar pelajaran didalam negeri ini adalah bermaksud hendak menyatukan

murid-murid dari semua bangsa didalam negara ini dengan menggunakan satu

peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa

kebangsaan sebagai bahasa penghantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat

dilaksanakan serta-merta melainkan hendaklah dibuat secara beransur-ansur.”

(Penyata Razak, Perenggan 12)

“ Satu daripada kemahuan dasar pelajaran Persekutuan Tanah Melayu ini ialah

mengubah corak Tanah Melayu. Kami berpendapat bahawa caranya supaya sempurna

perkara ini ialah dengan jalan menyamakan sukatan pelajaran semua sekolah.”

(Penyata Razak, Perenggan 115)

“ Memeriksa akan dasar pelajaran Negeri Persekutuan Tanah Melayu yang ada

sekarang dan mengesyorkan sebarang perubahan kepadanya atau menyesuaikan

Page 2: PenyataRazak1[1]

dengannya yang mana wajib, dengan tujuan hendak menubuhkan satu peraturan

pelajaran kebangsaan yang munasabah yang dapat diterima oleh rakyat didalam

Persekutuan Tanah Melayu ini amnya dan dapat memenuhi kemahuan mereka serta

menggalakkan kemajuan mereka sebagai suatu bangsa didalam bidang kebudayaan

masyarakat, ekonomi dan politik, dengan tujuan hendak menjadikan bahasa Melayu itu

bahasa kebangsaan negeri ini dan dalam pada itu memelihara bahasa dan kebudayaan

lain-lain bangsa yang ada didalam negeri ini.”

(Penyata Razak, Perenggan 1(a))

Penyata Razak dengan jelasnya mengutamakan perpaduan Negara sebagai satu

matlamat yang perlu dicapai. Ini bermakna bahawa unsur-unsur dan nilai-nilai perpaduan

dijadikan teras pendidikan kebangsaan untuk menjamin kesejahteraan dan kepentingan

masyarakat di Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum. Oleh kerana masyarakat

Malaysia berupa masyarakat majmuk, maka konsep perpaduan dalam konteks negara ini

perlu difahami sebagai satu proses yang mengutamakan perpaduan rakyat berbilang kaum

selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Perpaduan yang diwujudkan mesti berupaya

menangkis gejala-gejala yang boleh memecah belahkan rakyat seperti gejala perkauman,

keturunan, ugama, bahasa, perasaan kedaerahan dan lain-lain lagi.

Untuk mencapai matlamat perpaduan negara ini melalui sistem pendidikan,

Penyata Razak telah menggariskan dua aspek utama, iaitu sistem persekolahan yang sama

bagi semua dan kurikulum sekolah yang sama kandungannya dan bercorak kebangsaan.

Oleh itu, bagi tujuan untuk menjamin pencapaian matlamat perpaduan melalui bidang

Page 3: PenyataRazak1[1]

pendidikan, maka kedua-dua aspek tadi perlulah diteliti secara lebih terperinci dengan

memberi tumpuan kepada aspek berikut:-

Sistem Persekolahan

1. Struktur masa persekolahan dan penjurusan

2. Rancangan alih bahasa

3. Peperiksaan yang sama

4. Pengurusan dan pentadbiran secara berpusat

5. Pengelolaan sekolah-sekolah swasta

6. Peluasan dan penyamarataan peluang dan kemudahan pelajaran

Kurikulum

1. Sukatan pelajaran dan peperiksaan yang sama

2. Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan

3. Buku-buku teks

4. Pendidikan Sivik

5. Pendidikan ugama, moral dan etika

6. Pembentukan displin

7. Kegiatan ko-kurikulum.

Kesan dari Penyata Razak ini, banyak perubahan-perubahan telah dibuat oleh

menteri-menteri pelajaran Malaysia demi untuk mencapai perpaduan kaum. Peristiwa 13

Mei 1969 adalah merupakan kemuncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia

yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda yang menyedarkan

banyak pihak tentang betapa pentingnya perpaduan kaum di Malaysia.

Page 4: PenyataRazak1[1]

Struktur masa persekolahan dan penjurusan.

Menyeragamkan waktu persekolahan diseluruh Malaysia. Walau bagaimanapun

pihak pengurusan sekolah masih boleh menambah waktu persekolahan mengikut

keperluan dengan persetujuan pihak berkuasa. Penjurusan murid mengikut tahap

pencapaian dilakukan agar pengajaran dan pembelajaran dapat dirancang oleh guru

mengikut tahap murid-murid tersebut.

Peperiksaan yang sama.

Semua murid diwajibkan mengambil peperiksaan yang sama dengan Lembaga

Peperiksaan Malaysia dipertanggungjawabkan untuk menjalankannya. Mengikut Akta

Pelajaran 1961, Lembaga Peperiksaan adalah bertanggungjawab untuk mengendalikan

peperiksaan-peperiksaan awam di Malaysia sama ada dikelolakan sendiri atau dengan

kerjasama badan-badan peperiksaan luar negara.

Pengurusan dan pentadbiran secara berpusat.

Sistem pentadbiran pendidikan negara ialah sistem pusat. Struktur pentadbirannya

terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat pusat, peringkat negeri dan peringkat

sekolah. Sekolah-sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Jenis

Kebangsaan (Tamil) diletakkan dibawah pentadbiran satu bumbung. Walau

bagaimanapun masih ada sekolah yang mempunyai Lembaga Pengurus Sekolah yang

mengurus sekolah tetapi tertakluk kepada pengurusan pusat.

Page 5: PenyataRazak1[1]

Pengelolaan sekolah-sekolah swasta.

Mengikut peruntukkan Seksyen 44 dalam Akta Pelajaran 1961, semua sekolah

swasta mesti berdaftar dengan Kementerian Pelajaran dengan syarat-syarat tertentu.

Murid-murid disekolah swasta ini mengambil peperiksaan yang sama dengan murid-

murid disekolah bantuan penuh kerajaan disamping peperiksaan-peperiksaan yang

dianjurkan oleh sekolah itu sendiri.

Murid-murid disekolah swasta disyaratkan supaya mengikuti kurikulum dan

peperiksaan yang sama seperti mana yang diduduki oleh murid-murid disekolah bantuan

penuh kerajaan seperti Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia. Disamping

itu sekolah-sekolah swasta juga boleh menyediakan murid-murid untuk menduduki

peperiksaan-peperiksaan seperti berikut:

Sijil Perdagangan Malaysia

City and Guilds of London Institute

London Chamber of Commerce and Industry

Council of Legal Education of London

Sukatan pelajaran dan peperiksaan yang sama.

Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang dapat membendung segala ilmu

pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan

kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-

ahlinya. Dalam konteks Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan

rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang

berpandukan Rukunegara disamping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk

Page 6: PenyataRazak1[1]

keperluan negara. Murid-murid sekolah dari semua kaum dan lapisan masyarakat

mengikuti kurikulum yang seragam, melalui sukatan pelajaran yang sama kandungannya,

kegiatan luar bilik darjah yang sama, mengambil peperiksaan yang sama dalam bahasa

penghantar yang sama iaitu Bahasa Malaysia.

Bahasa Malaysia dijadikan satu matapelajaran wajib disemua peringkat dan jenis

sekolah dan kelulusan dalam matapelajaran ini adalah syarat utama untuk mendapatkan

kelulusan dalam peperiksaan awam seperti PMR dan SPM sehingga sekarang. Dengan itu

Bahasa Malaysia memainkan peranan sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat dalam

proses untuk mencapai perpaduan negara yang dicita-citakan.

Buku-buku teks.

Buku-buku teks yang digunakan disekolah diselaraskan dengan terbentuknya Unit

Biro Buku Teks di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran pada 15 Mei 1967.

Unit ini berfungsi untuk menilai buku-buku teks bagi semua matapelajaran yang diajar

disekolah rendah, dikelas peralihan hingga ketingkatan lima disekolah menengah. Selain

memastikan ia mematuhi sukatan pelajaran, buku-buku teks itu juga hendaklah mematuhi

kehendak dan kepentingan Rukunegara, ditulis dalam bahasa yang baik dan

dipersembahkan mengikut prinsip pembelajaran yang berkesan. Sekolah Kebangsaan dan

Sekolah Rendah Kebangsaan dikehendaki menggunakan hanya buku Kementerian

Pelajaran yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, manakala Sekolah Rendah

Jenis Kebangsaan (Tamil), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Menengah

Kebangsaan (Ugama) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dibenarkan memilih satu

judul daripada beberapa judul yang telah diperakukan.

Page 7: PenyataRazak1[1]

Untuk menjamin kualiti penilaian buku-buku teks, adalah diperakukan bahawa

langkah-langkah diambil supaya Biro Buku Teks ini bebas sama sekali dari sebarang

tekanan atau kuasa dalam urusan nya menilai buku-buku teks yang bakal digunakan

disekolah-sekolah. Penghasilan buku-buku teks oleh penulis-penulis yang terlibat dalam

pengurusan biro ini adalah dilarang sama sekali.

Pendidikan ugama, sivik, moral dan etika.

Pendidikan Ugama Islam adalah diwajibkan kepada semua murid Islam yang

berugama Islam. Akta Pelajaran 1961, Seksyen 36 (1), menentukan bahawa pendidikan

Ugama Islam hendaklah diberikan kepada murid-murid Islam sekiranya terdapat 15 orang

atau lebih disesebuah sekolah. Sementara Pendidikan Ugama Islam diwajibkan kepada

semua murid Islam, pendidikan ugama lain tidak boleh dipaksakan kepada murid-murid

lain yang bukan penganutnya kecuali dengan persetujuan bertulis daripada ibubapa

mereka.

Pendidikan Ugama Islam bertujuan mewujudkan masyarakat berdisiplin dengan

nilai akhlak yang tinggi. Unsur disiplin dan nilai akhlak ini merupakan asas yang kukuh

bagi membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu, kerana Pendidikan Ugama Islam

menanamkan nilai-nilai dan sikap hidup yang baik serta membentuk kelakuan yang

bersopan santun dan hormat menghormati diantara satu sama lain.

Objektif utama matapelajaran Sivik adalah untuk menyemai,menanam dan

memupuk semangat cintakan negara, sifat bertimbang rasa dan toleransi, sikap

berdikari,jayadiri dan semangat mahu dan sanggup memahami masalah-masalah

masyarakat serta bersedia untuk bertindak dan melibatkan diri bagi menyelesaikan

Page 8: PenyataRazak1[1]

masalah-masalah itu. Sukatan pelajaran Sivik disemua sekolah adalah diasaskan kepada

Rukunegara dan Perlembagaan Malaysia.

Pembentukan disiplin.

Salah satu daripada matlamat pendidikan adalah melahirkan individi-individu

yang berdisiplin. Mereka yang berdisiplin sedar akan tanggungjawab terhadap diri

sendiri, keluarga, masyarakat, institusi pendidikan dan social serta negara. Disiplin diri

adalah penting dalam usaha kita mewujudkan satu masyarakat yang bertata susila,

bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan progresif.

Disiplin seseorang murid bukan ditentukan oleh sekolah sahaja. Persekitaran dan

masyarakat juga mempunyai pengaruh terhadap pembentukan disiplin seseorang murid.

Masyarakat dan persekitaran murid diluar sekolah amat kuat pengaruhnya dalam

pembentukan disiplin murid.

Disiplin dan Masyarakat

Untuk mewujudkan dan mengembangkan disiplin yang diingini dikalangan murid-murid,

penglibatan ibubapa secara aktif adalah diperlukan. Hubungan yang rapat diantara

sekolah dengan rumah dan masyarakat membolehkan wujudnya hubungan timbal balik

diantara guru dan ibubapa. Justeru itu kedua-dua pihak dapat berusaha untuk mengatasi

masalah murid-murid secara bersama dan berkesan. Usaha ini dapat dilaksanakan dengan

lebih berkesan melalui Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG).

Disiplin dan Perpaduan Negara.

Disiplin dan perpaduan negara merupakan factor-faktor penting dalam pembentukan

masyarakat Malaysia yang dicita-citakan. Ini boleh dicapai dalam aktiviti perhimpunan

Page 9: PenyataRazak1[1]

mingguan yang diadakan disekolah dimana nyanyian lagu kebangsaan dan aktiviti

menaikkan bendera adalah asas penting dalam pembentukan disiplin dan perpaduan

negara serta menyemaikan perasaan cintakan negara.

Disiplin di Sekolah

Diperingkat sekolah, pelaksanaan dan penyerapan disiplin itu dilakukan dengan dua

cara:-

1. Dengan cara langsung – apabila disiplin dikenakan dari luar

2. Dengan cara tidak langsung – apabila disiplin disemai dan dihayati.

Semenjak 1956 pihak Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan berbagai-bagai surat

pekeliling mengenai peraturan-peraturan yang perlu dilaksanakan disekolah, namun

konsep disiplin mengalami perubahan dari masa kesemasa. Pemansuhan hukuman dera

adalah bukti perubahan ini. Perubahan ini mempunyai implikasi yang tersendiri apabila

sikap sebilangan guru menganggap bahawa disiplin adalah tanggungjawab sebilangan

guru sahaja. Ini adalah merbahaya dan merugikan kerana peraturan sekolah tidak dapat

dilaksanakan dengan sebaiknya jika seorang atau beberapa orang guru sahaja yang

memikul tanggungjawab tersebut. Disamping itu ada juga guru yang kurang memberi

sumbangan dalam pembentukan persekitaran pendidikan yang baik disekolah.

Kegiatan ko-kurikulum.

Kegiatan ko-kurikulum adalah penting disemua peringkat persekolahan. Kegiatan

ko-kurikulum dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, unit beruniform, kelab atau

persatuan dan sukan. Semua murid diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam

sekurang-kurangnya satu kelab atau persatuan dan mana-mana satu aktiviti sukan.

Page 10: PenyataRazak1[1]

Kegiatan ko-kurikulum yang dijalankan diluar bilik darjah adalah penting untuk

menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan, bekerjasama dan bertolak ansur

diantara murid-murid berbagai keturunan yang mempunyai latar belakang social dan

ekonomi yang berbeza. Ia juga bertujuan melatih murid berdisiplin, berdikari dan

berkemahiran dalam sesuatu bidang yang mereka ceburi.

Unit beruniform

Kegiatan unit beruniform disekolah adalah penting untuk menyemai sikap

bertanggungjawab, berdisiplin, berdikari dan kecekalan dikalangan murid. Untuk

meningkatkan minat dan penyertaan murid dalam unit beruniform ini, guru-guru juga

dilatih dalam bidang ini.

Kelab dan Persatuan

Matlamat penubuhan sesebuah persatuan atau kelab adalah untuk menggalakkan murid-

murid berkenalan sesama sendiri, memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan juga

membolehkan murid mencapai kemahiran dalam sesuatu bidang atau hobi.

Sukan dan Permainan

Sukan adalah merupakan satu saluran yang berkesan untuk menanam semangat

kesukanan, memupuk persefahaman serta perpaduan dikalangan murid

Page 11: PenyataRazak1[1]

Kesimpulan.

Malaysia perlu mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu berteraskan

kepada Rukunegara. Dalam masyarakat yang bersatu padu, setiap individu wajib

mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia yang

sanggup mengenepikan unsur-unsur perkauman yang boleh memecah belahkan

masyarakat. Usaha berterusan dan sikap rakyat Malaysia sendiri adalah penting untuk

mengekalkan perpaduan kaum yang telah wujud sejak sekian lama untuk kesejahteraan

generasi yang akan datang.

Page 12: PenyataRazak1[1]

Bibliogarfi:

Laporan Jawatankuasa Kabinet, Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran

Kementerian Pelajaran Malaysia

Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka (1979)

Pendidikan Hari Ini Untuk Hari Esok

Haji Hamdan Sheikh Tahir

Dewan Bahasa Dan Pustaka (1979)