Penjajaran Roda
-
Upload
syafiq-arefiq -
Category
Documents
-
view
2.491 -
download
86
description
Transcript of Penjajaran Roda
Pengenalan
Tujuan utama penjajaran roda dan pengimbangan roda adalah untuk
memberikan kawalam maksimum kenderaaan serta membenarkan semua roda
berguling betul dan sempurna dalam semua keadaan jalan. Ketika merekabentuk
sebuah kereta, kedudukan sudut jajaran diambil kira. Rekabentuk rangkaian sisitem
stering membantu meminimumkan kadar haus tayar. Penjajaran roda ialah semakan
dan larasan sudut ke penentuan sesebuah kenderaan.
Pengimbangan roda pula ialah satu proses untuk membetulkan roda yang
berguling dari bergetar semasa pemanduan. Untuk menyedari kedaaan ini, stering
akan bergetar ketika pemanduan kereta, oleh kerana itulah pengimbangan roda harus
dilakukan bagi menghilangkan getaran yang berlaku semasa pemanduan.
Sebab-Sebab Penjajaran Roda & Pengimbangan Roda Harus Dilakukan
Pejajaran roda :
i. Pakaian tayar tidak sama atau pesat
ii. Menarik atau hanyut pergi dari satu garis lurus
iii. Berkelana pada sebatang jalan yang paras terus
iv. Berjejari stereng pergi ke satu pihak ketika terus memandu sebatang jalan
yang lurus dan paras.
Pengimbangan roda :
i. Getaran dalam stereng pada kelajuan lebuh raya tertentu.
ii. Getaran dalam kerusi atau floorboard pada kelajuan lebuh raya tertentu.
iii. Membuat sulam biku.
Diantara Sudut ‘Toe’ Dan ‘Camber’
Jenis Kenderaan Toe Camber
VivaDepan : - 0˚00’
Belakang : Tiada
Depan : + 0˚00’
Belakang : Tiada
KancilDepan : - 0˚05’
Belakang : + 0˚06’
Depan : + 0˚15’
Belakang : + 0˚13’
KelisaDepan : + 0˚00’
Belakang : Tiada
Depan : + 0˚00’
Belakang : Tiada
Proton sagaDepan : + 0˚00’
Belakang : Tiada
Depan : + 0˚00’
Belakang : Tiada
Proton wiraDepan : + 0˚00’
Belakang : + 0˚08’
Depan : + 0˚00’
Belakang : + 0˚10’
Jadual 9.2.2.1 : Sudut ‘Toe’ Dan ‘Camber’
Proses Kerja Yang Dilakukan
Tajuk : ‘Wheel alignment’ (proton saga).
Tujuan : Melaras sudut toe yang betul
Rajah 9.3.1.1 : Lubang ‘alignment’.
Peralatan :
i. Mesin penjajaran roda.
ii. Spanar saiz 12, 17.
iii. Lubang ‘wheel alignment’.
Rajah 9.3.1.2 : Mesin penjajaran roda
Langkah keselamatan :
i. Berhati-hati semasa meletakkan kenderaan di lubang ‘wheel
alignment’.
Langkah kerja :
i. Letakkan kenderaan di lubang ‘wheel alignment’ dengan berhati-
hati, pastikan ada seorang pembantu memerhati kenderaan supaya
tidak terjatuh dalam lubang itu.
ii. Pasang peralatan (sensor) pada semua roda.
Rajah 9.3.1.3 : ‘Sensor’ pada roda
iii. Hidupkan mesin penjajaran roda, pilih jenis kenderaan yang terdapat
dalam ‘menu’ mesin.
iv. Pilih ‘front view’ kerana kereta proton saga hanya ada penjajaran
roda di hadapan sahaja.
v. Hidupkan enjin kenderaan dan pusingkan stering beberapa kali
seterusnya letakkan sangga pada stering supaya stering berada pada
‘center position’.
vi. Dengan menggunakan spanar saiz 12 dan 17 laraskan sudut toe
mengikut pada paparan di skrin komputer.
vii. Laraskan sudut toe sehingga +0˚00’.
viii. Tidak perlu ketatkan nat pelaras dahulu, hidupkan enjin dan
pusingkan stering beberapa kali dan letakkan kembali pada ‘center
position’.
ix. Laraskan semula sudut toe +0˚00’ dan ketatkan nat pelaras.
x. Tanggalkan peralatan (sensor) pada semua roda.
xi. Tanggalkan sangga pada stering.
xii. Jalankan ‘road test’.
Komen :
i. Pelarasan sudut yang tepat harus dilakukan supaya penjajaran roda
menjadi.
Kesimpulan :
i. Penjajaran roda senang dilakukan tetapi harus ingat, pelarasan sudut
yang tepat penting.
Tajuk : Pelarasan sudut ‘camber’ (proton saga).
Tujuan : Menukar nat ‘camber’.
Rajah 9.3.2.1 : Pelapik dan nat ‘camber’
Peralatan :
i. Jek.
ii. ‘Air gun’.
iii. Soket saiz 17.
iv. Spanar saiz 17.
v. Timbang air ‘camber’.
Rajah 9.3.2.2 : Timbang air ‘camber’
Langkah keselamatan :
i. Berhati-hati semasa meletakkan kenderaan di lubang ‘wheel
alignment’.
Langkah kerja :
i. Letakkan kenderaan di lubang ‘wheel alignment’ dengan berhati-
hati, pastikan ada seorang pembantu memerhati kenderaan supaya
tidak terjatuh dalam lubang itu.
ii. Pasang peralatan (sensor) pada semua roda.
iii. Hidupkan mesin penjajaran roda, pilih jenis kenderaan yang terdapat
dalam ‘menu’ mesin.
iv. Lihat pada paparan skrin sudut ‘camber’. Tulis sudut ‘camber’ itu
tadi pada sekeping kertas.
v. Tanggalkan mesin pada roda hadapan sebelah kiri dan jek
kenderaan.
vi. Buka roda dan letakkan timbang air ‘camber’ pada piring cakera.
vii. Buka dan tanggalkan nat ‘camber’ yang lama dan gantikan yang
baru.
viii. Berdasarkan sudut ‘camber’ yang ditulis tadi, laraskan sudut
‘camber’ dengan menggunakan timbang air ‘camber’.
ix. Ketatkan nat ‘camber’ itu.
x. Pasang roda dan peralatan (sensor) semula.
xi. Penjajaran roda mesti dilakukan semula.
xii. Selepas siap penjajaran roda tanggalkan semua peralatan mesin dan
jalankan ‘road test’.
Komen :
i. Pelarasan sudut yang tepat harus dilakukan supaya pelarasan sudut
‘camber’ menjadi.
Kesimpulan :
i. senang dilakukan tetapi memakan masa yang agak lama untuk
menyiapkan kerja ini.
Komen Dan Cadangan
Dalam proses kerja penjajaran roda dan pengimbangan roda, banyak
peralatan yang sudah lama dan hampir rosak. Pihak syarikat/firma harus meneliti
perkara ini supaya kerja yang dilakukan nanti akan lebih lancar dijalankan. Saya
mencadangkan agar peralatan yang baru dapat dibekalkan supaya senang ketika
melakukan kerja-kerja ini.
Kesimpulan
Kesimpulannya, penjajaran roda dan pengimbangan roda adalah sangat
penting dalam penjagaan tayar. Ini kerana jika penjajaran roda dan pengimbangan
roda tidak dilakukan tayar akan cepat rosak malah ia juga boleh menyumbangkan
kepada berlakunya kemalangan.