PENGURUSAN JENAZAH

16
n- r- ) nding hun lalu. 6. Agihan zakat Pada tahun 2011 yang lalu, lzs telah mengagihkan wang zakat kepada golongan yang layak di selangor sebanyak rm371,720,961.00 (Juta) ber- banding rm364,991,423.00 (Juta) pada tahun sebelumnya (2010). Jumlah pengagihan ini meningkat sebanyak dua pera- us dengan perbezaan sebanyak m6.7 Juta. Bilangan asnaf fakir yang men- ima bantuan pada tahun lepas 011) ialah seramai 7,647 ke- arga berbanding 9,430 kelu- a pada tahun 2010, manakala i asnaf miskin adalah se- ai 13,983 kelua Pecahan kutipan zakat harta mengikut jenis adalah seperti berikut: Zakat pendapatan RM216.0 Juta Zakat perniagaan RM79.7 Juta Zakat harta RM33.7 Juta Zakat wang simpanan RM27.6 Juta Zakat KWSP RM6.9 Juta Zakat saham RM6.8 Juta Zakat tanaman RM2.5 Juta Zakat emas RM1.3 Juta Ternakan, perak dan Qadha zakat RM1.04 Juta KHAS KHAS KHAS FEBRUARI 2012 • RABIUL AWAL 1433H • www.mais.gov.my • NASKHAH PERCUMA SEMASA TEPAT ILMIAH BERITA MAIS BERITA LZS MAIS TUBUH JAWATANKUASA TANGANI Murtad Dan Ajaran Sesat Shah Alam – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aduan.... Berita Penuh di M/S 15 KENYATAAN MEDIA Isu Premis Wakaf Di Desa Fahmi, Klang UCAPAN TAHUN BARU 2012 PENGERUSI MAIS 5hb Januari 2012 Di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah KENYATAAN AKHBAR Mengenai Prestasi Kutipan Dan Agihan Zakat Di Selangor Bagi Tahun 2011 pada 17 Januari 2012 M/S 14: ZIARAH KORPORAT DAN MEDIA BERSAMA ASNAF 2.0 Catat Kenangan Indah LZS SALUR RM1 JUTA Bantu Pesakit Kurang Kemampuan Di 10 Buah Hospital Kerajaan SELAYANG, 14 Disember 2011- Lembaga Zakat Selan- gor (LZS) hari ini menyalurkan bantuan zakat sebanyak RM1 juta kepada Tabung.... Berita Penuh di M/S 14 semuanya. Pertambahan ini dapat membantu MAIS mendepani cabaran akan datang yang lebih hebat. Saya penghargaan kepada ahli-ahli MAIS sesi yang lalu yang telah menyumbangkan banyak tenaga dan idea dan yang bercita- cita untuk bersara sekalipun telah berkhidmat lebih 3 sesi nampaknya tetap dipanggil terus agama Islam yang maha suci dan mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu sebagai ketua agama Islam. PERKUBURAN ISLAM Menurut Perspektif Syarak Tajuk ini adalah begitu luas, oleh kerana itu penulis akan hanya memilih beberapa perkara yang sesuai yang selaras dengan apa yang berlaku di kalangan umat Islam, di mana di antara mereka ada yang hendak mengkhususkan kawasan tanah perkuburan itu untuk keluarga sendiri, dan ada di antara mereka yang hendak supaya kawasan tanah kuburnya lebih luas dari yang lain. Ada dari kalangan mereka yang ziarah kubur sama sahaja dengan pergi majlis kenduri kahwin....... Berita Penuh di M/S 3

description

MAIS NEWS

Transcript of PENGURUSAN JENAZAH

Page 1: PENGURUSAN JENAZAH

13

KHAS

M AIS merakamkan terima kasih kepada Dr. Kama-rol Zaman bin Hajar kerana

telah mewakafkan 26 buah rumah teres dan sebuah banglo kepada MAIS pada tahun 2006. Berhubung isu yang dibangkitkan oleh pe-wakaf berkaitan pengurusan rumah berkenaan ingin dijelaskan di sini bahawa MAIS pada peringkat awal penerimaan premis tersebut, telah mengambil inisiatif mendahulukan golongan yang memerlukan dengan menyerahkan banglo kepada Lem-baga Zakat Selangor untuk dijadi-kan Rumah Warga Emas walaupun

A ssalamualaikum warahma-tullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada wakil-wakil me-

dia yang hadir pada hari ini. Sukacita saya ingin memaklumkan mengenai prestasi kutipan dan agihan zakat bagi negeri selangor bagi tahun 2011 1.Kutipan zakat (harta dan fitrah)

Alhamdulillah bagi tahun 2011, jumlah kutipan zakat di selan-gor telah melebihi sasaran den-gan jumlah kutipan sebanyak rm393,538,753.00 (Juta) berband-ing rm 336,934,522.00 (Juta) da-lam jangka masa yang sama pada tahun sebelumnya (2010). Jumlah ini meningkat sebanyak 17 pera-tus dengan perbezaan sebanyak rm56.6 Juta. Daripada jumlah terse-but, sebanyak rm375,563,187.00 (Juta) dikutip daripada zakat harta, manakala rm17,975,566.00 (Juta) daripada zakat fitrah. Jumlah kutipan zakat pada tahun

ini melebihi sasaran iaitu rm350 juta yang dijangka dapat dikutip, namun alhamdulillah berlaku lonjakan jum-lah kutipan yang disumbang teruta-manya daripada zakat pendapatan. 2. Zakat hartaPada tahun 2011 kutipan zakat

harta di selangor meningkat se-

Kenyataan MediaISU PREMIS WAKAF DI DESA FAHMI, KLANG

Kenyataan AkhbarMENGENAI PRESTASI KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT

DI SELANGOR BAGI TAHUN 2011PADA 17 JANUARI 2012

tujuan asal pewakaf untuk manfaat wakaf am. Di samping itu MAIS turut menyewakan rumah-rumah teres se-dia ada dengan wang sewaan premis disalurkan ke Akaun Manfaat Wakaf untuk maslahat umum.Sepanjang tempoh penyewaan

premis ini, langkah-langkah kesela-matan dan penyelenggaraan premis secara berkala dilaksanakan, na-mun pada penghujung tahun 2010 premis berkenaan didapati tidak selamat untuk didiami kerana pem-binaan premis ini didapati tidak me-nepati spesifikasi Pihak Berkuasa Tempatan. Oleh kerana MAIS mem-

beri fokus kepada usaha penambah-baikan premis ini, maka beberapa siri mesyuarat telah diadakan dan membuat keputusan untuk men-gosongkan premis berkenaan pada awal tahun 2011 bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan secara berfasa. Bagi tujuan ini MAIS perlu mencari dana tambahan bagi me-nanggung sepenuhnya kos pembai-kan dan penyelenggaraan. Semasa proses pengosongan premis, baran-gan seperti pintu, grill, kipas, tangki air dan lain-lain dibuka dan disim-pan dengan selamat bagi mengelak-kan kecurian.

MAIS sentiasa berusaha untuk membaiki premis berkenaan dan komited melaksanakan tanggung-jawab sebagai pemegang amanah wakaf tunggal dan usaha ini berteru-san dengan penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) yang diper-tanggungjawabkan untuk memajukan hartanah wakaf. MAIS amat meng-galakkan umat Islam untuk berwakaf melalui MAIS dan PWS. MNews

ENCIK MOHD HANIFF BIN HASSANSetiausaha Majlis Agama Islam Selangor

banyak 18 peratus berbanding tahun sebelumnya (2010). Di mana pada tahun lepas (2011) lzs mengutip zakat harta seban-yak rm375,563,187.00 (Juta) ber-banding rm319,601,241.00 (Juta) pada tahun 2010.

3. Jumlah pembayarJumlah pembayar zakat harta bagi tahun 2011 ialah seramai 180,090 orang, meningkat 7 peratus ber-banding tahun 2010 (168,002 orang). Daripada jumlah tersebut, seramai 28,979 orang merupakan pembayar baru.

4. Zakat fitrahBagi tahun 2011, lzs telah men-gutip zakat fitrah sebanyak rm17,975,566.00 (Juta) bagi tahun hijrah 1432 berbanding rm17,333,281.00 (Juta) pada ta-hun 2010. Bilangan umat islam yang membayar zakat fitrah pada tahun lepas (2011) pula ialah se-ramai 2,567,938 (juta) orang. 5. Sasaran kutipan zakat tahun 2012Mengambil faktor keadaan ekono-

mi yang semakin baik dan kes-edaran membayar zakat yang semakin meningkat, maka lzs meletakkan sasaran kutipan zakat bagi tahun 2012 adalah sebanyak

rm430 juta iaitu kenaikan seban-yak sembilan peratus berbanding kutipan tahun lalu.

6. Agihan zakatPada tahun 2011 yang lalu, lzs telah mengagihkan wang zakat kepada golongan yang layak di selangor sebanyak rm371,720,961.00 (Juta) ber-banding rm364,991,423.00 (Juta) pada tahun sebelumnya (2010). Jumlah pengagihan ini meningkat sebanyak dua pera-tus dengan perbezaan sebanyak rm6.7 Juta.Bilangan asnaf fakir yang men-

erima bantuan pada tahun lepas (2011) ialah seramai 7,647 ke-luarga berbanding 9,430 kelu-arga pada tahun 2010, manakala bagi asnaf miskin adalah se-ramai 13,983 keluarga berband-ing 14,058 keluarga pada tahun sebelumnya (2010). Ini menjadi-kan jumlah keseluruhan asnaf fakir dan miskin yang menerima bantuan pada tahun 2011 ialah seramai 21,630 keluarga. Sekian. MNews

DATO’ SETIA HAJI MOHAMAD ADZIB BIN MOHD ISA Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor

Pecahan kutipan zakat harta mengikut jenis adalah seperti berikut:Zakat pendapatan RM216.0 JutaZakat

perniagaan RM79.7 JutaZakat harta RM33.7 Juta Zakat wang simpanan RM27.6 Juta Zakat KWSP

RM6.9 JutaZakat saham

RM6.8 Juta Zakat tanaman RM2.5 JutaZakat emas

RM1.3 JutaTernakan, perak dan Qadha zakat

RM1.04 Juta

Pecahan pengagihan zakat mengi-kut asnaf adalah seperti berikut:Asnaf fakir RM35.6 Juta

Asnaf miskin RM75.0 JutaAsnaf fisabilillah RM156.1 Juta Asnaf muallaf RM15.5 Juta

Asnaf gharim RM31.4 JutaAsnaf amil

RM49.2 Juta Asnaf riqab

RM7.8 JutaAsnaf ibnu sabil RM1.2 Juta

KHAS

KHAS

KHAS

FEBRUAR I 2012 • RAB IUL AWAL 1433H • www.ma i s . gov.my • NASKHAH PERCUMA

SEMASA TEPAT ILMIAH

BERITA MAIS

BERITA LZS

MAIS TUBUH JAWATANKUASA TANGANI Murtad Dan Ajaran Sesat

Shah Alam – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aduan....

Berita Penuh di M/S 15

KENYATAAN MEDIAIsu Premis Wakaf Di Desa Fahmi, Klang

UCAPAN TAHUN BARU 2012 PENGERUSI MAIS5hb Januari 2012 Di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah

KENYATAAN AKHBARMengenai Prestasi Kutipan Dan Agihan Zakat Di Selangor Bagi Tahun 2011 pada 17 Januari 2012

M/S 14: ZIARAH KORPORAT DAN MEDIA BERSAMA ASNAF 2.0 Catat Kenangan Indah

LZS SALUR RM1 JUTA Bantu Pesakit Kurang Kemampuan Di 10 Buah Hospital Kerajaan

SELAYANG, 14 Disember 2011- Lembaga Zakat Selan-gor (LZS) hari ini menyalurkan bantuan zakat sebanyak RM1 juta kepada Tabung....

Berita Penuh di M/S 14

Tahniah saya ucapkan kepada semua ahli MAIS yang telah dilantik bagi sesi 2011 - 2014. Dalam sesi ini terdapat 5 tambahan ahli menjadikan 20 orang ahli MAIS semuanya. Pertambahan ini dapat membantu MAIS mendepani cabaran akan datang yang lebih hebat. Saya

ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada ahli-ahli MAIS sesi yang lalu yang telah menyumbangkan banyak tenaga dan idea dan dengan demikian ada ahli-ahli yang bercita- cita untuk bersara sekalipun telah berkhidmat lebih 3 sesi nampaknya tetap dipanggil terus

berjihad untuk memertabatkan agama Islam yang maha suci dan mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu sebagai ketua agama Islam.

yak sembilan peratus berbanding kutipan tahun lalu. Pecahan kutipan zakat harta

mengikut jenis adalah seperti berikut:UCAPAN TAHUN KENYATAAN

PERKUBURAN ISLAM Menurut Perspektif Syarak

Tajuk ini adalah begitu luas, oleh kerana itu penulis akan hanya memilih beberapa perkara yang sesuai yang selaras dengan apa yang berlaku di kalangan umat Islam, di mana di antara mereka ada yang hendak

mengkhususkan kawasan tanah perkuburan itu untuk keluarga sendiri, dan ada di antara mereka yang hendak supaya kawasan tanah kuburnya lebih luas dari yang lain. Ada dari kalangan mereka yang ziarah

kubur sama sahaja dengan pergi majlis kenduri kahwin....... Berita Penuh di M/S 3

Page 2: PENGURUSAN JENAZAH
Page 3: PENGURUSAN JENAZAH

3MAIS • www.mais.gov.my FOKUS

TOPIK PERTAMA :Takrif Kubur Dan Tanah Perkuburan

Kubur ialah tempat menanam mayat, atau lubang (liang) di tanah tempat menanam mayat.1 Perkuburan ialah tanah lapang atau kawasan tempat

PERKUBURAN ISLAM Menurut Perspektif Syarak

Tajuk ini adalah begitu luas, oleh kerana itu penulis akan hanya memilih beberapa perkara yang sesuai yang selaras dengan apa yang berlaku di kalangan umat Islam, di mana di antara mereka ada yang hendak mengkhususkan kawasan tanah perkuburan itu untuk keluarga sendiri, dan ada di antara mereka yang hendak supaya kawasan tanah kuburnya lebih luas dari yang lain. Ada dari kalangan mereka yang ziarah kubur sama sahaja dengan pergi majlis kenduri kahwin. Ada dari kalangan umat Islam yang menjadikan kubur itu sebagai tempat mereka beraya. Ada yang meminta hajat di atas kubur, ada yang sembahyang di tanah perkuburan, ada yang menghiasi kubur. Ada yang mencium atau menghormati si mati secara melampau. Ada yang memasang payung kerana sayangkan si mati dan tidak kurang kaum wanita beramai-ramai mengikuti jenazah si mati ke perkuburan kerana sayang kepada si mati. Oleh kerana itu dalam memperkatakan tajuk di atas penulis akan membincangkan tajuk-tajuk berikut :

1. Takrif Kubur Dan Tanah Perkuburan2. Hukum Mengkhususkan Kubur3. Sembahyang Di Atas Tanah Perkuburan4. Pensyariatan Menziarahi Kubur Dan Hikmatnya5. Hukum Wanita Menziarahi Kubur6. Perempuan Mengikuti Jenazah Ke Kubur7. Hukum Ditulis Sesuatu Di Atas Kubur8. Menjadikan Kubur Sebagai Tempat Perayaan9. Memasang Lampu Di Kubur10. Mencium, Mengucup, Menyentuh Kubur, Dindingnya Atau Sebagainya.11. Meminta Dari Si Mati Supaya Ditunaikan Hajat Peminta Dan Meminta Untuk

Menunaikan Hajat Di Atas Kubur12. Bersembang Di Atas Kubur13. Memasang Payung, Khemah Dan Yang Seumpamanya Di Atas Kubur14. Menghiasi Kubur15. Adab-Adab Menziarahi Kubur16. Cadangan Untuk Mengatasi Bid`ah Dan Khurafat

Sumber: Kertas Kerja Seminar Isu Perkuburan Islam Permasalahan Semasa & Penyelesaiannya. Y.Bhg. Dr. Budah @ Udah Bin Mohsin Mantan Pensyarah, Jabatan Usuluddin dan Falsafah UKM

menguburkan orang-orang yang telah mati.2

TOPIK KEDUA :Hukum Mengkhususkan Tanah Kubur Untuk Diri Dan Keluarga

Tanah perkuburan yang diwakafkan

untuk orang ramai maka semua orang Islam adalah berhak untuk dikuburkan di mana jua di kawasan perkuburan itu. Oleh itu seseorang itu tidak boleh mengkhususkan dirinya dan keluarganya untuk dikuburkan di kawasan yang ter-tentu.3

TOPIK KETIGA :Sembahyang Di Atas Tanah Perkuburan

Nas-nas mengenai larangan sem-bahyang di atas tanah perkuburan. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Bumi itu semuanya adalah tempat sujud ke-cuali tanah perkuburan dan bilik air.”(Sunan al-Tirmidzi Sunan al-Bay-haqi)

Hadith ini menurut al-Syeikh Syu`yab al-Arnawt sanadnya sahih.6 Begitu juga menurut al-Syeikh Ah-mad Muhammad Syakir.

Makna al-maqbarah ialah tempat yang dikebumikan padanya orang-orang mati. Dengan lain perkataan, tanah perkuburan. Makna al-ham-mam pada asalnya ialah tempat man-di dengan air panas, kemudian digu-nakan untuk tempat mandi sama ada dengan air panas atau tidak.

Nas yang lain: “Bahawa `Aisyah dan Abd Allah bin Abbas R.A. ber-kata. Ketika Rasulullah hampir wafat Baginda meletakkan selindang Bag-inda di atas mukanya apabila Bag-inda merasa tidak sedap Baginda membukanya dari muka Baginda lalu Baginda bersabda sedangkan Bag-inda dalam keadaan itu : Laknat Al-lah kepada orang Yahudi dan Nasrani mereka menjadikan kubur para an-biya mereka sebagai masjid / tempat sembahyang. Baginda memberi per-ingatan terhadap apa yang mereka telah lakukan.” (Sahih al-Bukhari)

Hadith di atas memberi peringatan keras dari menjadikan kubur para anbiya’ sebagai tempat sembahyang / masjid. Sama seperti itu juga kubur awliya’ dan sebagainya. Sabda Bag-inda S.A.W. lagi: “Dan bahawasanya orang yang sebelum kamu mereka menjadikan kubur para anbiya dan orang-orang salah sebagai tempat sembahyang/masjid. Tidakkah? Maka jangan kamu jadikan kubur sebagai masjid, bahawasanya aku menegah kamu dari yang demikian.” (Sahih Muslim)

Dari hadith-hadith di atas menun-jukkan kepada larangan sembahyang di atas tanah perkuburan.

Pandangan ulama mengenainya: Kata al-Imam al-Syafi `i sebagaimana

Page 4: PENGURUSAN JENAZAH

4 MAIS • www.mais.gov.myFOKUS

yang dinukil oleh al-Bayhaqi: Tidak sah bagi seseorang untuk sembahyang di atas bumi yang najis, bahawa ses-ungguhnya tanah perkuburan itu ber-campur dengan daging orang mati, air danau mereka dan apa yang keluar dari badan mereka. Kemudian be-liau meneruskan perbahasan kepada harus sembahyang pada dua tempat (tanah perkuburan dan tempat man-di) itu jika suci tetapi adalah dibenci (makruh).9

Al-Imam al-Khattabi sebagaimana yang dinukil oleh Abadi ada menga-takan : Berlaku khilaf di kalangan ahli ilmu dalam mentafsirkan hadith ini. (Hadith pertama) Pandangan al-Imam al-Syafi`i telah diperkatakan sebelum ini. Manakala pandangan al-Imam Malik, tidak mengapa sembahyang di kawasan perkuburan.

Pandangan Abu Thawr: Tidak boleh sembahyang di tempat mandi (al-ham-mam) dan dalam tanah perkuburan kerana menurut zahir hadith.

Al-Imam Ahmad dan Ishaq mem-benci (yakrahan) perbuatan itu, dan diriwayatkan dari sekumpulan ulama’ salaf membenci (al-karahah) perbua-tan itu. Setengah ulama tidakmengharuskan sembahyang di tanah perkuburan sekalipun suci.

Menurut al-Thawri, al-Awza`i dan Abu Hanifah, dibenci (al-karahah) sembahyang di tanah perkuburan.

Menurut Abadi, pendapat al-Imam Malik adalah tertolak oleh hadith yang dibincangkan ini. Menurut Abadi lagi : Hikmat ditegah sembahyang di tanah perkuburan ada yang mengatakan dilihat dari sudut apa yang di bawah tempat sembahyang dari najis dan ada yang melihat dari sudut kehorma-tan kepada orang yang mati.

Menurut al-Imam al-Nawawi Tidak boleh sembahyang di tanah perkuburan kerana hadith: “Bumi ke-seluruhannya masjid melainkan kubur dan bilik air.” (Sunan al-Tirmidh)

Jika seseorang itu sembahyang pada tanah perkuburan yang banyak kali digali tidak sah sembahyangnya kerana tanah itu telah bercampur dengan air (sadid) orang mati, jika perkuburan itu baru dan belum digali dibenci (makruh) sembahyang pa-danya kerana ia tempat tanaman najis, sembahyangnya sah kerana tempat dia melakukan sembahyangadalah suci. Al-Imam al-Nawawi seter-usnya membawakan pandangan-pan-dangan ulama mengenai sembahyang di tanah perkuburan : Diriwayatkan daripada `Ali, Ibn Abbas, Ibn Umar `Ata dan al-Nakha`i mereka mem-benci (karihu) sembahyang di tanah perkuburan, daripada Malik, ada dua riwayat, yang lebih masyhur, tidak

dibenci (la yukrah) selama tidak dike-tahui najisnya. Kata al-Imam Ahmad : Sembahyang padanya adalah haram, dari segi sah sembahyangnya atau tidak, ada dua riwayat sekalipun diya-kini sucinya.

Dari apa yang dijelaskan oleh al-Imam al-Nawawi di atas, sembahyang di atas kubur menurut al-Imam Ah-mad adalah haram.

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani ketika mengambil istinbat dari hadith: Bahawasanya kubur bu-kan tempat beribadah, oleh kerana itu sembahyang padanya adalah dibenci, (makruh)

Al-Imam al-Nawawi ada meme-tik daripada al-Imam Abu al-Hasan al-Za`farani R.A. : Tidak boleh sem-bahyang menghadap ke kubur dan di sisinya kerana tabarruk dan menga-gungkannya kerana beberapa hadith (yang melarangnya).

Menurut al-San`ani di dalam Subul al-Salam di dalam mentafsirkan hadith: Menjadikan kubur sebagai masjid ada-lah merangkumi sembahyang mengh-adapnya dan sembahyang di atasnya. Menurutnya lagi larangan itu adalah sebagi sadd al-dhari`ah dan menjauhi dari menyerupai penyembah berhala yang mengagungkan benda yang tidak bernyawa yang tidak mendengar, tidak memberi manafaat dan tidak memberi mudarat.14

Ibn Rajab ada menjelaskan se-bab ditegah sembahyang di tanah perkuburan, katanya: Para ulama yang mengharamkan sembahyang di atas tanah perkuburan dan mengh-adap ke kubur ialah untuk menutup pintu yang membawa kepada syirik, kerana punca syirik dan menyembah berhala adalah disebabkan menga-gungkan kubur.

Dari apa yang dipaparkan menun-jukkan bahawa sembahyang di tanah perkuburan adalah ditegah. Jika tanah perkuburan itu telah digali semula dan ada najis maka sembahyangpadanya adalah tidak sah. Jika ta-nah perkuburan itu belum digali semula sembahyang padanya sah tetapi dibenci (makruh). Walauba-gaimanapun ramai ulama yang men-gatakan haram sembahyang di tanah perkuburan walaupun tanah itu suci.

Dalam hal ini sayugia diambil perha-tian dari nas-nas yang dibentangkan maka pada pandangan penulis (Udah bin Mohsin): Nas-nas yang melarang itu perlu dilihat dari dua sudut, iaitu sudut najis dan dari sudut penghor-matan kepada si mati. Sekalipun tidak ada najis di tempat sembahyang tetapi jika sembahyang itu bertujuan untuk mengagungkan si mati, maka ia ada-lah haram yang

termasuk dalam hadith: “Allah melaknat Yahudi dan Nasrani yang mengambil kubur para nabi sebagaimasjid.”

Adapun mengenai sembahyang jenazah di tanah perkuburan maka menurut kebanyakan ahli ilmu dari ka-langan sahabat Rasulullah S.A.W. dan lain-lain adalah harus. Di antaraulama yang mengharuskan ialah al-Imam al-Syafi`i, Imam Ahmad, Ishaq dan lain-lain.

Dalilnya antara lain: “Daripada Abu Hurayrah R.A. bahawa seseorang lelaki atu perempuan kulit hitam dia berada di al-masjid, dia membersihkan masjid lalu dia mati sedangkan Nabi S.A.W. tidak tahu tentang kematiannya, lalu pada satu hari Baginda mengingat-inya, maka kata Baginda: Apa yang berlaku kepada orang itu? Para Sa-habat menjawab, dia telah meninggal dunia, Wahai Rasulullah! Jawab Bag-inda: Kenapa kamu tidak memberita-hu kepadaku? Mereka menjawab, dia begini,begini lalu mereka mencerita-kan kisahnya, katanya, mereka mem-perkecilkan keadaan orang itu, jawab Nabi: Tunjukkan aku kuburnya,maka Nabi S.A.W. datang ke kuburnya dan sembahyang ke atasnya.” (Sahih al-Bukhari)

Hadith yang lain: “Rasulullah sam-pai ke satu kubur yang masih basah lalu Baginda sembahyang ke atasnya, para Sahabat bersaf di belakang Bag-inda dan Baginda bertakbir empat kali.” (Sahih Muslim)

Dalam kitab Syarh Zad al-Mustaqni` iaitu kitab Mazhab Hanbali : Pendapat yang masyhur dalam Mazhab Han-bali harus sembahyang mayat di atas kubur, tegahan adalah kepada sem-bahyang yang mempunyai ruku` dan sujud.

Kata al-Imam al-Nawawi dalam al-Majmu`: Apabila hadir orang yang belum menyembahyangkan ke atas mayat setelah dikuburkan dan dia hendak menyembahyangkannya di kubur (fi al-qabr) adalah harus dengan tiada khilaf, kerana hadith-hadith yang telah disebutkan.

TOPIK KEEMPAT :Pensyari`atan Menziarahi Kubur Dan Hikmatnya

Nas-nas mengenai pensyariatan men-ziarahi kubur antara lain : “Daripada `Abd Allah bin Buraydah daripada bapanya katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda : Aku telah melarang kamu dari menziarai kubur, maka sekarang hendaklah kamu menziarahinya.” (Sa-hih Muslim)

Hadith di atas jelas menunjukkan

kepada suruhan menziarahi kubur. Hadith yang lain pula ialah : “Daripada Abu Hurayrah R.A., katanya, Rasu-lullah S.A.W. datang ke kubur ibunya lalu Baginda menangis dan Baginda menangiskan orang yang di seki-tarnya. Rasulullah S.A.W. bersabda : Aku minta izin kepada Tuhanku, Allah S.W.T. supaya aku minta ampun un-tuk ibuku tetapi aku tidak diberi izin lalu aku minta izin untuk menziarahi kuburnya Tuhanku mengizinkan aku. Oleh itu, hendaklah kamu menziarahi kubur kerana ia mengingatkan mati.”(Sunan Abi Dawud)

Hadith di atas di samping menyuruh menziarahi kubur, ia juga menjelaskan tentang hikmat menziarahi kubur iaitu mengingatkan mati.

Dari nas-nas yang dibawakan menunjukkan suruhan menziarahi kubur, kerana ia akan mengingatkan mati. Nas juga adalah umum tidak mengkhususkan masa-masa yang ter-tentu. Oleh itu janganlah seseorang itu mengkhususkan menziarahi kubur itu hanya pada masa-masa yang tertentu sahaja seperti lepas sembahyang hari raya sahaja.19

TOPIK KELIMA :Hukum Wanita Menziarahi Kubur

Nas-nas yang melarang : “Daripada Ibn `Abbas katanya, Rasulullah S.A.W. melaknat perempuanperempuan yang ziarah kubur, orang yang menjadikan di atas kubur itu sebagai masjid / tem-pat sembahyang dan memasang lam-pu di atas kubur.” (Sunan al-Tirmidhi; Sunan Abi Dawud)

Nas di atas menjelaskan bahawa Ra-sulullah melaknat wanita-wanita yang menziarahi kubur. Ini menunjukkan larangan keras kepada kaum wanita menziarahi kubur. Nas-nas yang lain: “Daripada Abu Hurayrah bahawa Ra-sulullah S.A.W. melaknat wanita-wan-ita yang menziarahi kubur.” (Sunan al-Tirmidhi)

“Daripada Khalid al-Hadhdha dari-pada Umm al-Hudhayl daripada Umm `Atayyah R.A.`. katanya, kami ditegah dari mengikuti jenazah dan tidak ditegaskan kepada kami.” (Sahih al-Bukhari)

Hadith di atas menunjukkan kepada larangan perempuan mengikuti jenaz-ah, walaubagimanapun larangan itu tidak sampai ke peringkat haram tetapi makruh. Apabila dilarang mengikuti jenazah maka ia membawa kepada dilarang menziarahi kubur. Dari nas-nas di atas menunjukkan larangan ke-pada wanita-wanita menziarahi kubur. Nas-nas yang mengizinkan: “Katanya

Page 5: PENGURUSAN JENAZAH

5MAIS • www.mais.gov.my FOKUS

(`Aisyah), aku berkata, bagaimana aku hendak berkata kepada mereka wahai Rasulullah! Jawab Baginda : Katalah “Kesejahteraan ke atas ahli perkam-pungan (ahli kubur) dari kalangan orang mukmin dan muslim, lelaki dan perempuan. Allah memberi rahmat dari kalangan kita yang terdahulu dan dan yang kemudian kita akan meny-usuli kamu.”(Sahih Muslim)

Ajaran Baginda kepada `Aisyah ke-tika hendak menziarahi kubur di atas menunjukkan bahawa kaum wanita boleh menziarahi kubur. Hadith yang lain: “Daripada Anas bin Malik R.A. katanya : Nabi S.A.W. lalu berhampi-ran seorang wanita yang sedang me-nangis pada satu kubur maka kata Baginda: Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah. Jawab wanita itu, jauhlah engkau dariku, maka sesug-guhnya engkau tidak ditimpa dengan musibah yang menimpa aku dan eng-kau tidak mengetahuinya. Maka diberi tahu kepada wanita itu bahawa dia adalah Nabi s.a.w., lalu perempuan itu pergi ke pintu rumah Nabi S.A.W., maka dia tidak mendapati sebarang pengawal yang menjaga pintu rumah Baginda. Kata wanita itu kepada Bag-inda, aku tidak mengenali engkau. Jawab Baginda : Bahawasanya sabar itu pada permulaan musibah itu men-impa seseorang.” (Sahih al-Bukhari)

Rasulullah membiarkan wanita itu berada di kubur menunjukkan baha-wa kaum wanita boleh ziarah kubur. “Daripada Ibn Buraydah daripada ba-panya katanya, Rasulullah S.A.W. ber-sabda: Aku menegah kamu dari men-ziarahi kubur maka kamu hendaklah menziarahinya.” (Sahih Muslim)

Suruhan di atas pada zahirnya ada-lah umum merangkumi lelaki dan perempuan. Oleh itu kaum wanita boleh ziarah kubur.

Pandangan Ulama Mengenai Ziarah Kubur: Dari nas-nas yang dipaparkan mengenai perempuan menziarahi kubur ternyata ada nas yang melarang dan ada nas yang mengizinkan dan ada nas yang menyuruh.

Pandangan Ulama Mengenai Perem-puan Menziarahi Kubur: Kata al-Imam al-Tirmidhi: Sesetengah ahli ilmu ber-pendapat perkara ini (larangan perem-pun menziarahi kubur) sebelum Nabi S.A.W. memberi kemudahan (keiz-inan) untuk menziarahi kubur. Apa-bila Nabi memberi kemudahan maka kemudahan itu meragkumi lelaki dan wanita. Ada setengah ulama menga-takan, dibenci bagi perempun ziarah kubur kerana mereka kurang sabar dan banyak keluh kesah.

Kata al-Hafiz Ibn Hajar : Apabila diberi kelonggaran untuk ziarah kubur,

maka termasuklah dalam kelonggaran itu lelaki dan perempuan. Ini adalah pendapat kebanyakan ulama iaitu apabila aman dari fitnah.

Kata Ali al-Qari : Hukum perempuan tentang ziarah kubur adalah seperti lelaki, jika mereka berziarah dengan menunaikan syarat-syarat yang wajib keatas mereka.Adapun hadith yang melarang menziarahi kubur itu adalah kepada perempun yang ziarah kubur dengan melakukan perkara-perkara yang diharamkan seperti menangis dengan melaung dan memukul-mukul dada dan lain-lain seperti yang biasa dilakukan oleh kaum wanita.

Ada ulama yang membezakan di antara perempuan tua dengan perem-puan muda, dan sama ada ziarah itu hanya kaum wanita sahaja dan yang campur ada lelaki dan ada perem-puan. Jika ada lelaki dan perempuan maka haram bagi perempuan muda ziarah kubur. Adapun bagi wanita tua harus bagi mereka berbuat demikian. Jika yang berziarah itu hanya perem-puan sahaja maka harus bagi semua perempuan ziarah kubur, tua atau muda.

Al-Imam al-Nawawi ada menukil pendapat ulama dalam mazhab al-Syafi`i mengenai hokum perempuan menziarahi kubur, ada yang menga-takan haram tetapi menurut al-imam al-Nawawi pendapat ini ganjil (syadh), ada yang menghukumkan makruh dan ada yang menghukumkan harus. Menurut al-Imam al-Nawawi penda-pat yang lebih sahih (al-asah) adalah harus jika aman dari fitnah.

Ada juga yang mengatakan harus itu bagi wanita tua yang mencukupi syaratnya. Menurut pandangan penu-lis, sesungguhnya untuk mendapat pengajaran dari ziarah kubur supaya lembut hati, ingat kepada mati dan insaf, sama sahaja bagi lelaki dan perempuan. Oleh itu sebagaimana dituntut untuk kaum lelaki menziarahi kubur maka begitu juga dituntut ke-pada kaum wanita berbuat demikian tetapi mesti menutup `aurat, tidak bersolek, tidak ada sebarang percam-puran di antara lelaki dengan perem-puan ajnabi. Walaubagimanapun bagi perempuan muda jika di sana ada le-laki ajnabi adalah ditegah.

TOPIK KEENAM :Perempuan Mengikuti Jenazah Ke Kubur

Jika di atas tadi memperkatakan zi-arah kubur secara umum maka men-genai kaum wanita mengikuti jenazah ke kubur Rasulullah S.A.W. bersabda: “Daripada Umm `Atiyyah R.A. katanya

: Kami ditegah dari mengikuti jenazah dan tidak dikuatkan ke atas kami (tega-han tersebut).” (Sahih al-Bukhari)

Apabila Sahabat berkata: Kami dite-gah maka yang menegah mereka ada-lah Rasulullah S.A.W. Ini bermaksud: Rasulullah S.A.W. menegah kami dari mengikuti jenazah tetapi Baginda tidak menguatkan tegahan tersebut. Hadith di atas menunjukkan kepada dilarang kaum wanita mengikuti jenazah ke kubur tetapi tegahan itu tidak sampai peringkat haram. Perbuatan itu adalah dibenci (makruh).

Pandangan ulama mengenainya: Kata al-Imam al-Nawawi dalam al-Ma-jmuk: al-Syafi`i dan sahabat berkata: Sunat bagi kaum lelaki mengikuti jenaz-ah sehingga dikebumikan. Ini adalah mujma` „alayh kerana beberapa ha-dith sahih mengenainya. Adapun bagi kaum wanita maka dibenci (yukrah) mengikutinya, dan tidak haram. Inilah pendapat yang betul, dan inilah yang diperkatakan oleh sahabat-sahabat kami (dalam mazhab al-Syafi`i).

Kata Ibn Daqiq al-`Id seorang ulama agung tentang mazhab al-Syafi`i da-lam kitabnya, Ihkam al-Ahkam Syarh „Umdah al-Ahkam. Dibenci (makruh) bagi kaum wanit mengikut jenazah ke kubur. Al-Hafiz Ibn Hajar al-„Asqalani menyebut tegahan itu adalah mengi-kuti jenazah sampai ke kubur, adapun memberi takziah kepada keluarga si mati (di rumahnya) adalah tidak dite-gah. Kata al-Imam al-Nawawi lagi: Dibenci (makruh) mengikuti jenazah adalah merupakan mazhab kami dan mazhab kebanyakan ulama (jumhur al-ulama). Ibn al-Mundhir telah menghi-kayatkannya daripada Ibn Mas`ud, Ibn `Umar, Abu Umamah, `Aisyah, Mas-ruq, al-Hasan, al-Nakha`i, al-Awza`i, Ahmad, Ishaq dan al-Thawri.

Menurut ulama-ulama mazhab Hanafi larangan itu adalah berbentuk makruh tahrim iaitu haram. Kata pen-garang Kitab al-Durr al-Mukhtar: Ibn `Abidin menjelaskan sebab larang itu adalah kerana beberapa hadith men-genainya.29

Apabila bagi kaum wanita ditegah untuk megiringi jenazah ke kubur maka apa yang dituntut kepada mer-eka ialah menyembahyangkan jenaz-ah. Perkara ini yang telah sabit dari amalan Sahabat dan diperakui oleh mereka.

Kaum wanita boleh menyem-bahyangkan jenazah sama ada di ru-mah atau di masjid. Antara dalil pen-syariatan wanita menyembahyangkan jenazah dan menyembahyangkannya di masjid ialah: “Daripada `Aisyah bahawasanya apabila Sa`ad bin Abu Waqqas meninggal dunia isteri-isteri Nabi S.AW. mengutus supaya mereka

(kaum lelaki) membawa jenazahnya ke dalam masjid supaya mereka me-nyembahyangkannya, maka mereka melakukannya lalu jenazahnya diber-hentikan di bilik-bilik mereka untuk mereka menyembahyangkannya.” (Sahih Muslim)

Hadith ini menunjukkan harus bagi wanita menyembahyangkan jenazah di masjid kerana `Aisyah meminta su-paya jenazah Sa`d dibawa ke dalam masjid untuk kaum wanita menyem-bahyangkannya. Para Sahabat meres-tui permintaan `Aisyah dan perbuatan-nya menunjukkan perkara iatu tiada tegahan.

Kategori orang yang menyem-bahyangkan Rasuullah S.A.W. adalah dari Sahabat lelaki, perempuan dan kanak-kanak.

Dalam kitab al-Khasais al-Kubra, al-Imam al-Suyuti ada menyebut menge-nai para Sahabat menyembahyangkan jenazah Rasulullah S.A.W.: “Sehingga menyembahyangkanya (akan Rasu-lullah S.A.W.) oleh kaum lelaki, kemu-dian kaum wanita, kemudian kanak-kanak.”

Begitu juga yang disebut oleh al-Imam al-Suyuti dalam Tanwir al-Ha-walik, Syarh Muwatta Imam Malik.

Al-Imam al-Mawardi menyebut da-lam kitabnya, al-Hawi fi Fiqh al-Syafii: Al-Imam al-Mawardi ada menyebut bahawa yang menyembahyangkan Ra-sulullah S.A.W. adalah dari kaum lelaki dan wanita. Lelaki dahulu, kemudian wanita, kemudian kanak-kanak.

Al-Imam al-Nawawi juga menyebut perkara yang sama. Menurut al-Imam al-Nawawi lagi: Wanita yang bersa-ma-sama lelaki mereka sembahyang mengikut imam lelaki. Katanya lagi ini adalah pendapat sekumpulan dari ulama Salaf. Antaranya al-Hasan bin Salih, Sufyan al-Thawri, Ahmad dan lain-lain. Walaubagaimanapun menu-rut al-Imam al-Syafii : Saya suka ba-hawa mereka menyembahyangkan mayat sendiri-sendiri, dan jika mereka diimamkan oleh salah seorang dari mereka adalah harus, tetapi meny-alahi yang afdal.

Hadith Rasulullah: “Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah R.A. katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda: Sesiapa yang menghadiri jenazah sehingga dia sembahyang, maka baginya satu qirat, dan sesiapa yang menghadiri sehing-ga jenazah itu ditanam maka baginya dua qirat . Dikatakan: Apa itu al-qira-tan? Jawab Baginda: Seperti dua bukit yang besar.” (Sahih al-Bukhari)

Sabda Baginda: Adalah merang-kumi kaum wanita. Apabila sabit tega-han kepada mereka untuk megiringi jenazah maka mereka hendaklah meninggalkan dari mengikuti jenazah

Page 6: PENGURUSAN JENAZAH

6 MAIS • www.mais.gov.myFOKUS

ke kubur.Dalam masyarakat kita hari ini nam-

paknya apa yang disuruh mereka tidak buat tetapi yang dilarang itu yang mer-eka buat.

TOPIK KETUJUH :Hukum Ditulis Sesuatu Di Atas Kubur

Nas-nas mengenainya: “Daripada Ja-bir katanya : Rasulullah S.A.W. me-negah bahawa dibina di atas kubur, ditambah di atasnya atau disimen. Suliman bin Musa meriwatkan dengan ada tambahan atau ditulis di atasnya.” (Sunan al-Nasa`)

“Daripada Jabir katanya: Nabi S.A.W. menegah bahawa disimen kubur, ditu-lis atasnya, dibina di atasnya dan dipi-jak.” (Sunan al-Tirmidhi)

Nas-nas di atas menunjukkan laran-gan ditulis sesuatu di atas kubur.Pan-dangan Ulama Mengenainya: Kata Abu al-Tayyib al-Sindy : Kemungkinan tegahan menulis itu adalah umum, termasuk menulis nama orang yang dikuburkan, tarikh wafat, menulis se-suatu dari al-Qur`an atau nama-nama Allah untuk mengambil barkat kerana lama kelamaan akan gugur dan dipi-jak. Kata al-Syawkani di dalam Kitab Nayl al-Awtar : Hadith ini menunjuk-kan haram menulis di atas kubur. Zahirnya tiada perbezaan di antara menulis nama orang yang dikuburkan dan lainnya.

Menurut Ibn Hajar al-Haytami : Salah seorang ulama mazhab al-Syafi`i: makruh menulis sesuatu di atas kubur.

Kata al-`Azra`i salah seorang ulama mazhab al-Syafi`i : menulis di atas kubur adalah dibenci (makruh), sama ada yang ditulis itu nama si mati diba-hagian kepalanya atau lainnya.

Beginilah yang telah disebut oleh ulama secara umum. Selepas itu be-liau memberi pendetailan.

Menurut qias yang jelas, haram menulis ayat al-Qur`an kerana ia terde-dah kepada dipijak, terkena najis dan terkena kekotoran mayat ketika digali semula pada tanah perkuburan awam. Yang lain dari al-Quran kemungkinan makruh atau haram kerana ada laran-gan. Adapun menulis nama si mati supaya dikenal sekadar yang perlu sa-haja, maka ia disukai (istihbab), tidak makruh kususnya kubur awliya dan salihin supaya dikenali. Menurutnya ditegah menulis nama itu jika bertu-juan untuk berbangga-bangga, untuk hiasan dan menyebut sifat-sifatnya yang palsu atau menulis al-Qur`an.

Pandangan penulis. Tegahan menu-lis di atas kubur dalam nas-nas di

atas adalah umum, sama ada nama si mati atau lainnya. Perbuatan itu jika tidak haram adalah dibenci (makruh). Tetapi ada juga ulama yang menghar-uskan ditulis nama si mati sahaja un-tuk mudah dikenali.

TOPIK KELAPAN :Menjadikan Kubur Sebagai Tempat Perayaan

“Daripada Abu Hurayrah katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda: Jan-gan kamu jadikn rumah kamu se-bagi kubur, dan jangan kamu jadikan kuburku sebagai hari perayaan, dan hendaklah kamu selawat ke atasku maka bahawasanya selawat kamu sampai kepadaku di mana kamu be-rada.” (Sunan Abi Dawud)

Hadith ini juga ada disebut oleh al-Imam al-Nawawi dalam Riyad al-Sal-ihin katanya: Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Dawud dengan sanad yang sahih.

Antara kandungan hadith di atas ialah melarang dari menjadikan kubur Rasululah sebagi tempat hari per-ayaan. Apabila dilarang dilakukan ke-pada kubur Rasulullah maka dilarang juga dilakukan kepad kubur para awli-ya dan lainnya.

Pandangan Ulama: Seorang ulama besar mazhab al-Syafi`i, Ibn `Allan dalam syarh Riyad al-Salihin ada me-nyebut, di antara tafsiran hadith di atas ialah melarang menjadikan kubur Rasulullah S.A.W. sebagai tempat berhimpun seperti perhimpunan Hari Raya yang penuh dengan suka ria dan berhias.

Salah seorang ulama besar ber-mazhab al-Syafi`i, `Abd al-Ra’uf al-Munawi ada menyebut dalam Fayd al-Qadir ketika mensyarahkan hadith di atas dengan katanya : Jangan kamu jadikan kuburku kelihatan seperti Hari Raya. Maksudnya ditegah berkumpul untuk menziarahi Rasulullah sama seperti mereka berkumpul untuk Hari Raya. Sebabnya ialah untuk tidak me-nyusahkan, atau kerana Rasulullah tidak suka mereka akan melampaui batasan dari segi mengagungkan Bag-inda. Seterusnya beliau menyebut: Bahawa perhimpunan orang ramai pada setengah kubur-kubur awliya pada hari atau bulan yang tertentu pada setip tahun, dan mereka berkata hari ini adalah hari kelahiran Syeikh si pulan, mereka makan, minum atau lainnya di situ adalah ditegah dari segi syara’ dan bagi pihak yang berkuasa hendaklah menegah mereka dari yang demikian.

Terdapat ulama yang mentafsirkan, jangan kamu jadikan kuburku sebagi

`aid `Aid ialah sesuatu yang selalu da-tang dan selalu di tuju samada masa atau tempat. Jika nama tempat maka ia tempat yang di tuju untuk berkum-pul melakukan ibadah dan lainnya seperti al- Masjid al-Haram, Mina, Muzdalifah dan `Arafah. Ia dijadikan sebagai perayaan bagi orang Islam, seperti itu juga Allah jadikan dua Hari Raya sebagai hari perayaan. Orang-orang musyrikin mempunyai perayaan sama ada masa dan tempat, apabila datang Islam Allah hapuskannya dan menggantikannya dengan Hari Raya Fitri dan Hari Raya Haji, begitu juga Al-lah gantikan perayaan tempat dengan Ka`bah, Mina, Muzdalifah dan lainnya. (Abadi 1968, 6: 23).

Pendapat yang akhir ini juga melarang menjadikan kubur Rasu-lullah SA.W. sebagai tempat perayaan, sama ada satu tahun sekali atau lain-nya.

TOPIK KESEMBILAN :Memasang Lampu Di Kubur

“Daripada Ibn `Abbas katanya: Rasu-lullah S.A.W. melaknat wanita-wanita yang menziarahi kubur dan mereka yang menjadikan tempat-tempat sujud/masjid di atas kubur dan memasang lampu / pelita.” (Sunan al-Tirmidzi)

Hadith di atas antara lain melarang memasang lampu / pelita di atas kubur.

Pandangan Ulama Mengenainya: Di alam kitab Tuhfah al-Ahwadhi oleh al-Mubarakfuri beliau ada menyebut: Ditegah dari memasang lampu di atas kubur kerana mensia-siakan harta tanpa feadah, dan menjaga dari men-gagungkan kubur seperti menjadikan-nya sebagai masjid.

Di dalam Hasyiyah al-Sindi `Ala al-Sunan al-Nasa’i oleh al-Sindi beliau menyebut: Ditegah memasang lampu/pelita kerana mensia-siakan harta tanpa feadah, ia seolah-olah menga-gungkan/menghormati kubur seperti menjadikannya sebagi masjid.

Di dalam kitab Fayd al-Qadir oleh al-Munawi beliau menyebut : Kerana bahawasanya ia mensia-siakan harta tanpa feadah. Zahirnya adalah haram memasang lampu di atas kubur kera-na ia menyerupai masjid yang dinyala-kan lampu untuk sembahyang, per-buatan memasang pelita di atas kubur juga adalah menghampirkan api ke-pada mayat dan telah warid larangan mengenainya sebagimana terdapat dalam Sunan Abu Dawud dan lainnya. Walaubagaimanapun memasang lam-pu untuk membaca dan untuk istigh-far kepada Allah untuk si mati adalah tidak mengapa. (Al-Munawi 1938, 5: 349).

Dalam Kitab Mir`qat al-Mafatih Syarh Mishkat al-Masabih ada disebut: kerana bahawasanya padanya (me-masang lampu/pelita) mensia-siakan (harta) tanpa manafaat dan menyeru-pai kepada megagungan kubur, sep-erti menjadikannya sebagai masjid. Hadith ini adalah jelas menolak orang yang membina kubah di atas kubur , sujud menghadap kubur, memasang lampu di atasnya, meletakkan bunga dan bau-bauan di atasnya bertujuan memulia dan mengagungkan orang yang dikuburkan.

Di dalam Kitab Mirqat al-Mafatih oleh ̀ Ali al-Qari beliau menyebut : dite-gah memasang lampu / pelita di atas kubur kerana mensia-siakan harta, ia juga tanda api neraka, dan memeli-hara dari mengagungkan kubur se-bagaimana ditegah dari menjadikan kubur sebagai masjid. Begitulah yang diperkatakan oleh setengah ulama kita.

Kata Ibn Qudamah : Tidak harus (dilarang) memasang lampu di kubur kerana sabda Nabi S.A.W.: Jika perka-ra itu harus nuscaya Nabi S.A.W. tidak melaknat orang yang melakukannya, perbuatan itu juga mensia-siakan harta tanpa faedah dan melampau-lampau pada mengagungkan / menghormati kubur, ia menyerupai mengagungkan berhala.

TOPIK KESEPULUH :Mencium, Mengucup, Menyentuh Kubur, Dindingnya Atau Sebagainya.

Al-Imam al-Nawawi dalam al-Majmu` menyebut : Kata al-Hafiz Abu Musa al-Asfahani R.A. dalam Kitabnya, Adab Ziarah al-Qubur, kata Abu al-Hasan Muhammad bin Marzuq al- Za`farani, beliau adalah merupakan seorang ulama besar dalam fiqh dari kalangan muhaqqiqin mazhab al-Syafi`i dan juga seorang muhaddith: dalam kitabnya mengenai jenazah: Tiada boleh (orang yang ziarah kubur) menyentuh kubur dengan tangannya, dan tidak boleh mengucupnya. Kata Abu al-Hasan al-Za`farani lagi: menyentuh kubur dan mengucupnya yang dilakukan oleh orang awam sekarang ini adalah ter-masuk dalam bid`ah munkarah dari segi syara`, sepatutnya dijauhi dan ditegah pelakunya. Sesiapa yang hen-dak memberi salam kepada si mati, dia memberi salam dari arah mukan-ya, dan apabila dia hendak berdoa dia berpaling dari tempatnya dan meng-hadap kiblat. Kata al-Hafiz Abu Musa al-Asfahani: kata para fuqaha’ yang luas ilmunya dari ulama Khurasan: Yang disunatkan (al-mustahabb) un-

Page 7: PENGURUSAN JENAZAH

7MAIS • www.mais.gov.my FOKUS

tuk ziarah kubur, bahawa seseorang itu berdiri membelakangkan kiblat dan menghadap muka si mati lalu mem-beri salam, dan tidak mengesat kubur, tidak mengucup kubur dan tidak me-nyentuhnya, kerana yang demikian itu adalah adat orang Nasrani. Kata al-Hafiz Abu Musa al-Asfahani lagi: Apa yang dikatakan oleh para fuqaha Khurasan itu adalah benar, kerana te-lah terdapat hadith-hadith sahih yang menegah dari mengagungkan kubur.

Dari kenyataan dua ulama besar mazhab al-Syafi`i di atas menunjuk-kan dilarang mengesat, menyentuh, memegang, mencium dan mengucup kubur. Apa yang dilakukan oleh orang awam sekarang ini adalah termasuk dalam bid`ah munkarah dari segi syara’ sepatutnya dijauhi dan ditegah pelakunya.

Al-Imam al-Nawawi juga ada meme-tik daripada al-Imam Abu al-Hasan al-Za`farani R.A. juga, di mana beliau adalah merupakan seorang ulama be-sar dalam fiqh mazhab al-Syafi`i dia juga seorang muhaddith: tidak boleh sembahyang menghadap ke kubur dan di sisinya kerana mengambil ber-kat dan mengagungkannya kerana be-berapa hadith (yang melarangnya)

Kenyataan al-Imam al-Za`farani di atas adalah melarang dari sembahyang menghadap ke kubur dan sembahyang di sisinya untuk mengambil berkat dan mengagungkan si mati.

Kata al-Imam al-Syafi`i sebagaimana yang dinukil oleh al-Munawi : Aku benci (akrah) bahawa diagungkan seseorang makhluk sehingga dijadikan kuburnya sebagai masjid/tempat sem-bahyang, keran takut menjadi fitnah ke atasnya dan ke atas orang lain.

Di atas tadi adalah pandangan al-Imam al-Syafi`i yang membenci kepa-da diagungkan seeorang, sehingga ku-burnya dijadikan tempat sembahyang. Ibn Rajab al-Hanbali ada menjelaskan sebab ditegah sembahyang di tanah perkuburan, katanya : para ulama yang mengharamkan sembahyang di atas tanah perkuburan dan mengh-adap ke kubur ialah untuk menutup pintu yang membawa kepada syirik, kerana punca syirik dan menyembah berhala adalah disebabkan menga-gungkan kubur.

Orang yang mengesat, menyentuh, memegang, mencium dan mengucup kubur adalah bertujuan untuk menga-gungkan si mati, menyayangi secara yang tidak betul atau mengambil berkat dari si mati. Semua ini adalah dilarang. Tanda sayang kepada si mati adalah berdoa kepada Allah banyak-banyak untuknya. Mungkin orang bertanya kenapa kita disunatkan ketika tawaf mengucup Hajar Aswad ? Mengucup

Hajar Aswad adalah sematamata ker-ana mengikut Nabi. (li al-ittiba`). Kata Sayidina Umar: “Aku mengetahui ba-hawasanya engkau adalah batu tidak memberi mudarat dan tidak memberi manfaat, kalau tidak kerana aku me-lihat Nabi S.A.W.mengucup engkau nuscya aku tidak mengucup engkau.” (Sahih al-Bukhari)

Perbuatan Sayidina Umar dan per-buatan kita mengucup Hajar Aswad hanya semata-mata mengikut Nabi S.A.W.

TOPIK KESEBELAS :Meminta Dari Si Mati Supaya Ditunaikan Hajat Peminta Dan Meminta Untuk Menunaikan Hajat Di Atas Kubur

Antara nas mengenai perkara ini ialah: “Jangan kamu berdo`a dari selain Al-lah yang tidak memberi manfat dan mudarat kepadamu, maka jika engkau lakukan yang demikian maka sesung-guhnya engkau adalah dari kalangan orang yang zalim.” (Surah Yunus, 10 : 106)

Maksud zalim di sini ialah syirik. Fir-man Allah: “Bahawasanya syirik itu adalah kezaliman yang amat besar.”(Surah Luqman, 31 : 13)

Firman-Nya lagi : “Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang berdoa selain dari Allah yang tidak mengka-bulkan baginya sehingga Hari Kiamat, sedangkan makhluk-makhluk yang mereka berdoa kepadanya itu lalai ter-hadap doa mereka.” (Surah al-Ahqaf, 46 : 5)

Firman-Nya lagi: “Dan mereka yang berdoa kepada selain dari Allah yang mereka berdoa kepadnya itu tidak memperkenankan sesuatu untuk mer-eka.” (Surah al-Ra’d, 13 : 14)

Firman-Nya lagi: “Dan Tuhan kamu berfirman: Hendaklah kamu berdoa kepadaku, bahawasanya mereka yang sombong dari beribadah kepada-Ku mereka akan masuk nereka jahannam dengan keadaan hina.” (Surah Ghafir, 40 : 60)

Firman-Nya lagi: “Dan apabila ham-ba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka sesungguhnya Aku adalah hampir, Aku memperke-nankan doa orang yang berdoa apa-bila dia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku mudah-mudahan mereka menjadi orang yang cerdik.” (Surah al-Baqarah, 2 : 186)

Dalam ayat pertama, Allah melarang dari berdoa kepada yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak memberi manafaat atau mudarat. Dalam ayat kedua, Al-

lah menjelaskan bahawa orang yang paling sesat ialah orang yang berdoa kepada yang lain dari Allah S.W.T. iaitu sesuatu yang tidak akan memperke-nankan doa sehingga hari Kiamat. Dalam ayat ketiga, Allah menerangkan orang yang berdoa kepada yang lain dari Allah, yang mereka berdoa ke-padanya itu tidak memperkenankan sesuatu untuk mereka. Dalam ayat keempat, Allah memerintahkan kita semua supaya berdoa kepada-Nya. Dalam ayat kelima, Allah menjelaskan bahawa Allah memperkenankan doa orang yang berdoa kepada-Nya.

Hadith: “Apabila engkau meminta maka hendaklah engkau meminta kepada Allah.” (Sunan al-Tirmidh) Hadith ini adalah potongan dari ha-dith yang panjang: “Aku berada di belakang Nabi S.A.W. pada satu hari, maka Baginda bersabda: Wahai anak-ku, sesungguhnya aku akan mengaja-rimu beberapa kalimah, iaitu jagalah Allah nescaya Dia akan menjagamu jagalah Allah nescaya Dia akan selalu bersamamu jika kamu meminta se-suatu, maka mintalah hanya kepada Allah jika kamu meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan hanya kepada Allah. Ketahuilah sekiranya umat manusia berkumpul dan sepa-kat untuk memberikan manafaat un-tukmu, maka mereka tidak akan da-pat memberikan manafaat kepadamu, kecuali sesuatu yang telah ditetapkan Allah untukmu dan sekiranya mereka berkumpul dan sepakat untuk mem-berikan mudarat kepadamu, nescaya mereka tidak dapat memberikan mu-darat kepadamu melainkan sesuatu yang telah Allah tetapkan untukmu. Pena telah diangkat dan buku catatan telah kering.” (Sunan al-Tirmidhi)

Di atas tadi adalah nas-nas al-Qur`an yang melarang berdoa kepada yang lain dari Allah dan memerintahkan su-paya berdoa kepada Allah. Nas yang akhir sekali adalah hadith Rasulullah S.A.W. yang tegas menjelaskan su-paya kita semua disuruh bermohon kepada Allah.

Adalah dilarang meminta kepada manusia yang bukan dalam kemam-puannya. Ia boleh membawa kepada syirik kerana si peminta telah mem-berikan kepada makhluk sesuatu yang bukan haknya, bahkan ia adalah hak Allah.50 Contohnya seperti mem-inta disembuhkan dari penyakit dan meminta kepada manusia supaya di-panjangkan umur adalah membawa kepada syirik. Jika ini adalah kepada yang hidup maka apatah lagi kepada yang telah mati. Orang yang telah mati yang berada dalam kubur tidak boleh memberi sesuatu pertolongan kepada orang yang hidup, bahkan orang yang

hidup dituntut supaya berdoa untuk orang telah mati.

TOPIK KEDUA BELAS :Bersembang Di Atas Kubur

Untuk mengetahui perkara berkaitan dengan tajuk di atas, bolehlah kita memahami hadith di bawah ini : “Ses-ungguhnya aku telah menegah kamu dari ziarah kubur, bahawasanya telah diizinkan kepada Muhammad untuk menziarahi kubur ibunya maka kamuhendaklah ziarah kubur kerana ia mengingatkan Hari Akhirat.” (Sunan al-Tirmidhi)

Dari hadith di atas menunjukkan bahawa matlamat menziarahi kubur adalah untuk memperingatkan kita kepada Hari Akhirat. Oleh itu ziarah kubur tidak sama dengan ziarah ru-mah sudara mara, tidak sama dengan ziarah sahabat handai dan jauh tidak sama dengan pergi ke bandar untuk membeli belah. Al-Imam al-Nawawi ada menyebut, orang yang berjalan bersama-sama mayat disunatkan sibuk dengan dhikru Allah, ke mana kesudahan mayat ini, inilah akhir dia berada di dunia, semua penghuni dunia akan menemui seperti ini.

Jangan sekali-kali bercakap men-genai perkara-perkara yang tidak ber-faedah. Ini adalah waktu berfikir dan berzikir, jangan lalai, jangan melaku-kan perkara yang sia-sia dan berbual kosong. Apabila telah diketahui baha-wa matlamat menziarahi kubur ada-lah untuk mengingatkan kita kepada Hari Akhirat, oleh itu semasa berjalan bersama-sama jenazah perbanyakkan dhikru Allah dan janganlah berbual kosong, maka begitulah juga semasa kita telah berada di kubur, banyak-kan dhikru Allah, ingatlah, kita semua akan menemui nasib yang sama, tidak boleh dielakkan.

Jika berbual kosong dilarang apa-tahlagi gelak ketawa dan yang seum-pamanya kerana ini semua melalaikan dari megingati akhirat.

TOPIK KETIGA BELAS :Memasang Payung, Khemah Dan Yang Seumpamanya Di Atas Kubur

Nas mengenainya: “Ibn Umar melihat khemah di atas kubur Abd al-Rahman, lalu katanya, cabutlah wahai pemuda! Sesungguhnya melindunginya oleh amalannya.” (Sahih al-Bukhari)

Nas di atas melarang seseorang memasang khemah di atas kubur bertujuan untuk melindungi si mati atau tujuan-tujuan lain yang diang-gap boleh memberi manafaat kepada

Page 8: PENGURUSAN JENAZAH

8 MAIS • www.mais.gov.myFOKUS

si mati. Sama dengan khemah ialah apa jua yang diletakkan di atas kubur bertujuan untuk memberi manafaat kepada si mati. Seperti mencacakkan payung di atas kubur atau yang seum-pamanya.

Pandangan Ulama: Kata al-`Ayni dalam `Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari: bahawa mencacakkan khemah di atas kubur adalah dibenci (makruh). Itu tidak mendatangkan manafaat kepada si mati. Tiada yang memberi manafaat kepada si mati kecuali amal salih yang telah dilaku-kannya. Adapun mencacakkan khe-mah untuk berteduh bagi orang hidup kerana mengelakkan dari panas ma-tahari adalah harus. (Al-`Ayni t.t. 8: 183). Adapun mencacakkan pelepah tamar di atas kubur maka pensyari-atannya adalah sabit daripada Ra-sulullah S.A.W. sekalipun ada ulama yang mengatakan itu hanya khusus bagi Nabi S.A.W.

Kata al-Imam al-Nawawi: al-Baghawi dan lainnya berkata: dibenci (yukrah) memasang payung di atas kubur ker-ana Umar R.A. melihat payung di atas kubur lalu beliau menyuruh mengang-katnya sambil berkata: Biarkan dia (si mati dalam kubur), yang melindung-inya amalannya.

Kata Muhammad al-Khatib al-Syar-bini dalam Mughni al-Muhtaj: dan dibenci (yukrah) bahawa diletakkan payung di atas kubur, kerana Umar R.A. melihat kubah lalu beliau men-jauhkannya sambil berkata: biarkan dia, amalannya melindunginya. Kata al-Khatib al- Syarbini lagi: dan dibenci mencium pagar di atas kubur/kotak (tabut), begitu juga dibenci mencium kubur dan menyentuhnya, begitu juga mencium bendul pintu ketika hendak masuk menziarahi para wali. Ini semua adalah bida`ah yang dilakukan oleh orang ramai. Lalu beliau membawa ayat al-Qur`an: “Adakah orang yang telah dihiaskan kejahatan amalan-nya, lalu dia melihatnya sebagai baik.” (Surah Fatir, 35 : 8)

Al-Imam Ibn Hajar al-Haytami da-lam Tuhfah al-Muhtaj menyatakan dibenci (yukrah) dipasang payung di atas kubur, jika tidak mempunyai tu-juan yang benar.

Kata Muhammad al-Syarbini al-Khatib dalam Iqna’ : jika payung / khemah itu dibina di atas kubur orang awam hukumnya adalah haram dan hendaklah dirobohkan kerana men-jadikan sempit untuk orang ramai.

Dari keterangan-keterangan ulama yang bersandarkan kepada al-athar di atas menunjukkan bahawa meletakkan payung, mencecakkan khemah atau yang seumpamanya yang dianggap boleh memberi manafaat kepada si

mati adalah satu perkara yang dibenci oleh syara’, ia adalah termasuk dalam bida`ah mungkarah, iaitu bida’ah yang ditegah, kecuali mempunyai tujuan yang benar yang memberi manafaat kepada orang yang hidup seperti me-masang payung/khemah untuk orang yang menggali kubur bagi mengelak-kan dari panas dan hujan. Adapun mencacakkan pelepah / dahan yang basah di atas kubur maka sabit hadith mengenainya.

TOPIK KEEMPAT BELAS :Menghiasi Kubur

Jika maksud dengan menghiasi kubur itu ialah menyimen kubur, memasang batu mar-mar atau mozek atau yang seumpamanya maka ini adalah dite-gah. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Dari-pada Jabir katanya: Rasulullah s.a.w. menegah bahawa dikeraskan tanah kubur (disimen), duduk di atas kubur dan dibina di atas kubur.” (Sahih Mus-lim)

Hadith di atas adalah menegah membina sesuatu di atas kubur dan mengeraskan tanah kubur (menyi-men), memasang batu mar-mar dan yang seumpamanya. Tujuan menzi-arahi kubur adalah untuk mengin-gatkan kepada akhirat, jangan hanya leka dengan dunia. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, aku telah menegah kami dari menziarahi kubur maka ziarahilah ia. Kerana menziarahi kubur itu men-zuhudkan di dunia dan mengingatkan akhirat.” (Sunan Ibnu Majah)

“Daripada Anas katanya: Rasulullah S.A.W. … Aku telah menegah kamu dari ziarah kubur, kemudian ternyata bagiku, oleh itu hendaklah menziara-hinya maka sesuggguhnya ia melem-butkan hati, mengalirkan air mata dan mengingatkan akhirat.” (Al-Sunan al-Kubra li al-Bayhaqi)

“Aku menegah kamu dari zirah kubur, kemudian ternyata bagiku bahawasanya ia melembutkan hati, mengalirkan air mata dan mengingat-kan akhirat, oleh itu hendaklah kamu menziarahinya.” (Musnad Ahmad)

Sama dengan hadith di atas ialah: Dari hadith-hadith di atas menun-jukkan bahawa hikmat ziarah kubur ialah melembutkan hati, mengalirkan air mata, menjadikan zuhud di dunia dan megingatkan akhirat. Rasulullah S.A.W. yang merupakan orang yang telah dijamin syurga dan diselamat dari azab, banyak berdoa dari fitnah dan azab kubur: “Bahawa Nabi S.A.W. adalah Baginda berlindung (kepada Allah dengan berdoa): Ya Allah ! Aku berlindung kepada-Mu dari fitnah ner-aka dan azab neraka, dan aku berlind-

ung kepada-Mu dari fitnah kubur dan aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur.” (Sahih al-Bukhari)

Oleh kerana itu jika kubur itu dihiasi dengan cantIk maka matlamat ziarah kubur itu tidak akan dicapai. Oleh se-bab itu menghiasi kubur adalah dila-rang.

Sebelum ini telah dibincangkan mengenai larangan memasang lampu di atas kubur. Kata ulama di antara se-bab larangannya ialah mensia-siakan harta, maka menghiasi kubur adalah mensia-siakan harta. Kata al-Sheikh Muhammad al-Syarbini al-Khatib

Dalam Kitab al-Iqna`: Disunatkan menjirus kubur dengan air, kerana Nabi S.A.W. melakukannya kepada kubur anak Baginda, Ibrahim. Yang paling utama dengan air suci lagi se-juk. Maka terkeluar dari “dengan air” ialah air bunga ros, maka menjirus dengannya adalah dibenci (makruh), kerana mensia-siakan harta. Kata al-Subki : Tidak mengapa jika sedikit jika bertujuan untuk didatangi malai-kat, kerana malaikat suka kepada bau yang harum.57 Apa yang difahami dari penjelasan al-Syeikh Muhammad al-Syarbini al-Khatib di atas bahawa meletakkan bunga yang banyak, atau yang lainnya adalah termasuk dalam mensia-siakan harta atau dengan lain perkataan, satu pembaziran.

TOPIK KELIMA BELAS :Adab-Adab Menziarahi Kubur

Tujuan menziarahi kubur adalah un tuk mendapat pengajaran, melembutkan hati supaya sentiasa tunduk kepada Allah, ingat kepada mati dan ingat ke-pada Hari akhirat. Seorang yang berzi-arah kubur:• Hendaklah menutup aurat.• Hendaklah membetulkan niatnya.• Tujuan ziarah kubur adalah kerana Allah untuk mendapat pengajaran dan ingat akan mati.• Setelah dia melangkah ke dalam tanah perkuburan dia sebaik-baiknya memberi salam kepada ahli kubur dengan ucapan: “Kesejahteraan ke atas ahli perkampungan (ahli kubur) dari kalangan orang mukmin dan muslim, lelaki dan perempuan. Allah memberi rahmat dari kalangan kita yang terdahulu dan dan yang kemu-dian kita akan menyusuli kamu.” (Sa-hih Muslim)• Sebaik-baiknya hendaklah memban-yakkan berdoa untuk ahli kubur.• Sebaik-baiknya hendaklah memban-yakkan zikir dan membaca al-Qur`an.• Hendaklah menyebut kebaikan si mati, bukan keburukan si mati. Sab-da Rasulullah S.A.W. “Jangan kamu mencela orang-orang yang telah mati

kerana mereka telah habis amalan mereka di dunia.” (Sahih al-Bukhari)“Jangan kamu sebut orang-orang yang telah mati itu kecuali dengan ke-baikan.” (Sunan al-Nasa`).

Larangan Bagi Penziarah Kubur:• Bagi wanita dilarang bersolek.• Dilarang meminta kepada si mati. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Jika engkau meminta hedaklah engkau meminta kepada Allah.” (Sunan al-Tirmidhi)• Dilarang memeluk dan mencium nisan atau sebagainya.• Tidak bermain-main, ketawa dan bual kosong kerana di antara tujuan menzi-arahi kubur adalah untuk mendapat pengajaran dan ingatkan mati.• Dilarang meraung, mengoyakkan baju dan sebagainya kerana ini tanda tidak reda kepadaqada’ dan qadar.• Dilarang menghisap rokok.• Dilarang duduk, bersandar dan berteleku di atas kubur• Dilarang melintasi atau berjalan di atas kubur kecuali jika betul-betul perlu.• Dilarang sembahyang di atas kubur kecuali sembahyang jenazah.• Dilarang bercampur gaul di antara lelaki dengan perempun ajnabi. Jika ada lelaki atauperempuan ajnabi hendaklah diasing-kan di antara lelaki dan perempuan.• Dibenci (makruh) bagi perempuan mengikuti jenazah sampai ke kubur.

TOPIK KEENAM BELAS :Cadangan Untuk Mengatasi Bid`ah Dan Khurafat

Dari apa yang telah dibentangkan ternyata banyak bida`ah dan khurafat serta perkaraperkara yang dilarang dilakukan oleh masyarakat ketika mereka pergi ke kubur. Dengan ini di-cadangkan :a) Masyarakat hendaklah diberi ilmu mengenai perkara-perkara yang dite-gah dilakukan di kubur termasuklah bida`ah dan khurafat. Ini boleh dis-ebarkan melalui Khutbah Jumaat dan sebagainya.b) Ditulis perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan dan perkara-perka-ra yang sebaikbaiknya dilakukan di kubur, kemudian tulisan itu diletakkan di tepi pintu masuk ke kubur.c) Pembaca talqin atau yang lainnya hendaklah memberi peringatan ke-pada hadirin apabila perkara-perkara yang ditegah itu dilakukan di kubur. Mereka yang pergi ziarah ke kubur di-galakkan supaya nasihat menasihati di antara satu dengan lain apabila ada di antara mereka yang ziarah itu melaku-kan perkara perkara yang bertentan-gan dengan syara`. MNews

Page 9: PENGURUSAN JENAZAH

9MAIS • www.mais.gov.my KHAS

UCAPAN TAHUN BARU 2012 PENGERUSI MAIS

5hb Januari 2012 Di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah

Marilah kita merafakkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana dengan rahmat dan inayahNya kita masih berada dalam selesa dan aman untuk menambahkan keimanan kita di dalam kehidupan bersifat sementara ini yang tidak diketahui bila berakhirnya,tetapi apa yang pasti ialah ada kematian dan akhirat itulah yang kekal selama-lamanya.

Saya ucapkan selamat tahun baru 2012 dan tahun baru hendaklah disertai dengan keazaman dan

prestasi atau untungnya lebih baik dari tahun 2011. saya ucapkan tah-niah kepada Lembaga Zakat Selan-gor dengan izin Allah telah mengutip hampir RM 400 juta zakat pada akhir 2011 berbanding RM 336 juta dalam tahun 2010 walau apa pun caba-

ran yang kita hadapi dan bagi tahun 2012, tentulah sasarannya kutipan lebih daripada ini. saya juga mengu-capkan selamat datang dan bertugas kepada pegawai-pegawai baru MAIS terutamanya Setiausaha MAIS Encik Mohd Haniff Bin Hasan.

Kita telah meninggalkan tahun 2011 dan kita sepatutnya telah bermuha-sabah atau memeriksa diri kita, ba-

hagian kita, unit kita tentang prestasi yang telah kita capai dan sejauhmana kita berjaya mencapai sasaran, bu-kan setakat dari segi kuantiti tetapi juga dari segi kualitinya.

Bagi tahun 2012, kita hendaklah memberi fokus dengan menyusun strategi setelah mengambilkira kele-mahan, kekuatan, kekangan dan potensi. Dalam konteks enekmen pentadbiran agama Islam 2003 (pin-daan 2011) yang menjadi asas atau parameter gerak kerja, ruang lingkup tanggungjawab Majlis Agama Islam Selangor adalah amat luas. Negeri Selangor yang mempunyai berbagai isu dan masalah dari ajaran sesat, Islam liberal, gerakan kristianiti dan murtad, kepentingan politik menga-tasi agama Islam,gejala sosial dalam masyarkat, jenayah syariah, masjid dan surau dijadikan tempat menabur fitnah dan berpolitik hingga kepada kes-kes keluarga dan mal yang ber-panjangan di mahkamah syariah, penghinaan kepada agama islam dan raja melayu.

Kini MAIS adalah sebuah organisasi Islam yang besar dianggotai lebih 300 pegawai dan kakitangan. yang pent-ing bukanlah saiz yang besar,bilangan warga kerja yang ramai tetapi ialah kualiti warga kerjanya, disiplin, komit-men, profesionalisma, ilmu dan kebi-jaksanaan dalam mengurus kerja.

Apa yang lebih penting diingati ialah MAIS bukan sebuah institusi kerajaan atau badan berkanun tetapi sebuah perbadanan yang bergerak seperti sebuah syarikat besar walau dalam banyak hal MAIS mengguna pakai amalan terbaik kerajaan. Oleh hal yang demikian, masa yang pantas dan sependek-sependekya penting dalam mengurus kerja dan membuat keputusan terutama yang berkait dengan wang, hasil, transaksi asset dan hartanah. masa dan wang juga hendaklah tidak terbuang begitu sa-haja dalam urusan yang tidak mem-beri faedah atau keuntungan kepada MAIS.

Dalam urusan harian kerajaan, me-

syuarat-mesyuarat misalnya adalah instrumen yang banyak digunakan. kerajaan negeri panggil mesyuarat, kerajaan federal panggil mesyuarat, agensi negeri panggil mesyuarat, agensi federal juga panggil mesyu-arat. Mesyuarat dan mesyuarat.....cuba kira dalam seminggu ada berapa panggilan mesyuarat. Ka-lau kita faham bahawa MAIS ada-lah organisasi bukan kerajaan, iaitu tidak menerima sebarang geran dari mana-mana pihak dan MAIS sendiri perlu mencari sumber kewangan un-tuk menampung kos pengurusan, jadi setiap warga kerja hendaklah bertanya lebih dulu apa manfaatnya kita menghadiri mesyuarat-mesyuarat berkenaan, siapa yang mendapat manfaat atas kehadiran MAIS, se-jauh mana mesyuarat itu membantu kerana mesyuarat ada kos disamping menjejaskan prestasi kerja bahagian. Oleh itu ketua-ketua bahagian hen-daklah menilai kehadiran–kehadiran mesyuarat dan keperluan mengada-kan mesyuarat kerana ada agenda mesyuarat sebahagian besarnya tidak relevan dengan kehadiran pegawai MAIS. Fikirkan bila menerima jem-putan mesyuarat apa untung atau faedah mesyuarat tersebut atau bila kita memutuskan mengadakan me-syuarat dan siapa yang benar-benar perlu hadir. Begitulah dengan kerja-kerja lain, fikirkan apakah wang yang dibelanjakan itu dapat memberi fae-dah atau untung kepada MAIS dan apakah tidak ada option yang lain yang lebih rendah kosnya tanpa men-jejaskan kualiti dan pencapaian. Da-lam hal ini, audit dalam memainkan peranan penting menentukan setiap sen yang dibelanjakan adalah muna-sabah, mengikut peraturan, menca-pai matalamat program berbanding dengan option yang lain.

Walau apa pun, pencapaian MAIS pada tahun 2011 kita perlu menilai kembali adakah pencapaian itu su-dah tidak boleh dipanggil pencapa-ian atau kejayaan lagi kerana telah menjadi sebahagian yang penting

Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib Bin Mohd Isa

Page 10: PENGURUSAN JENAZAH

10 MAIS • www.mais.gov.myKHAS

dalam mana-mana organisasi. Soal fail meja, akaun ditutup sebelum akhir bulan april, akaun tahunan bersih, pengurusan kualiti berasas ISO, kawalan dalaman, kebersihan dan susunrapi pejabat dan tandas, penjimatan kos dan pengumpulan maklumat dan mempercepatkan keputusan menerusi penggunaan IT sepatutnya bukan perkara baru.

Disamping kejayaan menjalank-an program dan aktiviti oleh ba-hagian-bahagian, kita tidak harus berpuashati dengan apa yang telah dibelanjakan semata-mata kerana peruntukan telah dihabiskan. Seba-liknya kita perlu meneliti kelemahan jika ada dari segi kos, pembaziran, pertindihan, kekurangan, manfaat atau faedah kepada pesakit atau penerima. Misal yang jelas ialah dalam pemberian hamper kepada pesakit-pesakit dihospital, adakah kandungan hamper itu sesuai untuk dimakan oleh penerima yang terdiri dari pesakit sebagai seorang ibu, kanak-kanak, orang tua jika hamper itu mengandungi gula-gula, kerepek, minuman berkarbonat. Perlulah kita merujuk kepada pakar makanan bagi menentukan keberkesanan pembe-rian hamper.

Ngo Islam tidak dapat dinafi-kan memainkan peranan pent-ing membantu dalam hal ehwal dakwah,kawalan akidah, penyeba-ran ajaran sesat, mengadakan lawa-tan atau ziarah di hospital-hospital, bantuan kepada pesakit dan kelu-arga pesakit. Walaubagaimana pun, penilaian keatas peranan Ngo Islam perlu dilakukan semula supaya seir-ing dengan fokus MAIS, Ngo Islam perlu mempunyai ahli dan organisasi yang mantap, patuh kepada pera-turan, tidak melibatkan organisasi dan ahli dengan politik kepartian, dan MAIS hendaklah menyelaras aktiviti bersama supaya menuju matalamat yang sama. Bahagian-bahagian pula hendaklah beker-jasama dengan Ngo Islam yang berkaitan bagi membantu program atau aktiviti supaya lebih efektif dan efisen, dan dengan demikian dapat mencapai matalamat dengan lebih baik lagi dan menjimatkan kos. Satu jawatankuasa penyelarasan Ngo Is-lam akan ditubuhkan bagi meman-tapkan lagi gerakan Ngo Islam yang benar-benar ikhlas mahu bersama MAIS sepanjang masa dalam isu-isu penting dimasa akan datang.

Dasar dan perkara berkaitan Hal Ehwal Islam adalah terletak diatas bahu Majlis Agama Islam yang diga-las oleh 20 orang ahli dari berbagai latarbelakang pengalaman dan pro-

fession. Kertas –kertas perbincan-gan, pemerhatian atau keputusan majlis yang bersidang tidak kurang empat kali setahun dipersembah ke-pada DYMM Sultan Selangor untuk perkenan dan nasihat sebelum di laksanakan atau sebaliknya. Perbin-cangan yang berkualiti hanya dapat dicernakan dari akal budi ahli-ahli MAIS sekiranya kertas-kertas perbin-cangan yang disediakan dengan teliti dan lengkap mengikut format yang telah disediakan dan disampaikan seminggu sebelum persidangan, bu-kan sehari atau 11 jam sebelumya. Tiada alasan kertas-kertas tidak da-pat disediakan dengan baik kerana mesyuarat majlis telah dijadualkan sehingga akhir tahun. Tindakan-tindakan kepada keputusan pula hendaklah dilakukan dengan serius dan segera dengan mempunyai time frame yang munasabah.

Fokus MAIS 2012Selain dari menentukan peraturan

dan undang diikuti dalam melaksan-akan tugas, menentukan akaun ke-wangan siap dan bersih dari pandan-gan ketua audit negara,mengamal urus tadbir terbaik, telus dan kualiti bina ehsan dipertingkatkan, kawalan dalaman serta kualiti kerja dan disip-lin ditahap yang tinggi, fokus pertama dari segi pengurusan ialah masih ada ruang yang luas enhancing manage-rial performance dalam merancang (planning), mengurus (organizing), memimpin (leading) dan mengawal (controlling). peranan ini tentulah terletak dibahu pengurus atau man-agers atau ketua-ketua bahagian masing-masing.

Secara ringkasnya, merancang atau perancangan ialah menentukan matalamat dan pelan tindakan untuk mencapai matalamat.apa yang perlu dibuat, bagaimana dan bila hendak dibuat. Mengurus atau organizing ialah melibatkan penjanaan dan pen-gumpulan sumber untuk mencapai matalamat organasasi dengan cara yang efektif dan berkesan. Dikatakan efektif bila kita mampu menentukan matalamat yang betul dan menca-painya iaitu melakukan yang betul (doing the right things), manakala kecekapan ialah keupayaan meng-gunakan dengan baik sumber sedia dalam proses mencapai matalamat yang ditetapkan iaitu melakukan dengan betul (doing things rights) termasuklah penggunaan sumber manusia, delegasi kuasa, pemba-hagian kerja. Elok kita baca buku 7 formula individu cemerlang oleh Dr Danial Zainal Abidin yang lebih me-nekan tentang individu cemerlang

menurut Islam. Dalam konteks yang satu, lagi bersepadu bolehlah kita simpulkan sebagai doing the right things right melakukan perkara betul dengan betul.

Pencapaian indeks akauntabiliti 4 bintang, ISO, 5s, sijil bersih akaun, tidak ada makna jika tidak mencapai matalamat atau objektif MAIS kerana ia adalah means untuk mencapai ends. Objektif inisiatif transformasi hendaklah diteruskan seperti yang telah ditetapkan dalam pelan tinda-kan bagi memperbaiki kekurangan-kekurangan dan kelemahan-kelema-han pentadbiran.

Fokus kedua ialah menentukan penguatkuasaan berkesan terhadap aktiviti ajaran sesat, memurtadkan orang Islam, menyalahguna masjid dan surau untuk tujuan politik. Kae-dah masjid perlu dikaji kerana masjid dan surau adalah milik MAIS dan perlu dijaga kesuciannya. Aduan-aduan terhadap penyalahgunaan masjid dan surau sering diterima dari ahli karyah. Satu pasukan pen-guatkuasa khas perlu ditubuhkan bagi memantau gejala ini supaya masalah ini dapat dibendung .

Fokus ketiga ialah memantau kes-kes mahkamah syariah yang mengambilmasa yang panjang un-tuk diselesaikan terutama dalam kes keluarga, mal dan jenayah. Di me-syuarat Majlis Agama Islam yang lalu telah dilaporkan banyak kes masih tertangguh dan salah satu agenda penting mais tahun ini ialah meman-tau kemajuan kes-kes di mahka-mah syariah.

Fokus keempat ialah menambah hasil menerusi kutipan sewa dan pembangunan hartanah dan land bank bagi penjanaan hasil jangka-panjang demi mengukuhkan lagi kewangan MAIS. Maklumat yang lengkap dan analisis yang baik boleh membantu pengurusan membuat keputusan yang betul dan tidak mer-ugikan. Sebagai sebuah syarikat, KMC mampu bergerak laju bagi meningkatkan aset dan khazanah baitulmal di masa hadapan.

Fokus kelima ialah menyelaras gerakan Ngo Islam kearah memper-tahankan kesucian agama Islam, pe-nyebaran Islam dan mempertahank-an kedaulatan raja melayu sebagai ketua agama, seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini.

Fokus keenam ialah dakwah dan sasaran kita tentulah anak-anak yang sedang bersekolah menerusi program daurah dimusim cuti seko-lah yang perlu diterus dan diperlu-askan dan anak muda dengan pro-gram outreach .

Fokus kerja tahun 2012 diatas akan di terjemahkan dalam bentuk pro-gram dan aktiviti yang dipandu oleh jawatankuasa tetap yang berkaitan.

Saya yakin tahun 2012 adalah ta-hun yang akan membawa banyak pe-rubahan dan sekali gus mengubah imej MAIS sebagai sebuah institusi Islam yang utuh dan tidak mudah dipersendakan. Dengan barisan ahli MAIS yang bertambah, soal pengu-rusan pentadbiran dan hukum akan bertambah mantap. Saya jua yakin dibawah pengerusi dan ceo yang sedia ada, anak-anak syarikat mais akan bersama-sama meletakkan or-ganisasi islam ini ditahap tinggi dan relevan dengan pengurusan yang berasaskan urustadbir terbaik, telus dan amanah .

Harapan saya selepas tiga tahun ini ialah MAIS akan menjadi benteng utama yang kukuh mempertahankan kesucian agama Islam seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan disamping kumpulan khazanah dari sumber baitulmal, zakat dan wakaf yang tidak terhingga. Jadikanlah MAIS dan institusi dibawahnya se-bagai tempat kita menabur khidmat mulia dan lagi ikhlas untuk menca-pai keredhaan Allah dunia dan akhi-rat demi agama Islam yang maha suci.

Sebuah kisah dari buku R & R, karya Zul Ramli mengenai seorang raja yang baik dan disayangi rakyat. Biasanya, pada hari keputeraan raja ini menerima hadiah dari rakyat je-lata. Tetapi bila hari keputeraan tiba, raja menitahkan rakyatnya supaya tidak membawa hadiah, tetapi cukup menghadiahkannya secangkir madu setiap orang. Lalu raja ini sediakan satu bilik besar dengan tempayan besar bagi menyimpan madu.

Di hari keputeraan, datanglah rakyat menyembahkan hadiah yang ditetapkan. Setelah petang, raja masuk kebilik berkenaan untuk menjamah madu rakyatnya. Raja mengambil sesudu untuk di rasa tetapi tawar rasanya. Raja menyelok ke dalam tempayan dan mengambil lagi, dia terkejut, kerana semuanya adalah air biasa bukan madu. raja mencari jawapan. Rupanya setiap orang rakyat yang masuk, membawa cangkir berfikir apa salahnya dia seorang membawa air, siapa yang tahu dan tentunya tidak menyebab-kan madu yang lain rosak. Ironinya, semua rakyat berfikir demikian dan membawa air bukan madu untuk ra-janya. Inilah contoh pekerjaan fardu kifayah, kita tak payah buat, kerana ada orang lain buat, akhirnya semua orang tak buat... MNews

Page 11: PENGURUSAN JENAZAH

11MAIS • www.mais.gov.my KHAS

UCAPAN ALUANY.A.D. DATO’ SETIA HAJI MOHAMAD

ADZIB BIN MOHD ISA PENGERUSI MAIS

Di Majlis Taklimat Ahli Majlis Agama Islam Selangor 2012 – 2014

Pada 10hb Januari 2012 Di Concorde Hotel

Tahniah saya ucapkan kepada semua ahli MAIS yang telah dilantik bagi sesi 2011 - 2014. Dalam sesi ini terdapat 5 tambahan ahli menjadikan 20 orang ahli MAIS semuanya. Pertambahan ini dapat membantu MAIS mendepani cabaran akan datang yang lebih hebat. Saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada ahli-ahli MAIS sesi yang lalu yang telah menyumbangkan banyak tenaga dan idea dan dengan demikian ada ahli-ahli yang bercita- cita untuk bersara sekalipun telah berkhidmat lebih 3 sesi nampaknya tetap dipanggil terus berjihad untuk memertabatkan agama Islam yang maha suci dan mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu sebagai ketua agama Islam.

Dengan adanya ahli- ahli baru, MAIS adalah didokongi orang-orang yang pakar dalam soal

hukum hakam Islam, perundangan dan pengurusan atau pentadbiran, pendidikan, pengurusan korporat, kewangan awam, saya lebih yakin tugas dan tanggungjawab yang berat dapat kita galas bersama, bertambah mantap dan cemerlanglah hal ehwal pentadbiran Islam negeri ini yang telah diletakkan diatas bahu-bahu kita dengan penuh kepercayaan dan amanah oleh DYMM Sultan Selan-gor.

Saya masih ingat apabila saya mengambil tanggungjawab Pengeru-si MAIS pada tahun 2004 iaitu 7 tahun yang lalu, MAIS hanya wujud dari segi nama dengan diuruskan oleh pegawai-pegawai yang diletak-kan dibawah JAIS. Kedudukan ke-wangan baitulmal juga tidak sekukuh yang saya jangkakan kecuali memi-liki hartanah yang strategik. Wang zakat banyak membantu mengger-akkan aktiviti MAIS sehingga kini. Seramai lebih 200 pegawai dan kaki-tangan MAIS yang mengurus asnaf zakat seperti muallaf dan riqab dan yang mengurus wang zakat dibiayai oleh peruntukan amil. Seramai 164

pegawai dan kakitangan dibiayai wang baitulmal yang memerlukan peruntukan pengurusan sebanyak RM 428,716.20 oleh sebab MAIS tidak mendapat bantuan dari kera-jaan, MAIS menggunakan wang dan aset yang sedia ada bagi membiayai kos pengurusan. Dalam keadaan sedemikian tanggungjawab pengu-rusan MAIS ialah menentukan aset MAIS hendaklah diurus dan dijana dengan sebaik-baiknya supaya sen-tiasa bertambah nilainya. Dalam 3 tahun ini, fokus utama MAIS ialah menjana aset menerusi usaha sama atau sendirian yang menguntung-kan, semaksimum mungkin. Saya menjangkakan MAIS akan memper-olehi menara yang sedang diubah suai bila siap bernilai RM 65 juta di Klang, sebuah menara bernilai RM 48 juta di Subang siap dalam tahun 2014, sebuah menara di kuala lum-pur bernilai RM 90 juta. Bank tanah MAIS dijangka meningkat walaupun MAIS telah menjual tanah seluas 10 ekar di Petaling Jaya dengan harga RM 120 sekaki persegi den-gan harga jualan berjumlah RM 60 juta. sebahagian hasil atau proceed-nya kita telah gunakan untuk mem-beli 10 ekar tanah pertanian yang

strategik di alam impian pada harga RM 19 juta, dan apabila tukar syarat kepada perumahan atau komersial diluluskan, nilai tanah ini dijangka bernilai RM 100 sekaki persegi dan

sekali gus mampu mengembalikan semula aset yang telah dijual sebel-umnya. MAIS juga telah membeli 5 ekar tanah rezab melayu pertanian yang strategik di subang dengan

Page 12: PENGURUSAN JENAZAH

12 MAIS • www.mais.gov.myKHAS

nilai RM 6.3 juta yang mempunyai potensi yang tersendiri yang masih dalam kajian khususnya untuk me-nentukan kekalnya warisan tanah melayu yang bernilai tinggi dimasa akan datang. MAIS sedang menilai untuk membeli 10 ekar tanah indus-tri siap dengan infrastruktur pada harga yang menarik di bestari jaya memandangkan telah siapnya lebuh raya LATAR yang akan membawa kemajuan yang lebih pantas di daer-ah Kuala Selangor. Derdoalah kita semoga apa kita rancang menjadi kenyataan untuk meletakkan MAIS di tahap kewangan yang kukuh dan bermaruah tinggi dan dapat pula memberi.

Bengkel hari ini adalah untuk mengingatkan ahli-ahli MAIS ten-tang undang-undang yang memberi kuasa MAIS melaksanakan tang-gungjawabnya membangun ekono-mi, menjaga kebajikan dan rohani ummah.

Menerusi taklimat, perbincangan dan pertukaran pandangan pada hari ini, saya harap akan dapat mer-angka jalan dan lorong baru yang tidak pernah dilalui, memperbaiki jalan atau lorong yang rosak dan berlopak serta bengkok yang mer-bahaya.

Hari ini peranan ahli MAIS adalah amat penting sepertimana keya-kinan dan peringatan yang dititah-kan oleh DYMM Sultan khususnya dimajlis penyampaian watikah pada 8hb disember 2011. Antaranya, hendaklah kita menjaga kesucian agama Islam sebagai agama negara dan negeri seperti yang diperuntu-kan dalam perlembagaan, menjaga pentadbiran institusi Islam yang ter-diri dari Majlis Agama Islam Selan-gor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti, Ja-batan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Kolej Universiti Islam Antara-bangsa Selangor (KUIS), Perbadan-an Wakaf Selangor (PW), Yayasan Islam Darul Ehsan, Kumpulan MAIS Corporation (KMC) dan MAIS Zakat

Sdn Bhd (MZSB) supaya dihormati kerana pengurusan yang profes-sional, bersih, telus dan amanah .

MAIS bertuah mempunyai seorang raja dan ketua agama Islam yang sentiasa tegas dan bijaksana men-jadi payung yang tidak luntur oleh hujan, tidak musnah oleh panahan kilat dan tidak ditembusi cahaya matahari. Didalam ucapan saya ini dan yang lalu sebenarnya banyak terselit titah nasihat DYMM Tuanku, kerana Tuanku sentiasa mengikuti perkembangan MAIS hatta setiap kali saya menganjurkan perjump-aan yang penting seperti hari ini dan terutama mesyuarat MAIS, saya dititah mengadap secara tak rasmi dengan beberapa ahli MAIS yang lain untuk baginda menyampaikan titah nasihat dan pandangan bag-inda terhadap sesuatu atau pun jika baginda terlalu sibuk baginda akan menyampaikan nasihat menerusi pegawai istana.

Tahun 2011 adalah tahun penuh dengan ribut dari tuduhan-tuduhan menerusi media utama dan blog-blog seperti Pengerusi MAIS dan Pengarah JAIS sebagai agen parti umno, penggunaan wang zakat meragukan, pindaan kepada enek-men pentadbiran agama Islam 2003 hinggalah kepada kes pemeriksaan di gereja yang cuba menjalankan aktiviti memurtadkan orang-orang Islam seperti yang dipertahankan oleh Y.B. Dato’ Hassan Ali. Semua peristiwa itu kita dapat hadapi den-gan baik dan dengan penjelasan yang menyakinkan kerana kita melaksanakannya mengikut un-dang-undang dan peraturan tanpa memihak mana-mana parti politik.

Dalam konteks titah dan harapan ini, wajiblah semua pemimpin insti-tusi Islam, ahli-ahli MAIS, ketua-ket-ua jabatan memastikan organisasi yang kita pimpin dan urus menga-mal urus tadbir toyyib, telus, bagi mencapai visi dan objektif masing-masing. Sehingga kini saya masih mendapat rungutan dan menerima sindiran misalnya penguatkuasaan

kurang berkesan terhadap pelba-gai jenayah syariah, aduan-aduan hilang atau tidak mendapat mak-lumbalas yang menyakinkan, kepu-tusan kepada permohonan lambat, ditarikbalik atau dibatalkan tanpa mengira implikasi undang-undang dan kos, penulisan surat menyurat dan kertas mesyuarat masih silap ejaan, penggunaan gelaran tidak tepat (alamat kepada tuan, dalam surat puan, alamat kepada terus tan sri atau dato’ si anu si polan tanpa didahului dengan yang berbahagia atau sebagainya......nampak kecil inilah yang dikata kualiti, susila, bu-daya (melayu).

Jadilah sebagai sebuah kereta mini klasik, sentiasa dicari walau dah usang dan sudah empat abad umurnya sekalipun dah keluar mod-el baru, bodynya digilap setiap pagi, petang dan malam, enjin usia empat abad itu masih megah berpeleser dijalan raya, masih banyak vendor yang mengeluarkan spareparts seh-ingga kini, pemiliknya amat bangga sementara ramai yang melihat iri-hati hingga jatuh hati untuk memi-likinya. Body dan enjin yang hebat melupakan orang bahawa umurnya sudah 40 tahun dipandu di jalan raya, masih disanjung, diminati, dipuja dan jagai. Penghormatan seperti inilah yang kita mahukan tetapi penghormatan diperolehi ha-sil keyakinan, kualiti produk dan perkhidmatan yang baik walau ia komponen terkecil seperti skrew, wifer, grille yang mana setiap kom-ponen itu adalah part yang terbaik belaka untuk sebuah mini klasik.

Fokus ahli-ahli MAIS bagi sessi 2012-14 antara lain yang terpenting:

Pertama, memperkukuhkan pen-guatkuasaan berhubung kesala-han jenayah syariah terutamanya aktiviti memurtadkan orang-orang Islam, ajaran sesat, dan penghi-naan kepada agama suci Islam dan menjadikan masjid dan surau tem-pat berpolitik, demi memelihara kesucian agama Allah. Sebuah jawatankuasa aduan dan penguat-kuasaan perlu ditubuhkan bagi me-mandu operasi penguatkuasaan, meneliti dan memperbaiki kelema-han dan memperkukuhkan usaha membanteras usaha memurtadkan dan menyebarkan ajaran sesat sa-mada dalam pengurusan, kapabiliti dan perundangan.

Kedua, meneruskan inisiatif trans-formasi dalam semua institusi Islam dengan memperbaiki perundangan, sistem, kewangan, pengurusan be-rasaskan amalan urus tadbir toyyib, kapabilti sumber manusia yang ter-

latih, penyampaian perkhidmatan yang cepat, menyeluruh, adil, pen-gurusan aduan yang cekap masa kini dan akan datang. misalnya semua persoalan dari sumber mana sekali pun hendaklah diberi penjela-san segera disamping mengambil tindakan memperbaiki kelemahan .

Ketiga, mesyuarat MAIS tidak kurang empat kali setahun adalah forum membahaskan cadangan, isu-isu, yang berkaitan dengan hal ehwal umat Islam. mesyuarat MAIS hendaklah menjadi forum meng-gali idea bernas selepas isu-isu atau cadangan itu diperhalusi dipering-kat jawatankuasa-jawatankuasa tetap yang berkaitan. Saya cadan-gkan ada agenda tetap bagi mesyu-arat MAIS seperti pengurusan ad-uan dan penguatkuasaan jenayah syariah, laporan kemajuan kes mal dan jenayah di mahkamah syariah, dasar dan pelaksanaan pendidikan Islam, dasar dan pelaksanaan dak-wah, kemajuan hal ehwal muallaf, dasar dan Kemajuan Pendidikan Tahfiz, Perbadanan Wakaf Selangor, Lembaga Zakat Selangor dan ban-yak lagi.

Keempat, Ngo Islam memainkan peranan penting membantu MAIS dalam gerakan memertabatkan agama islam, penyebaran ajaran sesat, memantau gerakan kristian-iti, membuat lawatan dan memberi bantuan kepada muallaf, pesakit-pesakit dan mereka yang ditimpa musibah. Sebuah jawatankuasa menyelaras aktiviti Ngo Islam ada-lah perlu supaya ianya benar-benar ikhlas dan tidak mempunyai agenda dan fahaman yang berlawanan.

Kelima, menjana ekonomi MAIS menerusi pembangunan tanah, land bank, pengurusan harta seperti yang telah saya nyatakan. Anak syarikat MAIS iaitu MAIS Corporation Sdn Bhd adalah syarikat yang melaksan-akan projek-projek MAIS disamping melaksanakan perkhidmatan pembi-naan bagi pihak anak-anak syarikat lain. Saya harap kumpulan harta tetap dan cair MAIS akan terus ku-kuh dari tahun ke tahun jika diurus dengan sebaik-baiknya terutama harta baitulmal dan wakaf.Akhirnya, saya berharap maklumat dan pandangan hari ini dari ahli-ahli MAIS akan menjadi input bagi mem-bantu saya dan pihak pengurusan menentukan fokus, strategi, halatuju dalam tiga tahun ini bagi meman-tapkan lagi peranan MAIS sebagai penasihat DYMM Sultan dalam Hal Ehwal Agama Islam bagi golongan /fahaman ahli sunnah wa al jamaah di negeri ini. MNews

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamu alaikum

Page 13: PENGURUSAN JENAZAH

13MAIS • www.mais.gov.my KHAS

MAIS merakamkan terima kasih kepada Dr. Kama-rol Zaman bin Hajar kerana

telah mewakafkan 26 buah rumah teres dan sebuah banglo kepada MAIS pada tahun 2006. Berhubung isu yang dibangkitkan oleh pe-wakaf berkaitan pengurusan rumah berkenaan ingin dijelaskan di sini bahawa MAIS pada peringkat awal penerimaan premis tersebut, telah mengambil inisiatif mendahulukan golongan yang memerlukan dengan menyerahkan banglo kepada Lem-baga Zakat Selangor untuk dijadi-kan Rumah Warga Emas walaupun

Assalamualaikum warahma-tullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada wakil-wakil me-

dia yang hadir pada hari ini. Sukacita saya ingin memaklumkan mengenai prestasi kutipan dan agihan zakat bagi negeri selangor bagi tahun 2011 1.Kutipan zakat (harta dan fitrah)Alhamdulillah bagi tahun 2011, jumlah kutipan zakat di selan-gor telah melebihi sasaran den-gan jumlah kutipan sebanyak rm393,538,753.00 (Juta) berband-ing rm 336,934,522.00 (Juta) da-lam jangka masa yang sama pada tahun sebelumnya (2010). Jumlah ini meningkat sebanyak 17 pera-tus dengan perbezaan sebanyak rm56.6 Juta. Daripada jumlah terse-but, sebanyak rm375,563,187.00 (Juta) dikutip daripada zakat harta, manakala rm17,975,566.00 (Juta) daripada zakat fitrah. Jumlah kutipan zakat pada tahun ini melebihi sasaran iaitu rm350 juta yang dijangka dapat dikutip, namun alhamdulillah berlaku lonjakan jum-lah kutipan yang disumbang teruta-manya daripada zakat pendapatan. 2. Zakat hartaPada tahun 2011 kutipan zakat harta di selangor meningkat se-

Kenyataan MediaISU PREMIS WAKAF DI DESA FAHMI, KLANG

Kenyataan AkhbarMENGENAI PRESTASI KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT DI SELANGOR BAGI TAHUN 2011 PADA 17 JANUARI 2012

tujuan asal pewakaf untuk manfaat wakaf am. Di samping itu MAIS turut menyewakan rumah-rumah teres se-dia ada dengan wang sewaan premis disalurkan ke Akaun Manfaat Wakaf untuk maslahat umum.

Sepanjang tempoh penyewaan premis ini, langkah-langkah kesela-matan dan penyelenggaraan premis secara berkala dilaksanakan, na-mun pada penghujung tahun 2010 premis berkenaan didapati tidak selamat untuk didiami kerana pem-binaan premis ini didapati tidak me-nepati spesifikasi Pihak Berkuasa Tempatan. Oleh kerana MAIS mem-

beri fokus kepada usaha penambah-baikan premis ini, maka beberapa siri mesyuarat telah diadakan dan membuat keputusan untuk men-gosongkan premis berkenaan pada awal tahun 2011 bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan secara berfasa. Bagi tujuan ini MAIS perlu mencari dana tambahan bagi me-nanggung sepenuhnya kos pembai-kan dan penyelenggaraan. Semasa proses pengosongan premis, baran-gan seperti pintu, grill, kipas, tangki air dan lain-lain dibuka dan disim-pan dengan selamat bagi mengelak-kan kecurian.

MAIS sentiasa berusaha untuk membaiki premis berkenaan dan komited melaksanakan tanggung-jawab sebagai pemegang amanah wakaf tunggal dan usaha ini berteru-san dengan penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) yang diper-tanggungjawabkan untuk memajukan hartanah wakaf. MAIS amat meng-galakkan umat Islam untuk berwakaf melalui MAIS dan PWS. MNews

MOHD HANIFF BIN HASSANSetiausaha Majlis Agama Islam Selangor

banyak 18 peratus berbanding tahun sebelumnya (2010). Di mana pada tahun lepas (2011) lzs mengutip zakat harta seban-yak rm375,563,187.00 (Juta) ber-banding rm319,601,241.00 (Juta) pada tahun 2010.

3. Jumlah pembayarJumlah pembayar zakat harta bagi tahun 2011 ialah seramai 180,090 orang, meningkat 7 peratus ber-banding tahun 2010 (168,002 orang). Daripada jumlah tersebut, seramai 28,979 orang merupakan pembayar baru. 4. Zakat fitrahBagi tahun 2011, lzs telah men-gutip zakat fitrah sebanyak rm17,975,566.00 (Juta) bagi tahun hijrah 1432 berbanding rm17,333,281.00 (Juta) pada ta-hun 2010. Bilangan umat islam yang membayar zakat fitrah pada tahun lepas (2011) pula ialah se-ramai 2,567,938 (juta) orang. 5. Sasaran kutipan zakat tahun 2012Mengambil faktor keadaan ekono-mi yang semakin baik dan kes-edaran membayar zakat yang semakin meningkat, maka lzs meletakkan sasaran kutipan zakat bagi tahun 2012 adalah sebanyak

rm430 juta iaitu kenaikan seban-yak sembilan peratus berbanding kutipan tahun lalu.

6. Agihan zakatPada tahun 2011 yang lalu, lzs telah mengagihkan wang zakat kepada golongan yang layak di selangor sebanyak rm371,720,961.00 (Juta) ber-banding rm364,991,423.00 (Juta) pada tahun sebelumnya (2010). Jumlah pengagihan ini meningkat sebanyak dua pera-tus dengan perbezaan sebanyak rm6.7 Juta.

Bilangan asnaf fakir yang men-erima bantuan pada tahun lepas (2011) ialah seramai 7,647 kelu-arga berbanding 9,430 ke luarga pada tahun 2010, manakala bagi asnaf miskin adalah sera-mai 13,983 keluarga berban ding 14,058 keluarga pada tahun sebelumnya (2010). Ini menjadi-kan jumlah keseluruhan asnaf fakir dan miskin yang menerima bantuan pada tahun 2011 ialah seramai 21,630 keluarga. Sekian. MNews

DATO’ SETIA HAJI MOHAMAD ADZIB BIN MOHD ISA Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor

Pecahan kutipan zakat harta mengikut jenis adalah seperti berikut:

Zakat pendapatan

RM216.0 Juta

Zakat perniagaan

RM79.7 Juta

Zakat harta RM33.7 Juta

Zakat wang simpanan

RM27.6 Juta

Zakat KWSP RM6.9 Juta

Zakat saham RM6.8 Juta

Zakat tanaman RM2.5 Juta

Zakat emas RM1.3 Juta

Ternakan, perak dan Qadha zakat

RM1.04 Juta

Pecahan pengagihan zakat mengi-kut asnaf adalah seperti berikut:

Asnaf fakir RM35.6 Juta

Asnaf miskin RM75.0 Juta

Asnaf fisabilillah

RM156.1 Juta

Asnaf muallaf RM15.5 Juta

Asnaf gharim RM31.4 Juta

Asnaf amil RM49.2 Juta

Asnaf riqab RM7.8 Juta

Asnaf ibnu sabil RM1.2 Juta

Page 14: PENGURUSAN JENAZAH

14 MAIS • www.mais.gov.myBERITA LZS

LZS SALUR RM1 JUTA Bantu Pesakit Kurang Kemampuan Di 10 Buah Hospital Kerajaan

ZIARAH KORPORAT DAN MEDIA BERSAMA ASNAF 2.0 Catat Kenangan Indah

SELAYANG, 14 Disember 2011- Lembaga Zakat

Selangor (LZS) hari ini menyalurkan bantuan zakat sebanyak RM1 juta kepada Tabung Pesakit Kronik bagi 10 buah hos-pital terpilih di Selangor dan Kuala Lumpur . Ia bertujuan meringankan bebanan pesakit kurang berkemampuan yang memerlukan pembi-ayaan bagi menjalani kos rawatan di hospital berkenaan.

Bantuan di bawah Program Pembangu-nan Sosial ini telah ber-mula sejak tahun 2010 dan 10 buah hospital

SHAH ALAM, 30 NOV – Hampir 80 orang peserta daripada

Universiti Teknologi Mara (UiTM), Koperasi Ang-kasa dan wakil-wakil me-dia, iaitu Bernama Radio 24, Berita Harian, Utusan Malaysia, Sinar Harian dan TV al-Hijrah telah menyertai Program Zi-

yang terlibat pula ialah, Hospital Selayang, Hos-pital Serdang, Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Ampang, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ka-jang, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Pusat Perubatan Universiti Ke-bangsaan Malaysia serta Institut Jantung Negara (IJN).

Semua hospital terbabit menerima RM100 ribu untuk kegunaan tabung, di samping LZS turut akan memberikan bantu-an mesin dialisis kepada setiap hospital yang me-merlukan. Sebanyak 25

unit mesin dialisis akan dibekalkan tidak lama lagi dengan kos keselu-ruhan mencecah RM100 ribu.

Majlis penyampaian sumbangan disempurna-kan Ketua Pegawai Ekse-

kutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof dan turut dihadiri Pengarah Kesi-hatan Negeri Selangor, Dr. Azman Abu Bakar serta Pengarah Hospital Selayang, Dr.Siti Zaleha Mohd. Salleh. MNews

arah Korporat dan Media Bersama Asnaf (ZIKRA 2.0) yang diadakan buat kali kedua pada tahun ini. Kira-kira 20 orang kaki-tangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) turut men-giringi konvoi ini.

Program ZIKRA 2.0 pada kali ini telah memilih tujuh buah lokasi di Shah

Alam, Rawang dan Hulu Selangor sebagai desti-nasinya. Di Shah Alam, para peserta bermula dari Bangunan Zakat Selangor dan melawati Pusat Diali-sis MAIS dan Dobi Point yang diusahakan oleh as-naf zakat di Seksyen 3.

Lokasi berikutnya ialah Restoran Selera Utara di Rawang yang juga diusa-hakan oleh seorang ibu tunggal asnaf zakat. Para peserta telah menikmati makan tengah hari di situ. Setelah itu, para peserta langsung dibawa menuju ke Hulu Selangor.

Di Hulu Selangor, desti-nasi pertama adalah Desa Iman, iaitu penempatan berkelompok asnaf mual-laf dari kalangan orang asal yang berketurunan Suku Temuan. Terdapat 12 keluarga yang meme-luk Islam di sini.

Rombongan ZIKRA 2.0 telah disambut oleh Ustaz Zul Dawam, yang merupakan Penggerak

Masyarakat di sini. Dalam ucapannya, beliau amat berharap program ziarah seumpama ini diadakan lebih kerap, memandan-gkan Desa Iman yang terletak di Kerling ini agak jauh ke pedalaman dan kurang mendapat kun-jungan masyarakat luar, khususnya para pendak-wah dan organisasi Islam. Di sini, ZIKRA 2.0 telah menyampaikan pelbagai jenis bantuan kepada masyarakat orang asli di sini.

Destinasi selanjutnya adalah Baitul Iman dan Baitul Hasanah yang ter-letak berdekatan di Kuala Kubu Bharu. Baitul Iman merupakan Pusat Pemur-nian Akidah yang dikend-alikan oleh Majlis Agama Islam Selangor dan meru-pakan satu-satunya insti-tusi yang bersifat sede-mikian di Malaysia. Baitul Iman dibiayai oleh LZS di bawah asnaf riqab.

Baitul Hasanah pula

merupakan penempatan bagi anak-anak asnaf fakir dan miskin, yang diwujudkan demi mem-berikan mereka peluang memperolehi pembe-lajaran yang lebih baik. Baitul Hasanah Hulu Se-langor diwujudkan sejak tahun 2006 lagi dan kini menempatkan 26 orang pelajar, iaitu 12 orang le-laki dan 14 orang perem-puan.

Destinasi terakhir ZIKRA 2.0 adalah Pusat Latihan Asnaf Selangor atau PLAS. PLAS merupakan sebuah pusat latihan yang baharu sahaja disiapkan pada tahun 2010. Terletak di Jalan Ulu Yam, ia menjadi mercu tanda kejayaan agihan zakat di Selangor. Di PLAS inilah, pelba-gai program latihan dan kursus untuk para asnaf zakat akan dilangsung-kan. PLAS turut dibuka kepada masyarakat luar dengan kadar bayaran yang tertentu.

ZIKRA 2.0 hakikatnya telah berjaya mencapai matlamatnya, kerana ber-dasarkan maklum balas peserta, mereka menjadi bertambah yakin terh-adap LZS bersandarkan kesungguhan LZS men-gagihkan zakat di Selan-gor.

LZS turut mengucap-kan terima kasih dan penghargaan yang tinggi kepada pihak Polis DiRaja Malaysia, Bahagian Trafik, IPK Selangor, kerana te-lah sudi menyediakan tiga motorsikal peronda bagi mengiringi dan melancar-kan trafik konvoi ZIKRA 2.0 pada kali ini.

Kepada semua pe-serta dan mereka yang terlibat, LZS mengalung-kan ucapan terima kasih dan semoga ziarah ini memberikan kita sedikit pencerahan terhadap usaha-usaha LZS dalam memperkasakan kutipan dan agihan zakat di neg-eri ini. MNews

LZS komitted membantu umat Islam untuk memperolehi rawatan yang terbaik di hospital.

Page 15: PENGURUSAN JENAZAH

15MAIS • www.mais.gov.my BERITA MAIS

Shah Alam – Y.A.D Dato’ Setia Haji Mohamad

Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS telah mempengerusikan Ma-

Shah Alam – Ma-jlis Agama Islam Selangor (MAIS)

akan menubuhkan Jawatankuasa Pen-gurusan Aduan dan Penguatkuasaan bagi memantau serta me-nangani isu murtad dan ajaran sesat di negeri Selangor.

Pengerusi MAIS,

Shah Alam - En-cik Mohd Haniff bin Hassan telah

dilantik sebagai Set-iausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menggantikan Dato’ Haji Marzuki bin Hussin yang sebelum ini me-nyandang jawatan se-bagai Setiausaha MAIS merangkap Pengarah JAIS berkuatkuasa dari 3 Januari 2012.

Beliau merupakan seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang pernah berkhidmat di Kementerian Luar Negeri, Kedutaan Be-sar Malaysia di Algeria, Telekom Malaysia Ber-had, Perbendaharaan Negeri Selangor dan beberapa Sektor dalam dan luar negara.

Manakala, Tuan Haji Ahmad Apandi bin Haji Samsudin dilantik seba-gai Ketua Sektor Pengu-rusan Korporat.

Sebelum ini, beliau

MAJLIS TAKLIMAT DAN FOKUS Ahli MAIS 2012-2014

MAIS TUBUH JAWATANKUASA TANGANI Murtad Dan Ajaran Sesat

Pelantikan Setiausaha MAIS & Ketua Sektor Pengurusan Korporat

jlis Taklimat dan Fokus Ahli MAIS 2012-2014 pada 10 Januari yang lalu bertempat di Hotel Concorde.

Taklimat ini dihadiri

Dato’ Setia Haji Mo-hamad Adzib bin Mohd Isa berkata jawatankua-sa tetap itu akan men-erima serta memantau aduan berhubung usa-ha memurtadkan umat Islam dan ajaran sesat di negeri Selangor ter-masuk mengambil tin-dakan penguatkuasaan sewajarnya.

oleh barisan Ahli MAIS sesi 2012-2014, Set-iausaha MAIS, Ketua-ketua Penolong Pen-garah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ketua Pegawai Ekse-kutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan Rektor Kolej Universiti Antarabangsa Selangor (KUIS). Turut dijemput Ketua-Ketua Penolong Setiausaha MAIS.

Majlis yang berlang-sung selama seten-gah hari ini bertujuan memberi gambaran tugas dan tanggung-

Menurutnya, Jawa-tankuasa Pengurusan Aduan dan Penguat-kuasaan juga berper-anan memantau ban-tuan kepada fakir dan miskin bagi menge-lakkan mereka tidak terdedah kepada gejala murtad berikutan ke-sukaran mendapatkan bantuan.

“Jawatankuasa ini perlu menyediakan satu pelan tindakan bagi membantu mer-eka yang memerlukan bantuan terutama ban-tuan daripada Lem-baga Zakat Selangor (LZS)”, katanya dalam sidang media menge-nai Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat di Selangor.

Sementara itu, Pengerusi MAIS turut

jawab sebagai Ahli MAIS di samping memberi penekanan terhadap memartabat-kan Agama Islam di Selangor. Selain itu taklimat ini menjurus kepada pendakwaan, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor dan kes-kes syariah di Selangor.

Selain taklimat, tu-rut diadakan pem-bentangan kertas kerja antaranya ialah Undang-Undang dan Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor yang disampaikan oleh Penasihat Undang-Un-dang MAIS.MNews

mengumumkan ba-hawa Lembaga Zakat Selangor (LZS) men-gutip RM 393.54 juta zakat di Selangor bagi tahun 2011 berband-ing RM336.93 juta pada tahun 2010 iaitu peningkatan sebanyak 17 peratus.

Katanya, zakat pendapatan mencatat-kan kutipan tertinggi iaitu RM216 juta, dii-kuti zakat perniagaan (RM79.7 juta) dan zakat harta (RM37.7 juta).

Dalam sidang me-dia itu, turut diadakan majlis serah tugas Set-iausaha MAIS daripada mantan Setiausaha MAIS, iaitu Dato’ Haji Marzuki bin Hussin ke-pada Encik Mohd Haniff bin Hassan, Setiausaha MAIS yang baru. MNews

adalah Ketua Kumpulan Sumber Manusia dan Pentadbiran di Muhib-bah Engineering (M) Berhad.

Perlantikan Setiau-saha MAIS dan Ketua Penolong Setiausaha, Sektor Khidmat Pen-gurusan dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa Sumber Manusia MAIS dalam mesyuarat JKSM Bil. 6. 2011 bertarikh 2 Disember 2011.

Warga kerja Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengucapkan selamat datang kepada Encik Mohd Haniff bin Hassan dan Tuan Haji Ahmad Apandi bin Haji Samsudin serta mengu-capkan setinggi-tinggi penghargaan dan teri-ma kasih kepada Dato’ Haji Marzuki bin Hus-sin yang menyandang jawatan sebagai Set-iausaha MAIS selama hampir satu tahun. MNews

Mohd Haniff Bin Hassan

Page 16: PENGURUSAN JENAZAH

TERKINISEMASA TEPAT ILMIAH

MAIS News dicetak oleh Ultimate Print Sdn Bhd dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) • Alamat MAIS: Tingkat 9, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam, Selangor • Telefon: 03-5514 3752 • Faks: 03-5512 4042 • Emel: [email protected] • Laman Sesawang: www.mais.gov.my

Sel. P.U.9.ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM

(NEGERI SELANGOR) 2003

PERINTAH PENUBUHAN PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PINDAAN) 2012

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 8(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen 1/2003], Majlis

dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat perintah yang berikut:

Nama dan mula berkuat kuasa

1. Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor (Pindaan) 2012. Perintah ini hendaklah disifatkan mula berkuat

kuasa pada 1 Januari 2012.

Pindaan Subperenggan 5(1) (c)

2. Subperenggan 5(1) (c) Perintah Penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor 2011 yang disebut “perintah ibu” dalam perintah ini adalah dipinda dengan menggantikan perkataan “tidak terlebih”, dengan perkataan “tidak kurang”.

Dibuat 4 Januari 2012[MAIS/SU/BUU/02/011/40: P.U. Sel. Am 0068/09]

DATO’ SETIA HAJI MOHAMAD ADZIB BIN MOHD ISAPengerusi

Majlis Agama Islam Selangor

WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Air zam zam yang telah dibacakan surah yasin pada malamJumaat di masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Dapatkannya di kedai cenderahati Masjid Negeri Shah Alam

AIR ZAM ZAM YASIN