Pengurusan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Adalah Amat Penting Dalam Pengajaran Dan Pembejaran Lebih...
-
Upload
muhammad-zulfaris-omar -
Category
Documents
-
view
330 -
download
3
Transcript of Pengurusan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Adalah Amat Penting Dalam Pengajaran Dan Pembejaran Lebih...
IMPLIKASI BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Sepanjang menjalankan program Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) sebanyak
4 kali dari semester 1 hingga semester 4 , saya dapat melihat pelbagai senario -
senario yang berlaku di sekolah yang banyak memberi pengalaman yang bermakna
dan juga ilmu yang bermanfaat untuk digunakan semasa bergelar guru kelak.Saya
berasa amat bertuah kerana saya telah memlih sekolah yang berlainan dari aspek lokus
sekolah dari pusat bandar, taraf sosial , tahap pencapaian sekolah , dan juga jenis
sekolah ( satu bangsa atau berlainan bangsa ) .Pengalaman manjalani program
Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) banyak membantu saya dalam memberi
gambaran tentang konsep kelas mesra budaya yang sebanar.Antara sekolah yang
pernah dihadiri oleh saya semasa Program Berasaskan Sekolah ( PBS ) ialah :
a) Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan ( Majoriti taraf sosial pelajar rendah , Lokus
sekolah jauh dari pusat bandar ,tahap pencapaian sekolah rendah , sekolah satu
bangsa ( melayu sahaja).
b) Sekolah Desa Pahlawan ( Majoriti taraf social pelajar sederhana , lokus sekolah
jauh dari pusat Bandar , tahap pencapain sekolah sederhana , sekolah pelbagai
bangsa ( melayu , india , kadazan , murut , iban)
c) Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian Tiga (Majoriti taraf social pelajar tinggi ,
lokus sekolah di pusat bandar , tahap pencapain sekolah tinggi , sekolah satu
bangsa ( melayu sahaja)
IMPLIKASI POSITIF KEJAYAAN MEWUJUDKAN KELAS MESRA BUDAYA
Zulhilmi Paidi dan Rohani Abd Ghani (2005) menyatakan guru merupakan suatu
profesion yang bertanggungjawab mendidik manusia. . Kejayaan guru dalam
mewujudkan kelas mesra budaya mendatangkan pelbagai implikasi positif yang sudah
tentunya akan membantu untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek JERIS
seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Proses kemenjadian
insan yang sempurna yang dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah secara tidak
langsung akan menjadikan iklim sekolah lebih kondusif dan seterusnya akan
mewujudkan satu institusi masyarakat yang harmonis dan yang lebih besar akan
menjadikan negara lebih aman dan sejahtera .Begitu hebat implikasi yang dapat dilihat
sekiranya kelas mesra budaya berjaya dilaksanakan dengam sempurna oleh guru.
Kejayaan guru dalam mewujudkan kelas mesra budaya bermula dengan kajian
mengenai latar belakang pelajar , taraf sosio ekonomi, tempat tinggal, budaya, adat
resam, kepercayaan, dan agama dimana unsur-unsur ini akan membantu guru untuk
memberikan layanan yang lebih adil kepada individu pelajar (Norati. A Rashid dan Boon
Pong Ying , 2011: 1). Hakikatnya situasi ini benar – benar berlaku di dalam bilik darjah ,
di mana jika dilihat tidak semua pelajar di dalam satu bilik darjah tidak sama dari aspek
bentuk komunikasi , agama , taraf sosial , lokus kenegerian dan agama . Kesedaran
guru tentang kepelbagaian sosio budaya dan keazaman mereka untuk membantu
pelajar inilah yang akan membentuk bilik darjah yang mesra budaya dimana guru
berjaya menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang bermanfaat kepada semua
pelajar walaupun terdapat pelbagai sosio budaya di dalam bilik darjah .
Berikut merupakan beberapa senario yang sering berlaku di dalam bilik darjah serta
bagaimana guru mengaplikasikan konsep mesra budaya serta implikasinya kepada
pelajar :
a) Situasi 1 : Guru mengendalikan pelajar pemulihan ( lemah , lembap )
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan ( PBS Semester 1 )
Pelajar lemah atau lembap merupakan salah satu golongan minoriti pelajar
dalam satu bilik darjah yang memerlukan kelainan keperluan pembelajaran bagi
mencapai tahap pembelajaran yang optimum seperti majoriti pelajar di dalam
satu bilik darjah.
Pengalaman menjalani program PBS di Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan amat
bermakna kepada saya.Ini adalah kerana di sekolah ini saya dapat melihat
situasi pengendalian pelajar pemulihan yang berbeza dan lebih sistematik
berbanding sekolah lain.Di sekolah ini , pelajar pemulihan yang juga merupakan
salah satu daripada golongan minotiti ini tidak dibiarkan terus keciciran dalam
pelajaran sebaliknya guru kelas akan memastikan pelajar pemulihan mendapat
hasil pembelajaran yang optimum sebagaimana majoriti pelajar di dalam bilik
darjah. Pelajar yang dikesan sedikit terkebelakang dalam sesuatu pembelajaran
akan terus disalurkan didalam kelas pemulihan.Setelah itu guru kelas bukan
sahaja lepas tangan tentang pembelajaran pelajar pemulihan kepada guru
pemulihan tetapi guru kelas akan terus memantau rekod pembelajaran pelajar –
pelajar pemulihan ini daripada guru pemulihan dari masa ke semasa.
Di sekolah ini ,sumber pembelajaran bagi pelajar pemulihan ini divariasikan lagi
daripada pelajar perdana.Ini adalah kerana secara teorinya , pelajar perdana
akan mencapai hasil pembelajaran yang optimum dengan hanya mendengar
penjelasan dan beberapa contoh oleh guru .
Situasi ini jauh berbeza dengan pelajar pemulihan dimana untuk mencapai hasil
pembelajaran yang optimum , mereka bukan sahaja memerlukan penjelasan
yang jelas daripada guru malah mereka memerlukan satu bahan maujud yang
boleh merangsang sensori – sensori mereka supaya apa yang dipelajari lekat di
memori mereka sebagai ingatan jangka masa panjang.Dengan menvariasikan
sumber pengajaran ini , guru tidak perlu lagi mengulang isi pelajaran yang sama
pada sesi pembelajaran yang berikutnya dan boleh meneruskan kepada isi
pelajaran yang baru.
Terdapat banyak implikasi yang akan terhasil apabila guru mengamalkan konsep
mesra budaya seperti dalam situasi di atas .Implikasi yang paling jelas yang
dapat dilihat ialah dari sudut sikap pelajar pemulihan itu sendiri. Senario yang
akan terpapar di minda kita tentang kelas pemulihan ialah satu bilik darjah yang
suram , sebuah bilik darjah yang pasif , dan hanya wujud komunikasi satu hala di
dalam bilik darjah . Senario ini akan berbeza sama sekali sekiranya guru
mangamalkan konsep mesra budaya seperti yang diamalkan dalam situasi di
atas Keperihatinan guru terhadap pelajar pemulihan ini dan keazaman guru
untuk membantu mereka mencapai tahap pembelajaran yang optimum
sebenarnya menjadi satu motivasi intrinsit yang mendorong mereka untuk belajar
bersungguh-sungguh.Hasilnya , pelajar dalam golongan ini tidak akan merasa
rendah diri untuk belajar malah konsep mesra budaya yang diamalkan guru ini
akan membantu pelajar ini membentuk satu persepsi yang positif dalam diri
pelajar pemulihan ini terhadap diri mereka menjadikan mereka lebih yakin pada
kemampuan diri mereka.
Konsep mesra budaya jika diamalkan dengan sempurna sebagaimana situasi
diatas akan turut memberi impak yang positif kepada persekitaran
sekolah.Persekitaran sekolah akan menjadi lebih harmonis kerana pelajar yang
merupakan golongan majoriti sesebuah sekolah menjadi golongan yang
mencintai ilmu kesan daripada konsep mesra budaya guru yang diamalkan yang
memastikan semua pelajar tidak kira berbeza tahap kognitifnya mencapai tahap
pembelajaran yang optimum setiap kali sesi P & P. Dengan itu , mereka akan
sudah tentunya akan berusaha untuk menjaga persekitaran fizikal mahupun
persekitaran sosio emosi sekolah agar mereka tidak akan mengalami sebarang
gangguan semasa proses P & P di dalam bilik darjah . Situasi ini juga secara
tidak langsung akan membentuk satu institusi masyarakat yang saling membantu
membantu sesama mereka.Ini adalah kerana konsep mesra budaya yang
diamalkan oleh guru didalam bilik darjah yang membantu golongan yang
kelainan keperluan dalam bilik darjah akan turut dicontohi oleh pelajar untuk
diaplikasikan dalam sistem hidup bermasyarakat dalam kehidupan
mereka.Dimana mereka juga akan turut membantu ahli dalam masyarakat
mereka yang memerlukan bantuan dengan hati yang terbuka.Rentetan daripada
itu akan wujudlah satu institusi masyarakat yang harmonis dan saling bantu
membantu antara satu sama lain.
b) Situasi 2 : Guru mengendalikan pelajar berlainan kelas sosial
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 ( PBS Semester 4 )
Guru yang bijak dan proaktif tidak akan melihat pelajar mereka dari segi luaran
sahaja untuk menentukan taraf sosial pelajar dalam bilik darjah mereka.. Malah
guru yang sedar akan sosio budaya akan berusaha untuk mendapatkan maklumat
peribadi murid. Dengan memperoleh maklumat peribadi murid maka guru itu akan
dapat merancang pembelajaran yang sesuai dan memberikan layanan yang adil
terhadap semua lapisan kelas sosial pelajar yang terdapat dalam bilik darjah
mereka.
Pengalaman menjalani program PBS di sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 amat
memberi makna kepada saya kerana ia banyak mengajar saya tentang bagaimana
untuk mengendalikan pelajar yang berlainan kelas sosial yang terdapat dalam satu bilik
darjah.Sekolah ini merupakan sebuah sekolah elit yang majoriti pelajarnya mempunyai
taraf sosial yang tinggi ( sila lihat lampiran satu ) . Walaubagaimanapun , masih lagi
kedapatan golongan minoriti pelajar yang mempunyai taraf sosial yang rendah di dalam
satu bilik darjah. Dengan mengaplikasikan konsep mesra budaya di dalam kelas guru
dapat memastikan berlaku kesamarataan peluang pendidikan kepada semua pelajar di
dalam bilik darjah mereka..Antara salah satu cara yang dilakukan oleh salah seorang
guru di sekolah ini ialah dengan cuba memaksimumkan penggunaan bahan terbuang
untuk dijadikan bahan untuk aktiviti pelajar.Dengan cara ini pelajar dalam kelas sosial
yang rendah atau tinggi akan dapat bersama – sama belajar untuk mendapat hasil
pembelajaran yang optimum.Selain itu di dalam bilik darjah guru juga banyak
menggandingkan pelajar – pelejar yang mempunyai taraf sosial yang tinggi dan rendah
semasa melaksanakan aktiviti semasa sesi P & P.Dengan cara ini mereka akan
menjalinkan satu hubungan yang baik sesama mereka dan seterusnya dapat
mengelakkan daripada wujud perasaan prejudis sesama mereka.
Pelajar selaku asset utama yang boleh dikategorikan sebagai pelanggan bagi setiap
guru dalam bilik darjah. merupakan golongan pertama yang akan mendapat implikasi
yang positif daripada pengamalan kosep mesra budaya di dalam bilik darjah. Pelajar di
dalam sesebuah kelas terutamanya pelajar dalam kategori taraf sosial yang rendah
akan seronok dan teruja untuk belajar.Mereka tidak akan merasa rendah diri dengan
kedaifan sosio ekonomi yang dihadapi dan mereka tidak akan lagi menjadikan taraf
sosial yang rendah sebagai halangan untuk mendapat pelajaran yang sempurna.Selain
itu dengan mengaplikasikan konsep mesra budaya seperti situasi diatas , pelajar dari
kedua-kedua kumpualan sosial ini akan menjalinkan hubungan yang erat sesama
mereka dan secara tidak langsung dapat mengelakkaan daripada wujudnya perasaan
prejudis sesame mereka.
Sekolah juga akan menjadi sebuah institusi ilmu yang lebih harmonis sekiranya konsep
mesra budaya seperti situasi di atas terus diamalkan.Ini adalah kerana semua pelajar
menghormati dan saling menyayangi antara satu sama lain tanpa mengira aspek kelas
sosial.Ini juga secara tidak langsung dapat mansifarkan kes buli yang biasanya
dihadapi oleh pelajar dalam kelas sosial yang rendah . Masyarakat juga akan
mendapat implikasi positif daripada pengamalan konsep mesra budaya di dalam bilik
darjah seperti situasi di atas.Sikap positif pelajar terhadap golongan yang berlainan
kelas sosial yang ditanam oleh guru dalam konsep mesra budaya yang diamalkan akan
turut menjadi contoh kepada ibu bapa mereka yang merupakan salah satu golongan
daripada institusi masyarakat.Rentetan daripada itu akan lahir satu institusi masyarakat
yang harmonis dimana mereka akan saling menghormati antara satu sama lain serta
tidak prejudis walaupun berlainan dalam aspek kelas sosial .
c) Situasi 3 : Guru mengendalikan pelajar kelainan lokus kenegerian
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Desa Pahlawan( PBS Semester 1 )
Kelainan lokus kenegerian akan wujud di dalam kelas sekiranya terdapat pelajar
dari negeri lain berpindah ke sekolah di negeri lain .Perbezaan lokus kenegerian
secara tidak langsung juga akan membawa kelainan dalam aspek bahasa
komunikasi dan budaya di dalam bilik darjah.
Pengalaman menjalani program PBS di Sekolah Kebangsaan Desa Pahlawan
banyak memberi input yang berguna kepada saya dalam aspek pengendalian
pelajar yang berbeza dalam aspek lokus kenegerian.Ini adalah kerana majoriti
ibu bapa pelajar di sekolah ini bekerja sebagai askar yang datang dari pelbagai
negeri yang secara tidak langsung membawa perbezaan dalam aspek bahasa
komunikasi dan budaya di dalam bilik darjah
Antara cara pengendalian pelajar yang berbeza lokus kenegerian yang
dijalankan oleh salah seorang guru di sekolah ini ialah menggunakan bahasa
standart sepanjang semasa memberi penerangan dalam sesi P & P . Langkah
guru ini bertepatan dengan konsep mesra budaya kerana semua pelajar dapat
memahami isi pelajaran yang ingin disampaikan kerana bahasa standart
biasanya difahamani oleh semua pelajar walaupun berbeza lokus
kenegerian.Selain itu guru di sekolah ini juga akan menerapkan unsur-unsur
budaya bagi negeri semasa sesi P & P.
Golongan pertama yang akan mendapat implikasi daripada pengaplikasian
konsep mesra budaya seperti situasi di atas ialah pelajar selaku asset utama
seorang guru.Penggunaan bahasa standart di dalam kelas akan memudahkan
pelajar untuk memahami isi pelajaran yang ingin disampakan oleh guru. Ini
adalah kerana komunikasi secara lisan ini hanya berkesan sekiranya idea atau
maklumat diterima oleh pelajar-pelajar dengan jelas dan mudah difahami. Selain
itu , unsur mesra budaya melalui penerapan unsur budaya negeri semasa sesi P
& P akan menjadikan pelajar merasakan diri mereka dihargai walaupun mungkin
mereka hanya golongan minoriti didalam bilik darjah.Sekolah juga akan terkesan
dengan konsep mesra budaya yang diamalkan seperti situasi diatas dimana
suasana sekolah akan menjadi lebih berilmiah kerana semua pelajar walaupun
berbeza lokus kenegerian akan menerima ilmu yang sama dan berpeluang
memberi pendapat kerana tidak berlaku halangan komunikasi sepanjang sesi P
& P .Seterusnya masyarakat juga akan mendapat implikasi positif dari
pengamalan konsep mesra budaya dalam situasi di atas . Hubungan dalam
masyarakat secara tidak langsung akan menjadi lebih erat dengan penerapan
unsur budaya bagi negeri yang diamalkan dalam konsep mesra budaya seperti
situasi di atas.
IMPLIKASI NEGATIF KEGAGALAN MEWUJUDKAN KELAS MESRA BUDAYA
Kegagalan guru mewujudkan kelas mesra akan membentuk pelbagai implikasi negative
kepada pelajar , sekolah dan negera. Kegagalan mewujudkan kelas mesra budaya ini
sebenarnya berpunca daripada kegagalan guru dalam menerima pelajar sebagai
individu yang unik yang berbeza dari aspek bentuk komunikasi , agama , taraf sosial ,
lokus kenegerian dan agama . Berikut merupakan beberapa senario kegagalan guru
mengaplikasikan konsep mesra budaya yang sering serta implikasinya kepada pelajar :
a) Situasi 1 : Guru mengendalikan pelajar yang tingkah laku bermasalah
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan ( PBS Semester 1 )
Menurut Atkinson (1990), tingkah laku bermasalah adalah merupakan
tingkahlaku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu
masyarakat.Tingkah laku bermasalah boleh merangkumi tingkah laku destruktif,
tingkah laku desruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan,
tingkah laku pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri . Kegagalan guru
dalam mengendalikan pelajar yang mempunyai tingkah laku bermasalah dengan
konsep mesra budaya akan menyebabkan pelbagai implikasi negative kepada
pelajar , sekolah dan juga masyarakat.
Semasa menjalani program PBS di sekolah ini , saya dapat melihat bagaimana
kegagalan guru dalam mewujudkan kelas yang mesra budaya memberi implikasi
yang begitu maksima sepanjang sesi P & P. Salah seorang guru di sekolah ini
telah gagal mengamalkan konsep mesra budaya di dalam kelasnya.Beliau hanya
memarahi dan mendenda pelajar yang mempunyai tingkah laku bermasalah ini
tanpa cuba memahami keperluan pelajar.
Rentetan daripada itu bukan sahaja murid yang mempunyai masalah tingkah laku
ini sahaja tidak memperoleh ilmu yang ingin disampaikan malah murid yang tidak
bermasalah tidak boleh mencapai hasil pembelajaran yang optimum kerana turut
terganggu degan sikap guru yang terlalu autokratik.
Sikap guru yang tidak mesra budaya seperti situasi di atas akan mendatangkan
implikasi yang begitu maksima terutamanya kepada pelajar.Sikap guru yang
terlalu autokratik dan langsung tidak cuba untuk mewujudkan budaya penyayang
di dalam bilik menyababkan pelajar terutamanya pelajar yang mempunyai
tingkah laku bermasalah tidak akan berminat lagi untuk belajar.Ini adalah kerana
mereka merasakan guru tidak lagi mengambil berat tentang diri mereka ,
sebaliknya selalu mendenda mereka bertubi-tubi tanpa cuba memahami sebab
mereka menimbulkan tingkah laku bermasalah tersebut.
Sekolah juga secara tidak langsung akan mendapat implikasi negatif daripada
sikap guru yang tidak mesra budaya seperti situasi di atas.Sekolah yang
sepatutnya menjadi satu tempat perolehan ilmu yang kondusif menjadi kacau
bilau kerana kegagalan guru untuk mengaplikasikan konsep mesra budaya untuk
mengawal tingkah laku pelajar-pelajar bermasalah ini.Kegagalan guru dalam
pengendalian pelajar bermasalah tingkah laku ini dengan bijak dan proaktif
menyebabkan mereka memberontak , dimana mereka bukan sahaja
menimbulkan masalah tingkah laku di dalam bilik darjah malah mereka turut
menimbulkan masalah di luar bilik darjah .
Masyarakat juga akan turut merasakan implikasi negatif daripada kegagalan guru
mewujudkan kelas yang mesra budaya.
Suasana hidup bermasyarakat tidak lagi harmonis rentetan daripada kebanjiran
gejala bermasalah dalam masyarakat yang hadir dari pelajar yang gagal
dimodifikasikan tingkah laku bermasalah yang dihadapinya di sekolah. Suasana
ini secara tidak langsung akan mengurangkan program program bersama dalam
kalangan masyarakat kerana banyak masa telah dihabiskan untuk menyelesaikan
masalah yang ditimbulkan oleh pelajar.
b) Situasi 2 : Guru mengendalikan pelajar yang berlainan bangsa
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Desa Pahlawan ( PBS Semester 1 )
Sekolah Kebangsaan Desa Pahlawan merupakan sekolah yang terdiri
daripada pelbagai bangsa .Rentetan daripada itu , semasa menjalani
program PBS di sekolah ini , saya dapat melihat bagaimana pengendalian
pelajar yang berlainan bangsa yang telah dilaksanakan di sekolah ini.Di
sekolah ini pelajar yang berlainan bangsa hanya akan ditempatkan pada
satu kelas sahaja bagi setiap tahun tanpa dicampur dengan bangsa
melayu yang merupakan bangsa majoriti di sekolah tersebut.Pengendalian
seperti ini sebenarnya tidak menepati konsep mesra budaya , dimana
pengendalian seperti ini seakan akan ingin menyekat interaksi antara 2
bangsa yang berlainan.Pengendalian seperti ini juga tidak adil kepada
kumpulan bangsa minority.Ini adalah kerana mereka tidak akan dinaikkan
ke kelas yang lebih cemerlang sekiranya memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan.
Pengendalian bagi pelajar yang berlainan bangsa yang tidak mesra
budaya yang diamalkan seperti situasi diatas banyak memberi impak
terutamanya kepada pelajar yang menjadi pelanggan tetap bagi guru di
dalam bilik darjah.
Pengendalian yang tidak mesra budaya seperti situasi di atas akan
menyebabkan golongan bangsa minority hilang rasa keterujaan untuk
belajar . Ini adalah kerana mereka akan tetap berada di kelas yang sama
walaupun mempamerkan keputusan yang cemerlang di dalam
peperiksaan. Sekolah juga akan turut merasakan implikasi negatif daripada
pengendalian pelajar yang berlainan bangsa seperti situasi di
atas.Suasana sekolah yang sepatutnya harmonis dengan pertembungan
antara kumpulan bangsa yang berlainan menjadi sebaliknya dimana akan
wujud kelompok – kelompok pelajar mengikut bangsa kesan daripada
pengasingan mengikut bangsa yang telah dibuat oleh guru sekolah
tersebut.Pengendalian yang tidak mesra budaya seperti situasi di atas
akan melahirkan satu institusi masyarakat yang prejudis antara satu sama
lain.Ini adalah kerana meraka tidak diberi berpeluang berinteraksi dan
mengenali adat dan resam dalam bangsa mereka dari sekolah lagi.
c) Situasi 3 : Guru mengendalikan pelajar yang berbeza tahap kognitif
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan ( PBS Semester 1 )
Guru adalah golongan manusia yang memberi kesan yang besar terhadap
perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap manusia.Kegagalan
guru dalam memahami keperluan pelajar dalam pendidikan akan
mengahalang pelajar daripada mencapai hasil pembelajaran yang
optimum.
Semasa menjalankan program PBS di Sekolah Kebangsaan Wakaf Stan ,
saya melihat beberapa situasi yang jelas berlaku ketidakadilan bagi pelajar
yang mempunyai tahap kognitif yang tinggi dan rendah.Saya melihat ,
kebanyakkan guru hanya mengambil berat terhadap para pelajar yang
pandai dan rajin dalam kelas. Ini kerana mereka mengkatogerikan pelajar
tersebut sebagai pelajar dari keluarga yang berlatarkan sosio ekonomi serta
sosio budaya yang tinggi.
Manakala bagi pelajar yang ditempatkan di kelas terakhir mereka diberi
layanan ala kadar sahaja. Ini kerana guru tersebut beranggap bahawa latar
belakang mereka amat rendah dan pelajar yang rendah sosio ekonominya
tidak akan ada niat untuk belajar.
Kegagalan guru dalam mengaplikasikan konsep mesra budaya seperti
situasi di atas akan membawa implikasi negatif kepada pelajar.Jarak antara
2 kelompok pelajar berlaianan tahap kognitif ini akan menjadi lebih jauh.
Lantaran itu, pelajar kelas akhir akan berasa tidak bermakna berada di
sekolah , dianggap pelajar “bermasalah” dan akhirnya akan bertingkah laku
sebagaimana jangkaan guru (Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying ,
2011:1) . Persekitaran sekolah juga akan terkesan dengan kegagalan guru
mengaplikasikan konsep mesra budaya di dalam bilik darjah seperti situasi
di atas.Di mana persekitaan sekolah yang sepatutnya harmonis dengan
persaingan yang sihat antara pelajar 2 golongan pelajar yang berbeza tahap
kognitif ini tidak akan wujud kerana pelajar yang mempunyai tahap kognitif
yang rendah tidak lagi berminat untuk belajar kesan daripada sikap guru
yang langsung tidak mengamalkan budaya penyayang seperti dalam situasi
di atas.
LANGKAH DAN TINDAKAN UNTUK MEWUJUDKAN KELAS MESRA BUDAYA
Guru adalah golongan manusia yang memberi kesan yang besar terhadap
perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap manusia. Sistem pendidikan di
Malaysia mendukung Dasar Wawasan Negara yang mana mahu menjadikan Malaysia
sebuah Negara yang maju, bersatu padu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan
dan dilengkapi dengan nilai berfikiran terbuka, bertolak ansur, penyayang, saksama,
serta progresif dan makmur. Dengan ini guru mempunyai cabaran yang besar untuk
merialisasikan dasar ini apabila berhadapan dengan pelajar yang mempunyai
kepelbagaian sosio-budaya didalam bilik darjah. Untuk merealisasikan dasar itu guru
perlu bijak dan proaktif dalam merancang pengajaran bagi mewujudkan kelas mesra
budaya.
Salah satu langkah untuk mewujudkan mewujudkan kelas yang mesra budaya ialah
dengan pemilihan objektif pengajaran yang sesuai setiap kali sesi pengajaran
dijalankan. Langkah ini adalah amat penting kerana murid-murid di dalam kelas
mempunyai pelbagai tahap kecerdasan yang berbeza, ini bermakna kesediaan belajar
mereka juga berbeza.Perkara ini perlu diberi pertimbangan oleh guru, terutama murid-
murid yang lambat. Sekiranya guru mengabaikan mereka, mereka akan terus
ketinggalan dan berkemungkinan akan menjadi murid tercicir. Fahaman guru terhadap
perbezaan kesediaan belajar membolehkan guru melayani murid secara individu atau
kumpulan mengikut kaedah yang berbeza(Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad
Subki Bin Miskon, 2010: ).Oleh itu dalam merangka objektif pengajaran dan
pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan murid disamping
menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai dengan kumpulan yang berbeza
keupayaan supaya murid yang lambat tidak terus tertinggal dan murid yang pandai
tidak merasa bosan.
Pemilihan kaedah yang sesuai merupakan salah satu langkah untuk mewujudkan kelas
yang mesra budaya.Kesedaran guru tentang kepentingan kesedaran kepelbagaian
sosio budaya menjadikan mereka lebih peka dalam pemilihan kaedah yang sesuai bagi
membantu murid – murid dalam memahami kepelbagaian budaya (Norati. A Rashid dan
Boon Pong Ying , 2011: 1). Satu strategi yang sesuai digunakan ialah pembelajaran
kopertif. Melalui struktur pembelajaran koperatif , pelajar dalam kumpulan heterogenous
dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman , belajar bersama – sama , saling
membantu dan berinteraksi untuk memastikan pencapaian kumpulan. Pelajar yang
mempunyai pelbagai latar belakang , etnik , taraf sosial dan pencapaian dapat saling
belajar dan mengenali budaya secara tidak langsung. Kesedaran budaya mikro
kumpulan etnik yang berbeza dapat membantu mengeratkan hubungan dan
mewujudkan kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam masyarakat majmuk
(Norati. A Rashid dan Boon Pong Ying , 2011: 1)
Selain itu , pemilihan bahan sumber yang baik juga banyak membantu untuk
mewujudkan kelas mesra budaya.. Menurut Noriati ( 2011), pemilihan bentuk sumber
yang dapat diterima , tidak bias dan prejudis perlu diutamakan. Contoh yang berkaitan
dengan pengalaman harian pelajar akan meningkatkan motivasi pelajar. Ini secara
automatik akan meningkatkan pembelajaran murid – murid. Pembelajaran berkesan
berlaku berdasarkan pengetahuan dan budaya seseorang pelajar. Contohnya, jika
sebuah kelas mengandungi tiga jenis kaum utama maka isi pelajaran yang disampaikan
perlulah dikaitkan dengan ketiga – tiga etnik tersebut. Sekirannya, hanya satu kaum
dominan di kelas dan jika selainnya terdiri daripada etnik minoriti, pelajar minoriti juga
perlu diberikan perhatian ketika isi pelajaran disampaikan. Guru akan menyelitkan
nama – nama watak , tempat makanan dan perayaaan etnik minoriti bersama kaum
dominan dalam isi pelajaran mereka supaya murid – murid minat dengan penyampaian
mereka. Guru juga akan sentiasa mengelakkan unsur – unsur negatif dan sensitif bagi
mana – mana etnik. Ekoran itu, guru juga akan sentiasa mendapatkan maklumat yang
tepat mengenai sesuatu etnik. Pemilihan sumber yang merangkumi penggunan bahasa
dan istilah yang tidak sensitif juga perlu diberi perhatian.
Persekitaran iklim fizikal bilik darjah yang baik dan kondusif juga banyak membantu
guru untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. Kondusif mengikut takrifan
berdasarkan Cambridge Advance Learner’s Dictionary (2004) membawa maksud
menyediakan keadaan yang betul dan dapat memberi rangsangan untuk memastikan
sesuatu yang berlaku (Priceton University,2003). Dalam konteks iklim pembelajaran
yang kondusif pula, United Sates Department of Educatian (USDE) telah mentakrifkan
iklim yang kondusif untuk pembelajaran yang berkesan merupakan suatu bentuk
persekitaran yang menarik dengan reka bentuk dan pengurusan kemudahan yang
sempurna dan mengambil kira penghuni serta aktiviti di dalamnya. Oleh yang
demikian, dengan adanya kebijaksanaan seseorang guru dalam mewujudkan iklim
fizikal bilik darjah yang kondusif dan sesuaimaka akan lahir suasana sosioemosi yang
selesa dan seterusnya dapat menjurus ke arah untuk mewujudkan persekitaran yang
mesra budaya. Contohnya, kedudukan murid di dalam bilik darjah perlulah
seimbang.Misalnya, murid melayu duduk bersebelahan dengan murid berbangsa
cina ataupun india. . Di setiap baris dan lajur kedudukan di dalam bilik darjah
perlulah mempunyai variasi murid agar kemesraan antara setiap budaya dapat
diwujudkan..
Keadaan fizikal yang baik sahaja tidak mencukupi untuk mewujudkan persekitaran yang
kondusif untuk pembelajaran.Persekitaran sosio emosi yang berkesan juga banyak
membantu membina bilik darajah yang mesra budaya.Motivasi atau kuasa dalaman
akan membangkit , mengarah , dan mengawal minat dan tingkah laku murid ( Woolfolk ,
1990 ) .Langkah yang pertama ialah dengan mewujudkan suatu keadaan yang
harmonis dan ceria agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
berkesan. Sebelum melakukan pengajaran, guru perlu melihat bagaimana suasana
emosi dalam bilik darjah. Langkah ini akan mempengaruhi pembelajaran murid dan
membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat
menyesuaikan diri dalam bilik darjah.
Kaedah main juga banyak membantu dalam mewujudkan suasana sosio emosi yang
harmonis di dalam bilik darjah .Untuk itu ,guru perlu kreatif dalam mengajar dan
mengaitkan isi pelajaran dengan permainan yang menarik dan menyeronokkan. Kajian
membuktikan bermain itu adalah satu keperluan kanak-kanak dan juga membenarkan
mereka melakukan aktiviti yang kreatif. Kanak-kanak yang suka bermain
menggalakkan interaksi sosial dan dapat mengawal emosi murid itu secara semula jadi
dan ini adalah kerana bermain adalah proses spontan yang dapat menghasilkan
pengalaman, pembelajaran dan kemahiran.
RUMUSAN
Kesimpulannya kesedaran guru dan kebijaksanaan guru dalam menangani
kepelbagaian sosio budaya di dalam bilik darjah amat penting dalam untuk mewujudkan
kelas mesra budaya. Dalam konteks kepelbagaian ini, dimana pertumbuhan dan
perkembangan seseorang pelajar itu mempunyai kesan yang sangat kuat dalam
menyusuri arus pembelajaran mereka. Ia juga adalah satu impak yang sangat penting
kepada pelajar untuk mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di
sekolah. Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar
yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan
juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar
belakang keluarga, sosioekonomi dan terutama sekali kepada gaya pembelajaran
setiap daripada mereka dengan menitikberatkan kepada minat, bakat, pengalaman kita
perlu meneroka bagi menampung perbezaan perbezaan individu yang wujud di dalam
bilik darjah dan untuk memberikan peluang yang terbaik kepada semua pelajar bagi
mencapai kejayaan. Oleh yang demikian untuk memahami dan menyelaraskan proses
pengajaran dan pembelajaran dalam amalan disekolah yang lebih afektif berdasarkan
kepada situasi kepelbagaian pelajar yang wujud dalam dunia pendidikan sekarang
adalah melalui pemahaman terhadap perbezaan individu iaitu latar belakang tentang
kepelbagaian pelajar dan gaya pengajaran guru serta gaya pembelajaran pelajar itu
sendiri.Dengan cara ini tidak akan wujud isu ketaksamaan peluang pendidikan dalam
kalangan murid yang berbeza sosio budayanya secara tidak langsung akan wujudlah
kelas mesra budaya seperti yang diinginkan.