Penghijrahan bangsa Bugis ke Tanah Melayu.docx
-
Upload
ellena-chua -
Category
Documents
-
view
100 -
download
3
description
Transcript of Penghijrahan bangsa Bugis ke Tanah Melayu.docx
Penghijrahan bangsa Bugis ke Tanah Melayu dipercayai bermula dari tahun 1667 Masehi apabila Makasar, Sulawesi jatuh ke tangan Belanda. Pahlawan Bugis yang terkenal di gugusan Melayu pada ketika itu ialah Daeng Rilaka dan lima orang putera beliau bernama Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambun, Daeng Celak dan Daeng Kemasi.
Penghijrahan Daeng Kuning tujuh bersaudara ini berkemungkinan besar susulan daripada dasar campurtangan Kerajaan Belanda yang semakin berleluasa di Kepulauan Sulawesi. Ada sumber yang mengatakan bahawa Daeng Kuning adalah zuriat keturunan Daeng Merewah bin Daeng Rilaka. Dua buah rombongan ini sudah pasti terdiri daripada orang yang berlainan walaupun ada persamaan pada sesetengah nama. Ini berdasarkan perbezaan masa yang agak ketara. Walau bagaimanapun, kaitan kekeluargaan antara satu sama lain tidak dinafikan.
Penghijrahan tujuh bersaudara tadi bukanlah bermaksud lari daripada medan peperangan , ia sebenarnya satu cara untuk menyusun strategi balas. Matlamat mereka ialah untuk mengumpulkan para pahlawan Melayu bagi menentang kuasa-kuasa asing yang menjajah negeri-negeri di Nusantara.
Daeng Kuning dan saudaranya telah mempelopori gerakan gerila untuk melumpuhkan pentadbiran penjajah di negeri-negeri Melayu. Walaupun ramai pahlawan Bugis terlibat secara langsung dengan kancah politik negeri-negeri Melayu seperti di Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Temasik dan Kepulauan Riau, namun mereka tidak bersatu-padu. Malahan, ada di antara mereka yang menjadi askar upahan kuasa-kuasa asing dan berperang sesama sendiri.
Oleh sebab itulah, ketika belayar di tengah lautan, Daeng Kuning telah mengingatkan kembali matlamat penghijrahan mereka. Pesanan tersebut disampaikan melalui bentuk pantun kepada saudara-mara beliau yang berbunyi;
Pecah Gayong Di Dalam Dulang,Dulang Hanyut Di Lautan Tujuh;
Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang,Suatu Masa Dan Ketika Kembali Berteguh (berpadu)
Dalam tahun 1813 Masehi, Daeng Kuning tujuh bersaudara telah mendarat di Kuala Larut, Perak sebelum pemerintahan Sultan Abdullah. Buat sementara waktu mereka bermastautin di suatu tempat yang mereka namakan sebagai Pengkalan Alur atau Relur Tujuh. Kini tempat tersebut dipanggil Kampung Ayer Kuning, terletak di Taiping, Perak.
Hanya Daeng Kuning menetap di Pengkalan Alur dan bertapa buat beberapa ketika di dalam sebuah gua di Bukit Larut. Manakala saudara Daeng Kuning yang lain bergerak menuju ke Pahang, Terengganu, Johor, Selangor, Melaka dan Kedah. Ada yang terus menetap di negeri singgahan mereka dan ada antaranya yang meneruskan perjalanan berikutnya ke Kepulauan Melayu lain.Daeng Kuning telah mendirikan rumahtangga dengan seorang puteri raja Patani. Perkahwinan tersebut menghasilkan seorang cahaya mata lelaki yang dinamakan Che Ngah Tambah.
Daeng Kuning digelar oleh penduduk tempatan sebagai Tok Hitam Dam. Gelaran tersebut cukup terkenal hinggakan sebatang jalan di Kampung Pokok Assam dinamakan Jalan Tok Hitam Dam. Daeng Kuning mangkat di Taiping, Perak dalam tahun 1875 Masehi. Makam beliau terletak di Kampung Tupai, berdekatan Jalan Pokok Assam di Taiping. Ia telah diwartakan sebagai bahan sejarah dan kini terletak di bawah jagaan Muzium Negara menurut Akta Bendapurba, 1976.
Anak tunggal Daeng Kuning, Che Ngah Tambah juga memiliki ilmu yang tinggi dan sifat kepemimpinan yang unggul. Beliau merupakan tokoh yang membuka Daerah Larut-Matang dan dilantik menjadi seorang Penghulu Besar bagi daerah tersebut.
Atas kewibawaan beliau, Che Ngah Tambah dilantik oleh Sultan Perak sebagai salah seorang daripada Orang Besar Enam Belas Negeri. Che Ngah Tambah menetap di kampung Ayer Kuning dan mempunyai empat orang isteri.
Che Ngah Tambah merupakan seorang pembesar yang pemurah dan amat disegani. Tanah-tanah dalam bidangkuasanya diagih-agihkan kepada penduduk tempatan atau sesiapa sahaja yang layak untuk diusahakan atau dibuat penempatan.
Pemimpin-pemimpin Cina yang menjalankan aktiviti perlombongan di dalam daerahnya juga amat menghormati beliau. Anak Che Ngah Tambah yang bernama Alang Abdul Rahman telah dikahwinkan dengan salah seorang anak pemimpin Cina. Pemimpin Cina berkenaan menawarkan anak beliau sebagai tanda persahabatan dan hormat atas kepimpinan Che Ngah Tambah.
Hasil perkongsian hidup Che Ngah Tambah dengan salah seorang isteri beliau, Allah SWT telah mengurniakan lima orang cahayamata. Anak-anak mereka terdiri daripada Long Khadijah, Mariah, Uda Mohd Hashim, Aminah dan Mariam. Anak-anak Che Ngah Tambah dengan isteri-isteri yang lain setakat yang diketahui ialah Alang Abdul Rahman, Putih Mohd Salleh dan Sareah. Che Ngah Tambah telah dimakamkan di perkarangan Masjid Taiping (lama) dan nama beliau juga diabadikan pada sebatang jalan di Pokok Assam, Taiping.
Uda Mohd Hashim merupakan ayahanda kepada Dato' Meor Abdul Rahman. Uda Mohd Hashim ialah seorang arkitek yang terkenal di Taiping. Beliau telah berkahwin dengan seorang janda cantik berketurunan Arab bernama Syarifah Aluyah binti Syed Zainal al-Attas. Syarifah Aluyah sebelum berkahwin dengan Uda Mohd Hashim telah mempunyai tiga orang anak bernama Alin, Puteh dan Hendun.
Syed Zainal bin Syed Idris al-Attas berasal dari Pahang manakala isterinya ialah orang tempatan Parit, Perak. Syed Zainal pernah dilantik sebagai seorang penghulu di Pekan, Pahang. Beliau juga dikenali sebaga Dato' Jenal. Beliau ialah salah seorang pembesar Pahang yang menentang penjajahan British bersama-sama dengan Dato' Mat Kilau dan Dato' Bahaman.
Sebaik sahaja Uda Mohd Hashim berkahwin dengan Syarifah Aluyah, mereka telah berpindah ke Lake Garden (Taman Tasek), Taiping. Uda Mohd Hashim dan Syarifah Aluyah telah dikurniakan tiga orang cahayamata iaitu Meor Abdul, Aziz, Meor Abdul Rahman dan Siti Sa'diah.
Selain menjalankan tugas seharian sebagai seorang arkitek, Uda Mohd Hashim juga adalah salah seorang Ahli Majlis Daerah Taiping. Kebanyakan rekabentuk rumah dan bangunan terutamanya di Kampung Pokok Assam dan bandar Taiping adalah hasil kreativiti beliau. Sebagai ahli Majlis Daerah, beliau berperanan merancang dan memajukan Daerah Taiping. Ini membuatkan beliau dikenali ramai dan dihormati.
Latarbelakang keluarga yang begitu kuat dan berpengaruh sedikit sebanyak telah membentuk peribadi Meor Abdul Rahman sebagai seorang pahlawan dan pemimpin unggul seni silat abad ke-20.
Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim dilahirkan pada 17 haribulan Ogos 1918 di Kampung Lake Garden, Taiping, Perak. Ketika lahir beliau dinamakan Meor Abdul Hamid.
Sebelum dilahirkan, bonda beliau bermimpi didatangi satu lembaga yang mengkhabarkan anak dalam kandungannya akan menjadi seorang pahlawan yang gagah berani. Meor Abdul Rahman dilahir berkembarkan seekor cacing. Kembar beliau itu setelah dibersihkan disimpan di dalam sebuah tempurung kelapa jantan, kemudiannya dihanyut ke laut melalui Teluk Kertang, Matang, Perak. Menurut kata bondanya, kelahiran sedemikian adalah petanda awal bahawa Meor Abdul Rahman akan menjadi seorang pendekar yang terbilang.
Apabila meningkat remaja, keluarga Meor Abdul Rahman telah berpindah ke Kampung Pokok Assam, Taiping. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Taiping dan persekolahan menengah di Sekolah King Edwards VII, Taiping seterusnya di Government Trade School di Ipoh sehingga tahun 1935.
Beliau menuntut ilmu persilatan dengan Syed Zainal bin Syed Idris Al-Attas ketika berusia lebih kurang 12 tahun. Sejak kecil beliau sering mendengar kisah pahlawan dan sejarah perjuangan bangsa Melayu dari nendanya. Selama lebih kurang 2 tahun, Meor Abdul Rahman menjalani latihan intensif setiap hari siang dan malam.
Tempoh latihan tersebut dikira terlalu lama berbanding rakan-rakan beliau yang khatam bersilat hanya menuntut beberapa bulan sahaja contohnya di Ijuk, Changkat Jering dan Batu Kurau. Ini mengakibatkan beliau sering diejek dan dipersenda umpama ' buah yang tidak masak' oleh rakan-rakan sebaya. Apabila persoalan demikian dikemuka oleh bondanya kepada Syed Zainal Al-Attas, jawapan yang diberi ialah cucunda beliau akan dikhatam oleh orang ghaib pada suatu masa dan di suatu tempat di sempadan Kedah dan Siam.
Sejak di alam persekolahan menengah lagi Meor Abdul Rahman gemar keluar kampung untuk mencari pengalaman baru. Dalam tempoh masa antara tahun 1933 sehingga 1935, beliau sering berulang-alik ke Kedah menziarahi kanda iparnya, Hendon di Kota Sarang Semut, Kedah. Beliau hanya menunggang basikal ke Kedah atau ke mana sahaja beliau tuju. Hubungan beliau dengan kanda dan iparnya, Zainal Abidin amat erat. Ketika itu, kanda iparnya bertugas sebagai seorang Inspektor Polis di Balai Polis Kota Sarang Semut.
Ketika di alam persekolahan, Meor Abdul Rahman mempunyai beberapa orang kawan rapat. Mereka ialah Bakar, Wan Noh bin Haji Ismail, Wan Man bin Haji Ismail
dan Aziz Khan. Mereka ini sering bersaing dan bergerak bersama-sama dalam kelompok seperti remaja lain dalam pertengahan dan lewat usia belasan tahun. Sejak dari sekolah menengah Meor Abdul Rahman sudah terkenal dengan kekuatannya. Beliau digelar "Rahman The Strong Man".
Gelaran itu diberi atas kemampuan istimewa Meor Abdul Rahman. Beliau sering diminta oleh rakan-rakannya menunjukkan kehandalan mengangkat objek yang berat dan melakukan kebolehan di luar kebiasaan orang ramai. Setiap pengakuan yang beliau buat, mampu dibuktikan kepada rakan-rakannya. Ini menyebabkan kata-kata beliau dipercayai dan diberi gelaran sebagai orang gagah.
Setelah tamat persekolahan pada tahun 1935, Meor Abdul Rahman mula menetap di rumah Hendon di Kuala Nerang, Kedah. Pada masa itu, Zainal Abidin telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Penguasa Polis dan bertugas sebagai Ketua Polis Kuala Nerang. ASP Zainal Abidin merupakan seorang pegawai polis yang tegas serta berani dan kuat berpegang kepada ajaran Islam. Meor Abdul Rahman sendiri amat menghormati dan segan kepada kanda iparnya itu.
Pada suatu pagi ketika berada di Kuala Nerang, beliau ternampak sebuah gelanggang silat. Setelah merisik, Meor Abdul Rahman difahamkan bahawa guru gelanggang itu ialah Sudin, seorang berketurunan Minangkabau. Beliau bekerja sebagai seorang penjahit topi dan baju. Oleh kerana minat untuk terus mendalami ilmu persilatan, Meor Abdul Rahman mengambil keputusan untuk melawat Sudin. Setelah berbincang, Sudin bersetuju menerima beliau sebagai murid dengan mengenakan bayaran pengeras permulaaan belajar sebanyak RM 1.70 dan khatam sebanyak RM 5.15 beserta seekor ayam.
Malam keesokannya, Meor Abdul Rahman pun datang dan menyerahkan duit pengeras sebanyak RM 1.70. Beliau diarah oleh Sudin berlatih dengan murid-muridnya. Dalam latihan tersebut, Meor Abdul Rahman dicuba oleh tiga orang murid lama Sudin. Niat mereka untuk menjatuhkan Meor Abdul Rahman tidak kecapaian sama-sekali. Akhirnya, orang kanan Sudin bernama Ali mengadu kepada Sudin bahawa adik ipar OCPD itu bukanlah calang-calang orang. Setelah mendengar aduan Ali, Sudin berasa malu kerana muridnya bertiga gagal menewaskan Meor Abdul Rahman seorang. Lalu beliau menghampiri Meor Abdul Rahman dan menyapanya,
"Kamu kalau nak belajar, buat cara nak belaja
BUGIS DI REMBAU, NEGERI SEMBILAN
Oleh: Mohd Ridzwan bin Abdul Razak A127426
Pada tahun 1701, Daeng Marewah dan pengikutnya telah bersepakat untuk
menetap di Linggi. Mereka telah menetap di Linggi tanpa terlebih dahulu meminta
perkenan Sultan Johor dan menjelang bulan Oktober 1701, terdapat 600 orang
Bugis tidak termasuk kaum wanita dan kanak-kanak. Kehadiran orang Bugis yang
ramai di Linggi telah membimbangkan pihak Belanda yang berada di Melaka kerana
berdekatan dengan wilayahnya. Pihak Belanda telah menyuarakan kebimbangan
mereka ini kepada Sultan Johor semasa misinya pergi ke Johor pada 6 Oktober
1701.
Sekitar tahun 1711, sekumpulan lagi orang Bugis dibawah pimpinan Daeng
Menompok[1] telah sampai ke Linggi. Kehadirannya menyebabkan wujud dua kuasa
di Linggi iaitu Daeng Menompok dan Daeng Marewah. Kira-kira antara tahun 1711
dan tahun 1715 terdapat persaingan kuasa antara Daeng Marewah dengan Daeng
Menompok dan Daeng Marewah telah memenangi kepimpinan kumpulan Bugis di
Linggi. Sehingga menjelang sekitar pertengahan tahun pertama abad ke-18 para
pemimpin Bugis berpuas hati tinggal di pinggir wilayah beberapa kerajaan Melayu
tanpa mencampuri urusan mereka. Bagi orang Bugis, hanya dengan cara demikian
mereka dapat meneruskan institusi dan tradisi politik mereka sendiri.
Pada masa yang sama, kerajaan Johor yang ketika itu merupakan penaung
Rembau baru sahaja dalam proses pemulihan dari kejutan selepas berlakunya
‘pemberontakan’ pada tahun 1699. Sultan Abdul Jalil Riayat Syah telah
memindahkan ibu negerinya dari Kota Tinggi ke Pancur. Menjelang Januari 1701,
perdagangan Johor mula menunjukkan peningkatan atas daya usaha Bendahara
Tun Mas Anum. Kesannya menjelang tahun 1705, perdagangan di Melaka mula
merosot.
Keadaan Rembau pada abad ke-18 agak berbeza dengan abad ke-17. Pada
abad ke-18, penguasaan Johor ke atas wilayah rantau Minangkabau di pedalaman
Melaka menjadi lemah. Ini dapat dibuktikan dengan penyerahan kuasa naungannya
keatas Naning kepada Melaka oleh Sultan Abdul Jalil melalui perjanjian
perlindungan. Pada masa itu, Johor sedang melipatgandakan usaha untuk menarik
perdagangan antarabangsa ke pelabuhannya. Sekitar tahun 1704-1705, Rembau
telah berjaya mengukuhkan semula ekonominya dan juga kuasa tenteranya sekali
gus telah menjadi duri dalam daging bagi Melaka.
Kebangkitan Rembau telah menyebabkan pihak Belanda melalui misinya ke
Pancur pada 13 Disember 1705 antara lain untuk menyentuh fasal perjanjian Johor-
Belanda 1689 tentang menahan hamba-hamba. Persoalan ‘hamba yang melarikan
diri’ telah dikaikan dengan secara tidak langsung dengan ‘aktiviti’ jenayah Rembau.
Bagaimanapun, Bendahara Tun Mas Anum telah memberitahu Melaka bahawa
hamba-hamba itu berada di dalam tangan Encik Panda yang berada di Rembau.
Beliau menasihati Belanda supaya tidak mendapatkan semula hamba-hamba itu
kerana orang Rembau sedang ‘menimbulkan kekacauan’.
Akhirnya kekacauan ini bertukar menjadi pemberontakan dalam tahun
1706[2] dan kebetulan ketika itu Bendahara Tun Mas Anum berada di Linggi dalam
menyelesaikan masalah orang Bugis yang menetap secara haram di situ.
Pemberontakan di Rembau itu telah menyebabkan pada 25 Julai 1706, Seri Nara
Diraja telah bertolak dengan membawa lima buah kapal perang untuk membantu
Bendahara. Bantuan ini telah menyebabkan pemberontakan tersebut berjaya
dipatahkan dan bagi menguatkan semula ketuanan Johor, Bendahara Tun Mas
Anum telah menganugerahkan cop mohor kepada penghulu Rembau yang tertulis
‘dengan restu Bendahara Seri Maharaja’.
Sehingga Januari 1795, Rembau tidak terlibat dengan krisis yang berlaku di
sebelah luar kawasan sempadan tenggara dan barat wilayahnya. Bagaimanapun,
pada bulan Februari berkenaan Seri Bija Wangsa bersama pengiringnya telah
sampai ke Rembau dan menemui Datuk Kurap. Seri Bija Wangsa telah
memaklumkan bahawa satu angkatan perang Johor yang terdiri daripada tujuh buah
kapal sedang berada di Sungai Penajih dan memaklumkan bahawa beliau datang
bersama dengan Orang Kaya Paduka Seri Dewa dan Encik Yusof. Kedatangan
beliau sebenarnya adalah untuk meminta bantuan ketenteraan dari Rembau untuk
mengusir orang Bugis dari Linggi. Setelah berbincang dan bermuafakat dengan
Datuk Lembaga Tiang Balai, Datuk Kurap mendapati Rembau tiada pilihan lain
melainkan menunaikan kehendak Seri Bija Wangsa.
Seri Bija Wangsa dengan tentera Rembau dan Orang Kaya Paduka Seri
Dewa dengan tentera Sungai Ujong telah bergabung dengan angkatan perang Johor
yang menunggu Encik Yusuf di Pangkalan Atap. Angkatan ini bergerak ke kawasan
hilir Linggi dan membina kubu pertahanan yang berhadapan dengan kubu Bugis.
Setelah berperang beberapa hari, akhirnya pada suatu malam orang Bugis telah
berjaya menyerbu kubu pertahanan Johor-Rembau-Sungai Ujong dan memaksa
mereka melarikan diri dengan perahu. Peperangan ini berakhir dengan kekalahan
pihak Johor-Rembau-Sungai Ujong. Bagaimanapun, kemalangan di kedua-dua
belah pihak tidak teruk dengan dua orang Bugis cedera kerana terkena tembakan
dan sepuluh orang luka akibat terkena perangkap, manakala seorang orang
Minangkabau mati dan seorang cedera dan di pihak tentera Johor hanya seorang
sahaja cedera (Andaya, 1987: 310).
Berita kekalahan ini telah sampai ke Riau dan pada bulan Mei 1715, satu
angkatan perang yang mengandungi lebih kurang 60 buah kapal perang di bawah
pimpinan Temenggung Tun Abdul Jamal telah bergerak ke Rembau untuk
melakukan serangan sekali lagi ke atas orang Bugis di Linggi. Temenggung Tun
Abdul Jamal telah membawa angkatannya ke suatu tempat antara Sungai Penajih
dengan Tanjung Tuan. Kehadirannya telah disampaikan kepada Seri Bija Wangsa,
Orang Kaya Paduka Seri Dewa dan Encik Yusof yang berada di Rembau. Mereka
bersama angkatan mereka telah pergi ke hilir untuk mendapatkan Temenggung di
kubunya. Temenggung Tun Abdul Jamal telah menghantar Encik Yusof iaitu
saudaranya sendiri untuk ke Muar bagi mendapatkan bantuan. Bantuan ini
diperlukan kerana orang Bugis dari Tangga Batu di bawah pimpinan Daeng Matimo
iaitu saudara lelaki Daeng Menompok telah berkumpul di Linggi untuk membantu
Daeng Marewah dan Daeng Menompok. Bagaimanapun, ketika Encik Yusof dalam
perjalanan ke Muar, ribut kencang telah melanda dan beliau terkandas di pantai
Tanah Merah. Beliau dan anak kapal ditangkap oleh orang Bugis dan telah dihukum
bunuh atas perintah Daeng Marewah. Berita kegagalan dan pembunuhan Encik
Yusof itu telah sampai kepada Temenggung Tun Abdul Jamal. Dalam peperangan
yang berikutnya, sekali lagi angkatan Johor- Rembau- Sungai Ujong telah kalah.
Beberapa bulan kemudian, sekali lagi Rembau menghantar angkatan
tenteranya seramai 600 hingga 700 orang untuk membantu angkatan tentera Johor
di bawah Laksamana Seri Nara Diraja dan Seri Bija Wangsa. Bagaimanapun,
ekspedisi ini bukan bertujuan untuk menyerang Linggi tetapi untuk menghukum para
penduduk yang membantu orang Bugis dalam peperangan sebelumnya. Angkatan
ini telah pergi ke Air Hitam dan Sungai Tuan yang terletak berhampiran dengan
Sungai Baru. Tentera Johor telah mendirikan kubu di tebing sungai dan pihak Bugis
telah membuat kubu di tebing sungai yang lagi satu.
Keadaan yang genting ini telah menyebabkan pihak Belanda telah
menghantar wakil kepada kedua-dua belah pihak dan menuntut mereka
meninggalkan wilayah Belanda itu. Oleh itu peperangan tidak berlaku dan orang
Rembau telah pulang menemui Datuk Kurap dan menceritakan perkara yang
berlaku. Selepas Johor berundur, orang Bugis telah membahagikan petempatan
mereka. Daeng Marewah dengan pengikutnya telah mengambil bahagian selatan
Sungai Penajis, sementara Daeng Menompok dan pengikutnya telah menduduki
bahagian utara di sungai yang sama. Keadaan tersebut telah menyebabkan
kerajaan Johor berazam untuk merampas semula Linggi daripada Bugis.
Penglibatan pembesar Rembau dan Sungai Ujong dalam peperangan Johor-
Bugis tidak terhenti begitu sahaja. Pada bulan April 1716, mereka telah membantu
angkatan Raja Muda Tun Mahmud dalam mempertahankan Selangor.
Bagaimanapun, Daeng Marewah dengan angkatan Bugis yang mempunyai sebelas
buah kapal dan 300 orang pengikutnya telah menyerang Raja Muda dan berjaya
menakluki Selangor. Ini telah menyebabkan Bugis berkuasa di Linggi dan Selangor.
Penguasaan Bugis di Linggi telah membimbangkan Rembau. Hal ini
disebabkan kedua-dua suku bangsa Melayu ini mempunyai sistem nilai dan budaya
yang berasingan kerana orang Bugis berpegang pada adat nasab bapa iaitu adat
Temenggung manakala Rembau berpegang pada nasab ibu iaitu adat Perpatih.
Orang Rembau menyedari bahawa orang Bugis merupakan bangsa pejuang yang
baik tetapi agresif dan mereka sedang berusaha mencari penempatan yang baru
setelah mengalami kesukaran di Jawa dan Sumatera. Dalam situasi sedemikian,
setelah menyaksikan sendiri keunggulan orang Bugis dalam peperangan Rembau.
Bagi Johor terutamanya Raja Muda, kekalahan kepada angkatan Bugis yang
lebih kecil adalah sangat memalukan dan merupakan satu tamparan yang cukup
hebat terhadap kewibawaan baginda. Musuh peribadi baginda semakin berani atas
kegagalan dan semakin ramai pengikut baginda yang merasa kecewa dengan cara
baginda mengendalikan soal perang dan urusan pentadbiran. Keadaan ini terus
menghakis keyakinan semua pihak, baik di dalam mahupun di luar Johor terhadap
Raja Muda dalam memberi perlindungan dalam perdagangan. Hal ini ditambah lagi
apabila pihak Belanda tidak lagi menunjukkan minat yang bersungguh dalam
membantu Johor.
Dalam bulan Julai 1716, Sultan Abdul Jalil telah berpindah semula ke tanah
besar Johor namun perubahan ibu negeri ini tidak menyelamatkan Johor daripada
kemerosotan. Konflik dalam istana, kesetiaan rakyat yang berbelah-bagi antara Raja
Muda Tun Mahmud dengan Orang Kaya Johor yang lain, keuzuran Sultan Abdul Jalil
dan ancaman dari luar seperti Bugis dan Bengkalis telah melemahkan pertahanan
Johor. Keadaan ini telah menyebabkan Raja Kecil[3] mudah untuk menyerang dan
menakluk Johor pada bulan Mac 1718[4]. Raja Kecil telah menggelarkan dirinya
sebagai Sultan Abdul Jalal Rahmat Syah.
Penaklukan ke atas Johor secara sendirian oleh Raja Kecil telah
mengecewakan orang Bugis[5]. Bagaimanapun, peluang itu datang kembali apabila
Raja Sulaiman, putera Sultan Abdul Jalil meminta bantuan Bugis untuk mengusir
Raja Kecil keluar dari Riau. Pihak Bugis membayangkan cita-cita politiknya jika
salah seorang putera Bugis berjaya menjadi Yang Dipertuan Muda secara turun
temurun. Pertapakan orang Bugis di Johor dimulakan dengan langkah diplomasi.
Daeng Perani telah berkahwin dengan Tengku Tengah, puteri Sultan Abdul Jalil,
manakala Tengku Mandak, puteri Sultan Sulaiman dijodohkan dengan Daeng Celak.
Ikatan politik melalui perkahwinan ini dengan mudah menguatkan pengaruh Bugis .
Akhirnya angkatan Johor dan Bugis telah berjaya mengusir keluar Raja Kecil pada
tahun 1722.
Bagaimanappun, ketika Raja Kecil menjadi sultan Johor, baginda pernah
menghantar surat kepada pihak Belanda untuk melarang orang Bugis melalui
kawasan Naning untuk menghalang rancangan Daeng Marewah menyerang
Rembau. Nada suara atau utusan Raja Kecil ini serupa seperti suara-suara Johor
sebelumnya. Raja Kecil juga telah melakukan serangan ke atas penempatan Bugis
di kawasan Sungai Baru dan Linggi pada 14 Mac 1721 namun serangan itu bukan
tindak balas atau keinginan pihak Bugis menyerang Rembau tetapi untuk merampas
beberapa kawasan lombong bijih timah dan jalan lalu lintas perdagangan dari
pedalaman daripada pihak Bugis. Raja Kecil kalah dalam peperangan dan diburu
oleh orang Bugis sehingga ke Melaka.
Kekalahan angkatan perang Raja Kecil ‘yang besar’ ini telah memberikan
keyakinan kepada Daeng Marewah dan orang Bugis. Tanpa rasa takut, pada akhir
bulan Mac 1721 mereka telah mengistiharkan bahawa wilayahnya dianggap berada
dibawah pengaruh (Daeng Marewah), merentang dari Melaka ke Bernam (Andaya,
1987:384). Keangkuhan dan kekuatan tentera Bugis ini telah membimbangkan
Rembau. Hal ini kerana wilayah Rembau adalah paling hampir dengan wilayah
Bugis kerana mempunyai sempadan yang sama. Sungai Ujong pula telah meminta
dan menerima perlindungan dari pihak Belanda (Andaya, 1987: 378). Naning berada
di bawah naungan pihak Belanda dan orang Bugis masih tidak berani menguji
kekuatan tentera Belanda.
Keadaan yang mencemaskan ini membuatkan Rembau mencari tempat
perlindungan. Sekiranya mereka meminta perlindungan dari Johor bermakna
memburukkan lagi keadaan dan Rembau akan menjadi sasaran utama untuk
diserang oleh Bugis. Bagaimanapun, untuk mendapatkan perlindungan dari Belanda
merupakan pilihan terakhir sekiranya semua pilihan lain gagal. Rembau masih
mempunyai satu pilihan iaitu jika tidak boleh lagi ‘beraja ke Johor’ dan tidak mungkin
‘bertali ke Siak’ maka Rembau masih lagi boleh ‘bertuan ke Minangkabau’. Oleh itu,
dengan berpandukan perbilangan adat ini, Datuk Kurap dan Tiang Balai Yang Empat
berserta Datuk Lembaga yang lain telah sepakat untuk mengadap Raja Alam iaitu
Yang Dipertuan Pagar Ruyung untuk mengadu hal ini. Antara pembesar yang
mengadap Raja Alam ialah Datuk Johan, Datuk Andatar, Datuk Laksamana, Datuk
Panglima Sutan, dan Datuk Panglima Raja. Permintaan Rembau ini telah
diperkenankan oleh Yang Dipertuan Pagar Ruyung yang mungkin Yang Dipertuan
Patah Sultan Abdul Jalil (1719-80)[6]dengan menghantar seorang puteranya untuk
melindungi Minangkabau di Tanah Melayu. Kehadiran putera Minangkabau di
Rembau sekitar tahun 1721 ini (Begbie, 1834: 61) telah menjadi saingan (Andaya,
1987: 363) terhadap kekuasaan Raja Kecil yang dikatakan pusat penghimpunan
pasukan tentera yang terdiri daripada orang Minangkabau. Kedatangan putera ini
juga boleh difahamkan bahawa kerajaan Pagar Ruyung tidak lagi bersama Raja
Kecil yang gagal dipanggil balik oleh Baginda Sultan Maharaja pada tahun 1719
dahulu. Oleh itu, Yang Dipertuan Raja Alam Pagar Ruyung sememangnya bertujuan
untuk memberikan saingan kepada Raja Kecil apabila memenuhi kehendak
Rembau.
Menurut Begbie, semasa menyatakan tentang kehadiran seorang ‘anak raja
Minangkabau’ ini pula tidak menyebut namanya. Wilkinson (1911: 19) menyarankan
putera itu mungkin bernama Raja Kasah[7] dan kenyataan ini dipersetujui oleh
Winstedt (1934: 59). Andaya (1987:412) yang banyak menggunakan sumber bertulis
dari Belanda mengakui kehadiran putera raja ini dan menyebut namanya sebagai
Raja Malewar. Pendapat ini disokong dan dipersetujui oleh Khoo Khay Kim (1990:5).
Berkait dengan tujuan kehadiran ‘anak raja Minangkabau’ ini Andaya mungkin telah
memberi interpretasi yang lebih tepat. Raja Kasah ataupun Raja Malewar telah
dijemput dan dikirim kerana rakyat Rembau khasnya dan rakyat rantau
Minangkabau yang lain amnya memerlukan perlindungan daripada orang Bugis, dan
mungkin juga dari Raja Kecil sendiri. Bagi Raja Minangkabau pula anak raja itu
dikirim untuk memberi saingan kepada Raja Kecil.
Beberapa tahun selepas kematian Raja Malewar sekitar awal 1740-an, Johor
yang mula pulih daripada penaklukan Siak dan disokong oleh kekuatan Bugis di
belakang takthanya telah mengambil alih semula peranan sebagai penaung ke atas
Rembau, Sungai Ujong, Johor, dan Naning (Begbie, 1834: 64). Pada teorinya,
wilayah-wilayah ini bertuankan Johor tetapi pada praktiknya adalah di bawah
kekuasaan Bugis[8]. Dalam tahun-tahun sebelum, semasa dan selepas
pemerintahan Raja Malewar, kegiatan orang Bugis hanya tertumpu di Linggi sahaja
namun pada zaman pemerintahan Datuk Lulinsuh sebagai Penghulu Rembau pada
tahun 1750, Bugis mula berada di Rembau.
Suatu kenyataan Begbie (1834: 64) tentang adanya seorang ‘Raja Di
Pedalaman’ (Rajah of Interior) yang dilantik oleh Bugis sekitar tahun 1750-an perlu
diambil perhatian. Besar kemungkinan orang yang dimaksudkan itu adalah Raja Adil
walaupun Begbie mengidentifikasinya sebagai Daeng Kemboja. Menurut Khoo Kay
Kim, pada tahun 1748, Daeng Kemboja telah ditabalkan sebagai Yamtuan Muda
Johor[9] dan besar kemungkinan pada ketika itulah beliau diiktiraf sebagai ‘Rajah of
Interior’ kerana beliau bermaustatin di Linggi bukan di Riau (Khoo Kay Kim, 1990: 6-
7). Kenyataan Khoo Kay Kim tentang kehadiran Daeng Kemboja di Linggi sekitar
awal 1750-an itu ada disebut di dalam Hikayat Negeri Johor. Beliau dikatakan
berpindah ke Linggi kerana berselisih faham dengan Sultan Johor iaitu Sultan
Sulaiman[10].
Selepas peperangan dengan Raja Alam Siak tamat, Sultan Sulaiman telah
mengutuskan Yang Dipertuan kecil ( Sultan Mansur Syah) Terengganu, Raja Haji
dan Daeng Tumik menjemput Daeng Kemboja balik ke Riau. Semasa pelayaran,
mereka telah singgah di Melaka dan Raja Haji ditahan. Daeng Kemboja dengan
bantuan Raja Selangor berjaya membebaskan Raja Haji dan membawanya ke
Linggi. Akibat menyelamatkan Raja Haji ini, Yang Dipertuan Kecil Terengganu dan
Daeng Tumik telah menyerang Linggi. Daeng Kemboja telah dikalahkan dan
berundur ke Rembau. Semasa di Rembau, Daeng Kemboja telah membuat
persetiaan dengan ‘Raja Rembau, Yang Dipertuan Raja Ali dan Penghulunya yang
empunya suku’ (Hikayat Negeri Johor, 1932:14)
Setelah kalah perang dengan Yang Dipertuan Kecil Terengganu dan Daeng
Tumik, Daeng Kemboja telah melarikan diri ke Rembau sekitar bulan Julai tahun
1756. Daeng Kemboja bersama dengan Raja Haji telah menemui dan membuat
persetiaan dengan Raja Adil. Kemudian, mereka berjumpa Datuk Lulinsuh di
balainya di Chengkau. Dalam pertemuan itu, Lembaga Tiang Balai turut hadir.
Mereka berunding tentang Belanda di Melaka dan berjanji akan berbaik-baik antara
satu sama lain. Daeng Kemboja telah menyatakan hasratnya untuk menyerang
Belanda di Melaka dan memohon bantuan orang Rembau untuk mencapai cita-
citanya itu. Datuk Lulinsuh dan Lembaga Tiang Balai terpaksa bersetuju untuk
memenuhi permintaannya itu. Hal ini disebabkan kekuatan tentera Bugis sangat kuat
berbanding dengan tentera Rembau.
Bugis telah berada di Rembau sehingga bulan Oktober 1756 iaitu lebih
kurang tiga bulan. Dalam tempoh itu, Daeng Kemboja telah memilih dan
menyediakan orang untuk bersamanya menyerang Melaka. Setelah bersiap, Daeng
Kemboja serta orang Bugis diiringi dengan tentera Rembau yang dipimpin oleh Raja
Adil bertolak ke Melaka. Apabila sampai di Melaka, mereka telah menyerang dan
membakar serta menawan kawasan subbandar Tranquera. Mereka kemudiannya
mendirikan kubu di Klebang.Terdapat dua kubu yang dibina iaitu satu kubu yang
besar adalah untuk Daeng Kemboja dan orang Bugis dan berhampirannya dibina
kubu yang lebih kecil untuk Raja Adil dan orang Rembau. Dengan menggunakan
kubu-kubu tersebut sebagai pusat operasi, mereka telah berjaya menawan
Peringgit, Bukit China, Semabok dan Teluk Ketapang. Ketika peperangan ini
meletus, Tengku Raja Said dengan orang Selangor telah datang memberikan
bantuan kepada pihak Bugis-Rembau. Mereka juga mendirikan sebuah kubu
berhampiran dengan kubu-kubu yang sedia ada.
Peperangan ini berlarutan lebih kurang sembilan bulan dan semasa
peperangan ini berlaku mengikut Hikayat Negeri Johor(1932:14), Daeng Kemboja
dikatakan terpaksa balik ke Rembau kerana anaknya, Raja Linggi telah meninggal
dunia. Peperangan ini berakhir dengan kekalahan pada pihak Daeng Kemboja.
Mereka telah berundur ke Linggi dan untuk beberapa waktu Linggi dikepung oleh
Belanda (Cave, 1989: 58). Daeng Kemboja tidak mempunyai pilihan melainkan
berundur ke Rembau Hilir. Pada akhir bulan November, Daeng Kemboja dengan ahli
keluarganya, termasuk Raja Haji yang sedang berubat kesan-kesan luka perang
yang diperolehi semasa perang telah berpindah ke tempat kediaman baharu iaitu di
Pedas (Hikayat Negeri Johor, 1932:15). Sempena perasmian tempat baharu ini,
Daeng Kemboja telah mengadakan majlis khatan anak lelakinya, Raja Endut.
Kehadiran putera Bugis di Rembau Hilir dan kemudian di Pedas telah meletakkan
Datuk Lulinsih dan Lembaga-lembaga Rembau dalam keadaan serba salah. Pedas
menjadi kawasan Bugis kerana ia sering didatangi oleh pembesar Bugis dari
Selangor termasuk Tengku Raja Selangor.
Sultan Sulaiman yang ingin memmbebaskan dirinya daripada pengaruh
kuasa Bugis telah menggunakan permusuhan Bugis-Belanda untuk berbuat
demikian. Menyedari akan kelemahannya sendiri tanpa kekuatan Bugis dan takutkan
tindak balas putera Bugis terhadapnya jika melakukan penentangan secara terbuka,
Sultan Sulaiman harus mendapatkan kuasa sandaran lain yang ketika itu adalah
Belanda. Peluang ini mula terbuka apabila dalam bulan Mei 1757, wakil Gabenor
Melaka telah sampai ke Riau untuk menjemput Sultan Sulaiman ke Melaka
merundingkan hal perang Belanda dengan Daeng Kemboja. Bagaimanapun, atas
sebab-sebab tertentu, mungkin salah satu daripadanya perang Bugis-Belanda belum
berakhir, pemuktamadan perjanjian persahabatan Johor-Belanda yang dipersetujui
dalam pertemuan terpaksa ditangguhkan.
Dalam bulan Julai 1757, perang Bugis-Belanda telah berakhir dengan
kekalahan pihak Bugis dan Rembau. Linggi dikepung dan Kuala Penajih disekat oleh
Belanda. Tindakan ini telah memberi kesan negatif ke atas perdagangan dan
ekonomi Rembau dan Linggi. Rembau dan Linggi tiada pilihan selain daripada
berdamai dengan pihak Belanda. Datuk Lulisuh dengan Raja Adil bersama
dengan Raja Tua, Penghulu Kelang dan seorang pembesar Kelang bergelar telah
berangkat ke Melaka. Pada 29 September 1757, mereka telah bertemu dengan
Gabenor Melaka, Jacob Morsel. Pokok perbincangan mereka adalah berkaitan
perhubungan antara Rembau, Linggi, dan Kelang dengan pihak Belanda serta
Johor. Pihak Belanda cuba memujuk para pembesar itu supaya membuat satu
perjanjian persahabatan dengan Belanda. Bagaimanpun mereka tidak dapat dan
tidak mahu menerima saranan tersebut kerana Linggi tidak mempunyai wakil.
Selepas berunding dan bersetuju bahawa suatu perjanjian harus diadakan, mereka
telah menangguhkan permuktamadannya sehingga mendapat persetujuan Daeng
Kemboja, pemerintah Linggi.
Semasa berada di Melaka, Datuk Lulinsuh bertemu dengan seorang wanita
Portugis dan beliau telah berkahwin dengan gadis tersebut sebelum balik ke
Rembau. Mengikut Wilkinson (1911: 3, nota kaki 2) wanita itu adalah ibu kepada
Penghulu Rembau yang ke-11 ( Datuk Kosir, 1795- 1812) dan adalah nenek moyang
atau pengasas kepada waris Tebat. Pada awal Disember 1757, Sultan Sulaiman
berserta dengan Sultan Mansur Terengganu telah sampai ke Melaka. Pada 12
Disember suatu perjanjian antara Johor dan Belanda ditandatangani. Perjanjian itu
ditandatangani oleh Sultan Sulaiman dan Temenggung Abdul Majid. Ikut serta
adalah Sultan Mansur, Sultan Terengganu. Melalui perjanjian ini Rembau dan Linggi
telah diserahkan kepada Syarikat Hindia Timur Belanda. Sultan Sulaiman sanggup
menyerahkan kedua-dua tempat ini kepada Belanda kerana baginda sedar bahawa
pengaruhnya ke atas tempat-tempat tersebut mulai pudar. Linggi sudah lama ‘hilang’
ke tangan Bugis manakala Rembau pula untuk lebih kurang 20 tahun telah terlepas
ke tangan putera Minangkabau dan semenjak perang Bugis-Belanda (1756-57)
beransur-ansur tenggelam terutama sekali sejak Daeng Kemboja dan keluarganya
berpindah, mula-mula ke Rembau Hilir dan kemudian ke Pedas di Rembau Darat.
Perjanjian ini, dari aspek persejarahan Rembau adalah penting kerana dapat
memberi penjelasan, walaupun tidak secara langsung tentang beberapa aspek
kabur dalam perkembangan politik Rembau.
BUGIS DI JOHOR
PENGENALAN
Anak-anak Bugis telah tiba di Johor pada 1721. Anak-anak Bugis yang telah
datang ke Johor pada ketika itu merupakan putera kepada Upu Tanderi Burung dan
Lamdu Salat, Raja Luwok. Anak-anak Bugis yang datang ini terdiri daripada Daeng
Perani, Daeng Marewah, Daeng Chelak, Daeng Kemasi dan Daeng Menambun.
Pada awalnya, kedatangan Bugis ke Johor adalah atas jemputan Raja Kecil yang
ingin meminta bantuan mereka bagi melanggar Johor yang pada ketika itu dikuasai
oleh Sultan Abdul Jalil IV. Walaubagaimanapun, permintaan itu didalihkan oleh pihak
Bugis. Namun, apabila anak-anak Bugis ini kembali ke Johor setelah mendengar
Johor telah diserang oleh Raja Kecil bersama-sama orang Minangkabau mereka
mendapati negeri itu telah jatuh ke tangan Raja Kecil.
Ekoran itu, Sultan Abdul Jalil IV bersama puteranya, Raja Sulaiman
berdukacita atas kekalahan mereka mempertahankan negeri Johor. Justeru, bagi
mendapatkan semula kerajaan Sultan Abdul Jalil IV yang telah dirampas oleh Raja
Kecil, maka Sultan Sulaiman terpaksa meminta bantuan daripada anak-anak Bugis.
Sebuah perjanjian telah dibuat antara Raja Sulaiman dengan anak-anak Bugis iaitu,
sekiranya anak-anak Bugis berjaya menghalau Raja Kecil dari negeri Johor, maka
salah seorang daripada lima anak Bugis bersaudara itu akan dilantik menjadi Yang
Dipertuan Muda Johor-Riau dan Lingga secara turun temurun. Peristiwa ini
menunjukkan bahawa Bugis mula meresap masuk ke dalam pentadbiran dan politik
negeri Johor.
Setelah perjanjian antara Sultan Sulaiman dan anak-anak Bugis lima
bersaudara itu termeterai, maka berlakulah pelbagai perang yang melibatkan anak-
anak Bugis dengan Raja Kecil. Perang yang pertama telah berlaku apabila Sultan
Sulaiman dan Dato Bendahara mengutuskan surat kepada anak-anak Bugis untuk
membantu baginda menakluki semula kawasan Riau yang telah dirampas oleh Raja
Kecil. Dalam perang ini menyaksikan Raja Kecil telah tewas selepas berperang
selama sehari semalam. Kesan daripada perang ini, kawasan Riau telah dikuasai
oleh Sultan Sulaiman dan ditadbir oleh Bugis.
Selepas kekalahan demi kekalahan diterima oleh Raja Kecil, maka Riau telah
jatuh ke tangan Bugis dan ditadbir oleh Sultan Sulaiman. Namun demikian, semasa
anak-anak Bugis ingin melantik Sultan Sulaiman sebagai Sultan Johor majlis
tersebut tergendala kerana takhta kerajaan Johor telah dirampas oleh Raja Kecil.
Anak-anak Bugis telah ke Siak untuk mengambil semula alat takhta tersebut tetapi
tidak dilayan oleh Raja Kecil. Akibatnya, anak-anak Bugis berasa marah dan
menyerang Raja Kecil. Akhirnya, Raja Kecil terpaksa akur dengan memberi alat
kebesarankerana kalah dalam peperangan tersebut.
Pada tahun 1722 Masihi, anak-anak Bugis telah melantik Sultan Sulaiman
menjadi Sultan Johor menggantikan Sultan Abdul Jalil IV yang telah mangkat pada
1133 akibat diparang oleh panglima perang Raja Kecil. Baginda telah menggunakan
gelaran sebagai Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Setelah Sultan Sulaiman
menaiki takhta, Baginda telah menunaikan janji yang telah termeterai dengan anak-
anak Bugis sebelum ini. Baginda telah meminta salah seorang daripada anak-anak
Bugis untuk menjadi Yang dipertuan Muda untuk memerintah Johor, Pahang, Riau
dan Lingga. Akhirnya, Daeng Marewah (Upu Kelana Jaya Putera) telah dilantik
memegang jawatan Yang Dipertuan Muda dengan gelaran Yamtuan Muda Riau I.
Dengan perlantikan Daeng Marewah ini sebagai Yamtuan Muda Riau I telah
menunjukan permulaan era bangsa Bugis memasuki pemerintahan dan politik di
Johor.
DAENG MAREWAH (1722-1728)
Oleh: Noor Zarina bte Hamzah A127490
Daeng Marewah turut di kenali sebagai Kelana Jaya Putera. Beliau menjadi Yang Di
Pertuan Muda I yang memerintah Riau, Johor dan Pahang. Namun begitu, beliau
lebih senang dengan nama panggilan yang mudah di kenali iaitu Yamtuan Muda
Riau I Daeng Marewah. Nama gelarannya pula ialah Sultan Alaudin Shah[11].
Daeng Marewah merupakan anak opu Tendribura Daeng Rilaga iaitu saudara yang
tengah antara 5 orang adik beradik. Beliau turut dijadikan sebagai tunggak
permulaan sumpah setia Melayu dengan Bugis.
Beliau berkahwin dengan Tun Cik Ayu anak Temenggung Abdul Jamal di
Johor. Isteri beliau merupakan janda Marhum Mangkat Di Julang ketika beliau
masihb kecil. Hasil perklahwinan tersebut, beliau telah di kurniakan cahaya mata
seramai 3 orang iaitu La Nampak Unuk (Kelana Cik Unuk), Raja Sa’id dan yang
bongsu Raja Fatimah yang berkahwin dengan anak Daeng Kemboja, iaitu Daeng
Parani.[12]
Sistem politik yang dilaksanakan tidak kelihatan dengan jelas. Hal ini kerana
kedudukan politik Johor secara umumnya belum memperlihatkan kestabilan politik.
Semasa pentadbiran Yamtuan Muda Riau I, terdapat tiga perang utama yang
berlaku. Perang yang pertama berlaku di Kedah apabila Bugis diminta untuk
membantu Raja Kedah yang tua untuk merampas semula kerajaan tersebut yang
diambil oleh adinda Baginda. Dalam perang tersebut, adinda Raja Kedah telah
tewas dan terpaksa berundur dari kerajaan tersebut. Walaubagaimanapun, perang
tersebut tidak berhenti setakat itu apabila adinda Raja Kedah telah meminta
pertolongan Raja Kecil untuk menyerang semula Raja Kedah. Daeng Perani yang
mengetuai perang tersebut telah meminta agar kedua-dua belah pihak untuk
berdamai tetapi ditolak oleh Raja Kecil. Akibatnya, perang tersebut berlarutan
selama dua tahun dan mengakibatkan Daeng Perani terbunuh terkena peluru
meriam di bahagian dadanya pada tahun 1723. Setelah itu, Daeng Marewah
merupakan orang yang bertanggungjawab memimpin askar-askar Bugis untuk
meneruskan peperangan melawan Raja Kecil dengan sedaya upaya yang berlaku di
Kedah.
Tidak cukup dengan itu, peperangan juga berlaku antara Riau dengan Raja
Kecil bermula 1137 Tahun Hijrah. Namun, peperangan itu hanya merugikan Raja
Kecil kerana kekalahan dan terpaksa berundur ke Siak. Sejak pengunduran Raja
Kecil itu, Riaumula aman daripada sebarang serangan terutama serangan pihak
Raja Kecil. Sultan Sulaiman serta Yamtuan Muda Riau I, Daeng Marewah dan
adindanya, Daeng Chelak bermuafakat untuk memperbaiki pentadbiran dan politik
Johor serta pemerintahan negeri dan jajahan takluk yang terumbang-ambing
semenjak Sultan Abdul jalil IV memerintah dan merampas semula Johor daripada
Raja Kecil.
Daeng Marewah mempunyai cara pelaksananaan pentadbiran tersendiri yang
dianggap sistematik bagi beliau. Beliau telah mengekalkan hubungan dengan pihak
Istana Bone dengan kumpulan orang Bugis yang lain di seluruh tempat dan pulau
yang berlainan. Bagi Yamtuan Muda Riau I, hal ini penting bagi memperjuangkan
untuk mendapatkan keunggulan dalam kerajaan Johor. Hal ini berlaku setelah
Daeng Marewah tiba di Bengkalis pada 16 September 1725 dengan 400 buah kapal
disebabkan peperangan semula menggantikan 100 orang Bugis sama ada yang
cedera dan mati pada perang sebelumnya. Pada perang tersebut terdapat ramai
yang tercedera akibat ribut kencang yang telah menghalang mereka untuk
mendarat. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan tempat tersebut.
Walaupun angkatan Bugis cukup kuat dengan mempunyai sistem kubu yang mantap
dan sistematik untuk menghalang orang Minangkabau menguasai Riau, namun
orang Bugis tidak cukup bertenaga untuk memusnahkan kesemuanya. Yamtuan
Muda Riau I berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah besar
mahupun masalah remeh temeh. Sebagai contoh, Beliau telah mengirim sepucuk
surat kepada Daeng Matara iaitu Kapten Orang Makasar di Betawi pada 1725. Hal
ini disebabkan daya usaha untuk mencari harapan mendapatkan bantuan
ketenteraan secara aktif di luar tetapi malangnya tiada laporan dari hasil pengiriman
surat tersebut.[13]
Di samping itu, Daeng Marewah turut berusaha mengukuhkan kedudukan
orang Bugis
dalam politik. Daeng Marewah telah berfikir panjang setelah yakin bahawa Sultan
Sulaiman dan orang Bugis merasa terjamin dengan keselamatan Riau. Hal ini
disebabkan pasukan Bugis yang telah bersiap sedia dengan sistem perkubuan yang
di lengkapi denganparit-parit di sekelilingnya dan senjata yang lebih baik dan
bermutu tinggi. Antara tujuan Daeng Marewah menjalankan politik bugisnya ialah
untuk menjadikan dan memantapkan orang Bugis sebagai kelompok penting dalam
sistem pentadbiran Johor. DaengMarewah telah memutuskan dengan bertindak
menyelaraskan untuk kepentingan diri dan pengikutnya di samping kepentingan
kerajaan negeri Johor. Demi melaksanakan penyelarasan tersebut, Beliautelah
menyerahkan kawasan Bugis yang lain kepada To Passarai, iaitu yang telah menjadi
pemimpin orang Bugis di Linggi kepada Daeng Matekko iaitu seorang putera raja
dari Wao yang telah memerintah Selangor[14]. Selain itu, Daeng Marewah turut
bertindak menghalang orang Bugis dari berpindah ke Tanjung Keling, Melaka serta
memujuk mereka daripada meninggalkan ladang dan kebun yang sudah di
usahakan dengan tanaman pertanian.
Pada 4 Oktober 1722, satu persetiaan dengan bersumpah bersaksikan Al-
Quran telah diadakan antara pihak orang Bugis di Riau yang diketuai Yamtuan Muda
Daeng Marewah dengan pihak orang Melayu yang diketuai oleh Sultan Sulaiman.
Persetiaan tersebut dilakukan untuk mengakui bahawa kedua-dua belah pihak
adalah bersaudara dan akan bantu membantu antara satu sama lain dan syarat-
syarat dalam persetiaan tersebut telah dipersetujui dan diperakui oleh kedua-dua
belah pihak. Persetiaan tersebut di kenali sebagai Persetiaan Marhum Sungai Baru.
Pada tahun 1728, Daeng Marewah telah berangkat ke Selangor dan
membawa pasukan Bugisnya bagi membantu Raja Inu menentang Raja Muda Perak
yang bersemanyan di Geronggong. Namun begitu serangan orang Bugis tidak dapat
mematahkan serangan Sultan Perak dan akhirnya Yamtuan Muda Daeng Marewah
telah berundur ke Riau.
Semasa Daeng Marewah menjalankan tugas melawat daerah takluk jajahan
Johor Riau di sebelah Pantai Timur Sumatera, tiba-tiba Daeng Marewah
telah mangkat dalam pelayaran. Jenazah beliau dibawa pulang ke Riau dan
dimakamkan di Sungai Baru lalu disebut sebagai ‘Marhum Sungai Baru’ pada 7
Ogos 1728[15].
DAENG CHELAK (1728-1745)
Oleh: Noor Zarina bte Hamzah A127490
Daeng Chelak lebih mudah di kenali sebagai Daeng Pali di kawasan sebelah Johor
dan Riau. Daeng Pali telah berkahwin dengan anak Sultan Abdul Jalil Raja Melayu
(Johor) iaitu Tengku Mandak. Setelah Yang Di-Pertuan Muda Daeng Chelak menjadi
Raja Muda, Tengku Mandak diberi gelaran Tengku Puan. Hasil perkahwinan
tersebut, Daeng Chelak telah dikurniakan cahaya mata seramai 2 orang anak iaitu
Tengku Putih dan Tengku Hitam. Tengku Putih telah berkahwin dengan Marhum
Abdul Jalil Raja di Baruh, Putera Marhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Al-
Marhum. Mereka telah dikurniakan 2 orang putera yang di namakan Tengku Ahmad
dan Tengku Mahmud. Selain itu, Daeng Chelak juga berkahwin dengan seorang lagi
perempuan yang tidak diketahui namanya dan melahirkan dua orang putera iaitu
Raja Lumu dan Raja Haji. Sebagai maklumat, Raja Lumu merupakan Sultan
pertama Selangor yang memakai gelaran Sultan Salehuddin.
Pada tahun 1729, Daeng Chelak telah membawa pasukan Bugis menyerang
dan mengalahkan seorang Bugis yang bernama Daeng Matkah yang telah membuat
kacau di Selangor. Setelah diserang oleh Daeng Chelak, Daeng Matkah telah lari ke
Siak dan menyebelahi Raja Kecil. Raja Kechil pula dengan segera telah membawa
Daeng Matkah meminta maaf dengan Daeng Chelak.
Semasa pentadbiran Yamtuan Muda Riau II, Raja Kecil sekali lagi telah
berusaha untuk menawan semula kerajaan Johor. Namun, serangan beliau
nampaknya gagal. Akibat usia yang tua, kepimpinan Siak kemudiannya diganti pula
oleh anak Raja Kecil, Raja Alam. Serupa dengan ayahanda Baginda, Raja Alam
turut membuat serangan terhadap Johor pada 1150 tahun hijrah tetapi ternyata sia-
sia. Pada tahun 1745, Raja Kecil telah mangkat dan pemerintahan Baginda telah
diteruskan oleh Raja Buang yang menggunakan gelaran Sultan Muhammad.
Semasa pemerintahan Sultan Muhammad, peperangan antara Riau dan Siak tidak
lagi berlaku dan keadaan ini menjadikan pemerintahan Sultan Sulaiman dapat
dilaksanakan sebaiknya. Baginda bersemayam di Riau dan politik pada ketika itu
dilaksanakan oleh anak-anak Bugis. Kesannya, semakin hari, penduduk Riau
semakin bertambah dan makmur sentosa.
Ketika pentadbiran Yamtuan Muda Riau II ini juga, pentadbiran kerajaan
Johor dilihat kemas kerana tidak lagi berlaku peperangan seperti yang terjadi
semasa zaman Raja Kecilmemerintah Siak. Riau telah menjadi sebuah pusat
perdagangan yang dikunjungi oleh pedagang luar. Antara pedagang yang terlibat di
kawasan Riau ialah pedagang dari China, Jawa, Benggala dan Siam. Manakala,
barang dagangan yang popular dibawa oleh pedagang pada ketika itu ialah candu,
beras, kain dan lain-lain. Daripada aktiviti perdagangan tersebut, Sultan Sulaiman
dan Yamtuan Muda Riau II menerima hasil yang banyak daripada cukai-cukai keluar
masuk yang dikenakan. Hasil-hasil yang diperoleh ini telah digunakan oleh Sultan
Sulaiman dan Yamtuan Muda Riau II melengkapkan kelengkapan untuk mengawal
negeri dan kerajaannya.
Tidak cukup dengan itu, pentadbiran Yamtuan Muda Riau II juga dapat dilihat
daripada sumbangan beliau memperkenalkan tanaman baru dalam kerajaan Johor.
Tanaman yang diperkenalkan oleh beliau ialah tanaman gambir dan kuli-kulinya
diambil masuk daripada Negara China[16]. Yamtuan Muda Riau turut memajukan
dan memakmurkan Riau melalui perniagaan. Peniaga dan pedagang datang
dari Benggala, Tanah Jawa, Siam, China dan dari Tanah Bugis (Sulawesi). Pada
masa itu ladang-ladang gambir telah di teroka. Ladang tersebut di buka oleh
seorang bugis yang bernama Penggawa Tarum dan seorang Melayu yang namanya
Kepala Chedun atas dorongan Yamtuan Muda. Benih gambir dibawa dari Sumatera.
Setelah Yamtuan Muda Riau II memakmurkan Riau, beliau memajmukkan pelbagai
kaum. Orang alim agama digalakkkan mengajar agama Islam di masjid dan surau-
surau. Orang China pula digalakkan datang ke Riau dan bekerja di ladang orang
Melayu dan Bugis.
Apa yang menarik tentang pentadbiran Politik Daeng Chelak ialah kerajaan
berkekalan menjadi Raja Muda sehingga anak cucu dan berterusan. Sebagai contoh
anak Daeng Chelak, Tengku Putih telah berkahwin dengan Marhum Abdul Jalil Raja
di Baruh, putera Marhum Sultan Sulaimann Badrul Alam Syah Al Marhum dan
dikurniakan cahaya mata iaitu Tengku Ahmad dan Tengku Mahmud. Namun begitu
Tengku Ahmad telah mangkat sewaktu masih kecil setelah dilantik menjadi raja oleh
Daeng Kemboja. Selepas itu Tengku Mahmud mengantikan abangnya dan bergelar
sultan Mahmud Syah Al- Marhum. Setelah Tengku Mahmud mangkat. puteranya
telah menggantikan takhtanya iaitu Tengku Husin menjadi sultan di Singapura.
manakala Tengku Jumaat menjadi Sultan Abdul Rahman Marhum Bukit Cengkih.
Daeng Chelak bertanggungjawab membawa angkatan Perang ke Mempawoh
(di Kalimantan ) kerana menolong abangnya Daeng Menambun yang telah menjadi
raja dan berperang melawan seorang Raja di hulu Mempawoh. Pada 1735, Raja
Kechil telah menyerang Daeng Chelak yang telah berkubu di Pulau Penyengat. Oleh
sebab kelengkapan perang dan kubu pertahanan di Riau telah diperkukuhkan maka
Raja Kechil telah kalah dan berundur ke Siak dengan perasaan malu. Pada 1737,
Daeng Chelak telah memimpin angkatan perang Riau melawan serangan Raja Alam
Yamtuan Muda Siak. Beliau telah di bantu Daeng Matekko serta Raja Mas. Dengan
membawa angkatan tentera Siak sebanyak 62 buah perahu yang mahu menyerang
Riau. Selain itu turut membantu Daeng Chelak ialah Daeng Kemboja iaitu anak
Daeng Perani, Kelana Che’ Unok dan Raja Said Putera Daeng Marewah. Akhirnya
Daeng Chelak menang dan Raja Alam Daeng Matteko dan Raja Mas undur balik ke
Siak.
Pada tahun 1742, Yamtuan Muda Daeng Chelak datang ke Selangor dan
membawa orang- orang Bugis untuk menyerang Perak semasa zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah iaitu Sultan Perak ke-13. Raja Abdul Jalil turut
di gelar Raja Di Baroh, Putera Sultan Sulaiman yang dipercayai turut serta dalam
pasukan orang-orang Bugis yang datang menyerang Perak. Serangan orang bugis
ternyata menyebelahi Yang Dipertuan Muda (Raja Perak). Raja Bisnu yang
bersemanyan di pulau Tiga yang berselisih dengan abangnya Sultan Muzaffar Shah.
Pada tahun 1745 setelah 7 tahun menjadi Yamtuan Muda Riau, pada 15 mei
1745, Daeng Chelak telah mangkat di Riau dan di gelar Marhum mangkat di Kota.
Beliau meninggalkan dua orang putera iaitu Raja Lumu di Selangor, Raja Haji di
Riau, dan 3 orang puteri iaitu Tengku Puteh, Tengku hitam, Raja Aminah dan Raja
Halimah. Namun ahli sejarah Bugis menaruh syak bahawa kemangkatan Daeng
Chelak disebabkan terkena racun hasil rancangan Tun Dalam kerana melihat
telatah Tun Dalam yang tidak menggemari orang Bugis memegang kuasa
berlebihan di Riau tetapi bukti tidak di perolehi uantuk mengesahkannya. Semenjak
ituTun Dalam menjadi ketua bagi orang-orang Melayu dalam mengurangkan kuasa
Bugis di Riau. Tambahan pula, Bendahara Pahang dan Terengganu telah
menyebelahi Tun Dalam. Selepas itu, Tun Dalam lebih kerap tinggal di Riau
berbanding tinggal di Terengganu keran sibuk dalam urusan pergolakan politik
dalam raja-raja Bugis manakala pemerintahan di Terengganu di ambil alih oleh
orang-orang besar di bawah pimpinan Bendahara Tun Hussain.